guru dan cabaran semasa

14
SOALAN 1 TUGASAN INDIVIDU ( ESEI ) 1

Upload: cik-diana

Post on 03-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Assingment EDU

TRANSCRIPT

SOALAN 1

TUGASAN INDIVIDU

( ESEI )

1

PENGENALAN

Dewasa ini, sejajar dengan arus pemodenan negara, profesion

perguruan dilihat cukup mencabar dari segi tanggungjawab terhadap agama,

bangsa dan negara. Secara asasnya, guru memainkan berperanan penting

untuk mendidik dan membentuk pemacu pembangunan negara (Awang Had,

1998). Hal ini kerana, guru dilihat sebagai komponen asas untuk menentukan

kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Menurut Abdul Fatah (2003), kurikulum kebangsaan ialah suatu

program pendidikan meliputi semua aspek kurikulum dan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan dan kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan dan kepercayaan yang dapat membantu perkembangan individu

menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan

mempertingkatkan nilai moral dan akhlak. Sehubungan dengan itu, para

pendidik dilihat sebagai agen pelaksana kurikulum dan seterusnya mampu

merealisasikan kandungan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Walau bagaimanapun, selaras dengan perkembangan bidang sains

dan teknologi masa kini, cabaran untuk merealisasikan hasrat tersebut dilihat

semakin sukar dan mencabar. Terdapat banyak kekangan yang perlu

dihadapi oleh golongan pendidik akibat terdapatnya pelbagai bangsa, kaum

dan agama dalam kalangan penduduk negara ini. Oleh itu, persefahaman

antara satu sama lain perlulah diwujudkan terlebih dahulu bagi

merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan dalam

kalangan penduduk negara ini. Golongan pendidik perlu membuktikan

bahawa mereka mampu mewujudkan perpaduan kaum di negara ini melalui

sistem pendidikan dengan mengimbangkan kewujudan integrasi nasional bagi

menjamin dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Sehubungan dengan itu, aktiviti kurikulum dan kokurikulum dilihat

dapat menjadi wadah untuk mewujudkan perpaduan sejak dari peringkat

permulaan (Saifullizam, 2004). Aktiviti ini berperanan menjadi penyumbang

2

dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

sekolah keseluruhannya. Ia dapat membantu murid untuk

menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-

nilai yang telah dipelajari (BSSK 2009). Peranan utamanya ialah untuk

memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara

sekolah dengan masyarakat. Oleh itu, perpaduan akan mula tertanam dalam

kalangan murid dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Justeru, pelaksanaannya perlulah dirancang dengan rapi dan

dijalankan secara lebih terancang. Segala kekangan dalam pelaksanaannya

sama ada dari segi latihan guru, kemudahan peralatan, infrastruktur,

sokongan, kewangan dan sebagainya perlu di atasi segera. Ini adalah penting

supaya pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam pendidikan

dapat mencapai objektifnya dan berjaya melahirkan generasi yang

berpendidikan tinggi serta bersahsiah mulia.

3

ESEI

Bagaimanakah Program Semasa Latihan Internship Dapat Membantu

Memantapkan Dan Menjayakan Integrasi Nasional.

Dewasa ini, integrasi nasional merupakan satu agenda yang sering

menjadi tumpuan umum dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan dan

keharmonian negara kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang

berbeza. Menurut Kamus Dewan (1998) integrasi dapat didefinisikan sebagai

penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum untuk menjadi

kesatuan. Nasional pula membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan

bangsa sendiri atau kebangsaan. Berdasarkan huraian tersebut, dapatlah

disimpulkan bahawa integrasi merupakan satu proses yang dapat

menyatukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti

bersama.

Sehubungan dengan itu, integrasi nasional dilihat sebagai asas kepada

usaha dalam memupuk kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum

di negara ini. Matlamat utama yang ingin dicapai sememangnya untuk

mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan bersatu padu.

Seterusnya, dalam mencapai matlamat ini, pelbagai usaha dan strategi perlu

dirancang untuk memperkukuhkan perpaduan supaya dapat memberi

manfaat kepada semua. Salah satu daridapanya ialah dengan menjadikan

sekolah sebagai tempat terbaik bagi memupuk perpaduan terutamanya

sekolah rendah. Hal ini kerana, murid-murid sekolah rendah dapat diibaratkan

seperti kain putih dan belum tercemar dengan pengaruh-pengaruh negatif.

Oleh itu, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk memupuk

asas perpaduan dalam kalangan murid.

Dalam usaha untuk memupuk asas perpaduan ini, aktiviti kurikulum

dan kokurikulum memainkan peranan penting terutamanya dalam memupuk

sahsiah dan pembentukan perpaduan. Aktiviti kurikulum dan kokurikulum

dilihat dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan

menyemai nilai-nilai murni melalui penglibatan murid. Hal ini juga adalah

4

selaras dengan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) iaitu Membangunkan Modal Insan. Modal insan yang berkualiti

merupakan aset utama negara bagi menentukan masa depan negara dan

bangsa. Ia juga penting dalam pembentukan konsep ”Satu Malaysia” yang

mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Berdasarkan tempoh semasa menjalani Internship di Sekolah

Kebangsaan Morak, Palekbang, Kelantan, saya merasakan salah satu

program yang telah dibuat dapat membantu dan meninggalkan kesan untuk

memantapkan dan menjayakan integrasi nasional dalam kalangan murid.

Program tersebut adalah ‘Minggu Bahasa’. Program ini memberi fokus untuk

Memertabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

(MBMMBI). Hal ini kerana bahasa merupakan satu alat komunikasi yang

khusus untuk menyatupadukan semua penduduk di Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, program seumpama ini

dapat menjadi saluran terbaik untuk murid mengetahui kepentingan bahasa

dan sekali gus mengetahui bahasa yang menjadi bahasa kebangsaan

negara.

Program ‘Minggu Bahasa 2012’ ini berjalan selama empat hari dengan

melibatkan seluruh warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan murid

Tahun Satu hingga Tahun Enam. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan

dijalankan kepada murid-murid merangkumi pertandingan kuiz, mewarna,

sajak, nyanyian, bercerita dan kior. Pada hari pertama pelancaran program

ini, saya dan beberapa rakan guru pelatih yang lain terlebih dahulu

mengendalikan satu slot perhimpunan mingguan untuk menjelaskan kepada

warga sekolah berkaitan kepentingan program tersebut. Antara kepentingan

ialah untuk menjayakan hasrat murni teras pertama Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa. Salah satu

cara untuk mencapai hasrat ini ialah dengan memperkasakan Bahasa

Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi

Murid untuk  Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum, dan

sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam

kalangan pelajar. Hal ini turut disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

5

(KPM) yang sememangnya berhasrat untuk membangunkan warganegara

dari awal persekolahan dengan ciri-ciri global, patriotik,  cinta akan negara,

serta  menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

Di samping itu, kepenting program ini dijalankan juga adalah untuk

melahirkan murid-murid yang memainkan peranan proaktif untuk

memartabatkan bahasa melalui setiap aktiviti yang telah mereka sertai. Hal ini

kerana Bahasa Malaysia digunakan dalam semua bidang ilmu sesuai dengan

slogan yang sering kita dengar iaitu ‘Bahasa Melayu Merentas Kurikulum’.

Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Mantan Timbalan Menteri Pelajaran,

beliau mengatakan bahawa antara langkah yang boleh diambil oleh warga

pendidik untuk memupuk semangat integrasi nasional ialah dengan

menganjurkan Minggu Bahasa di setiap sekolah. Melalui cara ini murid dapat

melibatkan diri dalam setiap aktivti yang dirancangkan dalam kegiatan

kebahasaan, menarik minat dan memupuk kecintaan terhadap Bahasa

Malaysia. Secara tidak langsung hal ini dapat mendaulatkan bahasa ibunda di

samping memupuk kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan

generasi masa kini. Tanggapan negatif yang menganggap Bahasa Malaysia

sebagai bahasa orang melayu atau institusi Melayu perlulah dikikis seawal

mungkin kerana setiap penduduk di negera ini tidak mengira kaum, bangsa

dan agama perlu memastikan bahasa tersebut dimuliakan dan dihargai.

Bukan itu sahaja, kepentingan program ini dijalankan juga adalah

bertujuan untuk melahirkan warga pendidik yang sentiasa memainkan

peranan penting untuk memartabatkan Bahasa Malaysia serta meningkatkan

mutu pendidikan. Warga pendidik memainkan peranan penting dalam

melaksanakan tanggungjawab memahamkan konsep Bahasa Malaysia

terhadap golongan murid. Peranan warga pendidik bahasa juga dilihat

mempunyai pengaruh besar kerana mereka juga dipertanggungjawabkan

untuk membimbing guru mata pelajaran lain dalam usaha untuk menjadikan

‘Bahasa Melayu Merentas Kurikulum’. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan

warga pendidik sangat penting dalam memartabatkan Bahasa Malaysia

kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama yang ingin

dicapai adalah untuk melahirkan murid yang berupaya menggunakan Bahasa

6

Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap

yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif juga dapat diterapkan

melalui pendidikan bahasa.

Seterusnya, pada hari kedua pelaksanaan program ini, kami

mengendalikan pertandingan mewarna bagi Tahap Satu dan pertandingan

kuiz bagi Tahap Dua. Aktiviti dimulakan dengan meminta setiap murid untuk

menyanyikan lagu kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dengan penuh

bersemangat. Hal ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri

murid dan memahami bait-baik lirik lagu yang setiap satunya mengagungkan

penggunaan Bahasa Malaysia. Selepas itu, kedua-dua aktiviti yang

dirancangkan dijalankan secara serentak. Bagi murid Tahap Satu, saya dan

rakan guru pelatih memberikan murid tiga jenis poster yang berbeza mengikut

Tahun Satu, Dua dan Tiga untuk diwarnakan. Terdapat slogan yang

mempunyai maksud tersirat untuk difahami tercatat di dalam poster

berkenaan. Antara slogan tersebut ialah ‘Bahasa Asas Perpaduan’, ‘Bahasa

Jiwa Bangsa’ dan ‘Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita’. Objektif yang ingin

dicapai melalui aktiviti ini ialah untuk memberi pendedahan asas kepada

murid untuk mengetahui tentang kepenting bahasa.

Bagi murid Tahap Dua pula, saya dan rakan guru pelatih telah

membuat pertandingan kuiz perpaduan. Banyak soalan yang diajukan kepada

murid dan hadiah diberikan serta-merta sekiranya murid dapat menjawab

soalan dengan betul. Penerangan ringkas turut diberikan berkaitan sesuatu

soalan yang disoal bagi meningkatkan pengetahuan murid. Antara soalan

yang disoal dalam pertandingan kuiz ini ialah meminta murid menyatakan

jenis-jenis perayaan di Malaysia, makanan tradisi masyarakat di Malaysia,

nama tempat ibadah penduduk di Malaysia, nama-nama Perdana Menteri di

Malaysia, tarikh-tarikh penting dalam sejarah Malaysia dan lain-lain lagi yang

dapat merangsang pemikiran murid untuk memahami Malaysia yang terdiri

daripada kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Selain itu, semasa

pertandingan itu berlangsung, turut diselitkan juga kepentingan Bahasa

Malaysia yang menjadi alat komunikasi dalam menghubungkan dan

menyatupadukan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama yang terdapat di

7

negara ini. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung murid dapat dipupuk

semagat integrasi nasional dan belajar cara untuk menghormati setiap

perbezaan yang wujud di negara bagi mengekalkan kestabilan dan

keharmonian negera.

Program yang dirancangkan pada hari ketiga ialah berkaitan

pengukuhan pembendaharaan kata. Aktiviti ini dijalankan di kelas masing-

masing dan melibatkan penglibatan guru kelas untuk mengendalikan aktiviti

yang tersebut kepada murid. Bagi murid Tahap Satu, saya dan rakan guru

pelatih telah merancang untuk menjalankan aktiviti yang diberi nama ‘Spell It

Right’ bagi menguji keupayaan murid mengeja sesuatu perkataan yang

dianggap sukar. Selain itu, murid juga dikehendaki menghuraikan maksud

perkataan tersebut secara ringkas. Objektif dalam melaksanakan aktiviti ini

ialah sebagai asas untuk meningkatkan penguasaan pembendaharaan kata

murid bagi membantu mereka mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Oleh itu, jelas disini bahawa pembendaharaan kata berperanan penting

sebelum murid dapat menguasai sesuatu bahasa dengan fasih. Merujuk

kepada kepelbagaian bahasa yang terdapat di negara kita, penguasaan

terhadap pembendaharaan kata Bahasa Malaysia perlu ditekankan sejak dari

peringkal awal. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta mengamalkan

bahasa standard secara tepat.

Seterusnya, bagi murid Tahap Dua pula aktiviti yang dilaksanakan

adalah melibatkan kemahiran menulis karangan pendek. Murid diberikan

masa selama satu jam untuk menulis sebuah karangan pendek yang

bertemakan patriotisme. Walau bagaimanapun, dapatan yang diperolehi

daripada hasil kerja murid menunjukkan murid-murid sekolah rendah juga

tidak terkecuali dari terlibat dengan masalah pencemaran bahasa yang

menyimpang daripada norma sebenar Bahasa Malaysia. Antara pencemaran

tersebut ialah penggunaan bahasa slaga dan bahasa pijin dalam penulisan

mereka. Menurut Kamus Dewan (2004), bahasa slaga didefinisikan sebagai

kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa

baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan tidak

rasmi. Seterusnya, menurut Za’ba dalam Awang Sariyan (2006:30), bahasa

8

pijin wujud dalam bentuk bahasa pasar iaitu bahasa yang digunakan antara

orang Melayu dengan kaum atau bangsa lain seperti “Saya boleh ajar apa

macam mau jaga itu budak.” Oleh itu, jelaslah bahawa, penggunaan bahasa-

bahasa seperti ini sangat memberi impak yang besar terhadap murid dan

seterusnya merendahkan martabat Bahasa Melayu dan sekali gus menjadi

jurang dalam usaha untuk melahirkan generasi berintegrasi nasional. Walau

bagaimanapun, masalah ini dapat dibendung sekiranya semua pihak

berganding bahu untuk memperbetulkan keadaan ini.

Pada hari terakhir pelaksanaan program ini, saya dan guru pelatih yang

lain telah mengadakan satu majlis perasmian penutup Minggu Bahasa.

Semasa berlangsungnya majlis ini, kami turut mengadakan pertandingan

nyanyian, koir, deklamasi sajak dan bercerita. Penglibatan murid sangat

menggalakkan dan ini menunjukkan objektif yang disasarkan dapat dicapai

iaitu untuk memupuk dan mencari bakat-bakat baru untuk aktiviti bahasa.

Melalui aktiviti seumpama ini ia dapat memberi peluang untuk menyebarkan

maklumat mengenai keindahan Bahasa Malaysia sebagai budaya ilmu dan

bahasa kebangsaan dapat disalurkan dengan cara yang menarik dalam

usaha untuk merangsang minat murid. Di samping, ia juga dapat mencungkil

bakat yang ada pada diri murid sekali gus melahirkan rasa cinta akan bahasa

dan menghargai bahasa kebangsaan. Hal ini turut disokong oleh Adnan

Kamis (1998), yang menyatakan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

yang dirancang dapat menyemarakkan minat murid terhadap mata pelajaran.

Ia turut dapat meyuburkan potensi individu dalam lapangan tertentu untuk

memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang berkehendakkan supaya

bakat dan potensi dalam diri seseorang murid dipertingkatkan ke tahap

maksimum.

Oleh itu, jelasklah berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan melalui

program ini, jelas dapat dibuktikan bahawa sekolah merupakan tempat terbaik

untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dalam usaha membantu memantapkan

dan menjayakan integrasi nasional. Murid-murid pula perlu dipersiapkan

untuk menguasai bahasa kebangsaan sebagai asas mewujudkan integrasi

nasional sejak dari peringkat awal. Hal ini turut disokong oleh Keraf (1984)

9

yang menyatakan bahawa bahasa merupakan alat untuk integrasi dan

adatasi sosial. Bahasa dapat menerapkan unsur kebudayaan yang membawa

kepada perkenalan dan pergaulan dalam kalangan masyrakat dan akhirnya

dapat memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain melalui

penggunaan bahasa yang seragam. Hal ini secara tidak langsung dapat

membolehkan integrasi nasional berlaku walaupun individu itu terdiri daripada

kaum, bangsa dan agama yang berlainan. Oleh itu, jelas dapat dilihat

pentingnya kewujudan satu bahasa yang menjadi alat untuk semua kaum,

bangsa dan agama di Malaysia. Secara tidak langsung, rakyat Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama mampu untuk bersatu

padu di bawah satu sistem bahasa yang sama iaitu Bahasa Malaysia yang

menjadi bahasa kebangsaan.

Tuntasnya, semasa menjayakan program ’Minggu’ Bahasa ini saya

sangat bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih

kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Morak kerana memberi peluang

untuk menjalankan ’Minggu Bahasa’ ini. Melalui projek ini banyak ilmu yang

perolehi dan input berguna yang dapat dijadikan pedoman pada masa akan

datang. Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah telah

menjadi pemudah cara tatkala berada dalam ketandusan idea dalam

menjayakan projek ini. Diharapkan juga projek ini dapat membantu dalam

usaha memantapkan dan menjayakan integrasi nasional melalui pendidikan

sekali gus dapat Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa

Inggeris (MBMMBI).

10

PENUTUP

Kesimpulannya, semasa menjayakan aktiviti program ‘Minggu Bahasa’

dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Murid-murid akan lebih

mengetahui kepenting bahasa yang merupakan asas dalam perpaduan dan

pembentukan integrasi nasional kelak. Program-program seumpama ini

merupakan pendedahan awl kepada murid untuk menghadapi cabaran pada

masa hadapan.

Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapat dilihat bahawa

Bahasa Malaysia memainkan peranan penting bagi membentuk perpaduan

kaum dalam kalangan penduduk di Malaysia. Merurut Garvin dan Mathiot

(1986) mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah

fungsi penyatuan. Hasil daripada penyatuan ini, akan wujudlah satu bangsa

yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Oleh itu, bagi memantapkan

pelaksanaannya, perancangan yang lebih rapi perlu diambil perhatian oleh

semua pihak yang terlibat. Segala kekangan dalam pelaksanaannya sama

ada dari segi latihan guru, kemudahan peralatan, infrastruktur, sokongan,

kewangan dan sebagainya perlu di atasi segera.

Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan proses integrasi

penekanan perlu diberikan melibatkan tiga komponen utama iaitu pendidikan,

kurikulum dan kokurikulum serta masyarakat. Proses ini memerlukan

sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM), golongan pendidik, pelajar dan tidak ketinggalan masyarakat

itu sendiri. Kita perlu sentiasa komited dan meneruskan usaha yang

mendalam bagi menghasilkan proses integrasi yang berkesan dan mencakupi

seluruh aspek. Akhirnya kita akan membentuk sebuah masyarakat yang

bersatu padu untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Di samping itu, Bahasa Melayu juga dapat mengambarkan bangsa

yang berkuasa dan menerangkan nilai perpaduan. Slogan ´Bahasa Jiwa

Bangsa´ menunjukkan bahawa dengan adanya Bahasa Malaysia sebagai

bahasa rasmi maka wujudlah bangsa yang bersatu padu. Bahasa ini akan

11

sering digunakan di setiap perbincangan sesama masyarakat samada di

peringkat politik, ekonomi mahupun sosial yang melibatkan berbilang bangsa.

Namun begitu, kepentingan bahasa lain juga tidak perlu ditolak kerana dalam

era globalisasi ini, kebolehan berkomunikasi dalam bahasa lain juga amat

diperlukan. Bangsa juga akan lebih maju dengan mempelajari kebolehan

berkomunikasi dalam bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya

melalui pengetahuan. Ini akan menyahut cabaran 1 Malaysia, menjana

transformasi.

  Kesimpulannya, bahasa Melayu sememangnya berfungsi sebagai

bahasa perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam masyarakat berbilang

bangsa dan tanpa perpaduan negaraakan kucar - kacir dan musnahlah

negara yang berdaulat. Apapun kaum atau agama kita sebagai rakyat

Malaysia, adalah wajar bahasa Melayu wajib diketahui oleh setiap rakyat

Malaysia kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan

antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan asas

Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasadan pendidikan dapat

digunakan sebagai alat meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan

antara penduduk yang berbilang kaum.

12

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa Pengintelektual

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Oxford

Fajar Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus

Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Awang Had Salleh. (1980). Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya

Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2005). Kertas ulasan Kongres Pendidikan Melayu Ke -2,

anjuran Persekutuan Badan Pembangunan dan Pendidikan Melayu

(26-27 Mac 2005) : Kuala Lumpur.

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan

Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik, Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Saifullizam Puteh (2004). Pengurusan Kokurikulum. Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHO).

13