guru dan cabaran semasa

11
TUGASAN 1: PERANAN SEKOLAH DAN GURU DALAM MENYEDIAKAN MURID UNTUK MENCAPAI KEENAM-ENAM ASPIRASI MURID. 1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara. Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan, pihak sekolah dan guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut. Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, berkeupayaan memimpin, menguasai dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh, serta murid yang beridentiti nasional. Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 – 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah dan guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melahirkan kesemua hasrat tersebut.. 2.1 Pengetahuan

Upload: wan

Post on 16-Nov-2015

91 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tugasan Edu

TRANSCRIPT

TUGASAN 1: PERANAN SEKOLAH DAN GURU DALAM MENYEDIAKAN MURID UNTUK MENCAPAI KEENAM-ENAM ASPIRASI MURID.

1.0 Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan danKemahiran;membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dalam Dwibahasa (BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemenini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan, pihak sekolah dan guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut. Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, berkeupayaan memimpin, menguasai dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh, serta murid yang beridentiti nasional. Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah dan guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melahirkan kesemua hasrat tersebut..

2.1 PengetahuanGuru dan pihak sekolah berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, khususnya untuk memastikan kanakkanak menguasai kemahiran literasi dan numerasi, guru mampu memainkan peranan. Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masingmasing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti PdP dalam membimbing murid agar menguasai keduadua kemahiran tersebut.

Walaupun begitu, usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar. Hal ini kerana, sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka. Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalan membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan. Bilangan murid yang gemar membaca, masih kurang memuaskan. Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah. Bagi guru yang kurang membaca pula, mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca. Jika guru yang berkenaan berbuat demikian, keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca. Guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka.

2.2 Kemahiran Pemikiran Kristis, kreatif dan inovatifSetiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Oleh hal yang demikian, guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melahirkan kesemua hasrat tersebut. Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dituntut oleh PPPM.

Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti iThink perlu dimanfaatkan secara serius. Hal demikian adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT, guru juga perlu melakukan anjakan paradigma, sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan. Sehubungan dengan itu, setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah, khususnya melalui PdP. Dalam proses tersbut, murid didedahkan dengan pelbagai jenis soalan, termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi pendidikan, guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagi mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa. Menurut Mok Soon Sang (2007), Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, terlibat dalam sumbangan, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007). Dalam PdP, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu.

Selain itu, untuk merangsang perasaan ingin tahu dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat wujud di dalam diri setiap murid, guru hendaklah sentiasa memainkan peranannya sebagai pembimbing atau fasilitator kepada murid-murid. Dalam hal ini, guru sentiasa menggalakkan murid mencari maklumat sebenar tentang sesuatu isi pelajaran di luar daripada teks yang disediakan. Di samping itu guru harus membimbing muriid untuk mempertahankan hujah dan memberi kritikan yang membina serta menghargai ilmu baharu yang dikongsikan.

2.3 Kemahiran Memimpin

PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Empat dimensi kepimpinan yang ingin dicapai dalam konteks sistem pendidikan iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi berkesan. Dengan melancarkan KSSM dan semakan semula KSSR pada tahun 2007, ia dapat mengimbangi set lima aspirasi murid dalam PPPM. Murid memerlukan kepimpinan untuk bersaing di peringkat global dan supaya mereka berupaya menaiktaraf mobiliti sosial. Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat sehari-hari adalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang murid. Pihak sekolah boleh menggunakan perbelanjaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.Malah, dalam aktiviti-aktiviti yang berkenaan, guru-guru boleh menunjukkan sifat kepimpinan mereka agar boleh dijadikan sebagai teladan dan contoh kepada pelajar. Guru-guru boleh mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar, menarik yang dapat muncungkilkan sifat kepimpinan murid. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam sesuatu aktiviti dan setiap pelajar ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Dengan itu, semua murid adalah berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta sifat kepimpinan mereka dapat dicungkil.

Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah penting untuk mewujudkan seseorang murid yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam cara-cara tertentu. Dalam hal ini, murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa hadapan. Jika berjayanya membentuk sifat kepimpinan seseorang murid yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik, amanah, bersih dan cekap. Mereka juga senantiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara pada masa depan.

Murid yang bersifat kepimpinan adalah berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin membuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan adalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya tahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

2.4 Kemahiran DwibahasaPPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah, dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu dan sebaliknya.

Dalam hal ini, pihak sekolah dan guru perlu memainkan peranan yang penting bagi kedua-dua bahasa ini dapat dikuasai oleh semua murid. Bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah. Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu. Selain itu, pihak sekolah harus menjalankan strategi dengan memaparkan maklumat, peraturan dan kata-kata hikmat diseluruh kawasan sekolah dengan menggunakan kedua-dua bahasa tersebut atau lebih bahasa. Sebagai contoh, pintu tandas adalah ruang yang signifken dipaparkan info sains, sejarah atau kesihatan. Ia ditulis secara ringkas, jelas, berimej kemudian dilamite. Saban hari hari murid akan memandang dan membacanya, lama kelamaan akan terkesan dalam ingatan dan meningkatkan kefahaman serta cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa yang berbeza-beza.

2.5 Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu Kerohanian, memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi. Manakala dalam Integriti pula memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul. Tanggungjawab Sivik, murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

Oleh hal yang demikian, guru perlu memberi tugasan-tugasan yang dapat menimbulkan Etika dan Kerohanian dalam diri murid-murid. Sebagai contoh, tugasan projek seperti membina Taman Mini Terapi secara individu atau kumpulan mampu melatih murid-murid mengamalkan etika dan kerohanian secara langsung. Murid dibimbing berfikir secara holistic akan strategi untuk menjayakan projek tersebut. Memuat keputusan mengatur rancangan dan mematuhi disiplin kerja mengikut jadual, meminimumkan kos, masa, tenaga dan sifar kesilapan. Kejayaan sesuatu projek sering menginpirasikan hidup beretika dan meingkatkan aspirasi kerohanian. Hasil projek seharusnya dapat digunapakai dalam pelbagai dimensi ruang atau dijadikan bahan bantu mengajar.

2.6 Identiti NasionalAspirasi keenam terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalangan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahami dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum telah berjaya mewujudkan pergaulan antara etnik di dalam dan di luar bilik darja. Namun kekurangan peruntukan daripada KPM telah menyebabkan penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti RIMUP. Walau bagaimanapun, pengisian sekolah dengan penerapan pelbagai budaya, adat resam dan kepercayaan kaum-kaum di Malaysia perlu disemarakkan. Murid dilibatkan secara langsung sebagai peserta dan menjayakan aktiviti koperatif. Kolaborasi dengan pihakluar seperti media, persatuan dan swasta sebagai penaung, boleh menjimatkankos dan tenaga pihak sekolah. Hubungan intim dengan masyarakat dapat diperkukuhkan. Senario begini memberi ruang kepada semua yang terlibat untuk belajar memahami, menerima, menghormati dan menghayati hakikat sebenar identity Malaysia.

3.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai.

Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Selain itu, guru juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain. Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan tanggngjawab kita semua.