guru dan cabaran semasa

19
1.0 Pengenalan ‘’Berita guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media’’ Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Setiap sesuatu kejadian yang berlaku itu pasti mempunyai sebab dan akibat mengapa seseorang guru itu bertindak sedemikian. Apa yang kita tahu, pada zaman sekarang situasi cikgu dahulu dengan cikgu sekarang sangat-sangat berbeza. Ini kerana, masyarakat dahulu sangat percayakan guru dan mereka memandang tinggi martabat dan profesion perguruan ini. Lebih-lebih lagi, guru dianggap sebagai insan yang sanggup berkorban demi anak

Upload: early-lilo

Post on 28-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: guru dan cabaran semasa

1.0 Pengenalan

‘’Berita guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media’’

Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik,

tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui

oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan

sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada

masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan

personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri

sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan

hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk

dijadikan tajuk utama bagi media massa. Setiap sesuatu kejadian yang berlaku itu pasti

mempunyai sebab dan akibat mengapa seseorang guru itu bertindak sedemikian.

Apa yang kita tahu, pada zaman sekarang situasi cikgu dahulu dengan cikgu

sekarang sangat-sangat berbeza.  Ini kerana, masyarakat dahulu sangat percayakan

guru dan mereka memandang tinggi martabat dan profesion perguruan ini.  Lebih-lebih

lagi, guru dianggap sebagai insan yang sanggup berkorban demi anak murid yang

tercinta untuk memastikan anak didik mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna.

Sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang, pelbagai isu-isu dan berita perihal

seorang guru di dada akhbar dan di media massa yang boleh kita baca dan dapati

dalam sehari-hari.  Terasa sangat malu, kerana "hanya nila setitik rosak susu

sebelanga" menyebabkan ramai segelintir masyarakat memandang rendah pada

Page 2: guru dan cabaran semasa

profesion guru sekarang. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang guru

itu bersikap atau bertindak sedemikian.

Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar. Pasti banyak

tafsiran yang berbeza mengenai guru yang jahat. Kalau seorang murid sekolah rendah,

pasti katanya guru yang jahat akan memberi latihan atau kerja rumah yang banyak.

Jelas di sini keikhlasan guru yang memberi latihan atau kerja rumah utuk meningkatkan

kemahiran murid, disalah tafsirkan sebagai jahat. Tetapi mereka lupa, bahawa guru itu

lebih banyak menghabiskan masanya untuk menyemak latihan atau kerja rumah murid-

muridnya. Dalam hal ini, ibu bapa yang kurang faham akan beranggapan guru memberi

kerja rumah yang banyak sebagai mendera anak mereka. Tugas seorang guru bukan

sahaja mendidik anak disekolah tetapi guru mempunyai banyak tugas yang perlu

dilakukan disekolah selain menjadi ibu atau bapa kepada anak mereka di rumah.

Ibu bapa seharusnya sedar, naluri seseorang kanak-kanak dan remaja

sememangnya nakal dan sentiasa mempunyai perasaan yang suka memberontak.

Proses mendisiplin pula amat rumit dan berhadapan dengan pemberontakan jiwa anak-

anak. Proses mendisiplinkan di tahap remaja atau buluh lebih menyukarkan dan sebab

itu ibu bapa mengelak untuk mendisiplinkan anak mereka sama ada melalui perang

psikologi mahupun rotan. Mereka takut untuk berhadapan dengan sikap

pemberontakkan anak-anak mereka ini. Ibu bapa bimbang anak-anak mereka akan lari

dari rumah atau melakukan perbuatan yang negatif seperti menagih dadah dan

sebagainya.

Institusi sekolah yang bersedia memainkan peranan itu, menggariskan beberapa

garis panduan dan disiplin yang semata-mata mahu mendidik dan mengawal tingkah

laku pelajar yang pada peringkat usia sebegini mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya

dan persekitaran.

Page 3: guru dan cabaran semasa

2.0 Faktor Penyebab

Banyak faktor yang mendorong guru bertindak ganas sehingga tergamak

mencederakan murid. Faktor tersebut mungkin berpunca daripada guru itu sendiri,

murid, pentadbiran dan juga persekitaran. Faktor utama adalah dibelenggu tekanan,

Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca segera

datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid

itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita

fahami. Mungkin jika seorang murid yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai

boleh menghilangkan kesabaran guru. Guru juga manusia biasa jika terlalu tertekan,

sesekali kesabaran tidak boleh dikawal.

Sememangnya kita tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan

berfikiran matang terlibat dalam insiden itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka

mungkin hilang pertimbangan jika sesuatu perkara yang tidak dipatuhi dilakukan

berulang kali sehingga mengundang kemarahan, misalnya, tidak membuat kerja rumah

yang diberi. Perkara seperti ini boleh mengundangkan kemarahan kepada sesiapa pun

dan seterusnya menyebabkan tekanan.

Pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin Shariff berpendapat

segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah

pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu

dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran. Mungkin guru tersebut

termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan

mendera akan memberi manfaat.

Page 4: guru dan cabaran semasa

Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam

sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat

demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut

memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang

berlebihan sebegitu terjadi.

Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab

mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu

kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu bapa

berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan

kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak

sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan

cara kekerasan dalam mendidik pelajar.

Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi

segala arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan

mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian .Ada segelintir guru

menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri.

Ada juga guru tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal

dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Ini kerana kebelakangan ini banyak aktiviti

atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa

sama mereka juga harus menunaikan tanggungjawab lain, terutama menguruskan

keluarga sendiri.

Page 5: guru dan cabaran semasa

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam, fenomena guru dera murid

berkesinambungan dengan beban tugas dan tanggungjawab berat yang terpaksa

dipikul oleh para guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan

Malaysia sebagai sebah negara industri yang maju. Antara menyenaraikan beberapa

lagi faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:

Tidak ada motivasi dan insentif.

Tugas dan sumbangan yang tidak diikhtiraf.

Penempatan guru tidak mengikut pilihan dan keperluan sekolah.

Gaji yang tidak setimpal.

Tekanan oleh Pentadbir, Jabatan Pendidikan Negara (JPN), Pusat Pendidikan

Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat, parti politik

dan agensi-agensi lain.

Tiada perlindungan daripada ugutan dan serangan oleh ibu bapa, murid-murid

dan masyarakat.

Kemudahan asas sekolah yang tidak mencukupi atau tiada langsung.

Tugas-tugas tambahan selain daripada mengajar.

Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir, PPD, JPN dan masyarakat terhadap guru.

Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang

lain.

Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar.

Bilangan murid yang terlalu ramai.

Keadaan kerja dan peluang kenaikan pangkat atau gaji yang lebih baik dan adil

di sektor lain.

Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD.

Diminta mengajar mata pelajaran bukan pilihan.

Bosan (Burn-out).

Jawatan guru tidak mempunyai jadual kerja yang tetap.

Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah.

Penilaian prestasi yang tidak adil.

Page 6: guru dan cabaran semasa

Pencerapan oleh guru-guru muda.

Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus.

Kekurangan guru.

Tiap-tiap pengarah mempunyai sasaran atau matlamat masing-masing. Para

guru kerap mengalami kesukaran menyesuaikan diri menghadapi perubahan

tersebut.

Walaubagaimanapun, sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik

kerana kenakalan murid berkenaan.Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga

terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Ada

juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah.

Ada pula guru tidak berminat menjadi guru tetapi terpaksa menjadi guru

sehingga mereka melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. . Apabila tidak

minat, bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid.

Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. Mereka mudah rasa marah. Guru

juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya

sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang

lain. Kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan

sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru. Apabila bilangan guru amat berkurangan,

kita menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak aspek yang gagal dilaksanakan oleh

pihak sekolah dalam menyediakan perlindungan kepada pelajar. Malah, ada lebih

banyak kecederaan yang melibatkan fizikal dan psikologi yang berlaku antara pelajar

dengan pelajar atau guru atau pentadbir sekolah, dalam keadaan semua pihak

berkenaan sedar atau tidak. Penderaan fizikal membawa kesan terhadap kecederaan

psikologikal mangsa seperti takut, rosak kesihatan mental dan sebagainya.

Page 7: guru dan cabaran semasa

Menyentuh isu-isu etika guru, insiden guru mendera pelajar ini tergolong dalam

isu kesantunan guru. Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), kesantunan tingkah

laku adalah tatacara bertindak atau gerak-geri guru ketika menghadapi sesuatu atau

dalam situasi tertentu. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam

kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih

dahulu. 

Murid pecah gegendang telinga ditampar guru

2010/05/26 - 06:08:21 AM

“Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru”. Menurut berita, hal ini berlaku di sebuah

sekolah berdekatan bandar Dungun, seorang pelajar yang berumur 13, namanya Muhammad

Bazly Burhan yang sedang mempelajari tingkatan satu pada sebuah sekolah berasrama telah

ditampar beberapa kali oleh seorang guru.

Pada berita yang telah dibaca, guru berkenaan yang bertindak secara kasar

terhadap anak muridnya itu telah melanggar peraturan etika kod keguruan dimana guru

tersebut tidak bertindak kesantunan. Guru tidak memberi perluang untuk murid tersebut

untuk membuat penjelasan, tidak menerima pemohonan maaf yang diberi oleh murid

tersebut. Selain itu, guru juga tidak membuat komunikasi dengan murid tersebut untuk

memahami situasi sebelum mengambil tindakan iaitu menarik telinga murid dan

menampar murid.

            Dalam kod etika isu kepedulian guru, guru ini tidak memikir sebelum bertindak.

Guru bertindak terburu-buru disebabkan kemarahannya. Guru itu tidak meminggung

perasaan murid tersebut kerana lalu menarik telinga dan menampar pelajar tersebut di

dalam kelas dan pada waktu peperiksaan. Guru tidak dapat mengawal tingkah laku

sendiri sehingga menjadikan gegendang telinga pelajar tersebut berdarah.

Page 8: guru dan cabaran semasa

  Selain itu, guru tersebut bertindak sedemikian juga berkemungkinan Bazly sering

mengejek dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa maksud

penghinaan lalu menyebabkan hati guru tersebut panas. Kelakuan pelajar-pelajar yang

kurang bersopan kadang-kadang juga menghilangkan kesabaran seorang guru. Guru

juga manusia yang punya rasa dan perasaan. Saya percaya guru tersebut menahan

kesabaran dengan pelajar sendiri yang sering mengejeknya sudah sekian lama

sehingga berlakunya masalah yang tidak diduga ini. Tahap kesabaran seorang guru

pun ada batasannya. Pelajar harus ingat, guru bukannya hamba abdi yang boleh diejek

dengan sesuka hati. Biasanya, pelajar-pelajar ini suka menghina guru-guru yang tidak

sempurna dari segi fizikal contohnya tidak tampan, tidak cantik, pendek dan

sebagainya. Jika ibu bapa mendidik anak-anak supaya berbudi bahasa sejak kecil lagi

dengan orang yang lebih tua terutamanya guru mereka, saya percaya kejadian sebegini

tidak akan berlaku di sekolah.

Walau bagaimanapun, sesekali kesantunan guru tercabar apabila guru hilang

pertimbangan kerana diprovok oleh pelajar sendiri. Hal ini kerana pelajar hari ini

dimewahkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik

menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang

rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru.

Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar

melawan guru. Keikhlasan guru yang cuba mendisiplinkan pelajar sering disalah

tafsirkan sebagai jahat. Bagi sesetengah pihak ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan,

pasti mereka kurang bersama anak-anak dalam kehidupan seharian dan tidak

mengetahui perbuatan tidak baik yang dilakukan oleh anak mereka. Namun, apabila

guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid mereka, ibu bapa akan cepat

melenting. Mereka beranggapan bahawa guru itu mendera anak mereka sahaja.

Page 9: guru dan cabaran semasa

   Ibu bapa pula langsung tidak menyalahkan anak mereka apabila berhadapan

dengan kes sebegini. Yang mereka tahu hanyalah salah guru dan pihak sekolah.

Kenakalan dan kebiadapan anak yang berpunca daripada kekhilafan mereka dalam

mendidik dan mengasuh langsung tidak dipertimbang. Mereka hanya tahu membawa

kes ke mahkamah.  Dalam hal ini, siapakah yang salah dan siapakah yang betul bukan

persoalannya. Walaupun jika didapati guru itu bersalah di mahkamah, saya percaya

masalah pelajar suka mempersenda guru tanpa rasa segan akan terus berlaku di setiap

sekolah kerana mereka percaya jika guru bertindak ke atas mereka, ibu bapa pasti

akan mempertahankan mereka sehingga ke mahkamah. Maklumlah, ibu bapa pada

masa ini semuanya kaya dan berada. Kesalahan guru merupakan peluang terbaik

untuk mereka mengambil tindakan sebegitu. 

Page 10: guru dan cabaran semasa

3.0 Cadangan Mengatasi

Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar

Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah

psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya

bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi

membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan

perasaan tertekan.

Di samping itu, cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat

lain semata-mata. Tindakan tegas perlu diambil terhadap guru-guru yang tidak berminat

mengajar dengan memberhentikan guru tersebut. Isu guru adalah masalah negara

yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji yang

munasabah. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan

hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Malahan, tapisan calon perlu

dilaksanakan dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna untuk

menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.

Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan

bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu, murid selayaknya mendapat layanan yang beradab.

Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal

dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan

garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah. Justeru itu, guru sewajarnya

sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu

mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan

terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang digariskan dalam

buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru.

Page 11: guru dan cabaran semasa

Seterusnya, walaupun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk mendidik

pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep

JERIS iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial yang

ingin diterapkan kepada pelajar. Pendidikan hak asasi manusia yang membangkitkan

kesedaran umum mengenai cara melayan setiap manusia dan pendidikan moral dan

sivik perlu diintegrasikan dalam semua subjek. Peringatan yang berterusan akan

menjadi lebih berkesan dalam menimbulkan rasa hormat kepada orang lain. Sebagai

contoh, menyedarkan pelajar bahawa mereka menjadi harapan ibu bapa untuk

mengubah nasib sendiri dan keluarga. Mereka belajar pelbagai ilmu dan kemahiran

serta nilai di sekolah agar menjadi ahli masyarakat mulia dan berguna kepada agama,

bangsa dan negara.

Guru harus memahami perbezaan individu setiap murid. “Guru hendaklah

menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa”. Kenyataan ini berkait rapat

dengan layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan

pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada

menimbulkan masalah. Tambahan, guru haruslah memberi perhatian terhadap

perbezaan individu. Kebolehan pelajar-pelajar yang berbeza menyebabkan pencapaian

yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan

kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan.

Hukuman dera tidak seharusnya digunakan setiap masa. Ia akan menimbulkan

perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan

dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi.

Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah

diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Guru seharusnya meluangkan masa untuk

mendengar masalah- masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh

meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat

Page 12: guru dan cabaran semasa

dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar. Guru haruslah

bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih

adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada

seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul

murid. 

                  

        Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar

memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab

mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar

sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah

yang perlu diberi perhatian semua pihak. Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah

ada terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini

dapat diselesaikan dengan cara terbaik.            

Page 13: guru dan cabaran semasa

4.0 Rumusan

Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin dan

menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri sendiri yang tertekan.

Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera.

Alangkah baiknya jika pihak ibu bapa menghormati dan berterima kasih kepada

para guru dan pihak sekolah kerana secara tidak langsung mengambil alih tugas

mereka bagi mendisiplinkan dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak

mereka. Semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru untuk

mendisiplinkan murid-murid, dengan niat untuk membentuk dan mendidik mereka

supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna suatu hari nanti.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih

adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada

seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul

murid. Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status guru hendaklah

sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam konteks objektif dan

tujuan pendidikan semasa. Dalam hal ini perlu diterima kahikat bahawa status profesion

perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting

menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan.

Sebaliknya ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi

ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab

Page 14: guru dan cabaran semasa

mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar

sewaktu di rumah.

Page 15: guru dan cabaran semasa

Bibliografi

Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan

Komuniti. Berita Harian.

Rujukan Internet

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Derapelajardipenjara/Article/index_html

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=270064

http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=500