guru dan cabaran semasa

Upload: meen91

Post on 10-Oct-2015

350 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3093 , transkripsi guru cemerlang, tugasan EDU, guru cemerlang, IPG , temubual guru cemerlang

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEKPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)SEMESTER 8 TAHUN 2014

EDU 3093GURU DAN CABARAN SEMASA

NAMA PELAJAR WAN NORYAZMEEN BT NORDIN

NO KAD PENGENALAN

KUMPULAN/UNIT 8 PISMP RBT 1

KOD MATA PELAJARAN EDU 3093

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING EN MUSTAFFA BIN ABD MAJID

TARIKH SERAHAN11 OGOS 2014

Isi Kandungani. Penghargaanii. Profil Pelajariii. Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan2.0 TUGASAN 1 : MEMBINA ITEM TEMU BUAL2.1 Item Temubual2.2 Profil Diri Guru Cemerlang2.3 Transkripsi Temubual3.0 TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK3.1 Peta Minda Introspeksi Diri3.2 Dapatan Temubual3.3 Penulisan Akademik4.0 Penutup5.0 Bibliografi6.0 Lampiran

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya kerana saya telah berjaya melaksanakan kerja kursus bagi kursus Guru dan Cabaran Semasa EDU3093 ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mustaffar Bin Abd Majid selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh kursus ini. Tidak dapat saya lupakan segaja tunjuk ajar beliau kerana ilmu yang telah diberikan dan yang telah diterapkan kerana ianya amatlah berguna untuk saya aplikasikan semasa bertugas disekolah pada masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah serta memberi kerjasama dalam memastikan bahawa kita semua akan berjaya bersama-sama. Sesungguhnya segala ilmu dan jasa yang telah diberikan amatlah berharga dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit dan akan dikenang sehingga akhir nyawa.

Sekian, terima kasih.

Pendahuluan

Profesion guru mencapai cabaran yang besar dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Cabaran ini disebabkan peranan guru yang lebih pelbagai sehingga memerlukan mereka meningkatkan daya kreativiti, minda yang terbuka dan positif, dan peka terhadap permintaan pelajaran yang lebih canggih berbanding dahulu dalam setiap mata pelajaran. Mereka juga perlu lebih berdisiplin dan menjadikan profesion perguruan bukan sahaja tempat makan gaji, tetapi lebih bersifat luhur budi, serta menjadikan profesion ini sebagai tempat berbakti kepada anak bangsa. Seterusnya, mereka mesti mempunyai kekuatan mental dalam suasana yang lebih global disamping bersedia dengan pihak ibubapa yang semakin hari semakin agresif dan pelajar pula yang semakin kurang adab sopan serta tidak berterima kasih. Selain itu guru juga perlu bersabar dan berhemah kerana untuk mencerminkan bahawa mereka seorang yang muliadan berdedikasi tinggi. Guru juga perlu mmenunjukkan kepimpinan melalui teladan bukan memberi pelajaran kepada pelajar, tetapi juga merupakan pendidik dan profesion yang diiktiraf diperingkat antara bangsa. Justeru itu, kami telah ditugaskan untuk menjalankan satu sesi temubual bersama dengan gur cemerlang bagi mendapatkan tips dan sedikit sebanyak maklumat mengenai cabaran-cabaran semasa dalam dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar ini. Perkongsian ini secara tidak lansung dapat memberikan satu input-input baru kepada saya berkenaan hal hal semasa dalam dunia pendidikan dan secara tidak lansung menimba sedikit sebanyak pengalaman dari guru-guru senior yang banyak pengalaman dalam bidang ini.

2.0 TUGASAN 1 : ITEM TEMU BUAL2.1 Item TemubualSoalan temubual adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria di bawah:i. Anjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran.Soalan :a) Bagaimanakah cikgu mengadaptasi perubahan-perubahan semasa dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, dan apakah kesannya terhadap PdP cikgu?

b) Bagaimana dengan penggunaan bahan bantu mengajar terkini seperti penggunaan peta pemikiran iThink, KBAT dan Frog VLE dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar?

ii. Keselarasan dengan cabaran pendidikan semasa.Soalan :a) Apakah pandangan cikgu mengenai perubahan dalam sistem pendidikan yang terkini seperti Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)?

b) Apakah pandangan cikgu mengenai perbezaan sikap guru baharu dan guru lama yang kurang berminat dan menghadapi masalah di dalam menggunakan BBM terkini seperti iThink dan Frog VLE dalam PdP mereka?

iii. Cara menghadapi tekanan dalam kalangan murid dan dalam diri sendiri.a) Bagaimana puan menanggani masalah atau tekanan yang dihadapi sepanjang puan bergelar seorang pendidik b) Bagaimana puan dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam proses PdP di dalam bilik darjah?c) Bagaimanakah cikgu berhadapan dangan murid yang bermasalah dan membuatkan cikgu tertekan semasa mengajar dalam bilik darjah?

iv. Pengurusan inovasi dan kreativiti.Soalan : a) Pada pandangan cikgu tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bagaimanakah yang paling berkesan dalam menarik minat pelajar di dalam kelas?b) Apakah BBM @ pendekatan yang puan sering gunakan dalam proses Pdp di dalam kelas terutamanya bagi kelas2 yang mempunyai pelajar yang nakal?c) Adakah puan aktif dalam pengendalian aktiviti2 di dalam dan di luar sekolah? Bolehkah puan ceritakan serba sedikit mengenai program2 tersebut?v. Peningkatan profesionalisme yang berterusanSoalan : a) Apakah inisiatif cikgu dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme cikgu?b) Apakah perancangan masa hadapan cikgu bagi memastikan peningkatan profesionalme yang berterusan?

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KOMPLEKS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK,NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Biodata Guru Cemerlang.

NAMA : KU MAHANI BINTI KU MAT DESASEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAIUMUR: 50 TAHUNASAL: ALOR SETAR , KEDAHSTATUS : BERKAHWIN MATAPELAJARAN YANG DIAJAR :1. Kemahiran Hidup, Tingkatan 12. Kemahiran Hidup, Tingkatan 33. Ekonomi Asas, Tingkatan 44. Perdagangan, Tingkatan 4PERKHIDMATAN :1. SK JERAM, KUALA SELANGOR 2. SMK DATUK MAHARAJALELA, SELANGOR 3. SMK BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR 4. SMK ALAM DAMAI, KUALA LUMPUR

Transkripsi TemubualMukadimah

Penemuramah: Assalamualaikum cikgu.Guru Cemerlang : Ya, Waalaikummussalam.Penemuramah:Sebelum saya mengajukan beberapa soalan kpd cikgu, di sini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang kajian yang sedang saya jalankan. Temuramah ini dijalankan adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus Guru dan Cabaran Semasa bagi semester ini.Guru Cemerlang: Ya, baiklah.. Penemuramah :Pertama sekali, Bolehkah cikgu menjelaskan serba sedikit tentang latarbelakang keluarga dan pendidikan cikgu?Guru Cemerlang :Baiklah, Nama saya, Ku Mahani Binti Ku Mat Desa. Saya berasal dari Kampung Sanglang, Alor Setar Kedah. Lahir pada tanggal 22 April 1964. Saya sudah 22 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Sanglang, Kedah. Seterusnya saya melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Nahar, juga di Kedah. Pada tahun 1988, saya menyambung pengajian saya di UiTM Shah Alam dan mendapat Diploma in Business Study. Selepas bergraduasi, saya berkerja dengan TELEKOM PUBLICATION sehingga tahun 1995, kemudian mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Diploma 1 tahun dan mula mengajar di SMK (A) Pasir Penambang. Pada tahun 1999, menyambung pembelajaran dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di UKM dan bergraduasi dalam tahun 2004. setelah itu terus menyambung lagi pelajaran di peringkat master juga di UKM dalam Sarjana Perdagangan dan Keusahawanan. Alhamdulillah berjaya bergraduasi pada tahun 2012. Dan sekarang sedang menyiapkan PhD dalam Pentadbiran Pendidikan di UPM.Penemuramah : Adakah cikgu, mempunyai guru idola semasa sepanjang zaman persekolahan dahulu? Bolehkah cikgu bercerita serba sedikit tentang beliau?Guru Cemerlang : AdaPn Sofea, saya sangat meminatinya..beliau mengajar subjek Fesyen & Fabrik. Pd pendapat saya beliau seorang guru yang sangat rajin, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya. Merupakan seorang guru yang peramah dan mempunyai perwatakan periang dan mudah untuk didekati..sebagai guru, dan juga kadang-kedang sebagai seorang ibu.Penemuramah: Pendorong untuk menjadi guru?Guru Cemerlang :Terus terang saya katakan menjadi guru bukanlah impian saya. Selepas SPM saya telah mendapat tawaran belajar ke Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka tetapi saya lebih suka melanjutkan pelajaran di UiTM walaupun pada masa itu mendapat bantahan dari ibu dan bapa saya. Tetapi setelah bekerja beberapa tahun di Telekom dan mendapat dua orang cahaya mata, saya mendapati pekerjaan di Telekom telah menyebabkan saya terpaksa meninggalkan anak-anak sehari suntuk, enam hari seminggu dan setiap hari saya akan sampai di rumah jam 9.30 paling awal. Selepas itulah baru saya terfikir untuk menjadi guru. Dan selepas menjadi guru, saya mendapati masa untuk bersama anak-anak lebih banyak berbanding dahulu. Namun saya cuba melaksanakan tugas saya sebagai guru dan semakin menyayangi profesyen ini.

1.0 Anjakan paradigm dalam pengajaran dan pembelajaran

Penemuramah:Bagaimanakah cikgu mengadaptasi perubahan-perubahan semasa dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, dan apakah kesannya terhadap PdP cikgu?Guru Cemerlang :Hmmm. lebih elok kalau saya memberikan penerangan dalam dua paradigma yang berbeza supaya lebih mudah untuk melihat anjakan2 yang terdapat di dalam dua era masa yg berbeza.Ini pandangan saya, iaitu era sebelum globalisasi dan selepas globalisasi. Dalam era globalisasi kini, kepentingan pendidikan sememangnya tidak dapat dinafikan.Pendidikan begitu mencabar dan sentiasa memerlukan kreativiti dan inovasi baru untuk berdaya saing dengan keperluan pembangunan sesebuah Negara.Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan bagi menangani cabaran abad ke-21. Sejak itu lagi, Kementerian Pendidikan telah memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti pendidikan di Negara ini. Dimana tujuan pendidikan bukan hanya sekadar menyediakan para pelajar untuk dunia pekerjaan tetapi juga bagi memenuhi dan mengembangkan potensi yang ada dalam setiap diri pelajar dengan lebih berkesan.

Sekarang ini, kalau dilihat dari segi perkembangan kurikulum pula institusi pendidikan kini berhadapan dengan pelbagai tekanan sama ada dari ahli politik, pendidik sendiri, ahli akademik, masyarakat, ibu bapa, penyelidik, tokoh korporat, ahli professional dan sebagainya untuk melakukan langkah tertentu terhadap kurikulum secara lebih drastik sifatnya seperti merombak kurikulum, memberi nilai tambah, melakukan inovasi, membuat penyemakan dan melakukan reformasi bagi memastikan kurikulum sekolah tetap relevan dengan keperluan kehidupan itu sendiri, dan yang terkini Sistem pendidikan di Malaysia sedang menghadapi gelombang baru dengan terlaksananya PT3, serta inovasi dlm PdP dengan terdapatnya Frog VLE, item KBAT dan iThink didalamnya, di mana sebelum ini semua itutakda.dulu guru hanya menggunakan pendekatan berpusatkan guru dimana guru hanya mengamalkan kaedah chalk & talk berbanding sekarang lebih kepada pendekatan berpusatkan pelajar. Penggunaan IT dalam pendidikan terutama sekali selepas diperkenalkan Frog VLEdi mana setiap pelajar di seluruh Negara di sediakan 1 ID untuk memudahkan mereka mengakses semua aktiviti dan gerak kerja yang di sediakan oleh guru di dalam Frog.

Penemuramah : Bagaimana dengan penggunaan bahan bantu mengajar terkini seperti penggunaan peta pemikiran iThink, KBAT dan Frog VLE dapat membantu meningkatkan minat murid untuk belajar?

Guru Cemerlang :Seperti yang telah saya katakan tadi pendidikan kini begitu mencabar dan sentiasa memerlukan kreativiti dan inovasi baru supaya dapat memberi daya saing terhadap keperluan pembangunan sesebuah Negara. Modal insan yang dilahirkan hendaklah mempunyai satu ciri yang akan dapat membantu dalam pembangunan Negara. Jadinya, unsur KBAT yang diperkenalkan ini pada pandangan saya merupakan satu yang baru bagi membantu melonjakan daya kreativiti pelajar untuk melatih mereka untuk berfikir diluar kotak. KBAT sepertimana yang didefinisikan oleh KPM adalah merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.diharapkan dengan KBAT akan dapat menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

Penggunaan unsur KBAT dalam Pdp tidaklah terlalu rigid. Boleh mengikut kreativiti guru itu sendiri , kalau dalam RPH ia boleh di masukkan dalam samada set induksi, boleh juga semasa sesi perkembangan ataupun semasa sesi penyoalan dan penilaian.pengalaman saya sendiri melaksanakan Pdp dengan menggunakan Frog VLE menampakkan mereka lebih memberi tumpuan kepada pelajaran. Kecanggihan teknologi ICT dalam Frog VLE saya lihat amat memberi kesan yang positif kepada pelajar untuk belajar. 8 peta pemikiran iThink yang digunakan adalah amat membantu pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Walaupun pada awalnya didapati penerimaan pelajar agak kurang tetapi setelah mereka sendiri mengaplikasikan penggunaanpeta-peta pemikiran, barulah menampakkan minat mereka semakin bertambahWalau bagaimanapun KBAT adalah sesuatu yang baru dan perlukann masa lagi untuk melatih pelajar.

2.0 Keselarasan dengan cabaran pendidikan semasaPenemuramah : Apakah pandangan cikgu mengenai perubahan dalam sistem pendidikan yang terkini seperti Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)?Guru Cemerlang :(diam sebentar) Pendidikan kini amat mencabar. Ia bukan saja menjadi kancah bagi ahli politik untuk menunjukkan kejaguhan tetapi ia sendiri dihuni oleh sebahagian daripada insan-insan yang secara lansung menerima tekanan secara lansung. Saban hari golongan-golongan ini samada ahli politik, pendidik sendiri, ahli akademik, masyarakat, ibu bapa, penyelidik, tokoh korporat maupun ahli professional tidak putus-putus memperkatakan tentangnya.Sebagai contohnya PBS telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan suatu masa dahuludi mana sebelum itu isu penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dan terkini isu PT3ini semua adalah sebahagian dari cabaran pendidikan masa kini dan ia mengundang ketidakpuasan perbagai pihak dari berbagai sudut. Sebab itulah timbulnya Sarana Ibubapa, itu antara lain yang diwujudkan sebagai satu langkah dalam membendung ketidak puasan hati dalam kalangan ibu bapa.contohnya berkaitan PT3, setelah wakil PIBG dipanggil ke Jabatan dan diberi taklimat maka barulah mereka faham apa tu PT3 yang sebenarnya dan kedudukan pelaksanaannya dalam pendidikan seterusnya taklimat kepada ibu bapa telah mereda ketidakpuasan hati mereka Pada pendapat saya, cabaran pendidikan semasa amat-amat memerlukan keselarasan bukan saja dari segi kefahaman terhadap sistem, juga melibatkan system penyampaian makumat yang perlu dibaiki malah tanggapan komuniti terhadap guru sendiri memerlukan satu clearifikasi supaya tidak mnegundang masalah yang berpanjangan demikian juga dengan tanggapan guru terhadap ibu bapa antara lain yg mengatakan ibubapa melepaskan segala tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru di sekolah.Penemuramah : Apakah pandangan cikgu mengenai sikap guru-guru lama yang kurang berminat dan menghadapi masalah di dalam menggunakan BBM terkini seperti iThink dan Frog VLE dalam PdP mereka?Guru Cemerlang :(Baru-baru ini saya dipanggil untuk untuk memberi ceramah berkenaan iThink ini oleh JPWP kepada Jurulatih-jurulatih utama negeri dan saya mendapati ramai dalam kalangan mereka terdiri daripada guru-guru yang berusia 40an dan ke atas dan ada juga beberapa orang yang sudah melangkaui 50an. Semasa sesi pembentangan ramai daripada memberitahu sebelum ini mereka kurang berminat dengan Frog tetapi setelah mengikuti bengkel ini mereka sangat berminat dan merasakan program ini sangat berguna untuk PdP.So saya berpendapat kurangnya minat guru-guru lama adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan mereka terhadap Frog, tetapi apabila mereka telah didedahkan maka barulah mereka berminat.4.0 Cara menghadapi tekanan dalam kalangan murid dan dalam diri sendiri

Penemuramah:Bagaimana puan menangani masalah atau tekanan yang dihadapi sepanjang puan bergelar seorang pendidik

Guru Cemerlang :Saya menganggap segala masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas adalah is a process in working..Jadi kita kena laksanakan , kena hadapi dan cuba uruskan dengan bijaksana dengan kreativiti yang ada. walaupun ia merupakan satu masalah, ingatlah tiada masalah yg tiada penyelesaian. secara amnya bagi saya ada 3 jenis masalah iaitu pertama; masalah yang akan hilang dengan sendirinya tanpa perlu dibuat apa-apa dan kedua masalah yang boleh kita tanggani ini bermakna ia berada dalam lingkungan dan jangkauan kita. Kita yang kena bertindak..kita yang kena take action maka barulah masalah itu boleh diselesaikan dan yang ketiga masalah di luar jangkauan kita bermakna orang lain terlibat dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan orang lain perlu ditanggani dahulu diikuti dengan masalah dalam jangkauan kita dan yang ketika masalah yang tak perlu ditanggani biarkan saja....tak perlu bazirkan masa melayan masalah itu.... brain compartmentalization amat penting dalam proses melaksanakan semuanya..ia memerlukan latihan dan masa untuk mendapat skill tersebut...dan bila skill dah dapat kita akan enjoy walaupun banyak tugas yang perlu dilakukan dalam satu masa....pernah guru lain yang bertanya saya..sibuk sangat..tak stress ke?...bila sampai tahap itu maka kita mungkin sudah mendapat compartmentalization schale....

Penemuramah:Bagaimana puan dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam proses PdP di dalam bilik darjah?Guru Cemerlang :Penggunaan Frog VLE dan iThink memang secara tak lansung telah dapat menarik minat pelajar terutama bagi menengah rendah...bagi pelajar menengah atas saya telah memperkenalkan satu model pembelajaran yang saya rasa amat berkesan yang saya namakan MMC Model yang melibat Mentor, Mentee dan Client..ini saya jalankan dalam kelas ekonomi tingkatan 5 .

Penemuramah: Bagaimanakah cikgu berhadapan dangan murid yang bermasalah dan membuatkan cikgu tertekan semasa mengajar dalam bilik darjah?Guru Cemerlang :Pelajar memang tak suka kita membebel ataupun marah walaupun dia yang bersalah sebab itu dari pengalaman sendiri apa yang saya lakukan adalah setiap kali pelajar melakukan kesalahan contohnya tidak menyiapkan kerja sekolah, bising atau datang lambat ke bengkel, tidak membawa buku, saya akan mendenda mereka sebanyak RM0.50...Duit yang dikumpul saya gunakan untuk membeli alatulis seperti pen, pensil dan pensil warna dan diletakkan dimeja belakang dalam bengkel. Pelajar boleh menggunakan alatan tersebut sekiranya perlu...saya dapati ia membuahkan hasil yang baik dan dapat mendisiplinkan pelajar namun ada juga segelintir pelajar yang ponteng tidak datang ke bengkel sekiranya mereka terlewat. Bagi kes-kes begini saya akan terus merujuk guru disiplin ataupun PK HEM untuk membantu saya bagi menyelesaikan masalah ini.. Manakalah bagi pelajar yang bagus, rajin dan menunjukkan prestasi yang baik, hadiah diberikan kepada mereka....

5.0 Pengurusan inovasi dan kreativiti

Penemuramah : Pada pandangan cikgu tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bagaimanakah yang paling berkesan dalam menarik minat pelajar di dalam kelas?Guru Cemerlang :Pada pendapat saya tiada satu kaedah yang boleh kita kelaskan sebagai satu kaedah yang paling berkesan, kerana kaedah2 yang digunakan oleh guru semasa proses PdP adalah bergantung kepada pelajar dan keadaan kelas. Ada sesetengah kelas penggunaan kaedah A lebih berkesan tetapi kaedah yang sama tidak sesuai digunakan di kelas B. Walau bagaimanapun pendekatan berpusatkan pelajar adalah yang terbaik kerana dengan cara ini guru-guru dapat meransang pelajar supaya lebih aktif semasa proses PdP dijalankan.Penemuramah : Apakah pendekatan yang cikgu sering gunakan dalam proses Pdp di dalam kelas terutamanya bagi kelas2 yang mempunyai pelajar yang nakal?Guru Cemerlang : Bagi diri saya proses PdP berlaku dalam dua situasi, situasi pertama ketika saya berada di sekolah dan kedua ketika saya terpaksa meninggalkan kelas untuk melaksanakan tugas-tugas di luar. Bagi situasi pertama saya banyak menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Untuk tingkatan 4 dan 5 bagi mata pelajaran Ekonomi Asas lebih kepada pembentangan pelajar dan juga forum pelajar manakala bagi subjek KHB hanya dibuat pembentangan, amali, melengkapkan modul dan juga pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE..Setiap tahun saya akan menghasilkan sendiri modul untuk pelajar-pelajar saya kerana penggunaan modul akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran pelajar malah modul juga dijadikan sebagai bahan KTG ketika saya bertugas di luar, itu bagi situasi ke dua. Untuk situasi kedua juga saya akan menyediakan nota dan soalan dalam site-site yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan pelajar boleh meneruskan proses PdP seperti biasa walaupun saya tidak berada disekolah. Guru yang merelif akan membawa pelajar ke makmal computer dan meneruskan PdP di sana. Guru yang menggantikan saya pun lebih gembira kerana suasana di makmal yang kondusif serta bilik yang berhawa dingin....Untuk latihan pula pelajar juga menyiapkan latihan secara individu dan akan menghantar secara on-line kepada saya...dengan cara ini proses pembelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan....Manakala bagi kelas-kelas yang pelajarnya agak nakal mereka lebih sukakan pengajaran yang menggunakan it, contohnya saya menggunakan powerpoint sebagai BBM semasa penerangan dibuat..bagi kelas-kelas begini mereka sangat suka kalau diberi pujian dan ganjaran bagi yang Berjaya menyiapkan tugasan.....

Penemuramah :Adakah puan aktif dalam pengendalian aktiviti2 di dalam dan di luar sekolah? Bolehkah puan ceritakan serba sedikit mengenai program2 tersebut?Guru Cemerlang : Bagi aktiviti di dalam sekolah lebih kepada senarai tugas yang diterima pada awal tahun ditambah dengan tugas2 ad-hoc mengikut keperluan semasa, dan juga mengikut skop dan tanggungjawab GC, nanti saya akan berikan satu salinan skop dan tugas GC... Bagi tugas diluar sekolah pula antaranya:1. Terlibat sebagai Ketua Pentaksir Kawasan bagi PT32. Sebagai Pengerusi KHB Negeri3. Sebagai Guru Sumber WPKL, terlibat dengan penggubalan soalan PT34. Sebagai AJK Penyelenggaraan Alatan Kemahiran Hidup WPKL5. Memberi ceramah dan seminar kepada pelajar di sekolah2 lain untuk subjek Ekon Asas dan KHB6. Memberi cemarah i-Think untuk Jurulatih Utama WPKL7. Sbg Jurulatih Frog VLE8. Terlibat dalam pembinaan site PdP untuk guru-guru KHB dan Ekonomi Asas9. Inovasi dalam pendidikan Menyertai pertandingan Inovasi dalam pendidikan 10. Sebagai hakim pertandingan Inovasi

6.0 Peningkatan Professionalisme yang berterusan

Penemuramah : Sebagai seorang guru cemerlang, bolehkah puan kongsikan serba sedikit ciri-ciri guru cemerlang dan faktor2 yang menjadikan seseorang guru itu untuk menjadi guru cemerlang...Guru Cemerlang: Perlu sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri supaya terus berkembang dari semasa ke semasa. Nak jadi guru yang baik, sifat tanggungjawab, rajin, berani dan amanah itu perlulah diterapkan dalam diri. Jangan jadi guru semata hanta untuk makan gaji semata. Betulkan niat, insyaAllah dipermudahkan Allah. Sekiranya diterapkan, insyaAllah rezeki yang Allah beri itu berkat. Itu yang paling penting. Penemuramah : Apakah nasihat puan kepada bakal-bakal guru dan guru-guru yang berada di luar sana?Guru Cemerlang : Nasihat saya untuk bakal-bakal guru yang diluar sana hanya satu, Cintailah profesion anda. Sesungguhnya tugas seorang guru itu adalah amat mulia samada disisi Allah jua masyarakat sekeliling. Guru merupakan jurutera sosial yang akan membentuk anak-anak didik dimasa yang akan datang. Justeru itu, sentiasalah mencintai profesion anda. Nescaya anda akan lebih ikhlas dan seronok untuk berkerja .

3.0 TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK3.4 Introspeksi DiriMenerusi temubual yang telah saya jalankan bersama dengan guru cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, Puan Ku Mahani binti Ku Mat Desa, banyak ilmu dan input-input berguna yang telah dikongsikan oleh beliau berkenaan ciri-ciri guru yang cemerlang dan juga info-info perkembangan semasa didalam Dunia Pendidikan pada ketika ini. Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati.

Berdasarkan Temubual yang telah dijalankan, saya dapat mengenalpasti banyak ciri-ciri guru cemerlang yang terdapat didalam diri beliau yang secara tidak lansung menjadi titik tolak kepada kejayaan yang diperolehi beliau pada hari ini. Beliau merupakan seorang guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada kod etika perguruan dan perkhidmatan awam serta peka dan prohatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik yang lainnya. Ini dapat dilihat apabila beliau menyatakan bahawa beliau

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion.

3.5 Dapatan Temubual3.6 Penulisan Akademik4.0 Penutup5.0 Bibliografi6.0 Lampiran