tugasan hoki

12
Sejarah Hoki Permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain, permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang merbahaya kepada para pemain Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya. Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey. Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di Selatan London merupakan kelab hoki

Upload: mohamad-zaki-ahmad-safri

Post on 19-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Hoki

Sejarah Hoki

Permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi

dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya

lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus

sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.

Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang

lain, permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang

merbahaya kepada para pemain

Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang

permainan mula direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka

permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-

individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.

Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali

dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil

sebagai hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya

kepada hockey.

Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian.

Permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut

mengambil bahagian dalam permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan

adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di Selatan London merupakan kelab

hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861. Kelab ini turut memperkenalkan

undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan

permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesilapan.

Pada tahun 1875, undang-undang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London.

Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk

permainan ini pada tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi

sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-

negara seperti India, Amerika Syarikat, Eropah dan juga di Malaysia.

Page 2: Tugasan Hoki

Sejarah Hoki di Malaysia

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke

negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu,

hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad,

penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini.

Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah

mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi

pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah

ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan

persahabatan di sana.

Page 3: Tugasan Hoki

Kemahiran Asas Hoki

Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki. Antaranya ialah:-

a) Memukul bola

b) Mengelecek bola

c) Menguis bola

d) Merebut bola

Memukul bola

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.

Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri. Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang

Page 4: Tugasan Hoki

Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.

Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.

Mengelecek bola

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

a) Menggelecek longgar

b) Menggelecek rapat

c) Mengelecek Indian

Page 5: Tugasan Hoki

Mengelecek longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola. Cara untuk mengelecek longgar

Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.

-Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.

-Mata memandang bola ketika membuat tolakan.

-Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

-Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Menggelecek rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan. Cara untuk menggelecek rapat

-Pegangan seperti menggelecek longgar.

-Badan juga seperti menggelecek longgar

-Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang.

-Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

Menggelecek Indian

Menggelecek Indian adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola. Cara untuk menggelecek indian

Page 6: Tugasan Hoki

Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang dengan longgar.

-Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.

-Mata seperti menggelecek rapat.

-Badan mengikut pergerakan bola.

-Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Menguis bola

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawanke rakan atau untuk menjaringkan gol.

Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan berada di bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat badan berada di kaki kanan.

Page 7: Tugasan Hoki

Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang bola ke hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa lakuan.

Ikut lajak ke arah atas.

Merebut bola

Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah:

a) Merebut secara menghadang (flat tackle)

b) Merebut secara kilas (reverse tackle)

c) Merebut secara melonjak (jab tackle)

Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk menghadang kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan depan kaki kiri

Page 8: Tugasan Hoki

Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah kiri pemain pertahanan. Tangan rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.

Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang kayu kuat di tangan kiri. Lonjak dan cuba kait bola.

Page 9: Tugasan Hoki

Peralatan Hoki

1.Kayu hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.

Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan.

Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki.

Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Page 10: Tugasan Hoki

2. Bola

Ciri-ciri bola adalah seperti berikut:

Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya adalah berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.Berat bola adalah antara 156 g (minimum) – 163 g (maksimum). Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum).