folio ctu101

41
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CTU 101 TAJUK : ADAB DI DALAM KEHIDUPAN MUSLIM AHLI KUMPULAN : MUHD. FAIZ B. SHUKOR SAFWAN SANI B. MOHD SA’ID TG. AHMAD BUSYRA B. TG. KHIARAFIF MUHAMMAD ASROL HAFIZ B. MOHD SIDEK KUMPULAN : ECD1KB 1

Upload: tabertyz

Post on 14-Jun-2015

3.791 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ape yang penting~ KEJEEESAMAA!!!

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Ctu101

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTU 101

TAJUK : ADAB DI DALAM KEHIDUPAN

MUSLIM

AHLI KUMPULAN : MUHD. FAIZ B. SHUKOR

SAFWAN SANI B. MOHD SA’ID

TG. AHMAD BUSYRA B. TG. KHIARAFIF

MUHAMMAD ASROL HAFIZ B. MOHD SIDEK

KUMPULAN : ECD1KB

PENSYARAH : NORHAPIZAH BINTI MOHD BURHAN

TARIKH PENGHANTARAN : 28 SEPTEMBER 2009

1

Page 2: Folio Ctu101

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF

PENDAHULUAN

PENGERTIAN ADAB

KONSEP ADAB

KEPENTINGAN ABAB

ADAB BERSAMA AL-QURAN

ADAB TIDUR

ADAB BERWUDUK

ADAB MAKAN DAN MINUM

ADAB BERISTINJAK

ADAB MENUNTUT ILMU

ADAB SAFAR

ADAB PERBEZAAN PENDAPAT DALAM ISLAM

ADAB BERHIAS DIRI

ADAB BERJIHAD

KESIMPULAN

SARANAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

2

Page 3: Folio Ctu101

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin yang Maha Esa seiring dengan kerjasama antara kami serta komitmen yang diberikan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ustazah Norhapizah Binti Mohd Burhan kerana telah memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami untuk melengkapkan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir kata, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan seandainya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini. Walaupun tugasan ini merupakan hasil pertama dari kami berempat, kami amat bersyukur kerana dengan kecekapan, kesungguhan, kesabaran dan kerjasama yang kami tunjukkan akhirnya tugasan ini dapat disiapkan pada masanya.

Terima kasih.

3

Page 4: Folio Ctu101

PENDAHULUAN

Pada zaman global kini, hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti bulan, tahun berganti tahun adab umat Islam semakin meruncing dan sangat kritikal sekiranya dapat kita fikirkan sejenak. Bagi mereka yang terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak menggunakan nikmat akal dengan sempurna yang dikurniakan oleh Ilahi akan mudah dipengaruhi oleh godaan duniawi. Oleh sebab dunia hari ini dianggap dunia serba canggih dan boleh diterokai tanpa sempadan, tidak hairanlah manusia menganggap dunia hanya di hujung jari.

Oleh itu, umat Islam pada hari ini hanya menganggap mempelajari adab mahupun akhlak dalam kehidupan seharian mereka adalah perkara kolot dan remeh-temeh. Mereka hanya menganggap bahawa dunia ini hanyalah tempat di mana untuk mencari nama dan pangkat serta harta semata-mata walhal mereka alpa bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja yang diciptakan oleh Sang Pencipta kepada hamba-Nya yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadat dan megabadikan diri serta mendapat rahmatullah. Orang yang menghabiskan segala kebijaksanaan, masa, dan kudratnya untuk mencari harta tanpa mempedulikan suruhan dan larangan Allah adalah bertuhankan kepada nafsu dan hartanya. Allah telah berfirman dalam surah al-Jathiah ayat 23 yang bermaksud: “Apakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?”

Saidina Ali pernah berkata “Di sini negeri tempat beramal, tidak ada ganjaran padanya…Di sana negeri tampat ganjaran, tidak ada amal padanya…Aku berpesan pada kalian, agar beramallah di negeri tiada ganjaran agar engkau tiada masalah apabila sampai di negeri yang tidak boleh hendak beramal lagi nanti…”.

Justeru, dalam tugasan ini kami ingin menerangkan tentang maksud adab, konsep adab, kepentingan adab dan beberapa adab iaitu adab bersama al-Quran, adab tidur, adab berwuduk, adab beristinjak, adab makan dan minum, adab istinjak, adab menuntut ilmu, adab safar dan adab perbezaan pendapat dalam Islam.

4

Page 5: Folio Ctu101

PENGERTIAN ADAB

Adab dalam istilah bahasa Arab yang bererti adat kebiasaan. Kata ini menunjukkan pada suatu kebiasaan, etika, pola tingkah laku yang dianggap sebagai model.

Setelah kemunculan Islam, istilah adab membawa maksud etika dan sosial. Kata dasar Ad mempunyai erti sesuatu yang mentakjubkan, atau persiapan atau pesta. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata latin urbanitas, kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti masyarakat kota sebagai kebalikan dari sikap kasar orang badui.

Dengan demikian adab sesuatu bererti sikap yang baik dari sesuatu tersebut. Bentuk jamaknya adalah Âdâb al-Islam, dengan begitu, berarti pola perilaku yang baik yang ditetapkan oleh Islam berdasarkan pada ajaran-ajarannya. Dalam pengertian seperti inilah kata adab.

Adat kebiasaan di dalam banyak kebudayaan selain kebudayaan Islam sangat ditentukan oleh kondisi-kondisi local. Oleh karena itu, tunduk pada perubahan-perubahan yang terjadi di dalam kondisi-kondisi tersebut. Menurut W.G. Summer, dari berbagai kebutuhan yang timbul secara berulang-ulang pada satu waktu tertentu tumbuh kebiasaan-kebiasaan individu dan adat kebiasaan kelompok. Tetapi kebiasaan-kebiasaan yang muncul ini adalah konsekuensi-konsekuensi yang timbul secara tidak disadari, dan tidak diperkirakan lebih dulu atau tidak direncanakan.

Ahlak dan adab Islam tidaklah bersifat “tanpa sadar” seperti dalam pengertian di atas. Adab dan kebiasaan-kebiasaan Islam itu berasal dari dua sumber utama Islam, iaitu al-Quran dan Sunnah, perbuatan-perbuatan dan kata-kata Nabi serta perintah-perintahnya yang tidak langsung. Oleh karana itu akhlak Islam itu jelas berdasarkan pada wahyu Allah .

5

Page 6: Folio Ctu101

KONSEP ADAB

Adab dalam pengertian dasar berarti undangan kepada suatu perjamuan (banquet). Suatu perjamuan menyiratkan bahawa tuan rumah telah mengundang para tamu yang memang pantas untuk sebuah perjamuan. Sebagaimana perkataan Ibn Mas’ud tentang al-Quran: “Sesungguhnya al-Quran ini adalah undangan Allah kepada suatu perjamuan ruhaniah di bumi, dan pencapaian ilmu tentangnya berarti memakan makanan yang baik di dalamnya.” Makna adab diperluas menjadi sebuah disiplin

 Berkait pada makna adab, terdapat hikmah, adil, dan kebenaran (haqq).  Haqq adalah kebenaran dan realitas sekaligus. Hikmah dalam terminologi yang berarti pengetahuan (ma’rifah) yang tegas dan pasti. Al-Attas mengistilahkannya sebagai batas ilmu pengetahuan. Adil mempunyai makna untuk menempatkan sesuatu pada tempatnya. Dengan demikian, untuk dapat menjadi adil seseorang harus melalui pintu hikmah.

Dengan pengertian akan kata-kata kunci tersebut, makna adab diperluas secara lugas sebagai “pengenalan dan pengakuan tentang hakikat bahawa pengetahuan dan wujud bersifat teratur secara hierarkis sesuai dengan berbagai-bagai tingkat dan derajat-tingkatan mereka dan tentang tempat sesorang yang tepat dalam hubungannya dengan hakikat itu serta dalam hubungannya dengan hakikat-realitas itu serta dengan kapasitas dan potensi jasmaniah intelektual mahupun ruhaniah seseorang.”

Manusia sebagai sebuah alam kecil (mikrokosmos) mempunyai dua aspek al-nafs al-natiqah (jiwa rasional) dan al-nafs al-hawaniyyah (jiwa hewaniah), mempunyai tuntutan untuk dapat menerapkan adab pada dirinya sendiri, yang menurut perumpamaan al-Ghazali dalam kitab ‘Ajibul Qulub sebagai sebuah pengaturan “Negara” di dalam diri. Sehingga adab bukan hanya tentang hubungan antara manusia dengan manusia, melainkan juga manusia dengan dirinya sendiri, dan secara lebih luas manusia dengan segala Ciptaan Tuhan, dan secara transendental dengan Penciptanya,

6

Page 7: Folio Ctu101

KEPENTINGAN ADAB

7

Page 8: Folio Ctu101

ADAB–ADAB BERSAMA AL–QURAN

Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan Allah. Oleh itu, kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca, memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain.

Seluruh muslimin telah berijmak dalam mengatakan bahawa mengagungkan al-Quran, menyucikannya dan memeliharanya adalah wajib secara mutlak. Terdapat banyak kelebihan dan ganjaran yang boleh diperolehi kepada pembaca al-Quran. Daripada Aisyah r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.”

Di samping itu, bacalah al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf daripada bacaan dengan 10 kebaikan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Walau bagaimanapun, sesiapa yang menghina, mencela, mengingkari atau mendustakan al-Quran walaupun sebahagian daripadanya maka dia dihukum sebagai kafir dengan ijmak para muslimin. Begitu juga hukumnya jika dia mengingkari kitab Zabur, Taurat dan Injil, maka dia adalah kafir.

8

Page 9: Folio Ctu101

Adab–Adab Pembawa Al-Quran

Di antara adab-adab pembawa al-Quran ialah seseorang itu hendaklah berada di dalam keadaan dan sifat yang sempurna dan mulia. Daripada Fudhail katanya:

“Pembawa al-Quran adalah pembawa bendera Islam. Tidak sepatutnya dia bermain bersama orang-orang yang bermain. Tidak sepatutnya dial alai bersama orang-orang yang lalai. Tidak sepatutnya dia melakukan perbuatan yang sia-sia bersama-sama dengan orang-orang yang melakukan perbuatan yang sia-sia.”

Dia juga hendaklah menjauhkan dirinya daripada semua larangan al-Quran dengan tujuan mengagungkannya dan berada dalam keadaan terpelihara daripada pekerjaan yang hina seperti mengedar dadah, pelacur, minum arak, zina dan sebagainya. Oleh itu, berlumba-lumbalah ke arah kebaikan seperti yang diriwayatkan Umar bin al-Khattab r.a., katanya:

“Wahai penuntut al-Quran! Angkatkanlah kepala kamu. Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan. Janganlah kamu menjadi bebanan kepada manusia.”

Di samping itu, dia hendaklah berjiwa mulia dan lebih berkeyakinan

terhadap golongan ahli dunia yang sombong dan keras hati. Walau bagaimanapun, dia hendaklah merendah diri terhadap orang-orang salih, ahli-ahli kebajikan dan golongan miskin. Seterusnya, dia hendaklah sentiasa khusyu’, bersikap tenang dan mempunyai keperibadian yang hebat. Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya:

”Sepatutnya pembawa al-Quran dikenali sebagai seorang yang menghidupkan malamnya ketika manusia lain sedang dibuai mimpi. Dikenali sebagai orang yang berpuasa di siang hari ketika manusia lain tidak berpuasa. Dikenali sebagai orang yang sedih ketika manusia lain bergembira. Dikenali dengan tangisannya ketika manusia lain ketawa. Dikenali dengan diamnya ketika manusia bising. Dikenali dengan khusyu’nya ketika manusia sombong takabbur.”

9

Page 10: Folio Ctu101

Adab–Adab Manusia Dengan Al-Quran

Antara adab manusia dengan al-Quran ialah kita hendaklah khusyuk ketika membacanya. Apabila tersalah menyebut huruf-hurufnya ketika membaca, hendaklah diperbetulkan. Selain itu, al-Quran mestilah dipertahankan ketika ia ditafsir oleh golongan yang menyeleweng dan dihuraikan oleh golongan yang sesat. Kita juga diharamkan untuk bertengkar dan berdebat mengenai al-Quran. Telah diriwayatkan secara sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda:

“Berdebat pada al-Quran adalah kufur”

Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah kepada Rasulullah dan disebarkan oleh baginda kepada umatnya. Oleh itu, kita hendaklah membenarkan segala yang terkandung di dalam al-Quran, menurut semua hukum-hakamnya, memahami segala ilmu dan perumpamaannya. Kita juga hendaklah beriman bahawa al-Quran adalah kalam Allah. Penurunannya sama sekali tidak sama dengan kalam makhluk. Allah berfirman:

”Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul.” (Al-Ahzab:4)

Setiap muslim hendaklah mengambil berat segala pengajaran al-Quran dan memikirkan keajaibannya. Setiap muslimin juga hendaklah beramal dengan ayatnya yang muhkam(jelas) dan, hanya berserah dan menerima ayatnya yang mutasyabih(kabur). Justeru, kita sebagai umat islam hendaklah mendalami ayatnya yang umum, khusus, nasikh dan mansukh. Di samping itu, kita hendaklah menyebarluaskan ilmu yang terdapat di dalam al-Quran dan menyeru ke arahnya dan kepada menasihatinya.

10

Page 11: Folio Ctu101

ADAB-ADAB MAKAN DAN MINUM

Terdapat banyak penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan dan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan kepada umat Islam berkaitan bahaya perut agar mereka berwaspada dengannya. Oleh itu, kita hendaklah memastikan makan dan minum kita daripada sumber yang halal ,dan mematuhi segala adab makan dan minum agar dapat memperoleh keredhaan daripada Allah selain memperoleh tubuh badan yang sihat.

Antara doa-doa makan dan minum :

Doa ketika hendak makan dan minum

Doa ketika terlupa membaca doa makan dan minum

Doa selepas makan dan minum

11

Page 12: Folio Ctu101

Adab Makan

Antara adab makan ialah setiap muslim hendaklah membasuh atau mencuci tangan sebelum makan kerana Ibnu Majah dan Al Baihaqi meriwayatkan dari Anas r.a. bahwa ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa menginginginkan agar Allah memperbanyak kebaikan rumahnya, maka hendaklah ia berwudhu ketika santapannya datang dan diangkat."

Selain itu, kita juga hendaklah membaca Bismillah sebelum makan Abu Daud dan Tirmidzi meriwayatkan dari Aisyah r.a., Ia mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah ia menyebut nama Allah (Basmalah). Dan apabila ia lupa menyebut nama Allah pada awalnya, maka hendaklah ia mengucapkan, Bismillaahi awwalahu wa aakhirahu (Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan akhirnya)."

Makan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang berhampiran dengannya juga merupakan antara adab makan. Muslim meriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah r.a., ia mengatakan:

"Pernah aku menjadi seorang budak di bawah pengawasan Rasulullah s.a.w. Ketika makan tanganku bergerak di tempat makanan, Rasulullah s.a.w. menegurku, "Hai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu."

Jangan seseorang pun dari kamu yang makan dan minum dengan tangan kiri kerana Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.

Selain itu, syaitan akan menumpang makan makanan yang tidak dibacakan Bismillah. Jika terdapat sebutir makanan yang terjatuh hendaklah mengambilnya kembali serta membuang segala yang boleh menyakitkan atau kekotoran dan memakannya. Jika kita membiarkan sebutir makanan tersebut, ini bermakna kita meninggalkan makanan tersebut untuk syaitan. Jadi, jangan tinggalkannya untuk syaitan.

Justeru, kita hendaklah menjilat jari apabila sudah selesai makan dan tidak menyapu tangan dengan sapu tangan yang boleh menyisip jari jemari kerana kita tidak mengetahui makanan yang manakah mengandungi berkat. Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat terlebih dahulu atau dijilatkan oleh orang lain."

12

Page 13: Folio Ctu101

Bagi yang tidur pada waktu malam, jika terdapat kesan makanan di tangan dan tidak membasuh tangannya maka janganlah menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri jika tertimpa ke atas dirinya sebarang musibah.

Adab Minum

Adab-adab ketika minum ialah setiap muslim hendaklah membaca Bismillah sebelum minum dan pujilah Allah(Alhamdulillah) apabila mengangkat bekas minuman dan setelah selesai minum, dan minumlah dengan menggunakan tangan kanan, jangan guna tangan kiri, dari Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika salah seorang diantara kalian hendak makan maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan, dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”

Justeru, minum air dengan menggunakan bekas selain daripada bekas emas dan perak. Janganlah minum sekaligus, Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kalian minum dengan sekali teguk seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua atau tiga kali teguk dan bacalah Basmalah jika kalian minum, serta bacalah Hamdalah jika kalian selesai minum."

Di samping itu, jangan bernafas di dalam bekas air dan hembus di dalam air. At-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.. telah melarang bernafas di dalam bejana atau meniup air di dalamnya:

" Meniup dan bernafas ketika minum dapat menimbulkan bahaya bagi kesihatan.”

Lihat dalam air minuman sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya, sekiranya terdapat sesuatu di dalam air minuman maka hendaklah keluarkannya. Seterusnya, jangan minum sambil berdiri. Jika berbaki sedikit dari minumannya maka berikanlah kepada orang yang berada di sebelah kanan. Apabila minum susu buatlah seakan-akan mengunyahnya kerana air susu mempunyai lemak di dalamnya.

13

Page 14: Folio Ctu101

ADAB MENUNTUT ILMU

Niat ketika belajar

Niat merupakan satu ucapan di dalam hati yang menentukan tahap

keikhlasan hati masing-masing untuk melakukan sesuatu pekara. Jika

baik niatnya, maka ikhlaslah perbuatannya dan mendapat ganjaran di

akhirat kelak.

“ sesunguhnya setiap pekerjaan mesti dengan niat”…

Nabi s.a.w juga pernah bersabda: “Banyak pekerjaan yang nampaknya

pekerjaan keduniaan, kerana baik niatnya maka ia menjadi amal akhirat,

banyak pekerjaan yang nampaknya amal akhirat, tapi kerana buruk

niatnya, menjadi pekerjaan keduaniaan”

Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya mempunyai dan menerapkan

niat yang baik dan suci ketika belajar ilmu Allah s.w.t. Ini kerana

sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan ilmu itu sifatnya juga adalah

suci.

Niat paling betul yang perlu ada pada setiap muslim yang menuntut ilmu

adalah niat untuk mendapat keredaan Allah Ta’ala dan dunia akhirat.

Selain itu, niat kita menuntut ilmu adalah untuk menghapuskan kejahilan

yang terdapat dalam diri dan orang lain, serta menghidupkan dan

mengekalkan Islam di muka bumi.

14

Page 15: Folio Ctu101

Memilih ilmu, guru, serta kawan

1) ilmu

Ilmu merupakan anugerah Allah s.w.t yang sangat bernilai. Setiap

manusia wajib menuntut ilmu kerana sesungguhnya ilmu dapat

mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., ilmu yang paling tepat dan

penting adalah ilmu yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Selain itu, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah juga merupakan ilmu yang

wajib dipelajari untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

2) Guru

Setiap insan inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya sendiri,

sifat ini juga membuatkan kita berusaha memilih ilmu yang terbaik untuk

dipelajari. Namun begitu sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh terlalu

memilih guru untuk menuntut ilmu. Walau bagaimana pun, kita perlulah

berusaha mencari guru terbaik, iaitu mereka yang paling warak dan paling

tua bagi mendapatkan ilmu yang terbaik dan ada dalil-dalilnya agar kita

tidak sentiasa hidup dalam kejahilan.

3)kawan

Kawan adalah golongan manusia yang mempunyai hubungan baik

dan akrab dengan kita. Golongan ini banyak mempengaruhi kehidupan

dan personality kita. Oleh itu, mencari kawan yang sentiasa membimbing

kita kearah kebaikan adalah penting bagi seorang pelajar. Sahabat yang

baik adalah mereka yang mempunyai kesungguhan, kewarasan dan

kejujuran. Jauhi dan hindarilah mereka yang sentiasa mengheret kita ke

15

Page 16: Folio Ctu101

lembah kemaksiatan dan kejahilan. Sahabat adalah penting kerana kita

saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Memuliakan ilmu dan ahlinya

Kita tidak akan memperolehi ilmu dan tidak akan dapat memuliakan ilmu

melainkan kita ingin memuliakan ilmu serta ahlinya. Kita perlulah

menghormati guru-guru dan ilmu yang telah disampaikan olehnya.

Apa gunanya kita belajar sesuatu itu jika kita tidak mengamalkannya?

“Seseorang itu tidak akan kafir dengan melakukan maksiat. Tetapi

kekafiran itu muncul kerana dia memandang ringan tehadap kemaksiatan

dan menghiraukan kehormatan”. Ayat tersebut bermaksud bahawa kita

tidak boleh memandang ringan apa saja kemaksiatan yang berlaku

berlaku disekeliling kita, dengan mempraktikkan ilmu di dada kita dapat

menghindari kemaksiatan itu.

Mengekalkan ilmu yang telah dipelajari adalah penting agar ilmu tersebut

dapat diamalkan dan disampaikan dari hari ke hari dan tidak akan lupus

begitu saja. Untuk mengukuhkan ilmu yang telah kita pelajari, kita

perlulah menghormati menyampai ilmu tersebut, begitu juga terhadap

rakan dan kawan dalam menuntut ilmu. Pokonya, kita seharusnya bersifat

hormat dan takzim ketika menuntut ilmu.

Antara cara untuk menghormati guru adalah:-1) jangan jalan dihadapnya

2) jangan bercakap tanpa keizinannya

3) jangan duduk ditempat guru

4) jangan bercakap tanpa keizinannya

5) jangan mengetuk pintunya tapi sabar menunggu ketibaannya

Antara cara memuliakan guru:-

16

Page 17: Folio Ctu101

1) berusaha bersungguh-sungguh

2) melakukan perkara yang disukainya dan jauhi larangannya

3) patuh pada suruhannya kecuali suruhan melakukan maksiat

Merebut setiap kesempatan dan peluang yang ada

Masa itu emas, ianya sangat bernilai walaupun setiap saat. Demi

merebut setiap peluang yang ada, seseorang itu hendaklah sentiasa

menyediakan alat tulis dan kertas bagi mencatit apa saja ilmu yang

disampaikan. Ini kerana apa yang dihafal akan dilupai, tetapi apa yang

dicatit akan terus dimiliki. Oleh itu, sediakanlah pen mahupun pensil

beserta buku nota kecil yang mudah dibawa kemana-mana.

Tambahan pula, kita perlulah menggunakan setiap kesempatan masa

yang ada agar tidak disia-siakan begitu saja kerana demi masa,

sesungguhnya manusia kerugian. Oleh itu, kita perlulah laksanakan apa

saja pekerjaan yang masih belum diselesaikan ketika kita masih ada

masa. Jangan tangguhkan mana-mana pekerjaan kerana biarpun kecil,

lama-kelamaan ia menjadi besar.

Selain daripada peralatan dan masa, kita juga perlu merebut untuk

mencungkil ilmu daripada golongan-golongan manusia yang lebih

berpengalaman. Golongan yang dimaksudkan adalah golongan orang tua,

ini kerana mereka telah mempelajari lebih banyak ilmu dan telah

mengharungi pelbagai kemusykilan hidup.

17

Page 18: Folio Ctu101

Kesungguhan, ketekunan dan cita-cita

Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah sentiasa bersungguh-sungguh

dan tekun ketika belajar. Tanpa ketekunan dan kesungguhan, nescaya

tiada gunanya kita menuntut ilmu.

Sebagaimana Allah berfirman:

“Wahai Yahya, terimalah kitab itu (serta amalkanlah) dengan sungguh-

sungguh” (Maryam ayat 12)

Waktu malam antara magrib dan isyak merupakan waktu yang berkat

untuk menuntut ilmu. jangan habiskan malam hanya dengan tidur

mahupun melakukan pekara yang laghau. Oleh itu, rebutlah ilmu dan

peluang yang ada ketika kita masih muda, ketika kita masih kuat dan aktif.

Walau bagaimana pun, kita tidak boleh terlalu memaksa diri kita hingga

menyebabkan kesihatan kita terjejas. Kita perlu membiasakan diri dengan

perkara yang baik perlahan-lahan kerana cara ini adalah pangkal

kejayaan.

Rasulullah bersabda:

“Ketahuilah sesungguhnya agama ini adalah kuat, maka ikatkanlah diri

padanya dengan lembut (perlahan) dan sederhana, janganlah paksakan

secara tiba-tiba dirimu menyembah Allah”.

Selain itu, tanpa cita-cita yang tinggi dalam bidang keilmuaan, maka tiada

arah dan kejayaan untuk berjaya di dunia. Dengan adanya cita-cita yang

18

Page 19: Folio Ctu101

tinggi, seseorang itu akan dapat mencapai kejayaan di dunia dan di

akhirat.

ADAB SAFAR

Safar ialah sesuatu perjalanan yang jauh melebihi 2 marhalah sama ada yang bermaksud dunia atau agama yang hanya dibenarkan dalam 10 maksud sahaja iaitu safar untuk mengambil iktibar diatas kekuasaan dan kebesaran Allah, safar untuk mengerjakan fardu haji, safar untuk berjihad di jalan Allah, safar untuk menuntut ilmu agama, safar untuk menziarahi tanah suci, safar untuk ziarah sesama saudara Islam untuk mencari keredaan Allah, safar untuk menjaga benteng negara bagi maksud ribat di sana, safar untuk mencari rezeki yang halal, safar untuk menjalankan perniagaan dan safar untuk mencari kerehatan. Mereka juga dekenali sebagai musafir. Adalah mustahak atau digalakkan untuk melakukan perjalanan pada hari khamis kerana sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. amat menyukai untuk bermusafir pada hari khamis.(al-Bukhari)

Antara adab-adab safar ialah mustahab untuk solat dua rakaat sebelum keluar sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Abdullah bin Mas’ud katanya:

Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, ”ya Rasulullah aku ingin keluar ke Bahrain untuk tujuan perniagaan,” maka Rasulullah s.a.w. bersabda, ”solatlah dua rakaat”.

Justeru, kita hendaklah tidak keluar atau melakukan perjalanan yang jauh seorang diri mahupun keluar bersama seorang yang lain. Kita hendaklah keluar bersama dengan dua orang atau tiga orang lain kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Seorang penunggang itu syaitan, dua orang dua syaitan dan tiga orang itu adalah penunggang yang sebenarnya”.

Maksud daripada hadis di atas adalah berpergian seorang diri itu adalah daripada perbuatan syaitan ataupun perbuatan yang didorong oleh syaitan begitu juga dua orang tanpa yang ketiga. Jikalau mencukupi tiga orang maka ia talah menjadi satu jemaah. Berpergian seorang diri akan menyebabkan perjalanan menjadi susah, dua orang sekiranya salah seorang mati atau sakit, akan menyebabkan kesusahan kepada yang tinggal akan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukannya seorang diri. Adalah di fahami dari hadis sekurang-kurangnya di dalam satu jemaah mengandungi tiga orang.

Walau bagaimanapun, rakan di dalam perjalanan yang paling baik adalah empat orang, seraya jemaah jihad yang paling baik adalah 400 orang dan

19

Page 20: Folio Ctu101

bilangan askar yang paling baik adalah 400 orang (Abu Daud dan at-Tirmidzi). Di dalam hadis menyatakan bahawa bilangan jemaah yang paling baik di dalam perjalanan ialah 4 orang kerana jika salah seorang daripada mereka sakit dan ingin berwasiat kepada salah seorang rakannya maka dua orang yang lain akan menjadi saksi (bertentangan jika mereka tiga orang). Jika salah seorang daripada mereka keluar untuk menunaikan hajat dan terlewat untuk kembali maka seorang yang lain menurutinya untuk mengetahui keadaannya dan tinggal dua orang yang lain menunggu. Seraya adalah jemaah sahabat-sahabat r.a. yang tidak disertai oleh Rasulullah s.a.w.

Di samping itu, seorang daripada mereka hendaklah menjadi Amir, dan tidak membawa bersama mereka anjing dan loceng. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Malaikat tidak akan mengiringi mereka sekiranya mereka membawa anjing dan loceng bersama mereka semasa perjalanan”.

Apabila berjalan pada akhir malam jauhilah jalan (lorong) kerana ia dilalui oleh binatang-binatang yang berbisa dan liar (Muslim).

Seterusnya, jika menuruni lembah janganlah berpisah-pisah tetapi hendaklah berkumpulan serta rapat antara satu sama lain. Sesungguhnya Rasulullah bersabda:

”Perpecahan kamu di lembah dan wadi-wadi ini adalah dari syaitan”.Setiap orang hendaklah berkhidmat kepada sahabat-sahabatnya, Rasulullah telah bersabda:

”Penghulu kaum di dalam satu safar adalah tukang khidmat mereka, maka barangsiapa mendahuluinya, mereka di dalam khidmat, jika mereka tidak mendahului, maka mereka tidak mendapat sebarang amalanpun melainkan mati syahid”

Sehubungan hal ini, antara adab safar ialah jangan balik ke rumah (isteri dan keluarga) pada waktu malam terutamanya jika telah meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, hendaklah balik ke rumah pada waktu pagi ataupun petang. Jikalau ia menjangkaakan kembali ke rumah pada waktu malam janganlah ia terus kembali menemui isterinya tetapi hendaklah dia memberitahu isterinya akan kepulangannya sehingga isterinya memotong bulu ari-arinya dan menguruskan rambutnya untuk membersihkan diri bagi menyambut kepulangan suami (al-Bukhari dan Muslim). Hadis marfu’ dari Anas r.a. katanya:

”Rasulullah s.a.w. tidak akan kembali ke rumah pada waktu malam sekembalinya dari safar tetapi ia akan kembali pada waktu pagi atau petang”.

Seterusnya, bagi wanita yang ingin melakukan safar adalah dilarang dengan keras untuk bermusafir tanpa muhrimnya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

”Janganlah dibiarkan seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu lelaki mahramnya”.

20

Page 21: Folio Ctu101

Wanita juga dilarang sama sekali untuk bermusafir selama 3 hari melainkan bersama dengan muhrimnya. Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. iaitu:

”Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat umtuk bermusafir sejauh sehari dan semalam tanpa mahramnya”.

ADAB PERBEZAAN PENDAPAT

Perbezaan pendapat bermaksud bahawa ‘seseorang itu

menempuh satu cara berbeza daripada orang lain mengenai pendapat

dan perilakunya’. Setiap pekara ‘yang berlawanan adalah berselisih’.

Namun begitu, ‘bukan semua yang berelisih itu berlawanan’. Jika terdapat

perselisihan pendapat yang boleh membawa kepada petengkaran dan

perdebatan, kita hendaklah selesaikannya dengan cara yang betul agart

tiada persengketaan mahupun pertumpahan darah sesama umat Islam

Perdebatan dan ilmu berdebat

Dari segi bahasa, perdebatan bermaksud “berunding dengan cara

bertengkar dan saling mengalahkan”. Perdebatan hanya terjadi sekiranya

terdapat mana-mana pihak yang diseru dan berkelaluan agresif dalam

ucapan, pendirian dan pendapatnya, ditambah pula pihak tersebut

berusaha sadaya-upaya mempertahankan pendapatnya serta

menundukkan lawannya agar menerimanya pendapat dan pendiriannya.

Perbalahan

Perbalahan hanya akan terjadi apabila keadaan sesuatu perdebatan itu

menjadi kritikal dan sengit dari segi ucapannya serta tingkah lakunya,

masing-masing akan menjadi agresif dan akan mengikut emosi dan nafsu.

Mereka juga akan mementingkan kemenangan berbanding kebenaran,

21

Page 22: Folio Ctu101

dalam keadaan seperti ini agak mustahil untuk mencapai kata sepakat

dan persetujuan antara kedua belah pihak.

‘ayat’,”ayat” sila rujuk Adab perbezaan pendapat dalam islam (ms/17&18)

Mengapa wujudnya perselisihan pendapat?

Allah telah menciptakan manusia dengan pelbagai ‘warna’, masing-

masing dikurniakan akal dan fikiran yang berbeza selain warna kulit,

bangsa, bahasa, dan pemikiran. Sudah menjadi fitrah setiap seorang

manusia, pasti ada saja pendapat yang berbeza mengenai semua pekara

di dunia mahupun perkara-perkara yang tidak dapat dilihat seperti alam

ghaib. Namun semua perkara-perkara tersebut terbatas oleh akal yang

Allah kurniakan kepada manusia, perbezaan ini jugalah tanda kekuasaan

Allah s.w.t .

Tanpa perbezaan pendapat, maka tiadalah pembangunan dan

kemakmuran beserta perjalanan dan kesemarakan hidup kerana setiap

orang mempunyai pendirian yang sama dan tiadalah perkembangan ilmu

dan minda dalam kehidupan masyarakat.

“ Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat

yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-

orang yang diberi rahmat oleh tuhanmu; dan untuk itulah Allah

menciptakan mereka”. (Hud ayat 118-119)

22

Page 23: Folio Ctu101

Kebaikan perselisihan pendapat

Perbezaan pendapat semestinya dapat memberi banyak faedah kepada

manusia. Ia juga dapat melahirkan beberapa perkara yang baik jika

dipelihara batas-batas dan adabnya.

1) Sekiranya niatnya benar, perbezaan pendapat memberi

peluang kepada manusia untuk mengenali semua

kemungkinan agar dapat mengenakan dalil keatasnya

mengikut satu cara pendalian yang betul.

2) Perbezaan pendapat dengan sifat atau tatacara yang betul

akan dapat melatih kemahiran berfikir dan saling bertukar

pendapat serta dapat menerima pelbagai ilmu yang tidak

terfikir oleh akal sendiri.

3) Dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang sesuai

dengan keadaan dan suasana selari dengan kehidupan

orang Islam dimana manusia hidup saling bergaul

antaranya.

23

Page 24: Folio Ctu101

Perselisihan pendapat yang mendatangkan keburukan

Tidak kira apa jua perbuatan kita, jika nafsu yang mendorongnya,

makaburuklah perbuatan itu. Sama juga seperti perselisihan pendapat jika

didorong oleh hawa nafsu, kemungkinan besar mereka hanya ingin

mencapai kepentingan diri mereka sendiri. Mungkin juga mereka hanya

ingin menunjuk kekuatan ilmu agar dipandang tinggi. Perbuatan ini

sangatlah ditegah kerana perkara ini boleh membawa kepada kekufuran

daripada kebaikan bersama terutamanya perselisihan pendapat tentang

Al-Quran.

“Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang

dari kebenaran” (An nisaa’ ayat 135)

“dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan

kamu dari jalan Allah” (Shaad ayat 26)

Adab-adab dan sikap yang betul

Antara adab-adab yang perlu ada ketika munculnya perbezaan pendapat

mahupun perdebatan, setiap individu dalam kumpulan itu mesti menjauhi

nafsu mereka dari terlibat dalam perdebatan, niat yang betul adalah untuk

mencari kebenaran dan keredhaan Allah s.w.t. Tambahan pula mereka

hendaklah sentiasa mementingkan kebenaran berbanding kemenangan

dan mementingkan semua orang berbanding diri sendiri. Tambahan lagi,

24

Page 25: Folio Ctu101

mereka hendaklah menghindari perasaan fanatik atau berat sebelah agar

keadaan lebih adil dan saksama. Oleh itu, sikap toleransi adalah penting

apabila berlakunya perbezaan pendapat. Akhir sekali, setiap perkara

mestilah berlandakan al-Quran dan al-sunnah.

ADAB PERNAMPILAN DIRI

Berhias diri merupakan perkara yang sangat penting untuk kita

berhadapan dengan orang lain. Ini kerana dengan penampilan yang

kemas dan besih, seseorang itu akan mendapat keyakinan diri dan mudah

didampingi oleh orang lain kerana luarannya yang kelihatan kemas dan

baik. Terdapat beberapa bahagian cara dalam berhias diri, kesemuanya

meliputi atas hingga bawah.

Mandi

Mandi adalah satu cara manusia memelihara dan mengekalkan kesihatan

tubuh badan dengan menggunalan air. Cara ini dapat menyegarkan

badan dan mengembalikan tenaga kita. Mandi juga merupakan perkara

yang sunat ketika hari jumaat untuk ibadah mandi sunat sebelum solat

jumaat, selepas memeluk islam dan pada pagi raya. Hukum mandi

menjadi wajib untuk menyucikan diri daripada hadas besar.

Mengosok gigi

Mengosok gigi merupakan perkara yang perlu diterapkan sejak kecil lagi.

Gigi yang kemas, putih, bersih dan kuat juga melambangkan peribadi diri

kita dan kesihatan kita. Islam juga menyuruh umatnya agar sentiasa

menjaga kebersihan gigi setiap hari dimana jua umatnya berada.

25

Page 26: Folio Ctu101

Memakai wangi-wangian

Wangi-wangian adalah bauan tambahan yang dipakai agar diri kita berbau

harum dan mudah didampingi oleh orang lain. Lelaki adalah kaum yang

disunatkan memakai wangi-wangian apabila hendak ke masjid. Namun

begitu, golongan wanita diharamkan memakai wangi-wangian apabila

hendak keluar kerana wangian ini menarik perhatian orang lain

terutamanya kaum lelaki. Lelaki yang memakai wangian juga hendaklah

jangan terlalu banyak memakai pewangi, sebagai orang Islam kita perlu

bersederhana dalam setiap perkara

Menyikat rambut

Kekemasan rambut adalah penting kerana kekemasan rambut juga

mempamirkan personality diri kita. Islam menyuruh umatnya agar

membersih, menyikat dan memakai minyak rambut supaya kelihatan

kemas dan segak. Terdapat satu peristiwa mengenai kekemasan rambut

pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ketika seorang pemuda yang ingin

bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Namun begitu, pemuda

berkenaan diminta mengemaskan rambutnya sebelum berjumpa dengan

Nabi Muhammad s.a.w.

Memotong kuku dan mencabut bulu

26

Page 27: Folio Ctu101

Memotong kuku dan mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari sangat dituntut

demi menjaga kesihatan badan. Ini kerana menyimpan kuku yang panjang

sama seperti menyimpan kuman yang akan hanya memudaratkan diri

sendiri. Sebagai orang Islam, kita akan kelihantan bersih, kemas dan ceria

sekiranya kita mematuhi segala suruhan agama untuk memperkemaskan

diri sendiri.

Menghias muka

Wajah manusia dicipta cantik dan sempurna dihiasi bulu kening dan bulu

mata oleh Allah s.w.t. Oleh itu, perbuatan mencabut atau mencukur bulu

kening supaya kelihatan cantik adalah haram kerana perbuatan itu

mengubah ciptaan Allah s.w.t. Seseorang itu hendaklah berhias secara

sederhana supaya kelihatan kemas dan cantik.

Cara berpakaian

Apa saja yang kita tonjolkan secara fizikal mempamerkan personality kita,

antara yang paling jelas mempamerkan imej kita adalah pakaian yang

dipakai. Cara berpakaian yang betul dan mengikut hukum adalah cara

pakaian yang menutup aurat serta tidak terlalu ketat mahupun

menonjolkan bentuk badan serta tiada lambang atau corak berkaitan

agama lain. Selain itu, Islam menegahkan sesiapa yang yang memakai

pakaian cantik dan berfesyen asalkan bukannya untuk bermegah-megah.

Perkara yang haram dilakukan

Bagi golongan lelaki, memakai emas dan kain sutera asli adalah haram di

sisi agama melainkan golongan wanita. Oleh itu, perbuatan memakai

perhiasan berlainan jantina juga ditegah dalam Islam. Kerana selain

menampakkan tanda-tanda awal kiamat, ia juga memburukkan imej Islam.

27

Page 28: Folio Ctu101

Penambahan rambut atau rambut palsu juga haram disisi agama.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan kulit manusia dengan sempurna,

jadi janganlah kita membuat tatu mahupun menjalani pembedahan pada

anggota badan demi kecantikan. Perbuatan ini bukan saja perbuatan

mengikut hawa nafsu, ia juga perbuatan yang mengubah ciptaan Allah

s.w.t.

ADAB BERJIHAD

Dari segi bahasa, jihad bermaksud ‘usaha yang dilakukan secara

bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada’. Manakala dari

segi istilah pula bermaksud ‘usaha yag dilakukan oleh orang Islam dengan

seluruh kemampuan untuk menegakkan agama Allah s.w.t.

“sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada

jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan

tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya”

(At-taubat ayat 20)

Kelebihan orang yang berjihad pada jalan Allah

Berjihad sesungguhnya satu perbuatan yang sangat mulia dan tinggi

darjatnya. Oleh itu, mereka yang berjihad ke jalan Allah akan mendapat

kedudukan yang mulia serta darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Selain itu,

mereka yang berjihad pasti akan mendapat tempat di syurga serta

diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.

Peringkat-peringkat jihad

28

Page 29: Folio Ctu101

Jihad boleh dibahagikan dalam bentuk pelbagai jenis jihad. Perkara yang

perlu difokuskan terlebih dahulu adalah dalam individu itu sendiri kerana

setiap perkara akan bermula daripada individu itu sendiri.

Jihad yang paling utama adalah jihad melawan nafsu yang terdapat

didalam diri kita sendiri. Selain itu, jihad memperbaiki diri agar menjadi

lebih baik merupakan perkara yang perlu diutamakan kerana adalah

sesuatu yang rugi jika kita sama seperti semalam dan langsung tiada

kemajuan pada hari esok. Umat Islam perlulah memperbaiki diri dengan

cara yang betul, iaitu dengan menuntut ilmu dan menyebarkannya, patuh

pada suruhan Allah s.w.t dan kita hendaklah sabar dan ikhlas dalam

melakukan kebaikan.

Perkara yang seterusnya adalah jihad melawan penghasut utama iaitu

syaitan yang sentiasa mendorong kita melakukan maksiat. Sudah tentu

kita tidak dapat lihat mereka, bagaimana caranya untuk kita melawan?

Cara melawan hasutan syaitan adalah dengan menghapuskan perasaan

was-was dalam diri, sentiasa tenang dan bersabar. Selain daripada itu,

kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara maksiat dan mungkar agar

tidak terjebak dengannya. Tambahan pula, kita perlu melawan sifat-sifat

mazmumah yang memang telah ada dalam diri kita.

Jihad melawan orang kafir juga adalah perkara yang dituntut dalam islam,

Tiga cara untuk melawan mereka iaitu dengan hati, lidah, harta dan

nyawa. Umat Islam perlu menerapkan rasa benci dalam hati terhadap

perkara-perkara buruk yang mereka lakukan, menyatakan segala

kebenaran Islam kepada orang-orang kafir serta berjuang melawan

29

Page 30: Folio Ctu101

keganasan mereka dengan senjata. Namun begitu, jaganlah terlalu taksub

sehinggakan kita suka pada kezaliman dan keganasan kerana Islam juga

menyuruh umatnya agar berjihad menghapuskan kezaliman dan

kemungkaran.

Adab-adab berjihad

Berjihad juga ada adabnya, kita hendaklah berjihad dengan hati yang

ikhlas demi mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu

berkorban apa saja tidak kira sama ada harta, nyawa dan masa ke jalan

Allah s.w.t. Tambahan lagi, ketika berada dalam perjuangan kita perlu

komited, beriltizam dan istiqamah. Jika kita berjihad dibawah arahan

seseorang, kita hendaklah mematuhi setiap arahannya dan melatih agar

diri menjadi lebih berdisiplin. Jika kita berada dalam sebuah kumpulan,

hendaklah kita menonjolkan semangat berjemaah dan berpasukan yang

tinggi dalam perjuangan agar kumpulan menjadi kuat dan hebat.

30