geography folio 2010

47
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN AIR PANAS NAMA: TINGKATAN: KELAS: GURU YANG MENGAJAR: TARIKH:

Upload: yuriwa

Post on 23-Jun-2015

935 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Geography is like nature....you could feel it with your arms and sense the greatness of it....However, I can't spend much time typing a lot.....got a lot of things...TO do....So, this is some guidelines to the geography project...For those who haven't finished or on their way finishing.....Thanks...Sincerely...yUrIwA

TRANSCRIPT

Page 1: Geography Folio 2010

KAJIAN GEOGRAFI

TEMPATAN

MIGRASI DALAMAN

PENDUDUK DI

KAWASAN

PERUMAHAN TAMAN

AIR PANASNAMA:

TINGKATAN:

KELAS:

GURU YANG MENGAJAR:

TARIKH:

Page 2: Geography Folio 2010

SENARAI KANDUNGAN

Senarai Kandungan Muka Surat

Tajuk Kajian

Senarai Kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

8.2 Pola Migrasi Penduduk

8.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi

migrasi dalaman penduduk di Taman Air

Panas

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di

Taman Air Panas

8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi

dalaman penduduk di Taman Air Panas

Rumusan

Lampiran

Rujukan

Page 3: Geography Folio 2010

PENDAHULUAN

Saya, Liaw Yung May merupakan seorang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah

Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Bagi memenuhi keperluan

pelajaran Geografi Tingkatan Dua, semua pelajar wajib menjalankan Kajian Geografi

Tempatan (KGT). Oleh itu, saya bersama-sama beberapa orang rakan telah memilih tajuk

” Kajian Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Air Panas, Kuala Lumpur” untuk projek

Kajian Geografi Tempatan ( KGT) kami. Kami telah menjalankan satu kajian tempatan di

kawasan Taman Air Panas untuk mencari maklumat yang diperlukan.

Tanpa membazirkan masa, saya ingin menjelaskan sedikit mengenai kawasan

kajian saya, iaitu Taman Air Panas. Saya telah menyediakan nota ringkas tentang

kawasan kajian saya bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman anda. Nama

kawasan kajian saya ialah Taman Air Panas, yang terletak di utara Kuala Lumpur.

Saya telah memilih kawasan ini kerana menepati tema kajian pola migrasi dan

terletak berhampiran dengan sekolah saya. Dengan itu, saya tidak perlu bersusah-payah

untuk melakukan kajian tempatan ini.

Page 4: Geography Folio 2010

PENGHARGAAN

Sepanjang menjalankan Kajian Geografi Tempatan ini, saya telah mengalami

pelbagai kerumitan. Oleh itu, saya telah meminta bantuan daripada pelbagai pihak seperti

guru mata pelajaran Geografi saya, Cik Wan Azizan Binti Wan Salleh, ibu bapa saya,

kawan-kawan saya.

Di sini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang

telah membantu saya dalam proses menjalankan Kajian Geografi Tempatan ini.

Penghargaan yang khusus saya tujukan adalah kepada guru mata pelajaran Geografi saya

iaitu Cik Wan Azizan Binti Wan Salleh. Beliau telah banyak membantu saya dan

membimbing saya dalam memahami lebih mendalam mengenai Kajian Geografi

Tempatan ini. Sebagai contoh, beliau telah memberi penerangan yang serba sedikit

mengenai tajuk Kajian Geografi Tempatan kelas kami iaitu kajian tentng migrasi

dalaman penduduk di sesuatu kawasan kajian kami. Beliau juga telah memberi sedikit

nota ringkas sebagai rujukan utama untuk kami menjalankan kerja kursus kami.

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Liaw

Saw Keong dan Choong Li Li kerana kedua-dua ibu bapa saya memberi sokongan

kepada saya dari segi kewangan dan semangat. Misalnya, ibu saya, iaitu Choong Li Li

telah membantu saya untuk menyempurnakan kerja kursus saya dengan mengisi borang

soal selidik mengenai migrasi dalaman penduduk. Bapa saya juga telah menjelaskan

kepada saya mengenai pola migrasi penduduk di kawasan kajian saya iaitu Taman Air

Panas.

Di samping itu, saya juga ingin menujukan penghargaan ini khususnya kepada

rakan-rakan sekelas saya, iaitu rakan-rakan dari 2 Maju. Rakan-rakan saya ini telah

memberi idea serta inspirasi kepada saya. Antara daripada mereka ialah Fauziah

Fathimah Binti Mohamed Abusalih, Michelle Liu Jo Yee, Cheah Kim Tho, Lim Zi Jun

dan sebagainya. Sebagai contoh, mereka telah menyumbangkan idea tentang cara untuk

melaksanakan projek ini.

Page 5: Geography Folio 2010

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti konsep migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas.

2. Memahami pola migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas.

3. Mengetahui kesan migrasi dalaman penduduk Taman Air Panas.

4. Mengenali faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Taman Air

Panas.

5. Memberi cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk Taman Air

Panas.

6. Bersyukur dan memupuk semangat cinta akan negara.

Page 6: Geography Folio 2010

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di Taman Air Panas yang terletak di kawasan

Setapak, Kuala Lumpur. Lokasi bandar ini adalah di sebelah utara bandar Kuala Lumpur.

Jaraknya kira-kira 5 kilometer dari bandar tersebut. Di kawasan tersebut, terdapat banyak

bangunan-bangunan didirikan di situ. Rujuk Peta 1.1 untuk melihat sekitar kawasan

perumahan Taman Air Panas.

Page 7: Geography Folio 2010

KAEDAH KAJIAN

Untuk melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah kajian,

iaitu:

A) Kaedah Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian tentang penduduk yang

terdapat di Taman Air Panas di samping saya membuat pemerhatian corak

populasi penduduk di kawasan ini.

B) Kaedah Rujukan: Saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan iaitu buku-

buku untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penduduk dan bentuk

migrasi yang berlaku di kawasan ini dan pembangunan kawasan ini yang

berkaitan.

C) Internet: www.google/maps.com , www.wikipedia.com.org ,

Dari rujukan ini saya mendapat maklumat berkaitan sejarah Taman Air Panas dan

mendapatkan peta kawasan kajian.

D) Kaedah Soal Selidik: Saya telah melakukan soal selidik melalui borang soal

selidik untuk mendapatkan maklumat tentang asal penduduk kawasan ini serta

mendapatkan punca berlakunya migrasi dalaman di sini.

Page 8: Geography Folio 2010

DAPATAN KAJIAN

8.1 KONSEP MIGRASI PENDUDUK

Migrasi penduduk merujuk kepada proses pergerakan penduduk dari satu tempat

ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara. Migrasi

penduduk terbahagi kepada dua, iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.

Migrasi dalaman merujuk kepada proses perpindahan tempat tinggal secara kekal

atau sementara dalam sesebuah negara. Migrasi ini pula terbahagi kepada empat pola,

iaitu migrasi luar bandar ke bandar, migrasi bandar ke bandar, migrasi bandar ke luar

bandar dan migrasi luar bandar ke luar bandar.

Di Taman Air Panas, terdapat dua pola migrasi penduduk iaitu migrasi luar

Bandar ke Bandar dan migrasi Bandar ke Bandar. Pola migrasi penduduk luar bandar ke

bandar ialah pergerakan penduduk ke bandar lazimnya bagi mencari peluang pekerjaan,

menjawat jawatan di sektor awam, dan melanjutkan pelajaran. Kebanyakannya bertumpu

ke bandar, bandaraya dan kawasan perindustrian. Contohnya, Encik Chong berpindah

dari kampung di Tanjung Malim, Perak ke Taman Air Panas. Pola migrasi penduduk

bandar ke bandar pula bermaksud proses pergerakan penduduk dari kawasan bandar ke

kawasan bandaraya yang lebih berkembang pesat disebabkan oleh kepadatan penduduk

yang terlalu tinggi yang menyebabkan ketidakselesaaan untuk menetap di kawasan

perumahan tersebut. Contohnya, Puan Mavis yang menetap di Bandar Georgetown di

Pulau Pinang ke Taman Air Panas yang terletak di Kuala Lumpur.

Page 9: Geography Folio 2010

8.2 POLA MIGRASI PENDUDUK

Migrasi dalaman terbahagi kepada empat jenis iaitu luar bandar ke bandar, bandar

ke luar bandar, bandar ke bandar dan luar bandar ke luar bandar.Di Taman Air Panas,

pola migrasi dalaman penduduk yang paling ketara ialah bandar ke bandar dan luar

bandar ke bandar.

Pola migrasi dalaman penduduk bandar ke bandar bermaksud proses penghijrahan

penduduk antara bandar. Pola migrasi dalaman penduduk ini berlaku apabila seseorang

berpindah atas arahan majikannya selain mengikut keluarga yang berpindah. Kedua-dua

faktor ini merupakan sebab utama penduduk dari bandar lain. Selain itu, penduduk juga

berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan dan untuk meningkatkan taraf

hidup mereka. Contohnya, seorang pegawai bank CIMB dinaikkan pangkatnya dan

dipindahkan ke cawangan CIMB di Taman Air Panas. Dia perlu berpindah ke Taman Air

Panas untuk meningkatkan taraf hidupnya manakala keluarganya pula terpaksa

mengikutnya tinggal di Taman Air Panas. Ini menjurus kepada pola migrasi dalaman

penduduk dari bandar lain ke Taman Air Panas.

Pola migrasi dalaman penduduk luar bandar ke bandar pula bermaksud proses

penghijrahan penduduk antara luar bandar ke bandar. Contoh dari Batu Arang ke Kuala

Lumpur. Pergerakan ini menyebabkan pertumbuhan bilangan penduduk di kawasan

bandar. Peratus penduduk bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% antara tahun

1991 hingga 2001. Terdapat banyak faktor yang menggalakkan migrasi penduduk ini.

Antaranya termasuklah kestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah,

kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga serta bencana alam.

Di negara Malaysia, migrasi luar bandar ke bandar adalah ketara selepas negara

mencapai kemerdekaan. Kestabilan negara membolehkan kerajaan melaksanakan

pelbagai dasar dalam usaha membangunkan negara. Kerajaan mengadakan pelbagai

insentif dalam usaha menarik pelabur asing melabur di negara Malaysia. Sehubungan

dengan itu, banyak kilang didirikan dan peluang pekerjaan pun bertambah. Contohnya, di

Shah Alam dan Pulau Pinang. Keadaan ini menggalakkan penduduk berhijrah ke bandar.

Page 10: Geography Folio 2010

Hasil perkembangan bandar-bandar utama di negara Malaysia seperti Bandar raya

Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bharu, Ipoh dan Kota Kinabalu turut mewujudkan

pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi. Keadaan ini berlaku

khususnya di sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan kewangan, perniagaan,

perindustrian, pembinaan dan pentadbiran. Keadaan ini menarik penduduk luar bandar

untuk berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.

Manakala di kawasan luar bandar, kegiatan ekonomi yang dijalankan agak terhad.

Peluang pekerjaan yang ada bertumpu pada sektor pertanian. Kadar upah yang diberikan

adalah rendah dan tidak menentu atau tidak tetap. Shah Alam, Georgetown, dan Johor

Bahru adalah juga bandar raya yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Penubuhan

pusat pentadbiran di Putrajaya menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat bandar

yang baru ini. Selain itu, di bandar-bandar juga terdapat banyak kemudahan kesihatan,

sistem perhubungan yang baik, pelbagai pusat rekreasi dan pusat membeli-belah.

Kemudahan cara hidup moden sebegini memberikan keselesaan kepada penghuni bandar

dan menjadi faktor penarik bagi golongan muda khususnya dari luar bandar ke bandar.

Pola migrasi dalaman penduduk dari luar bandar ke bandar ini lebih ketara

berlaku di Taman Air Panas berbanding dengan pola migrasi dalaman penduduk dari

bandar ke bandar. Perkara ini berlaku disebabkan oleh Taman Air Panas merupakan

kawasan yang menyediakan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi dan

mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat lengkap serta mempunyai peluang

pendidikan yang tinggi. Faktor-faktor ini menarik penduduk luar bandar yang ingin

meningkatkan taraf hidup mereka di bandar dengan bekerja dalam sektor perindutrian

dan perkilangan yang menjurus kepada pola migrasi dalaman penduduk luar bandar ke

Taman Air Panas.

Page 11: Geography Folio 2010

8.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI

DALAMAN PENDUDUK DI KAWASAN PERUMAHAN

TAMAN AIR PANAS

8.3.1 SEJARAH TENTANG TAMAN AIR PANAS

Sebelum saya beralih kepada faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi

dalaman penduduk di kawasan perumahan Taman Air Panas, saya akan

menerangkan serba sedikit mengenai sejarah tentang Taman Air Panas. Tempat

ini dikenali sebagai Air Panas kerana kawasan ini mempunyai sebuah kolam air

panas. Kolam air panas atau mata air panas ditakrifkan sebagai mata air yang

terhasil akibat air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma mengalir keluar

dari kerak bumi. Kolam air panas dipercayai dapat mengubati penyakit-penyakit

yang sangat ganjil. Oleh itu, ramai orang suka berkunjung ke kolam air panas

yang terletak berdekatan dengan surau Al-Jamiyyah untuk mengenal pasti

kemujaraban air tersebut. Taman Air Panas telah ditubuhkan selepas kemerdekaan

Tanah Melayu daripada pihak British dan menjadi petempatan penduduk.

Penduduk yang tinggal di kawasan perumahan ini kebanyakannya merupakan

peniaga atau pekerja dalam sektor perindustrian. Kini, bilangan penduduk di

kawasan Taman Air Panas sedang merudum disebabkan oleh pertumbuhan

petempatan yang baru seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya

dan sebagainya yang menyebabkan banyak golongan muda atau lebih dikenali

sebagai belia berhijrah ke sana untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji

yang lumayan.

Penduduk di kawasan Taman Air Panas terdiri daripada golongan kanak-

kanak, golongan remaja, golongan dewasa dan golongan tua. Daripada analisis

yang telah dibuat oleh Jabatan Perumahan Air Panas, 75 peratus daripada

penduduk Taman Air Panas adalah golongan tua. Kebanyakan golongan muda di

kawasan perumahan Air Panas telah berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur yang

Page 12: Geography Folio 2010

menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi. Keadaan

ini menyebabkan penduduk di suasana kawasan perumahan tersebut lebih

kondusif dan selesa untuk didiami. Di hadapan kawasan perumahan Air Panas

terdapat sebuah taman permainan dan sebuah padang yang agak lapang. Walau

bagaimanapun, kemudahan yang disediakan di taman permainan tersebut tidak

lengkap dan sentiasa mengalami kerosakan kerana sentiasa berlakunya

vandalisme.

8.3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI

DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN AIR PANAS

Taman Air Panas telah mengalami perubahan yang drastik sejak daerah ini

ditubuhkan pada tahun 1981. Setiap penduduk mempunyai sebab atau faktor

masing-masing untuk berpindah dari tempat asal mereka ke Taman Air Panas.

Kajian saya mendapati majoriti penduduk berpindah dari tempat asal

mereka ke Taman Air Panas disebabkan oleh peluang pekerjaan di Taman Air

Panas yang lebih baik. Di Taman Air Panas, pelbagai perniagaan dan

perdagangan dijalankan di kawasan tersebut. Pelbagai jenis bank, syarikat

kewangan dan syarikat insurans, khususnya yang bertaraf antarabangsa beroperasi

di Taman Air Panas. Syarikat-syarikat ini memberikan kemudahan kepada

syarikat-syarikat perniagaan dan perdagangan untuk memajukan atau

memperkembangkan perniagaan.

Syarikat-syarikat perdagangan dan perkhidmatan menyediakan peluang

pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan. Contohnya, seorang pekerja di

Syarikat Insurans ING dibayar RM5000 sebulan. Gaji yang ditawarkan sebegini

menarik minat banyak penduduk dari luar bandar untuk bekerja di kawasan

bandar. Penduduk dari luar bandar dan kawasan pedalaman juga berpindah ke sini

untuk meningkatkan taraf hidup mereka supaya mereka dapat menikmati

Page 13: Geography Folio 2010

kehidupan yang selesa dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap dan

perkhidmatan kesihatan yang sangat efisien. Tahukah anda bahawa Kuala Lumpur

mempunyai keluasan kira-kira 243 km persegi dengan jumlah penduduk kira-kira

1.4 juta orang pada tahun 2000. Kawasan ini paling padat penduduknya di negara

Malaysia kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang

menjadi tarikan penduduk untuk bertumpu di sini. Proses pembandaran di negara

Malaysia bermula selepas penemuan bijih timah. Ketika itu perlombongan bijih

timah giat dijalankan. Kegiatan perlombongan bijih timah menggalakkan

pembukaan bandar-bandar seperti Taiping, Ipoh, Bandar raya Kuala Lumpur dan

Seremban. Selain perlombongan bijih timah, penanaman getah turut

menggalakkan pembukaan bandar. Contohnya, pembukaan bandar-bandar seperti

Alor Gajah, Keluang, Segamat dan Kota Tinggi adalah sebagai akibat kemajuan

dalam penanaman getah. Contohnya, Alor Gajah bermula sebagai pusat

pengumpulan getah dan berkembang menjadi bandar. Dari semasa ke semasa,

kawasan itu berkembang dari segi ekonomi, pengangkutan dan perhubungan.

Pusat membeli-belah, pusat pemprosesan bahan mentah, serta pusat pembekalan

dan perkhidmatan turut disediakan untuk penduduk di sekitar kawasan ini.

Penghijrahan penduduk dari negara China turut menambahkan jumlah penduduk

di bandar. Kebanyakan mereka bekerja di lombong bijih timah, contohnya di Ipoh

dan Bandar raya Kuala Lumpur. Kehadiran mereka menyebabkan jumlah

penduduk di bandar berkenaan bertambah dengan pesatnya. Dari setahun ke

setahun, jumlah penduduk yang tinggal di bandar semakin bertambah,

terutamanya selepas tamat Perang Dunia Kedua dan selepas merdeka.

Proses pembandaran di negara Malaysia berterusan dan menyebabkan

bertambahnya bandar-bandar yang mempunyai saiz penduduk 10000 orang dan

lebih. Antaranya termasuklah Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Johor Bharu,

Kota Kinabalu dan Kuching. Sehubungan dengan itu, juga kegiatan ekonomi di

bandar juga giat dijalankan. Kawasan perniagaan dan perindustrian banyak.

Sistem pengangkutan dan perhubungan turut dimajukan.

Page 14: Geography Folio 2010

Selain itu, melanjutkan pelajaran juga merupakan penyumbang utama

kepada perpindahan penduduk ke Taman Air Panas. Golongan muda yang

menetap di sini juga terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut ilmu di

universiti. Oleh sebab universiti dan kolej mereka terletak berdekatan dengan

kawasan perumahan Taman Air Panas, mereka menyewa rumah teres atau

apartmen di Taman Air Panas. Tambahan pula, rumah-rumah dan apartmen

disewa pada harga yang berpatutan, menyebabkan pelajar-pelajar kolej dan

universiti suka tinggal di kawasan perumahan Taman Air Panas. Untuk maklumat

lanjut, Kuala Lumpur mempunyai institut pendidikan yang mampu melahirkan

insan yang berkualiti dan berkaliber. Dalam menongkah arus globalisasi,

masyarakat telah menjadi semakin kompetitif dalam melakukan sesuatu, sama ada

dalam bidang akademik mahupun bidang pekerjaan dan bidang sukan. Mereka

ingin mencapai kejayaan dan mempunyai kelas mentaliti pertama. Dengan ini,

bidang pendidikan mempunyai paling banyak persaingan. Misalnya, pelajar di

sesuatu kelas bersaing untuk memperoleh markah yang tertinggi dalam sesuatu

subjek. Persaingan merupakan sesuatu perkara yang sangat baik tetapi perlu

dikawal. Jika pelajar bersaing sehingga menimbulkan pergaduhan atau konflik

yang tidak diingini, yang seterusnya menyebabkan keruntuhan akhlak pelajar dan

seterusnya ketidaktenteraman suasana sekolah.

Di samping itu, arahan daripada majikan juga merupakan perencah kepada

perpindahan penduduk ke kawasan perumahan di Taman Air Panas. Majikan

mengarahkan penduduk berpindah ke kawasan tersebut untuk membolehkan

pekerja lebih mudah menguruskan perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

Saya telah menjalankan penyelidikan tentang faktor ini dan saya mendapati

penduduk berpindah ke kawasan perumahan Taman Air Panas kerana telah

mendapat kenaikan pangkat. Oleh itu, mereka disuruh untuk berpindah ke sesuatu

tempat yang berdekatan dengan tempat kerja mereka. Contohnya, ibu bapa saya

bekerja sebagai guru di pusat tuisyen yang terletak di Genting Klang. Untuk

memastikan tahap kecekapan kerja mereka serta produktiviti pusat tuisyen mereka

Page 15: Geography Folio 2010

dikekalkan dan mempunyai pertambahan pelajar yang lebih drastik, mereka

tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.

Seterusnya, penduduk berpindah ke Taman Air Panas atas ikutan keluarga.

Contohnya, adanya sebahagian penduduk di kawasan kajian saya berpindah ke

sini kerana ingin tinggal berdekatan dengan sanak saudara mereka. Ini mungkin

disebabkan kemudahan menghantar anak unutk jagaan saudara. Kebanyakan

penduduk yang berpindah atas faktor ini tidak dipaksa tetapi berpindah dengan

rela hati. Mereka berpindah kerana tidak mahu berpisah dengan keluarga yang

tersayang. Sebenarnya, penduduk yang berpindah atas ikutan keluarga membawa

impak yang positif kepada perkembangan keluarga dari segi keharmonian dan

kesatuannya. Semua orang menginginkan sebuah keluarga yang bebas daripada

segala perbalahan dan rusuhan, supaya kita sentiasa hidup dalam keadaan yang

kondusif dan lebih mudah menuntut ilmu pengetahuan kerana mempunyai tahap

konsentrasi yang tinggi. Bayangkanlah jika anda berada dalam keluarga yang

porak-peranda, dan anda sentiasa mendengar ibu bapa anda bertengkar dan

menggunakan kata-kata yang kesat antara satu sama lain, adakah anda akan

berasa tenang untuk menelaah pelajaran anda? Jawapan yang paling tepat adalah

tidak, kerana seseorang tidak boleh mengulang kaji pelajaran dalam suasana yang

bingit. Lebih-lebih lagi, suasana yang bingit wujud disebabkan oleh keluarga

tidak mampu bertoleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain. Oleh itu, jika

kita dapat tinggal berdekatan dengan saudara mara kita, hubungan silaturahim kita

akan dieratkan dan seterusnya mewujudkan suasana yang kondusif dalam

pangkuan keluarga. Seseorang anak tidak akan melahirkan rasa benci akan

keluarganya, yang akan mengurangkan kes lari dari rumah.

Tidak kurang juga penduduk yang berpindah dari tempat asal ke Taman

Air Panas atas faktor perkahwinan. Contohnya, apabila seorang wanita dari

bandar lain seperti Pulau Pinang berkahwin dengan seorang lelaki yang menetap

di Taman Air Panas, wanita dan keluarga wanita tersebut akan berpindah ke

Taman Air Panas. Perpindahan penduduk sebegini telah menyerlahkan sikap

Page 16: Geography Folio 2010

sanggup berkorban untuk mendirikan sebuah rumah tangga yang baru.

Sebenarnya, pendirian sesebuah rumah tangga merupakan perkara yang susah.

Pasangan suami isteri perlu mengorbankan masa dan tenaganya untuk

memastikan anak yang dilahirkannya sentiasa mempunyai perkembangan yang

lengkap dari segi mental dan fizikal.

Konklusinya, penduduk yang berpindah ke kawasan perumahan di Taman

Air Panas mempunyai faktor masing-masing. Walau bagaimanapun,

kebanyakannya berpindah ke sini adalah disebabkan oleh peluang pekerjaan yang

pelbagai di Kuala Lumpur. Saya berasa bersyukur kerana jiran tetangga saya

datang dari pelbagai tempat dan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti

kaum Melayu, Cina dan India dan setiap kaum menganuti agama seperti Islam,

Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Walaupun kaum di kawasan petempatan

kita bervariasi, namun kita masih dapat hidup dalam keadaan yang aman dan

sejahtera. Konsep Satu Malaysia yang diimplementasikan menekankan dua

perkara iaitu ” Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Penduduk di

kawasan perumahan kita sering mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti

gotong-royong, rumah terbuka dan sebagainya yang dapat menyerap nilai

perpaduan dalam jiwa penduduk. Benteng antara kaum masing-masing akan

dirobohkan dan masyarakat dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan serta

menghayati keunikan dan keaslian budaya kaum lain. Bak kata pepatah,” Bersatu

kita teguh, bercerai kita roboh,” sekiranya kita dapat memupuk perasaan cinta

akan negara atau lebih dikenali sebagai semangat patriotisme, negara kita dapat

melangkah setakuk lagi dalam memacu pembangunan dan perkembangan dari

semua aspek.

Jadual di bawah menunjukkan faktor-faktor migrasi dalaman yang berlaku

di kawasan perumahan Taman Air Panas. Saya memperoleh maklumat ini

daripada borang soal selidik. Seramai 23 responden telah melibatkan diri dalam

penyelidikan ini.

Page 17: Geography Folio 2010

FAKTOR MIGRASI DALAMAN YANG BERLAKU DI

TAMAN AIR PANAS

FAKTOR MIGRASI

DALAMAN

BILANGAN

PENDUDUK

(ORANG)

% °

Peluang pekerjaan

Melanjutkan pelajaran

Arahan Majikan

Ikut Keluarga

Perkahwinan

Kadar Upah

Kemudahan Asas

8

5

3

2

2

1

1

1

35%

22%

13%

9%

9%

5%

5%

5%

125

°

78°

47°

31°

31°

17°

17°

17°

Petempatan Baru

Jumlah 23 100% 360

°Sumber: Hasil Soal Selidik Daripada 23 responden

PERATUS FAKTOR MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

DI TAMAN AIR PANAS DALAM BENTUK CARTA PAI

Page 18: Geography Folio 2010

FAKTOR MIGRASI DALAMAN YANG BERLAKU DI TAMAN AIR PANAS

Peluang pekerjaan

Melanjutkan Pelajaran

Arahan Majikan

Perkahwinan

Ikut Keluarga

Kadar Upah

Kemudahan Asas

Petempatan Baru

8.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI

TAMAN AIR PANAS

Migrasi dalaman penduduk ke Taman Air Panas turut membawa pelbagai impak,

sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Migrasi dalaman penduduk ke

kawasan tersebut turut membawa pelbagai kemaslahatan. Antaranya ialah

kewujudan masyarakat majmuk di Taman Air Panas. Sebelum ini, Taman Air

Panas merupakan sebuah tempat yang bertumpunya perniagaan. Oleh itu,

kebanyakan orang Cina menetap di kawasan ini. Namun begitu, selepas tempat ini

diketahui kemujaraban kolam air panas itu, ramai orang datang ke sini untuk

merendam diri dalam kolam tersebut untuk mengubati penyakit masing-masing.

Natijahnya, mereka akan bercadang untuk berpindah ke sini. Seterusnya, mungkin

penduduk dari tempat lain yang bercadang untuk berhijrah ke kawasan ini juga

mencadangkan tempat ini kepada sanak saudara mereka. Kesannya, masyarakat di

kawasan Taman Air Panas terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh, India-

Muslim dan sebagainya. Masyarakat majmuk yang terbentuk di kawasan tersebut

telah menunjukkan penduduk di Malaysia dapat hidup bersama-sama walaupun

kita terdiri daripada kaum atau etnik yang berbeza. Bak kata pepatah,” Perpaduan

Page 19: Geography Folio 2010

Teras Kejayaan”, penduduk di kawasan Taman Air Panas senantiasa berganding

bahu untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Contohnya, penduduk Taman Air Panas

mengadakan rumah terbuka sempena musim perayaan. Semua orang ditugaskan

untuk melakukan sesuatu kerja. Misalnya, ada orang menyediakan makanan dan

minuman untuk dijamu selera, adanya yang mengecat dan menghias rumah

tersebut dengan barang hiasan, ada orang yang mengira bilangan orang yang

hendak hadir ke rumah terbuka tersebut untuk memastikan makanan dan

minuman yang dihidangkan nanti tidak akan dibazirkan. Mengadakan aktiviti

sememangnya dapat memupuk sikap toleransi serta kerjasama dalam kalangan

penduduk yang seterusnya akan menjurus kepada perpaduan yang kukuh antara

penduduk. Segala rusuhan dan sentimen perkauman dapat dimansuhkan secara

aman damai.

Selain itu, struktur komposisi penduduk turut berubah akibatnya daripada

migasi dalaman penduduk dari luar bandar ke bandar di Taman Air Panas.

Sebagai contoh, dahulu Taman Air Panas majoriti penduduknya terdiri daripada

orang Cina, tetapi dengan migrasi dalaman penduduk ke Taman Air Panas,

komposisi penduduk turut berubah menjadikan majoriti penduduk di kawasan

perumahan ini adalah kaum India. Namun begitu, kaum Cina masih menjadi

kaum utama yang menetap di kawasan perumahan tersebut. Anjakan paradigma

dalam struktur komposisi penduduk di Taman Air Panas juga menyebabkan

perubahan yang ketara dalam gaya hidup penduduk di kawasan tersebut.

Misalnya, masyarakat Cina dapat menikmati makanan kaum India, manakala

masyarakat India dapat mempelajari Bahasa Cina daripada jiran tetangga yang

berbangsa Cina. Perkara ini merupakan perkara yang sangat positif dan patut

dicontohi dan dijadikan sebagai suri teladan kerana masyarakat yang kaumnya

berbeza mempunyai rasa hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan

migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas, masyarakat akan mengubah

persepsi yang negatif terhadap kawasan tersebut. Mereka tidak akan memandang

rendah kepada masyarakat yang menetap di sini hanya disebabkan mereka berasal

daripada keluarga yang kurang berada.

Page 20: Geography Folio 2010

Di samping itu, migrasi dalaman penduduk juga dapat menyebabkan

peningkatan taraf hidup mereka di sini. Penduduk yang berpindah ke sini dapat

menikmati kemudahan kesihatan serta infrastruktur yang lengkap, hasil daripada

perkembangan sistem teknologi di Malaysia seperti komputer riba, dan

memperoleh gaji yang lumayan setiap bulan. Sebagai contoh, ayah rakan saya, Ah

Chong menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan Desa Setapak.

Setelah mendapati perniagaan di kawasan Taman Air Panas dijalankan dengan

lebih giat, mereka sekeluarga berpindah ke sini untuk memperkembang

perniagaan mereka. Ayah Ah Chong bekerja sebagai penjual alat tulis.

Disebabkan oleh majoriti penduduk di sini juga adalah pelajar, perniagaan ayah

Ah Chong berjalan dengan sangat lancar. Sekarang, ayah Ah Chong telah

mempunyai dua cawangan di sekitar Taman Air Panas.

Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa setiap perkara

mempunyai impak negatifnya. Antaranya ialah persaingan yang amat kuat antara

peniaga serta pekerja yang bekerja di kawasan Taman Air Panas. Penduduk

tempatan terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk menyara kehidupan

mereka yang terpaksa menanggung banyak kos-kos dari segi makanan,

pendidikan dan kesihatan. Walaupun peluang pekerjaan yang disediakan di

kawasan ini adalah sangat tinggi, tetapi penduduk di kawasan Taman Air Panas

tidak dapat menikmati peluang tersebut dengan sepenuhnya. Sekiranya persaingan

yang wujud dalam bidang perniagaan mencapai ke tahap yang maksimum,

penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan tersebut akan mencuba

pelbagai taktik untuk menjatuhkan keuntungan peniaga yang lain atau menghantar

pengintip untuk mengetahui rahsia kejayaan peniaga tersebut. Perbuatan sebegini

mewujudkan persaingan yang tidak sihat antara penduduk tempatan. Penduduk

tempatan tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain hanya disebabkan oleh

persaingan antara perniagaan mereka. Adakah kita ingin hidup dalam keadaan

sebegini dengan penduduk yang berfikir berpaksikan keuntungan dan kemewahan

hidup sahaja? Tepuk dada tanyalah selera.

Page 21: Geography Folio 2010

Tambahan pula, masalah sosial dan kes juvana juga akan timbul di

kawasan tersebut jika kepadatan penduduk di sesuatu kawasan terlalu tinggi. Ada

sesetengah penduduk dari tempat yang lain berpindah ke sini dengan motif

mereka yang tertentu. Ada penduduk yang ingin merahsiakan diri daripada pihak

polis, oleh itu, mereka mendirikan rumah setinggan di kawasan tersebut dan

melakukan kes jenayah seperti rompakan, kes penderaan kanak-kanak, kes buli

dan sebagainya. Perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah penduduk di kawasan

tersebut turut menjatuhkan maruah penduduk yang lain di Taman Air Panas serta

menganggu kestabilan tempat tersebut dari segi ketenteraman dan keharmonian.

Kes jenayah akan mencipta atmosfera yang kurang aman kepada penduduk yang

lain yang boleh menyebabkan perubahan persepsi penduduk yang lain terhadap

kawasan ini.Contohnya, jika kawasan Taman Air Panas mempunyai kadar

jenayah yang tinggi, penduduk di Taman Sri Rampai akan menganggap kawasan

Taman Air Panas merupakan tempat penjenayah. Tanggapan ini akan

menjejaskan nama penduduk di Taman Air Panas. Bukan sahaja kes jenayah,

masalah sosial yang timbul dalam kalangan pelajar. Sesetengah pelajar terikut-

ikut dengan cara hidup rakan sebaya mereka yang berunsur negatif menyebabkan

penubuhan kumpulan kongsi gelap. Sikap ingin mencuba dalam sanubari remaja

menyebabkan mereka menyertai kumpulan Mat Rempit dan meruntuhkan akhlak

mereka.

Akhir sekali, migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas yang

semakin bertambah menyebabkan bilangan penganggur di Taman Air Panas

meningkat. Penganggur wujud di Taman Air Panas kerana peluang pekerjaan

semakin berkurang akibat persaingan antara penduduk tempatan serta kepadatan

penduduk yang terlalu tinggi. Secara tidak langsung, kesan ini menyebabkan kes

kecurian di Taman Air Panas semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, semua kejadian ini tidak akan berlaku jika

penduduk dari tempat lain mempunyai tahap kesedaran bahawa melakukan

Page 22: Geography Folio 2010

jenayah merupakan sesuatu perkara yang negatif dan akan membawa kesan yang

buruk kepada negara.

Initihanya, saya berasa bersyukur kerana dapat tinggal di Taman Air Panas

walaupun terdapat sedikit pergaduhan atau kes jenayah yang berlaku di sini

kerana saya berpeluang untuk bergaul dengan kawan-kawan dan jiran tetangga

yang berbilang kaum. Sekiranya penduduk di Taman Air Panas dapat mengambil

langkah keselamatan, kes jenayah dapat dielakkan dengan sepenuhnya.

Page 23: Geography Folio 2010

8.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI

DALAMAN DI TAMAN AIR PANAS

Kita haruslah cuba mengambil langkah yang proaktif untuk mengelakkan

masalah-masalah yang berlaku di kawasan Taman Air Panas berlanjutan dan

menjadi sesuatu kepincangan kepada negara, Beberapa cadangan perlu

dilaksanakan bagi mengatasi kesan negatif migrasi dalaman penduduk di Taman

Air Panas.

Cadangan untuk mengatasi masalah kecurian dan kes jenayah yang serius

adalah dengan menubuhkan kawasan Rukun Tetangga. Pada tahun 2004, kes

kecurian telah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Air Panas dan

sebanyak RM50000 telah dirompak. Oleh itu, setelah penduduk di Taman Air

Panas mendapat tahu tentang kes kecurian tersebut, mereka menubuhkan sebuah

kawasan Rukun Tetangga. Setiap keluarga terpaksa menghantar seorang wakil

untuk meronda kawasan tersebut. Oleh itu, keselamatan di sekitar kawasan

perumahan tersebut akan terjamin. Pada tahun 2006, pasukan Rukun Tetangga

telah berjaya membanteras seorang pemuda yang berbangsa India yang cuba

untuk pecah masuk ke rumah seseorang di kawasan ini. Pemuda tersebut telah

dihantar ke balai polis dan dikenakan hukuman yang setimpal. Pada tahun 2007

pula, pasukan Rukun Tetangga telah berjaya menangkap segerombolan kongsi

gelap yang sedang mengugut seorang pemuda yang berbangsa Cina. Malangnya,

pemuda tersebut telah meninggal dunia kerana telah dibunuh oleh seorang ahli

kongsi gelap. Ahli kongsi gelap tersebut menyembelihnya sehingga darah

berlumuran. Mujurnya, lima orang ahli daripada pasukan Rukun Tetangga

ternampak kejadian tersebut dan memukul ahli kongsi gelap tersebut. Pasukan

Rukun Tetangga telah membuktikan bahawa keselamatan sesebuah tempat dapat

dikekalkan jika semua orang menjadi mata dan telinga pihak polis.

Page 24: Geography Folio 2010

Selain itu, masalah sosial yang semakin pincang di kawasan perumahan

Taman Air Panas dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang. Pihak

berkuasa seperti pihak polis haruslah senantiasa mengadakan rondaan dari semasa

ke semasa untuk memastikan tiada pelajar yang melepak dan berbual kosong di

kawasan perumahan tersebut. Misalnya, jika pihak polis ternampak beberapa

orang pelajar sedang menyalahgunakan dadah dengan menyuntik dadah ke dalam

badan mereka menggunakan jarum suntikan, mereka haruslah menahan mereka

dan membawa mereka ke balai polis untuk disoal siasat. Dengan ini, pelajar yang

lain akan serik untuk melakukan perbuatan tersebut dan kes penyalahgunaan

dadah dalam kalangan pelajar di kawasan perumahan Taman Air Panas dapat

mencapai ke tahap sifar. Penduduk di kawasan tersebut juga perlu berganding

bahu dengan pihak polis untuk membendung masalah-masalah sosial yang

berlaku. Contohnya, jika seseorang itu ternampak beberapa orang pemuda yang

sedang menghisap najis dadah membuli seorang budak perempuan, seseorang itu

haruslah mengumpulkan penduduk yang lain dan cuba untuk menghalang

tindakan pemuda tersebut. Kemudian, seseorang itu haruslah melaporkan perkara

tersebut kepada pihak polis supaya pihak polis dapat mengenakan hukuman yang

berat kepada pemuda-pemuda tersebut dengan secepat mungkin.

Tambahan pula, peluang pekerjaan perlu diwujudkan dengan lebih

banyak untuk menampung keperluan penduduk untuk bekerja serta

mengurangkan masalah pengangguran. Perniagaan yang dijalankan di kawasan

tersebut haruslah diperkembang dengan mewujudkan kompleks beli-belah,

restoran, kilang pembuatan dan sebagainya untuk membolehkan penduduk Taman

Air Panas mengisi pekerjaan tersebut. Namun begitu, peluang pekerjaan yang

berkait rapat dengan bidang pendidikan juga haruslah diwujudkan untuk

membolehkan penduduk yang berpendidikan menyerlahkan bakat mereka yang

terpendam dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka di kawasan bandar.

Dalam era globalisasi ini, pekerjaan amat penting dalam kehidupan seseorang,

kerana tanpa pekerjaan yang tetap, seseorang tidak dapat menyara kehidupan

sendiri mahupun keluarganya di kawasan bandar.

Page 25: Geography Folio 2010

Seterusnya, untuk mengelakkan persaingan yang tidak sihat antara

penduduk tempatan, kerajaan juga haruslah mengawal bilangan kedai yang dibina

di sesuatu tempat dan jarak antara kedai-kedai yang dibina. Oleh itu, pemilik

kedai tersebut tidak akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik

kedai yang lain dan seterusnya dapat bekerja dalam suasana yang kondusif dan

selesa. Dengan itu, suasana yang harmoni dapat diwujudkan dan apa-apa perkara

negatif yang diungkit dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berkesan.

Daripada perspektif saya, saya berasa yakin bahawa segala masalah yang

timbul akibat migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas dapat diselesaikan

dengan menggunakan cadangan yang saya kemukakan. Keyakinan saya

meningkat apabila saya mendapati bahawa penduduk di Taman Air Panas saling

bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Saya sebagai penduduk di Taman Air Panas berasa amat bangga dengan

usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan pihak penduduk tempatan untuk

mengatasi masalah yang timbul akibat migrasi di kawasan tersebut. Malah saya

juga berasa bangga dapat hidup di sini kerana keadaan di sini sentiasa aman dan

sejahtera.

Page 26: Geography Folio 2010

RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian tentang kawasan saya, iaitu Taman Air Panas,

saya telah mengenal pasti konsep migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas.

Migrasi dalaman bermaksud perpindahan penduduk yang berlaku di sesuatu

bandar. Selain itu, saya juga telah memahami pola migrasi penduduk di kawasan

perumahan di Taman Air Panas. Pola migrasi terdiri daripada migrasi dalaman

penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar serta migrasi dalaman penduduk

dari kawasan bandar ke bandar. Majoriti penduduk adalah berpindah dari kawasan

luar bandar ke bandar.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Antara faktor-

faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas adalah

peluang pekerjaan, melanjutkan pelajaran, arahan majikan, ikut keluarga,

perkahwinan, kadar upah, kemudahan asas dan petempatan baru. Saya telah

faham bahawa penduduk dari tempat lain berpindah ke sini dengan faktor-faktor

yang tertentu.

Di samping itu, saya juga telah mengetahui secara menyeluruh tentang

kesan-kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas. Kesan positif yang

diperoleh daripada migrasi dalaman penduduk di Taman Air Panas adalah

peningkatan taraf hidup penduduk di kawasan bandar, kewujudan masyarakat

bermajumuk, perubahan struktur komposisi penduduk, dan silaturahim antara

penduduk di Taman Air Panas dieratkan.

Tambahan pula, saya juga memberikan cadangan yang sesuai untuk

membantu mengatasi segala masalah yang timbul akibat daripada migrasi

dalaman penduduk di Taman Air Panas. Saya sungguh berharap agar cadangan

Page 27: Geography Folio 2010

yang saya berikan dapat membendung segala masalah yang dihadapi. Cadangan

seperti penubuhan kawasan rukun tetangga, penguatkuasaan undang-undang dan

sebagainya dapat dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Akhira sekali, saya juga mengamalkan nilai bersyukur kepada Tuhan yang

mengurniakan sebuah tempat tinggal yang aman dan damai kepada saya.

Semangat patriotisme dapat saya pupuk menerusi kajian ini yang bertemakan

migrasi dalaman penduduk kerana saya telah mempelajari pelbagai budaya dan

cara hidup kaum lain. Saya sungguh berharap Malaysia senantiasa berada dalam

kesejahteraan dan melonjakkan namanya ke peringkat antarabangsa. SAYA

CINTA AKAN MALAYSIA!

Page 28: Geography Folio 2010

LAMPIRAN

LAMPIRAN MENUNJUKKAN

BORANG SOAL SELIDIK SERTA

DOKUMEN PENTING TENTANG

KERJA KURSUS GEOGRAFI

TEMPATAN INI

Page 29: Geography Folio 2010

PENDUDUK

YANG

BERPINDAH

DISEBABKAN

OLEH PELUANG

PEKERJAAN

Page 30: Geography Folio 2010

PENDUDUK

YANG

BERPINDAH

DISEBABKAN

OLEH

MELANJUTKAN

PELAJARAN

Page 31: Geography Folio 2010

PENDUDUK

YANG

BERPINDAH

DISEBABKAN

OLEH

ARAHAN

MAJIKAN

Page 32: Geography Folio 2010

FAKTOR-

FAKTOR LAIN

Page 33: Geography Folio 2010

RUJUKAN

ORANG SUMBER

Choong Li Li, 45 tahun

Gan You Lai, 46 tahun

Diong Ming Hea, 46 tahun

BUKU ILMIAH

Chong Mui Sen, Buku Teks Geografi Tingkatan Dua,

2003, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chong Mui Sen, Nexus Geografi Tingkatan Satu, Dua

dan Tiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka.

INTERNET

www.google.com/maps

www.airpanas.com

www.wikipedia.com