folio sejarah

53
FOLIO SEJARAH 2012 NAMA:NIRAINDERA A/L SHANMUGAM KELAS :2 ARIF TAJUK:SEJARAH SMK.DATO’ BIJAYA SETIA

Upload: niraindera-shanmugam

Post on 15-Feb-2015

275 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah

FOLIOSEJARAH

2012NAMA:NIRAINDERA A/L SHANMUGAM

KELAS :2 ARIF

TAJUK:SEJARAH SMK.DATO’ BIJAYA SETIA

CIKGU:MOHD.HELMI

NO.KAD PENGENALAN:980123-02-5731

Page 2: Folio Sejarah

ISI KANDUNGAN1.PENGHARGAAN

2.OBJEKTIF KAJIAN

3.KAEDAH KAJIAN

4.KAMI WARGA SMKDBS

5.FALSAFAH SEKOLAH

6.IKRAR SEKOLAH

7.IMBASAN SEJARAH

8.LENCANA SEKOLAH

9.BENDERA SEKOLAH

10.MISI SEKOLAH

11.VISI SEKOLAH

Page 3: Folio Sejarah

12.MATLAMAT SEKOLAH

13.LAGU SEKOLAH

14.PENGETUA SEKOLAH

15.MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN

16.WAWASAN SEKOLAH

17.RUJUKAN

18.RUMUSAN

19.LAMPIRAN

Page 4: Folio Sejarah

PENGHARGAANASSALAMUALAIKUM

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diuasahakan selama ini yang bertajuk “SEJARAH SEKOLAH MENENGAH DATO’ BIJAYA SETIA”.Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek

Page 5: Folio Sejarah

folio saya ini.Pertama sekali kepada Tuan Pengetua KRISHNAMOORTHI A/L SURANNA kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.Sekalung pengahargaan untuk guru subjek saya ENCIK MOHD.HELMI kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini.Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.Seterusnya,terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak –pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak lansung projek saya dijalankan dan dibentangkan.

Page 6: Folio Sejarah

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian Am

Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahik .Dengan ini dapat membantu saya membuat kajian sekolah dengan tatacara yang betul,jelas tepat.

Objektif Kajian Khas

-Menyusun galur dan salasilah SMK DATO’ BIJAYA SETIA.

Page 7: Folio Sejarah

-Menulis dan menghuraikan sejarah perkembangan SMK DATO’ BIJAYA SETIA.

-Memiliki perasaan bangga terhadap sekolah.

-Mengenali sejarah SMK DATO’ BIJAYA SETIA.

-Menghargai tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekolah.

Page 8: Folio Sejarah

KAEDAH KAJIAN

Kebanyakan dari maklumat serta fakta-fakta yang saya peroleh bersumber dari perhatian dan penyalidikan perpustakaan.Gambar-gambar yang disunting diperolehi daripada saya sendiri saya juga telah memerhati tentang latar belakang sekolah saya.

Page 9: Folio Sejarah

KAMI WARGA SMK DATO’

BIJAYA SETIASayang akan sekolah ini,

Minat untuk meningkatkan imej,

Kesungguhan menjadi tangga perjuangan,

Disiplin yang tinggi matlamat utama ,

Budi dan akhlak tunjang keperibadian,

Setia kepada masyarakat dan negara.

Page 10: Folio Sejarah

FALSAFAH SEKOLAH

Setiap pelajar sekolah

Menengah Kebangsaan

DATO’ BIJAYA SETIA

Memiliki fitrah yang baik,

Positif serta berpotensi

Mencapai kecemerlangan

Mental,emosi dan rohani

Dengan nilai disiplin

Yang tinggi

Melalui pendidikan yang

Sempurna dan berkualiti.

Page 11: Folio Sejarah

IKRAR SEKOLAHMaka kami, para pelajar SMK DATO’ BIJAYA SETIA , berikrar kan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita kea rah kecemerlangan berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

-Sentiasa menjaga nama baik sekolah serta patuh dan taat kepada undang-undang sekolah.

-Sentiasa berdisiplin serta berdaya saing.

-Sentiasa bersikap positif dan berdedikasi.

-Sentiasa bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan sempuran dalam pelajaran.

Semoga Tuhan merestui dan memberikan dan segala usaha kami.

Page 12: Folio Sejarah

IMBASAN SEJARAH

Diasaskan pada tahun 1962 dan dikenali sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Mulanya menggunakan bangunan dan kawasan S.R. Ibrahim(waktu petang). Kemudian berpindah ke kawasan yang sekarang ini terletaknya S.K. Khir Johari. Bilangan guru pada masa itu ialah 8 orang dan bilangan pelajarnya pula 323 orang dan dibahagikan kepada 8 kelas. Pn. Chung Swee Wah ialah guru besar atau pengetuanya yang pertama. Pengerusi Lembaga Pengelola ialah mendiang En. Lau

Page 13: Folio Sejarah

Cheng Im, AMN., PCK.,PK.Awal September 1962, sekolah ini dipindahkan ke Batu Dua, Jalan Kuala Ketil dan diberi nama Sek. Men. Batu Dua. En. Toh Teong Hoe telah dilantik menjadi Guru Besar menggantikan Pn. Chung Swee Wah yang terpaksa mengikut suaminya bertugas di tempat lain.1963, bilangan guru meningkat menjadi 18 orang dan bilangan kelas pula telah meningkat kepada 13 bilik.1964, pelajar berkurangan kepada 190 orang kerana ramai ibu bapa lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah persendirian kerana bidang kurikulum di sekolah ini tidak memenuhi hasrat atau kehendak mereka.Penghujung 1964, kerajaan telah memperkenalkan sistem pendidikan komprehensif. Peperiksaan MSSEE telah dihapuskan dan kini pelajar-

Page 14: Folio Sejarah

pelajar dari sekolah rendah dapat masuk ke sekolah menengah secara automatik.Februari 1980, En. Karthar Singh, PPN, PJM, telah menjadi Pengetua sekolah ini menggantikan En. Toh Teong Hoe. Apabila En. Karthar Singh bertukar pada 30 Jun 1982, En. Azmi Abu Samah pula menggantikan tempat beliau.1967, Bilangan pelajar bertambah menjadi 675 orang.1987, Bilangan pelajar meningkat menjadi 1,131 orang dengan tenaga pengajar seramai 53 orang.1966, dua buah bangunan tambahan didirikan untuk bilik pertukangan kayu, logam, power mekanik, bilik amali elektrik, dua makmal sains dan dua buah bilik sains rumahtangga. Sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi enam buah bilik darjah dan tiga buah bilik makmal sains

Page 15: Folio Sejarah

didirikan. Bangunan ini mula digunakan pada bulan Januari 1983 setelah sekolah ini mewujudkan sebuah kelas untuk tingkatan empat sains. Dengan adanya kelas aliran sains di sekolah ini, pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian mereka di dalam aliran ini tidak perlu lagi berhijrah ke sekolah-sekolah lain.Sekolah ini dibuka secara rasmi pada 5 Oktober 1967 oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Y.B En. Mohd Khir Johari Al-Haj. Pada tahun 1966, gelanggang bola keranjang telah dibina dan perbelanjaannya adalah sumbangan guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Selain dari bola keranjang, gelanggang ini juga boleh digunakan untuk bola tampar. Bila padang basah, pendidikan jasmani juga boleh diadakan di gelanggang ini. Kemudian pada tahun 1971, dua buah

Page 16: Folio Sejarah

gelanggang telah dibina di antara bangunan A dan bangunan B.Perpustakaan sekolah ini mula diwujudkan pada tahun 1967 dengan menggunakan bilik stor. Selepas itu ditempatkan pula di dua buah bilik di bangunan A. Bilik perpustakaan ini dilengkapkan dengan alat hawa dingin dan sekolah ini menjadi sekolah pertama di Kedah Tengah di mana perpustakaannya menyediakan kemudahan tersebut. Tujuannya ialah memberi keselesaan kepada para pelajar yang menggunakannya di samping untuk mengurangkan kebisingan daripada jalan raya berhampiran.1966, kawasan belukar di sebelah sekolah dibersihkan untuk dijadikan padang permainan. Sekolah ini mempunyai sebuah padang bola, hoki, bola jaring dan kawasan seluas 300 meter untuk sukan.

Page 17: Folio Sejarah

Penukaran nama baru sekolahDengan inisiatif bekas Pengetua iaitu Tn. Hj. Suhaimy Hj. Zakaria BCK, nama sekolah ini telah ditukarkan namanya daripada Sek. Men. Batu Dua kepada Sek. Men. Dato' Bijaya Setia. Perasmian penukaran nama baru ini disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Paduka Hj. Osman Hj. Aroff, DHMS., DSDK., JMN., Menteri Besar Kedah pada 19 September 1985 bersamaan 4 Muharam 1406 HijrahPentadbiran Tn. Hj. Suhaimy berakhir apabila beliau dinaikkan pangkat ke sekolah lain dan diambil alih oleh En. Shiratuddin Hj. Abdul Kadir pada tahun 1992. Kedatangan beliau telah

Page 18: Folio Sejarah

berjaya membawa perubahan yang ketara. Pelbagai projek telah dilaksanakan antaranya mengadakan Hari Kokurikulum dan projek kutipan derma untuk membina surau. Sebuah bilik kecergasan juga telah dibina hasil projek Jogathon. Bilik kecergasan ini dibina bagi menempatkan peralatan-peralatan sukan yang disumbangkan oleh Majlis Sukan Negara di samping dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti kecergasan.1 Februari 1995 berlaku sekali lagi pertukaran pucuk pimpinan sekolah, apabila En. Shiratuddin bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan. En. Ramli Ariffin memegang teraju pimpinan sekolah ini. Dalam masa yang singkat beberapa perubahan telah dilakukan antaranya memindahkan pejabat ke tingkat atas di bangunan A kerana kedudukan ruang pejabat di tingkat

Page 19: Folio Sejarah

bawah amat tidak sesuai memandangkan sekolah ini sering dilanda banjir terutamanya pada musim hujan. Manakala Pusat Sumber yang terletak di tingkat atas telah dipindahkan ke tingkat bawah. Pada masa ini juga pembinaan surau telah siap dan mula digunakan. En. Ramli telah berusaha menambahkan ruang tempat letak kereta sementara untuk guru-guru dan jalan utama masuk ke kawasan sekolah telahpun ditarkan. Pintu besar dan pagar sekolah juga diperbaiki. Taman-taman mini diwujudkan dan tahap keceriaan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ruang untuk guru di kantin disediakan pada tahun 1998.Sesuatu yang membanggakan ialah apabila sekolah ini berjaya menempa sejarah menjadi Johan dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan

Page 20: Folio Sejarah

untuk lima tahun berturut-turut. Antara projek-projek lain yang telah diadakan ialah projek Cleanthon I,II III dan One Cent A Day yang bertujuan meningkatkan kebajikan pelajar, memupuk sifat sayangkan sekolah dan meningkatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Tandas pelajar lelaki di blok C dibaikpulih dengan kutipan Cleanathon III yang dilaksanakan pada tahun 1999.Dengan pertambahan pelajar dari setahun ke setahun menyebabkan sekolah ini dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A pada tahun 1994. Bilangan pelajarnya pada tahun 1996 ialah 1,889 orang. Bilangan pelajar pada bulan April 1999 ialah 2416 orang.Awal tahun 1999,sebuah cawangan telah ditubuhkan di bawah pengawasan En. Md Nasirudin Musib dan Pn. Hatun bt Man serta empat

Page 21: Folio Sejarah

belas orang guru. Cawangan tersebut terletak di Jalan Sekerat berhampiran dengan pejabat PPD,KM/Y. Pelajar-pelajar daripada cawangan tersebut telah dipindahkan ke sekolah baru iaitu SMK Taman Ria, Sungai Petani pada awal tahun 2000.

En Ramli Ariffin telah di gantikan oleh Puan Vasugee a/p Munusamy apabila beliau bersara wajib pada 9 September 2000. Di bawah pengetua Puan Vasugee a/p Munusamy SMKDBS telah mengalami perubahan yang radikal. Sesuai dengan zaman IT, sebuah makmal IT telah siap dibina

Page 22: Folio Sejarah

dan telah mula beroperasi. Sebuah bangunan empat tingkat sudah siap dan dibuka pada awal tahun 2003. Bangunan ini menempatkan bilik guru, pejabat, sebuah pusat sumber dan ditingkat bawahnya sebuah pentas terbuka serbaguna. Padang sekolah juga telah di baik pulih dimana ia telah ditambak setinggi lebih kurang dua kaki supaya ia menyerap air dengan lebih cepat sekiranya hujan turun dengan lebat.Pada 16 Oktober 2005, Tn. Hj. Mohd Noor b. Salleh telah ditukar ke sekolah ini untuk menggantikan Pn. Vasugee yang bersara wajib. 

Pada 1hb. Oktober 2006, Tn. Hj. Mohd Noor telah bersara wajib dan diganti pula dengan Tuan Haji Omar Bin Abd. Rahman.

Penyelengaraan, pemulihan ICT mula

Page 23: Folio Sejarah

dijayakan dan penggunaan secara menyeluruh e-mail telah dibuat dibawah pimpinan Tuan Haji Omar Bin Abd. Rahman.

LENCANA SEKOLAH

Struktur, Komposisi dan TakrifLencana sekolah berbentuk perisai. Bentuk ini melambangkan pertahanan diri dalam mencapai kejayaan hidup.

Page 24: Folio Sejarah

Dibahagian bawah lencana terdapat simbol BUKU yang melambangkan sumber ilmu pengetahuan. Simbol OBOR dibahagian tengah lencana melambangkan ketabahan dan kecekalan dalam membina ilmu sementara dibahagian atas obor terdapat bulatan warna putih bergerigi tiga, melambangkan kejayaan yang seimbang bagi seseorang individu iaitu dari segi rohani, jasmani dan mental.Di kedua-dua belah obor tersebut terdapat simbol ranting PADI MASAK yang melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi bukan sahaja kepada peraturan dan undang-undang sekolah tetapi juga kepada negara.Di bahagian atas lencana terdapat singkatan nama sekolah iaitu S.M.K.D.B.S sementara di bahagian bawah lencana terdapat moto sekolah iaitu BERTEKUN HINGGA BERJAYA.

BENDERA SEKOLAH

Bendera Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato Bijaya Setia berwarna putih dengan lencana sekoalah dbahagian tengahnya.Warna dan Takrif:

Page 25: Folio Sejarah

Putih : Melambangkan kemurniaan ilmu pengetahuan.Biru : Melambangkan kesejahteraan hidup yang seimbang merangkumi aspek jasmani, rohani dan mental.Merah : Melambangkan kecekalan dan ketabahan dalam menuju kejayaan.Kuning : Melambangkan kesetiaan kepada peraturan dan undang-undang sekolah 

MISI SEKOLAH MEMANTAPKAN PENGURUSAN PENTADBIRAN

SEKOLAH SUPAYA LEBIH CEKAP DAN BERKESAN. MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU DAN

STAF MELALUI KURSUS DAN LATIHAN DALAMAN. MELAHIRKAN PELAJAR BERSAHSIAH MULIA YANG

CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Page 26: Folio Sejarah

MEWUJUDKAN IKLIM PERSEKOLAHAN YANG CERIA, SELAMAT DAN KONDUSIF

MEMELIHARA HUBUNGAN BAIK ANTARA WARGA SEKOLAH, WARIS KOMUNITI DAN AGENSI LUAR KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK.

VISI SEKOLAHSMK DATO BIJAYA SETIA

AKAN MENJADISEKOLAH CEMERLANG DALAM

DAERAHMENJELANG TAHUN 2013.

Page 27: Folio Sejarah

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan insan yang sempurna dan berfikir secara kreatif dan kritis serta memanfaatkan ilmu untuk diri dan masyarakat

Melahirkan insan yang cemerlang dari segi kurikulum dan dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan k-ekonomi dan teknologi maklumat.

Melahirkan insan yang bersahsiah tinggi yang yang dapat memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Page 28: Folio Sejarah

Memupuk potensi pelajar secara menyeluruh agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dari segi kokurukulum dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

LAGU SEKOLAH

BERTEKUN BERJAYAMasa hadapan penuh cabaran

Tekun usaha tuju kejayaanInilah prinsip jadi amalanJaya diri jadikan panduan,

Bersatu bekerjasamaItulah tekad dan azam kita

Sumbangkan apa yang dayaCurahkan bakti kita bersama

Page 29: Folio Sejarah

Sekolah kita maju jayaBerdiri teguh membina minda

SMK Dato Bijaya SetiaBerjaya terus berjaya.

PENGETUA SEKOLAH

BIL

PENGETUA TAHUN

1. PUAN CHUNG SWEE WAH 1962-1963

2. ENCIK TOH TEONG HOE 1963-1980

3. ENCIK KATHAR SINGH PPN 1980-1982

Page 30: Folio Sejarah

4. ENCIK AZMI BIN HJ.ABU SAMAN 1982-1983

5. TN.HJ.SUHAIMY BIN HJ.ZAKARIA 1983-1992

6. ENCIK SHIRATUDDIN BIN HJ.ABD.KADIR

1992-1995

7. ENCIK RAMLI BIN ARIFFIN 1995-2001

8. PUAN VASUGEE A/P MUNUSAMY

2001-2005

9. TN.HJ.MOHD.NOOR BIN SALLEH

2005-2006

10.

TN.HJ.OMAR BIN ABD.RAHMAN

2006-2008

11.

PUAN HABIBAH BINTHI OTHMAN 2008-2012

12.

ENCIK KRISHNAMOORTHY A/L SURANNA

2012-KINI

MATAPELAJARAN

Page 31: Folio Sejarah

YANG DITAWARKAN

Tingkatan

Elektif Mata Pelajaran Teras

Peralihan Bahasa Cina,Bahasa Tamil

B. Melayu, B. Inggeris, Amalan Bahasa Melayu, Matematik,

Pendidikan Seni Visual, PJPKSatuDuaTiga

Bahasa Cina,Bahasa Tamil

B. Melayu, B.Inggeris, Sejarah, Geografi, Sains, Matematik,

Kemahiran Hidup Pil 1 (Kemahiran Teknikal) / Kemahiran Hidup Pil 4 (Perdagangan & Keusahawanan)

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, PJPK, Sivik &

Kewarganegaraan (Tg 1 & 2), Pendidikan Seni Visual

4S15S1

Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST Bahasa Cina/Bahasa Tamil

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan

Islam/Pendidikan Moral4S25S2

Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan, EST Bahasa

Cina/Bahasa Tamil4TM5TM

Teknologi Maklumat, Prinsip Perakaunan, Matematik

Tambahan, EST, Bahasa Cina/Bahasa Tamil

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains,

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

4A1, 4A25A1, 5A2

Perakaunan, Ekonomi Asas, Pendidikan Seni Visual,

Page 32: Folio Sejarah

Bahasa Cina/Bahasa Tamil4E1, 4E2

4E3Perdagangan, Pendidikan

Seni Visual, Bahasa Cina/Bahasa Tamil

5E Perdagangan, Pendidikan Seni Visual, Geografi,

Bahasa Cina/Bahasa Tamil4V1, 4V25V1, 5V2

RJP/IMPED. Bahasa Cina/Bahasa Tamil

6A1 Chemistry, Biology, Mathematics T

Pengajian Am, MUET

6R1, 6R26A3

Physic, Chemistry, Mathematics T

6R3, 6A3 Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi

6R4 Perakaunan, Ekonomi, Mathematics S

6A4 Perakaunan/Pengajian Perniagaan, Ekonomi,

Mathematics S

Page 33: Folio Sejarah

WAWASAN SEKOLAH

Mendidik dan mengembangkan

Potensi setiap pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Bijaya Setia tanpa mengira

kaum,latarbelakang dan agama

agar menjadi generasi yang

memiliki kestabilan emosi,berilmu

dan berakhlak mulia seperti yang

terungkap dalam Falsafah Pendidikan

Negara bagi memenuhi hasrat wawasan negara.

Page 34: Folio Sejarah

RUJUKAN-Buku tahunan SMK DATO’ BIJAYA SETIA.

-Buku Selayang Pandang SMK DATO’ BIJAYA SETIA.

-http://www.smkdbs.com.my/

-sumber pps:sejarah smkdbs.

-Temu ramah:Pn.Ng Lee Hua.

Page 35: Folio Sejarah

RUMUSANSmua pelajar tingkatan 2 diwajibkan menjalankan folio yang berkenaan dengan sejarah SMK DATO’ BIJAYA SETIA.Projek kajian sejarah tempatan yang saya telah jalankan selama ini telah banyak memberi pengalaman kepada saya untuk mengetahui tentang sejarah sekolah.Saya telah memperolehi banyak maklumat yang tidak diketahui oleh saya.Saya berasa bangga dan lebih menyayangi sekolah saya.

Page 36: Folio Sejarah

LAMPIRAN

Page 37: Folio Sejarah

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Page 38: Folio Sejarah

HARI GURU

BADAN BERUNIFORM

PELAN SEKOLAH

Page 39: Folio Sejarah

PELAN TAPAKBINA SEKOLAH

Page 40: Folio Sejarah
Page 41: Folio Sejarah

T

A

M

A

T