folio projek

23
PENGENALAN Reka bentuk merupakan proses penghasilan suatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk kepada yang lebih baik bagi memenuhi kehendak pengguna. Produk yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri dan mempunyai nilai komersial yang tersendiri. Setiap reka bentuk yang dibuat adalah berpandukan kepada masalah yang timbul dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.. Penghasilan produk baru merangkumi semua aspek dan mengikut kehendak ataupun kegunaannya. Disamping mempunyai ciri-ciri yang memenuhi kehendak pengguna, produk yang dihasilkan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan rekabentuk moden, produk ini juga perlulah mempunyai potensi untuk dipasarkan dan boleh mendapat pulangan modal yang menguntungkan. Produk reka cipta ini mestilah sesuatu yang asli. In bermaksud produk ini adalah rekaan sendiri yang datang dari idea dan pemikiran sendiri. Sesbuah reka bentuk itu dianggap berjaya sekiranya memenuhi setiap aspek berikut: Persekitaran Keadaan persekitaran banyak mempengaruhi keselesaan pengguna. Oleh itu, proses reka bentuk barangan perlu mengambil kira keadaan persekitaran di mana produk itu digunakan. Ekonomi Satu produk yang direka bentuk harus mempunyai nilai ekonomi. Kos produk yang direka bentuk bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Penggunaan barang yang mahal atau sukar didapati akan meningkatkan harga pasarannya jika dipasarkan tanpa meningkatkan nilai ekonomi barang itu. Oleh itu adalah wajar menggunakan bahan tempatan yang murah dan mudah didapat Ergonomik

Upload: azri-asyraf-asari

Post on 17-Feb-2015

539 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

jn

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Projek

PENGENALAN

Reka bentuk merupakan proses penghasilan suatu produk baru atau

pengubahsuaian sesuatu produk kepada yang lebih baik bagi memenuhi kehendak

pengguna. Produk yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri dan mempunyai

nilai komersial yang tersendiri.

Setiap reka bentuk yang dibuat adalah berpandukan kepada masalah yang

timbul dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.. Penghasilan produk baru

merangkumi semua aspek dan mengikut kehendak ataupun kegunaannya.

Disamping mempunyai ciri-ciri yang memenuhi kehendak pengguna, produk yang

dihasilkan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan rekabentuk moden, produk

ini juga perlulah mempunyai potensi untuk dipasarkan dan boleh mendapat

pulangan modal yang menguntungkan. Produk reka cipta ini mestilah sesuatu yang

asli. In bermaksud produk ini adalah rekaan sendiri yang datang dari idea dan

pemikiran sendiri.

Sesbuah reka bentuk itu dianggap berjaya sekiranya memenuhi setiap aspek

berikut:

Persekitaran

Keadaan persekitaran banyak mempengaruhi keselesaan pengguna. Oleh itu, proses

reka bentuk barangan perlu mengambil kira keadaan persekitaran di mana produk itu

digunakan.

Ekonomi

Satu produk yang direka bentuk harus mempunyai nilai ekonomi. Kos produk yang

direka bentuk bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Penggunaan barang yang

mahal atau sukar didapati akan meningkatkan harga pasarannya jika dipasarkan tanpa

meningkatkan nilai ekonomi barang itu. Oleh itu adalah wajar menggunakan bahan

tempatan yang murah dan mudah didapat

Page 2: Folio Projek

Ergonomik

Ergonomik adalah kajian saitifik tentang perhubungan antara manusia dengan

persekitaran kehidupannya. Ergonomik berkait rapat dengan keselesaan manusia dan

kemudahan penggunaan satu alat, barang atau bahan.

Suatu produk yang direka bentuk perlu mengambil kira faktor ergonomik daripada

aspek-aspek:

1. saiz

2. penglihatan

3. sentuh

Estetika

Merupakan nilai keindahan suatu barangan pada pandanagn manusia. Nilai estetika

suatu produk terletak pada rupa, bentuk dan sifat-sifat fizikal lain. Manusia secara

semulajadinya meminati dan menggemari sesuatu yang indah dan cantik. Unsur-unsur

estetik yang boleh diterapkan dalam reka bentuk termasuklah:

1. warna

2. bentuk

3. tekstur

4. garisan

Keselamatan

Aspek keselamatan tidak boleh diabaikan sama sekali dalam mereka bentuk suatu

produk. Produk yang direka bentuk mestilah selamat untuk semua peringkat umur manusia.

Sesungguhnya bidang ini merupakan suatu yang amat berguna kepada

masyarakat dan negara kerana ianya dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan

inovatif seterusnya berupaya menggunakan ilmu dan kepakaran yang ada untuk

mempertingkatkan produktiviti negara tidak kira dalam bidang teknologi, ekonomi

dan sebagainya.

Page 3: Folio Projek

REKA CIPTA INOVASI

Mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan.

Idea permulaan.Apa yang hendak dicipta untuk

Mendapatkan maklumat untuk

Objek yang sedia ada.

Mengenalpasti kelemahan, kekurangan, peluang dan menambah

nilai.

Fungsi – tujuan ciptaan.

Bentuk (Form).

Bahan.

Penyambungan.

Penyantuman.

Kekuatan.

Ciri-ciri istimewa keselamatan.

Memilih lakaran yang dirasakan terbaik / sesuai

Beberapa bentuk lakaran ciptaan yang hendak dihasilkan.

Membuat Model / PrototypeLukisan kerja.

Rancangan kerja

PengujianNO OK

Jadual kerjaAlatanBahanLangkah proses kerja

Lukisan kerja untuk pengilangan.

Pengeluaran untuk pasaran.

Maklumbalas pengguna.

OKTeruskan

pengeluaran.

NO

Tidak dapat menyelesaikan masalah

Tidak dapat mendapat sambutan pengguna.

NO

Membuat lakaran ciptaan

Proses reka cipta dan inovasi

Page 4: Folio Projek

LATAR BELAKANG PROJEK

RAK BUKU

Rak buku ini dibuat bagi memudahkan pengguna untuk menyusun dan menyimpan

buku dengan lebih terarur lagi. Dengan adanya rak buku ini, pengguna dapat

menyimpan buku-buku yang dimiliki dengan lebih teratur dan sistematik dan

memudahkan mereka untuk mencari buku-buku yang telah disimpan sebelum ini.

Rak buku ini juga dibina dengan bahan yang sesuai dan dibuat dengan nilai-

nilai estetika bagi membuatkan pengguna tertarik dengan produk ini.

Diharap dengan adanya rak buku ini, pengguna lebih berpuas hati serta

memberikan kesenangan kepada mereka untuk menyimpan serta menyusun buku-

buku mereka.

Matlamat

Matlamat projek ini adalah untuk melahirkan idea-idea dan reka bentuk yang

kreatif dan inovatif bagi menepati tugasan rekacipta dalam subjek Pendidikan Teknik

dan Vokasional yang memerlukan pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran-

kemahiran yang diperoleh dalam projek reka cipta tersebut dalam kehidupan

seharian mereka.

Reka cipta ini juga dapat menghasilkan produk yang memberi kesengan

kepada pengguna serta mendedahkan pelatih akan proses untuk mereka, membina

dan menyiapkan sebuah reka cipta.

Antara objektif penghasilan reka cipta ini adalah:

Untuk memberi konsep baru tentang penghasilan produk baru berpandukan

produk sedia ada.

Untuk memberikan lebih pilihan kepada pembeli.

Untuk mewujudkan rak buku yang kukuh,kemas,menawan dan harga yang

berpatutan.

Menampilkan kelainan dalam persaingan rak buku gantung.

Page 5: Folio Projek

Fungsi dan Kegunaan Projek

Meletakkan buku, fail dan pelbagai barangan lain.

Rak yang kukuh dan unik.

Kepelbagaian kegunaan kerana saiznya yang kecil dan mempunyai laci

tambahan.

Perbandingan dengan rak buku yang biasa

Rak buku (projek) Rak buku (biasa)

Rupa bentuk yang lebih

menarik

Rupa bentuk yang biasa

Sambungan yang lebih kukuh Sambungan biasa dan tidak kukuh

Mempunyai laci tambahan Tidak mempunyai laci

Page 6: Folio Projek

PENJANAAN IDEA

Proses penjanaan idea adalah satu proses bagi menghasilkan beberapa

rekaaan atau konsep asas yang masih boleh diperkembangkan lagi. Seesorang itu

perlu mendapat cetusan idea bagi membuat rekaan untuk memulakan sesebuah

reka cipta.

Saya telah membuat penyelidikan dan pemerhatian melalui pelbgai sumber

bagi menghasilkan sebuah rekaan rak buku yang dapat memenuhi aspek-aspek

seperti nilai estetika, ekonomi, fungsi dan sebagainya.

Setelah membuat pemerhatian dan penyelidikan, saya dapati rak-rak buku

yang konvesional hanya berfungsi untuk meletakkan buku sahaja. Rak yang akan

saya bina ini mempunyai laci tambahan yang boleh digunakan untuk menyimpan

barang-barang tertentu. Ini membuatkan rak buku ini lebih unik dan menarik untuk

digunakan.

Berpandukan pemerhatian yang telah saya buat berdasarkan rak-rak buku

yang terdapat di kedai-kedai perabot dan gambar-gambar yang terdapat di dalm

internet, saya telah dapat menghasilkan lakaran bagi mendapat gambaran tentang

bentuk rak buku yang akan saya bina nanti.

Page 7: Folio Projek

PERANCANGAN KERJA

Jadual Kerja Projek

Bil

.

Tarikh Perkara/Aktiviti Catatan

1 12-1-11 Taklimat daripada pensyarah tentang

bentuk tugasan.

2 20-1-11 a) Kenal pasti masalah

Masalah dikenalpasti.

Pengumpulan maklumat/data

dibuat melalui soal selidik.

Masalah dianalisis dan membuat

penyelesaian.

b) Cetusan idea.

Pencetusan idea.

Penjanaan idea.

Perekaan projek.

Membuat lukisan

kerja.

Membuat mock-up.

3 3-2-11 Rekaan projek.

a) Menterjemah idea dalam bentuk

grafik/lukisan kerja.

b) Membuat lukisan kerja iaitu:

Lukisan ortografik

Lukisan isometri

Lukisan terurai

Lukisan butiran

c) Membuat model berfungsi.

4 8-2-11 Pemilihan projek.

a) Memilih projek reka bentuk yang

berpotensi.

5 16-2-11 Pendokumentasian.

a) Menyediakan prosedur

pendokumentasian produk reka cipta

mengikut format yang betul:

Page 8: Folio Projek

Tajuk

Latar belakang

Objektif

Fungsi dan kegunaan

Diskripsi projek

Rujukan

6 25-2-11 Perancangan kerja projek.

a) Menyediakan bahan dan komponen

yang diperlukan.

b) Membuat anggaran kos berdasarkan

bahan dan komponen yang dipilih.

Memasang

komponen mengikut

spesifikasi lukisan

kerja.

7 27-2-11 Pembinaan projek

a) Memeriksa dan menguji bahagian

komponen untuk pemasangan.

b) Membina bahagian atau komponen .

c) Memasang dan menyambung

komponen.

d) Membuat kemasan yang sesuai.

Page 9: Folio Projek

Faktor Pemili

han

KOSBahan proses pembuatan pengangkutan masa

SIFAT FIZIKAL BAHANTegasan terikanTegasan mampatanTegasan ricihanTahan karatBeratPengalirPenebatKerasLembut

TEKNIK PEMBUATANPemotonganPembekuanPenyambunganPelarikan Penggerudian

KEWUJUDANKemudahanLokasi untuk mendapat bahan

Page 10: Folio Projek

BAHAN YANG DIGUNAKAN

BIL BAHAN KEGUNAAN / KELEBIHAN

1. MFD Board - Untuk membuat reka bentuk

produk mengikut jenis yang

dikehendaki

- Mudah didapati di pasaran

2. Kayu beroti - Untuk mengukuhkan

kestabilan produk yang

dihasilkan.

3. Cat Penyembur - Untuk mencantikkan benda

projek.

Page 11: Folio Projek

ALAT YANG DIGUNAKAN

Nama alat/ bahan

Maklumat

Pembaris keluli Membuat garisan lurus, menguji keratan permukaan dan megukur.

Skala \ senggatan – inci dan metrik dan perpuluhan

Saiz 6mm – 1m, 150mm – 300mm

Tukul bongkol rata

Membenamkan paku ke dalam kayu.

Tukul gandin kayu Mengetuk alat yang berhulu kayu seperti pahat

Page 12: Folio Projek

Pisau pemotong Memotong polisterin

Mempunyai lebar mata 1-2 cm

Senang untuk memotong mengikut bentuk.

Gergaji belah Memotong kayu mengikut arah uratnya.

Gergaji puting Memotong papan lapis

Memastikan potongan lebih halus

Gam polisterin Melekatkan polisterin.

Tidak boleh bercampur air.

Page 13: Folio Projek

Pita pelekat dua permukaan

Melekatkan antara dua permukaan.

gam Digunakan untuk melekatkan permukaan kayu atau plastic

Cat (kalis air)

Mengemaskan permukaan polisterin

Menghalang air keluar

Mencantikkan permukaan

Page 14: Folio Projek

Ragum meja

Memegang benda kerja dengan teguh, untuk kerja

logam, saiz bergantung kepada lebar rahang.

Penebuk Pusat/Cucuk/Cermat.

Membuat tanda untuk membuat

lubang,membuat tanda pengenalan di sepajang

permukaan kerja,hujung mata lurus dan tirus

digunakan untuk menanggalkan ribet dan

mengeluarkan cemat.

Kikir

Digunakan untuk mengikir dan membuat

penyudahan kerja-kerja kayu.

Sesiku L

Menguji kerataan dan kepersegian

permukaan,membuat garisan

bersudut tegak 90º pada

permukaan bahan kerja,Saiznya

antara 50 mm – 1 m,saiz yang biasa 150 mm.

Page 15: Folio Projek

Mesin Gerudi

Fungsinya adalah untuk menggerudi

bahan logam dan bukan logam untuk

menghasilkan lubang.Ia juga untuk

melulas(reamer) melubang

benam,melubang senggat dan

membenang dalam.

Mesin Pelarik

Membentuk bahan yang

berbentuk silinder, melarik

muka, melarik selara,

memotong ulir skru,,

menggerudi,mengorek,

membuang segi dan

memenggal bahan.

Page 16: Folio Projek

SENARAI BAHAN DAN ANGGARAN KOS BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit

(RM)

Jumlah (RM)

1 MDF 720 x 240 x 15 2 5.00 10.00

2 MDF 600 x 240 x 15 2 4.50 9.00

3 MDF400 x 240 x 15 3 4.00 12.00

4 MDF 170 x 240 x 15 3 1.50 4.50

5 MDF 225 x 170 x 15 3 2.00 6.00

6 PLYWOOD 720 x 600 1 4.00 4.00

7 ENGSEL 3 50 1.50

8 SPRAY JERNIH 1 6.00 6.00

9 SPRAY PUTIH 2 6.00 12.00

10 SKRU 8 0.05 0.40

11 PAKU 50 0.01 0.50

12 KEPINGAN LOGAM 1 5.00 5.00

Jumlah Keseluruhan 70.90

Page 17: Folio Projek

PERANCANGAN KERJA

BIL PROSES DIFINISI CATATAN

1. Melakar

Pencetusan dan

pemilihan idea

terbaik

Proses melakar

adalah proses

melakar produk

dimana produk akan

dilukis / dilakar

beserta ukuran

Lakaran dibuat

secara lisan

2. Membuat lakaran

projek dan lukisan

kerja.

Lukisan ortografik,

lukisan isometri dan

bahagian-bahagian

pecahan prototaip

3. Menanda Adalah proses

memindah ukuran

pada bahan

Ukuran dipindahkan

keatas bahan untuk

dikerjakan

4. Memotong Ukuran yang telah

dipindahkan keatas

bahan akan dipotong

dengan

menggunakan alatan

memotong seperti

gergaji dan

sebagainnya

5. Memahat Dalam proses

penghasilan meja

kopi ini saya banyak

melakukan

penyambungan

dengan

menggunakan

tanggam dimana

Page 18: Folio Projek

pahat adalah alatan

yang sesuai

digunakan untuk

menyepih

6. Penyambungan Penyambungan

adalah proses untuk

menyambung

sambungan

Tanggam, paku,

serta gam adalah

sambungan yang

saya gunakan

7. Kemasan Kemasan adalah

langkah terakhir

dalam penyediaan

produk dimana pada

peringkat ini produk

akan mengalami

proses untuk

menaikkan lagi daya

tarikan pada produk

ini

Produk akan di

laskan seta disapu

dengan cat

8. Pengujian produk Pada peringkat ini

produk akan diuji dari

segala segi.

Page 19: Folio Projek

TANGGGAM YANG DIGUNAKAN

TANGGAM TEMU

Tanggam temu paling mudah dan senang untuk dibuat dan digunakan untuk

membina tetingkat, rak atau kotak.

Proses membina tanggam temu:

1. Ukur dan tandakan bahan kepada ukuran yang dikehendaki.

2. Gergaji bahan dengan gergaji putting.

3. uji kepersegian dan kerataan hujung bahan dengan sesiku L.

Page 20: Folio Projek

4. Sapukan glu di bahan, cantum, dan pakukan.

5. uji semula kepersegian tanggam temu dengan sesiku L.

TANGGAM LEKAP PALANG

Proses membina tanggam lekap palang:

1. ukur dan tandakan kedudukan kedua-dua parit yang akan dibina dengan

tepat.

2. uji ketepatan parit yang ditandakan.

Page 21: Folio Projek

3. potong dan pahat kayu, buang bahagian yang tidak dikehendaki untuk

membuat parit tanggam.

4. padankan kedua-dua parit tanggam dan sapukan glu padanya.

5. akhir sekali, pasang kedua-dua bahagian tangam.

Page 22: Folio Projek

BIBLIOGRAFI

Faridah Kasiman, Muhamad Ismail, (1997). Siri Projek Reka Cipta : Sains,

Bahan Kayu 1. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas.

V Tharumalingam et al, (1997). Sukses Lengkap Terkini PMR : Kemahiran

Hidup Bersepadu. Petaling Jaya : Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd.

Faridah Kasiman, Muhamad Ismail, (1997). Siri Projek Reka Cipta : Bahan

Terbuang Bukan Semulajadi. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas.

Faridah Kasiman, Muhamad Ismail, (1997). Siri Projek Reka Cipta : Sains,

Elektrik dan Magnet 2. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas.

http://www.rekacipta.com.my

http://www.google.com.my

Page 23: Folio Projek

REFLEKSI

Bagi menyiapkan projek ini, saya telah membuat banyak penyelidikan dan

pemerhatian bagi menghasilkan sebuah reka cipta yang terbaik. Saya perlu

menghasilkan sebuah rak buku yang menarik dan baik.

Dalam proses menyiapkan projek ini, banyak ilmu serta kemahiran baru yang

telah saya perolehi. Untuk membuat rekaan sesebuah projek itu tidak mudah kerana

kita memerlukan idea yang segar serta kreativiti bagi menghasilkan lakaran yang

mempunyai ciri-ciri binaan yang tersendiri.

Saya juga mendapat kemahiran baru seperti kemahiran memotong kayu

dengan baik, memaku kayu serta mengendalikan mesin-mesin pemotong kayu yang

bersaiz besar dan sukar untuk dikawal. Kemahiran ini amat berguna untuk saya

sebagai guru Reka Bentuk dan Teknologi serta boleh digunakan untuk kerja

seharian saya dirumah jika memerlukan.

Saya juga mengalami banyak kesulitan ketika membuat projek ini. Antaranya

ialah kekurangan kayu kerana tersilap ukuran ketika memotong. Hal ini mengajar

saya supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan kerja seharian serta tidak

tergopoh-gapah dalam melakukan kerja.

Kesimpulannya, projek ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang baru dan tidak terhingga kepada saya. Setiap perkara yang telah

saya pelajari dan perolehi dalam menyiapkan projek ini penting dalam pengajian

saya sebagai seorang bakal guru dan segala imu yang saya telah perolehi ini akan

saya guna dan amalkan dalam kehidupan seharian saya.