folio komsas form 5.doc

68
FOLIO NOVEL KOMSAS KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN 5 NAMA:MUHAMMAD DANIAL HAIKAL KELAS:5SS2

Upload: danial-haikal

Post on 19-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

FOLIO

FOLIO

NOVEL KOMSAS KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN 5 NAMA:MUHAMMAD DANIAL HAIKAL

KELAS:5SS2

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala faridah di jaga oleh salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al Anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.

Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

SINOPSIS MENGIKUT BAB

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan

faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Alla

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di lad

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

BAB 23- Melihat Dalam Diri

Benny sudah semakin berubah. Dia selalu ke luar daerah bersama Mehmood dan Mohamed Attar. Akibatnya Melina ditinggalkan keseorangan di rumah mereka. Setiap kali Benny keluar daerah, Melina akan ditemani Khadijah, anak Haji Awang (bekas pengetua di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu) dan Mak Som yang gemar menganyam mengkuang. Khadijah sering menemani Melina kerana menurut perintah ayahnya yang mengambil berat akan Melina. Melina sering bersantai di beranda rumahnya sehingga lewat malam dan hal ini amat membimbangkan Hj Awang. Semasa sedang rancak bercerita, Melina bertanyakan tentang Sungai Besar kepada Khadijah. Melina ingin menjejak warisan yang telah lama lenyap.

BAB24- Lambaian Hati

Faridah menghidangkan teh panas ketika Zain dan Anne menyiapkan praktikum yang perlu dihantarnya 3 hari lagi. Faridah berbual dengan zain dan Anne seketika. Faridah mendapat tahu bajawa Zain berasal dari Sungai Besar iaitu kampung Faridah. Mereka bercerita tentang keindahan di Sg Besar lalu Anne mengajak Faridah pulang ke tanah air semasa cuti semester yang akan menjelang 2 bulan lagi. Zain begitu memahami Faridah yang sudah 25 tahun meninggalkan kampung halaman. Zain turut mengajak Faridah sekeluarga menginap di rumahnya apabila pulang ke tanah air. Faridah juga ingin berjumpa Melina, anaknya yang dirindui. Faridah merenung Anne yang ayu dengan campuran Melayu-Inggeris. Hatinya senang jika Anne dan Zain berkahwin dan berharap Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di Malaysia.

BAB 25- Menghapus Dosa

Mehmood , Mohamed Attar dan Benny mengunjungi Ustaz Hassan di rumahnya untuk bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan ukhwah sesama Islam. Mereka sibuk membahaskan mengenai pengamalan agama Islam di Malaysia dan negara Islam yang lain. Ustaz syukri menegaskan bahawa budaya Melayu lebih menekankan adat Melayu yang bercakap lembut dan tidak berkias. Dalam masa yang sama Benny teringatkan keluarga Hj Awang yang mesra melayannya dan Melina walaupun Melina berpakaian tidak menutup aurat. Semasa dalam perjalanan pulang, Mohamed Attar menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan pendapat ustaz Syukri kerana baginya Islam mestilah berjuang dan berperang demi menentang musuh Islam. Mohamed Attar meluncur laju membawa keretanya ke Kuantan untuk berjumpa seorang pemimpin tempatan yang berpotensi mengikuti perjuItalicangan mereka.

BAB 26- Hati Wanita

Soleh Johnson dan Fnaridah terbang ke Malaysia untuk membincangkan majlis perkahwinan Zain dan Anne serta melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan bercuti. Soleh sedang membiasakan tinggal di bumi Malaysia ini serta mendapat ramai kenalan baru apabila kerap ke masjid berhampiran. Faridah tersenyum sendirian terkenang rumahnya di Christchurh apabila melihat pemandangan banglo di Camero Highlands,tempat mereka menginap. Hari yang dijanjikan tiba, Datuk azrul memandu sendiri bersama datin Aisyah, Hj Zubair dan Zain ke banglo yang bergelar The Golf View Cottage. Sebaik sahaja tiba, penghuni banglo itu keluar menyambut mereka. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing mula bercerita. Faridah menceritakan latar belakangnya dan keluarga. Datuk Azrul menghela nafas panjang, beliau bertanya tentang masa lampau mereka kepada Faridah. Seketika kemudian, masing-masing diam melayan perasaan.

BAB 27-Kembali ke Alam Nyata

Benny memandu keretanya menyusuri lebuh raya.Jambatan Pulau Pinang semakin hampir dan bererti destinasinya juga semakin hampir. E-mel lewat malam yang diterimanya itu penuh maksudnya tersendiri. Berita Mohamed Attar mahu mengebom kasino di Pulau Sentosa terbongkar apabila polis republik menemui sejumlah bom miliknya, lalu Mohamed Attar ditangkap. Mehmod yang selama ini banyak berdiam rupa-rupanya dia ialah seorang anggota polis yang sedang mengikut gerak-geri Mohamed Attar. Benny teringat kata-kata Melina bahawa dia berkawan dengan orang yang salah. Tetapi dia tetap mempertahankan kawan-kawannya kerana mereka boleh membimbingnya ke arah kebaikan. Pendapatnya juga selalu bertelagah dengan Hj Awang dan ustaz Syukri. semasa Mohamed attar mengajaknya untuk berjuang, Benny tidak turuti kerana baginya dia msih belum bersedia lagi. Benny kecewa, dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Dia harap dengan wang yang dititipkan kepada Ustaz Syukri akan membantu Melina. Setibanya di Pantai Miami, dia menghampiri dua orang lelaki berbaju hitam dan bertopeng ski. Mereka ialah penyelamat khas dari An-Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. benny memahami dan esok akan ada kenyataan dilaporkan dia diculik dan mangsa keganasan.Lalu mereka semua enaiki bot menuju ke perairan antarabangsa sebelum dijemput oleh sebuah helikopter.

BAB28- Cerita Pnghujung Usia

Saat ini Faridah menyingkap kembali peristiwa 25 @27 tahun yang lalu. Datuk Azrul sebahagian daripada kenangan itu. farida dan Datuk Azrul bercerita tentang kisah silam mereka, amanakala Datin Aisyah lena dibuai mimpi setelah menelan ubat khas akibat migrainnya. Soleh pula memahami, dia berada di bilik bacaan dengan kerja-kerja ditalian. Zain dan Anne sudah ke Ipoh sejak petang tadi dan masih belum pulang. Datuk Azrul merungkai cerita sewaktu Faridah hilang dahulu, beliau berbincang dengan banyak orang serta Hj Kamarudin mengenai hal ini. Hj Kamarudin masih lagi menetap di Kuala Lumpur. Isterinya Hamidah sudah meninggal beberapa tahun yang lepas. Kini dia tidak boleh bangun lagi dan hanya baring di katil sahaja. Dia dijaga oleh anak lelakinya tetapi kebersihan dirinya diuruskan oleh seorang jururawat yang diupah. Berbalik kepada cerita tentang kehilangan Faridah di hutan, Datuk Azrul hanya mempercayai akal, di mana kelebihan akal untuk mengjangkau sesuatu yang mustahil. Faridah juga berpendapat yang sama setelah bertanya kepada beberapa ulama di New Zealand. Datuk azrul bertanyakan perihal rumah banglo milik Soleh itu lalu Faridah tersenyum memberitahu bahawa kerakyatannya masih kekal lagi dan akan pegang status itu buat selamanya. Datuk Azrul tumpang gembira mengenai hal tersebut. faridah berfikir sejenak, sepatutnya dia harus menulis mengenai pengalamannya di Bukit Kutu ketika koma dahulu yang bukan boleh dialami oleh semua orang. Tanpa sedar, Faridah mengalirkan air mata, hatinya meronta ingin menziarahi kubur ibunya, Ayu serta Ghazali.

BAB 29-Pasrah

Melina merenung kosong bilik tidurnya. Hari ini sudah 4 hari Benny menghilang. Sejak mereka berkahwin, Benny menanam azam untuk berubah ke arah kebaikan. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan ustaz Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. berbalik kepada kehilalngan Benny, syarikat telah 2 kali menghubungi tetapi Melina gagal memberikan penjelasan. melina pasti Benny menghilang dengan sebabnya tersendiri. Lalu keesokan harinya, Melina mengambil keputusan utnuk membuat laporan polis. Inspektor Radzi membantu Melina memguat laporan. Inspektor Radzi meminta nama dan nombor telefon rakan-rakan Benny dan dia mengeshkan bahawa Mohamed Attar serta Noor Mohamad telah ditangkap polis Interpol beberapa hari yang lalu. Namun nama Benny tidak tersenarai dalam tangkapan tersebut. Kini jelas, Benny meninggalkannya atas sebab persahabatan yang sukar dimengertikan. selepas selesai membuat laporan, Melina keluar dari Balai Polis Marang dengan hati yang gundah. Hj Awang mengambilnya untuk pulang dan semasa dalam perjalanan pulang, Melina menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

BAB 30- Pangkuan

Melina tiada pilihan lain. Benny sudah 2 minggu menghilangkan diri, keluarga Benny yang mewakili Jaafar al-Anbia telah menghubunginya. Akaun peribadinya sudah dipenuhkan sejumlah besar wang . Kiranya semua keperluannya tersedia ada. Melina mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya di Cameron Highland. Melina memandu seorang diri menuju ke sana. Tiba-tiba dia sedih mengenangkan Benny, beberapa hari yang lalu Inspektor Radzi mengunjungi Melina. Dia memberitahu bahawa Melina diberi pengawasan pernuh oleh pihak polis. Teori pengganas dan penglibatan yang menjejaskan keselamatan boleh dikaitkan dengan Benny, seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Hal ini amat menghairankan Melina. Melina menafikan tuduhan Inspektor Radzi bahawa Benny sanggup bersubahat untuk meletupkan bom di tempat awam. Melina berhenti di sebuah masjid tidak jauh dari Pekan Batang Kali untuk sembahyang zuhur.Selesai menunaikan solat, hatinya serasa begitu tenang . 3 jam kemudian, Melina tiba juga di Cameron Highland. Dia menelefon Golf View Cottage sebaik sahaja memasuki pekan Ringlet. Faridah terharu melihat anaknya yang sedang sarat mengandung sanggup memandu beratus-ratus kilometer tanpa suami di sisi.

BAB 31 : Atas Nama Cinta

Kenduri perkahwinan Zain dan Anne Johnnsons melakar sejarah paling manis buat keluarga Datuk Azrul. Habis semua chalet dan rumah rehat ditempahnya untuk tetamu daripada luar negara. Malah satu program televisyen telah membuat liputan khas dengan tajuk "perkahwinan dua Negara". Faridah merupakan orang yang paling gembira apabila dapat kembali ke kampung halamannya. Dia bertemu Pak Talib yang kini usianya mungkin sudah mencecah 80 @ 90 tahun. Akhirnya Faridah mengecap kebahagiaan setelah melalui derita yang panjang. Faridah menangis melihat sawah padi yang kini bukan miliknya lagi. Tanah itu telah dipajakkan oleh Hj. Ghafur selama 25 tahun, dia menggunakan wang itu untuk menyara hidupnya semasa belajar di New Zealand dahulu. Faridah meminta tolong Zain untuk berjumpa dengan anak Hj Ghafur yang menjaga rumah itu. Faridah ingin masuk ke dalam rumah itu bagi menunaikan solat, sujud syukur serta solat taubat. Zain berlari -lari anak pergi ke rumah Hj Ghafur. Tiba-tiba Faridah mengeluh, dia berfikir sejenak, perbezaan tingkah laku Benny dan Zain amat ketara. Melina dan Soleh sudah bertolak ke KLIA awal pagi tadi untuk ke Dubai bagi menemui Jaafar al-Anbia, membincangkan tentang kehilangan menantunya itu. Tiba-tiba Anne bertanya kepada Faridah tentang kisah mamanya yang meninggalkan kampungnya dahulu. Faridah melihat Anne beza sekali dengan sikap kembarnya, Melinda. Melinda tidak secerdik Anne, Anne tamat mengaji dan Faridah sering mendengar alunan suara Anne di masjid Al-Noor. Zain melambai dari jauh bersama anak Hj Ghafur . Faridah melihat ada riak bahagia terpamer pada wajah Anne. Bagi Faridah, mereka anak-anak bertuah kerana dilahirkan dengan kasih sayang ibu bapa yang berpanjangan.

BAB 32: Bahagia yang Berpanjangan

Melina dan Soleh Johnson mengambil limousin dan terus ke Emirate Tower Hotel di Jalan Syeikh Zayed. Benny sedang menunggu mereka di suite yang terletak di tingkat paling atas Empire Tower Hotel. Sebaik sahaja mereka sampai, Benny terus mendapatkan Melina dan meminta maaf atas kesilapannya. Benny sebenarnya terpaksa menyambut Soleh Johnson dan melina yang tiba di Dubai International Airport tepat 12.oo p.m. Waktu nyawa sebelum kembali ke Dubai apabila helikopter yang dijanjikan untuk membawanya gagal mengambilnya. Dia terpaksa mendarat ke Phuket dan terbang ke Perancis, dia mendapat bantuan daripada sahabat-sahabatnya dari merata tempat dan menggunakan pelbagai nama samaran. Benny hanya boleh bergerak bebas di negaranya sendiri kerana satu keputusan telah dibuat bahawa Benny dilindungi dan dianggap sebagai ahli keluarga pemerintah. Soleh Johnson menuju ke bilik yang disediakan untuk berehat, dan memberikan peluang kepada anak-anaknya berunding suami isteri. Melina mengadu kepada Benny bahawa betapa sepi hidupnya ketika di Marang dahulu tanpa Benny di sisi. Namun kini betapa rindunya untuk kembali ke tempat itu semula, suasananya serta kesederhanaan penduduk berbilang kaumnya itu. Benny dan Melina telah membuat keputusan untuk tinggal di banglo peranginan keluarga Benny di Jalan Jumeirah, tidak jauh dari hotel yang paling mahal di dunia, Burj al Arab dan Jumeirah Beach Hotel. Benny akan kembali bekerja di An-Anbia Family Limited Company keran syarikat itu mempunyai kepentingan besar di negara teluk itu dan dia terpaksa meninggalkan hobi belayarnya itu. Melina akan melahirkan anaknya di hospital yang menjadi tumpuan warga arab yang kaya-raya untuk mendapatkan rawatan. Melina sangsi, banyak rencana dalam majalah antarabangsa yang menulis berat sebelah tentang dunia arab, dia kembali teringatkan rumah mereka di Marang yang bebas ke mana-mana sahaja tanpa ada rasa was-was. Di Marang, kehadirannya dihormati tetapi Melina sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan berada di sisi suaminya 2 hari kemudian, Soleh terbang pulang ke KL. Soleh tahu bahawa Melina akan tabah dan menjadi seorang isteri idaman apabila tinggal di negara Islam itu.

BAB 33: Janji Pada Tanah Ini

Faridah berasa dirinya insan yang paling bertuah kerana merentas alaf dalam perjalanan hidup dan perlu merentas antara negara untuk melihat cucu-cucunya. Anne dan ain kini di New Zealand mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne melahirkan anak kembar iaitu Melinda dan Rahayu. Melina pula melahirkan Said al-Anbia, setahun lebih awal daripada Anne. Kini Faridah tinggal di Malaysia. Datuk Azrul mendapat tanah pajakan seluas 500 hektar di tanah tinggi Lojing untuk dibangunkan menjadi sebuah kawasan agro pelancongan tanah tinggi . Datuk Azrul dan Soleh bekerjasama merangka sendiri pelan pembangunan, membuat tinjauan lapangan dan kemudian mengajukan kertas cadangan kepada kerajaan negeri. Soleh dan Datuk Azrul menjadikan Lojing sebagai sebuah merosakkan ekosistemnya. Sungguhpun begitu, pelancongan hasil daripada kotej juga mampu menjana pendapatan yang lumayan. Faridah memilih menjadi pemerhati juga menikmati keindahan alam. Datuk Azrul dan Datin Aisyah lebih banyak menghabiskan masa berada di Lojing berbanding Bukit Besar. Hubungan kekeluargaan mereka semakin erat. Masa terlalu pantas, 2 tahun selepas pembinaan, kotej-kotej itu beroperasi penuh. Faridah memilih sebuah kotej untuk menjadi tempat tinggalnya selain di Cameron Highland. Perniagaan kotej-kotej mereka bertambah maju apabila sebuah syarikat majalah Eropah mahu membuat rencana tentang Lojing itu dan Benny juga bersetuju mewujudkan sebuah pejabat promosi di Dubai. Faridah pernah menyuarakan pendapatnya untuk memajukan Bukit Kutu tetapi malangnya Datuk Azrul memberitahu bahawa tempat itu telah diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar. Dia teringat saat-saat bertemu Ayu dalam alam bawah sedar. Dia berjanji pada tanah ini bahawa susur galur keturunannya akan teguh di tanah ini.

TEMA Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.

PERSOALAN

1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

2. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.

3. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

4. Persoalan kasih sayang.Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

5. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah. Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

6. Persoalan kahwin campur.Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.

7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal.

8. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat.Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

9. Persoalan pejuangan secara kekerasan.Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.

10. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia). Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

PLOTPlot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel.

BINAAN PLOTTerdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:

(i) PermulaanPengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

(ii) PerkembanganPada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing. Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya. Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons.Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak. Melina berkahwin dengan Jabbar al Anbia atau dikenali sebagai Benny dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi. Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.

(iii)Konflik Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah.Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah putus tunang dengan Azman. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu. Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam. Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.

(iv)KlimaksFaridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis keraa suaminya tidak pulang ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.

(v)Peleraian Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands. Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

TEKNIK PLOT/PENCERITAAN

1.PemerianContoh:Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gel gat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.

2.DialogContoh: Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.

3.Imbas kembaliContoh: Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang. Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

4. Imbas MukaContoh: ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat? tanya Chief Inspektor Aznil. Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

5.SuspensContoh: Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa. kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya.

6. Monolog DalamanContoh:Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi, desis hati kecil Buyung.

7.KejutanContoh:Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Faridah

Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah. Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.

Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.

Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.

Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.

Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.

Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.

Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

2.Rahayu Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.- Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap lembik.

- Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.

- Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh Azrul.

- Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.

- Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.

3.Azrul- Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.

- Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi

- Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup.

- Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.

- Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.

- Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.

4.Kamarudin- Bapa kepada Rahayu dan Faridah.

- Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.

- Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.

- Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.

- Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.

- Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.

5.Salmah- Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.

- Isteri pertama kepada Kamarudin.

- Usianya menjangkau 50 tahun.

- Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.

- Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.

- Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.

- Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

6.Benny- Berasal dari Dubai.

- Nama sebenarnya Jabbar al Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.

- Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.

- Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.

- Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol. Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.

7. Zain- Penuntut jurusan pertanian di New Zealand

- Anak Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar, Selangor.

- Suami Anne

- Pengusaha Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh Johnsons di New Zealand.

- Dibesarkan di kawasan perkampungan di Sungai Besar Selangor

- Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak.

LATARLatar Masa1. 6.00 pagi Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akantugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.2. 8.00 pagi Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.3. Waktu pagi Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.Faridah terlibat dalam kemalangan.4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohonkepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempatkemalangan.Latar5. 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di KualaKubu Baharu ke Bukit Fraser.Latar Tempat1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat diperpustakaan.- Rahayu pengsan.3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser- Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser.4. Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.5. Smoke House - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalanraya.Latar Masyarakat

1. Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.5. Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.6. Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.7. Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.8. Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.10. Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.GAYA BAHASA

1. Penggunaan Bahasa InggerisContoh: wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House2. PeribahasaContoh: Peribahasa Melayu Masa itu emas Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala jika kita lambat bertindak.- Perahu sudah di air, pendayung di tangan3. PersonifikasiContoh : cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan cuaca yang begitu dingin menggigit Senja merangkak tua4. HiperbolaContoh:dosa-dosaku sudah melaut banyaknya tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandungNILAI 1. Nilai kasih sayang.Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.2. Nilai ketabahan.Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.3. Nilai kegigihan.Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.4. Nilai bertanggungjawabSetelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

5. Nilai cinta akan tanah airSungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.PENGAJARAN1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.