geografi folio form 3..perbandingan air putih di kuantan dengan nakon narathiwat di thailan

22
Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada orang yang telah membantu saya sepanjang menjalankan kajian ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan saya dan tanda terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Rosnah bt.Hj.Salleh atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau tentang kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Puan Hajah Hadijah binti Amir kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah bersama dengan saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada responden-responden yang memberi kerjasama sepenuhnya semasa saya menemu bual mereka.

Upload: yughesh

Post on 27-Jul-2015

1.599 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada orang yang telah membantu saya sepanjang menjalankan kajian ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan saya dan tanda terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Rosnah bt.Hj.Salleh atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau tentang kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Puan Hajah Hadijah binti Amir kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah bersama dengan saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada responden-responden yang memberi kerjasama sepenuhnya semasa saya menemu bual mereka.

Page 2: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Objektif kajian ini adalah untuk:-

Mengenal pasti jenis dan pola petmpatan di Perkampungan Air Putih, Kuantan

berbanding dengan Nakhon Narathiwat, di Thailand.

Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan di Perkampungan Air

Putih, Kuantan berbanding dengan Nakhon Narathiwat, Thailand.

Mengkaji fungsi-fungsi pertempatan di Perkampungan Air Putih, Kuantan

berbanding Nakhon Narathiwat, Thailand.

Mengenal pasti masalah-masalah petempatan di Perkampungan Air Putih,

Kuantan dan membandingkan dengan Nakhon Narathiwat, Thailand.

Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di

Perkampungan Air Putih, Kuantan dan membandingkan dengan Nakhon

Narathiwat, Thailand.

Memupuk budaya bangga dan cintakan tanah air serta berusaha untuk

membangunkan negara setanding dengan negara yang lebih maju.

Page 3: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Kawasan yang saya pilih ialah Perkampungan Air Putih. Kawasan ini terletak di

Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kawasan ini terletak di barat daya dari sekolah saya.

Jarak kawasan ini dari pusat Kuantan ialah kira-kira 2 km. Keluasan kawasan kajian ini

ialah 5 km persegi.

Page 4: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:-

1. Kaedah Pemerhatian Saya telah memerhatikan secara keseluruhan Perkampungan Air Putih di Kuantan, iaitu kawasan kajian. Ini meliputi aspek:

a)Jenis dan pola petempatan

b)Masalah yang teradapat di kawasan kajian

c)Fungsi yang terdapat di kawasan kajian

2. Kaedah Temubual Saya telah menemubual 5 orang responden.Antara perkara yang saya kemukakan ialah:

a)Latar belakang kawasan kajian

b)Masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.

c)Cadangan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.

3. Kaedah KajianSaya dan rakan-rakan membuat rujukan di pusat sumber sekolah untuk mendapatkan maklumat seperti:

a)Mengakses internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan jenis, pola, fungsi, faktor, masalah, dan langkah untuk mengatasi masalah petempatan di Nakhon Narathiwat, Thailand.

b)Mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan petempatan Perkampungan Air Putih, Kuantan dan petempatan Nakhon Narathiwat, Thailand.

4. Kaedah Soal SelidikSaya telah mengkaji selidik beberapa jenis kenderaan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Page 5: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

1. JENIS DAN POLA PETEMPATANPerkampungan Air Putih- Jenis Perkampungan Air Putih ialah Petempatan Bandar kerana petempatan ini terletak di kawasan pusat Bandar Kuantan.Pola petempatan di Perkmapungan Air putih ialah pola petempatan berkelompok yang terbentuk apabila rumah dan bangunan mempunyai susunan yang padat dan rapat antara satu sama lain. Bangunan juga disusun dengan teratur dan kemas.

Nakhon Narathiwat- Manakala petempatan di Nakhon Narathiwat, Thailand kebanyakkannya

adalah petempatan luar Bandar yang berpolakan petempatan berselerak.

Secara keseluruhannya,saya amat berbangga kerana petempatan di Perkampungan Air Putih mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang dibina di atas permukaan tanah pamah. Faktor ini menjadikan Perkampungan Air Putih tersebut kelihatan menarik dan menjadi daya tarikan kepada ramai orang. 2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

Perkampungan Air Putih

Bentuk Muka Bumi

-Bentuk muka bumi bagi Perkampungan Air Putih ialah tanah rendah.

Oleh itu, Perkampungan Air Putih sesuai untuk dibina sebagai

petempatan.

Dasar Kerajaan

-Dasar kerajaan menggalakkan aktiviti perniagan sebagai salah satu

pemangkin ekonomi negara. Oleh itu, pembinaan petempatan di kawasan

petempatan di Perkampungan Air Putih adalah tepat.

Page 6: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Kegiatan Ekonomi

-Petempatan ini terletak di kawasan bandar. Oleh itu, petempatan ini

membolehkan orang melakukan aktiviti perniagaan untuk kegiatan

ekonomi. Oleh sebab itu, kebanyakan penduduk-penduduk perkampungan

ini ialah peniaga.

Nakhon Narathiwat

Kegiatan Ekonomi

-Lokasi petempatan kampung ini juga menyebabkan perikanan merupakan

kegiatan ekonomi yang utama. 45% penduduk terlibat dalam kegiatan

perikanan manakala selebihnya terlibat dalam industri ekopelancongan,

perniagaan, penyedia pelbagai perkhidmatan dan kakitangan kerajaan.

Faktor Fizikal

-Faktor yang mempengaruhi petempatan di Nakhon Narathiwat pula

terdiri daripada factor fizikal. Tanah pamah yang beralun menjadikan

kawasan ini sesuai untuk aktiviti pertanian terutamanya penanaman buah-

buahan.

Page 7: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Kegiatan Penyelidikan dan Pembangunan

-Kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan menjadikan

aktiviti pertanian terutamanya penanam buah-buahan dapat dijalankan

secara besar-besaran sehingga mejadikan Thailand berupaya menjadi

antara negara pengeksport buah-buahan yang utama di Asia Tenggara.

Jika dilihat daripada factor yang menpengaruhi petempatan di kedua-dua kawasan kajian.Kita perlu bersyukur dan berusaha dengan lebih kuat untuk membangunkan Perkampungan Air Putih setanding dengan perkembangan dan kemajuan petempatan di Nakhon Narathiwat, Thailand.

3. FUNGSI PETEMPATAN

Perkampungan Air Putih

Ekonomi-Fungsi Perkampungan Air Putih dan meningkatkan

ekonomi negara adalah sebagai pusat perniagaan dan pusat perdagangan yang

mempunyai banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan dan

perkhidmatan lain.

Sosial-Perkampungan Air Putih mempunyai pelbagai kemudahan

seperti sekolah, restaurant, kedai, stesen minyak dan sebagainya.

Politik-Sistem politik di Perkampungan Air Putih dijalankan

secara kecil-kecilan. Petempatan ini ditadbir oleh pengerusi Jawatan Kuasa

Kecil (JKK). Perkampungan Air Putih dan dibantu oleh Jawatan Kuasa Kecil

Kampung (JKKK). Terdapat juga cawangan MCA di Perkampungan Air

Putih.

Nakhon Narathiwat

Page 8: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Ekonomi-Kegiatan perikanan merupakan perkerjaan utama di kawasan

kajian. Kebanyakan penduduk disini menjalankan kegiatan perikanan pinggir

pantai. Mereka menggunakan kaedah-kaedah perikanan tradisional. Hasil

tangkapan biasanya dijual kepada peraih dan pemborong untuk di pasarkan.

Selain itu, ada juga penduduk yang mengusahakan industri berasaskan ikan.

Kegiatan pelancongan juga berkembang-pesat di Nakhon Narathiwat.

Penduduk di sini mengusahakan home-stay sebagai salah satu daripada daya

tarikan pelancong ke perkampungan mereka.

Sosial-Selain itu, Perkampungan Air Putih juga berfungsi sebagai pusat

kebudayaan dan keagamaan. Petempatan ini menjadi tumpuan penduduk di

kawasan sekitar yang inginkan kelainan.

Daripada huraian di atas, kita perlulah menghargai sumber semula jadi yang ada

dan membangunkan petempatan kita.

4. MASALAH-MASALAH PETEMPATAN

PERKAMPUNGAN AIR PUTIH

Kesesakan Lalu Lintas-Sistem jalan raya yang kurang cekap

menyukarkan perjalanan kenderaan. Kesesakan amat ketara terutama pada

waktu puncak iaitu para pekerja pergi ke pejabat dan pulang dari pejabat atau

para pelajar pergi sekolah dan pulang dari sekolah.Kesesakan lalu lintas juga

berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan yang disebabkan oleh

pertambahan penduduk yang ramai.

Page 9: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Jenis Kenderaan Yang Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas Di Jalan Air Putih,

Kuantan

JENIS BILANGAN

Kereta 75

Van 47

Lori 35

Bas 12

Motosika 10

Kebersihan Tidak Terjaga-Sampah-sarap didapati bertaburan kerana

terdapat orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merat-rata

tempat.

Keselamatan-Kes ragut di pertempatan ini semakin berleluasa dan

melibatkan banyak penduduk menjadi mangsa kes ragut.Terdapat juga kes

ugut atau buli dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Mereka sama ada dibuli

dan diugut oleh pelajar-pelajar sekolah atau pemuda pemudi.

NAKHON NARATHIWAT

Masalah Pencemaran Air-Masalah pencemaran air di petempatan Nakhon

Narathiwat berpunca daripada pembuangan sampah sarap, sisa makanan dan

air kumbahan yang dibuang terus ke laut. Pencemaran air juga berlaku

disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan

baja kimia.

Page 10: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Masalah Kekurangan Infrastruktur-Masalah ini melibatkan kekurangan

kemudahan jalan pengangkutan dan perhubungan, bekalan air bersih dan

elektrik. Nakhon Narathiwat mengalami kekurangan infrastruktur seperti jalan

raya .

Berdasarkan kepada kajian ini, saya melihat walaupun kekurangan prasarana di

Nakhon Narathiwat, penduduk di sana tetap berusaha untuk meningkatkan taraf hidup

mereka. Keadaan ini seharusnya menyuntik semangat kepada penduduk di

Perkampungan Air Putih agar lebih gigih berusaha dan mengeksploitasi sumber yang ada.

5. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH-MASALAH

PETEMPATAN

PERKAMPUNGAN AIR PUTIH

Gotong-royong-Penduduk-penduduk Perkampungan Air Putih perlulah

mengadakan gotong-royong sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Rondaan-Pihak polis haruslah mengadakan rondaan pada waktu pagi, waktu

tengah hari dan waktu malam

Kempen-Satu kempen yang menggalakkan orang berkongsi kereta dan

menggunakan kenderaan awam harus diadakan untuk mengelakkan

kesesakan lalu lintas menjadi teruk. Satu kempen yang lain harus diadakan

Page 11: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

iaitu kempen yang boleh menyedarkan pelajar-pelajar supaya mereka tidak

akan membuli atau mengugut pelajar-pelajar lain

Jadual tentang masalah-masalah dan langkah-langkah untuk mengatasi

Masalah-masalah di Perkampungan Air Putih

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah di Air Putih

Pencemaran Mengadakan gotong royong Mengadakan kempen

Vandalisma Mengadakan rukun tetangga Menbaiki taman yang rosak

Pencurian/Pencerobohan Meletakkan kereta di halaman rumah Menguncikan rumah

Kesesakan lalu lintas Menbina lampu isyarat Menbesarkan jalan raya

Binatang liar Mengadakan kempen Menasihati orang untuk memelihara

haiwan liar

NAKHON NARATHIWAT

Masalah pencemaran air di petempatan Nakhon Narathiwat dapat diatasi dengan cara penyediaan sistem pembuangan sampah yang sistematik dan pengurusan rawatan air kumbahan yang cekap.Selain itu,masalah pencemaran juga dapat diatasi dengan mengurngkan penggunaan baja kimia dan menggunakan kaedah biologi untuk menghapus perosak.

Masalah kekurangan infrastruktur di Nakhon Naratiwat dapat dikurangkan dengan kerjasama pihak kerajaan untuk menambah jaringan jalan raya yang amat diperlukan oleh penduduk.Selain itu,dasar penswastaan boleh diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan penglibatan pihak swasta dalam menyediakan pelbagai infrastruktur terutamanya bekalan air, bekalan elektrik dab jaringan jalan raya kepada penduduk.

Page 12: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Hasil daripada kajian, petempatan Nakhon Narathiwat merupakan kawasan petempatan yang didiami oleh pelbagai kaum. Pertempatan ini mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai pusat pelancongan dan perniagaan.

Walaupun penduduknya pelbagai kaum dan bangsa tetapi mereka dapat hidup dengan harmoni demi kemajuan petempatan mereka setara dengan masyarakat negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum yang telah mencapai perpaduan.

Page 13: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Jenis petempatan Perkampungan Air Putih terdiri daripada bandar. Faktor-

faktor yang mempengaruhi petempatan ialah bentuk muka bumi, dasar kerajaan dan

kegiatan ekonomi. Pola petempatan yang terdapat di Perkampungan Air Putih ialah

terancang. Fungsi-fungsi petempatan ini ialah dari segi ekonomi, social dan politik.

Masalah- masalah yang dihadapi di Perkampungan Air Putih ialah

kesesakan lalu lintas, kebersihan tidak dijaga dan keselamatan tidak terjamin.Cadangan

untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ialah melalui kempen yang menggalakan

penduduk berkongsi kereta dan menggunakan kenderan awam. Masalah kebersihan tidak

dijaga diatasi dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Masalah keselamatan tidak

terjamin diatasi dengan mengadakan rondaan pihak polis dan mengadakan kempen anti-

buli.

Akhir sekali, kita harus bekerjasama untuk menjaga keharmonian,

kebersihan dan keamanan Perkampungan Air Putih supaya generasi-generasi yang akan

datang dapat menghayati Perkampungan Air Putih dalam keadan yang lebih harmoni,

bersih dan aman.

Page 14: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

Buku Teks- Latifah binti Mahfood dan Shamshiah binti Ahmad, 2003. Geografi

KBSM tingkatan 2. Kuala Lumpur: Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.

Buku Rujukan- Chong Mui Sen, 2005. Ulang kaji Total Geografi PMR. Selangor:

Pelangi Sdn. Bhd.

Internet- http://203.144.180.242/environment/download/ Bangkok 2001 eng.pdf.

Page 15: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

PETA DAERAH-DAERAH DI PAHANG

Page 16: Geografi Folio Form 3..Perbandingan Air Putih Di Kuantan Dengan Nakon Narathiwat Di Thailan

PETA KUANTAN