folio agama tokoh imam 2010

29
Nama: Nurfarhana Bt Md Noor

Upload: farout

Post on 19-Jun-2015

6.991 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tokoh tokoh imam

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Agama tokoh imam 2010

Nama: Nurfarhana Bt Md NoorKelas:4 CyBeRTajuk: Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As- Syafie, Imam Ahmad, Imam Al- Bukhari, Imam Al- Ghazali

Page 2: Folio Agama tokoh imam 2010
Page 3: Folio Agama tokoh imam 2010

Riwayat Hidup

~ Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nukman bin Tsabit bin Zhuthi. Berliau Berketurunan Parsi.

~ lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh ‘Abdullah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al-Quran.

~Beliau sentiasa membawa tintanya ke mana saja beliau pergi untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dicari;

~ bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadith dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya.

~ Beliau mempunyai seorang anak bernama Hanifah

~ Hanifah juga bermaksud cenderung kepada agama

~ Imam Abu Hanifah Meninggal dunia pada Tahun 150 Hijtah bersamaan dengan 767 Masihi di dalam penjara ketika berusia 70 Tahun dan kebumikan di Baghdad.

~ Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah.

~Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya.

Page 4: Folio Agama tokoh imam 2010

Sifat Peribadi

~Imam Abu Hanifah Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

~Beliau juga suka menghulurkan bantuan tanpa mengira usia, pangkat, dan darjat.

~Seorang yang rajin dan bercita- cita tinggi.

~Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah

~Mulia, berani dan pintar

~Petah becakap, pendiam, wara’, peramah, tenang, sabar, berpakaian bersih dan kemas

~Hartawan, berilmu, kuat ibadat, dermawan, amanah, zuhud Ahli perundangan digelar al Imam al A’zam

Pendidikan

~Pendidikan sempurna sehingga peringkat tinggi. Diberikan kemudahan oleh bapanya yang kaya

~Menumpukan minat lebih kepada fiqh dan perundangan Islam

~Berguru dengan ulama sezamannya termasuk para sahabat dan tabiin

Sumbangan

~Penulisan Al Fiqhu al Akbar Kitab al Faraidh Masailu al Usul al Jamiu al Kabir, al Jamiu as Shaghir

Page 5: Folio Agama tokoh imam 2010

Kitab al Mabsut As Sairu al Kabir, as Sairu as Shaghir

~Pengasas Mazhab Mazhab Hanafi. Banyak menggunakan qias dalam sumber hukum

~Pemikiran Kemukakan kaedah penyelesaian masalah terutamanya qias Melarang bertaqlid kepadanya jika tidak tahu asal pendapatnya Berijtihad apabila sesuatu hukum tiada dalam al Quran, as Sunnah dan fatwa sahabat Melarang umat Islam beramal dengan perkara bidah

~Murid

Ketokohan ~Pintar mengeluarkan hukum~Gunakan akal untuk membuat kesimpulan~Menyelesaikan masalah dengan memberi fatwa~Berdikari dan tidak tamak

Page 6: Folio Agama tokoh imam 2010
Page 7: Folio Agama tokoh imam 2010

Riwata Hidup

~Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith~dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan BaniUmaiyah.

~ Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al- Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.

~ Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu

~Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah.

~Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda.

~Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.

~Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

Page 8: Folio Agama tokoh imam 2010

Sifat Peribadi al Imam Malik

Hormati ibu bapa, orang dewasa dan guru Sopan santun, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kubur Pendiam, hanya bercakap perkara berfaedah sahaja Berpakaian bersih, kemas dan memakai bauan yang harum Pemurah, dermawan, suka memberi pertolongan Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat

Pendidikan

Hafaz seluruh al Quran sebelum baligh Pelajari hadis, menjadi tokoh hadis dan ahli hukum terkenal Dalami ilmu pengajian fiqh dengan mengkaji pendapat ulama berlainan aliran Tinggal dengan gurunya beberapa tahun mempelajari ilmu agama

Ketokohan dan Pendirian

Diiktiraf sebagai ulama ketika 17 tahun Majlis ilmunya mendapat sambutan menggalakkan Menentang bidah dan taqlid dengan pegangan al Quran dan as Sunnah Sedia mengaku tidak tahu jika tidak yakin dalam berfatwa Menolak jawatan ketua hakim kerana tidak sesuai dengan dirinya

Sumbangan al Imam Malik

Page 9: Folio Agama tokoh imam 2010

PenulisanKitan al Muwatta’. Sumber rujukan bidang hadis dan fiqh

Pengasas mazhab malikiTerkenal sebagai mazhab aliran hadis, pegangannya banyak dengan al Quran dan hadis

MuridAs Syafie

Page 10: Folio Agama tokoh imam 2010
Page 11: Folio Agama tokoh imam 2010

Riwayat Hidup~Muhammad b Idris b Usman al Abbas b Usman Syafi’ b as Saib

~ Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.

~Keturunan Quraisy, berhubungan dengan Rasulullah, ibu bapa berasal dari Mekah

~Lahir: Ghazah, Palestin, 150H, bapanya sudah meninggal dunia

~Digelar as Syafie sempena nama moyangnya

~Meninggal dunia: 204H, Mesir, 54 tahun,Masihi ketika berusia 54 tahun

~Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".

Sifat Peribadi

~Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita- cita tinggi.

~Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.

~Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.

~Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.

~Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.

~Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.

~Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam

Page 12: Folio Agama tokoh imam 2010

berbagai-bagai bidang.

~Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.

Pendidikan

~Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz Al-Quran.

~Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.

~Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.

~Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.

~Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.

~Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:

i.1/3 malam untuk berehat. ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. iii.1/3 malam untuk beribadat.

Page 13: Folio Agama tokoh imam 2010

~Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliaumuncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapatmemberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

Sumbangan

~Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.

~Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.

Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usulfikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukumdaripada Al-Quran dan hadis.Kitab-kitab tersebut ialah:

a.Abtal Al-Istihsan.b.Ahkam Al-Quran.c.Ar-Risalah.d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitabtersebut ialah;

i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.

Page 14: Folio Agama tokoh imam 2010

iii.Al-Farid.iv.Al-Umm.

e.Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentangperselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;

i.Al-Masnad.ii.Al-Amali.iii.Ikhtilaf Al-Hadis.

f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalambidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberisumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.

g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China,Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura danMalaysia.

Page 15: Folio Agama tokoh imam 2010

Riwayat Hidup

~Ahmad bin Muhammad bin Hanbal

~Lahir: Baghdad, Iraq, 164H, zaman Khalifah Abbasiah

~Panggilan: Hanbal untuk menghormati keturunannya

~Meninggal dunia: 241H, Baghdad, 77 tahun

Sifat Peribadi

Page 16: Folio Agama tokoh imam 2010

~Suka berpakaian putih bersih dan kemas

~Peribadi mulia, rendah diri, pendiam, kuat memelihara maruah dan agama

~Suka bergaul dengan faqir miskin, berani dan tegas pendirian membela kebenaran

~Bertaqwa, kuat beribadah, khatam al Quran tujuh malam sekali, solat sunat 300 rakaat Sehari Zuhud, wara’, pemurah, berhemah tinggi

Pendidikan

~Membawa dakwat dan kertas ke mana sahaja

~Telah hafaz al Quran dan hadis sejak kecil

~Pendidikan awal di pusat ilmu Baghdad sehingga menjadi ulama terkemuka

~Terpaksa bekerja menampung pengajiannya

Sumbangan al Imam Ahmad bin Hanbal

~Hadis

Menyusun hadis dengan tersusun dan rapi dan teliti

Page 17: Folio Agama tokoh imam 2010

~Pengasas Mazhab

Digelar ahli Sunnah kerana mengutamakan al Quran dan as Sunnah. Larang bertaqlid dalam agama

~Penulisan

Tafsir al Quranal MusnadKitab an Nasikh wa al MansukhKitab Taati ar RasulKitab al Ilalal Manasik al Kabiral Manasik as Shaghir

~Murid al Imam Ahmad

al Imam al Bukharial Imam Muslimal Imam Abu Dawud

Page 18: Folio Agama tokoh imam 2010

Riwayat Hidup

~Nama beliau yang sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al- Mughirah.

~Beliau dilahirkan pada hari Jumaat13 Syawal tahun 194 Hijrah bersamaan dengantahun

Page 19: Folio Agama tokoh imam 2010

810 Masihi di Bukhara.

~Gelaran “Al- Bukhari” adalah mengambil sempena tempat kelahirannya.

~Imam Al- Bukhari terkena penyakit mata dan menjadi buta sewaktu kecilnya. Berkat doa ibu bapanya, akhirnya beliau dapat melihat.

~Imam Al- Bukhari adalah seorang ulama yang terkenal dalam ilmu hadis.

~Beliau mula menghafaz hadis ketika berusia sepuluh tahun dan mengerjakan haji ketika berusia 16.

~Berliau berasal dari keturunan orang alim. Bapanya berasal dari keturunan orang alim. Bapanya seorang yang alim, warak, soleh, dan pernah menutut ilmu dengan Imam Malik.

Sifat Peribadi

~Imam Al- Bukhari berusaha dengan bersungguh- sungguh menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

~Beliau sangat teliti dan berhati- hati dalam melakukan sesuatu perkara.

~Beliau dianugerahkan daya ingatan yangkuat dan telah hafaz Al- Quran sejak kecil dan dapatmenulis sebuah kitab ketika berusia 18tahun .

~Beliau sangat mengharmati ilmu yang diperlajarinya terutama ilmu hadis

Pendidikan

~Imam Al- Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia 11 tahun.

~Ketika berusia 16 tahun, beliau mengunjungi Kota Mekah dan Madinah dengan tujuan menutut ilmu. Selama 6 tahun beliau mengikuti pengajian hadis daripada ulama- ulama

Page 20: Folio Agama tokoh imam 2010

di sana .

~Beliau kemudiannya, mengunjungi Basrah, Mesir, Hijaz, Kufah,dan Baghdad untuk memperlajari dan mengumpul hadis hadis Nabi.

~Berkat kesungguhan, usaha gigih, dan mempunyai daya ingatan yang kuat, Imam Al- Bukhari telah hafaz segala hadis yang diperoleh daripada 1000 orang ahli hadis.Mengikut satu riwayat, beliau telah hafaz 600 000 buah hadis beserta sanad- sanadnya.

Sumbangan

~Kiatab Sahih Al- Bukhari mempunyai 7 275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600 000 buah hadis. Hadis-hadis tersebut disusun mengikut bab- bab fikah, iaitu ibadat, muamalaf , dan jenayah.

~Terdapat sebuah kitab lagi yang telah dihasilkan oleh Imam Al-Bukhari iaitu Turkish Al- Kabir, yang terdiri daripada hadis hadis yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Al- Bukhari.

~Selain itu terdapat beberapa kitab hadis seperti Tarikh- Soghir, Tarikh Al- Ausat, Rafsir Al-kabir dan banyak lagi digunakan oleh ulama- ulama hadis yang terkenal seperti Ibnu Hajar, Al- Asqalani, Al- Qasatalani, dan lain lain lagi.

Page 21: Folio Agama tokoh imam 2010

Riwayat Hidup

~Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i

Page 22: Folio Agama tokoh imam 2010

~Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058 Masehi di bandat Thus, Khurasan (Iran). Beliau berkun`yah Abu Hamid karena salah seorang anaknya bernama Hamid.

~Cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al- Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia.

~Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad.

~Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 4 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Sifat Peribadi

~Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujjah. Beliau digelar Hujjatul Islam karena kemampuannya tersebut.

~Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengambara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.

~Beliau terkenal sebagai ahli filsafat Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropa melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi.

~Sejak kecil lagi berliau telah dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan

Page 23: Folio Agama tokoh imam 2010

beliau benci kepada sifat riya, megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain.

~Beliau mempunyai keahlian dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya faqih, usul fiqih, dan siyasah syariah. Oleh karena itu, beliau disebut sebagai seorang faqih.

Pendidikan

~Pada tingkat dasar, beliau mendapat pendidikan secara gratis dari beberapa orang guru karena kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab dan Parsi dengan fasih.

~Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul fiqih, filsafat, dan mempelajari segala pendapat keeempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut.

~Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad ar-Razkani dalam bidang ilmu fiqih, Abu Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di Naisabur.

~Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizhamiah (sebuah universitas yang didirikan oleh perdana menteri) di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula sebagai Naib Kanselor di sana.

Page 24: Folio Agama tokoh imam 2010

~Beliau telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddin ang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran manusia dalam semua masalah.