folio geografi pmr 2010

27
KERJA KURSUS GEOGRAFI NAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR TINGKATAN : 3 KRK 5 NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03- 5380 ANGKA GILIRAN : NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM(1) TAJUK KERJA KURSUS : KAJIAN TENTANG MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR, PASIR MAS, KELANTAN NAMA GURU : CIKGU MAMAT B. ABDULLAH 1

Upload: marzaidin-yaacob

Post on 19-Jun-2015

6.846 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KERJA KURSUS GEOGRAFINAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR TINGKATAN : 3 KRK 5NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03-5380 ANGKA GILIRAN : NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUL SULTAN IBRAHIM(1) TAJUK KERJA KURSUS : KAJIAN TENTANG MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR, PASIR MAS, KELANTAN NAM GURU NAMA : CIKGU MAMAT B. ABDULLAH1ISI KANDUNGANBIL TAJUK1 2 3 4 5 6 7 8 9 PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUK

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi PMR 2010

KERJA KURSUS GEOGRAFI

NAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR

TINGKATAN : 3 KRK 5

NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03-5380

ANGKA GILIRAN :

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN

IBRAHIM(1)

TAJUK KERJA KURSUS : KAJIAN TENTANG MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR, PASIR MAS, KELANTAN

NAMA GURU : CIKGU MAMAT B. ABDULLAH

11

Page 2: Folio Geografi PMR 2010

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN1 PENGHARGAAN 22 PENDAHULUAN 3-43 OBJEKTIF KAJIAN 44 KAWASAN KAJIAN 5 5 KAEDAH KAJIAN 66 DAPATAN KAJIAN 6 – 137 RUMUSAN 13-148 LAMPIRAN 15-189 RUJUKAN 19

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu

saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian mengenai migrasi

dalaman penduduk di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Ucapan terima

kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan

kebenaran menjalankan kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Marzaidin Yaacob, guru mata

pelajaran Geografi Tingkatan Tiga Rancangan Khas Lima(3KRK5) yang telah memberi

panduan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan

dan juga kepada Tuan Pengetua SMKSIS yang banyak memberi dorongan. Dan yang

22

Page 3: Folio Geografi PMR 2010

paling utama ucapan ribuan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada ibu bapa

tersayang iaitu Encik Mohd Noor bin Abdul Rahman dan Puan Nor Majidah binti Lajib

kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan

kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah

memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan semasa kajian ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada semua penduduk di Kampung Pengkalan

Pasir yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa temu bual dijalankan.

Wassalam…

PENDAHULUAN

Saya Nur ‘Amirah binti Mohd Noor, pelajar tingkata 3KRK5 di Sekolah

Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu. Saya telah menjalankan kajian di kawasan

kediaman saya. Saya menjalankan kajian tentang migrasi dalaman penduduk di

sebahagian kawasan perumahan Kampung Pengkalan Pasir. Saya juga telah menjalankan

temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Kajian ini mengambil

masa kira-kira selama lima minggu untuk saya menulis laporan.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod data dan

mempersembahkan data dalam bentuk graf dan jadual. Saya juga dapat mengenal pasti

migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian,dinamik penduduk dan juga jenis

pekerjaan penduduk.

33

Page 4: Folio Geografi PMR 2010

Saya memilih kawasan Kampung Pengkalan Pasir sebagai kawasan kajian saya

kerana kawasan ini adalah kawasan yang maju dan kawasan ini juga terdapat banyak

kemudahan asas antaranya stesen minyak, kedai runcit, kedai makan dan di samping itu

sekolah saya juga cuma 1 kilometer dari kawasan Kampung Pengkalan Pasir. Rumah

saya juga terletak di Kampung Pengkalan Pasir.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah :

a. Mengetahui konsep migrasi penduduk di kawasan kajian.

b. Mengenal pasti pola migrasi penduduk di kawasan

kajian.

c. Mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi migrasi penduduk

di kawasan kajian.

d. Mengenal pasti kesan migrasi dalaman penduduk.

e. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi

f. Menyatakan penerapan nlai atau unsur patriotisme.

44

Page 5: Folio Geografi PMR 2010

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung

Pengkalan Pasir. Kampung Pengkalan Pasir terletak kira-kira 2 kilometer daripada pusat

bandar Pasir Mas. Keluasan Kampung Pengkalan Pasir pula ialah kira-kira 4 kilometer

persegi dan jumlah penduduk pula dianggarkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada

kaum Melayu dan Cina. Kampung Pengkalan Pasir juga dihubungi oleh jalan raya yang

berturap dan digunakan oleh kereta, van dan motosikal.

Penghulu di kawasan kajian, Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Roji

bin Daud. Tok imam Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Musa bin Abdullah.

Manakala bilal Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Muhammad bin Bakar.

Kemudahan fizikal yang ada di Kampung Pengkalan Pasir ialah sungai. Sungai

ini menghubungkan Jalan Pasir Mas dengan jalan ke Kota Bharu dan di Kampung

Pengkalan Pasir juga terdapat sawah padi di mana ianya menjadi rutin harian petani

untuk mencari rezeki.

*lampirkan satu peta jajahan Pasir Mas – rujuk google map

*lampirkan satu peta kg. Pengkalan Pasir – rujuk goggle map

55

Page 6: Folio Geografi PMR 2010

KAEDAH KAJIAN

a. Rujukan dari penghulu kampung

Saya mendapat maklumat tentang kedudukan secara khusus dan

efektif.

b. Pemerhatian di kawasan kajian

Melalui pemerhatian ini saya dapat mengenal pasti keadaan

kawasan kajian saya.

c. Temubual dan soal selidik bersama penduduk kampung

Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat dan data penting

tentang jenis pekerjaan mereka.

DAPATAN KAJIAN

Konsep Migrasi Penduduk

Migrasi ialah proses pergerakan atau penghijrahan penduduk dari satu tempat ke satu

tempat lain sama ada secara kekal atau sementara. Terdapat 2 jenis migrasi:

1. Migrasi dalaman iaitu perpindahan penduduk dalam negara contohnya yang

berpindah dari tempat asalnya contohnya di Jerantut ke daerah Pekan di Pahang

atau perpindahan dari negeri Sarawak ke Selangor.

66

Page 7: Folio Geografi PMR 2010

2. Migrasi antarabangsa melibatkan perpindahan penduduk dari sebuah negara ke

negara yang lain. Contohnya kedatangan pekerja Indonesia ke negara Malaysia.

Pola Migrasi di Kawasan Kajian

Terdapat 4 jenis pola migrasi penduduk:

1. Luar bandar ke bandar

2. Luar bandar ke luar bandar

3. Bandar ke luar andar

4. Bandar ke bandar

Di kawasan kajian terdapat 2 jenis pola migrasi iaitu dari luar bandar ke luar bandar

dan dari luar bandar ke luar bandar. Migrasi luar bandar ke bandar adalah pola migrasi

yang paling ketara kerana orang muda yang ingin memperoleh pendapatan yang lumayan

dan menikmati hidup yang lebih selesa. Contohnya ramai golongan muda berhijrah ke

Lembah Klang dan Bayan Lepas Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan.

Migrasi dalaman juga berlaku dari luar bandar ke luar bandar yang lain kerana

membuka tanah rancangan. Contohnya berpindah ke kawasan FELDA dan FELCRA di

Gua Musang dan Jeli.

Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

77

Page 8: Folio Geografi PMR 2010

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di

kawasan kajian. Antaranya pertambahan penduduk di luar bandar menyebabkan

kekurangan tanah pertanian. Tanah pertanian semakin kecil akibat pewaris yang banyak

dan juga penggunaan jentera moden mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

Faktor peluang pekerjaan yang banyak di sektor perkhidmatan, perindustrian dan

perniagaan di Lembah Klang, Bayan Lepas, Shah Alam dan Johor Bharu menjanjikan

pendapatan yang lumayan.

Pelbagai kemudahan sosial disediakan di bandar seperti kawasan perumahan,

institusi pengajian tinggi, tempat hiburan, pusat mmbeli belah dan kemudahan

infrastruktur menarik penduduk berhijrah secara besar-besaran dari luar bandar ke

bandar.

Terdapatnya rancangan pembangunan wilayah yang dikendalikan oleh agensi-

agensi seperti KESEDAR, KETENGAH, DARA, KEJORA dan sebagainya yang

bertanggungjawab memajukan kawasan luar bandar dengan menyediakan rumah dan

kemudahan awam seperti jalan raya, sekolah, pusat perubatan, bekalan air dan elektrik.

Penerapan Unsur Patriotisme

Ini dapat menerapkan nilai kesyukuran yakni berterima kasih, mengenang budi

dan penghargaan rakyat kepada kerajaan.

88

Page 9: Folio Geografi PMR 2010

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung

saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini

diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut

keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih

stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan

oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan

ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang

di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah

menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini

kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu

anak gadis di kampung saya.

99

Page 10: Folio Geografi PMR 2010

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga

asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan

penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan

berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah

menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang

berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah

menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua

terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti

kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup,

kemakmuran kampung  juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling

bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu

wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang

masalah sosial daripada terus berlaku. Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana

kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

1010

Page 11: Folio Geografi PMR 2010

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa

tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan

kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas

dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan

kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan

- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak

peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial

yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan

pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi

memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan

berhijrah  ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang

dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa

1111

Page 12: Folio Geografi PMR 2010

kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas

yang terakhir. Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai

kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang

dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk

kampung saya ini.

JENIS PEKERJAAN PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR

JENIS PEKERJAAN

BILANGAN PEKERJA

Pengurus bank 3Buruh 10Guru 15Polis 17Peniaga 32Petani 34Kakitangan swasta 35Lain-lain 40Jumlah 186

Sumber : Soal selidik

1212

Page 13: Folio Geografi PMR 2010

Jadual dan graf menunjukkan jenis pekerjaan penduduk di Kampung Pengkalan

Pasir. Seramai 9 orang daripada jumlah responden yang di temubual adalah ahli-ahli

professional, seperti guru, polis dan pengurus bank.

Tiga orang daripada jumlah responden yang di temubual bekerja sebagai peniaga.

Semuanya merupakan peniaga Melayu. Dua daripada jumlah responden Melayu di

kawasan kajian bekerja sebagai buruh. Responden yang lain bekerja sebagai petani dan

kakitangan swasta.

RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah

kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan

boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping

1313

Page 14: Folio Geografi PMR 2010

itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang

amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Kampung Pengkalan Pasir

mempunyai migrasi dalaman yang unik dan komposisi penduduk yang berbilang kaum.

Komposisi penduduk yang berbilang kaum tersebut adalah kaum Melayu dan kaum Cina.

Secara am, kaum Melayu mengatasi kaum Cina. Kedudukan kawasan kajian

membolehkan mereka pergi ke tempat karja dengan mudah. Namun begitu, ada juga yang

menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas untuk ke tempat kerja.

Saya merasa amat bertuah kerana penduduk di kampung ini hidup dalam aman

dan damai tanpa konflik. Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain.

Mereka sering kali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perpaduan yang

dijalankan. Mereka juga saling bekerjasama antara satu sama lain. Malahan, mereka juga

saling mengambil berat antara satu sama lain.

1414

Page 15: Folio Geografi PMR 2010

LAMPIRAN

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Pengetua,Sekolah Menengah Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas,Kelantan. Tel : 09-7909922

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Merujuk perkara di atas saya ......................................................... membenrkan anak jagaan saya ......................................................... pelajar dari tingkatan ............ untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika berlaku sesuatu yang tidak diingina kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian,terima kasih

Yang benar,

..............................................( )

1515

Page 16: Folio Geografi PMR 2010

SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)17000 Pasir Mas, Kelantan. Tel : 09-7909922

Rujukan kami :Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan / puan

Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Pembawa surat ini ................................................................. adalah seorang pelajar tingkatan ................ dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

.....................................................( PN MUHANIZAH BT. MUSTAPHA) Pengetua, SMK Sultan Ibrahim(1)17000 Pasir Mas,Kelantan.

1616

Page 17: Folio Geografi PMR 2010

SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT / MENEMURAMAH DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)17000 Pasir Mas,Kelantan. Tel : 09-7909922

Rujukan kami :Tarikh :

Tuan,

Kajian Geografi Tempatan(KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

3. Kajian ini merupakan sebahagia daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian melibatkan pelajar sekolah mengumpul meklumat dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

5. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

........................................................(PN. MUHANIZAH BT. MUSTAPHA)Pengetua,SMK Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas,Kelantan.

1717

Page 18: Folio Geografi PMR 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)

Jalan Meranti,

17000 Pasir Mas, Kelantan.

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010

Nama : _____________________        Umur : ___________________

Alamat : _________________________________________________

Arahan : Bulatkan pada jawapan yang sesuai

1. Jenis pekerjaan penduduk

A. Pengurus Bank        B. Buruh            C. Guru       D. Polis           E.Peniaga        

 F. Petani G.Swasta H.Lain-lain

2. Amalan migrasi yang dilakukan oleh ahli keluarga

A. Gua Musang       B. Jeli     C. Kota Bharu

D. Luar Kelantan     E. Luar Negara

3. Kesan migrasi kepada keluarga

A. Tanah terbiar      B. Menambah pendapatan   C. Kemudahan asas lebih baik

D. Mengurangkan pengangguran               E. Memupuk kesedaran pentingnya pekerjaan

F. Memupuk sikap berjimat cermat         G. Menggalakkan daya kreativiti dan inovasi

1818

Page 19: Folio Geografi PMR 2010

RUJUKAN

1. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai .

2004. Buku teks Geografi Tingkatan 2. Cetakan Rina Sdn,Bhd .Petaling Jaya

Selangor.

2. Khaw Ah Seng , Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim . 2004. Geografi

Tingkatan 3. - PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd . Petaling Jaya Selangor.

3. Sabaruddin Abdul Rahman , Normala Ahmad. 2005. i-STUDI TERBAIK

GEOGRAFI TINGKATAN 1.2.3. SNP Panpac (M) Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

1919

Page 20: Folio Geografi PMR 2010

2020