garis panduan pengalaman berasaskan sekolah (pbs)

20
UNTUK PELAJAR GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: ivy-ting

Post on 23-Dec-2015

274 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

UNTUK PELAJAR

GARIS PANDUANAMALAN PROFESIONAL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2. OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat

i. memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; ii. menghayati kerjaya seorang guru; iii. memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;iv. mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; v. memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; vi. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; vii. mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya

sekolah; viii. membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal;ix. membina sikap positif terhadap profesion keguruan; x. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; danxi. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

selepas PBS dilaksanakan.

3. STRATEGI PELAKSANAAN

i. Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Semester Tempoh Penempatan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

1 1 Minggu Sekolah Rendah2 1 Minggu Sekolah Rendah3 1 Minggu Sekolah Rendah4 1 Minggu Sekolah Rendah

ii. Penempatan

Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPG dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

iii. Prosedur Pelaksanaan

a) IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

b) IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan

Page 3: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

pelaksanaan PBS.

c) IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.d) IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.e) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan

pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

f) Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2:Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

Semester Mata Pelajaran

1 Pengajian Profesional2 Major3 Elektif 14 Elektif 2

iv. Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

a) Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.

b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major / elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..

c) Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

4. KEHADIRAN

i. Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.

ii. Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGK.

iii. Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

5. STATUS PELAKSANAAN PBS

Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

i. Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8) ii. Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)iii. Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)iv. Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar:

a. Menghadiri taklimat PBS;b. Memahami objektif PBS;c. Melaksanakan aktiviti PBS;d. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;e. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah;

f. Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah;g. Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;

Page 4: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

h. Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi;

i. Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu;

j. Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;

k. Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

ii. Sekolah

a. Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

b. Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBSc. Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran

sekolah/pengajaran/aktiviti gurud. Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi

melaksanakan aktiviti PBS e. Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah f. Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan

Borang Kehadiran PBSg. Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan

Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)h. Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajari. Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan

sempurna j. Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan dan

profesion keguruan.

iii. IPGK (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/Major/Elektif)

a. Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS

b. Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS

c. Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.d. Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang

mencukupi diberikan kepada pelajar e. Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti

dalam pelaksanaan PBS f. Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakang. Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkanh. Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti kepada

pensyarah mata pelajaran yang berkenaani. Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)j. Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolahk. Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM dengan

segera

Page 5: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

LAMPIRAN 1-1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHPANDUAN MENULIS PENYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

1. Pengenalan

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

2. Tujuan Penyataan Profesional

2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas 2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan

sistematik2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang

difokuskan 2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/

penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

3.1 Sebelum PBS

Kenal pasti fokus utama aktiviti Tujuan aktiviti Merancang strategi pelaksanaan Instrumen penilaian kendiri

3.2 Semasa PBS

Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang Mengumpul data Merekod

3.3 Selepas PBS (refleksi)

Menganalisis data Menilai Melapor

i. Penilaian Kendiri Terhadap Penyataan Profesional Pencapaian objektif Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

Page 6: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

LAMPIRAN 1-2PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengertian Portfolio

1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:

1.1.1 Pengetahuan1.1.2 Kemahiran1.1.3 Pengalaman1.1.4 Kelayakan1.1.5 Matlamat dan pencapaian

1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif.

(Shulman, 1992).

2. Tujuan Portfolio

2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai 2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman

baru.2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan

profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio

3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.3.2 Hasil yang dibuat sendirioleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan

penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

Page 7: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

LAMPIRAN 1-3

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

Bil Tajuk Item Tandakan

1Biodata

(ditulis dalam helaian berasingan)

1.1) Nama

1.2) No. Kad Pengenalan

1.3) Major dan Ambilan

1.4) Tarikh PBS

1.5) Gambar

2Pernyataan Profesional /

Kontrak Aktiviti(Lampiran 1-1)

2.1) Penyataan sebelum PBS

2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

3

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

(yang mana sesuai mengikut keperluan)

3.1) Pemerhatian

3.2) Senarai semak

3.3) Temu bual

3.4) Soal selidik

4Kolaborasi

(Lampiran 1-4)

4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2) Perbincangan dengan mentor

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5Ilmu/Pengetahuan Baru

Melalui

5.1) Pemerhatian

5.2) Senarai Semak

5.3) Temu bual

6Refleksi

(Lampiran 1-6)

6.1) Aktiviti

6.2) Perbincangan/Interaksi

7 Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah: _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Tandatangan _________________ Nama ______________________________Tarikh __________

Page 8: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

LAMPIRAN 1-4PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh : ________________________ Masa : _______________________

Nama Guru Yang Ditemui: _________________________________________________

Tajuk/Perkara : __________________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : ____________________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ____________________________________

Page 9: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

LAMPIRAN 1-5PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2. Tujuan Refleksi

Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

3. Ciri-ciri Refleksi

Bermula dengan mengingat kembali Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

4.2 Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

LAMPIRAN 1-6

Page 10: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHAMALAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikan:

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 1-7A

Page 11: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHMAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di dalam borang berikut

Bil Perkara Catatan / data

1Nama dan Alamat Sekolah

2 No. telefon sekolah

3Alamat e-mail/web Sekolah

4 Lokasi

5 Nama Guru Besar

6 Nama GPK 1

7 Nama GPK HEM

8 Nama GPK Kokurikulum

9 Nama Penyelia Petang

10 Gred Sekolah

11 Bilangan Guru Lelaki:

Perempuan:

12Kelayakan Profesional Guru

Siswazah:

Bukan Siswazah:

13 Bilangan Kelas

14 Purata Saiz Kelas

15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain

Lelaki

Perempuan

16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

Page 12: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid?

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT ?

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?

2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu

LAMPIRAN 1-7B

Page 13: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang

ditawarkan pada setiap semester

2 Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas

3 Kandungan aktiviti yang dicadangkan

3.1 Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan

harian yang perlu dijalankan semasa PBS

3.2 Fokus aktiviti ialah :

berkaitan sukatan pelajaran

ada unsur pemerhatian terhadap P & P

melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim

dan budaya sekolah)

meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran

meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/

kemahiran mengajar

4. Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS

4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)

- font Arial

- saiz huruf ialah 12

- langkau satu setengah baris

- rujukan mengikut format A.P.A.

- lampiran

4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan

( 3 hingga 5 muka surat)

4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti

(2 minggu selepas tamat tempoh PBS)

5. Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

LAMPIRAN1-8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Page 14: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

BORANG KEHADIRANPENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sekolah : ____________________________________________________

Alamat Sekolah : ____________________________________________________

Tarikh PBS : ______________________ hingga ________________________

Bil Nama Pelajar No. KP MajorTarikh

1

2

3

4

5

6

Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum IPGKG selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah

* Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGKG

Tandatangan Pelajar : _____________________

Nama : _____________________________________________

Tarikh : __________________________

Pengesahan Guru Besar:

Tandatangan _________________________ Tarikh : ____________________

Cop Sekolah

LAMPIRAN1-9PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHLAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

Page 15: Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ No. K.P. : __________

Major : ______________________________________ Ambilan : __________

Tandakan ()

Aspek

Lem

ah

Sede

rhana

Baik Ulasan

Sahsiah dan Perwatakan

a) Penampilan diri

b) Pekerti

c) Keprihatinan

d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik

Komunikasi Berkesan:

a) Berinteraksi secara beretika

b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi

c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan

Budaya Profesional

Guru:

a) Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah

b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain

c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPGK

Tandatangan & Cop Guru Besar ____________________ Tarikh_______________