portfolio pengalaman berasaskan sekolah pbs asma

Upload: nur-farhanim

Post on 31-Oct-2015

436 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

sk sultanah asma

TRANSCRIPT

1.0BIODATA

1.1NAMA: KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM

1.2NO. K/P: 920605-02-5772

1.3MAJOR: SAINS

AMBILAN: AMBILAN JAN 2012

1.4TARIKH PBS: 17 MAC 21 MAC 2013

1.5

2.0PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1Sebelum PBS

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada unit praktikum selaku penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah.Taklimat kami diadakan di Dewan Bendahara. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Pendidikan Sains dan maklumat yang berkaitan dan pengurusan bilik darjah. Di samping itu ia dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. PBS membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti.Pada semester ini, kami dikehendaki membuat PBS selama satu minggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing.Saya memilih untuk menjalankan PBS di kampung halaman, sekolah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma. Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini kerana ini bukan kali pertama saya ke sekolah.Namun PBS ini adalah untuk membiasakan saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti.Oleh itu, tidak menjadi masalah jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami serba sedikit tentang PBS ini.Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus Aspek Pedagogi Sains dan juga tugasan bagi kerja kursus Pendidikan Anatomi dan Fisiologi serta tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama satu minggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.

Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma bermula dari 17.03.2013 sehingga 21.03.2013. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin.Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

2.2Semasa PBS

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih.Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah.Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1,Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki kelas 5 Jupiter dan 3 Mars. Setiap darjah mempunyai lebih kurang 4 atau 3 kelas. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS.Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas tahap dua serta guru penanda kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan Anatomi dan Fisiologi, tugasan ini mengkehendaki saya melakukan pemerhatian terhadap guru pendidikan jasmani mengendalikan pelajar sewaktu aktiviti di padang.

2.3Selepas PBS

Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah.Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak.Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak.Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya. Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlahia sebagai satu ibadah kita sesama manusia.

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan.Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS di SK Sultanah AsmaBil.TarikhTindakan

1.17 Mac 2013(Ahad) Melapor diri melalui Guru Besar Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK Pentadbiran Menghadiri perhimpunan rasmi GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guru-guru dan staf sekolah. GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia Pendidikan Sains untuk membimbing. Mendapatkan buku perancangan sekolah melalui GPK Pentadbiran.

2.18 Mac 2013(Isnin) Menghadiri perhimpunan tidak rasmi Mengambil gambar perjalanan sekolah Mengumpul maklumat sekolah Sejarah Carta organisasi Kemudahan Mendapatkan maklumat sekolah selanjutnya dengan guru Pn. Noryusniza bt. Md. Yusup Mengambil gambar persekitaran sekolah

3.19 Mac 2013(Selasa) Mendapatkan maklumat mengenai maklumat pusat sumber sekolah dan juga bilik BBM Dari En. Azmi bin Abdullah Mengemaskini laporan Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua kelas termasuk kelas prasekolah, pemulihan khas dan juga pendidikan khas.

4.20 Mac 2013(Rabu) Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid tahun 3 bagi subjek Pendidikan Sains Menemu ramah pelajar berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Mengemaskini laporan dan maklumat

5.21 Mac 2013(Khamis) Relief kelas 5 Jupiter Menyerahkan lampiran sahsiah kepada Guru Besar Berjumpa dengan GPK Pentadbiran berkaitan struktur organisasi sekolah. Bersalam-salaman sesama guru dan murid

Catatan :.

2.5Penilaian dan Laporan

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 17 Mac 2013 hingga 21 Mac 2013 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma yang terletak di Bandar Alor Star, Kedah. Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat.Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial.Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam persekolahan berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja.Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak mungkin dilupakan.Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih.Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas.Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas sangat penting ketika guru sedang mengajar.Ini kerana purata saiz kelas di sekolah ini ialah sebanyak 20 orang.Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap murid-murid yang berada di kerusi belakang.Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah.Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini, tugasan ini melatih kami supaya lebih bersikap proaktif.Data-data yang ingin dikumpul termasuklah mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di sekolah.Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang sewajarnya ada dalam satu sekolah.

Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid.Berdasarkan isi perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar.Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.

Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang guru kelak.

3.0INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian.Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama .Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut.Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2Temu Bual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan sekolah dan murid.Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka.Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini.3.3Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik.Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut.Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.

5.0ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG. Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ditugaskan untuk mengikuti PBS pada semester pertama lagi. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS.Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan.Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.Tujuan penyataan profesional adalah : Menyatakan halatuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik. Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan / tindakan susulan.Objektif :Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat : Memahami budaya sekolah Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion keguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

5.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit.Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited.Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang.Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Sultanah Asma yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu.Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah.Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika melintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru.Ini merupakan satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insan yang gemilang.Meskipun sudah dikategorikan sebagai sekolah berprestij tinggi, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah.Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2 Temu bual

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri.Banyak perkara dan maklumat yang diperolehi.Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran yang baru, tetapi ia cuba diadaptasi. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan.Soalan-soalan lain juga turut ditanyakan.

Antara soalan yang ditanyakan ialah: Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK? Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar? Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir? Apakah mata pelajaran yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik? Adakah keselamatan sekolah ini terjamin? Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan akademik murid? Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur? Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?5.3Soal Selidik

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah.Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik.Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru.Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden.Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti

5.4 Pengalaman Di Sekolah MAKLUMAT UMUM SEKOLAH (RUJUK LAMPIRAN 1-7A)

KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

5.5 Pengalaman di Bilik Darjah

Saya berpeluang melihat perjalanan P&P seorang guru Pendidikan Sains di kelas 3 Mars semasa menjalankan PBS di SK Sultanah Asma. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengambil peluang untuk mendalami suasana di dalam kelas dengan melihat aktiviti murid-murid sepanjang aktiviti Sains dijalankan.Pada hari itu mereka telah membuat aktiviti mengenalpasti keperluan asas tumbuhan.Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana pembelajaran kerana murid-muridnya begitu bersungguh-sungguh. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kemudahan LCD melainkan bilik-bilik khas.Ia tidak menjadi satu halangan kepada guru-guru semasa menjalankan aktiviti bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya untuk aktiviti yang dijalankan oleh guru sains tersebut, sedikit sebanyak ia telah membantu saya untu aplikasi dalam pengajaran kelak. Ini kerana pengawalan kelas oleh guru ini amat baik sehingga perjalanan pengajaran dan pembelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid secara berkesan

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan peranan. Saya menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma selama 1 minggu. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapat menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas. Guru-guru menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah. Antara bahan pengajaran yang digunakan adalah :

Papan Hitam

CD/ VCD Ilmiah

Carta

Buku Teks/ Modul

Bahan 3D

Alat dan bahan

Bahan Bantu Mengajar

Susun Atur Bilik DarjahSepanjang pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas keadaan kelas bersih dan bersifat sederhana. Rata-rata setiap kelas di sekolah tersebut mempunyai susun atur yang hampir sama. Di bawah merupakan pelan susun atur kelas 3 Mars :

PAPAN HITAM

MEJA GURU

BAHANPAMERAN

Catatkan Bahan Dan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran yang Mudah Digunakan Oleh Murid.Terdapat beberapa bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Bahan-bahan yang disediakan dalam bilik darjah ialah buku, keratan akhbar, nota-nota yang ditampal, majalah dan replika. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran ini ditempatkan di ruang belakang bilik darjah. Penyusunan buku-buku yang teratur di dalam rak buku yang disediakan oleh pihak sekolah memudahkan murid-murid untuk mengambilnya.Sementara itu, kemudahan papan kenyataan di dalam setiap kelas memudahkan murid-murid untuk menampal nota-nota mengenai mata pelajaran yang dipelajari oleh mereka. Nota-nota yang ditampal di papan kenyataan memudahkan murid-murid untuk membaca dan mengulangkaji setiap pelajaran yang telah dipelajari. Aktiviti menampal keratan akhbar atau majalah pula menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat.Murid-murid juga menampal maklumat-maklumat yang mereka perolehi di dinding bilik darjah. Mereka menulis maklumat di atas kad manila dan seterusnya menampalnya di dinding-dinding dalam bilik sekolah. Terdapat juga bahan dan sumber pengajaran yang digantung di tepi tingkap. Hal ini memudahkan murid-murid melihat dan membaca maklumat-maklumat tersebut. Mereka juga akan merasa seronok dan puas hati apabila melihat hasil kerja mereka dihargai.Bahan-bahan ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan.

Adakah Murid Diberi Peluang Menggunakan Sumber pembelajaran Yang Berasaskan Ict?Penggunaan ICT sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat dititik beratkan sama ada di sekolah Bandar mahupun sekolah luar bandar. Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Penggunaan ICT juga dapat memberikan input yang terkini dan berkesan kepada murid-murid.Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat berkesan. Terdapat beberapa kelas yang mempunyai kemudahan LCD dan skrin. Kemudahan LCD ini memudahkan guru-guru untuk mengajar terutamanya dalam matapelajaran Sains yang menggunakan gambar rajah untuk menerangkan sesuatu fungsi objek.Kemudahan LCD membolehkan guru untuk menunjukkan gambar rajah dan animasi yang jelas kepada murid-murid. Hal ini dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Penggunaan LCD juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.Penggunaan LCD juga adalah saling berhubung dengan penggunaan komputer riba. Kementerian Pendidikan telah memberikan inisiatif kepada guru-guru dengan penggunaan komputer riba yang boleh dipasang bersama-sama LCD di dalam bilik darjah.Selain penggunaan LCD, masih terdapat lagi segelintir guru yang menggunakan projector untuk menarik minat pelajar. Penggunaan projector dapat membantu guru-guru untuk mengajar di samping membolehkan murid-murid memahami tajuk-tajuk yang diajar oleh guru.

Sejauh Manakah Murid Digalakkan Melibatkan Diri Secara aktif Dalam SetiapPembelajaranPihak Sekolah kebangsaan Sultanah Asma telah menggalakkan semua murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dijalankan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Hal ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang menyeluruh dan bersepadu dengan memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.Penglibatan secara aktif dalam kalangan murid-murid adalah amat digalakkan dalam setiap aktiviti pembelajaran yang diljalankan di sekolah.Melalui pemerhatian yang dibuat didapati terdapat beberapa kaedah dan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk melibatkan murid secara aktif.Perancangan aktiviti pembelajaran oleh guru hendaklah seimbang dan sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid. Interaksi antara guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam menarik minat dan tumpuan pelajar untuk mengikuti kelas dengan berkesan.Guru perlu menggunakan kaedah soal jawab dengan menyoal pelajar berkaitan topik yang dipelajari pada hari tersebut. Respon yang diberikan oleh murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan membuang perasaan takut untuk menjawab soalan yang berkaitan walaupun jawapan tersebut salah. Jawapan yang diberikan oleh murid-murid adalah berbeza-beza mengikut tahap kognitif mereka. Di sini, murid-murid dapat bertukar-tukar pendapat mereka dengan rakan sekelas dan juga guru.Kaedah yang meminta murid-murid untuk bangun dan baca petikan mengenai tajuk yang dipelajari pula dapat membantu murid membaiki sebutan yang salah. Guru dapat mengenalpasti kesalahan sebutan dalam kalaangan pelajar seterusnya membetulkan sebutan mereka. Sementara itu, kaedah belajar secara berkumpulan membolehkan murid-murid mengadakansesiperbincangan danberkongsi pendapatdengan rakan sekelas. Di sini peranan guru sebagai fasilitator adalah amat penting dalam membantu murid mengatasi kekeliruan yang mereka hadapi. Kaedah ini juga dapat menyemai nilai-nilai yang murni di dalam diri setiap pelajar di samping membina konsep kendiri yang positif.Bagi melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menyediakan permainan minda yang berkaitan topic-topik yang dipelajari . murid-murid biasanya amat menyukai aktiviti seperti kuiz, teka-teki, lakonan dan sebagainya. Penggunaan tayangan, rakaman, replika dan gambar rajah yang pelbagai warna dan bentuk juga dapat menarik perhatian murid. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengubah cara belajar mengikut perkembangan dan kesesuainya.

Kenalpasti Cara Murid-Murid Dibahgikan Dalam Kumpulan-Kumpulan TertentuPelaksanaan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati kedudukan murid-murid telah dikelompokkan secara seimbang. Murid yang mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang akan ditempatkan dengan pelajar yang kurang berkebolehan dalam bidang tersebut.Keahlian di dalam kumpulan tidak akan terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang sama. Mereka yang berkebolehan akan membantu kawan yang lemah. Dengan cara ini, murid yang lemah tidak akan rasa terasing daripada murid yang bijak. Walaubagaimanapun, terdapat juga guru yang mengagihkan kumpulan murid-murid berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka. Ini adalah untuk memudahkan sesi pembelajaran yang disampaikan oleh guru sesuai dengan tahap intektual murid-murid. kebiasaannya, guru akan menggunakan bahan yang berbezadenganmurid yanglemah dalammata pelajaran tersebut.Tetapi semua murid akan mendapat maklumat yang sama. Walaupun begitu,kedudukan dalam kumpulan akan bertukar mengikut keperluan murid.

6.0REFLEKSI

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri.Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Secara langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi.Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

REFLEKSI KENDIRIAlhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi akhirnya dapat saya siapkan tugasan ini setelah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Sesungguhnya proses menyiapkan tugasan ini telah mengambil selama beberapa minggu.Pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma. Saya telah menggunakan pelbagai cara dan pendekatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah permerhatian dengan meninjau dan memerhati pihak pengurusan sekolah dalam membentuk pengurusan yang baik kepada murid-murid. Manakala,guru-guru amat berkaliber dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Saya juga telah menemubual pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hem, guru, kakitangan sekolah dan juga murid sekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat berkaitan sekolah. Banyak pengalaman yang telah perolehi sepanjang lima hari melaksanakan PBS. Saya dapat memahami peranan pihak pengurusan sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah berdasarkan pendekatan yang saya jalankan.Dengan penghasilan ini, saya dapat merasai pengalaman sebagai guru dan akan memberi komitmen dalam memperkembangkan potensi murid-murid dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan sosial.Walaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa saya tempuhi iaitu seperti kekangan masa kerana saya terpaksa menghantar 3 lagi esaimen pada minggu yang sama, namum saya rela mengorbankan masa tidur saya agar dapat memastikan tugasan ini siap pada masa yang dijanjikan. Selain itu, saya juga menghadapi beberapa masalah dalam proses menyiapkan esaimen ini kerana terdapat beberapa kekeliruan yang saya tidak fahami. Namun atas pertolongan rakan saya, akhirnya kekeliruan itu berjaya dirungkai dan saya dapat menyiapkan esaimen ini dengan jayanya.

7.0LAPORAN AKHIR

Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah.Dalam memilih sekolah, saya telah memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Bandar Alor Star, Kedah. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada berdekatan dengan rumah ibu bapa saya.Sekolah ini lebih menonjol ke arah Ko-Kurikulum berbanding dalam akademik.Ini kerana pada tahun ini sekolah ini telah menjuarai pertandingan pancaragam peringkat Antarabangsa.Selain itu juga, telah merangkul tempat kedua dalam Pertandingan Squash peringkat Antarabangsa di Thailand. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya.Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri.Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid.Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka.Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh.Setiap pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan.

Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam akademik.Prestasi sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun.Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha mereka sendiri.Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian para pelajar.Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.

Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak sekolah. Sepanjang bulan Ramadan, waktu rehat murid-murid diisikan dengan program tadarus. Ia dijalankan bagi menggalakkan murid-murid menjalani aktiviti bulan ibadah dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan.

25