pentaksiran berasaskan sekolah pbs malay

Upload: mohd-faisal-bin-muda

Post on 07-Aug-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    1/25

    1

    Perbandingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan/ sedang dijalankan di

    Malaysia bagi subjek Matematik dengan Negara Hong Kong dan Caribbean.

    Zulhelmi Zulkpli

    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    Abstrak

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia tahun 2011 dan diperkasakan pelaksanaan dasar ini awal tahun 2012. Tugasan ini dapat

    membincangkan Konsep PBS yang dilaksanakan di Malaysia di semua sekolah-sekolah rendah

    tahun 2011 dan menengah bagi awal tahun 2012. PBS ini dapat diwujudkan dengan lebih

    dinamik sejajar dengan konteks penilaian secara formatif dan sumatif dapat dintegrasikan

    sepenuhnya dalam subjek Matematik. Implikasi yang diperkenalkan PBS di Malaysia dapat

    diterima baik daripada guru dan masyarakat. Dengan adanya pelaksanaan PBS di Malaysia dapat

    meningkat mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah secara holistik dan bersepadu.

    PENDAHULUAN

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenalkan dalam

     bidang pendidikan di mana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan

     pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses

     pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut

     prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti

     pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan

    kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut (Lembaga Peperiksaan, 2011)

    PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekananterhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan

     pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan

    dalam Misi Nasional (Lembaga Peperiksaan, 2011).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    2/25

    2

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui Pekeliling

    Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27). Pelaksanaan ini

    diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi,

    rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini

    sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian

    akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum (LP, 2011).

    Kajian –  kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah dalam

    membantu proses pembelajaran (Rohaya, 2009). Namun keberkesanannya bergantung kepada

    faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaran-

     pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran

     pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan mereka

    mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti (Rohaya, 2009)

    Objektif Perlaksanaan PBS

    Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:

      mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu

     

    memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu

      membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

    Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai

    taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan (Lembaga

    Peperiksaan, 2011).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    3/25

    3

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATEMATIK DI MALAYSIA

    PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . PBS dirancang, ditadbir,

    diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga

    Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-

    guru dalam mata pelajaran Matematik secara berterusan dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan peringkat menengah menggunakan Kurikulum

    Standard Sekolah Menengah (KSSM) (Lembaga Peperiksaan, 2011).

    PERUBAHAN KURIKULUM MATEMATIK

    Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), seperti kurikulum matematik di kebanyakan

    negara, Kurikulum Matematik Malaysia telah beralih daripada memberi tumpuan kepada

    kemahiran dan pengiraan ke arah lebih penekanan kepada pemahaman dan aplikasi kemahiran

    asas matematik. Kurikulum matematik telah dilihat lebih condong ke arah mewujudkan

     pemikiran pelajar dengan perhatian yang lebih diberikan kepada proses matematik. Kurikulum

    kini memberi penekanan yang lebih kepada penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan

    matematik, dan hubungan dan perwakilan matematik (Cheah, 2010).

    Bermula 2011, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik melalui Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah (KSSR) telah memfokuskan murid-murid dengan memberi keutamaan

     penguasaan, pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mangaplikasikan konsep,

     prinsip dan proses matematik yang dipelajari (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).

    Penekanan kepada aspek perkembangan murid secara matematik dibina dan dikembangkan

    melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip seperti

     penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan

    teknologi dalam matematik (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011a).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    4/25

    4

    MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK  

    Matlamat KSSR memfokuskan murid untuk membina pemahaman murid tentang konsep

    nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan

     berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan

     bertanggungjawab dalam kehidupan seharian (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011a).

    Bagi Matlamat Kurikulum Matematik Sekolah Menengah pula memfokuskan murid untuk

    membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan

     pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah

    dan membuat keputusan, supaya murid beruapaya menangani cabaran dalam kehidupan harian

     bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum ,

    2012b).

    PERLAKSANAAN & PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN MATEMATIK

    Menurut Webb (1993) Sifat penaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan

    matematik di sekolah. Guru harus menggunakan penilaian untuk membantu pelajar untuk

    mencapai matlamat kurikulum matematik dengan menyeluruh mencakupi pembelajaran mereka

    dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, penilaian pembelajaran pelajar tidak sepatutnyaditafsirkan sebagai titik pengakhiran dalam pengalaman pembelajaran bagi pelajar, sebaliknya ia

     berfungsi sebagai cara untuk mencapai matlamat pendidikan (Hwa et al ., 2008).

    Sekolah merupakan institusi pelajaran yang mengasah bakat dan kemahiran pelajar. Oleh kerana

    masa pengajaran yang panjang dan silibus yang luas untuk di uji dalam peperiksaan adalah tidak

    mencukupi bagi menilai kefahaman seseorang murid. Maka dengan adanya PBS murid dapat di

    nilai dari semasa ke semasa (Shamsiah et al., 2010). Melalui PBS, dapat melakukan satu

     pengujian yang dijalankan secara berterusan berdasarkan bab-bab yang ditentukan semasa proses

    P&P berlangsung. Permarkahan akan diberikan oleh guru yang mengajar berdasarkan kriteria

    yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penambahbaikan akan

    dilakukan oleh guru sekiranya terdapat pelajar yang belum menguasai setiap penilaian ini. Guru

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    5/25

    5

    akan meminta pelajar mengulangi aktiviti itu sekiranya terdapat kemahiran yang belum dikuasai

    (Shamsiah et al., 2010).

    Menurut Lembaga Peperiksaan (LP), PBS akan mentaksir dalam bidang akademik dan bidang

     bukan akademik. Dalam bidang akademik terbahagi kepada dua iaitu Pentaksiran Sekolah (PS)

    dan Pentaksiran Pusat (PP). PS merupakan komponen utama dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran dalam kelas. PS juga mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah

    dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS dilaksanakan oleh guru dan

     pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen

     pentaksiran , pentadbiran , pemeriksaan atau pengskoran , perekodan dan pelaporan (LP, 2011).

    Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PS, guru akan menggunakan Dokumen Standard

    Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi (DSP) adalah

    rujukan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan

     pembelajaran (P&P) dan secara sumatif di akhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.

    Melalui DSP iainya menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu

    dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu

     penanda aras (benchmark) yang telah dikenalpasti. DSP memandu pentaksir bagaimana aktiviti

    dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan (LP, 2011).

    Selain itu, Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) juga digunakan sebagai kayu ukur standard

     pendidikan Negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan Negara

    lain. PRS merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan

     boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti

    yang dihasratkan oleh Kurikulum Matematik. Dalam DSP Matematik, Pernyataan Standard

    diletakkan dalam kategori mengikut Band  ( Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 )

    yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan descriptor yang menyatakan tingkah laku

    terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu (LP, 2011).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    6/25

    6

    Kaedah pentaksiran mata pelajaran Matematik ini akan diukur mengunakan tahap Band  

    (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012b) seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Tahu pengetahuan asas matemtik

    2 Tahu dan faham konsep dalam matematik

    3 Tahu, faham dan boleh digunakan kemahiran asas matematik

    4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik

    5Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan

    masalah yang kompleks dengan pelbagai kaedah.

    6Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara

    kreatif, inovatif dan berkesan

    Seterusnya, Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar.

    Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen

     pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan

     pentaksiran secara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru

    menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat (LP

    Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Penjelasan ini dapat dibuktikan melalui Kwek, Hoo &

    Tan (2007) yang menyatakan penilaian bagi pemahaman pelajar dapat dilakukan dengan

    menggunakan pelbagai alat pentaksiran seperti penyelesaian masalah, perbincangan, tugasan

     projek, buku skrap, folio, penyiasatan, latihan dan ujian. Penilaian pelbagai jenis pencapaian ini

    dapat disasarkan melalui penguasaan ilmu Matematik seperti kemahiran penaakulan, kemahiran

    dan keupayaan untuk mencipta produk yang boleh dirancang dan bermakna keterangan yang

    telah dikumpul melalui komunikasi peribadi, penyelesaian masalah, pemikiran yang kukuh, dan

     pelbagai latihan (Cheah, 2010). 

    Kemudian itu, setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi

    untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama

    ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu (LP Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    7/25

    7

    PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan

    murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa

     pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan

    aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid. Seterusnya, guru akan menilai

     prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens dengan mengisi dalam Portal

    Rasmi Lembaga Peperiksaan. Setelah selesai dalam menilai pelajaran dalam satu-satu bab, guru

    akan merekod berkaitan laporan prestasi pelajar melalui pernyataan pelaporan prestasi dalam

     pembelajaran formatif iaitu pada selepas pembelajaran murid dalam kelas dan pembelajaran

    sumatif akan direkod pada akhir tahun pembelajaran. Contoh berkaitan pernyataan pelaporan

    secara formatif atau sumatif dalam matapelajaran matematik dapat dibukti dalam Lampiran A 

    yang boleh diakses melalui portal Lembaga Peperiksaan Malaysia. (LP, 2011)

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    8/25

    8

    PBS DI HONG KONG

    Hong Kong terkenal dengan budaya yang mendominasikan sistem peperiksaan, iaitu pentaksiran

    yang banyak bergantung kepada peperiksaan awam (Fok et al ., 2006). Sistem PBS di Hong

    Kong telah mengubah secara berperingkat dari sistem berpusatkan peperiksaan kepada satu

     peningkatan yang berasaskan pentaksiran sekolah iaitu Pentaksiran bersifat formatif hasil

    daripada kolaborasi dengan para pendidik dari Australia, United Kingdom dan Negara-negara

    yang lain (Darling dan McCloskey, 2008). Penggunaan PBS di Hong Kong ini telah digunakan

    sedekad yang lalu di mana perubahan satu reformasi daripada peperiksaan awam telah menjadi

    kepada manesfestasi dalam pentaksiran untuk pembelajaran (Tong Siu Yin Annie, 2011). Hong

     Kong Examinations and Assessment Authority (HKEAA) telah menetapkan kedua-dua

     pentaksiran luaran dan berasaskan sekolah sebagai pentaksiran akhir persekolahan. Tambahan

    lagi, objektif pentaksiran luaran ini telah diterima masyarakat dan penambahan bagi komponen

    PBS turut disokong oleh Institusi Pengajian Tinggi (Fok et al ., 2006).

    Selain itu, dalam kenyataan Darling dan McCloskey (2008) menyatakan kerajaan Hong Kong

    telah memutuskan secara beransur-ansur untuk menggantikan Hong Kong Certificate of

     Education Examinations yang mana kebanyakan pelajar yang mendudukinya pada akhir lima

    tahun pendidikan menengah dengan Hong Kong Diploma of Secondary Education (HKDSE)

    yang bercirikan konsep PBS. Menurutnya lagi Hong Kong Territory-wide System Assessment

    yang mana menyediakan penaksiran bagi pelajar gred rendah dalam subjek Bahasa Cina,

    Inggeris dan Matematik dibangunkan dalam bank talian (online bank) dalam tugasan pentaksiran

     bagi membolehkan sekolah-sekolah menilai pelajar dan menerima maklum balas terhadap

     prestasi pelajar pada jangka yang telah ditetapkan.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    9/25

    9

    RASIONAL DAN OBJEKTIF PBS

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah digunakan mempunyai matlamatnya yang

    utama iaitu untuk meningkat kualiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Konsep

    utama yang menyokong pengenalan PBS ini untuk meningkatan pembelajaran pelajar. Tiga

    objektif utama iaitu perkenalan PBS ini dapat dirangka sebagai pentaksiran untuk guru dapat

    meningkatkan pengajarannya dan meningkatkan pembelajara pelajar bagi semua peringkat

     pelajar, keduanya melalui PBS ini dapat menyediakan pengukuran yang lebih holistik dan

     pengukuran kesahan keupayaan pelajar, dan terakhir PBS dapat memenuhi segala pembaharuan

     pendidikan yang menitikberatkan pembelajaran persekitan yang lebih sebenar dan penilaian (Fok

    et al ., 2006). Manakala rasional Pentaksiran Berasaskan Sekolah turut diterapkan dalam

    matapelajaran matematik di mana dalam konteks penilaian awam PBS merujuk kepada penilaian

    yang ditadbir oleh sekolah dan ditandakan oleh guru matematik. Rasional utama bagi PBS dalam

    subjek Matematik adalah untuk meningkatkan kesahihan keseluruhan pentaksiran dan

    melanjutkannya termasuk menguji keupayaan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif,

    konsepsi, penyiasatan dan penaakulan matematik, berkomunikasi dengan orang lain dan

    menyatakan pandangan yang jelas dan logikal dalam bahasa matematik (Curriculum

    Development Council & HKEAA, 2007a).

    MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK

    Kurikulum Matematik bertujuan untuk membantu pelajar membangunkan keupayaan untuk

     berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan idea dan

     pendapat mereka dengan jelas dan logik dalam bahasa matematik, untuk memanipulasi nombor,

    simbol, dan lain-lain objek matematik, menghargai struktur dan corak , dan untuk menghargai

    alam semula jadi estetik dan aspek-aspek budaya matematik (Curriculum Development Council

    & HKEAA, 2007a).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    10/25

    10

    PELAKSANAAN PBS MATEMATIK

    Menurut Gao (2011) menjelang tahun 2009, HKEAA telah melanjutkan PBS di Hong Kong

     Advanced Level  (HKAL) dalam 12 subjek dan Hong Kong Certificate Education Examination 

    (HKCEE) dalam 14 subjek dan HKDSE memperkenalkan PBS pada tahun 2012 dalam semua 24

    subjek melibatkan komponen PBS termasuk subjek matematik. Tiada peruntukan tahun bagi

     pelaksanaan PBS dalam mata pelajaran Matematik (Bahagian Wajib) dalam Peperiksaan

    HKDSE. Namun, Biro Pendidikan dan HKEAA akan menjalankan kajian semula kurikulum baru

    menengah atas dan penilaian dalam tahun persekolahan 2012/2013, termasuk pelaksanaan PBS

    untuk subjek Matematik (HKEAA, 2012b).

    Kurikulum Matematik (Menengah 4 hingga 6), sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah

    menengah, yang dibina di atas hala tuju pembangunan yang dinyatakan dalam Pembelajaran

     bidang Pendidikan Matematik melalui Panduan Kurikulum (Darjah 1 hingga Menengah 3). Ia

     bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari melalui

     pendidikan asas, peluasan dan pengalaman pembelajaran mereka, serta meningkatkan lagi nilai

    dan sikap positif mereka terhadap pembelajaran matematik. Untuk memastikan peralihan yang

    lancar antara peringkat menengah rendah dan atas, rangka kerja kurikulum bersepadu direka

    untuk pendidikan matematik di kedua-dua peringkat (HKEAA, 2007).

    Menurut Leung et al., (2013) dalam peperiksaan HKDSE subjek matematik dijadikan sebagai

    Pentaksiran Awam bagi pelajar yang belajar dalam  New Senior Secondary (NSS) Kurikulum

    Matematik. Dalam Kurikulum Matematik (Menengah 4 hingga 6), pelajar ditawarkan untuk

    mengambil HKDSE dalam peperiksaan Matematik, di mana boleh memilih samada Bahagian

    Wajib sahaja iaitu untuk semua pelajar wajib ambil subjek Matematik atau Bahagian Wajib

     bersama satu modul Bahagian Lanjutan, iaitu Modul 1 (Kalkulus dan Stastistik) atau Modul 2

    (Algebra dan Kalkulus) untuk pelajar yang ingin mengambil Matematik Tambahan. Tambahan

    lagi, mereka boleh memilih medium bahasa samada dalam Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    11/25

    11

    HKEAA (2012b) menyatakan PBS bagi mata pelajaran matematik pada Bahagian Wajib ini

     pelajar diminta untuk melakukan dua tugasan penilaian satu dalam Menengah 5 dan satu lagi

    dalam Menengah 6. Tugasan tersebut akan menjadi lebih lanjut bersifat dalam ujian tradisional

    dan peperiksaan serta diberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kecekapan dalam

    kemahiran dan kebolehan yang terkandung dalam objektif kurikulum iaitu ; pengetahuan aplikasi

    matematik kepada penyelesaian masalah ; penaakulan matematik ; pengurusan data dan menjana

    maklumat serta menggunakan bahasa matematik untuk idea komunikasi.

    Tugasan akan diberi dalam tugasan penulisan atau tugasan praktikal dan juga dilaksanakan

    terutamanya di sekolah dibawah penyeliaan guru. Tugasan yang diberikan mestilah melibatkan

     penyiasatan matematik dan penyelesaian masalah yang lebih moden dalam kehidupan sebenar

    yang mana tugasan yang di taksir meliputi dua tugas yang dicadangkan satu dalam bentuk

     penyiasatan matematik ataupun penyelesaian masalah dan satu lagi tugas dalam pengendalian

    data. Selain itu, melalui PBS ini pelajar melakukan aktiviti luar kelas yang dicadangkan dalam

    kurikulum mahupun dalam kelas. Pelaksanaan PBS ini akan mengambil kira pelbagai bentuk

    kebolehan pelajar dan usaha dibuat bagi mengelakkan bebanan kerja pada guru atau pelajar

    (HKEAA, 2012b).

    Kaedah pentaksiran mata pelajaran Matematik ini mempunyai komponen peperiksaan awam dan

    PBS (HKEAA, 2012b) bagi Bahagian Wajib dan Modul 1 dan 2, seperti yang ditunjukkan di

    dalam jadual di bawah:

    BAHAGIAN WAJIB :

    Komponen Pemberat Tempoh

    Peperiksaan

    Awam

    Kertas 1: Soalan Konvensional 55% 2 jam 15 minit

    Kertas 2: Soalan Objektif 30% 1 jam 15 minit

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 15%

    MODUL 1 (KALKULUS DAN STATISTIK) :

    Komponen Pemberat Tempoh

    Peperiksaan Awam Soalan Konvensional 100% 2 jam 30 minit

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    12/25

    12

    MODUL 2 (ALGEBRA DAN KALKULUS) :

    Komponen Pemberat Tempoh

    Peperiksaan Awam Soalan Konvensional 100% 2 jam 30 minit

    JADUAL PERLAKSANAAN PBS

    PBS akan dilaksanakan mengikut jadual seperti di bawah untuk membolehkan guru-guru

    membiasakan diri mereka dengan pentadbiran PBS dan juga meringankan tugas guru dalam dua

    tahun pertama perlaksanaan kurikulum baru ini (HKEAA, 2012b). Dalam jadual dibawah

    inimenerangkan tentang maklumat lanjut berkaitan syarat dan perlaksanaan bagi PBS juga

    sampel bagi tugasan pentaksiran akan disediakan oleh HKEAA untuk guru-guru.

    Tahun Peperiksaan Perlaksanaan PBS

    2012Pihak sekolah tidak perlu menghantar markah PBS. Keputusan

     peperiksaan meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.

    2013Pihak sekolah tidak perlu menghantar markah PBS. Keputusan

     peperiksaan meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.

    2014

    Semua sekolah perlu menghantar markah PBS untuk maklum balas

    daripada HKEAA pada hasil moderasi. Keputusan peperiksaan akhir

    meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.

    2015

    Semua sekolah perlu menghantar markah PBS untuk maklum balas

    daripada HKEAA pada hasil moderasi. Keputusan peperiksaan akhir

    meliputi 100% bagi keputusan akhir matapelajaran.

    Bermula daripada 2016, semua sekolah perlu mengahantar markah PBS yang menyumbang

    15% untuk keputusan akhir matapelajaran.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    13/25

    13

    PIAWAIAN DAN LAPORAN KEPUTUSAN

    Menurut HKDSE (2012b) menyatakan bahawa akan menggunakan laporan standard rujukan

    untuk penilaian. Ini bermakna bahawa tahap calon prestasi akan dilaporkan dengan merujuk

    kepada satu set standard yang ditentukan oleh potongan markah di ubah atau skala bagi mata

     pelajaran yang diberikan. Standard merujuk berkaitan dengan cara di mana keputusan yangdilaporkan dan tidak melibatkan apa-apa perubahan pada guru atau pemeriksa menandakan tugas

     pelajar. Dengan konteks HKDSE terdapat lima (5) potongan skor, di mana akan digunakan untuk

    membezakan lima tahap prestasi (1-5), dengan 5 yang tertinggi. Prestasi yang terbawah

     potongan skor pada level 1 akan dilabel sebagai (U) iaitu Unclassified. Setiap peringkat akan

    menerangkan apa yang pelajar dapat lakukan pada tahap tersebut yang mampu lakukan. Ini

    menunjukkan pelajar-pelajar akan tahu dengan jelas terhadap apa yang boleh lakukan apabila

    mereka mencapai tahap tertentu prestasi.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    14/25

    14

    PBS MATEMATIK DI CARIBBEAN

    Caribbean, Amerika Latin merupakan salah satu negara tidak terkecuali dalam pelaksanaan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermula pada tahun 2013 terhadap semua subjek di peringkat

    Sekolah menengah, diploma dan ijazah yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Carribbean

     Examination Council (CXC) (CXC, 2012). Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan sebahagian

    daripada pentaksiran calon dalam kursus meliputi sukatan pelajaran. Ia bertujuan untuk menilai

     pengetahuan tertentu, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan mata pelajaran dan tidak

    mudah dinilai dalam peperiksaan luar. Aktiviti-aktiviti yang dibina di bawah PBS dikaitkan

    dengan sukatan pelajaran dan harus menjadi sebahagian daripada aktiviti pembelajaran untuk

    membolehkan calon untuk mencapai objektif sukatan pelajaran (CXC, 2012).

    Sepanjang pengajian bagi semua matapelajaran, pelajar akan diberi markah oleh guru untuk

     pengetahuan tertentu, kemahiran dan sikap menunjukkan pelajar menjalankan tugasan Sekolah

    PBS. Tanda-tanda ini menyumbang kepada markah dan gred muktamad yang diberikan kepada

     pelajar untuk prestasi dalam peperiksaan (CXC, 2012).

    Dua set yang berbeza daripada garis panduan (yang disediakan dalam sukatan pelajaran) untuk

    memilih tugas-tugas yang sesuai bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam

    memilih tugasan yang tepat bagi tujuan PBS. Garis panduan yang diterbitkan oleh CXC (2013)

    ini digunakan untuk menilai tugasan pelajar bertujuan untuk membantu guru-guru dalam

     pemberian anggaran markah yang boleh dipercayai daripada pencapaian pelajar dalam kursus

    komponen PBS. Dalam usaha untuk memastikan bahawa skor yang diberikan oleh guru-guru

    tidak lari dari standard CXC. CXC juga menjalankan kesederhanaan sampel tugasan PBS yang

    ditandakan oleh guru-guru (CXC, 2012).

    Objektif PBS ini dapat menyediakan peluang untuk guru-guru dan pelajar untuk menganjurkan

    aktiviti-aktiviti pembelajaran kurikulum seksyen terpilih untuk memenuhi keperluan individu

    setiap pelajar. Ia memudahkan maklum balas di pelbagai peringkat pengalaman dan membantu

    membina keyakinan pelajar yang mereka meneruskan pengajian mereka. Penilaian Berasaskan

    Sekolah juga memudahkan pembangunan kemahiran kritikal dan kebolehan ditekankan oleh

    subjek dan meningkatkan kesahihan peperiksaan di mana prestasi calon akan dilaporkan. Oleh

    itu PBS, memberikan sumbangan penting dan unik untuk kedua-dua pembangunan kemahiran

    yang berkaitan dan ujian dan memuaskan pelajar untuk memperkembangkan kemahiran mereka

    (CXC, 2012).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    15/25

    15

    OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK

    Matematik adalah sebuah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur,

    ruang, dan perubahan. Ahli matematik mencari corak dalam nombor, sains angkasa, komputer,

    abstrak khayalan, atau di tempat lain untuk merumuskan tekaan baru dan mewujudkan kebenaran

    mereka oleh potongan ketat daripada aksiom yang sesuai dipilih dan definisi.Caribbean

    Advanced Proficiency Examinations (CAPE) dalam Sukatan Matematik Tulen akan

    membolehkan pelajar untuk membina pemikiran matematik, kefahaman dan kreativiti;

     berkomunikasi melalui penggunaan matematik dan menggunakan matematik model dan

    menyelesaikan masalah dunia sebenar. Sukatan pelajaran ini juga akan membantu untuk

    membangunkan semangat ingin tahu matematik dan kreativiti, dan penghargaan yang lebih baik

    daripada kepentingan dan kegunaan matematik (CXC, 2008). PENTAKSIRAN MATEMATIK TULEN

    Jadual dibawah menerangkan pecahan bagi Matapelajaran Matematik dan Unit bagi setiap modul

    serta jenis tugasan yang diberikan (CXC, 2012).

    Unit Nombor TWO

    PEMBERAT 20%

    MODUL-MODUL UNIT 1 : Algebra, Geometrid an Kalkulus

    Modul 1 : Asas Algebra dan Fungsi

    Modul 2 : Trigonometri,Geometrid an VektorModul 3 : Kalkulus 1

    UNIT 2 : Analisis, Matriks dan Kompleks

     Nombor

    Module 1 : Kompleks Nombor & Kalkulus 1Modul 2 : Jujukan, Siri dan Anggaran

    Modul 3 : Pengiraan, Matriks, dan PembezaanPersamaan.

    JENIS – JENIS TUGASAN Setiap unit :

    3 Ujian Bertulis (Di rangka dan ditanda olehguru)

    DOKUMEN DIDAPATI   Rekod Markah Penilaian Berasaskan

    Sekolah

      Garis Panduan MengemukakanPenilaian Berasaskan Sekolah

      Kesederhanaan Taksiran Berasaskan

    Sekolah

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    16/25

    16

      Maklum balas Penilaian BerasaskanSekolah ke Sekolah

      (Borang yang lengkap akan dihantar ke

    sekolah-sekolah selepas resultshavetelah dikeluarkan)

    PEMILIHAN PBS Setiap Pusat mengemukakan Satu PBS sampel

    terdiri daripada lima calon

    PANDUAN SILIBUS Bagi setiap Unit:

     Tiga ujian, masing-masing 1 hingga 1 ½ jamtempoh, diperlukan.

     Ujian harus, secara individu atau secarakolektif, yang merangkumitiga Modul dan termasuk model matematik.

     Ujian akan diterakan mengikutgaris panduan di muka surat 50 hingga 51

    dalam sukatan pelajaran.

    PEMARKAHAN PENTAKSIRAN PEPERIKSAAN

    Prestasi pelajar dinilai dalam peperiksaan terminal dan penilaian dalaman ( Internal Assessment )

     biasanya dipanggil Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS). Penilaian dalaman membolehkan guru

    untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran dan sikap melalui aktiviti

    yang dilakukan semasa kajian. Penilaian dalaman pelajar menyumbang kepada gred akhir

    diberikan (CXC, 2008). Merujuk daripada Carribbean Examination Council (CXC) bagi semuamatapelajaran digunakan peperiksaan dengan menggunakan tujuh gred keseluruhan iaitu; I, II,

    III, IV, V, VI, VII dan melaporkan keputusan keseluruhan calon bersama-sama dengan gred

     profil, A, B, C, D, E, F dan G. 

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    17/25

    17

    PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN

    PBS bagi matapelajaran Matematik di Malaysia masih mengekalkan markah akhir peperiksaan

    kepada 100 % dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah

    Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala Perlaksanaan PBS di Hong Kong

    dalam peperiksaan HKDSE masih mengekalkan 15 % untuk komponen PBS dalam subjek

    Matematik dan di Caribbean bagi peperiksaan CAPE pada peperiksaan akhir yang melibatkan

    komponen PBS hanya 20 % (LP, 2009; HKEAA, 2012; CXC, 2012). Oleh itu, pelaksanaan PBS

    ini dapat pada peperiksaan akhir memberi impak kepada pembelajara pelajar. Namun,

    Pentaksiran dalam Matematik ini adalah sangat penting dan mampu memberikan gambaran

    dengan kefahaman, kemampuan dan kebolehan matematik secara individu atau berkumpulan

    hasil daripada pengajaran matematik (Faridah, 2006).

    Selain itu, PBS bagi matapelajaran matematik dapat dijalankan bukan sahaja dalam kelas

    malahan dapat dilakukan diluar bilik darjah. Di samping itu juga PBS dapat dilakukan dalam

     pembelajaran secara formatif dan sumatif kerana dapat memberi kefahaman dan pengetahuan

    yang mendalam tentang konsep matematik. Pembelajaran Matematik di Malaysia mengamalkan

    system pembelajaran secara formatif iaitu dinilai murid di akhir satu-satu bab kandungan

    Matematik dalam bulananan manakala pembelajaran secara sumatif dinilai pada akhir unit

     pembelajaran atau tahun. Manakala bagi di Hong Kong pembelajaran Matematik yang

    dilaksanakan juga diamalkan dengan cara yang sama seperti di Malaysia (LP, 2012; HKEAA,

    2007). Ini dapat disokong oleh Hassan & Meor (2006) dalam bukunya bertajuk ke Arah

    Pengajaran Sains dan Matematik yang berkesan menyatakan melalui penilaian secara formatif

    dan sumatif bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih berkesan di kalangan

     pelajar di mana dapat dilaksanakan semasa proses P&P (Rosni et al ., 2010).

    Matlamat dalam kurikulum Matematik juga amat penting dalam pembelajaran. Di Malaysia

    Lembaga Peperiksaan dalam kurikulum Matematik memfokuskan Pembelajaran Matematikkepada membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan

     pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah

    dan membuat keputusan, supaya murid beruapaya menangani cabaran dalam kehidupan harian

     bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Bagi Negara Hong Kong  matlamat

     pendidikan Matematik ini dinyatakan untuk memperkembangkan keupayaan pelajar untuk

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    18/25

    18

     berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan idea dan

     pendapat mereka dengan jelas dan logik dalam bahasa matematik . Negara Caribbean, Kurikulum

    Matematik dapat membina pemikiran matematik, kefahaman dan kreativiti serta berkomunikasi

    melalui penggunaan matematik dan menggunakan matematik model dan menyelesaikan masalah

    dalam konteks dunia sebenar (LP, 2009; HKEAA, 2007, CXC, 2008). 

    Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid

    yang lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang

    kemajuan dan pertumbuhan ( growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada

     pernyataan standard. Negara Malaysia melabelkan rujukan standard sebagai Band  di mana

     pelajar akan dinilai berdasarkan Band  1-6 berdasarkan pencapaian pelajar dalam satu-satu

    objektif kurikulum. Manakala Hong Kong menggunakan skor pada tahap 1 hingga 5 untuk

    menilai prestasi pelajar dalam pencapaian pelajar dalam matematik. Satu kelainan penilaian di

    Hong Kong pelajar yang mendapat dalam prestasi terbaik pada tahap 5 diwakili dengan simbol

    ** dan peringkat teratas dengan simbol *. HKSDE akan menganugerahkan Diploma kepada

    setiap pelajar mengikut tahap yang dicapai oleh mereka.Manakala, negara Caribbean

    menggunakan 7 gred keseluruhan iaitu gred I, II, III, IV, V, VI, VII. Pelaksanaan dasar ini

    diterapkan di ketiga-tiga negara dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran yang sedia ada

    menjadi lebih holistik (HKEAA, 2010; LP, 2010, CXC, 2008).

    KEBAIKAN PBS DILAKSANAKAN DI MALAYSIA

    Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan

    Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan

     pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan

     proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah

    menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan

    mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum (LP,2010).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    19/25

    19

    Di samping itu, Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

     berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

    dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

     bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid

    itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,

    mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai

     potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan

    kebolehan masing-masing (LP, 2010).

    KEBURUKAN PBS

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menjelaskan bahawa cabaran terbesar

    yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dalam dekad ini adalah untuk

    mengurangkan pembelajaran yang berorientasikan jenis peperiksaan di sekolah (Kementerian

    Pelajaran Malaysia, 2012).

    Walau bagaimanapun, melaksanakan PBS bukanlah satu tugas yang mudah. Adi Badiozaman

    Tuah (2006) menegaskan bahawa terdapat tiga faktor yang menyumbang antaranya, (a) sekolah

    gagal untuk mentafsir dan memahami taksiran ke dalam segi yang lebih luas operasi yang

    membawa peningkatan kepada pembelajaran dan pengajaran di sekolah; (b) sekolah akan

    melepaskan tanggungjawab jangka pendek pengajaran, seperti penilaian berasaskan sekolah,

    dalam usaha untuk memenuhi kepentingan awam dalam mendapatkan keputusan yang baik

    dalam peperiksaan awam; (c) terdapat faktor manusia di mana guru-guru tidak bersedia atau

    melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan atau kemahiran yang membuat penilaian

     berasaskan sekolah sebagai sebahagian daripada proses pembangunan kurikulum berasaskan

    sekolah (Hwa et al ., 2008).

    Menurut McMillan (2001), "kesahihan adalah ciri-ciri yang merujuk kepada kesesuaian

    kesimpulan itu, menggunakan, dan akibat yang terhasil daripada penilaian" (ms 59). Oleh itu,

    makna kesahihan dalam taksiran tidak terhad kepada setakat langkah ujian apa rasa untuk

    menjadi ukuran, sebaliknya, bagaimana munasabah dan boleh diterima tafsiran maklumat yang

    dikumpul melalui penilaian (Hwa et al ., 2008).

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    20/25

    20

    CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PBS DI MALAYSIA

    PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh

    dunia.Pemarkahan dalam peperiksaan akhir bagi Matematik hendaklah mengunakan komponen

    PBS yang menyumbang sebanyak 10% -20%. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti

    mutu pendidikan dalam matapelajaran Matematik. Ini kerana Negara seperti Hong Kong dan

    Caribbean penyumbangan markah dalam komponen PBS pada penilaian pelajar dalam

    Matematik. Oleh itu, bagi penambahbaikan PBS di Malaysia, dicadangkan supaya peratus

    markah diletakan pada 10% - 20% agar ia dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi dan

    meningkat pembelajaran berkualiti dan sepanjang hayat.

    Disamping itu, pelaksanaan tugasan kerja berkumpulan bagi Matematik perlu dilaksanakan

    supaya pelajar dapat mengaplikasi konsep matematik dalam kehidupan sebenar. Pelaksanaan

    tugasan berkumpulan atau individu dapat dilakukan sejajar dengan konteks PBS pada masa yang

    akan datang. Hong kong dan Caribbean boleh dianggap berjaya dalam melaksanakan PBS secara

    sistematik. Kepesatan perubahan persekitran pendidikan , dinamika masyarakat dan industri

     bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Oleh itu, pelaksanaan PBS harus

    dipertingkatkan lagi dengan lebih kukuh dan dinamik dalam penstrukturan kurikulum matematik

    yang lebih bermanfaat kepada pelajar.

    Selain itu, Guru haruslah menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Untuk

    memantapkan perlaksanaan PBS di kalangan guru juga perlu di latih dalam perkhidmatan

    (Ladap, kursus PBS) haruslah berorientasikan praktikum seperti yang di lakukan oleh Negara

    Hong Kong dan kebanyakan Negara membangun. Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus

    aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses pengubahsuai dengan keadaan semasa.

    gaya pengajaran guru juga dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah

    sentiasa sejajar dengan konteks penilaian pembelajaran secara formatif dan sumatif .

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    21/25

    21

    PENUTUP 

    Pentaksiran pendidikan di Malaysia haruslah dilaksanakan dengan lebih dinamik serta untuk

     bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya

     potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi

    PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan

    lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.

    Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek

    kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang

    akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

    Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

    keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.

    Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan

    kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan

     pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan

    anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

    Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan

    sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan

     penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    22/25

    22

    RUJUKAN

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011a) Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik

    Tahun satu. Kuala Lumpur.

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012b). Dokumen Standard Prestasi Matematik Tingkatan1. Putrajaya. Malaysia.

    Carribbean Examination Council (CXC) (2013). School-Based Assessment Manual

     For Principals, Caribbean Advanced Proficiency Examinations (CAPE). 

    Cheah, Ui Hock (2010). Assessment in Primary Mathematics Classrooms in Malaysia Tsukuba

     International Conference: Innovation of Mathematics Teaching and Learning through Lesson

    Study - Connection between Assessment and Subject Matter .17-21 Februari, RESCAM, Penang.

    1 –  7.

    Darling-Hammond, L. dan McCloskey, L. (2008). Assessment for Learning Around the World:

    What Would It Mean to Be Internationally Competitive?. Phi Delta Kappan. 90(4), 263-272.

    Darling Hammond, L (2010). Draf White: Paper Policy Frameworks for New Assessments.

    London, The Universiti of Melbourne.

    Sulaiman, Faridah (2006) "Kerja projek" matematik tambahan : ke arah pentaksiran matematik

     yang holistik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11 . pp. 10-23. ISSN 1394-1801 

    Fok, P. K., Kennedy, K. J., Chan, J. K. S., Yu, F. W. M. (2006). Integrating Assessment of

    Learning and Assessment for Learning in Hong Kong Public Examinations: Rationales and

    Realities of Introducing School-based Assessment. The Hong Kong Institute of Education.

    Technical Paper No. 3, 1-16.

    Hwa T. Y. dan Lim C. S. (2008) Implementing School-Based Assessment: The MathematicalThinking Assessment (Mata) Framework. Bahan Seminar Inovasi Pedagogi IPBL Tahun 2008:

     Implementing school-based assessment- The MaTA framework   Seminar Inovasi Pedagogi IPBL

    28 Ogos , ms. 73-88. 

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    23/25

    23

    HKEAA. (2007a). Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination: Mathematics

     Education Key Learning Area (S4-6) Hong Kong: Curiculum Development Council & Hong

    Kong Examinations and Assessment Authority.

    HKEAA. (2012b). Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination: Mathematics

    School-based Assessment Teachers’ Handbook Trial Version. Hong Kong: Hong Kong

    Examinations and Assessment Authority.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Laporan

    Awal (2013-2025). Putrajaya.

    Lembaga Peperiksaan, (2011). Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

    Putrajaya. Malaysia.

    Rohaya Talib (2009) Pembinaan dan pengesahan instrumen ujian literasi pentaksiran. PhD

    thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculti Pendidikan.

    Sidek, Rosni Zamuddin Shah dan Mohamed Salleh, Siti Fatihah (2010) Kesediaan Guru Sekolah

     Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar

     Berasaskan Sekolah. pp. 1-13. (Tidak diterbitkan).

    Shamsiah, Sidek and Nurin, Abdul Majid and Md Sah, Nelly Ezatul Fazlina and Mohamed,

    Hamidah and Hashim, Mohd Noor (2010) The role of TVET teachers in school based assessment

    of vocational electives subjects at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato‟ Onn, Batu Pahat, Johor.  

     In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day

    Celebration, 5 - 6 Oktober, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor. 

    Tong Siu Yin Annie (2011) Exploring Students’ Perception of and Reaction to Feedback in

    School –  based Assessment. Malaysian Journal Of ELT Research. 7 (2), 104 -107.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    24/25

    24

    LAMPIRAN A

    CONTOH PELAPORAN DARI POTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA. 

    PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI SUMATIF MURID 

    BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK ( SK ) KSSR TAHUN 1 

     Nama murid : DAVINA ALBAB No. MyKid : 023401002789

     Nama Sekolah : SK DAYANGKod Sekolah : BBA 5423

    Darjah : 1 Nama mata pelajaran : MATEMATIK ( SK )

    Prestasi : Band 3

    Penyataan pelaporan prestasi.

    DAVINA ALBAB boleh :

    1.   boleh menyelesaikan operasi asas tambah dan tolak

    2.   boleh membundarkan nombor bulat

    3.   boleh melengkapkan pola berbentuk tiga dimensi ( 3D ) dan bentuk dua dimensi ( 2D )serta pola nombor bulat.

    4.   boleh melakukan penukaran nilai wang

    5. 

     boleh menulis waktu

    Syabas diucapkan kepada DAVINA ALBAB di atas pencapaian yang amat membanggakan.

    Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.

    ....................................................... ..................................................Tandatangan Guru mata pelajaran Tandatangan ibubapa /

     penjaga.

  • 8/20/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Malay

    25/25

    25