buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)

119
PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

Upload: summerleong94

Post on 05-Nov-2015

480 views

Category:

Documents


72 download

DESCRIPTION

Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PENGURUSAN

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Cetakan 2012

    Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

    Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini hendaklah dirujuk kepada:

    PENGARAH PEPERIKSAANLEMBAGA PEPERIKSAAN

    MELALUI

    PENGARAH PELAJARANJABATAN PELAJARAN NEGERI

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • ii

    KANDUNGAN

    HALAMAN

    AKRONIM vi

    PRAKATA ix

    BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    1.0 Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    2

    1.1 Punca Kuasa 2

    1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4

    1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    9

    1.4 Dokumen Rujukan 13

    BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    2.0 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 16

    2.1 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia- Peringkat Negeri- Peringkat Daerah- Peringkat Sekolah

    16

    2.2 Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 23

    2.3 Penjaminan Kualiti- Pementoran- Penyelarasan- Pemantauan- Pengesanan

    24

    2.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah- Definisi Evidens- Evidens Pentaksiran Sekolah- Evidens Pentaksiran Pusat- Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

    Kokurikulum- Evidens Pentaksiran Psikometrik

    39

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • iii

    BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH

    3.0 Pentaksiran Sekolah 52

    3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

    53

    3.2 Pentaksiran Rujukan Standard 55

    3.3 Standard Prestasi 56

    3.4 Kerangka Standard Prestasi 57

    3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

    59

    3.6 Instrumen Pentaksiran- Jenis-jenis Instrumen- Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran

    61

    3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan- Perekodan- Pelaporan

    62

    BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT

    4.0 Pentaksiran Pusat 64

    4.1 Objektif Pentaksiran Pusat 64

    4.2 Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah

    65

    4.3 Prinsip Pentaksiran Pusat 67

    4.4 Jenis Instrumen 68

    4.5 Tugasan Pentaksiran Pusat 69

    4.6 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat 71

    4.7 Peranan Pihak yang Terlibat 73

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • iv

    BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN

    KOKURIKULUM

    5.0 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    76

    5.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    76

    5.2 Pentaksiran SEGAK 77

    5.3 Pentaksiran BMI 78

    5.4 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum 79

    5.5 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum 81

    5.6 Borang - Borang PAJSK 82

    BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

    6.0 Pentaksiran Psikometrik 88

    6.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik 88

    6.2 Ujian Aptitud Khusus 89

    6.3 Ujian Personaliti 90

    BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)

    7.0 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • v

    LAMPIRAN

    LAMPIRAN 1 - Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011 : Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011 KP.LP.003.07.14 (3) Bertarikh 22 Febuari 2011

    LAMPIRAN 2 - Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011:Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 KP.LP.003.07.14 (2) Bertarikh 14 Febuari 2011

    LAMPIRAN 3 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) Bertarikh 29 Julai 2011

    LAMPIRAN 4 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan Dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • AKRONIM

    ADD : Attention Deficit Disorder

    ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder

    BMI : Body Mass Index

    BPK : Bahagian Pembangunan Kurikulum

    BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas

    BPSH : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

    BTP : Bahagian Teknologi Pendidikan

    DSP : Dokumen Standard Prestasi

    FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    FPM : Fail Perkembangan Murid

    FS : Fail Showcase

    GKMP : Guru Kanan Mata Pelajaran

    HEM : Hal Ehwal Murid

    ICT : Informasi Komunikasi dan Teknologi

    IPGM : Institusi Pendidikan Guru Malaysia

    JERI : Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

    JK PBS : Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    JNJK : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

    KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    vi

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • KSSM : Kurikulum Standard Sekolah Menengah

    KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

    LD : Learning Disabilities

    LP : Lembaga Peperiksaan

    OKU : Orang Kurang Upaya

    P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

    PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurkulum

    PBS : Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru

    PK : Penjaminan Kualiti

    PMR : Penilaian Menengah Rendah

    PP : Pentaksiran Pusat

    PPD : Pejabat Pelajaran Daerah

    PPsi : Pentaksiran Psikometrik

    PS : Pentaksiran Sekolah

    SABK : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

    SEGAK : Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

    SMAN : Sekolah Menengah Agama Negeri

    SMAR : Sekolah Menengah Agama Rakyat

    SPP : Sektor Penilaian dan Peperiksaan

    SPPBS : Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    SPPK : Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

    Vii

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • TJPg : Tugasan Jangka Panjang

    TJPk : Tugasan Jangka Pendek

    UPSR : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

    YDP : Yang Dipertua

    viii

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • vi

    PRAKATA

    Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

    Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah(PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon sertamenjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

    Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan.

    Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen iniamat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

    Terima kasih.

    DR. NAIMAH BINTI ISHAKPengarah Peperiksaan Lembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia

    ix

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • BAB 1

    DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    2

    1.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah:

    1.1 PUNCA KUASA

    Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:

    1.1.1 Akta Pendidikan

    Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaanadalah:

    a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;

    b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

    c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

    1.1 Punca Kuasa1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.4 Dokumen Rujukan

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    3

    1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri

    Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah mengeluarkan:

    a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011.

    b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.

    c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

    d. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    4

    1.2 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    AKADEMIK BUKAN AKADEMIK

    Pentaksiran Pusat

    Pentaksiran Sekolah

    Pentaksiran Aktiviti

    Jasmani, Sukan dan

    Kokurikulum

    Pentaksiran Psikometrik

    Rajah 1: Komponen PBS

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    5

    1.2.1 Pentaksiran Sekolah

    Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

    PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    1.2.2 Pentaksiran Pusat

    Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkanperaturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP.

    1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

    1.2.4 Pentaksiran Psikometrik

    Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

    a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

    b. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    6

    1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS

    PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.

    Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3).

    Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

    BIL KOMPONEN PBS PERKARADilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

    a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam Pendidikan Moral

    Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SJK

    b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Tiada

    c. Pentaksiran Psikometrik Tiada

    d. Pentaksiran Pusat Tiada

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    7

    Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).

    Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

    BIL KOMPONEN PBS PERKARADilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

    a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Matematik Sains Reka Bentuk dan

    Teknologi Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

    Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Tamil SK Bahasa Kadazandusun Bahasa Iban Bahasa Semai

    b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum

    c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti

    d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    8

    Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3.

    Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3

    BIL KOMPONEN PBS PERKARADilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :

    a. Pentaksiran Sekolah Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual

    Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan Kemahiran Hidup

    Bersepadu Kemahiran Teknikal

    Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

    Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

    Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

    b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    Mulai tingkatan 1 tahun 2012

    c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti

    d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual

    Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan Kemahiran Hidup

    Bersepadu Kemahiran Teknikal

    Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga

    Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian

    Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    9

    1.3 PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    1.3.1 Syarat Pelaksanaan

    1.3.2 Pengurusan Kes Khas

    Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas.

    a. Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.

    b. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah.

    c. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).

    a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah).

    Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kesdalam fail Kes Khas Sekolah.

    ii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

    iii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    iv. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    10

    b. Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan.

    Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

    ii. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit.

    iii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

    iv. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    v. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

    c. Murid Orang Kurang Upaya (OKU).

    Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU.Kategori murid OKU adalah seperti berikut:

    Terencat Akal / Sindrom Down Buta Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain / Disleksia / Attention Deficit

    Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme /Learning Disabilities (LD)

    Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy

    ii. mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:

    Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau

    Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU

    iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    11

    iv. mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:

    Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.

    Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.

    v. melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

    vi. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    vii menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

    d. Murid bertukar sekolah.

    Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.

    ii. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN.

    iii. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.

    Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima.

    ii. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu.

    iii. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu.

    Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    12

    e. Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.

    ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

    f. Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan /antarabangsa.

    Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

    ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.

    g. Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara.

    Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

    i. memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.

    ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1

    13

    1.4 DOKUMEN RUJUKAN Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    i. LP menghantar buku kepada JPN / PPD.

    ii. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah.

    iii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS.

    Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua / Guru Besar.

    b. Dokumen Standard Prestasi (DSP)

    i. LP menghasilkan DSP.

    ii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS.

    Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP.

    Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.

    iii. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.

    c. Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

    i. LP menyediakan Manual SPPBS.

    ii. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • BAB 2

    PENGOPERASIANPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    16

    2.0 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    Empat perkara asas pengoperasian PBS ialah:

    2.1 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    2.1.1 Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

    a. Senarai Jawatankuasa

    Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

    Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

    Setiausaha : Pengarah Lembaga Peperiksaan

    Ahli : Pengarah Bahagian Buku TeksSetiausaha Bahagian Khidmat PengurusanPengarah Bahagian Kokurikulum dan KesenianPengarah Bahagian Pembangunan KurikulumPengarah Bahagian Pendidikan GuruPengarah Bahagian Pendidikan IslamPengarah Bahagian Pendidikan KhasPengarah Bahagian Pendidikan SwastaPengarah Bahagian Pendididkan Teknik dan VokasionalSetiausaha Bahagian Pengurusan MaklumatPengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah KecemerlanganPengarah Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaPengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanPengarah Bahagian Psikologi dan KaunselingPengarah Bahagian SukanPengarah Bahagian Teknologi PendidikanPengarah Institut Aminuddin BakiPengarah Institut Pendidikan Guru MalaysiaKetua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    2.1 Jawatankuasa PBS2.2 Jadual Pelaksanaan PBS2.3 Penjaminan Kualiti PBS2.4 Penyimpanan Evidens PBS

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    17

    b. Senarai Tugas

    i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian;

    ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat kementerian;

    iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

    iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepadaMenteri Pelajaran.

    2.1.2 Peringkat Negeri

    a. Senarai Jawatankuasa

    Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri

    Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri

    Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN

    Ahli : Semua Ketua Sektor JPN Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Semua Ketua Penolong Pengarah, JPNSemua Pegawai Pelajaran DaerahYDP Majlis PengetuaYDP Majlis Guru BesarYDP Majlis Guru Cemerlang

    b. Senarai Tugas

    i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;

    iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;

    iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

    iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar kepada LP dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    18

    2.1.3 Peringkat Daerah

    a. Senarai Jawatankuasa

    Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

    Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

    Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)

    Ahli : Semua Pengetua Semua Guru BesarSemua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru

    b. Senarai Tugas

    i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;

    iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah;

    iv. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

    v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    19

    2.1.4 Peringkat Sekolah

    a. Senarai Jawatankuasa Induk PBS

    i. Sekolah Rendah

    Pengerusi : Guru Besar

    Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)Penyelia Petang (jika berkenaan)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

    Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

    Ahli : Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru DisiplinGuru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

    ii. Sekolah Menengah (Gred A)

    Pengerusi : Pengetua

    Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)Penyelia Petang (jika berkenaan)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

    Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

    Ahli : Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik (Latihan / Penataran)GKMP yang dilantik (Penyelarasan)GKMP yang dilantik (Pementoran)GKMP yang dilantik (Pemantauan)GKMP yang dilantik (Pengesanan)Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru DisiplinGuru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    20

    iii. Sekolah Menengah (Gred B)

    Pengerusi : Pengetua

    Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)Penyelia Petang (jika berkenaan)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

    Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS

    Ahli : GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)Semua Ketua Panitia (PS dan PP)Guru CemerlangGuru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

    Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang lebih daripada satu portfolio.

    b. Senarai Tugas

    i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    ii. Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun.

    Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

    Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):

    - Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.

    - Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.

    - Melantik Pentaksir Sekolah.

    - Menetapkan sistem fail PBS.

    - Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.

    - Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    21

    - Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt)

    PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

    - Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik.

    - Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.

    - Hal-hal lain.

    Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):

    - Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.

    - Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.

    - Laporan Jawatankuasa PBS:

    PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan danJaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

    - Hal-hal lain.

    Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):

    - Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.

    - Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.

    - Laporan Jawatankuasa PBS:

    PS / PP / PAJSK / PPsiProgram Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan danJaringan)Latihan / PenataranPenyelarasanPementoranPemantauanPelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS

    - Hal-hal lain.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    22

    Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem)

    - Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.

    - Post Mortem Pelaksanaan PBS.

    - Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.

    - Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.

    - Hal-hal lain.

    iii. Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.

    iv. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan kata laluan SPPBS.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    23

    2.2 JADUAL PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    Jadual 4 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.

    Jadual 4 : Jadual Pengoperasian PBS

    a. Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP.

    b. Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.

    BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN

    i. Mengedarkan Surat Pekeliling ke JPN.

    Mengikut Keperluan LP

    ii. Mengedarkan Surat Pekeliling ke PPD dan Sekolah.

    Mengikut Keperluan JPN

    iii. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN.

    Disember LP

    iv. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah.

    Disember JPN

    v. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember

    JPN / PPD /

    Sekolah

    vi. Pendaftaran SPPBS. Januari - Februari Sekolah

    vii. Tempoh pelaksanaan PBS. Mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP

    Sekolah

    viii. Penjaminan Kualiti:

    Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan.

    Sepanjang tahun mengikut keperluan

    Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM

    ix. Pengumpulan penguasaan murid dalam SPPBS.

    Sehingga hari terakhir sesi persekolahan tahun semasa

    Sekolah

    x. Pelaporan murid. Mengikut keperluan Sekolah

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    24

    2.3 PENJAMINAN KUALITI

    Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor,kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

    Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

    2.3.1 Pementoran

    2.3.2 Penyelarasan

    2.3.3 Pemantauan

    2.3.4 Pengesanan

    2.3.1 Pementoran

    Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

    a. Tempoh Pelaksanaan:

    Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

    b. Objektif Pementoran:

    i. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.

    ii. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

    iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

    iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

    v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    25

    c. Jenis Pementoran:

    i. Formal

    Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.

    ii. Informal

    Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

    d. Mentor:

    i. Mentor dalaman terdiri daripada:

    GKMP / Ketua Bidang

    Ketua Panitia

    Guru Cemerlang

    Jurulatih Utama

    Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

    ii. Mentor luaran terdiri daripada:

    Petugas yang dilantik oleh LP

    Petugas yang dilantik oleh JPN

    Petugas yang dilantik oleh PPD

    e. Peranan Mentor:

    i. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

    ii. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

    iii. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

    iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.

    v. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

    vi. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    26

    Rajah 2 menunjukkan carta alir pementoran.

    MULA

    JK PBS merancang pelaksanaan pementoran

    Memberi bimbingan

    Menjalankan pementoran

    Guru faham mengenai pelaksanaan PBS

    Menghantar laporan pementoran kepada JK PBS PPD/JPN/LP

    TAMAT

    Rajah 2 : Carta Alir Pementoran

    Tidak

    Ya

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    27

    2.3.2 Penyelarasan

    Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

    a. Tempoh Pelaksanaan:

    Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

    b. Objektif Penyelarasan:

    i. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

    ii. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

    iii. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.

    iv. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.

    v. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBSoleh guru di sekolah.

    vi. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.

    vii. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

    c. Jenis Penyelarasan:

    i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.

    ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    28

    d. Personal

    i. Penyelaras dalaman

    GKMP

    Guru Cemerlang

    Ketua Panitia

    Jurulatih Utama

    Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

    ii. Penyelaras luaran

    Petugas yang dilantik oleh LP

    Petugas yang dilantik oleh JPN

    Petugas yang dilantik oleh PPD

    e. Pelaksanaan Penyelarasan:

    i. Sebelum Penyelarasan:

    JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan.

    Mengadakan perbincangan mengenai

    - Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.

    - Kesesuaian instrumen yang digunakan.

    - Kefahaman tentang penskoran.

    - Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

    ii. Semasa Penyelarasan:

    Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian.

    Membanding skor yang diberikan oleh guru.

    Menyelaras pemberian skor.

    iii. Selepas Penyelarasan:

    Menyediakan laporan penyelarasan.

    Menyelaras skor murid, jika perlu.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    29

    Rajah 3 menunjukkan carta alir penyelarasan dalaman.

    MULA

    Pengetua / Guru Besar Melantik Penyelaras

    Mengadakan Taklimat Penyelarasan

    Guru menilai semula hasil kerja murid

    Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran

    Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP

    Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP

    JK PBS mengesahkan skor

    Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP

    JK PBS menyediakan laporan penyelarasan

    TAMAT

    Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Dalaman

    Ya

    Tidak

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    30

    Rajah 4 menunjukkan carta alir penyelarasan luaran.

    MULA

    LP/JPN melantik Penyelaras

    Mengadakan Taklimat Penyelarasan

    Guru menilai semula hasil kerja murid

    Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran

    Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP

    Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP

    Penyelaras Luaran mengesahkan skor

    Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP

    Penyelaras Luaran menyediakan laporan penyelarasan unuk dihantar kepada LP

    TAMAT

    Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Luaran

    Ya

    Tidak

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    31

    2.3.3 Pemantauan

    Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

    Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

    a. Objektif Pemantauan :

    i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi

    ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

    iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

    iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

    v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

    b. Pemantau:

    i. Pemantau dalaman:

    Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau dalamanialah :

    Pengetua / Guru Besar

    Guru Penolong Kanan

    GKMP

    Guru Cemerlang

    Ketua Panitia

    Jurulatih Utama

    Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar

    ii. Pemantau luaran :

    Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran ialah:

    Pegawai LP

    Pegawai JPN

    Pegawai PPD

    Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    32

    c. Pelaksanaan Pemantauan:

    i. Sebelum Pemantauan:

    JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.

    Menyediakan instrumen pemantauan.

    ii. Semasa pemantauan:

    Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.

    Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.

    Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

    iii. Selepas pemantauan:

    Melaporkan dapatan pemantauan.

    Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.

    Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    33

    Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan dalaman.

    MULA

    Pengetua / Guru Besar melantik Pemantau

    Mengadakan Taklimat Pemantauan

    Memberi bimbingan Menjalankan Pemantauan PBS

    Menyediakan laporan Pemantauan

    PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP

    Pengetua / Guru Besar menghantar laporan pemantauan sekolah ke PPD

    PPD menghantar laporan pemantauan daerah ke JPN

    JPN menghantar laporan pemantauan negeri ke LP

    TAMAT

    Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Dalaman

    Ya

    Tidak

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    34

    Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan luaran.

    MULA

    LP/JPN/PPD menyediakan jadual pemantauan

    Memberi bimbingan Menjalankan pemantauan di sekolah

    Menyemak dokumen pelaksanaan PBS

    Menyediakan laporan pemantauan

    Membincangkan hasil dapatan dengan Pengetua/Guru Besar

    PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP

    Membuat analisis dan laporan dapatan pemantauan

    Menghantar laporan pemantauan ke LP

    TAMAT

    Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Luaran

    Ya

    Tidak

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    35

    2.3.4 Pengesanan

    Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai.

    Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

    a. Objektif Pengesanan :

    i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

    ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

    iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

    iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran

    b. Pengesanan:

    i. Pengesanan Dalaman

    Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PSuntuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman:

    GKMP

    Guru Cemerlang

    Ketua Panitia

    Jurulatih Utama

    Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru besar / JK PBS

    ii. Pengesanan Luar

    Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran:

    Petugas yang dilantik oleh LP

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    36

    c. Pelaksanaan Pengesanan:

    i. Sebelum pengesanan:

    Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.

    Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.

    ii. Semasa pengesanan:

    Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

    Mencadangkan penyelesaian.

    iii. Selepas pengesanan:

    Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

    Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.

    Melaksanakan program pengesanan semula.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    37

    Rajah 7 menunjukkan carta alir pengesanan.

    MULA

    LP Melantik Pegawai Pengesanan

    Mengadakan Taklimat Pengesanan

    Menjalankan pengesanan instrumen

    Instrumen disediakan mengikut prinsip pembinaan instrumen LP

    Menyediakan laporan

    Menghantar laporan :- Pengesanan dalaman

    Pegawai Pengesanan kepada Pengetua / Guru Besar

    - Pengesanan LuaranPegawai Pengesanan kepada Pengarah Peperiksaan LP

    TAMAT

    Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan

    Tidak

    Penambahbaikan instrumen

    Ya

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    38

    Jadual 5 dibawah menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS.

    Aspek Penjaminan Kualiti Tempoh Tindakan

    Pementoran Mengikut keperluan JPN / PPD /Sekolah

    Penyelarasan

    Pentaksiran Sekolah:Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS

    Pentaksiran Pusat:Setelah murid selesai melaksanakan tugasan.

    LP/JPN / PPD /Sekolah

    Pemantauan Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

    JPN / PPD /Sekolah

    PengesananSemasa dan / atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.

    JPN / PPD

    Jadual 5 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    39

    2.4 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    2.4.1 Definisi Evidens

    Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.

    Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

    Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

    Ciri-ciri evidens adalah:

    a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.

    b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.

    c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.

    d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasanmengikut piawaian semasa.

    e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    40

    a. Jenis-jenis Evidens PS

    i. Penulisan

    - Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

    - Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

    ii. Bahan cetakan

    Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

    iii. Persembahan

    Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

    Catatan :Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid.

    iv. Foto

    Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

    v. Grafik

    - Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

    - Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

    vi. Artifak

    - Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

    - Bahan yang dihasilkan seperti arca.

    vii. Laporan

    Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan. viii. Model

    Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

    2.4.2 Evidens Pentaksiran Sekolah

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    41

    xi. Produk

    Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

    x. Rakaman

    Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

    xi. Bahan Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT)

    Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

    xii. Proses

    Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    42

    b Penyimpanan dan pelupusan evidens

    i. Penyimpanan

    Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut:

    . Fail Perkembangan Murid

    Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid.

    Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran.

    Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran.

    Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.

    . Fail Showcase

    Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaikbagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.

    FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

    FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

    Nota:Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti di atas.Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

    ii. Pelupusan

    Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

    Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    43

    Rajah 8 menunjukkan carta alir FPM.

    MULA

    Guru menyediakan intrumen pentaksiran

    Murid mengulangi semula

    Guru mentaksir murid

    Guru memeriksa evidens murid

    Tidak Evidens murid mencapai tahap penguasaan

    Ya

    Guru merekodkan penguasaan murid dalam SPPBS / Rekod Perkembangan Murid

    Guru menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahuludikembalikan kepada murid.

    TAMAT

    Rajah 8 : Carta Alir Fail Perkembangan Murid

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    44

    Rajah 9 menunjukkan carta alir FS.

    MULA

    JK PBS sekolah membuat penetapan kaedah pengurusan FS

    Panitia membuat pemilihan evidens yang terbaik bagi setiap deskriptor dalam semua band

    Panitia menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran

    TAMAT

    Rajah 9 : Carta Alir Fail Showcase

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    45

    PENTAKSIRAN SEKOLAH

    REKOD PERKEMBANGAN MURID

    TAHUN/TINGKATAN MATA PELAJARAN

    BAND DESKRIPTOR

    EVIDENS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 Buku Latihan Lisan

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    46

    CONTOH MATRIK DESKRIPTOR DAN EVIDENS TAHUN 1

    BIL MATA PELAJARAN TAWAR DESKRIPTOR EVIDENS BACA/ LISAN TULIS

    1. Bahasa Malaysia 21 32 15 17

    2. Bahasa Inggeris 29 30 21 23

    3. Bahasa Cina

    4. Bahasa Tamil

    5. Matematik 19 28 1 29

    6. Pendidikan Jasmani 12 24 22 5

    7. Pendidikan Kesihatan 25 37 12 29

    8. Pendidikan Islam 48 52 41 11

    9. Pendidikan Moral 84 93 0 93

    10. Dunia Seni Visual 28 81 20 8

    11. Dunia Muzik 16 66 55 0

    12. Dunia Sains & Teknologi 28 28 0 28

    13. Bahasa Arab 25 38 26 12

    14. Bahasa Cina SK

    15. Bahasa Tamil SK

    16. Bahasa Kadazandusun

    17. Bahasa Iban

    18. Bahasa Malaysia SJK

    19. Bahasa Malaysia SJK

    JUMLAH 335 509 213 255

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    47

    2.4.3 Evidens Pentaksiran Pusat

    a. Jenis-jenis Evidens PP:

    i. Penulisan

    - Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

    - Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

    ii. Bahan cetakan

    Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

    iii. Persembahan

    Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

    iv. Foto

    Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

    v. Grafik

    - Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

    - Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

    vi. Artifak

    - Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

    - Bahan yang dihasilkan seperti arca.

    vii. Laporan

    Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

    viii. Produk

    Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

    ix. Rakaman

    Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    48

    x. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

    Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

    xii. Proses

    Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

    b. Penyimpanan dan Pelupusan Evidens

    i. Penyimpanan.

    - Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy, softcopy atau dalam bentuk apasekalipun sebagai bahan bukti.

    - Evidens disimpan di tempat yang selamat, bersistematik dan mematuhi prosedur keselamatan sebagai bahan bukti bagi tujuan penjaminan kualiti.

    ii. Pelupusan

    - Evidens diserahkan kepada murid selepas enam minggu dari tarikh tamat pelaksanaan tugasan.

    - Evidens yang tidak dituntut oleh calon boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh penyimpanan tamat.

    2.4.4 Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    a. Evidens PAJSK adalah seperti berikut:

    i. Borang Rekod SEGAK dan BMI

    ii. Borang Rekod Kehadiran

    iii. Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum

    iv. Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum

    b. Penyimpanan dan pelupusan evidens :

    i. Penyimpanan

    - Evidens murid disimpan dalam Fail Perkembangan Murid sebelum direkod dalam aplikasi SPPBS.

    ii. Pelupusan

    - Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

    - Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas duaminggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2

    49

    2.4.5 Evidens Pentaksiran Psikometrik

    a. Evidens PPsi adalah Borang Profil Psikometrik (BPP) murid.

    b. Penyimpanan dan pelupusan evidens :

    i. Penyimpanan

    - BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling.

    - Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP.

    ii. Pelupusan

    - Evidens murid yang telah direkodkan boleh dilupuskan selepas dua minggu.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • BAB 3

    PENTAKSIRAN SEKOLAH

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    52

    PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

    PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

    PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

    PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    PS mempunyai ciri-ciri berikut:

    PS dilaksanakan secara:

    3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH

    a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.

    b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.

    c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

    d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

    a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.

    b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    53

    3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

    Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

    BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Malaysia SK2 Bahasa Malaysia SJK3 Bahasa Inggeris SK4 Bahasa Inggeris SJK5 Bahasa Arab6 Bahasa Cina SK7 Bahasa Cina SJK8 Bahasa Tamil SK9 Bahasa Tamil SJK10 Bahasa Iban11 Bahasa Kadazandusun12 Matematik13 Dunia Sains Dan Teknologi14 Pendidikan Islam15 Pendidikan Moral16 Dunia Seni Visual17 Dunia Muzik18 Pendidikan Jasmani19 Pendidikan Kesihatan

    Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    54

    Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) .

    BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris3 Bahasa Arab4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban7 Bahasa Kadazandusun8 Mathematics9 Science10 Pendidikan Islam11 Pendidikan Moral12 Sejarah13 Geografi14 Pendidikan Seni Visual15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

    Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    55

    3.2 Pentaksiran Rujukan Standard

    Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.

    Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

    Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikutkeupayaan dan kebolehan masing-masing.

    Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi.

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    DOKUMENKURIKULUM

    DOKUMENSTANDARD PRESTASI

    MatlamatObjektifStandard KandunganStandard Pembelajaran

    PENTAKSIRANPernyataan StandardDeskriptorEvidens

    Hasil Pembelajaran Laporan Penguasaan Murid

    Rajah 10 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    56

    Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P.

    Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

    3.3 Standard Prestasi

    Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.

    Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.

    Dengan menggunakan Standard Prestasi:

    Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.

    a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

    b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

    c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

    d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    57

    3.4 Kerangka Standard Prestasi

    Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran.

    Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2,Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran

    Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard.

    BAND STANDARD

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    2 Tahu dan Faham

    1 Tahu

    Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard

    Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard.

    BAND STANDARD

    6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

    5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

    3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

    2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

    Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    58

    Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya.

    PERNYATAAN TAFSIRAN

    Band Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.

    Standard Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid.

    Pernyataan Standard

    Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.

    Deskriptor Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

    Evidens (murid) Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.

    Evidens (bahan) Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

    Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya

    Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens.

    Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS654321

    Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran

    APA yang murid tahu dan boleh buat

    BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    59

    3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah

    a. Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum.

    b. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru.

    c. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal.

    d. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasimurid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.

    e. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai

    f. Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum.

    g. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    60

    Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

    Guru memilih tajuk yang perlu diajar

    Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

    Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

    Guru menilai prestasi murid

    Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens

    Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya

    TAMAT

    Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS.

    MULA

    Pemulihan

    Murid belum menguasai tahap

    penguasaan

    Murid menguasaitahap penguasaan

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    61

    3.6 Instrumen Pentaksiran

    3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen

    Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

    a. PemerhatianInstrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

    b. Soal Jawab

    c. Pensil dan kertas / Ujian BertulisInstrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

    d. PersembahanInstrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yangmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

    e. ProjekProjek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

    f. ProdukTugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkansatu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

    g. AmaliTugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

    h. Lembaran Kerja

    i. Tugasan bertulis / Karya PenulisanInstrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.

    j. Kuiz

    k. Senarai semak

    l. Tugasan rumah

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Sekolah BAB 3

    62

    3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran

    3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan

    3.7.1 Perekodan

    Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.

    3.7.2 Pelaporan

    Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif.

    a. Pelaporan Formatif

    Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid.

    b. Pelaporan Kumulatif

    Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.

    a. Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum.

    b. Guru merujuk evidens dalam DSP.

    c. Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens.

    d. Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • BAB 4

    PENTAKSIRAN PUSAT

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Pusat BAB 4

    64

    4.0 PENTAKSIRAN PUSAT

    Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatupentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

    Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

    Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan.

    4.1 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT

    a. PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS.

    b. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik.

    c. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Pusat BAB 4

    65

    4.2 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

    Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2.

    BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Malaysia SK2 Bahasa Malaysia SJK3 Bahasa Inggeris SK4 Bahasa Inggeris SJK5 Bahasa Cina 6 Bahasa Cina SK 7 Bahasa Tamil8 Bahasa Tamil SK9 Matematik10 Sains11 Reka Bentuk Dan Teknologi12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi13 Pendidikan Jasmani14 Pendidikan Kesihatan15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Seni Visual17 Pendidikan Islam18 Pendidikan Moral19 Bahasa Arab20 Bahasa Iban21 Bahasa Kadazandusun

    Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Pusat BAB 4

    66

    Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

    BIL MATA PELAJARAN1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris3 Bahasa Arab4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban7 Bahasa Kadazandusun8 Mathematics9 Science10 Pendidikan Islam11 Pendidikan Moral12 Sejarah13 Geografi14 Pendidikan Seni Visual15 Pendidikan Muzik16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan

    Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Pusat BAB 4

    67

    4.3 PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

    PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP.

    Rajah 12 menunjukkan prinsip PP.

    PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

    Format dan tugasan

    disediakan oleh LP

    Dilaksanakan di sekolah

    Pelaporan ditentukan

    oleh LP

    Tugasan berbeza setiap tahun

    Ditaksir oleh pihak sekolah

    Penjaminan Kualiti dan Standard

    dilaksanakan di pelbagai peringkat

    Tempoh pelaksanaan ditentukan

    oleh LP

    Penskoran berdasarkan tugasan yang

    diberi

    Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Pusat BAB 4

    68

    4.4 JENIS INSTRUMEN

    Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ;

    a. Tugasan bertulisTugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan.

    b. Kerja amaliTugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk.

    c. ProjekTugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan.

    d. PemerhatianTugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

    e. PersembahanTugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.

    f. DemonstrasiTugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.

    g. Kajian lapanganTugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat.

    h. Kajian kesTugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh.

    i. Ujian bertulisTugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepadainstrumen ujian objektif atau subjektif.

    j. Ujian lisanTugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.

    k. KuizTugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.

    www.myschoolchildren.com www.myschoolchildren.com

  • Pentaksiran Pusat BAB 4

    69

    4.5 TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT

    Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat

    a. Skop Tugasan

    Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.

    b. Jenis Tugasan

    Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg)

    JENIS TUGASAN

    Tugasan Jangka Pendek(Tidak melebihi satu

    minggu)

    Tugasan Jangka Panjang(Tidak melebihi tiga

    minggu)

    i. TJPk

    TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi satu minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan.

    Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

    ii. TJ