soalan lazim pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 12 ogos 2012

Upload: syazalina83

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    1/22

    1

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    2/22

    2

    PRAKATA

    Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga

    Pepriksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah:

    Soalan-Soalan Lazim. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

    tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan

    penerbitan dokumen ini.

    Penghasilan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Soalan-Soalan Lazim ini ialah usaha Lembaga

    Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri

    daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), PentaksiranAktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang

    diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan

    Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut

    prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan

    kebolehpercayaan skor pentaksiran.

    Dokumen ini juga dapat membantu semua pihakyang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai

    Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan PejabatPelajaran Daerah (PPD). Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan.

    Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen

    yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen iniamat diperlukan bagi

    mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti

    negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto

    Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

    Terima kasih.

    DR. NAIMAH BINTI ISHAK

    Pengarah PeperiksaanLembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    3/22

    3

    1.0 KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    1.1 Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

    PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspekkognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani)dan sosial selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produksecara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learningdanassessment of learning.

    PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satubentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancangmengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

    Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

    1.2 Adakah PBS sesuatu yang baharu?

    Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali(PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan BerasaskanSekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab,persembahan dan lain-lain.

    1.3 Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?

    Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 padatahun 2011danTingkatan 1padatahun 2012.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    4/22

    4

    1.4 Apakah komponen PBS?

    Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

    Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

    1.5 Apakah penambahbaikan dalam PBS?

    KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakanPentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalamaplikasi Sistem PengurusanPBS (SPPBS).

    PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaranserta pencapaian prestasi seseorang murid.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    5/22

    5

    2.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

    2.1 Apakah Pentaksiran Sekolah (PS)?

    PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Gurumenjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran danpembelajaran.

    PS dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP. Manakala pentaksiransumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

    PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)danpentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    2.2 Apakah pentaksiran rujukan standard?

    Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan muriddalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap matapelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaanseperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

    Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan danpertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    6/22

    6

    2.3 Apakah kelebihan pentaksiran rujukan standard?

    Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid

    dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individuberdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpadibandingkan dengan orang lain.

    2.4 Apakah Dokumen Standard Prestasi (DSP)?

    Dokumen Standard Prestasi (DSP) mengandungi panduan untuk mentaksir danmelapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

    dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataanstandard, deskriptor dan evidens.

    2.5 Apakah yang dimaksudkan dengan band,pernyataan standard, dan deskriptor?

    Band adalah tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band1 adalah band terendah.

    Pernyataan Standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umumdalam pembelajaran.

    Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dandiukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalampembelajaran.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    7/22

    7

    2.6 Bilakah DSP digunakan?

    DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses P&P. Dokumen Kurikulumdigunakan oleh guru untuk mengajar.

    2.7 Apakah fungsi DSP?

    DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajardengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    2.8 Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara murid, kelas dan sekolah?

    Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumenmengikut kesesuaian murid.

    2.9 Apakah Standard Prestasi?

    Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yangdipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penandaaras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakanstandard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksirandilaksanakan secara adil dan berfokus.

    2.10 Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap deskriptor untuk

    menentukan band yang dicapainya?

    Ya, murid mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yangdicapainya. Penguasaan setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasaisemua standard kandungan/hasil pembelajaran bagi band berkenaan.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    8/22

    8

    2.11 Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belummenguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu?

    Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belummenguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajarberdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)/Sukatan Pelajaran.

    Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis ataubahan yang membuktikanbahawa murid telah menguasai deskriptor dalam bandyang terdahulu. Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itusendiri.

    2.12 Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS/ULBS dan kerja kursusKemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1?

    PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS.

    Kerja kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

    2.13 Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

    Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti muridyang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

    PBS pula ialah satu sistem dan dalam PS murid ditaksir berdasarkan kehendak

    standard pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran berkenaan.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    9/22

    9

    2.14 Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?

    Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian tersebut diadakan.

    Sekiranya bertujuan mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasisemua konteks dan konstruk (pengetahuan dan kemahiran yang diukur) dalam matapelajaran tersebut.

    Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan untuk mendapatkan kedudukan bagi murid-murid dalam band-band tertentu, soalan atau tugasan ujian tersebut hendaklahberdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi.

    2.15 Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS perluditaksir semula?

    Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahirandalam PS.

    2.16 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?

    Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarandi bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    10/22

    10

    3.0 PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

    3.1 Apakah Pentaksiran Pusat (PP)?

    PP adalah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran,instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran, penggredandan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

    3.2 Apakah jenis tugasan PP?

    Terdapat dua jenis tugasan PP iaitu tugasan jangka panjang dan tugasan jangkapendek. Tugasan jangka panjang dilaksanakan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu dantugasan jangka pendek dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu.

    3.3 Bilakah PP dilaksanakan dalam PBS?

    PP bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2.

    PP bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

    3.4 Bolehkah PP dilaksanakan secara berkumpulan?

    Tugasan boleh dilaksanakan secara berkumpulan tetapi penskoran diberikan secaraindividu.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    11/22

    11

    4.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM(PAJSK)

    4.1 Apakah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)?

    PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan BodyMass Index(BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

    4.2 Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?

    PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai2015 dan Tahun 6 mulai 2016.

    PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012,Tingkatan 2 mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 danTingkatan 5 mulai 2016.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    12/22

    12

    5.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSI)

    5.1 Apakah Pentaksiran Psikometrik (PPsi)?

    PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehanyang diperoleh, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kerjaya,kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskankurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

    5.2 Bilakah PPsi dilaksanakan dalam PBS?

    PPsi bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4mulai 2014 dan Tahun 6 mulai2016.

    PPsi bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 3mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

    5.3 Apakah kaitan antara Pentaksiran Psikometrik dengan Pentaksiran Sekolah?

    Maklumat yang diperoleh daripada Pentaksiran Psikometrik boleh digunakan oleh guruuntuk menyesuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pembelajaran sertapembinaan instrumen PS.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    13/22

    13

    6.0 PENGOPERASIAN PBS

    6.1 Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah?

    Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen PanduanPengurusan PBS, surat pekeliling dan surat siaran PBS yang dikeluarkan olehLembaga Peperiksaan.

    6.2 Bagaimanakah keahlian JK PBS Sekolah di Sekolah Kurang Murid?

    Seorang guru perlu memegang lebih daripada satu portfolio dalam JK PBS Sekolah.

    6.3 Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara/tidak hadirke sekolah melaksanakan PS yang terdahulu?

    Tidak perlu kerana PS dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran.

    6.4 Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara/tidak hadirke sekolah melaksanakan PP yang lepas?

    PP dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. PP tidak bolehdilaksanakan selepas tamat tempoh yang dijadualkan.

    6.5 Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS?

    Tidak timbul isu pengecualian kerana pentaksiran dijalankan mengikut tahappencapaian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    14/22

    14

    6.6 Bagaimanakah pelaksanaan PBS bagi murid dari golongan OKU?

    Murid akan ditaksir dan dinilai menggunakan standard prestasi khas dan mekanisme

    yang sesuai. Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan khas muridberkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiranPBS.

    6.7 Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai?

    Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

    merupakan pakar mata pelajaran (subject matter expert)

    telah menerima latihan dalam pentaksiran

    boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

    boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikanpembelajaran murid

    lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembanganmurid

    mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

    Integriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran,penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    15/22

    15

    7.0 PENGURUSAN EVIDENS MURID

    7.1 Apakah evidens?

    Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.

    Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahudan boleh buat secara lisan atau perlakuan.

    Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik,artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatutugasan.

    7.2 Di manakah evidens disimpan?

    Evidens bahan hendaklah disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) dan FailShowcase (FS).

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    16/22

    16

    7.3 Apakah Fail Perkembangan Murid?

    Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembanganpembelajaran murid.

    Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua matapelajaran.

    Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Perkembangan Murid.

    FPM menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor. Evidens terdahulu dikembalikankepada murid.

    7.4 Perlukah soalan dari buku teks dan buku aktiviti dibuat salinan dan dimasukkanke dalam FPM?

    Tidak perlu, memadai dengan guru merekodkan penguasaan murid dalam BorangRekod Perkembangan Murid dan SPPBS.

    7.5 Siapakah yang bertanggungjawab mengemaskini FPM?

    Guru mata pelajaran bertanggungjawab mengemaskini evidens PS.

    Guru tingkatan bertanggungjawab mengemaskini evidens PAJSK.

    7.6 Adakah FPM SULIT?

    FPM tidak sulit kerana ia boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan bagi melihatpenguasaan murid dalam pengetahuan/kemahiran.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    17/22

    17

    7.7 Apakah evidens bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur?

    Murid itu sendiri adalah evidens bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Murid bolehberinteraksi dan bertindak balas dengan betul dalam situasi yang berbeza.

    7.8 Apakah Fail Showcase (FS)?

    Fail Showcase(FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semuadeskriptor untuk semua mata pelajaran.

    FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

    FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

    7.9 Bolehkah FS disediakan di hujung tahun?

    Tidak boleh, FS perlu disediakan bermula dari awal tahun kerana pengajaran,

    pembelajaran dan pentaksiran berjalan secara berterusan. FS perlu dikemaskinisepanjang tahun.

    7.10 Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh dilupuskan?

    Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasiSistem Pengurusan Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SPPBS).

    Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripadatempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    18/22

    18

    8.0 PENJAMINAN KUALITI

    8.1 Apakah maksud penjaminan kualiti?

    Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBSmengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalamsemua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akanmenghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahappembelajaran murid. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui Pementoran,Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan.

    8.2 Apakah pementoran?

    Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu

    proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara,

    membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan

    PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

    Pementoran dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia,Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Pengetua/Guru Besar atau guru.

    Manakala pementoran luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan

    Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    19/22

    19

    8.3 Apakah pemantauan?

    Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan

    PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

    Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS danmengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

    Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh Pentadbir Sekolah, Guru Kanan MataPelajaran/Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.

    Manakala pemantauan luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/JabatanPelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian di Kementerian PelajaranMalaysia.

    8.4 Apakah penyelarasan?

    Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman

    pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dankebolehpercayaan skor pentaksiran.

    .

    Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia,

    Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.

    Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan/Jabatan

    Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    20/22

    20

    8.5 Apakah pengesanan?

    Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk:

    1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumenpentaksiran.

    2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran

    3. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran

    Pengesanan dilaksanakan oleh Pegawai Lembaga Peperiksaan atau pegawai yangdilantik oleh Lembaga Peperiksaan.

    8.6 Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dengan sekolahberhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?

    Boleh kerana kerjasama tersebut akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaanPBS.

    8.7 Bolehkah sekolah melaksanakan silang penyelarasan dengan sekolahberhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?

    Boleh bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / tugasan yang digunakan dalampengajaran dan pembelajaran.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    21/22

    21

    9.0 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(SPPBS)

    9.1 Apakah SPPBS?

    SPPBS adalah aplikasi sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk merekod danmenyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS. Laporan prestasi murid bolehdijana dari aplikasi SPPBS.

    9.2 Bilakah guru boleh merekodkan pencapaian PS dan PAJSK murid dalamSPPBS?

    Pencapaian PS boleh direkod pada bila-bila masa.

    Pencapaian PAJSK direkodkan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh LembagaPeperiksaan.

    9.3 Bagaimanakah pengurusan data murid yang berpindah dilaksanakan?

    Maklumat murid pindah perlu dibatalkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)oleh guru sekolah asal. Data murid boleh diakses melalui SPPBS apabila guru disekolah baharu mendaftar maklumat murid tersebut dalam APDM.

    9.4 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai akses internet merekodkan datamurid dalam SPPBS?

    Kementerian juga menyediakan aplikasi SPPBS secara stand aloneuntukdigunapakai oleh sekolah yang tidak mempunyai akses internet. CD stand aloneboleh diperoleh melalui JPN/PPD masing-masing.

  • 7/31/2019 Soalan Lazim Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 12 Ogos 2012

    22/22

    22

    9.5 Siapakah yang mengeluarkan laporan prestasi murid?

    Guru mata pelajaran boleh menjana laporan prestasi murid melalui aplikasi Sistem

    Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

    9.6 Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?

    Boleh, laporan prestasi boleh diperoleh daripada guru mata pelajaran .

    9.7 Bagaimanakah ibu bapa mendapat maklum balas tentang prestasi anak mereka?

    Laporan prestasi dapat dijana melalui SPPBS di sekolah pada bila-bila masa yangdiperlukan. Laporan dalam bentuk deskriptif ini memberi maklumat tentang tahappenguasaan murid dalam pembelajaran.