for website 2017 panduan ibubapa berkultur seperti vitagen atau yakult. (kandungan gula putih yang...
TRANSCRIPT
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
(PARENTS HANDBOOK)
PANDUAN IBUBAPA
PENGENALAN
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-‐mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada AS SALAHUDDIN SMART TAHFIZ EDUCATION NETWORK PLT
No Pendaftaran : LLP0004159LGN
Diterbitkan oleh:
AS SALAHUDDIN SMART TAHFIZ EDUCATION NETWORK PLT (LLP0004159LGN)
NO.62A, JALAN PELABUR A 23/A,
SEKSYEN 23, 40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
T : 03 5545 2774 H : 019 645 5806, 017 621 6364
2
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
Bismillahirrahmanirrahim.
Kepada ibubapa/penjaga yang dihormati
Buku Panduan ini adalah sebagai rujukan umum bagi ibubapa berkenaan prosedur dan proses pembelajaran & pengajaran (P&P) di AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ (ASTAS).
Isi kandungan buku panduan boleh didapati seperti berikut:
v Objektif,Visi dan Misi
v Pendaftaran dan Sesi Persekolahan
v Proses Pembelajaran
v Peraturan Am
v Polisi
v Pembabitan Ibubapa
v Polisi Penjagaan Makanan Sihat & Sunnah
3
PANDUAN IBUBAPA
OBJEKTIF, MISI DAN VISI
OBJEKTIF:
• Memupuk sifat kanak-‐kanak untuk mencintai dan menguasai Al-‐Quran.
• Merangsang mental dan fizikal kanak-‐kanak bersesuaian dengan tuntutan Islam.
• Mewujudkan suatu proses pendidikan awal kanak-‐kanak yang seimbang antara agama dan akademik
MISI:
• Melahirkan lebih ramai generasi cilik/muda yang celik Al-‐Quran sekaligus sebagai generasi penghafaz Al-‐Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
• Menghidupkan tarbiah soleh dalam keluarga Islam dan masyarakat dengan peribadi mulia.
VISI:
• Menanam nilai murni dan disiplin dalam jatidiri kanak-‐kanak menurut kehendak Islam terhadap agama,bangsa dan negara.
• Memberi pendedahan kepada kanak-‐kanak sebelum melangkah ke sekolah dengan menguasai 4M (Menulis,Membaca,Mengira, dan Menaakul). 4
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PENDAFTARAN DAN SESI PERSEKOLAHAN
AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ terbuka untuk kanak-‐kanak berumur 4, 5, dan 6 tahun. Keutamaan Pendaftaran diberikan kepada pelajar-‐pelajar yang sedia ada dan bayaran tidak akan dikembalikan untuk pra-‐pendaftaran bagi tahun berikut.
Pendaftaran
Pendaftaran pelajar adalah mengikut umur pada 31hb Disember bagi tahun itu. Sijil kelahiran/MyKid diperlukan ketika mendaftar.
Sesi Persekolahan
Sesi persekolahan AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ adalah pada hari Isnin hingga Jumaat. Sepenuh masa : Hari Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang.
Separuh masa : Hari Isnin-‐Khamis : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari Hari Jumaat : 8.00 pagi – 11.30 pagi
5
PANDUAN IBUBAPA
PENDAFTARAN DAN SESI PERSEKOLAHAN
Pembayaran dan Prosedur Umum
• Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan yang ditetapkan ini adalah sah sehingga 31hb Disember pada tahun semasa sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan berhak membuat sebarang pindaan kadar bayaran (jika perlu). Segala pembayaran yang dibuat TIDAK akan dikembalikan.
• Bayaran pra-‐pendaftaran untuk sesi persekolahan bagi tahun berikutnya sebanyak RM 100 adalah PERLU untuk menjamin tempat di AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
• Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan dan tahunan hendaklah dibayar secara teratur seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Dimana, ibubapa/penjaga hendaklah menjelaskan yuran bulanan sebelum 5hb pada bulan tersebut.
Contoh: Yuran bulan Februari, hendaklah dibayar sebelum 5hb. Bukannya pada 25hb Februari atau pada 7hb Mac. Baki yuran pendaftaran perlu dijelaskan sebelum 31hb Januari seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual yuran ASTAS™.
• Pindah atau Tukar Sekolah Ibubapa dikehendaki memberi sebulan notis kepada ASTAS™ jika pelajar ingin berpindah atau bertukar sekolah agar memudahkan pengurusan guru dan pihak ASTAS™.
6
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PENDAFTARAN DAN SESI PERSEKOLAHAN
• Yuran bulanan hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran pelajar tidak penuh pada bulan tersebut.
• Yuran bulanan yang tertangguh selama dua bulan berturut-‐turut boleh mengakibatkan pelajar kehilangan tempat di AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
• Pembayaran tidak akan dikembalikan jika pelajar tidak hadir samada sakit,bercuti,atau sebarang masalah peribadi.
• Pembayaran boleh dibuat melalui:
o Pembayaran tunai TIDAK DIBENARKAN. o Pembayaran secara online/‘interbank transfer’
§ Sila hubungi pihak pengurusan untuk nombor akaun bank ASTAS™.
§ Slip bank hendaklah dikepil pada ‘Message Book’ pelajar.
o Cek § Cek boleh dikepilkan pada ‘Message Book’
pelajar. § Nama dan kelas pelajar ditulis dibelakang cek.
7
PANDUAN IBUBAPA
PROSES PEMBELAJARAN
Program AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
adalah mengikut Kurikulum Standard Pra Sekolah 2017. Para ibubapa/penjaga juga telah diberikan penerangan yang sewajarnya tentang kurikulum dan silibus pada hari pendaftaran.
Selain daripada aktiviti kelas dan berkumpulan, program kami juga dilengkapi dengan pendekatan pembelajaran secara individu.
*Daily Individual Reading
*Main learning to read material: Early Reading Series ’Read Easy Phonics’
Please ensure that:
• The book is in the child’s bag everytime he or she comes to school.
• Parents shall be given reminder if the book is not in the child’s bag.
• Parents are deemed as not interested in the child’s reading progress after no action is taken after 2nd reminder is given.
8
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PROSES PEMBELAJARAN
* Buku bacaan: Bacalah Anakku
Kaedah mengajar membaca suku kata:
v Pastikan jari anak anda menunjuk pada setiap suku kata yang dibaca.
v Menunjuk dengan jari dari arah kiri ke kanan penting untuk melatih koordinasi mata ketika membaca. Berikan masa untuk mereka berfikir.
v Jangan gunakan kaedah mengeja setiap suku kata (cth: D,A, da)
v Sebaliknya guna kaedah fonetik dimana setiap suku kata terus dibunyikan dengan menggabungkan bunyi konsonan dan vokal.
(cth: ba, ca, da)
*Daily Individual Reading: Smart Young Huffaz
*Iqra’ Kaedah Cepat Membaca
v IQRA’ At Taisir.
9
PANDUAN IBUBAPA
PROSES PEMBELAJARAN
*Hafazan 30 surah Juz Amma Al-‐Quran
Hafazan 30 surah Juz’ Amma dari Al-‐Quran. Logbook hafazan dan kad hafazan akan disediakan oleh pihak ASTAS™.
Cara untuk membantu hafazan dirumah:
Ø Hafaz menggunakan satu mushaf (mushaf diberikan). Ø Menghafaz pada waktu pagi dan malam. Ø Tetapkan hafazan harian. Ø Anak tidak perlu duduk setempat untuk menghafaz, sambil
bermain juga boleh menghafaz. Ø Jangan memaksa anak untuk menghafaz. Ø Berikan semangat bagi setiap kesusahan. Berikan pujian bagi
setiap pencapaian. Ø Cuba mencapai apa yang ditetapkan.
NOTA: Penglibatan ibubapa adalah amat penting dalam pencapaian kemajuan bacaan DAN hafazan anak-‐anak!
10
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PERATURAN AM PERALATAN PELAJAR
• SEMUA pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™.
Sila pastikan pakaian seragam, beg dan tumbler air di label dengan nama masing-‐masing bagi mengelakkan berlaku pertukaran dengan pelajar lain.
• Pelajar tidak dibenarkan membawa/memakai barangan berharga di ASTAS™. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya barangan berharga tersebut hilang sepanjang mereka di ASTAS™.
• Barangan yang perlu di bawa di dalam beg ke sekolah setiap hari:
o Read Easy, Bacalah Anakku, dan IQRA’ o Message Book o Tumbler air (air masak) o Pakaian tambahan (jika perlu)
11
PANDUAN IBUBAPA
PERATURAN AM
LAWATAN IBUBAPA KE ASTAS™
Ibubapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu sekiranya ingin melawat pelajar ketika mereka di ASTAS™. Ibubapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN memasuki premis ASTAS™ tanpa kebenaran pihak pengurusan terlebih dahulu. Ini adalah demi menjamin keselamatan pelajar lain, tidak mengganggu tugas guru dan jadual pembelajaran harian serta aktiviti harian tadika.
KESIHATAN PELAJAR (SILA RUJUK LAMPIRAN DI BELAKANG)
• Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan bahawa pelajar dalam keadaan sihat ketika hadir ke ASTAS™.
• Pelajar yang mengalami penyakit berjangkit dan wabak seperti demam campak, sakit mata, gegatal, TIDAK DIBENARKAN hadir ke ASTAS™ bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh pelajar lain.
• Pelajar yang mengalami demam ringan, selesema, batuk dan sakit ringan juga TIDAK DIGALAKKAN hadir ke ASTAS™. Demi keselamatan, guru-‐guru tidak dibenarkan memberi ubat kepada murid yang sakit walaupun ubat itu dibekalkan oleh ibubapa.
12
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PERATURAN AM
KERJA RUMAH
• Kerja rumah akan diberikan kepada pelajar pada setiap 2 minggu kecuali pelajar berumur 4 tahun.
• Ibubapa hendaklah memastikan: a. Memeriksa kerja rumah di dalam beg sekolah pelajar. b. Tandatangan pada mukasurat yang telah ditanda ‘Homework’ berserta tarikh.
PENILAIAN KEMAJUAN PELAJAR
Senarai format penilaian kemajuan pelajar secara terperinci:
• Individual Daily Reading Record. • Rekod Harian Bacaan Iqra’ dan Bacalah Anakku. • Kad Hafazan Al-‐Quran. • Kad Rekod Kemajuan Pelajar (setiap subjek) bagi 2
penggal persekolahan. • Laporan Kemajuan Diri dan Am Pelajar.
13
PANDUAN IBUBAPA
PERATURAN AM
PROGRAM ASTAS
1. Pihak ASTAS™ telah merancang pelbagai program dan aktiviti untuk pelajar dan ibubapa/penjaga sepanjang sesi persekolahan. Penglibatan ibubapa/penjaga adalah amat penting di dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan demi bersama-‐sama membina kecemerlangan pelajar dan mencapai objektif,misi dan visi tadika.
2. Sebarang yuran tambahan akan diberitahu berserta dengan slip kebenaran ibubapa/penjaga.
3. SEMUA pelajar diWAJIBkan menyertai setiap program yang dijalankan oleh pihak ASTAS™ sebagai sebahagian dari proses pembelajaran.
4. TIADA pengecualian bayaran jika tidak hadir akibat sakit, bercuti atau masalah peribadi. Ini adalah bagi menjamin kelancaran program bagi semua pelajar. Maklumat lanjut tentang perubahan program dan aktiviti ASTAS™ (jika ada) akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
14
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PERATURAN AM
MESEJ UNTUK GURU
Komunikasi bersama guru-‐guru boleh dilakukan menerusi MESSAGE BOOK.
Kandungan di dalam MESSAGE BOOK:
• Berita mengenai ASTAS™. • Bimbingan hafazan bulanan di rumah. • Resit bulanan dan sebagainya. • Ibubapa juga boleh meletakkan/menulis mesej dan cek bayaran
bulanan di dalam buku tersebut. (Sila maklumkan kepada pihak ASTAS™ jika mesej ibubapa tidak dimaklumkan atau cek tidak diambil pada keesokan harinya)
Kehilangan
• Tiada sebarang ganti bagi setiap MESSAGE BOOK yang hilang. • Denda RM 10 akan dikenakan jika kehilangan buku PANDUAN
IBUBAPA ini.
15
PANDUAN IBUBAPA
PERATURAN AM
KECEMASAN
Jika terdapat sebarang kecederaan atau kemalangan ketika pelajar berada di ASTAS™, ibubapa akan dimaklumkan dengan kadar segera. Jika pihak ASTAS™ tidak dapat menghubungi ibubapa, pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.
Bagi kecederaan atau penyakit yang minimum, pelajar akan diletakkan dibilik yang berasingan sehingga ibubapa tiba.
PENTING: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon rumah, pejabat, dan telefon bimbit ibubapa tidak dikemaskinikan pada pihak ASTAS™ sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
16
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
POLISI
POLISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR
Perlakuan positif dari tingkah laku pelajar digunakan untuk membantu mereka belajar mengawal diri, menyelesaikan masalah, perundingan, dan bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Ibubapa akan dimaklumkan mengenai perlakuan anak mereka ketika disekolah. Jika masalah disiplin berlarutan, pihak ASTAS™ akan mengadakan perjumpaan bersama ibubapa dan guru.
MAKLUMAT SULIT
Adalah mustahak bagi pihak ASTAS™ dan ibubapa untuk menghormati privasi masing-‐masing. Sebarang pemberitahuan, komen atau soalan boleh ditanyakan terus kepada pihak pengurusan. Perkara sensitif mengenai pelajar tidak boleh dibicarakan secara umum. Pihak ASTAS™ menghargai sensitiviti ibubapa tentang perkara ini.
17
PANDUAN IBUBAPA
PENGLIBATAN IBUBAPA
Penglibatan ibubapa amatlah penting dalam perkembangan kanak-‐kanak diperingkat pra-‐sekolah. Ibubapa, guru dan pengurusan AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ bersama berganding bahu untuk menjayakan setiap aktiviti dan program di ASTAS™.
Ibubapa memainkan peranan penting dalam setiap program dan aktiviti AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™. Penglibatan ibubapa adalah diperlukan pada setiap program berikut:
PROGRAM DAN AKTIVITI LUAR
• Ibubapa hendaklah menghadiri dan memastikan anak menghadiri pada setiap aktiviti yang diadakan oleh AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ .
PENILAIAN BERTERUSAN DIRUMAH
• Ibubapa dikehendaki memberi bimbingan dan praktikal Pendidikan Islam dirumah.
18
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
PENGLIBATAN IBUBAPA
MESSAGE BOOK DAN BERITA UMUM TADIKA
• Setiap ibubapa perlu menyemak dam membaca jika terdapat sebarang informasi terkini mengenai ASTAS™ di dalam Message Book.
PERJUMPAAN GURU DAN IBUBAPA
• SEMUA ibubapa diWAJIBkan menghadiri Hari Perjumpaan Guru dan Ibubapa seperti yang dijadualkan.
• Pihak pengurusan berhak menggubal, menambah dan memperbaharui peraturan-‐peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada ibubapa mengenai perubahan tersebtu.
Tandatangan ibubapa/penjaga: ………………………………… Nama: Tarikh:
19
PANDUAN IBUBAPA
SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK DIBENARKAN DI BAWA KE ASTAS™
1. Makanan terproses seperti nugget, sosej, french fries dan burger (kecuali homemade)
2. Air manis dalam kotak atau tin. Kami di ASTAS menggalakkan murid membawa bekal air masak/air putih/air mineral sahaja ke sekolah.
3. Susu formula. 4. Air berkultur seperti vitagen atau yakult.
(Kandungan gula putih yang amat tinggi) 5. Kek (kecuali homemade) 6. Biskut berkrim. 7. Sebarang makanan ringan seperti keropok, gula-gula
dan coklat.
Jika terdapat murid-murid yang membawa makanan dan minuman seperti di atas, guru-guru akan menyimpan semula makanan dan minuman ini dan menyerahkan kembali kepada ibubapa.
20
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™
PANDUAN IBUBAPA
POLISI PENJAGAAN PEMAKANAN SIHAT & SUNNAH
Di antara penjagaan pemakanan organik yang kami lakukan adalah dengan menggunakan bahan dalam masakan seperti:
1. Tepung tanpa peluntur. 2. Mentega Tatura. 3. Yis organik 4. Baking soda dan baking powder organik. 5. Ayam organik. 6. Bihun keluaran syarikat Muslim. 7. Garam merah jambu organik. 8. Gula perang organik. 9. Telur ayam kampung bebas suntikan antibiotik. 10. Sayuran organik bebas dari racun kimia. 11. Setiap masakan TIDAK menggunakan serbuk perasa
seperti ajinomoto, secukup rasa, kiub ayam dan sebagainya.
12. Sos tomato, cili dan sos tiram yang dibuat sendiri. 13. Tidak menggunakan kicap (mengandungi pewarna,
pengawet dan bahan kimia tambahan) dalam sebarang masakan.
Para huffaz cilik di As-Salahuddin Smart Tahfiz School™menjaga pemakanan demi menjaga kualiti hafazan Al-Quran dan pembelajaran akademik mereka.
21
PANDUAN IBUBAPA
PENTING!
SAMBUTAN HARI JADI tidak meriah jika tiada kek,coklat dan gula-gula terutama sambutan di Tadika.
As-Salahuddin Smart Tahfiz School™ mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut bagi ibubapa yang ingin mengadakan sambutan hari jadi di Tadika:
1. Kek hari jadi dibuat sendiri oleh ibubapa (homemade). Bukan dibeli dikedai. Kek mestilah tiada sebarang pewarna campuran atau dari bahan-bahan yang kurang pasti toyyibannya. Sebagai alternatif boleh buat kek buah-buahan atau kek pulut kuning.
2. Goodies bag adalah kegemaran kanak-kanak! Pastikan goodies bag tidak mengandungi sebarang gula-gula,coklat mahupun keropok. Boleh diganti dengan buku nota warna-warni,pensel mahupun pensel warna. Karakter kartun pada barangan ini pastikan BUKAN bertema superhero seperti BATMAN, SPIDERMAN, SUPERMAN dan sebagainya.
3. Makanan ringan tambahan juga tidak digalakkan. Ibubapa boleh membekalkan makanan seperti makaroni,spageti,bihun, dan kuih muih.
22
©AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™ © AS-SALAHUDDIN SMART TAHFIZ SCHOOL™