kertas kerja perniagaan biskut ftt

23
KERTAS KERJA PERNIAGAAN FAUZAN’S COOKIES RINGKASAN EKSEKUTIF Perniagaan Fauzan’s Cookies telah didaftarkan pada 05 Julai 2011 dengan SSM dan No. Pendaftaran : IP0350382-A .Alamat berdaftar Lot 2352 RPT Haji Tahir, Batu Masjid, Temoh, perak. Perniagaan ini adalah milik perkongsiaan dengan aktiviti perniagaan iaitu pemasaran / pengeluaran cookies di R&R Tapah Utara-Selatan. Fauzan’s Cookies akan mempromosikan produk-produk yang dikeluarkan oleh Fauzan’s Cookies sebagai alternative untuk mengembangkan lagi permintaan Cookies ini dari masa ke semasa hinggalah ke peringkat global. Dengan adanya peluang perniagaan ini di R&R Tapah Utara-Selatan secara tidak langsung dapat mempromosikan produk Fauzan’s Cookies di mata pengunjung dan pengguna lebuhraya utara-selatan. Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran pemilihan makanan yang berkualiti Fauzan’s Cookies adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan produk makanan berkualiti untuk kesihatan. Dengan sokongan dan kerjasama dari pihak PLUS Malaysia akan memartabatkan lagi ekonomi negara kita.

Upload: ridzuansubri

Post on 21-Nov-2015

3.786 views

Category:

Documents


227 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Perniagaan Biskut ftt gfg

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PERNIAGAAN

FAUZANS COOKIES

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Fauzans Cookies telah didaftarkan pada 05 Julai 2011 dengan SSM dan No. Pendaftaran : IP0350382-A .Alamat berdaftar Lot 2352 RPT Haji Tahir, Batu Masjid, Temoh, perak. Perniagaan ini adalah milik perkongsiaan dengan aktiviti perniagaan iaitu pemasaran / pengeluaran cookies di R&R Tapah Utara-Selatan. Fauzans Cookies akan mempromosikan produk-produk yang dikeluarkan oleh Fauzans Cookies sebagai alternative untuk mengembangkan lagi permintaan Cookies ini dari masa ke semasa hinggalah ke peringkat global. Dengan adanya peluang perniagaan ini di R&R Tapah Utara-Selatan secara tidak langsung dapat mempromosikan produk Fauzans Cookies di mata pengunjung dan pengguna lebuhraya utara-selatan. Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran pemilihan makanan yang berkualiti Fauzans Cookies adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan produk makanan berkualiti untuk kesihatan. Dengan sokongan dan kerjasama dari pihak PLUS Malaysia akan memartabatkan lagi ekonomi negara kita.

KANDUNGAN

Ringkasan EksekutifKandungan 1.0 Pengenalan2.0 Objektif/ Tujuan Kertas Kerja3.0 Latarbelakang Perniagaan Pemilik4.0 Strategi Perniagaan4.1 Promosi4.2 Contoh-contoh produk4.3 Kumpulan sasaran4.4 Harga4.5 Cadangan Produk4.6 Anggaran jualan4.7 Lokasi5.0 Waktu Perniagaan6.0 Pesaing7.0 Halangan8.0 Gambar Plan Bangunan/Lokasi9.0 Hustifikasi/Penutup

1.0 PENGENALAN

Produk Cookies berasal dari Negara luar iaitu Amerika. Namun produk Cookies ini telah dikenali dan diterima oleh masyarakat Malaysia. Bahkan telah menjadi makanan Favourite dewasa ini.

Permintaan cookies yang semakin meluas telah mencetus semangat pengeluar untuk mengusaha cookies secara komersial. Bahan-bahan yang digunakan seperti oat mengandungi serat yang tinggi. Chocolate chips yang digunakan juga adalah yang terpilih daripada kualiti yang tinggi. Pengunaan gula perang juga satu faktor yang menjadikan produk Cookies Fauzans Cookies berkhasiat dan terjamin untuk kesihatan penggemar cookies.

Produk-produk yang dikeluarkan/diusahakan oleh Fauzans Cookies adalah HALAL dan terjamin kebersihannya. Rasa dan kerangupannya telah terbukti daripada maklum balas penggemar cookies yang telah menjadi pelanggan tetap Fauzans Cookies.

Terdapat 3 Jenis Cookies yang diusahakan iaitu :-

Cookies Coklat & Choc. chips Cookies Mocho & Choc Chips Cookies Oat & choc chips

2.0 OBJEKTIF/ TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan untuk membentangkan perancangan perniagaan Fauzans Cookies yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran dan pendadbiran. Kos pelaburan projek adalah dianggarkan sebanyak RM 35,000.00 dimana telah dibiayai dengan modal pemilik sendiri.

BUTIRAN ANGGARAN MODAL.

ItemPerbelanjaan

1. Oven/ microware RM 3,000.00

2. Peti Sejuk RM 2,000.00

3. Tapak premis RM 20,000.00

4. Peralatan memasak RM 2,000.00

5. Bahan-bahan Cookies RM 5,000.00

6. Lain-lain RM1,000.00

Jumlah RM35,000.00

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.

Nama Perniagaan/ syarikat : Fauzans CookiesAlamat Berdaftar: Lot 2352 RPT Haji Tahir, Batu Masjid, Temoh, perak.Alamat Operasi: R&R Tapah Utara-SelatanNo.Daftar Perniagaan/ Syarikat: IP0350382Tarikah Pendaftaran: 05 JULAI 2011Aktiviti perniagaan: Pengusaha & Pengedar CookiesStatus Perniagaan / Syarikat: PerkongsianModal Awal: RM 35,000.00

3.1 LATAR BELAKANG PEMILIK:

Nama: Norhamizan Bt OmarJawatan: Pengusaha/PengedarAlamat: Lot 2352 RPT Haji Tahir, Batu Masjid, Temoh, perakNo.Tel: 012-5755627No.KP: 740110-08-6866Umur: 37 TahunBangsa/ Agama: Melayu/IslamTaraf Perkahwinan: Berkahwin

3.2 LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI

Nama: Mohd Fauzi B. SaidJawatan: Pengusaha/PengedarAlamat: Lot 2352 RPT Haji Tahir, Batu Masjid, Temoh, perakNo.Tel: 019-5681985No.KP: 690111-11-5099Umur: 42 TahunBangsa/ Agama: Melayu/IslamTaraf Perkahwinan: Berkahwin

4.0 STRATEGI PERNIAGAAN4.1 PROMOSI; : Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.: Memastikan mutu rasa dan persembahan produk sentiasa berkualiti.: Mengedarkan pamplet dan broser secara berkala: menggunakan internet sebagai promosi online iaitu di Facebook dan Website.: Membuka gerai di Pasar Ramadhan dan Pasaraya.

4.3 KUMPULAN SASARAN : ~ Skop untuk potensi pelanggan ialah pengguna atau pengunjung lebuhraya iaitu kanak-kanak, dewasa dan warga tua. ~ Aspek produk yang diambil kira ialah mengikut kategori:i) Kanak-kanak ..coklat cookiesII) Dewasabiskut-biskut modenIII) Warga Tua...mini apom.

4.3 HARGA : ~ berdasarkan harga semasa pasaran mentah untuk produk cookies. ~ berpatutan dan setanding dengan harga pasaran di luar. ~ mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

4.4 CADANGAN MENU / HARGA JUALAN

PRODUK

KUANTITI

HARGA

COOKIES ~ mocha & choc chips

1 set (20 biji)RM20.00

COOKIES ~ oats & choc chips

1 set (20 biji)RM20.00

COOKIES ~ choc & choc chips

1 set (20 biji)RM20.00

MUFFIN1 bijiRM1.70 (L)RM1.20(S)

CHEESE TART

1 set (6 biji)RM7.50

MINI APOM

6 bijiRM3.00

TART NANAS

1 set (40 biji)RM20.00

DADIH / JELLY

1 cupRM1.50

4.5 ANGGARAN JUALAN: ~ JANGKAMASA PENDEK ~ BULANJUALANCATATAN

140kg-

244kgAnggaran 10% bertambah

348kgAnggaran 10% bertambah

453kgAnggaran 10% bertambah

5 58kgAnggaran 10% bertambah

663kgAnggaran 10% bertambah

770kgAnggaran 10% bertambah

877kgAnggaran 10% bertambah

985kgAnggaran 10% bertambah

1093kgAnggaran 10% bertambah

11102kgAnggaran 10% bertambah

12112kgAnggaran 10% bertambah

ANGGARAN JUALAN : ~ JANGKAMASA PANJANG ~TAHUNJUALANCATATAN

1112 kgAnggaran 5% bertambah

2117kgAnggaran 5% bertambah

3123kgAnggaran 5% bertambah

4129kgAnggaran 5% bertambah

5 seterusnya136kgAnggaran 5% bertambah

4.6 LOKASI : Hentian R&R Tapah Utara & Selatan amat strategik dan sesuai disebabkan beberapa faktor:i) Berprestij tinggi ~ perhentian yang paling besar di Asia Tenggara.ii) Kedudukan ~ ditengah-tengah perjalanan dari arah Utara-Selataniii) Dekorasi ~ cantik,ceria,gah dan moden menjadi tarikan pengunjung atau pengguna lebuhraya singgah.

5.0 WAKTU PERNIAGAAN : DIBUKA ~ 9.00 pagi DITUTUP ~ 10.00 malam

6.0 PESAING ; ~ Terdapat pesaing Fauzans Cookies di Hentian R&R Utara&Selatan dan R&R Sabak Bernam yang menjual cookies. ~ Premis Hentian R&R Tapah juga telah sedia ada menjual produk yang sama dengan Fauzans Cookies seperti bahulu, mini apom dan produk yang dibuat daripada pastry. ~ Namun produk yang dijual di premis-premis tersebut kurang berkualiti dari segi jaminan rasa.Produk panas tidak disimpan di dalam tempat pemanasan menyebabkan kualiti rasa dan bentuk masih tidak lagi asli. ~ harga yang dikenakan terhadap produk pula tidak sesuai dengan saiz dan Kualiti produk ~ Daripada pemantauan itu Fauzans Cookies yakin dapat memberi kepuasan yang setimpal dan semaksimum kepada pembeli.

7.0 HALANGAN

7.1 ~ Dalaman; 7.1.1 ~ peralatan yang ada tidak dapat menampung permintaan yang semakin banyak. 7.1.2 ~ Pengetahuan tentang perniagaan masih di tahap yang rendah- memerlukan kursus-kursus produk.7.2 ~ Luaran: 7.2.1 ~ permintaan pembeli melebihi had kemampuan pengeluaran. 7.2.2 ~ Cuaca hujan dan panas terik menjejaskan pelanggan singgah di Hentian R&R.

9.0 HUSTIFIKASI / PENUTUP

Daripada pembentangan kertas kerja yang dibentangkan, FAUZANS COOKIESAmat berkeyakinan bahawa perniagaan yang bakal diceburi ini akan memberi pulangan yang memberangsangkan.Setiap yang dirancang bagi meluaskan pasaran produk FAUZANS COOKIES ini diharap mendapat sokongan dan kerjasama pihak PLUS Malaysia.Oleh yang demikian, FAUZANS COOKIES amatlah optimis di mana adanya daya maju dan mampu berkembang hingga di mata dunia.InsyaAllah.

CONTOH-CONTOH PRODUK

CONTOH-CONTOH PLAN BANGUNAN/KIOSK

Fauzans cookies0125755627 / 0195681985 Tarikh : 13 Julai 2011

Plus Expressways Berhad,Komplek Pejabat Seksyen C1,Persimpangan Bertingkat Tapah,Lebuhraya Ipoh Bidor,35500 Tapah Perak.

Tuan / Puan,

MEMOHON TAPAK NIAGADengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Sehubungan dengan itu kami berharap semoga pihak tuan dapat memberi peluang dan sokongan untuk merealisasikan produk kami dikenali ramai khususnya pengunjung lebuhraya.4. Bersama-sama ini kami lampirkan proposal Fauzans Cookies untuk pertimbangan pihak tuan.Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

Yang Benar,(NORHAMIZAN OMAR)Pengusaha Fauzans Cookies