biskut raya

Click here to load reader

Post on 25-Jul-2015

332 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SEPI BISKUT-BISKUT HARI RAYA AIDILFITRI

Almond London Bahan-bahan (anggaran 130 pcs satu adunan)

250gm mentega 1/2 cawan gula caster 1 tsp esen vanilla 2 biji telur `A`(buang 1 putih telur) 1/2 cawan badan serbuk 1/2 cawan cornflake --di mesin halus dahulu 350 gm tepung gandum

Bahan-Bahan Extra

Secukup badam biji (1 Kg) ~ boleh didapati dalam anggaran 700 biji kacang.Hendaklah dibakar dahulu(berasingan)sebelum disalut dengan doh. Cooking coklat ~ jika hendak coklat yang di salut cantik berkilat ,apabila mencairkan cooking coklat(double boil)masukkan kedalam coklat itu anggaran sebesar 1 kiub gula subtitude cocoa butter (jika guna cocoa butter tidak perlu guna butter atau lain-lain bahan untuk mengilatkan coklat itu) Paper cup Badam cincang ~ untuk hiasan

Cara-cara

Mentega dan gula di pukul hingga sebati(jangan terlampau kembang seperti buat kek) Masukkan esen vanilla dan telur. Masukkan badam serbuk,cornflake mesin dan tepung gandum. Ambil sedikit tepung,letakkan badam biji dan bulat-bulatkan. Bakar selama 40 minit dengan suhu 180C Apabila telah sejuk,masukkan dalam cooking coklat yang telah dicairkan,masuk dalam paper cup dan hias dengan badam cincang.

TAT GULUNG Bahan-bahan

60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau... 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning

Cara-cara

1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT BADAM Bahan-bahan

120gm butter 80 gm gula 1 biji kuning telur 1 s/t vanilla 60 gm badam kisar 180gm tepung gandum badam flake kuning telur untuk sapuan

Cara-cara

1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut. 2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi. 3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi. 4. Canai dan ratakan adunan. 5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya. 6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak. 7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

CHOCOLATE CRUNCH Bahan-bahan

250 g cooking coklat 50 g butter 150 g badam hancur [panggang] 200 g coco crunch 150 g bubble rice acuan kertas hiasan - manik warna-warni

Cara-cara

1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair. 2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati. 3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati. 4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni. 5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara

BISKUT FANCY ICE CREAM

Bahan-bahan

130gm butter 60gm gula icing 160gm tepung gandum 20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh) 20gm tpg kentang 10 gm tepung kastad 1/4 sudu serbuk penaik 20gm serbuk badam

Cara-cara

Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn pengelek gerigi dan terap dgn acuan ais krim. dah masak celup dgn coklat hujung nya dan tabus manik berwarna.

topping cairkan coklat dlm oven dan letak minyak masak gaul rata

Chocolate Chip Cookies

bahan-bahan

2 cawan tepung gandum serbaguna 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh garam 3/4 cawan butter, dicairkan 1 cawan gula perang (packed brown sugar) 1 sudu teh esen vanilla 1 biji telur 1 biji kuning telur 1 cawan semisweet chocolate chips 1 cawan walnut (dicincang)

Cara-cara 1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang pembakar. 2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan. 3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu. 4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

Cereal & Mix fruits cookies

Bahan-bahan

125 gm Mentega 100 gm Tepung Gandum - Ayak 100 gm Tepung Jagung - Ayak 200 gm Gula Castor 1 sudu teh serbuk penaik - Ayak 1 sudu teh chocolate paste (emulco) 1/2 cawan nestum 1 biji telur 1/3 kotak mix fruits Peanut (chopped) Hiasan Chocolate cair & nestum Cara-cara

Gaul semua bahan ayak dgn nestum.. ketepikan... kacau mentega dgn gula castor hingga sebati, masukkan telur.. pukul hingga ringan.. masukkan chocolate paste.. pastu masukkan pula mix fruits dan peanut cincang... kacau rata.. pastu masukkan pula bahan ayak yg telah di gaul dgn nestum... uli sebati... bentukkan bebola.. dan salut dgn nestum.. tekan dgn garpu pastu susun dan bakar... bila dibahagian bawah dan bertukar coklat..hahaa dah masak ler tuh... bila dah sejuk hias dgn coklat cair...

Snow Heart cookies

Bahan-bahan

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu) 800gm tepung gandum 16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik) 12 ozs gula aising (1 oz = 28 g) 1 sudu teh soda bikarbonat Susu Nespray (atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot)

Cara-cara

Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat Pukul ghee dan gula halus hingga sebati Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai nombor 3 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong) Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan

BISKUT COKLAT RICE

Bahan-bahan

250 gm butter 150 gm gula halus 1 biji kuning telur 50 gm tepung jagung 230 gm tepung gandum 30 gm serbuk koko bahan hiasan

paper cup coklat rice badam cincang

Cara-cara

1. Pukul buter dan gula sehingga sebati. 2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi. 3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko. 4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata, 5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern. 6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang. 7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit. 8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

BISKUT ALMONDS SWEETIES Bahan-bahan

250gm butter 160 gm gula 1 biji kuning telur 1 s/t vanilla 150 gm badam kisar ] 300gm tepung gandum ] gaulkan rata 60 gm yepung jagung ] Bahan hiasan

paper cup coklat putih coklat cooking manik hiasan

Cara-cara

1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut. 2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi. 3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi. 4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang 5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit 6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang. 7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut. 8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku. 9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag. 10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati. 11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Biskut Chocolate Treasure Hunt

Bahan-bahan Untuk base: 250gm butter 25 g susu powder 65 gm gula kastor 250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut 65 gm tepung jagung 50 gm koko

Untuk topping: 2 cwn c/flakes 500 gm white chocolate 50 gm almond nibs..... 50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis cooking chocolate untuk drizzle

Cara-cara Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan segala jenis bahan kering tadi dan gaul hingga sebati dan dibulat-bulatkan dan ditekan dalam papercup.

Bakar: Untuk topping, cairkan white chocolate (buat skit2 lerrrr) dgn menggunakan kaedah double boiler... dah cair masukkan cornflakes, almond nibs, dan golden raisins tadi. gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan tadi... make sure jgn terlalu banyak cornflakes nanti tak lekat plak. Biskut yang dah sejuk tadi disusun dalam talam dan masukkan topping ke atas biskut tu. pastu cairkan cooking cokelat dan masukkan dalam piping bag dan pipe secara drizzle ke atas topping tadi... Biarkan topping nya kering dan simpan.

BISKUT MAMA CARRIES Bahan-bahan

300 gm mentega 400 gm tepung gandum 120 gm tepung jagung 100 gm gula aisng 1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang . 2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul sebati. 3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .

Aising : 2 biji putih telur 150 gm gula aising 15 gm tepung jagung Coklat paste beberapa batang tooth-stick Untuk membuat aising: 1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan . 2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste. 3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan. 4. Celupk