kaedah membuat biskut dan kek

16
2.4 KAEDAH MEMBUAT BISKUT & KEK KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Upload: juliana-jue

Post on 15-Nov-2014

6.328 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah membuat biskut dan kek

2.4 KAEDAH MEMBUAT BISKUT & KEK

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Page 2: Kaedah membuat biskut dan kek

Sukatan Pelajaran

A) Gaul dan ramas

B) Putar

C) Enjut

Page 3: Kaedah membuat biskut dan kek

a) Kaedah gaul dan ramas

Maksud - Lemak (majerin ) dan tepung digaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk.

Sukatan kadar tepung dan lemak ialah :- Satu bahagian tepung dengan 1/3 hingga ½ bahagian lemak.

Page 4: Kaedah membuat biskut dan kek

Peraturan membuat adunan gaul dan ramas.

1) Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan.

Page 5: Kaedah membuat biskut dan kek

2) Masukkan lemak(marjerin) yang beku dan potongkannya kecil-kecil dengan pisau meja.

Page 6: Kaedah membuat biskut dan kek

3) Gaul ramas lemak ke tepung dengan menggunakan hujung jari sambil mengangkat- angkat campuran tinggi daripada mangkuk

untuk memasukkan seberapa banyak udara yang boleh. Gaul dengan cepat dan ringan

sehingga campuran seperti kelihatan serbuk roti.

Page 7: Kaedah membuat biskut dan kek

Antara biskut–biskut yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas ialah:

Biskut tart nenas Biskut kacang

Biskut makmur Biskut samperit

Page 8: Kaedah membuat biskut dan kek

B) KAEDAH PUTAR

Dalam kaedah putar, lemak dan gula diputar sehingga menjadi kembang, ringan, gebu dan berwarna putih.

Page 9: Kaedah membuat biskut dan kek

Kek dan biskut yang disediakan dengan kaedah putar lebih lemak dan lembap kerana kerana sukatan lemak yang digunakan adalah lebih banyak daripada tepung.

Contoh biskut yang disediakan dengan kaedah putar ialah biskut badam, biskut serpihan coklat dan biskut cornflakes rangup.

Contoh kek yang disediakan dengan kaedah putar ialah kek permaisuri, kek coklat dan kek pelangi.

Page 10: Kaedah membuat biskut dan kek

CONTOH BISKUT KAEDAH PUTAR

•Biskut badam•Biskut Serpihan coklat•Biskut Cornflakes Rangup

Page 11: Kaedah membuat biskut dan kek

KEK KAEDAH PUTAR•Kek Permaisuri•Kek Coklat•Kek Pelangi

Page 12: Kaedah membuat biskut dan kek

C) KAEDAH ENJUT

Kaedah enjut ialah gula dan telur dienjut sehingga kembang dan gebu. Udara yang diperangkap dalam telur menjadikan hasil adunan ringan.

Page 13: Kaedah membuat biskut dan kek

Kaedah ini menggunakan sukatan gula dan telur yang banyak serta sedikit tepung. Tiada lemak dan serbuk penaik digunakan. Jumlah telur yang banyak menjadikan adunan lebih ringan.

Contoh kek yang disediakan dengan kaedah ini

ialah bahulu, sementara bahulu gulung dan bahulu lapis ialah hasil yang divariasikan. Kek yang divariasikan boleh dihias dengan coklat urai, coklat cair, kelapa parut kering atau jem nanas.

Page 14: Kaedah membuat biskut dan kek

Bahulu sejenis kek yang di buat denga kaedah enjut

Bahulu

Page 15: Kaedah membuat biskut dan kek

• Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghiaskan kek adalah seperti gula aising, jem nanas, raspberi atau blueberi.

• Kek yang siap dipotong dengan kemas boleh dihidangkan di atas pinggan yang beralaskan kertas doili.

Tambahan

Page 16: Kaedah membuat biskut dan kek

SEKIAN

TERIMA

KASIH…