bab1 kaedah membuat kek dan biskut

16
BAB 1: KAEDAH MEMBUAT BISKUT DAN KEK EKONOMI RUMAH TANGGA-TINGKATAN 3

Upload: hanz-mohd-zain

Post on 24-Jun-2015

1.746 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

nota khb ert tingkatan 3

TRANSCRIPT

Page 1: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

BAB 1: KAEDAH MEMBUAT

BISKUT DAN KEK

EKONOMI RUMAH TANGGA-TINGKATAN 3

Page 2: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

A) Kaedah Gaul dan Ramas Pengertian Kaedah Gaul dan Ramas.Kaedah gaul dan ramas ialah lemak dan tepung digaul ramas dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.

i) Biskut yang disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas.Antara biskut yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas adalah seperti:(a) Biskut samperit (c) Biskut kacang(b) Tart nanas (d) Biskut makmur

menu

x

Page 3: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

ii) Menghias dan Menghidang BiskutBiskut boleh dihias dengan pelbagai jenis hiasan agar kelihatan menarik. Jenis-jenis hiasan yang mudah adalah seperti kuning telur, ceri, coklat urai, dan gula manik yang beraneka warna. Biskut boleh dihidangkan di dalam pinggan yang dialaskan dengan kertas doili.

iii) Membungkus BiskutCara Menyimpan Biskut1 Biskut hendaklah disejukkan sebelum disimpan dalam bekas yang sesuai seperti plastik, kotak lutsinar, dan balang kedap udara supaya biskut tahan lama, mudah dilihat dari segi bentuk dan susunan biskut yang menarik.2 Simpan biskut yang berlainan jenis di dalam bekas yang berasingan supaya kualiti biskut terjamin.3 Elakkan daripada menyimpan biskut dalam bekas yang sama dengan kek kerana kelembapan pada kek akan meresap ke dalam biskut.

Page 4: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

iv) Kaedah Membungkus Biskut

Bil Kaedah I llustrasi 1.

Sediakan plastik lutsinar 24 cm x 28 cm. Lipat mengikut garisan putus-putus dan gam di hujung kertas yang ditangkup.

2.

Ukur 7 cm dari bahagian bawah kertas tersebut. Tandakan dengan garis putus-putus.

Page 5: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

3.

L ipatkan kertas mengikut garis putus-putus

4.

L ipat pipih ke atas dan ke bawah bahagian kecil.

5.

L ipat di bahagian atas dan bawah yang dipipihkah, kemudian gam. Gunting birai di bahagian atas.

6.

Contoh bungkusan yang.sudah. siap.

Page 6: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

v) Pengiraan Kos Biskut Kacang Kos Bahan

Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) J umlah Kos (RM)

Tepung gandum 125 g 2.50/kg 0.30

Garam Secubit 0.80/kg 0.05

Marjerin 60 g 10.50/kg 0.63

Gula halus 45 g 2.80/kg 0.13

Telur 1 biji 0.30/biji 0.30

Esen vanila ½ camt. 2.50/botol 0.05

Kacang tanah 30 g 4.50/kg 0.14

J umlah 1.60

Page 7: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

Kos Upah Kos upah = Bilangan pekerja X Masa X Kadar upah

= 1 orang X 1 jam X RM3.00 = RM3.00

Kos Overhed Kos overhed = Gas + Air

= RM0.80 + RM0.20 = RM1.00

Kos Projek Kos projek = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed

= RM1.60 + RM3.00 + RM1.00 = RM5.60

Page 8: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

i) Kek yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas

Contoh kek yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas ialah:a) Ban batu karan b) Ban jem c) Kek bantal

ii)Kek akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan jika dihias sama ada menggunakan aising, krim, coklat, atau menggunakan buah-buahan seperti buah-buahan campuran, kismis, raspberi dan strawberi. Kek boleh dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doili.

Page 9: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

iii)Pengiraan Kos KekPengiraan kos kek bagi kaedah ini dibuat berdasarkan bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan kos di atas).

i) Pengertian PastriPastri adalah adunan tepung, lemak, dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk doh. Pastri yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas dikenal sebagai pastri rapuh.ii) Pastri yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan RamasAntara contoh pasti rapuh yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas adalah seperti di bawah:(a) Karipap(b) Sardin gulung(c) Tartkelapa

Page 10: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

iii) Menghias dan menghidang pastriPastri boleh dibuat sama ada berinti savouri atau manis. Pastri berinti manis boleh dihias dengan pelbagai jenis jem buah-buahan, aising, gula halus, dan krim kastad.Pastri manis boleh dihidangkan dalam pinggan bulat beralaskan kertas doili.

Pastri berinti savouri seperti karipap dan sardin gulung boleh dihidang dalam pinggan bujur ataupun lebih menarik lagi jika menggunakan bakul-bakul roti kecil beralaskan kain ataupun kertas doili. Hiasan dengan cili merah, daun parsli, dan daun pudina menjadikan hidangan lebih menarik.

iv) Pengiraan Kos PastriPengiraan kos pastri dibuat berdasarkan kepada bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan kos di atas).

Page 11: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

B) Kaedah PutarPengertian Kaedah PutarKaedah putar ialah kaedah di mana lemak dan gula diputar sehingga menjadi kembang dan putih.i) Biskut yang Disediakan dengan Kaedah PutarAntara biskut yang disediakan dengan kaedah putar ialah seperti di bawah:(a) Biskut badam rangup(b) Biskut serpihan coklat(c) Biskut cornflakes rangup

Page 12: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

ii) Menghias dan menghidang BiskutHidangkan biskut di atas pinggan beralaskan kertas doili apabila sedia untuk dimakan. Biskut juga boleh disimpan di dalam bekas yang kedap udara supaya rasa biskut dapat terpelihara. Susunan biskut mestilah kemas dan menarik agar biskut sentiasa kekal dalam bentuk asalnya.

iii) Pengiraan Kos Biskut Kaedah PutarPengiraan kos biskut dibuat berdasarkan kepada bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan di atas).

i) Kek yang Disediakan dengan Kaedah PutarAntara kek yang disediakan dengan kaedah putar adalah seperti berikut:(a) Kek pelangi (b) Kek permaisuri (c) Kek coklat

Page 13: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

ii) Menghias dan Menghidang KekAising, krim coklat, buah-buahan seperti kismis, ceri, raspberi dan buah-buahan campuran digunakan untuk menghias kek. Hiasan yang berasaskan coklat adalah paling popular. Coklat cip, coklat urai dan manik gula berwarna-warni boleh digunakan sebagai hiasan. Kek yang dihias cantik dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doili.

iii) Pengiraan Kos Kek Kaedah PutarPengiraan kos kek dibuat berdasarkan bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan kos di atas).

Page 14: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

c) Kaedah Enjut

Pengertian Kaedah EnjutKaedah enjut ialah gula dan telur dienjut hingga kembang dan gebu. Kualiti kek yang dihasilkan dengan kaedah ini bergantung kepada kuantiti udara yang terperangkap di dalam adunan ketika mengenjut.

i) Kek yang Disediakan dengan Kaedah EnjutBahulu ialah sejenis kek yang disediakan dengan kaedah enjut. Bahulu boleh disediakan dalam acuan pelbagai corak untuk mendapat bentuk yang menarik. Bahulu dihidang di dalam pinggan beralaskan kertas doili. Simpan dalam balang kedap udara untuk memelihara rasanya.

Page 15: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

ii) Pengiraan Kos BahuluPengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang digunakan untuk resipi bahulu (rujuk contoh pengiraan kos di atas).

Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut yang DivariasikanContoh kek daripada kaedah enjut yang divariasikan adalah seperti di bawah:(a) Bahulu gulung(b) Bahulu lapis

i) Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang DivariasikanKek kaedah enjut boleh divariasikan dengan menambahkan bahan-bahan lain seperti krim koko dan jem bagi menambahkan rasa kepada bahulu. Ia juga menjadikan bahulu lebih menarik.

Page 16: Bab1 kaedah membuat kek dan biskut

ii) Menghias dan Menghidang Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan. Kek bahulu seperti bahulu gulung boleh dihias dengan berbagai-bagai cara menggunakan aising, coklat cair, coklat urai, jem panas, dan kelapa parut.Contohnya: • Coklat cairBahagian luar kek gulung boleh dihiasi dengan membuat corak menggunakan coklat cair.

• Jem panas dan kelapa parut keringSapukan bahagian luar kek gulung dengan jem panas serta sadurkan dengan kelapa parut kering yang berwarna atau tanpa warna.Potong bahulu gulung setebal 2-3 cm. Aturkan di dalam pinggan bulat beralaskan kertas doili. Hiaskan dengan ceri merah.iii) Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang DivariasikanPengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih (rujuk contoh pengiraan kos di atas).