fonetik

36
FONETIK FONOLOGI NOR ATHIRAH BINTI NAZLIE LEONG D20121057983 NURHAFIZAH BINTI RAZALI D20121057997 SITI NURBAYAH BINTI RASID D20121057990 NUR AMIRA BINTI ISMAIL D20121057970

Upload: sky-red

Post on 22-May-2015

3.094 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fonetik

FONETIK FONOLOGI

NOR ATHIRAH BINTI NAZLIE LEONG D20121057983NURHAFIZAH BINTI RAZALI D20121057997SITI NURBAYAH BINTI RASID D20121057990NUR AMIRA BINTI ISMAIL D20121057970

Page 2: Fonetik

PENDAPAT TENTANG FONOLOGI

Nik Hassan Basri Nik Ab

Kadir (2005:39)

•Bidang yang menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif.

Raminah Hji Sabran dan Rahim Syam

(1985)

• Bidang fonologi yang mengkaji sistem bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.

Page 3: Fonetik

Abdul Aziz

Abdul Talib

• Fonologi bermaksud sistem bunyi di mana setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bunyi atau fonologi sesuatu bahasa itu mencakupi aspek seperti sebutan, tekanan dan aliran ucapan.

Siti Hajar Hj Abdul

Aziz

•Fonologi merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara am menggunakan kriteria-kriteria linguistik untuk pembahagian dan penjenisan bahan-bahan yang dikutip dalam bidang fonetik.

Page 4: Fonetik

fonologiPhone

(bunyi bahasa)Logic

(ilmu pengetahuan)

Phonology

(cabang ilmu

bahasa yang

meneliti bunyi-bunyi

bahasa yang

diucapkan oleh

manusia dan

fungsinya dalam sistem bunyi

bahasa.)

Page 5: Fonetik

DEFINISI LAINKamus

Linguistik (1997:76)

• Cabang linguistik yang mengkaji bunyi bunyi bahasa dan fungsinya di dalam sistem bunyi bahasa. Bertujuan untuk menunjukkan pola bunyi distingtif di dalam sesuatu bahasa.

Kamus Dewan Edisi Keempat

(2005:39)

• Kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

Page 6: Fonetik

FONEMIK

Fonemik ialah salah satu cabang yang menganalisis sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu masa tertentu. Tujuan kajian ialah untuk mengenal sistem ejaan atau tulisan bagi bahasa tersebut.

Menurut Kamus Linguistik (1997:75) fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah (fonematik).Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:414) pula memdefinisikan fonemik sebagai yang berkenaan fonem atau kajian linguistik tentang fonem.

Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2005:39) pula mengatakan bahawa fonemik ialah ilmu yang mempunyai kaitan yang erat dengan bidang fonetik kerana kedua-duanya mengkaji bunyi-bunyi bahasa. Bidang ini bertugas untuk menganalisis data-data bunyi yang dikumpul oleh bidang fonetik untuk mengkelaskan satu fonem.

Page 7: Fonetik

FONETIK

Page 8: Fonetik

Kamus linguistik : pengkajian tentang bunyi yang dihasilkan oleh manusia, bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa dan bunyi pinggiran dan pengkajian itu memberikan lambang fonetik untuk bunyi-bunyi tersebut

Kamus dewan edisi keempat : ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan dan lambang yang menunjukkan sebutannya

Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir : ilmu yang mengkaji segala bunyi bahasa dan memberi lambang-lambangfonetik yang dilyulis dalam kurungan []

Page 9: Fonetik

The world book of dictionary : the body of speech sounds of

any one language, and their relation to one

another

Kamus linguistik : ilmu yang menyelidiki

penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi

bahasa

Marsono : ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi

bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam

sesuatu bahasa

W. Bright (International

Encyclopediaof Linguistics) : the

study of the physical

characteristic of human speech

sounds

Abdullah Hassan : fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-

unsur dalam bentuk bunyi

Page 10: Fonetik

CABANG FONETIK

Artikulasi

Auditori Akustik

Page 11: Fonetik

Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Bidang pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam BM

Meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi dihasilkan

Contohnya : vokal , konsonan , diftong ,

Page 12: Fonetik

FONEMKamus linguistik : unit terkecil abstrak yang membezakan

makna

Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir : unit bunyi yang terkecil membezakan makna dan dilihat pada

pasangan minimal

Paitoon M. Chaiyanara : gabungan ciri distingtif artikulasi dan akustik bagi sesuatu bunyi .

Page 13: Fonetik

Alofon

Berdasarkan Kamus Linguistik (1997:9) alofon atau allophone ialah kelainan bunyi yang merupakan anggota daripada satu fonem. Persekitaran yang saling melengkapi atau dalam keadaan kelainan bebas yang menentukan kedudukan bunyi tersebut. Misalnya, bunyi /k/ dan / Ɂ/ dikatakan alofon yang saling melengkapi dalam /kokoɁ/ kokok. Bunyi /k/ tidak boleh berada dibahagian akhir contoh tersebut. Bunyi /a/ dan /ə/ pula dikatakan dalam keadaan kelainan bebas iaitu: Papaya : /papaja/ atau Papaya : /pəpaja/

Page 14: Fonetik

Sambungan…

Pada lingkungan tertentu bunyi /a/ dan /ə/ dalam contoh berikut tidak mengubah makna. Paitoon M. Chaiyanara (2006:108) mentakrifkan alofon sebagai unsur bunyi yang memiliki ciri-ciri fonetik tambahan khusus. Beliau menambah lagi, fonem-fonem konsonan letupan dalam bahasa Melayu memiliki alofon seperti yang berikut:

Page 15: Fonetik

1. Fonem /p/ memiliki dua alofon iaitu /p/ dan /p>/2. Fonem /t/ memiliki dua alofon, iaitu /t/ dan /t>/3. Fonem /k/ memiliki dua alofon, iaitu /k/ dan / Ɂ>/ atau /k>/4. Fonem / Ɂ/ memiliki dua alofon, iaitu / Ɂ/5. Fonem /b/ memiliki dua alofon, iaitu /b/6. Fonem /d/ memiliki dua alofon, iaitu /d/7. Fonem /g/ memiliki dua alofon, iaitu /g/

Page 16: Fonetik

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pula alofon ialah anggota daripada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong di dalam satu fonem. Perkara ini disebabkan akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang sebelum atau selepas daripadanya.

Page 17: Fonetik

a) Dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa alofon kerana pengaruh oleh bunyi di sekitarnya.

Misalnya : fonem /k/

i) /k/ : /kiri/ ii)/kw/ atau /wk/ : [#kwuda#] atau [#wkuda#] iii) / Ɂ/ : /kakaɁ/

b) Bunyi yang bervariasi bebas bunyi-bunyi itu walaupun berbeza dalam perkataan tertentu

tetapi tidak membawa makna yang berbeza atau dalam erti kata lain maknanya tetap sama

Misalnya : /faham/ dengan /paham/ /agama/, /ugama/ dan /igama/

Page 18: Fonetik

Pasangan Minimal

Kamus Linguistik (1997:172) mendefinisikan pasangan minimal sebagai dua butir linguistik yang hanya berbeza pada satu unit.

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi wujud perbezaan fonem yang membezakan makna antara perkataan tersebut.

Page 19: Fonetik

Pasangan

Minimal

Transkripsi

Fonetik

paku baku [#pawku#] [#bawku#]

bila bela [#bila#] [#bela#]

bawang bayang [#bawaŋ#] [#bajaŋ#]

Page 20: Fonetik

Bervariasi Bebas

Menurut Kamus Linguistik (1997:124) kelainan bebas atau free variation, free alternant, facultative variant ialah keadaan hadirnya dua unsur linguistik atau lebih dalam lingkungan yang sama tanpa membezakan makna.

BERVARIASI BEBASMenurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hasssan Basri Nik Ab Kadir bervariasi bebas ialah istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetik yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna.

Misalnya, /fikir/ dengan /pikir/, /eloɁ/ dengan /εloɁ/ dan /oraŋ/ dengan /ɔraŋ/

Page 21: Fonetik

Beralternasi bebas

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) beralternasi bebas ialah istilah yang digunakan bagi bunyi yang sudah bertaraf fonem, tetapi tidak boleh digunakan secara bertukar ganti dalam perkataan tertentu pada lingkungan yang sama. Beralternasi bebas tidak membezakan makna. Misalnya, fonem /a/,/i/ dan /u/ yang hadir pada perkataan : /agama/, /ugama/ dan /igama/ (tetapi tidak membezakan makna.)

Page 22: Fonetik

SALING MELENGKAPI

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) istilah saling

melengkapi juga dikenali sebagai distribusi komplementar , iaitu lingkungan atau tempat yang dihadiri (diisi) oleh satu anggota bunyi

daripada satu- satu fonem dan lingkungan atau tempat itu tidak boleh dihadiri (diisi) oleh

anggota bunyi yang lain daripada fonem yang sama dalam perkataan.

Page 23: Fonetik

Hal ini bermakna , bunyi tersebut mempunyai tempat (lingkungan) tertentu yang boleh

dihadiri atau dilengkapinya.

Contohnya , bunyi /k/ dalam perkataan kakak /#kakaʔ#/ [#kakaʔ#] . Bunyi /k/ boleh hadir

hanya pada awal suku kata (koda) , manakala bunyi /ʔ/ pula boleh hadir pada lingkungan akhir

suku kata (onset) sahaja.

Page 24: Fonetik

Tulisan Rumi Transkripsi Fonemik Transkripsi Fonetik

bengkok /#benkoʔ#/ [#benwkoʔ#]

bengkak /#bengkaʔ#/ [#bengkaʔ#]

kanak – kanak /#kanaʔ kanaʔ#/ [#kanaʔ Kanaʔ#]

pokok /#pokoʔ#/ [#pokoʔ#]

pekak /#pekaʔ#/ [#pekaʔ#]

songkok /#songkoʔ#/ [#songkoʔ#]

Kehadiran bunyi /k/ dan /ʔ/ pada tempat tertentu ini boleh terdapat dalam banyak perkataan lain dalam bahasa Melayu.Misalnya :

Page 25: Fonetik

Oleh sebab tempat atau lingkungan yang boleh diisi oleh /k/ dan /ʔ/ ialah tempat yang tertentu sahaja , maka bunyi /k/ dan /ʔ/

dikatakan saling melengkapi .

Oleh hal yang demikian , bunyi /k/ dan /ʔ/

ialah alofon – alofon kepada fonem /k/ .

Page 26: Fonetik

KESAMAAN FONETIS

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) kesamaan fonetis merupakan satu kaedah atau kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada bunyi – bunyi itu merupakan alofon – alofon kepada satu fonem.

Kaedah lain untuk menentukan alofon – alofon kepada satu fonem ialah saling melengkapi (distribusi komplementar) seperti yang dihuraikan di atas .

Page 27: Fonetik

Bunyi kesamaan fonetis ialah bunyi yang mempunyai sifat fonetis yang sama.Bunyi kesamaan fonetis ini boleh terjadi dengan cara bunyi tertentu yang mendapat pengaruh artikulasi tambahan (koartikulasi) seperti : → pembibiran → penyegauan (penasalan) → pengelelangitkerasan → pengglotisan

Page 28: Fonetik

Contohnya bunyi [k] dengan bunyi [wk] atau [kw] (/k/ yang mendapat pengaruh pembibiran) yang terdapat pada perkataan kawan /#kawan #/ [#kawan#] dan buku /#buku#/ [#wbuwku#] merupakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis ([k] , dan [wk]). Oleh hal yang demikian , [k] dan [wk] ialah alofon kepada fonem yang sama , iaitu /k/ .

Page 29: Fonetik

Begitu juga dengan vocal [a] dalam perkataan dalam /#dalam#/ [#dalam#] dan [ã] sengauan (nasalisasi) dalam perkataan malam /#malam#/ [#malam#] juga merupakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis ([a] yang pertama merupakan vokal biasa sedangkan vokal [ã] yang satu lagi adalah sengauan).

Oleh itu , bunyi [a] biasa dan bunyi [ã] yang disengaukan itu dikatakn bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis.

Page 30: Fonetik

Dalam bahasa Inggeris, terdapat juga bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis misalnya bunyi /p/ yang mendapat pengaruh koartikulasi hembusan seperti dalam perkataan /#pen#/ [# phen #] mempunyai kesamaan fonetis dengan /p/ yang tidak dihembus , yang berada pada akhir kata dalam perkataan top /#top#/ [# wtop #].

Oleh hal yang demikian , bunyi [ph] (yang mengiringi oleh hembusan ) dengan [p] (yang tidak dihembuskan ) ialah alofon- alofon kepada fonem /p/.

Page 31: Fonetik

VOKAL RANGKAP

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2012) fonem vokal rangkap atau dikenali juga sebagai deretan vokal ialah fonem yang hadir berturut – turut dalam satu – satu perkataan . Fonem vokal rangkap ini berbeza dengan diftong . Vokal rangkap ialah vokal penuh yang diucapkan secara sepenuhnya tiap – tiap satu dalam perkataan.Contohnya ,

Page 32: Fonetik

Tulisan Rumi Transkripsi Fonemik Transkripsi Fonetik

dia /#dia#/ [#dija#]

kuih /#kueh#/ [#wkuweh#]

cuit /#čuit#/ [#wčuwit#]

bau /#bau#/ [#bahu#]

jauh /#ǰauh#/ [#ǰahuh#]

kaum /#kaum#/ [#kaʔum#]

lauk /#lauʔ#/ [#laʔuʔ#]

Page 33: Fonetik

Sedangkan diftong ialah dua vokal yang hadir berturut – turut dalam perkataan tetapi cara

penghasilan diftong itu berbeza . Diftong dihasilkan dengan cara satu vocal

diucapkan sepenuhnya sedangkan yang satu lagi diucapkan separuh sahaja.

Kaedah menghasilkan diftong pula melibatkan berlakunya geluncuran .

Hal ini bermakna semasa menghasilkan bunyi vokal penuh , kedudukan lidah kemudiaannya berubah dan geluncur kepada bunyi vokal lain.

Misalnya :

Page 34: Fonetik

Tulisan Rumi Transkripsi Fonemik

Transkripsi Fonetik

amboi /#amboi#/ [#ʔamwboĭ#]

sampai /#sampai#/ [#sampaĭ#]

kerbau /#kerbau#/ [#kerbaȗ#]

Page 35: Fonetik

FONEM KONSONAN RANGKAP

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2012) fonem konsonan rangkap ialah dua konsonan yang hadir berturutan dalam satu perkataan .

Konsonan rangkap tidak terdapat dalam bahasa Melayu jati kecuali dalam kata – kata pinjaman dalam bahasa Jawa dan bahasa Inggeris .

Page 36: Fonetik

Dalam perkataan Inggeris , terdapat banyak perkataan yang memakai fonem konsonan rangkap ini.Antaranya perkataan creep , clock, cloth , bring , brief , steep dan stop.

Konsonan rangkap dalam bahasa Melayu terdapat dalam perkataan - perkataan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Jawa dan Inggeris seperti blok , draf , drama , prihatin , proses , projek dan sebagainya.