fonetik (bunyi-bunyi bahasa)

Upload: lim-ahmad

Post on 03-Jun-2018

356 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    1/57

    Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALANDalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-

    bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi

    vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.

    Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan

    melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal

    mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar

    dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Tidak ada bahasa yang tidak

    mempunyai vokal kerana vokal ialah nadi bunyi dalam urutan suku kata.

    1.2 Objektif

    Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperincikan beberapa objektif seperti berikut :

    a. Mengetahui jenis-jenis vokal dalam Bahasa Melayu .

    b. Menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi-bunyi vokal Bahasa Melayu.

    c. Mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal dengan merujuk gambar rajah.

    1.3 Kaedah

    Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah

    kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan

    rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada

    pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta

    dikatogerikan di bawah sub-topik

    1.4 Batasan Kajian

    Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk memastikan

    bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis menumpukan

    perhatian kepada jenis-jenis vokal bahasa Melayu serta menghuraikan cara penghasilan bunyi-bunyi

    vokal bahasa Melayu disamping mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal bahasa

    Melayu.

    1.5 Definisi Konsep

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    2/57

    Dalam penulisan kertas kerja ini, penulis mengambil kira pendapat beberapa orang tokoh bahasa dan

    penulis untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang jenis-jenis vokal dalam bahasa melayu

    disamping cara penghasilan bunyi-bunyi vokal dan mengetahui peranan alat artikulasi dalam

    penghasilan vokal Bahasa Melayu.

    Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31):

    Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan

    melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal

    mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar

    dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

    Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut:

    Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran

    suara di atas glotis. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal.

    Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar

    dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan

    daripada paru-paru.

    Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics mengatakan:

    Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa

    mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran

    (Arbak Othman 1983:54)

    Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam buku A Course In Morden Linguistic

    memberi definisi vocal sebagai:

    Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara

    (Arbak Othman 1983:54)

    Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi

    definisi seperti berikut:

    Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, , i, o, u )

    Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi

    bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak

    dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah

    lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

    2.0 Vokal Dalam Bahasa Melayu

    2.1 Jenis-Jenis Vokal Dalam Bahasa Melayu

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    3/57

    Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu

    vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [] , [i] , [o] , [u].

    Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard)

    iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [] dan dua

    vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan jenis seperti pada rajah

    di bawah.

    Rajah Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

    Hadapan Tengah Belakang

    Sempit

    i

    u Tinggi

    Separuh Sempit c o

    Separuh Luas

    Bahagian Luas a Rendah

    Rajah dan kedudukan pada gambar rajah tersebut menunjukkan kedudukan mengikut bahagiannya.

    Bahagian-bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, di sebelah kanan merupakan

    bahagian belakang lidah dan di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah lidah. Garis-garis yang

    melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah dinaikkan.

    Dalam membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan. Manakala bagi membunyikan

    vocal [a] kedudukan lidah mestilah pada paras yang paling rendah.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    4/57

    2.1.1 Vokal Hadapan

    a) [i] vokal hadapan sempit - Contoh dalam perkataan ibu, biru, ubi dan umi.

    b) [e] vokal hadapan separuh sempit - Contoh dalam perkataan elok, kekok, kole, ekor, serong dan

    sate.

    c) [] vokal hadapan separuh luas - Contoh perkataan dialek Kelantan dan bahasa pinjaman daripada

    bahasa inggeris seperti; esok, belok, bule, ekpress, ekonomi dan sebagainya.

    2.1.2 Vokal Tengah

    a) [] vokal tengah pendek - contoh dalam perkataan seperti; emak, sentuh, emas dan lain-lain.

    b) [] vokal tengah panjang - vokal ini hadir dibelakang kata seperti; kit, ras, gul.

    2.1.3 Vokal Belakang

    a) [u] merupakan vokal belakang sempit - contoh dalam perkataan; ular, kuda, batu .

    b) [o] merupakan vokal belakang separuh sempit - contoh perkataan; oleh, boleh, solo, foto.

    c) [] merupakan vokal belakang separuh luas - contoh dalam dialek Kelantan; otak, botak, kito.

    3.0 Cara Penghasilan Vokal

    3.1 Vokal Hadapan Sempit / Tinggi [i]

    Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampir dengan bumbung mulut. Untuk

    menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut turut berlaku:

    a) Bibir dihamparkan

    b) Depan lidah dinaikkan tinggi hamper dengan bumbung mulut.

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

    d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan

    menggetarkan pita suara.

    e) Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya:

    i) pada awal perkataan : ikut, ipar, ikan, ibu, itu.

    ii) pada tengah perkataan : biru, bila, kita, sila, sikat

    iii) pada akhir perkataan : tali, beli, beri, besi, guli.

    Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [i]

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    5/57

    3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit / Separuh Tinggi [e]

    Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit perkara berikut turut berlaku;

    a) Bibir dihamparkan separuh sempit.

    b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

    d) Pita suara yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat gambarajah). Cohtoh

    kehadiran bunyi vocal ini dalam perkataan adalah seperti berikut;

    i) pada awal perkataan - ekor, elok, ela, edah, elak

    ii) pada tengah perkataan - berang, heret, leper, sepet

    iii) pada akhir perkataan - sate

    Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [e]

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    6/57

    3.3 Vokal Hadapan Separuh Luas / Separuh Rendah []

    Untuk menghasilkan bunyi vokal separuh luas proses berikut turut berlaku :

    a) Bibir dihamparkan separuh luas.

    b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara tidak keluar melalui hidung.

    e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan

    menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

    e) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut;

    i) pada awal perkataan - elok, esok, edoh, ejek

    ii) pada tengah perkataan - beso, getek, gelek, pelek

    iii) pada akhir perkataan - gode, bule, ude, tule

    Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal []

    3.4 Vokal Hadapan Luas / Rendah [a]

    Vokal depan luas ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut;

    a) Bibir dalam berkeadaan hampar

    b) Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.

    d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan

    menggetarkan pita suara ke rongga mulut.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal hadapan luas hampar seperti dalam perkataan berikut.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    7/57

    i) pada awal perkataan - abang, ajar, asuh, adik

    ii) pada tengah perkataan - satu, paku, bukan, lagu

    iii) pada akhir perkataan - kita, bila, kuda, bias

    Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [a]

    3.5 Vokal Belakang

    Sewaktu penghasilan vocal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian

    belakang lidah. Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang.

    3.5.1 Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u]

    Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang proses yang berikut harus dilakukan;

    a) Bibir dibundarkan.

    a) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.

    a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.

    d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru

    menggetarkan pita suara ke rongga mulut.

    e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal bundar [u].

    Contohnya;

    i) Pada awalan perkataan - ubi, usung, unta, undur

    ii) Pada tengah perkataan - buka, bubur, suka, lupa

    iii) Pada akhiran perkataan - satu, batu, labu, kuku, bayu

    Gambarajah Penghasilan Vokal [u]

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    8/57

    3.5.2 Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o]

    Vokal ini terhasil apabila;

    a) Bibir dibundarkan.

    b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.

    d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar kerongga mulut menggetarkan pita

    suara.

    e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti dalam perkataan

    berikut.

    i) pada awalan perkataan - oleh, otak, orang,

    ii) pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak

    iii) pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato

    Gambarajah Penghasilan Vokal [o]

    3.5.3 Vokal Belakang Separuh Luas []

    a) Bibir dibundarkan.

    b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

    d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara

    kerongga mulut.

    e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] seperti dalam perkataan-perkataan berikut. (daerah

    Kelantan)

    i) pada awalan perkataan - olok, otok, oren,

    ii) pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh

    iii) pada akhiran perkataan - kito, bilo, belako

    Gambarajah Penghasilan Vokal []

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    9/57

    3.6 Vokal Tengah

    Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vocal tengah ialah bahagian tengah lidah.

    Keadaan bibir hendaklah dihamparkan bagi menghasilkan bunyi vokal tengah (pendek) []. Untuk

    menghasilkan bunyi vokal tengah, proses berikut turut berlaku.

    a) Bibir dihamparkan.

    b) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.

    c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung

    supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru kerongga mulut menggetarkan pita

    suara.

    e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang tengah pendek [] seperti dalam perkataan

    berikut.

    i) pada awalan perkataan - emas, emak, empat,

    ii) pada tengah perkataan - penat, berat, cergas, kemas

    Gambarajah Penghasilan Vokal []

    4.0 Peranan Alat Artikulasi Dalam Penghasilan Vokal

    Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-

    bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi

    vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.

    4.1 Lidah

    Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting penting dalam pembahagian jenis vokal. Lidah boleh

    memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza.

    Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak.

    Bahagian mendatar ialah dari depan kebelakang mulut. Tiga titik mendatar sebenarnya ialah

    kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Depan lidah adalah bahagian yang bertentangan

    dengan lelangit keras, belakang lidah pula bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut

    sementara tengah adalah sempadan diantara lelangit keras dengan lelangit lembut. Contohnya [i]

    adalah bunyi depan, [u] adalah bunyi belakang dan [] adalah bunyi tengah.

    Bahagian yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut dan dapat

    dinahagikan kepada empat bahagian seperti berikut.

    a) bahagian sempit / tinggi

    b) bahagian separuh sempit / tinggi

    c) bahagian separuh luas / rendahd) bahagian luas / rendah

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    10/57

    Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hamper dengan bumbung mulut.

    Contohnya [i] dan [u] . Sementara kedudukan rendah pula apabila lidah berada jauh dari bumbung

    mulut. Contohnya [a] dan [], [e], [o], [], [] adalah di kedudukan separuh sempit dan separuh luas.

    4.2 Bibir

    Selain lidah, bibir juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalan penghasilan bunyi

    vokal. Bibir mempunyai bentuk tersendiri. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bentuk bundar dan

    hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang contohnya [u],

    [o], [], [] sementara bibir akan menjadi hampar apabila menghasil bunyi-bunyi vokal depan.

    Gambarajah Keadaan Bibir Semasa Menghasilkan Bunyi Volal

    5.0 Penutup

    5.1 Kesimpulan

    Daripada isi yang telah dihuraikan di atas dapatlah di buat kesimpulan Vokal ialah bunyi-bunyi

    bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan

    rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan

    dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang

    daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu

    vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [] , [i] , [o] , [u].

    Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard)

    iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [] dan dua

    vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan.

    Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-

    bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi

    vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    11/57

    Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang

    bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut

    atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau

    terhalang pada alat artikulasi ini.

    Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru?

    Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang

    terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti

    suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara

    lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.

    Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suarakendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan

    penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita

    suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh

    menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak

    berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi

    yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan

    bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

    Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak

    udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit

    manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakanlelangit keras dan di bahagian belakang,dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak

    tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan,

    lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga

    hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral.Bunyi nasal pula

    ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu

    diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua

    bibir.

    Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting yang

    menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan organ

    sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.

    Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi

    bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan.

    Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu

    terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Rajah 3

    memperlihatkan kedudukan bunyi vokal.

    Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi

    dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara

    keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang

    fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan

    lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    12/57

    Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda

    akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah

    juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagi vokal

    belakang, sebutlah bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan

    bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit

    lembut. Cuba letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Pasti ada

    perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah

    dari menghasilkan bunyi [u].

    ajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].

    Vokal tengah [] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu, iaitu[]. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibirdihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa bakusebagai kelainan bagi [e] iaitu [ dan ].

    Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui rongga

    oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang dikeluarkan

    melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu

    ketika lelangit lembut diturunkan. Vokal ini ditandakan dengan [~] atas lambang

    vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar

    melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga

    hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].

    Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebutsecara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi

    http://1.bp.blogspot.com/-z9P1e3E5RGo/TipA49pLdyI/AAAAAAAAAAY/-kekTJspV3E/s1600/next.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-bJYGdb63SuI/Tio__5pWLVI/AAAAAAAAAAU/e9vMMmz7WaE/s1600/VOKAL.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-z9P1e3E5RGo/TipA49pLdyI/AAAAAAAAAAY/-kekTJspV3E/s1600/next.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-bJYGdb63SuI/Tio__5pWLVI/AAAAAAAAAAU/e9vMMmz7WaE/s1600/VOKAL.jpg
  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    13/57

    ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada

    Rajah 5:

    Rajah 5: Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong

    Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya berada

    pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi

    tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].

    Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk

    vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula

    dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].

    Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan

    kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan

    hampar. Contoh, [amboi].

    Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerimasekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atauhidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

    Rajah 5: Carta konsonan bahasa Melayu

    http://3.bp.blogspot.com/-eDboyKZIHBQ/TipBdyOIg6I/AAAAAAAAAAg/X3XGSEswBl0/s1600/f.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-mZYSI9aVHCc/TipBOP6-VDI/AAAAAAAAAAc/-a1q3KcHvjE/s1600/g.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-eDboyKZIHBQ/TipBdyOIg6I/AAAAAAAAAAg/X3XGSEswBl0/s1600/f.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-mZYSI9aVHCc/TipBOP6-VDI/AAAAAAAAAAc/-a1q3KcHvjE/s1600/g.jpg
  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    14/57

    Konsonan Letupan:Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan

    dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.

    Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat

    pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi

    [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidakbergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara[b].

    Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga

    dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika

    proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara

    digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara[d].

    Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara[k] dan letupan lelangit lembut

    bersuara[g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk

    menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak

    bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama sepertibunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut

    menggetarkan pita suara.

    Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras

    untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang

    atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.

    Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan

    pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-

    lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.

    Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding

    rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara

    yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita

    suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.

    Konsonan geseran

    [s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada

    masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus

    udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa

    menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyigeseran gusi tak bersuara.

    [h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan seperti

    sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak

    bersuaraakan dihasilkan.

    Konsonan getaran

    [r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah

    bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran

    gusi bersuara[r].

    Konsonan getaran

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    15/57

    [l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara

    bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyisisian gusi

    bersuara[l].

    Konsonan sengauan (nasal):Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah yang

    membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yangberlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.

    [m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara[m].

    [n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].

    [n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan lelangit

    keras bersuara[n].

    [n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit

    lembut bersuara[n].

    Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi

    bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang

    dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.

    [w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang

    lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.

    [j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak

    kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras

    bersuara.

    Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang

    dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan

    dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab

    dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi

    [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan

    digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.

    [f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga

    apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita

    suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi

    tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yangmenghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

    [z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila pita

    suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi

    bersuara.

    [s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan

    ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan

    geseran gusi lelangit keras.

    Fonem Suprasegmental: Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan sebelum ini ialah unsur-unsursegmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    16/57

    tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan

    nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu

    diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan,

    iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.

    Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras ataulembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah

    //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam

    bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

    3

    2

    Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

    perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali. Ayatpenyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun

    hingga 1.Contoh: Saya hendak balik.

    Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai

    sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.

    Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendianialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-

    unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda

    ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna.

    Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi #

    ema?].

    Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu

    diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang

    sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah

    setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna.

    1. Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling

    Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    2. Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling Jaya: Longman

    Malaysia Sdn. Bhd.

    3. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:

    PTS Professional Sdn. Bhd.

    4. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

    Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    17/57

    http://nidkahfi.blogspot.com/p/nota-pismp.html

    1.0 PENGENALAN

    Menurut Asmah (1999), bahasa Melayu telah wujud dan digunakan lebih

    2000 tahun. Berdasarkan usia bahasa Melayu ini, bahasa Melayu boleh dikelaskan

    sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Bukti kemantapan bahasa Melayu dilihat

    daripada peranannya iaitu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa komunikasi dalam

    urusan formal dan rasmi serta sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan. Selain

    itu, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan

    dan sekolah menengah kebangsaan di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini peranan

    bahasa Melayu sangat penting dalam kehidupan seharian dan berperanan sebagao

    bahasa Ilmu serta menjadi asas perpaduan negara. Negara meletakkan bahasa

    Melayu sebagai bahasa ilmu kerana bahasa ini telah mempunyai sistemnya yang

    tersendiri seperti yang ditulis Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail,

    2008 :

    Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan

    asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan

    sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh.

    Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik jika dibandingkan dengan

    bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia. Kepelbagaian dialek yang terdapat

    dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu begitu istimewa. Kewujudan

    dialek ini dapat dilihat atas sebab beberapa faktor yang mewujudkan kepelbagaian

    dialek ini seperti perbezaan taraf sosial masyarakat dan perbezaan geografi.

    Kewujudan dialek yang pelbagai ini yang kaya dengan kosa katanya yang rencammerupakan satu daripada keunikan bahasa Melayu yang sesuai penggunaannya

    mengikut keadaan tempat dan situasi. Walaupun peranan bahasa Melayu tidak

    dapat disangkal lagi, namun pada masa kini, bahasa Melayu dilihat semakin tersisih

    Sungguhpun keunikan ini menjadi sebahagian daripada keistimewaan bahasa

    Melayu, namun perbezaan dialek mengikut kawasan dan taraf sosial menjadi satu

    permasalahan untuk memahami mesej yang hendak disampaikan. Penggunaan

    bahasa Melayu yang diketahui sebagai bahasa komunikasi dalam konteks formal

    adalah amat penting.. Peranan bahasa Melayu baku dilihat sebagai penyatuan

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    18/57

    daripada dialek-dialek yang berbeza dan penggunaannya dalam konteks yang

    formal perlulah dititik beratkan serta diperkukuhkan terutamanya dalam aspek

    sebutan agar masyarakat daripada pelbagai dialek dapat memahami komunikasi

    yang dituturkan.

    2.0 MATLAMAT DAN PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU DI

    MALAYSIA

    Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang

    sama. Menurut Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian

    yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas

    perbandingan .

    Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya

    pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan,

    pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada

    konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku

    sebagai

    a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech

    community.

    Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu

    dianggap bahasa baku sekiranya bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh

    masyarakat umum.

    Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah

    dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa

    variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik

    sebagai bahasa baku.

    Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan

    mempunyai variasi bahasanya yang tersendiri, orang kampung di kawasan

    pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan

    cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu

    jiga dirujuk sebagai dialek.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    19/57

    Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa

    baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil

    pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa

    sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu

    bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai

    peraturan.

    Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak

    bersistem dan berperaturan. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga

    mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa

    atau variasi yang tidak dikodifikasi mempunyai kepelbagaian sistem yang mungkin

    berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa

    tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang

    Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

    Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh

    difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini

    digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang

    berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana

    penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah.

    Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor,Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah,

    sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku.

    Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya.

    Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya

    tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan

    seragam sifatnya.

    Menurut Profesor Nik Safiah Karim (petikan daripada matskai.blogspot) :

    Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang

    daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan

    tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan

    masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan

    Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah

    mempunyai sifatnya tersendiri.

    Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu

    Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    20/57

    merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa

    Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.

    Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan .

    Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah

    dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : Sebutan baku yang

    diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf

    dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf

    asing seperti Bahasa Inggeris.

    i. Intonasi

    Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam

    percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada

    kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia

    ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi

    percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa

    Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan

    predikat.

    ii. Bahasa Baku

    Berbicara tentang orang yang berpendidikan tidak lepas dari bahasa duniapendidikan yang tentu menyangkut masalah ragam bahasa. Ragam bahasa yang

    dimaksud adalah ragam bahasa baku atau bahasa standar. Oleh karena itu, ada dua

    ciri yang melatari berbahasa baku. Pertama, ragam bahasa baku memiliki sifat

    kemantapan dinamis, berupa kaidah dan aturan yang tetap. Selain itu, baku atau

    standar tidak dapat berubah setiap saat. Oleh karena itu, bentuk peran dan perumus

    dengan taat asas dapat menghasilkan perajin dan perusak, bukan pengrajin dan

    pengrusak. Dengan kata lain, kebakuan itu cukup luwes memungkinkan perubahan

    yang bersistem dan teratur di bidang kosakata dan peristilahan. Ciri kedua, yang

    menandai bahasa baku ialah sifat kecendekiaan. Perwujudan dari kecendekiaan itu

    ialah dalam kalimat, paragraf, dan satuan bahasa lain yang dapat mengungkapkan

    penalaran dan pemikiran yang teratur, logis, dan masuk akal. Oleh karena itu,

    sangat tepat jika proses pembakuan bahasa yang dimaksud adalah proses

    penyeragaman kaidah, bukan penyamaan ragam bahasa atau penyeragaman

    variasi bahasa.

    .

    2.1 MATLAMAT SEBUTAN BAKU

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    21/57

    2.1.1 Latar Belakang Sebutan Baku

    Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa

    Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku bahasa

    Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripada

    terbitan-terbitan yang berikut :

    i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998.

    ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.

    iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991.

    Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah

    satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalam Akta

    Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995).

    Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga

    Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu untuk membakukan ejaan dan sebutan,

    dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebagsaan;

    2.1.2 Matlamat dan Tujuan Sebutan Bahasa Melayu Baku

    Bahasa Melayu baku merupakan bahasa standard yang mempunyai strukturyang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa dan kosa kata.

    Bahasa Melayu baku mempunyai empat sistem utama iaitu fonologi, morfologi,

    sintaksis dan semantik. Menurut Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di

    Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3

    (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan yang disebut

    berdasarkan ejaan atau fonemik dan bukan mengikut sebutan Melayu standard iaitu

    kelaziman dialek Johor-Riau.

    Sebutan baku di institusi pendidikan khususnya di sekolah telah dilaksanakan

    secara serentak dengan KBSM (1988). Matlamat Sebutan baku ini dilaksanakan dengan

    bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang

    dapat digunakan dalam situasi yang formal atau rasmi.

    Selain itu, matlamat sebutan baku dilaksanakan adalah untuk meningkatkan

    kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Selain itu juga,

    sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa

    Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan pemantapan dan

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    22/57

    pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan kata umum dan

    istilah, sistem ejaan serta laras bahasa.

    Secara khususnya, perlaksanaan sebutan baku ini adalah untuk menyeragamkan

    cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan

    gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran

    dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

    2.1.3 Masalah Sebutan Baku Bahasa Melayu

    Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Oleh

    itu, perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas

    memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan yang

    diperturunkan adalah :

    i. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan bahasa Melayu yang diadakan

    sejak tahun 1980-an lagi. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987.

    ii. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa Melayu dibuat oleh

    Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, PLM,

    Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun 1987.

    iii. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan bengkel sejak awalRancangan Malaysia Keempat 1981.

    iv. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP,

    Kementerian Pendidikan Malaysia serta pakar-pakar bahasa.

    Penggunaan sebutan baku dalam sektor pendidikan di Malaysia telah

    dilaksanakan pada dua penggal iaitu pada tahun 1988. Sebutan baku ini

    dilaksanakan berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan

    Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah yang bertarikh

    pada 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah,

    Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, pelaksanaan mengenai sebutan baku

    bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama. Punca utama ialah

    kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada sistem baharu.

    2.1.4 Penggunaan Sebutan Baku

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    23/57

    Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46

    telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi

    rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:

    i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan, dan pengacaraan

    sesuatu majlis.

    ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan, kuliah dan

    pengumuman.

    iii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh [pegawai pensyarah,

    pelajar dan guru.]

    iv. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti mesyuarat rasmi, temu

    duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara.

    2.1.5 Dasar Sebutan Baku

    Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah

    berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf,

    serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku

    bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut :

    i. Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan danjuga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata dasar atau kata terbitan.

    ii. Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan

    dengan jelas menurt nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. (e,)

    iii. Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara,

    dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa

    Melayu serta keprihatinan keadaan yang berkenaan.

    2.2 PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

    Sebutan baku bahasa Melayu telah lama diperkenalkan namun untuk

    melaksanakan sebutan baku ini memerlukan masa. Namun, beberapa langkah yang

    telah dilaksanakan bagi mencapai penggunaan sebutan baku. Hal ini dapat dilihat

    apabila siri bengkel sebutan baku telah diadakan sejak tahun 1980-an sehingga

    akhir tahun 1987 yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Linguistik Malaysia dan

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pelajaran Malaysia serta pakar-

    pakar bahasa.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    24/57

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    25/57

    Sebutan Baku

    Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,

    tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja

    dan dieja seperti mana dilafazkan.Contoh:

    Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan

    a [a] saya

    berapa

    apa

    [sa ya]

    [be ra pa]

    [a pa]

    Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i.

    Mengikut sebutan baku fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada

    terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i

    perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal i pada suku

    kata tertutup dibunyikan dengan [e].

    Contoh:

    Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor RiauAlih

    Mukim

    Hasil

    [a lih]

    [mu kim]

    [ha sil]

    [ a leh]

    [mu kem]

    [ha sil]

    Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u.

    Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada

    terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u

    perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal u pada suku

    kata tertutup dibunyikan dengan [o].

    Contohnya:

    Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

    Betul

    Lanun

    tutup

    [be tul]

    [la nun]

    [tu tup]

    [ be tol]

    [la non]

    [tu top)

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    26/57

    Penyebutan Kata Terbitan

    Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku

    Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK

    + KVK.

    Kata terbitan dengan imbuhan awalan

    Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

    Pengajar

    Pengedar

    Terasa

    Berlari

    terangkat

    [pe nga jar]

    [pe nge dar]

    [te ra sa]

    [ber la ri]

    [ter ang kat]

    [pe nga ja]

    [pe nge da]

    [te ra s]

    [ber la ri]

    [ter ang kat]

    Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

    Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan

    bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

    Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

    Bahasa Indonesia

    Sama bunyiAnda

    Merdeka

    Berbeza bunyiBangsa

    Bahasa Arab

    Sama bunyi

    Fatwa

    Takwa

    Beza bunyiMakna

    [an da]

    [mer de ka]

    [bang sa]

    [fat wa]

    [an da]

    [mer de ka]

    [bang s]

    [fat wa]

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    27/57

    iii) Bahasa Inggeris

    Frasa

    drama

    [tak wa]

    [mak na]

    [fra sa]

    [dra ma

    [tak wa]

    [mak n]

    [fra sa]

    [dra ma]

    3.1.1 DEFINISI DAN KONSEP

    a) Fonetik

    Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.

    Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan

    memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,

    manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik

    ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

    Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang

    diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun

    bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut

    Dr. Lufti Abas (1985)..

    Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan

    yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur,batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain

    proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi

    kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

    i) Fonetik Artikulasi

    Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-

    bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini

    juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    28/57

    dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit

    lembut, anak tekak, dan sebagainya.

    ii) Fonetik Akustik

    Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkandi sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang

    bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop.

    Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada,

    frekuensi dan amplitud.

    iii) Fonetik Auditori

    Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengarmelalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses

    yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang

    bersifat mujarad. Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang

    paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua

    cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana

    tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

    b) Fonologi

    Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi

    mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu

    bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the

    systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual

    language has variously been called phonology.

    Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji

    sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

    Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200

    tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli

    bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara

    membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.

    Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem

    sesebuah bahasa.

    Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketikamenjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    29/57

    bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang

    diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan

    diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit

    bunyi fonemdiberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis

    miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh

    sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan

    mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara

    berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal

    3.1.2 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku

    Fonologi telah didefinisikan sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji

    bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut.

    Bunyi bahasa telah disusun mengikut sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk

    menganalisis penggunaan sistem ini. Pembahagian dalam bidang fonologi terbahagi

    kepada dua cabang iaitu fonemik dan fonetik. Bidang fonetik ialah bidang yang

    mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta memberi lambang kepada

    bunyi-bunyi tersebut. Pengkajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang iaitu fonetik

    akustik, fonetik pendengaran dan fonetik artikulasi.

    A. Konsep Bunyi

    Melalui bidang fonologi, antara aspek yang mendapat perhatian utama ialah konsep

    bunyi, sistem tulisan dan suku kata. Menggunakan alat-alat ujaran, manusia

    menghasilkan bunyi. Melalui keadaan udara yang terkeluar dari paru-paru menerusi

    alat-alat ujaran telah menghasilkan bunyi-bunyi. Contohnya, bersin, batuk dan

    berdehem hanya bunyi semata-mata dan tidak dikenali sebagai bunyi bahasa.

    Bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan dikenali sebagai bunyi bahasa.

    Dalam pertuturan, manusia cuba untuk menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyiyang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berlaku secara berterusan iaitu berentetan.

    Tetapi, bagi tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah menjadi unit-unit

    kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon, contohnya bunyi [p], [a], dan

    [w].

    B. Sistem Bunyi Bahasa Melayu

    Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasaikemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    30/57

    pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam

    tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan

    fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran

    atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu

    bahasa.

    C. Alat Pertuturan dan Bunyinya.

    1. Bibir atas 11. Tengah lidah

    2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

    3. Gigi atas 13. Akar lidah

    4. Gigi bawah 14. Epiglotis

    5. Gusi 15. Pita suara

    6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

    7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

    8. Anak tekak 18. Rongga mulut

    9. Hujung lidah 19. Rahang

    10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

    D) FUNGSI ALAT PERTUTURAN

    i) Lidah

    Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

    bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,

    hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat

    deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah

    dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal

    hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan

    boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

    ii) Gigi

    Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah

    aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    31/57

    udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan

    bunyi.

    iii) Bibir

    Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir

    terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan

    berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan

    paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada

    udara yang keluar daripada rongga mulut.

    iv) Gusi

    Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

    rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung

    lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

    v) Lelangit

    Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

    lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhirrongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas

    rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga

    tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan

    udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan

    tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. '

    vi) Rongga Hidung

    Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

    dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

    lembut dinaikkan atau tidak.

    vii) Pita Suara

    Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

    penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

    mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    32/57

    E) JENIS-JENIS BUNYI

    i) Bunyi Vokal

    Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami

    sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan

    rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

    F) PENGHASILAN BUNYI VOKAL

    Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa

    Melayu iaitu empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal

    belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [].

    a) Vokal Depan [i],[e],[ ] dan [a]

    Vokal depan merupakan bunyi yang terhasil dimana lidah diletakkan di hadapan

    sekali dalam mulut. Vokal depan terbahagi kepada empat bahagian iaitu vokal

    depan sempit [i], vokal depan separuh sempit [e], vokal depan luas [a], dan vokal

    depan separuh luas [].

    i. Vokal Depan Sempit (i)

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampirmenyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

    Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru

    melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau

    himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam

    keadaan terhampat.

    Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

    ii. Vokal Depan Separuh Sempit (e)

    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi

    membunyikan vokal (i).

    Contoh: kole, tauge, bendi, elok

    iii. Vokal Depan Separuh Luas

    Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan

    untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti

    semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

    Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    33/57

    iv. Vokal Depan Luas ( a)

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.

    Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga

    hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),

    dan (e).

    Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

    b) Vokal Belakang [u],[o] dan[]

    Vokal belakang adalah bunyi vokal yang terhasil di bahagian belakang mulut yang

    melibatkan lidah belakang dan lelangit lembut. Vokal belakang terbahagi kepada

    empat bahagian iaitu vokal belakang luas [D]. Vokal belakang separuh luas [],

    vokal belakang sempit [u] dan vokal belakang separuh sempit [O].

    i. Vokal Belakang Sempit (u)

    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak

    menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

    Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

    ii. Vokal Separuh Sempit ( o )Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling

    tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.

    Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

    iii. Vokal Belakang Separuh Luas

    Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh

    sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa

    Melayu.

    c) Vokal Tengah []

    Vokal tengah merupakan vokal yang dihasilkan di bahagian tengah lidah. Vokal ini

    merupakan satu-satunya vokal tengah yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

    Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian

    tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana

    luasnya.

    Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    34/57

    G) DIFTONG

    Diftong terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Hal ini

    bermaksud, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal yang lain.

    Hal Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal

    [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan

    vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam

    bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah

    berbeza daripada rentetan vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam

    perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang

    berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i].

    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku

    pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada

    vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.

    a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

    b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau

    c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

    a) Lambang Bunyi Vokal

    Lambang Bunyi Huruf Contoh

    [a] a saya

    [e]

    e

    leher

    [E] beg

    [] segera

    [i] i gigi

    [o] o tolong

    [O] kos

    [u] u guru

    [~] ~ bunyi sengau

    H) Vokal Rangkap

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    35/57

    Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan

    vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daundan lain. Dalam

    perkataan daun,misalnya adan uialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri

    daripada dua suku kata iaitu dadan un.Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut

    dalam satu perkataan

    Vokal

    Rangkap

    Contoh

    Ai Aiskrim, cair, ghaib, sains

    Au Taun, maung, kedaung, pepauh

    Oi Koir, heroin, eksploit, eksploitasi

    Ia Biara, piagam, sia-sia, piano

    Io Ion, biola, antibiotik, Zionis

    Iu Cium, kiub, siuman, piutang

    Ua Buai, buapak, dualisma, kuarantin

    Ui Juita, puisi, tuil, suis

    Ea Bea, gear, teater, reaktor

    Eo Neon, video, geometri, ideologi

    Eu Neurologi, neutral, neutron, reumatik

    Dengan mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu

    dengan betul lagi tepat.

    konsonan Bahasa Melayu juga meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan,

    sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan

    bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami

    sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau

    pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi

    letupan.

    a) Bunyi Letupan

    Fon Awal

    Akhir

    [p] [pulau] [atap]

    [b]

    [t]

    [bumi]

    [talam]

    [

    rbab]

    [liat]

    [d] [datu?] [kad][k] [kata] -

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    36/57

    [g] [garau] [

    bg]

    [?] ** [ana?]

    *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam

    Bahasa Melayu.

    Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini

    dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh

    paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat

    yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]

    digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d]

    pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j].

    Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan

    bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak

    (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan

    dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [N],

    dan [J].

    Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif)

    dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukanpenyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian

    lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di

    kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

    Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara

    yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam

    bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].

    Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti

    menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah.

    Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah

    ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa

    Melayu ialah [w] dan [y].

    Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini

    menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    37/57

    menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat

    satu bunyi getaran, iaitu [r].

    b) Bunyi Letusan

    Fon Awal Akhir

    [] [cawan] [ma]

    [j] [jam] [caj]

    c) Bunyi Sengauan

    Fon Awal Akhir[m] [muda] [cium]

    [n] [niat] [jalan]

    d) Bunyi Sisian

    Fon Awal Akhir

    [l] [lalu] [awal]

    e) Bunyi GeseranFon Awal Akhir

    [f] [faseh] [alaf]

    [v] [vn] *

    [s] [sarat] [awas]

    [z] [zat] [lafaz]

    [] [arat] [skua]

    [h] [harta] [sah]

    f) Bunyi GetaranFon Awal Akhir

    [r] [rasa] [siar]

    3.2 ANALISIS DIALEK

    3.2.1 Pengertian Dialek

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    38/57

    Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu dialektos yang pada mulanya

    digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani, terdapat

    perbezaan-perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya

    masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan

    mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario A. Pei , dialekadalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam

    satu-satu masyarakat bahasa.

    Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu

    dan berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau

    penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk

    dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek

    terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya

    dengan ekonomi, cara hidup dan sebagainya. Ini tercermin juga di dalam dialek yang

    bersangkutan.Di Semanjung Malaysia contohnya, terdapat keadaan semula jadi yang

    terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai yang merupakan rintangan-

    rintangan kepada perhubungan di antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah

    membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil, menghasilkan

    negeri-negeri Melayu Semenanjung Malaysia. Dialek-dialek yang berdasarkan

    tempat seperti itu dipanggil dialek setempat. Dialek-dialek setempat di Semenanjung

    Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu.

    Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula idiolek-idiolek

    iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainandan kelainan stilistik yang terjadi akibat konteks yang berlainan. Semua kelainan ini

    disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi bahasa tersebut tidak

    harus terkeluar daripada had saling kesefahaman yang menentukan bahawa

    kelainan-kelainan itu masih tergolong di dalam satu bahasa.

    3.2.2 Latar Belakang Tempat Kajian

    A) KELANTAN

    Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeridiMalaysia yang kaya dengan sumber asli dan merupakan sebuah negeri agraria yang

    mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Negeri

    Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur

    laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan

    denganThailand. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada

    semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.

    Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir

    Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua

    Musang. Iklim tropika yang baik di negeri Kelantan serta bentuk geografi yang pamah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    39/57

    menjadikan Kelantan sebagai kawasan penanaman padi yang baik dan merupakan

    penyumbang kepada pertumbuhan bekalan beras negara.

    Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri

    daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk

    adalah berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun.Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu

    meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut.

    Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik

    dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara

    unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan

    perbezaan antara negeri dan kerajaan mukim bukan menjadi masalah untuk membuat

    pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada

    kerajaan Mukim.

    Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan denganpelaburan. Dalam usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan

    negeri berusaha untuk menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan

    infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk

    menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business Ventures". Terdapat 39

    buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang beroperasi di negara

    ini.

    Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar

    utama di Kelantan untuk ke Kelantan. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur

    mengambil masa selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang diSelatan Kelantan dan juga negeri Pahang. Berikut merupakan peta bagi negeri

    Kelantan:

    Jika membuat perbandingan antara dialek Kelantan dengan sebutan Melayu baku,

    terdapat beberapa kelainan yang ketara di dalam bidang-bidang tertentu, seperti:

    i. Fonologi

    ii. Morfologi

    iii. Ayat

    iv. Leksikal

    a) Kelainan dalam bidang fonologi

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    40/57

    Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini

    bermaksud, bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan

    berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam

    bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang ketara di antara dialekKelantan dengan sebutan Melayu baku iaitu dalam aspek pengucapan dan fonem.

    i. Kelainan dalam pengucapan

    Cara untuk mengungkapkan atau mengucapkan kata dalam dialek

    Kelantan berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Melayu baku.

    Sebagai contoh, penutur dialek Kelantan mengucapkan [r ] untuk [ora] dan [kit]untuk [kit]. Berikut merupakan contoh perkataan-perkataan yang menunjukkan

    ucapan yang berlainan di antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu baku:

    Dialek Kelantan Bahasa Melayu SebutanBaku

    i. [kuba] [krbau] Kerbau

    ii. [har] [haram] Haram

    iii. [m

    ?t] [rambotan] Rambutan

    iv. [abih] [habes] Habis

    v. [bahaso] [bahas] Bahasa

    vi. [singoh] [singah] Singgah

    vii. [it] [hitam] Hitamviii.[lopa?] [lompat] Lompat

    ix. [slama?] [slamat] Selamat

    x. [m oh] [mrah] Merah

    ii. Kelainan Fonem

    Fonem merupakan unit bunyi terkecil yang dapat membezakan makna.Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil

    pasangan. Dialek Kelantan mempunyai 35 fonem iaitu 15 fonem vokal dan 20 fonem

    konsonan.

    (A) FONEM VOKAL

    /i/ seperti dalam /itek/ itik

    /e/ seperti dalam /kile/ kilir

    // seperti dalam /l / ela/a/ seperti dalam /kawa/ kawal

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    41/57

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    42/57

    [Lewa?] [lewat]

    [Lipa?] [lipat]

    Selain itu, a, yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata

    akhir tertutup mempunyai kesejajaran dengan dalam dialek ini. Misalnya:

    V. Kelantan Bahasa Melayu

    [mas ] [masam]

    [dal ] [dalam]

    [dul ] [dulan]

    [blac ] [blacan]

    Konsonan a dalam Bahasa Melayu yang terdapat sebelum s pada akhir kata

    dipertahankan dalam dialek ini, tetapi s digantikan dengan h. Sebagai contoh:

    VI. Kelantan Bahasa Melayu

    [D ah] [dras][B ah] [bras]

    [Atah] [atas]

    [Ulah] [ulas]

    Demikian juga halnya dengan a yang dalam Bahasa Melayu diikuti oleh l dan

    r pada akhir kata. Walau bagaimanapun, di dalam dialek yang disenaraikan di

    bawah, l dan r dihilangkan.

    VII. Kelantan Bahasa Melayu

    [Maha] [mahal]

    [Mka] [mkar][Leba] [lebar]

    [Tawa] [tawar]

    (i) Vokal Nasal

    Dalam dialek Kelantan, terdapat fonem vokal nasal sedangkan dalam

    bahasa Melayu tidak terdapat vokal nasal. Vokal-vokal nasal dalam dialek Kelantan

    bersifat fonemik, iaitu dapat memberi erti yang berlainan seperti yang ditunjukkan

    dalam pasangan-pasangan miniml seperti yang senaraikan di bawah.

    i. [k i] keri[k i] kering

    ii. [pane] panggil

    [pan] pangan

    iii. [tap] tapai

    [tap] tampan

    iv. [ a] berderai

    [ ] ingin

    v. [ u] ru

    [ ] takutvi. [paco] pancur

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    43/57

    [pac] pancung

    vii. [s ?] syak

    [s ?] syuk

    viii. [wa] layang-layang

    [w] bau busukix. [ca] air lecah

    [c] memancut

    x. [la] helai

    [ ] menyala atau memancar

    (ii) Vokal Rangkap

    Dialek Kelantan ini juga mempunyai banyak vokal rangkap yang boleh

    dibandingkan seperti yang berikut:I ) Rangkap depan - ae, ui, ue

    II) Rangkap tengah - ia, ua

    III) Rangkap belakang - io, io, iu, uo

    Contoh Rangkap Depan

    Kelantan Bahasa Melayu

    [bae?] Baik

    [kaen] kain

    [kueh] kuih[cue?] Cuit

    [bueh] buih

    Contoh Rangkap Tengah

    Kelantan Bahasa Melayu

    [bia] biar

    [sia?] siap

    [jua] jual

    [sua?] suap

    Contoh Rangkap Belakang

    Kelantan Bahasa Melayu

    [lio] liur

    [rioh] riuh

    [dio ] dia

    [bio?] biak

    [tiu?] tiup

    [duo ] dua[tuo?] tuak

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    44/57

    (B) FONEM KONSONAN

    /p/ seperti dalam /pari/ pari

    /b/ seperti dalam /balu/ balu/t/ seperti dalam /tn h/ tengah

    /d/ seperti dalam /dapo/ dapur

    /k/ seperti dalam /kuda/ kuda

    /g/ seperti dalam /gila?/ gilap

    /?/ seperti dalam /kak ?/ kakak

    /s/ seperti dalam /saya?/ sayap

    /z/ seperti dalam /zi?/ zip

    /h/ seperti dalam /hapuh/ hapus

    /c/ seperti dalam /culah/ culas/j/ seperti dalam /jula/ julai

    /l/ seperti dalam /lub/ lubang

    /? / seperti dalam / ape?/ rapit

    /m/ seperti dalam /mude?/ mudik

    /n/ seperti dalam /nasi?/ nasi

    /n/ seperti dalam /am?/ nyamuk

    /n/ seperti dalam /nato?/ mengantok

    /w/ seperti dalam /wa?/ wad

    /y/ seperti dalam /yate/ yatim

    Konsonan-konsonan yang terdapat dalam dialek Kelantan dapat dibahagikan

    kepada enam kategori iaitu:

    (i) Konsonan Plosif/Hentian

    Konsonan-konsonan dalam golongan ini yang dapat menduduki lingkungan

    akhir kata hanyalah hentian glotis. Dengan ini juga konsonan-konsonan plosif lain

    yang terdapat dalam Bahasa Melayu dapat menjadi unsur akhir kata digantikandengan hentian glotis dalam dialek ini. Sebagai contoh:

    Kelantan Bahasa Melayu

    [ada?] [adat]

    [ ba?] [ bat]

    [isa?] [hisap]

    [i u?] [hirup]

    [a na?] [arnab]

    (ii) Konsonan Nasal

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    45/57

    Konsonan nasal yang terdapat dalam dialek Kelantan ialah m, n, n dan n.

    Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam dialek ini boleh menempati

    lingkungan pravokal dan antara vokal. i, e, , , o dan u dalam hal ini. Begitu juga

    dengan konsonan-konsonan nasal lainnya iaitu m dan n yang dalam Bahasa Melayu

    terdapat sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalamdialek Kelantan.

    Kelantan Bahasa Melayu

    [ren] tenaga

    [sigon] sigung

    [sokon] sokong

    [kul n] kulum

    [minun] minum

    [b sen] bersin

    Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum

    konsonan nasal terakhir iaitu m, n dan n, konsonan nasal tersebut akan mengalami

    proses pelemahan yang akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan

    penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal

    tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi .

    Kelantan Bahasa Melayu

    [tan] tanam[tam] taman

    [dal] dalam

    [sel] selam

    [binat] binatang

    [tay] tayang

    (iii) Konsonan Frikatif

    Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara

    vokal. Dalam lingkungan sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami

    penggantian dengan h tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

    Kelantan Bahasa Melayu

    [iuh] hingus

    [aluh] halus[pitah] pintas

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    46/57

    [pdah] pedas

    [ktah] kertas

    [pulah] pulas

    [panah] panas

    [k ah] keras

    Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan

    akhir kata. Dalam lingkungan akhir kata, h dalam dialek ini mempunyai kesejajaran

    dengan h dan s dalam bahasa Melayu. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang

    mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan

    tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu ialah s.

    Kesejajaran dalam dialek Kelantan dengan h dalam bahasa Melayu sebelum

    vokal-vokal lain adalah seperti yang berikut:

    Kelantan Bahasa Melayu

    [saloh] salah

    [subo] subuh

    [lteh] letih

    Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah

    seperti yang berikut:

    Kelantan Bahasa Melayu

    [habih] habis

    [hase] hasil

    [tahon] tahun

    [mahliga] mahligai

    [maha] mahal

    (iv) Konsonan Afrikat

    Seperti dalam bahasa Melayu dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan

    afrikat dalam dialek Kelantan ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan

    antara vokal. Konsonan-konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan

    sebelum kesenyapan

    Kelantan Bahasa Melayu

    [Cin0 ] Cina

    [cic0?] cicak

    [jag0] jaga[j a?] jerat

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    47/57

    (v) Konsonan Lateral

    Konsonan lateral l tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau

    bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpamenimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh:

    Kelantan Bahasa Melayu

    [lapu] lampu

    [lala?] lalat

    [luah] luas

    [kate] katil

    [aka] akal

    [sapo] sampul

    (vi) Pemanjangan Konsonan

    Dialek Kelantan ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak

    pada awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini

    merupakan proses dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri

    daripada tiga suku kata yang suku kata pertamanya digugurkan. Suku kata yang

    digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan kepanjangan pada konsonan

    pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan.

    Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan

    boleh juga tidak. Dalam kes yang pertama, suku kata tersebut merupakan ciri

    morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan salah satu awalan. Sebaliknya,

    dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja

    bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak

    medukung sebarang makna.

    Kelantan Bahasa Melayu[nnik0h] [mnikah]

    [nnak0?] [pnakot]

    [nnari] [pnari]

    [jjal] [brjalan]

    [ccabu?] [trcabut]

    [ttupa?] [ktupat]

    [nnat] [binatan]

    [mma i] [almari]

  • 8/12/2019 Fonetik (Bunyi-bunyi Bahasa)

    48/57

    Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama

    pada kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama

    konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan. Sebagai contoh:

    Kelantan Bahasa Melayu[ ram] rama-rama

    [llabi] labi-labi

    [kku ] kura-kura

    Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya

    yang berlaku dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang

    mengikutinya, kata depan yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu,

    konsonan pertama pada kata nama berkenaan mengalami pemanjangan. Kata

    depan yang terlibat hanyalah di, pada dan ke. Misalnya:

    Kelantan Bahasa Melayu

    [san0 ] ke sana

    [ssini] ke sini

    [kkebu ] ke kebun

    [ddal] di dalam

    (C) KELAINAN DALAM BIDANG MORFOLOGI

    Bentuk yang berlainan dalam bidang morfologi di antara dialek Kelantandengan sebutan baku bahasa Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut:

    i. struktur morfem terikat

    ii. jenis dan jumlah morfem terikat

    iii. kekerapan penggunaan morfem terikat

    (I). Struktur Morfem Terikat

    Struktur morfem terikat dalam dialek Kelantan berlainan dengan struktur

    morfem terikat dalam sebutan baku bahasa Melayu. Umpamanya, hanya terdapat

    satu jenis struktur awalan dalam dialek Kelantan iaitu KV yang pengucapan Vnyatidak begitu jelas, misalnys {s-} seperti dalam /sebesa/ sebe