(^ ^)simbol fonetik bahasa melayu

43
SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU. Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. SIMBOL VOKAL BAHASA MELAYU Huruf Simbol bunyi a [a] e (pepet) [e] e taling [ə] i [i] o [i] SIMBOL FONOLOGI V okal K onsonan D iftong K onsonan gandingan

Upload: najihah-aini-putek

Post on 05-Dec-2014

314 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur

sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam

bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini

tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

SIMBOL VOKAL BAHASA MELAYU

Huruf Simbol bunyi

a [a]

e (pepet) [e]

e taling [ə]

i [i]

o [i]

u [u]

SIMBOL FONOLOGI

Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan

Page 2: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

SIMBOL KONSONAN BAHASA MELAYU

Huruf Simbol bunyi

b [b]

c [č]

d [d]

g [g]

h [h]

j [j]

k [k], [/], [Q]

l [l]

m [m]

n [n]

p [P]

q [q]

r [r]

s [s] [š]

t [t]

v [v]

w [w]

x [z]

y [Y]

z [z]

Page 3: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

SIMBOL DIFTONG BAHASA MELAYU

Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi

ai [ai]

au [au]

oi [oi]

SIMBOL KONSONAN GANDINGAN BAHASA MELAYU

Konsonan Rangkap Simbol bunyi

gh [ ]

ny [ ɲ ]

ng [ ŋ ]

sy [ ∫ ]

th [ ]

dz [ ð ]

akh [ x ]

Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi

yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa

Melayu.

Page 4: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

ARTIKULASI TAMBAHAN

Artikulasi tambahan atau ko-artikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat

daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu

bunyi tertentu terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam

proses penyebutan sesuatu bunyi tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat

misalnya bibir, rongga hidung, lelangit keras, rengkung dan seumpamanya sehingga

berlakunya artikulasi tambahan seperti pembibiran, penyegauan, penglelangit-

kerasan dan perengkungan.

Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud keadaan

pengaruh-mempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu

seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu. Keadaan ini

disebut sebagai “artikulasi tambahan”.

ARTIKULASI TAMBAHAN

Pembibiran

Penyengauan

PenglelangitkerasanPerengkungan

Glotalisasi

Page 5: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Pembibiran

Unsur pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a], [u] diikuti oleh

bunyi vokal [u], [o], [a] atau [i]. sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah

mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar.

Pembibiran atau dikenali sebgai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang

berlaku kerana semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya semasa

kita menyebut bunyi perkataan kuning. Sebenarnya semasa kita hendak menyebut

bunyi konsonan k yang diikuti oleh vokal belakang u dalam perkataan kuning itu

berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi

vokal belakang u dalam perkataan kuning itu.

Artikulasi tambahan pembibiran ditanda dengan lambang w seperti dalam

contoh berikut:

kʷucing

kʷuning

lʷubang

sʷulit

tʷolak

Page 6: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Penyengauan ( nasalisasi)

Unsur bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-bunyi

konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan dalam bahagian

vokal-vokal sengau.

Penyegauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku

pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi

konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengan, misalnya

m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk, pengaruh bunyi

sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak

sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan

tersebut.

Lambang penyegauan atau nasalisasi ditanda dengan lambang seperti dalam

perkataan yang berikut:

makan

nangka

nyanyi

mengantuk

Page 7: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Pelelangitkerasan (palatalisasi)

Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal

rangkap [ai], [iu], [io] atau [ia]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras turut

berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang

mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh

konsonan letusan.

Contoh : kencang, anjing dan anjung.

Penglelangitkerasan atau palatalisasi juga merupakan artikulasi tambahan

yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras. Penglelangit kerasan ini

terhasil sebelum bunyi letusan lelangit keras c dan j dan lambang yang digunakan

untuk melambangkan penglelangitkerasan ialah lambang

punca

manja

belanja

senja

belunjur

Page 8: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Perengkungan

Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan

bunyi rengkungan. Bunyi seperti ini banyak terdapat dalam bahasa Arab. Simbul

yang digunakan bagi melambangkan bunyi perengkungan ialah seperti yang terdapat

pada fonem yang berikut:

t

z

d

Page 9: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Glotalisasi

Glotalisasi merupakan cirri suprasegmental yang berlaku sebelum penyebutan bunyi

vokal. Glatalisasi biasanya berlakju pada awal bunyi vokal yang hadir pada

perkataan yang disebut secara satu-satu. Sebelum bunyi vokal itu dilafazkan, alat

artikulasi mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal tersebut, dan ini

mengakibatkan udara terhenti sebentar pada glottis semasa menyebut bunyi vokal

dalam perkataan itu.

Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan

dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara

kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. Sewaktu

menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan

serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya.

.

Misalnya :

ʔadek, ʔabang, ʔalat

Contoh : taat, saat, jumaat, keadaan dan suun

Page 10: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

FONEM

Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi.

Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan,

2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-

fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan

sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu

dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif

daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada

konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon

yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.

Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada

satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem

daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila

kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula

membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem

tadi.

Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf

p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan

dua huruf, seperti fonem yang diberi lambang huruf ng. Ini

bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali

konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka

huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63).

Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis

segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24

fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras

fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah

perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara

fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral

atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem

konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/,, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula

ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,/j/, /m/, /n/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/.

Page 11: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter

Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat

dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.

FONEM SEGMENTAL

Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit

linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis

kewujudannya.

FONEM SEGMENTAL

VOKAL

KONSONANDIFTONG

FONEM

SEGMENTAL SUPRASEGMENTAL

Page 12: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Fonem vokal

Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu dapat dijadualkan dalam rajah berikut.

Ada tiga vokal depan, dua vokal belakang dan satu vokal tengah.

Semua fonem vokal dalam bahasa Melayu menjadi sengau apabila didahului

oleh konsonan sengau. Vokal yang disengaukan ini tidak berkontras dengan vokal

yang tidak disengaukan. Oleh itu yang demikian, vokal sengau hanya menjadi alofon

kepada fonem vokal yang tidak disengaukan.

FONEM VOKAL

VOKAL DEPAN VOKAL TENGAH VOKAL BELAKANG

Page 13: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Carta Fonem Vokal

Bahagian lidah

Cara sebutan

Depan Tengah Belakang

Hadapan Sempit atau Tinggi i

Hadapan Separuh Sempit

atau Separuh Tinggi

e

Hadapan Separuh Luas atau

Separuh Rendah

ε

Hadapan Luas atau Rendah A

Belakang Sempit atau

Tinggi

U

Belakang Separuh Sempit O

Belakang Separuh Luas atau

Separuh Rendah

כ

Bahagian tengah e

Page 14: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

a) Vokal depan

Ada tiga fonem vokal depan / i, e, a /. Contohnya:

/i/: /itu/ ‘itu’, /kita/ ‘kita’, /laki/ ‘laki’

/e/: /eloʔ/ ‘elok’, /beta/ ‘beta’, /sate/ ‘sate’

/a/: /aku/ ‘aku’, /batu/ ‘batu’, /kita/ ‘kita’

Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan lain dalam pasangan terkecil.

Contohnya:

1. /i/ dan /e/

[bila] ‘pertanyaan waktu’

[bela] ‘balasan’

Page 15: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

b) Vokal belakang

Ada dua fonem vokal belakang : /o/ dan /u/.

Contohnya:

/o/ : /otak/ ‘otak’, /kotaʔ/ ;kotak’, /moto/ ‘moto’

/u/ : /ulam/ ‘ulam’, /gula/ ‘gula’, /laku/ ‘laku’

Kedua-dua vokal belakang berkontras di antara satu dengan yang lain dalam

pasangan terkecil.

Contohnya:

2. /e/ dan /a/

[bela] ‘balasan’

[bala] ‘musibah’

3. /i/ dan /a/

[bila] ‘pertanyaan waktu’

[bala] ‘musibah’

1. [urat] ‘saluran darah dalam tubuh’

[orat] ‘memikat kaum lain’

Page 16: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

c) Vokal tengah

Hanya ada satu fonem vokal tengah iaitu /ə/. Contohnya:

/ə/: /əmaʔ/ ‘emak’, /kəna/ ‘kena’, /kitə/ ‘kita’

Vokal belakang ini berkontras dalam pasangan terkecil dengan semua vokal lain.

Contohnya:

2. buru] ‘unggas’

[boroɳ] ‘membeli banyak’

Page 17: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Fonem Diftong

Bahasa Melayu mempunyai tiga diftong, iaitu / ai, au, oi/.

[bəri] : ‘memindahkan milik secara rela’[biri] : ‘kambing dari kawasan sejuk’

/ə/ dengan /i/

[bəla] : ‘pelihara’[bela] : ‘balasan’

/ə/ dengan /e/

[əntah] : ‘tak tahu, kenapa’[antah] : ‘padi yang tertinggal dalam beras’

/ə/ dengan /a/

[bəla] : ‘pelihara’[bola] : ‘benda bulat disepak sebagai mainan’

/ə/ dengan /o/

[səkat] : ‘halang’[sukat] ; ‘ukur’

/ə/ dengan /u/

Page 18: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Carta Fonem Vokal

oi

au

Page 19: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Cara Penghasilan Diftong

Vokal depan luas ke vokal depan

sempit

ai

Vokal depan luas ke vokal belakang

sempit

au

Vokal belakang separuh sempit ke

vokal depan sempit

oi

1. Penyebaran

Diftong / ai, au / boleh berlaku pada tengah perkataan dalam sukukata

terbuka, tetapi semuanya /ai/, /au/ dan /oi/ berlaku pada suku kata terbuka

pada akhir perkataan contohnya:

Diftong Awal Akhir

Ai hairan Pandai

Au taulan Pulau

Oi - Baloi

Page 20: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ].

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi ].

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ].

/ ai/ dan /

au/

[pulai] ‘sejenis pohon’[pulau] ‘tanah yang timbul di laut’

/au/ dan /

oi/

[kalau] ‘agak-agak’[kaloi] ‘ikan guarami’

Page 21: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Fonem konsonan

/ai/ dan /

oi/

[balai] ‘bangunan berhimpun’[baloi] ‘memandai’

Page 22: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Ada 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Konsonan ini terdiri daripada bunyi

letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan separuh vokal. Semuanya dipaparkan

dalam jadual berikut.

Carta Fonem Konsonan

FONEM KONSONAN

LETUPAN

SENGAUAN

LETUSAN

GETARAN

SISIAN

SEPARUH VOKAL

Page 23: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Rajah dan carta di atas menunjukkan tentang carta konsonan-konsonan dalam

bahasa Melayu.

a. Konsonan letupan

Daerah sebutan

Cara sebutan

1Duabibir

2Gusi

3Gusi

Lelangitkeras

4Lelangit keras

5Lelangi

tLembut

6Pita

suara

Letupan tidak bersuara

p t k

Letupan bersuara

b d g

Letusan tak bersuara

Letusan bersuara

Sengauan m n

Geseran tak bersuara

S

Geseran bersuara

H

Getaran

Sisian i

Separuh vokal w y/j

Page 24: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Ada tujuh fonem letupan /p, b, t, d, k/ dan /g/

Semua konsonan letupan tak bersuara berlaku di pangkal, tengah dan akhir

perkataan. Konsonan letupan bersuara tidak berlaku pada akhir perkataan melainkan

dalam kata pinjaman. Contoh:

Fonem Awal Tengah Akhir

/p/ paya bapa atap

/t/ talam bata sikat

/k/ kolam luka Arak

Semua letupan bersuara boleh berlaku pada awal dan tengah perkataan.

Penggunaan letupan bersuara pada akhir perkataan hanya berlaku pada kata

pinjaman sahaja. Fonem /k/ yang berlaku pada akhir perkataan itu sebenarnya

adalah hentian glotis. Walau bagaimanapun hentian glotis ini tidak membezakan

makna apabila dikontraskan dengan [k]. tidak ada perbezaan antara [araʔ] dan

[arak]. Oleh sebab itu [k] dan [ʔ] bukanlah dua fonem yang berlainan, dan tidak diberi

lambang huruf yang berlainan. Kedua-duanya diberi lambing k sahaja. Contohnya:

Fonem Awal Tengah Akhir

/b/ bayar laba bab (Arab)

/d/ dua kuda had (Arab)

/g/ getah raga beg (Arab)

b. Konsonan sengau

Page 25: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Ada empat bunyi konsonan sengau /m, n/ dan /ɳ/ berlaku pada awal, tengah dan

akhir perkataan. Contoh:

Fonem Awal Tengah Akhir

/m/ Main lama malam

/n/ nasi sana ikan

/ɲ/ ɲaman taɲa -

/ɳ/ ɳaɳa buɳa buaɳ

c. Konsonan letusan

Ada satu letupan tak bersuara /c/ dan satu letusan bersuara /j/.

1. Kedua-dua leusan ini berlaku pada awal dan tengah perkataan sahaja dan

tidak berlaku pada akhir perkataan.

Fonem Awal Tengah Akhir

/c/ Cabai baca -

/j/ Jalan meja -

d. Konsonan getaran

Hanya ada satu getaran /r/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata.

Contoh:

Fonem Awal Tengah Akhir

/r/ rata mara pasar

e. Konsonan sisian

Page 26: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Hanya ada satu sisian /l/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata. Contoh:

Fonem Awal Tengah Akhir

/l/ lari gali bakal

f. Konsonan pinjaman

Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa MElayu. Semuanya dipinjam

daripada bahasa Arab dan Inggeris.

Ada sepuluh bunyi konsonan yang kita pinjam. Semuanya adalah fonem

konsonan geseran. Fonem-fonem pinjaman ini berasal dari perkataan-perkataan

pinjaman. Ada bunyi yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang

bervariasi bebas dengan fonem-fonem asli. Daripada sepuluh fonem pinjaman ini,

Sembilan dipinjam daripada bahasa Arab, dan satu daripada bahasa Inggeris, iaitu

fonem /v/. fonem /f/ juga dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi fonem ini terlebih

dahulu sudah dipinjam daripada bahasa Arab.

Fonem geseran yang dipinjam adalah seperti dibawah:

Huruf Fonem Contoh Penggunaan

f /f/ filem

v /v/ variasi

th /ө/ mithal (misal)

dh /ð/ dharab (darab)

z /z/ zaman

sy /š/ mesyuarat

kh /x/ khat

gh / ghaib

FONEM SUPRASEGMENTAL

Page 27: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang

menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan,

kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.

Tekanan

FONEM SUPRASEGMENTAL

TEKANAN

KEPANJANGAN

TONAINTONASI

JEDA

Page 28: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya

berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku

dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.

Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti “ki ta”, “ba pa”, “sa tu” dan

seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna.

Contohnya,

Kepanjangan

Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada

perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini

juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab,

Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan

tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya

setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik ::

kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi

apabila kepanjangan ini digunakan.

Jeda

Prog res bermaksud kemajuan (kata nama) Pro gres bermaksud

memajukan (kata kerja) Dengan perkataan conduct insult dan semuanya

boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila

dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza.

Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk.

Page 29: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai

tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau

persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan

makna. Contoh, I scream ‘’saya menjerit’’ dan ice cream ‘’aiskrim” bunyinya sama

sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata

yang boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan

tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut:

Belikan + tin “ membelikan tin = tin yang dibeli”

Beli + kantin “ membeli kantin = kantin yang dibeli”

Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan

untuk membezakan makna ayat. Contoh :

Tona

‘Saya membaca buku kakak’ boleh dibezakan seperti berikut,

1. # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku

kepunyaan kakak)

2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa

saya membaca buku)

Page 30: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona

dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk

membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona

mendatar, seperti “ibu”. Kedua tona meninggi, contoh “guni”. Ketiga tona turun-naik,

contoh “kuda” dan akhir sekali tona menurun, contohnya “marah”. Yang kedua

memakia tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi

(keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona

rendah (lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah)

menggunakan empat.

Intonasi

Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut

lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat

dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula

meninggi apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan,

kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan

digunakan dalam pertuturan seharian.

TRANSKRIPSI FONETIK

Page 31: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Transkripsi fonetik dikenali juga sebagai transkripsi sempit, iaitu pengkaji memberi

lambang fonetik setepat-tepatnya dan terperinci yang  merangkumi lambang

koartikulasi seperti lambang pembibiran, penyengauan, nasalisasi, perengkungan,

penglelangit kerasan dan glotalisasi. Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi

segmental, jenis koartikulasi dan jugaciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh

perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,transkripsi bertujuan untuk

mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada pengucapan

seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi

wujud dalam bahasa Melayu.

Terdapat lambang-lambang yang mewakili setiap fonetik tersebut. Lambang-

lambang koartikulasi bagi pembibiran ialah [w], penyengauan atau dikenali

jugasebagai nasalisasi dan lambangnya ialah [], perengkungan [ L, d, z ],

penglelangitkerasan [ j ] dan glotalisasi atau pengglotisan lambangnya ialah [?].

Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah [ #.

Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah #].

Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi

fonetik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi perkataan dalam pertuturan

untuk transkripsi fonetik ialah +.

TRANSKRIPSI FONEMIK

Page 32: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Transkripsi fonemik pula dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik

tiada koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan

menggunakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah

dan secara umum. Oleh itu,transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi

fonetik kerana transkrispi fonemik tidak menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri

suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik.Transkripsi fonemik hanya

bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudahdalam bentuk

lambang bunyi segmental sahaja.

Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah

/ #. Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah #/.

Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi

fonemik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi perkataan dalam

pertuturan untuk transkripsifonemik ialah +.

Namun, terdapat sedikit persamaan kedua-dua transkripsi ini. Persamaannya

ialah, semua permulaan kata dalam ayat baik dalam transkripsi fonetik mahupun

fonemik mesti dimulai dengan huruf kecil. Dalam kedua-dua transkripsi ini, tiada

penggunaan huruf besar, tanda koma, tanda titik, tanda seru, tanda soal,

tandasempang, pembuka dan penutup kata dalam penulisan transkripsi fonetik dan

fonemik.

RUMUSAN

Page 33: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu cabang dalam

ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan

makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang

fonologi yang membincangkan tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-

bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan

lambang kepada bunyi-bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan

cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara

sinkronik.

Bab ini juga telah menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang

terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk

dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat-alat artikulasi

yang lain.Setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang

tersendiri yang akan menghasilkan.

Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu

terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian huruf

digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong. Melalui tugasan

ini juga kita dapati dalam symbol fonetik bahasa Melayu terdapat simbol-simbol bunyi

yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa

Melayu.

Bukan itu sahaja, tugasan ini juga menyentuh tentang artikulasi tambahan

iaitu sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada pengaruh penyebutan sesuatu

bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu bunyi tertentu terjadi juga sebutan

tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan sesuatu bunyi

tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat misalnya bibir, rongga hidung, lelangit

keras, rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan seperti

pembibiran, penyegauan, penglelangit-kerasan dan perengkungan.

Melalui tugasan ini juga dapat dirumuskan bahawa Fonem ialah unit bahasa

yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang

Page 34: (^ ^)Simbol Fonetik Bahasa Melayu

mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat

menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya

beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu

adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang

lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada

yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang

berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon

yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Fonem terbahagi kepada dua iaitu

fonem segmental dan suprasegmenta.