assignment fonetik bahasa iban

53
AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI BAB 1 PENDAHULUAN 1.0. Pengenalan Di dalam kertas kerja ini juga akan membincangkan tentang kajian bahasa minoriti salah satu daripada tujuh puak di Negara Brunei Darussalam iaitu puak Iban yang mana kertas kerja ini akan menerapkan salah satu bidang linguistik ke dalamnya iaitu ilmu fonetik. Kertas kerja ini adalah mengenai terjemaahan bahasa Iban ke bahasa Melayu, berserta fonetik dan transkripsinya sekali. Mentranskripsi bahasa puak-puak di Negara Brunei Darussalam adalah sudah menjadi kebiasaan bagi mahasiswa-mahasiswi di Universiti Brunei Darussalam, terutama sekali bagi mereka yang meletakkan Linguistik Bahasa Melayu sebagai kursus utama mereka. Dalam bahagian ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan kajian iaitu seperti asal usul puak Iban, latar belakang bahasa Iban di Negara Brunei Darussalam, objektif kajian, metodologi, skop kajian, permasalahan kajian, kepentingan kajian dan kajian lepas. 1.1. Puak Iban 1

Upload: treaure

Post on 22-Jun-2015

1.461 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

Kajian Sistem Fonetik Dalam Bahasa Iban

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0. Pengenalan

Di dalam kertas kerja ini juga akan membincangkan tentang kajian bahasa minoriti salah satu

daripada tujuh puak di Negara Brunei Darussalam iaitu puak Iban yang mana kertas kerja ini

akan menerapkan salah satu bidang linguistik ke dalamnya iaitu ilmu fonetik. Kertas kerja ini

adalah mengenai terjemaahan bahasa Iban ke bahasa Melayu, berserta fonetik dan transkripsinya

sekali. Mentranskripsi bahasa puak-puak di Negara Brunei Darussalam adalah sudah menjadi

kebiasaan bagi mahasiswa-mahasiswi di Universiti Brunei Darussalam, terutama sekali bagi

mereka yang meletakkan Linguistik Bahasa Melayu sebagai kursus utama mereka.

Dalam bahagian ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan kajian

iaitu seperti asal usul puak Iban, latar belakang bahasa Iban di Negara Brunei Darussalam,

objektif kajian, metodologi, skop kajian, permasalahan kajian, kepentingan kajian dan kajian

lepas.

1.1. Puak Iban

1

Page 2: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Puak Iban dahulu dikenali sebagai ‘Dayak Laut’. Mereka mempunyai reputasi yang menakutkan

sebagai puak yang kuat, yang terkenal dengan mengamalkan pengembangan memburu kepala

(atau dalam bahasa Iban dikenali sebagai ‘ngayau’), serta berjaya berperang pada zaman purba.

1.1.1. Asal Usul Puak Iban

Orang Iban berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat Indonesia. Orang Iban merupakan

kumpulan etnik pribumi yg terbesar di Sarawak. Sejumlah 876 400 iaitu 40% daripada jumlah

penduduk Sarawak adalah orang Iban. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak

dari daerah Lundu dan Limbang. Kepadatan penduduk Iban bertempat di Kota Samarahan, Sri

Aman, Sarikei, Sibu Kapit Bintulu dan Miri.

Puak Iban juga adalah orang asli yang terbesar daripada kumpulan suku-suku di Sarawak yang

mana di antaranya telah berhijrah ke Negara Brunei Darussalam beberapa tahun yang lampau.

Penghijrahan mereka adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan sara hidup yang lebih baik. Di

negara ini, masyarakat Iban tinggal di rumah panjang di beberapa kawasan pedalaman di daerah

Belait, Temburong dan Tutong (Marsidah Md. Yahya, 1997).

Menurut mitos, bahasa Iban adalah warisan budaya yang dturunkan kepada seorang ketua

lagenda Iban yang bernama Segalanh Burung di Batang Kapuas Indonesia.

1.1.2. Latar Belakang Puak Iban di Negara Brunei Darussalam.

Puak Iban di Negara Brunei Darussalam adalah merupakan etnik yang tidak tergolong sebagai 7

puak yang secara rasminya disytiharkan di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Puak Iban

merupakan salah satu etnik yang dipercayai berasal dari negeri jiran iaitu Sarawak.

Akan tetapi, puak ini yang sudah lama berhijrah dan menetap di Negara Brunei semenjak kurun

ke-14 Masehi lagi. Sehingga kini, puak Iban di Negara Brunei Darussalam masih belum

dimasukkan ke dalam golongan puak-puak yang diiktiraf sebagai puak jati Brunei di dalam

Perlembagaan Negeri Brunei 1959.

2

Page 3: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.2. Objektif Kajian

Tajuk ini adalah dari hasil undian dan kami telah mendapat bahasa Iban untuk dikaji di

sepanjang kursus AB-1202 Fonetik dan Fonologi. Dengan itu, kajian ini adalah penting untuk

mengenal pasti segala sistem-sistem fonetik yang terdapat di dalam bahasa Iban.

Kajian bahasa Iban ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan penyebaran bunyi-

bunyi vokal, konsonan dan juga diftong yang terdapat dalam bahasa Iban. Tambahan pula, kajian

ini bertujuan untuk mengetahui bilangan fonem-fonem vokal, konsonan dan diftong yang

terdapat di dalam bahasa Iban.

Secara tidak langsung, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerapan dan

penggunaan bahasa Iban dalam kehidupan sehari-hari puak Iban, khususnya di Negara Brunei

Darussalam, serta berapa ramai puak Iban yang masih menggunakan atau menuturkan bahasa

Iban sebagai bahasa komunikasi mereka seharian.

1.3. Metodologi

Secara umumnya, kaedah sistematik adalah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi

menghasilkan kajian yang baik dan bermutu tinggi. Kajian ini pada lazimnya telah dilaksanakan

melalui beberapa kaedah.

Kaedah yang pengkaji gunakan dalam kajian bahasa ini adalah seperti kaedah lapangan, kaedah

temubual, kaedah keperpustakaan dan juga kaedah terjemahan. Pengkaji telah membuat kaedah

lapangan dengan berjumpa dengan informan kemudian menemu bual mereka.

Selain itu, pengkaji juga mencari buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan dengan kajian

serta menterjemahkan teks-teks Iban dengan bantuan informan.

3

Page 4: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.3.1. Kaedah Temu bual

Ini adalah salah satu kaedah yang sangat mencabar iaitu beberapa temu bual yang berlainan

tempat dan waktu, terutama sekali jika dilihat dari segi komitmen masing-masing, sama ada dari

pihak penutur bahasa Iban mahupun pengkaji itu sendiri.

Pertama sekali adalah pertanyaan asas mengenai nama, umur dan asal informan di dalam bahasa

Melayu. Lalu, pengkaji menerangkan akan hajat dan tujuan kedatangan mereka. Pengkaji juga

memaklumkan bahawa semua perbualan akan dirakam dan direkodkan di dalam kajian mereka.

Informan bersetuju untuk bekerjasama malahan bersedia untuk diambil gambar mereka sebagai

pengukuh lampiran biodata mereka.

Temu bual itu adalah merupakan temu bual yang ringkas dan pendek untuk menceritakan tentang

sesebuah kisah yang diketahui oleh informan sendiri sama ada dari pengalaman, sesuatu cerita

yang berkaitan dengan kehidupan bangsa puak Iban, dan tentang maklumat diri informan.

1.3.2. Kaedah Rakaman

Rakaman telah dilakukan bagi mendapatkan salinan suara bagi rujukan semasa untuk membuat

fonetik bahasa Iban dan juga mentranskripkannya ke bahasa Melayu, serta untuk rujukan dan

untuk digunakan dikemudian hari.

Ianya hasil daripada temu bual dari beberapa informan yang boleh berbahasa Iban dengan fasih.

Perbualan tersebut dirakam bagi mendapatkan bahan rujukan yang kukuh dan bagi kegunaan

bila-bila masa, walaupun hanya untuk beberapa minit. Rakaman itu lebih kurang dalam 10 minit

lamanya.

Data yang diperolehi daripada rakaman tersebut kemudiannya ditranskripikan dan seterusnya

dianalisis bagi menentukan sistem fonetik yang terdapat dalam bahasa Iban tersebut.

4

Page 5: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.3.3. Teknik Terjemahan

Beberapa ayat dan perkataan dalam bahasa Iban telah sedia diketahui hasil dari temu bual yang

awal. Semasa temu bual itu juga, pengkaji juga sempat bertanya beberapa perkataan yang amat

mengelirukan bagi mempermudahkan semasa mentranskripsi bahasa Iban nanti.

Selain itu juga beberapa buah kajian lepas, perbincangan dengan teman-teman dan beberapa

laman web yang berkaitan juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi melaknsanakan proses

mentranskripsi dan menterjemaah dari bahasa Iban ke bahasa Melayu.

1.3.4. Kaedah Perpustakaan/Laman Sesawang

Bahan-bahan sememangnya adalah sangat-sangat berguna. Tetapi malangnya, bahan-bahan

rujukan yang diperlukan bagi bahasa Iban sukar ditemui dan kekurangan. Cuma bilik sumber

dari Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik ada menyimpan beberapa naskah rujukan yang

berkaitan dengan bahasa Iban. Itupun kurang berkenaan dan sangat terhad, serta tidak dibenarkan

untuk dipinjam. Manakala, laman-laman sesawang juga kurang memuaskan dan tidak bertepatan

dengan apa yang hendak dikaji.

5

Page 6: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.4. Skop Kajian

Kajian ini memfokuskan tentang penyebaran bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang terdapat

dalam bahasa Iban. Pengkaji hanya mengkaji berdasarkan teks-teks yang dibaca oleh informan

dan cerita-cerita yang diperdengarkan kepada pengkaji.

Kawasan kajian adalah tidak terhad kerana agak sukar untuk menemui bangsa Iban yang

menetap pada satu tempat sahaja seperti puak Bisaya kabanyakannya menetap di Sungai Bebuloh

yang hampir kesemua penduduknya berbangsa Bisaya.

Informan-informan yang ditemui adalah seperti informan 1 adalah informan yang dikenali

melalui seorang kawan yang pernah membuat kajian tentang bahasa Iban dan juga merupakan

pangkat bapa saudaranya sendiri. Manakala, informan 2 adalah merupakan sebuah keluarga yang

sedang melawat suaminya (bangsa Iban Brunei) yang sedang menerima rawatan di RIPAS, yang

sangat asli bahasa Ibannya dan bahasa Iban adalah merupakan bahasa ibunda mereka. Tetapi,

mereka hanya berada di Negara Brunei Darussalam untuk beberapa hari sahaja kerana informan

tersebut berasal dari Miri, Sarawak, dan mereka terpaksa pulang kerana suaminya sudah semakin

pulih. Makan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan informasi dari keluarga tersebut

adalah sangat terhad dan kurang memuaskan. Informan 3 pula adalah dari keluarga terdekat yang

mana salah seorang dari pengkaji juga ada mengenali bapa saudara yang berkahwin dengan

seorang wanita yang berketurunan bangsa Iban yang berasal dari negeri Limbang, Sarawak.

(Gambar Kenangan Informan-Informan)

6

Page 7: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

(Gambar Kenangan pengkaji bersama Informan)

Manakala, dua informan lagi yang disarankan dari kawan-kawan menarik diri dari ditemu ramah

kerana informan kurang pasti akan kefasihannya dalam berbahasa Iban.

1.5. Permasalahan Kajian

Berdasarkan penghasilan kertas kerja ini, berbagai rintangan dan cabaran yang telah dirasai oleh

pengkaji. Walau bagaimanapun, kajian ini perlu diteruskan dan diselesaikan, walau macam mana

susah dan banyaknya dugaan.

Pertama sekali, pengkaji kurang pengetahuan dan kurang arif dalam mana-mana bahasa puak

selain bahasa Melayu Brunei. Kedua, komitmen dan masa bagi kedua pihak, iaitu pihak informan

dan pihak pengkaji itu sendiri adalah sangat-sangat terhad dan sukar untuk menepati setiap

individu yang terlibat dalam kajian ini. Kemudian ketiga dan seterusnya adalah permasalahan

yang timbul dalam mencari informan bagi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan seperti informan

yang bertukar-tukar, informan yang kurang jelas percakapannya, situasi semasa temu bual itu

kurang sesuai (bising) dan kurangnya bahan rujukan mengenai bahasa Iban atau puak Iban.

7

Page 8: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Masalah lain adalah sewaktu kajian dilakukan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh

pengkaji iaitu seperti:

i) Informan lebih memilih untuk berkongsi tentang perkara yang lain daripada topik yang

dipilih oleh pengkaji.

ii) Mempunyai kesukaran untuk menetapkan jadual untuk bertemu dengan informan kerana

informan mempunyai komitmen lain.

1.6. Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting untuk dapat menambah atau memperbaiki mana-mana kesalahan yang

telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas, terutama mahasiswa-mahasiswi yang mengkaji

bahasa Iban sebagai kerja khusus mereka. Ianya juga dapat menambahkan koleksi bahan-bahan

yang mengandungi kajian bahasa Iban dan bagi menambahkan rujukan yang telah sedia ada.

Sememangnya kajian tentang bahasa Iban ini perlulah diperluaskan lagi kerana sejak kajian ini

bermula, barulah disedari bahawa bahasa Iban ini juga semakin pupus dan kurang

pengamalannya. Bahasa Iban ini juga semakin menghilang dan banyak yang menyatakan bahawa

mereka (puak Iban itu sendiri seperti mereka yang berusia dalam lingkungan 40an ke bawah)

kurang fasih berbahasa Iban dan tidak lagi menggunakan bahasa Iban untuk berkominukasi

sesama keluarga mereka terutama sekali puak Iban yang berada di Negara Brunei Darussalam.

Mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu atau dialek Brunei, dan juga bahasa Inggeris

sebagai bahasa komunikasi mereka sehari-hari. Maka adalah penting untuk kajian ini diteruskan

dan diperluaskan, serta memang sesuai untuk menetapkan tajuk kajian ini, iaitu Sistem Fonetik

dalam Bahasa Iban.

Kajian seumpama ini juga akan dapat dikumpulkan dan direkodkan agar bahasa Iban tidak pupus

begitu saja disebabkan oleh perkembangan hidup serta arus globalisasi yang semakin maju dan

meluas, dan juga oleh bahasa-bahasa asing yang semakin menningkat taraf misalnya bahasa

Korea, bahasa Perancis dan lain-lain lagi.

8

Page 9: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Selain itu juga, kajian bahasa Iban ini amatlah penting bagi generasi-generasi yang akan datang

terutama sekali bagi generasi-genarasi puak Iban dan pengkaji-pengkaji bahasa di masa hadapan.

Dengan kajian ini, maka ianya akan menjadi bahan-bahan rujukan yang paling berharga dan

amat diperlukan di masa akan datang oleh semua.

1.7. Kajian Lepas

Salah satu kesukaran yang dihadapi oleh pengkaji adalah untuk mendapatkan bahan kajian lepas

tentang bahasa Iban di Universiti Brunei Darussalam. Walau bagaimanpun, terdapat satu kertas

kerja tentang kajian bahasa Iban yang pengkaji perolehi iaitu mengenai Bunyi Diftong –ai dalam

bahasa Iban oleh Marsidah Md. Yahya, 1997. Di dalam kajian ini, penulis tidak membincangkan

fonetik dan fonologi secara meluas. Penulis hanya memfokuskan kepada satu sahaja iaitu bunyi

diftong –ai dalam bahasa Iban.

Dengan itu, pengkaji hanya menggunakan informasi yang diberikan oleh penulis mengenai asal

usul bahasa Iban di Brunei Darussalam untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja pengkaji.

9

Page 10: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB 2

SISTEM FONETIK

2.0. Pengenalan

Penuturan, kalimat, ujaran adalah hasil daripada bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh alat

artikulasi manusia. Bahasa yang dihasilkan itu disebut bunyi bahasa. Bahasa Melayu juga

mempunyai sistem bunyinya sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang tuntas

untuk menguasai kemahiran menuturkannya dengan baik dan efektif.

Daripada Penalosa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:87) bahasa bertindak melalui dua bentuk.

Pertama melibatkan bunyi bahasa yang dihasilakan melalui alat ujaran manusia. Kedua,

merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.

2.0.1. Sistem Fonetik di dalam Bahasa Melayu

Abdullah Hassan di dalam bukunya Linguistik Am Untuk Guru Bahasa (1993: 40) meringkaskan

sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik

amnya adalah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi. Manakala di dalam

Kamus Linguistik Harimurthi Kirdalaksana mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang

menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa (1984: 51).

Fonetik boleh disimpulkan sebagai kajian terhadap organ pertuturan dan sifat bunyi bahasa itu

sendiri yang membawa makna dan difahami. Ia berfungsi merumus, menghurai dan

mengklasifikasikan bentuk bunyi dalam satu bahasa untuk menentukan peraturan dalam bentuk

bunyi melalui tiga kaedah:-

1) Fonetik Artikulasi

2) Fonetik Akustik

3) Fonetik Auditori

10

Page 11: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Maka dengan itu sistem fonetik ini ialah untuk mengenal, menentu dan mengklasifikasikan

sistem bunyi atau mengenalpasti serta menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu untuk

melahirkan sistem ejaan yang sistematik bagi Bahasa Melayu.

Di bawah ini disediakan rajah yang menyenaraikan nama alat-alat artikulasi yang terlibat dalam

membunyikan system fonetik dan juga gambar tempat alat-alat artikulasi berada.

Alat-Alat Artikulasi

1. Bibir atas 8. Anak tekas 15. Pita suara

2. Bibir bawah 9. Hujung lidah 16. Rongga tekak

3. Gigi atas 10. Hadapan lidah 17. Rongga hidung

4. Gigi bawah 11. Tengah lidah 18. Rongga mulut

5. Gusi 12. Belakang lidah 19. Rahang

6. Lelangit keras 13. Akar lidah 20. Tengkorak

7. Lelangit lembut 14. Epiglotis 21. Paru-paru

2.1. Analisis tentang Bunyi-Bunyi Vokal

Menurut Prof. Dr Abdul Hamid Mahmmod (1998:31), vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang

tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga

mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan

kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang

daripada bunyi konsonan. Dengan itu, mudahlah untuk pengkaji menganalisis penyebaran bunyi-

bunyi vokal yang tertentu, sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal di dalam bahasa melayu

mahupun di dalam bahasa Iban.

11

Page 12: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

2.1.1. Fonem Vokal

Vokal merupakan komponen penting yang terdapat dalam bidang fonetik yang lazimnya terdiri

daripada huruf-huruf seperti A, E, I, O dan U. Bunyi vokal dihasilkan apabila udara mengalir

dengan bebas tanpa sebarang gangguan di sepanjang saluran suara dan pita suara bergetar.

Menurut Rahmat Sato, 2002, bunyi vokal dapat digolongkan berdasarkan tiga kriteria iaitu:-

1) Bahagian lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan sebagai alat artikulasi;

Bunyi vokal yang dihasilkan dengan menaikkan depan lidah terhadap lelangit keras yang

disebut vokal depan, manakala bunyi vokal yang dihasilkan dengan menaikkan belakang

lidah terhadap lelangit lembut disebut sebagai vokal belakang dan apabila tengah lidah

dinaikkan maka terhasillah vokal tengah.

12

Page 13: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

2) Striktur (stricture) diantara dagu bawah dan dagu atas;

Vokal digolongkan sebagai vokal sempit, separuh sempit, vokal separuh luas dan juga vokal

luas. Kriteria ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tinggi rendahnya kedudukan lidah yang

dikenali sebagai vokal tinggi, vokal madya dan vokal rendah.

3) Bentuk bibir;

Penghasilan bunyi vokal juga melibatkan keadaan bentuk bibir. Antara bentuk bibir yang

terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal ialah seperti bundar, hampar dan neutral. Hal ini

akan lebih jelas dengan gambar rajah di bawah:

13

Page 14: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Semua bunyi vokal merupakan bunyi bersuara. Antara bahasa-bahasa di dunia jarang sekali

kita jumpai vokal yang tidak bersuara.

Di bawah ini menunjukkan beberapa bentuk bibir apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

2.1.2. Kajian Bunyi-Bunyi Vokal dalam Bahasa Iban

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bunyi-bunyi vokal yang

terdapat dalam bahasa Iban adalah hampir sama seperti bahasa melayu. Dalam kajian bahasa

Iban, pengkaji hanya menemui enam sahaja bunyi-bunyi vokal iaitu /a/, /u/, /o/, /i/, /e/ dan /ə/.

Terdapat tiga penyebaran bunyi vokal iaitu depan, tengah dan juga belakang.

Berikut adalah penghasilan bunyi-bunyi vokal (Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah

Omar, 2006) dan contoh penyebaran bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Iban.

1) Vokal depan luas /a/

Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik paling bawah dalam rongga

mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut diangkat rapat

14

Page 15: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut

sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Fonem Depan Tengah Belakang

/a/ [arɪ] [pamadu] [pəʧaja]

[alaĭ] [lalaŭ] [taŭka]

[apaĭ] [kumbaĭ] [sɪda]

Dengan itu di dalam vokal depan luas, dapatlah dianalisis bahawa vokal /a/ sangat kerap

digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak

perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal itu berada di tengah atau di belakang

perkataan. Cuma didapati penyebaran bunyi-bunyi vokal di depan perkataan, sungguhpun

ada tetapi penggunaannya sukar ditemui dan tidak banyak.

2) Vokal belakang sempit /u/

Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin seperti

merapati lelangit keras. Walau bagaimanapun tiada sekatan aliran udara berlaku. Lelangit

lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar

melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Bentuk bibir dalam keadaan bundar.

Fonem Depan Tengah Belakang

/u/ [ulɪh] [ŋumpul] [dɪatu]

[ukur] [kaul] [empu]

[udah] [ŋuan] [nəmu]

Dengan itu di dalam vokal belakang sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /u/ juga sangat

kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban, dan ianya digunakan pada banyak

perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal itu berada di depan, di tengah atau di

belakang perkataan.

15

Page 16: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

3) Vokal belakang separuh sempit /o/

Vokal ini terhasil dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi

semasa melafazkan bunyi /u/. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan

menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Bibir terbentuk bundar ketika melafazkan bunyi ini.

Fonem Depan Tengah Belakang

/o/ [oraŋ] [pərsonaliti] [ŋəno]

[opis] [ekonomi] -

Dengan itu di dalam vokal belakang separuh sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /o/

juga sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban tetapi cuma pada

penyebaran bunyi-bunyi vokal di depan dan di tengah perkataan. Manakala, pengkaji sukar

menemui penyebaran bunyi pada belakang perkataan dan hanya berjaya menemui satu

perkataan sahaja.

4) Vokal depan sempit /ɪ/

Terhasil apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi dibahagian

depan mulut. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga

hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz

bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar.

Fonem Depan Tengah Belakang

/ɪ/ [ɪja] [pɪjak] [paraĭ]

[ɪdup] [dɪtu] [kɪtaĭ]

[ɪduŋ] [kabɪh[ [mataĭ]

Dengan itu di dalam vokal depan sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /i/ juga sangat

kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban, dan ianya digunakan pada banyak

16

Page 17: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal itu berada di depan, di tengah atau di

belakang perkataan.

5) Vokal separuh sempit /e/

Apabila menghasilkan bunyi vokal ini bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit, iaitu

sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi /i/. Lelangit lembut diangkat rapat

kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut

sambil mengetarkan pita suara. Bibir berkeadaan terhampar ketika melafazkan bunyinya.

Fonem Depan Tengah Belakang

/e/ [enda] [pelaba] -

[empa] [jerɪta] -

Dengan itu di dalam vokal separuh sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /e/ juga sangat

kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban tetapi cuma pada penyebaran

bunyi-bunyi vokal di di tengah perkataan. Namun, penyebaran bunyi vokal /e/ di depan

perkataan adalah agak sukar ditemui dan tidak banyak digunakan sepertimana

penggunaannya di tengah perkataan. Hanya terdapat beberapa perkataan yang menggunakan

penyebaran bunyi vokal /e/ di awal perkataan. Manakala, pengkaji tidak menemui

penyebaran bunyi pada belakang perkataan.

6) Vokal Tengah /ə/

Vokal ini terhasil dengan lidah diletakkan seperti biasa di lantai rongga mulut tetapi bahagian

tepi lidah dilengkungkan sedikit dan rongga munlut berada di dalam keadaan sederhana luas.

Fonem Depan Tengah Belakang

/ə/ [əŋgaŭ] [sekəda] -

[əndaŋ] [bəsaɪ] -

[əmpu] [məpar] -

17

Page 18: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Dengan itu di dalam vokal tengah, dapatlah dianalisis bahawa vokal /ə/ juga sangat kerap

digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban tetapi cuma pada penyebaran bunyi-

bunyi vokal di depan dan di tengah perkataan. Manakala, pengkaji tidak menemui

penyebaran bunyi pada belakang perkataan.

2.2. Analisis tentang Bunyi-Bunyi Konsonan

Bunyi konsonan adalah bunyi selain daripada bunyi vokal. Ia terjadi apabila berlaku gangguan

atau halangan oleh alat artikluasi terhadap udara yang datang dari paru-paru. Konsonan terbahagi

kepada dua iaitu:

1) Konsonan Bersuara yang terhasil ketika tekanan udara keluar dari paru-paru menggetarkan

pita suara.

2) Konsonan Tidak Bersuara adalah konsonan yang dihasilkan oleh udara daripada paru-paru

tidak menggetarkan pita suara.

(Rajah Bunyi-Bunyi Konsonan; Daerah Sebutan & Cara Sebutan)

18

Page 19: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Maka, di dalam analisis tentang bunyi-bunyi konsonan, khususnya di dalam bahasa Iban akan

dapat dikaji dan dianalisa penyebaran bunyi-bunyinya serta dinyatakan perkataan-perkataan yang

menggunakannya berdasarkan pemahaman pendefinisian bunyi konsonan dan jenis-jenis

konsonan yang terdapat di dalam bahasa Melayu secara amnya.

2.2.1. Fonem Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-

organ pertuturan.

Menurut Rahmat Sato (2002), konsonan dapat didefinisikan sebagai bunyi yang dihasilkan

dengan menghambat arus udara di suatu bahagian di sepanjang saluran suara. Konsonan juga

mempunyai tiga kriteria yang berikut:

1) Daerah Artikulasi;

Maksud daerah artikulasi ialah kedudukan alat artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi

konsonan yang terdapat di dalam jadual IPA.

Antara bunyi-bunyi konsonan tersebut ialah:

a. Dua bibir (Bilabial)

b. Bibir gigi (Labiodentals)

c. Gigi (Dental)

d. Gigi gusi (Alveolar)

e. Gigi gusi Lelangit Keras (Postalveolar)

f. Gelungan (Retroflex)

g. Lelangit keras (Palatal)

h. Lelangit lembut (Velar)

i. Anak tekak (Uvular)

j. Rongga tekak (Pharyngeal)

k. Pita suara (Glottis)

19

Page 20: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

2) Cara Artikulasi;

Cara artikulasi ialah cara bunyi ujaran yang dihasilkan.

Terdapat 9 cara artikulasi iaitu:

a. Letupan (plosive)

b. Sengauan (nasal)

c. Getaran (trill)

d. Ketukan atau libasan

e. Geseran (fricative)

f. Geseran Sisian (lateral fricative)

g. Malarantak bergeser (approximant)

h. Siantak bergeser (lateral approximant)

i. Letusan (affricates)

3) Ada tiadanya getaran suara;

Pita suara yang terbuka dan tidak bergetar akan menghasilkan konsonan yang tidak bersuara

manakala pita suara yang tertutup dan bergetar akan menghasilkan konsonan yang bersuara.

Rajah menunjukkan keadaan pita suara.

20

Page 21: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

2.2.2. Kajian tentang Bunyi-Bunyi Konsonan dalam Bahasa Iban

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bunyi-bunyi konsonan yang

terdapat dalam bahasa Iban adalah sama seperti bahasa Melayu. Di dalam bahasa Iban terdapat

tujuh jenis konsonan yang diperolehi dan ditemui hasil dari temu bual bersama informan. Di sini

juga, analisis bunyi-bunyi konsonan dibahagikan kepada tiga penyebaran bunyi konsonan iaitu

depan, tengah dan juga belakang.

Jenis-jenis konsonan yang diperolehi di dalam bahasa Iban adalah seperti berikut:-

1) Konsonan Letupan :

Konsonan letupan ini pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:-

a. Letupan dua bibir /p/ (tidak bersuara) & /b/ (bersuara)

Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat

ke dinding belakang rongga tekak. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru-paru

tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara. Udara yang tertahan ini kemudiannya

dilepaskan dengan serta-merta. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa

menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara

[p]. manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maa bunyi yang

dihasilkan itu adalah letupan bersuara [b].

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/p/ [pəmaɪulah] [dɪpebasaka] [ɪdup]

[pəndɪau] [nəmpara] [ŋaŋgap]

/b/ [bansa] [raban] -

[bɪsɪ] [laban] -

21

Page 22: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Dengan itu dalam konsonan letupan dua bibir, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /p/

sangat kerap digunakan di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak

perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau

di belakang perkataan. Manakala, konsonan /b/ pula hanya dapat ditemui pada

penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja.

b. Letupan gusi /t/ (tidak bersuara) & /d/ (bersuara)

Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut

dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kedudukan lidah ini menyekat udara dari

paru-paru. Dan apabila udara yang tersekat tersebut dibebaskan serta-merta maka bunyi

yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi. Apabila letupan gusi berlaku dengan tidak

menggetarkan pita suara, maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara

[t]. Apabila letupan gusi itu dilakukan dengan getaran pita suara, maka bunyi yang

dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d].

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/t/ [tauka] [kɪtaɪ] [ənseput]

[təgalan] [kətərubah] [rarɪt]

/d/ [dataɪ] [səkəda] -

[duɲa] [ədaŋ] -

Dengan itu dalam konsonan letupan gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /t/ juga

sangat kerap digunakan di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak

perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah

atau di belakang perkataan. Manakala, konsonan /d/ pula hanya dapat ditemui pada

penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja, dan tiada

ditemui pada penyebaran di belakang perkataan.

22

Page 23: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

c. Letupan lelangit lembut /k/ (tidak bersuara) & /g/ (bersuara)

Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh

lelangit lembut. Udara yang tertahan kemudiannya dilepaskan dengan serrta-merta.

Apabila pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka bunyi

yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut tak bersuara [k]. Sebaliknya apabila pita

suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/k/ [kətərubah] [ukur] [bɪak]

[kəbuah] [sakaɪ] [manuk]

/g/ [gəmbar] [magang] -

[gawa] [agɪ] -

Dengan itu dalam konsonan letupan lelangit lembut, dapatlah dianalisis bahawa konsonan

/k/ juga sangat kerap digunakan di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak

perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah

atau di belakang perkataan. Manakala, konsonan /g/ pula hanya dapat ditemui pada

penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja. Tiada

ditemui pada penyebaran di belakang perkataan, cuma dengan penggunaan penyebaran

bunyi konsonan /ng/ sahaja yang banyak ditemui.

2) Konsonan Geseran :

Konsonan geseran pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:-

a. Geseran gusi /s/ (tidak bersuara)

Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi

lelangit keras. Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara. Udara yang keluar dari

paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku.

23

Page 24: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/s/ [səkalika] [bɪsɪ] [rurus]

[sɪru] [basa] [untus]

Dengan itu dalam konsonan geseran gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /s/ juga

sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan,

sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di

belakang perkataan.

b. Geseran glotis /h/ (tidak bersuara)

Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara

keluar di antara pita suara secara bergeser. Seperti keadaan bunyi letupan glotis, bunyi ini

juga berlaku di pita suara maka dengan itu tidak timbul soal sama ada bunyi ini bersuara

ataupun tak bersuara.

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/h/ - [ŋayahka] [suah]

- [nɪtɪhka] [pəmajuh]

Dengan itu dalam konsonan geseran glotis pula, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /h/

hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di tengah dan di belakang

perkataan sahaja, dan tiada ditemui pada penyebaran di depan perkataan. Mungkin ini

adalah kerana penyebaran bunyi konsonan /h/ di dalam bahasa Iban digugurkan atau

dihilangkan, misalnya bagi perkataan ‘hari’ (ari) ‘hidup’ (idup).

3) Konsonan Letusan :

Konsonan letusan pula hanya terdapat satu bahagian sahaja, iaitu:-

24

Page 25: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

a. Letusan gusi lelangit keras /c/ (tidak bersuara) dan /ʤ/ (bersuara)

Terdapat dua bunyi letusan dalam bahasa melayu. Bunyi ini dihasilkan dalam keadaan

yang sama seperti bunyi letupan. Yang membezakannya adalah bunyi nini dilepaskan

nsecara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran. Dalam keadaan ini, lelangit

lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi

bersuara dan tak bersuara. Konsonan letusan dalam bahasa melayu adalah letusan lelangit

keras tak bersuara [c] dan letusan lelangit keras bersuara [j].

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/c/ [cura] - -

- - -

/ʤ/ [ʤaku] [panʤaɪ] -

- [aʤa] -

Dengan itu dalam konsonan letusan gusi lelangit keras, dapatlah dianalisis bahawa

konsonan /c/ sangat jarang digunakan di dalam bahasa Iban dan pengkaji cuma berjaya

menemui satu perkataan sahaja pada penyebaran bunyi konsonan di depan perkataan. Jika

dianalisa, penggunaan konsonan /c/ di dalam bahasa Iban adalah gandingan dengan

konsonan /h/ iaitu /ch/, misalnya /cherita/ dan /enchuri/. Manakala, konsonan /j/ pula

hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah

perkataan sahaja, dan tiada ditemui pada penyebaran di belakang perkataan.

4) Konsonan Getaran :

Konsonan getaran juga hanya mempunyai satu bahagian sahaja, iaitu:-

a. Getaran gusi /r/

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r]. Bunyi ini dihasilkan apabila

lidah digetarkan dalam rongga mulut. Dalam kkeadaan begini lidah diangkat ke arah gusi.

25

Page 26: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini

menghasilkan bunyi getaran [r].

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/r/ [raban] [sɪru] [bendar]

[rədak] [ŋɪra] [təkəlanʤur]

Dengan itu dalam konsonan getaran gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /r/ juga

sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan,

sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di

belakang perkataan.

5) Konsonan Sisian :

Konsonan sisian juga hanya mempunyai satu bahagian sahaja, iaitu:-

a. Sisian gusi /l/

Bahasa melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian, iaitu [l]. bunyi konsonan sisian

ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Dalam keadaan ini

hujung lidah diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit lembut dirapatkan ke belakang

rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisis kanan dan kiri lidah dan

menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil adalah [l].

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/l/ [lalau] [məla] [ŋakal]

[laban] [beləman] [pənekul]

Dengan itu dalam konsonan sisian gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /l/ juga

sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan,

26

Page 27: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di

belakang perkataan.

6) Konsonan Sengauan :

Konsonan sengauan pula mempunyai empat bahagian, iaitu:-

a. Sengauan dua bibir /m/

Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan kepada bibir atas.

Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung.

Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan.

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/m/ [məga] [təmuaɪ] [bəmaʧam]

[magang] [nəmpara] -

Dengan itu dalam konsonan sengauan dua bibir, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /m/

juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak

perkataan, tetapi cuma pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah

perkataan. Manakala, penyebaran bunyi konsonan /m/ pada belakang perkataan adalah

sukar ditemui dan pengkaji cuma berjaya menemui satu perkataan sahaja.

b. Sengauan gusi /n/

Bunyi sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi. Lelangit

lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa

melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan.

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/n/ [nadaɪ] [məntas] [aŋan]

[nuŋa] [ənda] [tusun]

27

Page 28: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Dengan itu dalam konsonan sengauan gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /n/ juga

sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan,

sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di

belakang perkataan.

c. Sengauan gusi lelangit keras //

Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada lelangit

keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui

rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan.

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/ɲ/ [ɲəbut] [məɲana] -

[ɲagaŋ] [duɲa] -

Dengan itu dalam konsonan sengauan gusi lelangit keras, dapatlah dianalisis bahawa

konsonan /ny/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban terutama sekali

penyebaran bunyi pada depan perkataan. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan

bunyi konsonan /ny/ di dalam bahasa Iban pada penyebaran bunyi di depan perkataan

adalah sebagai ganti bagi imbuhan ‘meny’ di dalam bahasa Melayu. Manakala,

penyebaran bunyi di belakang perkataan tidak ditemui oleh pengkaji.

d. Sengauan gusi lelangit lembut /ŋ/

Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan

dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang

menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara

digetarkan.

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

28

Page 29: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

/ŋ/ [ŋəmbuan] [əŋgau] [ditagaŋ]

[ŋayanka] [təŋkɪra] [sɪŋkaŋ]

Dengan itu dalam konsonan sengauan gusi lelangit lembut, dapatlah dianalisis bahawa

konsonan /ng/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada

banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di

tengah atau di belakang perkataan. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan bunyi

konsonan /ng/ di dalam bahasa Iban pada penyebaran bunyi di depan perkataan adalah

sebagai ganti bagi imbuhan ‘meng’ di dalam bahasa Melayu.

7) Konsonan Separuh Vokal :

Konsonan separuh vokal pula mempunyai dua bahagian, iaitu:-

a. Separuh vokal dua bibir /w/

Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dalam

keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana

semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya,

kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya

berlaku separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu. Ada dua bunyi

separuh vokal, iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y].

keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan [w]. Manakala semasa melafazkan [y]

keadaan bibir dihamparkan.

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/w/ - [awakka] -

- [gawa] -

Dengan itu dalam konsonan separuh vokal dua bibir, dapatlah dianalisis bahawa

konsonan /w/ begitu sukar ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban terutama sekali

29

Page 30: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

tiada penyebaran bunyi di depan dan belakang perkataan. Hanya dua perkataan sahaja

berjaya pengkaji temui bagi penyebaran bunyi di tengah perkataan.

b. Separuh vokal lelangit keras /y/

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:

Fonem Depan Tengah Belakang

/y/ - [ayan] -

- [ɪya] -

Dengan itu dalam konsonan separuh vokal lelangit keras, dapatlah dianalisis bahawa

konsonan /y/ juga begitu sukar ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban terutama

sekali tiada penyebaran bunyi di depan dan belakang perkataan. Hanya dua perkataan

sahaja berjaya pengkaji temui bagi penyebaran bunyi di tengah perkataan.

2.3. Analisis tentang Bunyi-Bunyi Diftong

2.3.1. Bunyi Diftong

Bunyi diftong adalah bunyi geluncuran. Bunyi ini dihasilkan dengan geluncuran dua vokal, iaitu

dari satu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Bermakna

terdapat dua bunyi vokal yang dibunyikan secara berturut-turut. Namun, lafaz bunyi vokal

pertama lebih lantang dibandingkan dengan bunyi vokal yang kedua. Bunyi ini dilambangkan

dengan dua lambing vokal. Yang pertama menunjukkan keadaan lidah semasa mula melafazkan

bunyi vokal yang pertama. Manakala vokal kedua menunjukkan keadaan lidah diakhir sebutan.

Bunyi diftong ini mempunyai satu puncak kelantangan. (Indirawati Zahid dan Mardian Shah

Omar, 2006)

Manakala menurut Dr Rahmat Sato (2002), Bunyi vokal dihasilkan apabila udara mengalir

dengan bebas tanpa sebarang gangguan di sepanjang saluran udara. Dalam hal ini, sekatan yang

terjadi pada pita suara lazimnya tidak disebut artikulasi. Apabila glotis dirapatkan sehingga pita

30

Page 31: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

suara bergetar, maka lahirlah bunyi vokal bersuara. Sebaliknya apabila glotis terbuka dan pita

suara tidak bergetar, terhasillah bunyi vokal tak bersuara.

Terdapat tiga bunyi diftong dalam Bahasa Melayu, iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Ketiga-tiga bunyi

diftong ini boleh menbentuk suku kata seperti /pantai/, /limau/ dan /samboi/.

Berikut adalah rajah kedudukan diftong bahasa Melayu.

a) Diftong /ai/

Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa

menghasilkan bunyi vokal depan /a/ dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan

tertutup /i/. Bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak sebenar-benar sampai kepada

posisi seperti melafazkan bunyi /i/. Hujung lidah menyentuh gigi depan bahagain bawah.

Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana

dan luas.

b) Diftong /au/

Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah seperti melafazkan bunyi /a/ dan secepatnya

beralih kepada bunyi vocal belakang tertutup /u/. Ketika menghasilkan bunyi ini bahagian

belakang lidah tidak benar-benar menaik seperti melafazkan bunyi /u/. Bentuk bibir pada

mulanya tidak berkeadaan bundar tetapi apabila hamper pada selesainya lafaz bunyi ini

bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian

bawah dan pembukaan rahang antara luas dan sederhana.

31

Page 32: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

c) Diftong /oi/

Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang

separuh tertutup /o/ dan secepatnya beralih pada bunyi vokal depan tertutup /i/. Walau

bagaimanapun bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar menaik seperti ketika

melafazkan bunyi /u/. Bentuk bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila

hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-

hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan

luas.

2.3.2. Bunyi-Bunyi Diftong dalam Bahasa Iban

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bunyi-bunyi diftong yang

terdapat dalam bahasa Iban adalah lebih kurang seperti di dalam bahasa Melayu. Di dalam

bahasa Iban cuma terdapat tiga jenis bunyi-bunyi diftong yang diperolehi dan ditemui hasil dari

temu bual bersama informan dan bahan-bahan rujukan iaitu bunyi diftong /ai/, /au/ dan /ui/. Di

sini juga, analisis bunyi-bunyi diftong dibahagikan kepada tiga penyebaran bunyi konsonan iaitu

depan, tengah dan juga belakang perkataan. Penyebaran bunyi-bunyi diftong dalam bahasa Iban

adalah seperti berikut:-

1) Diftong /ai/

Terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi-bunyi diftong /ai/ di

dalam bahasa Iban, iaitu seperti:-

Fonem Depan Tengah Belakang

/ai/ - ĭ [ukaĭ]

- [ĭ

Dengan itu di dalam penyebaran diftong /ai/, dapatlah dianalisis bahawa diftong /ai/ sangat

kerap digunakan dan mudah ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban. Ianya digunakan

32

Page 33: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

pada banyak perkataan yang mempunyai penyebaran bunyi diftong /ai/ pada belakang

perkataan. Manakala, hanya satu perkataan sahaja yang ditemui oleh pengkaji yang

mempunyai penyebaran bunyi diftong /ai/ pada tengah perkataan. Akan tetapi, penyebaran

bunyi diftong /ai/ ini merupakan penyebaran bunyi di belakang perkataan yang paling banyak

digunakan di dalam bahasa Iban. Namun, pengkaji tidak berjaya menemui perkataan-

perkataan di dalam bahasa Iban yang menggunakan penyebaran bunyi diftong di depan

perkataan.

Bagi memperkukuhkan lagi kenyataan yang dibuat oleh pengkaji, di bawah ini dinyatakan

beberapa perkataan di dalam bahasa Iban yang menggunakan penyebaran bunyi diftong /ai/:

[dataĭ] [apaĭ] [penataĭ] [panʤaĭ] [gulaĭ]

[kɪtaĭ] [nadaĭ] [ŋumbaĭ] [ʤalaĭ] [makaĭ]

[duaĭ] [ukaĭ] [utaĭ] [mataĭ] [besaĭ]

2) Diftong /au/

Terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi-bunyi diftong /au/ di

dalam bahasa Iban, iaitu seperti:-

Fonem Depan Tengah Belakang

/au/ - [taŭka] [pendiaŭ]

- - [leŭ

Dengan itu di dalam penyebaran diftong /au/, dapatlah dianalisis bahawa diftong /au/ adalah

tidak mudah ditemui. Jika pun ada, ianya digunakan pada beberapa perkataan yang

mempunyai penyebaran bunyi di belakang perkataan. Dan pengkaji hanya berjaya menemui

satu perkataan juga bagi penyebaran bunyi diftong /au/ di tengah perkataan. Manakala,

pengkaji tidak berjaya menemui perkataan-perkataan di dalam bahasa Iban yang mempunyai

penyebaran bunyi diftong /au/ di depan perkataan.

33

Page 34: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

3) Diftong /ui/

Terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi-bunyi diftong /ui/ di

dalam bahasa Iban, iaitu seperti:-

Fonem Depan Tengah Belakang

/ui/ - - [nusuĭ]

- - -

Dengan itu di dalam penyebaran diftong /ui/, dapatlah dianalisis bahawa diftong /ui/ sangat

sukar ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban, sama ada penyebaran bunyi tersebut di

awal, di tengah atau di belakang perkataan. Dan hanya satu sahaja pengkaji berjaya menemui

iaitu perkataan yang mempunyai penyebaran bunyi diftong /ui/ di belakang perkataan.

34

Page 35: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB 3

KESIMPULAN

3.0. Rumusan

Fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa tetapi juga membabitkan penangkapan dan

pemprosesan bunyi. Bunyi- bunyi dan sebutan yang berbeza mempunyai organ- organ artikulasi

sendiri untuk dihasilkan. Di dalam bahasa Melayu standard, kebanyakan bunyi konsonan akan

diselitkan pada beberapa vokal. Manakala di dalam bahasa yang pengkaji telah kaji, iaitu bahasa

Iban, susunan konsonan dan vokal tiada hadnya.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa di dalam kajian tentang ‘Sistem Fonetik di dalam Bahasa

Iban’ ini mempunyai perbezaan dari segi penggunaan penyebaran bunyi-bunyi, terutama sekali

dapat dilihat di dalam penggunaan penyebaran bunyi-bunyi diftong yang hanya mempunyai tiga

bunyi-bunyi diftong sahaja. Dari kajian ini juga, pengkaji dapat menganalisis penggunaan

penyebaran bunyi diftong /ai/ yang seringkali berlaku di dalam perkataan-perkataan di dalam

bahasa Iban, terutama sekali pada penyebaran bunyi di akhir perkataan. Tambahan lagi,

penggunaan penyebaran bunyi-bunyi konsonan bagi konsonan /ng/ dan /ny/ yang juga banyak

didapati di awal perkataan di dalam bahasa Iban ini, yang mana jika dilihat dari sudut bahasa

Melayu, ianya adalah seperti bahasa singkatan dalam penggunaan ‘SMS’, misalnya ‘ngmbil’,

‘nyuci’ dan lain-lain lagi bahasa singkatan yang digunakan oleh belia masa kini semasa

menggunakan teks ‘SMS’. Selain itu, pengaji juga menemui pengguguran penyebaran bunyi

konsonan /h/ di awal perkataan di dalam bahasa Iban.

Secara tidak langsung, melalui kajian ini, pengkaji dapat memperolehi beberapa dapatan-dapatan

baru yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang akan datang, dan akan dapat member

informasi dan maklumat yang terkini bagi pengkaji-pengkaji bahasa yang lain.

35

Page 36: Assignment fonetik bahasa iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

3.1. Saranan dan Cadangan

Setelah merumuskan kajian bahasa Iban yang mengfokuskan pada ‘Sistem Fonetik di dalam

Bahasa Iban’, maka dapatlah pengkaji mengulas beberapa saranan dan cadangan yang mungkin

bersesuaian, dan berguna bagi pengkaji-pengkaji bahasa yang lain agar kertas kerja yang

diusahakan akan lebih bermutu dan bermakna.

Pertama sekali adalah disarankan supaya meluangkan banyak masa bersama penutur-penutur

bahasa yang hendak dikaji dan bersikap terbuka dalam pergaualan bersama mereka. Pertemuan

dan sesi temu bual dengan informan hendaklah lebih daripada tiga sesi supaya kajian akan lebih

terbuka dan banyak pengalaman bersama informan. Tambahan lagi, bilangan informan yang

hendak ditemui atau ditemu bual juga haruslah lebih daripada tiga orang agar banyak penemuan

dan isi-isi penting serta perbandingan yang bakal ditemui oleh pengkaji, supaya dapat dianalisis

dan dicatatkan dalam kajian.

Seterusnya, peralatan yang lengkap untuk menjayakan kajian tersebut seperti alat rakaman suara,

alat rakaman video, kamera, pensel, buku catatan, ‘zip-block’ dan mana-mana peralatan yang

penting dalam membantu kelancaran kajian bahasa tersebut.

Kemudian disarankan supaya semasa sesi temu bual itu hendaklah dilakukan secara ‘one-to-one’,

bukan secara berkumpulan atau sekaligus kerana ianya boleh membawa kepada ketidakpuasan

dalam mendapatkan informasi-informasi yang dikehendaki dan tiada peluang untuk menemu-

ramah informan yang lain.

Akhir sekali adalah saranan yang penting untuk pengkaji itu sendiri supaya lebih sistematik dan

pro-aktif. Sepatutnya menyediakan segala butir-butir dan mengetahui tujuan yang utama kajian

itu dibuat. Pengkaji juga hendaklah terlebih dahulu tahu akan apa yang perlu dikaji dan bersedia

dengan segala idea-idea atau cara yang bersesuaian bagi mendapatkan informasi-informasi dan

segala maklumat yang diperlukan.

36