fonetik fonologi

57
FONETIK DAN FONOLOGI 1.0 PENDAHULUAN Di dalam tugasan BMM 3108 Fonetik dan Fonologi ini, setiap kumpulan PISMP Bahasa Melayu Semester 4 telah diarahkan untuk menyiapkan, mengklasifikasikan dan menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi bahasa oleh organ-organ sebutan manusia. Tugasan ini dapat membantu para pelajar membanding beza setiap cara penghasilan bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia. Setiap cara penghasilan bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong berbeza. Lakaran gambar rajah dapat membantu untuk lebih memahami perbezaan tersebut. Tugasan ini mengandungi empat bunyi iaitu sebutan vokal, sebutan konsonan, dan sebutan diftong. Untuk lebih memahami mengenai isi tugasan tersebut setiap penjelasan huraian tersebut disertai dengan lakaran rajah dan jadual bagi setiap contoh perkataan. 1

Upload: fitri-ibrahim

Post on 29-Nov-2014

735 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

1.0 PENDAHULUAN

Di dalam tugasan BMM 3108 Fonetik dan Fonologi ini, setiap kumpulan

PISMP Bahasa Melayu Semester 4 telah diarahkan untuk menyiapkan,

mengklasifikasikan dan menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi bahasa

oleh organ-organ sebutan manusia.

Tugasan ini dapat membantu para pelajar membanding beza setiap cara

penghasilan bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia.

Setiap cara penghasilan bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong berbeza.

Lakaran gambar rajah dapat membantu untuk lebih memahami perbezaan tersebut.

Tugasan ini mengandungi empat bunyi iaitu sebutan vokal, sebutan

konsonan, dan sebutan diftong. Untuk lebih memahami mengenai isi tugasan

tersebut setiap penjelasan huraian tersebut disertai dengan lakaran rajah dan jadual

bagi setiap contoh perkataan.

1

Page 2: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

2.0 BUNYI BAHASA

Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.

Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara,

rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan

mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi

bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi

bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.

Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan.

Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita

sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana

apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh

itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan

bunyi-bunyi bahasa.

2.1 Alat-alat Pertuturan

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai

kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang

pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau

sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

2

Rajah 2.1: Alat-alat Pertuturan

1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah3. Gigi atas 13. Akar lidah4. Gigi bawah 14. Epiglotis5. Gusi 15. Pita suara6. Lelangit keras 16. Rongga tekak7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung8. Anak tekak 18. Rongga mulut9. Hujung lidah 19. Rahang10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Page 3: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

2.2 Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,

hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat

deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah

dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal

hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan

boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah

aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran

udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan

bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir

terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan

berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan

paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada

udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung

lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

3

Page 4: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir

rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas

rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga

tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan

udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan

tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaan.

Rajah 2.2: Pita Suara

2.3 Penggolongan Bunyi Bahasa

4

Page 5: fonetik fonologi

Bunyi Bahasa

FONETIK DAN FONOLOGI

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,

konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa

gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut

dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah

dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat

sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat

atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan

bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi

yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.

Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula

daripada bunyi vokal depan luas [a] dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit

[i].

3.0 BUNYI BAHASA VOKAL

Bunyi Vokal

5

Bunyi Bahasa

Rajah 2.3: Penggolongan Bunyi Bahasa

Page 6: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh getaran pada pita suara akan mengalami

perubahan bentuk lain di sepanjang aliran arus bunyi.Dalam sesuatu

bahasa,setengah-setengah artikulasi terus menutup atau menyempitkan aliran

udara,manakala yang lainnya melepaskan arus udara yang mengalir melalui rongga

mulut dengan bebas.Bunyi-bunyi vokal terhasil dengan cara ini.

3.1 Definisi Vokal

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara semasa menghasilkannya,udara dari paru-

paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa

sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran.Bunyi

vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan bermaksud bunyi itu dapat

didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yag tidak mengalami sebarang gangguan

pada arus udara.Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan,maka pita

suara merupakan alat yang penting sekali dalam penghasilan bunyi vokal.Jika bibir

dan lidah berada pada satu keadaan,rongga yang dilalui oleh udara yang bergetar

akan menyebabkan munculnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal

dengan nada yang tertentu.

3.2 Alat Artikulasi Dalam Penghasilan Vokal

Alat artikulasi yang terlibat secara lansung dalam penghasilan bunyi vokal

ialah pita suara, lidah, bibir, dan lelangit lembut.

3.2.1 Lidah

Lidah berperanan untuk menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza

dan tugas ini penting dalam menentukan kualiti vokal.Kedudukan lidah boleh

dihuraikan mengikut dua ukuran, iaitu tinggi rendah dan depan belakang.Lidah boleh

diturunkan serendah-rendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras

dalam menghasilkan bunyi.Dengan ini,bunyi vokal yang terhasil boleh rendah dan

boleh tinggi. Contohnya, vokal [ a ] dalam perkataan [kaya] ialah vokal

rendah.Sebaliknya, vokal [ i ] dan [ u ] dalam perkataan [kini] dan [buku] ialah vokal

tinggi.

3.2.2 Pita Suara

6

Page 7: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selapiut nipis berkenaan.

RAJAH 3.2.2 (a) : Proses Pengeluaran Suara

3.2.3 Bibir

Bibir mungkin dihamparkan atau dibundarkan menurut kadar yang sesuai

bagi sesuatu vokal yang dihasilkan. Apabila bibir dihamparkan akan terhasillah bunyi

vokal depan,manakala apabila bibir dibundarkan akan terhasillah bunyi vokal

belakang.Pada masa yang sama, lelangit lembut pula mungkin dinaikkan bagi

menghalang udara daripada mengalir masuk ke rongga nasal (hidung) dan dengan

ini udara hanya dibenarkan masuk ke rongga mulut.

Perbezaan bunyi antara satu vokal dengan vokal yang lain ditentukan oleh

keadaan lidah iaitu tinggi,separuh tinggi,separuh rendah atau rendah.Diagram Vokal

ini diperkenalkan oleh Daniel Jones (1965).Lihat diagram bagi menunjukkan gambar

kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut.

7

Page 8: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

RAJAH 3.2.3 (b) : Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

Rajah di atas merupakan sebagai keratin rentas lidah manusia. Bahagian

sebelah kiri dinamakan bahagian hadapan lidah manakala bahagian di sebelah

kanan dinamakan bahagian belakang lidah. Di tengah dinamakan bahagian tengah

lidah. Garis-garis yang melintang pula ialah gambaran ketinggian lidah itu dinaikkan.

Contohnya, bagi membunyikan vokal [ i ] dan [ u ],lidah dinaikkan dengan tinggi

berbanding semasa penghasilan bunyi vokal [ a ], lidah diangkat sedikit sahaja.

3.3 Cara Membunyikan Vokal

8

Page 9: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir,lidah,anak

tekak,lelangit lembut dan pita suara penting dalam membunyikan vokal-vokal

bahasa Melayu.

a) Vokal depan sempit [ i ]

Rajah 3.3 (a) Cara membunyikan vokal depan sempit [ i ]

Cara membunyikannya :

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [ i ] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhirikan [ikan] Bila [bila] Tali [tali]ibu [ibu] tiba [tiba] Padi [padi]

b) Vokal depan separuh sempit [e]

9

1. Keadaan bibir hampar.2. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah

lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras.

3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.5. Pita suara digetarkan.

Page 10: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 3.3 (b) Cara membunyikan vokal depan separuh sempit [e]

Cara membunyikannya:

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirEnak [ena?] Teleng [teleŋ] Tauge [tauge]Elok [elo?] Leher [leher] Tempe [tempe]

c) Vokal depan separuh luas/lapang [ ε ]

10

1. Keadaan bibir hampar.2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi kearah gigi gusi.3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.5. Pita suara digetarkan.

Page 11: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 3.3 (c) Cara membunyikan vokal depan separuh luas/lapang [ε]

Cara membunyikannya:

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas/lapang [ ε ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirEsa [εsa] Belek [bεlε?] Tauge [taugε]

Enak [εna?] Belok [bεlo?] Tempe [tempε]

d) Vokal depan luas/lapang [ a ]

11

1. Keadaan bibir hampar.2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah kearah gusi3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.5. Pita suara digetarkan.

Page 12: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 3.3 (d) Cara membunyikan vokal depan separuh luas/lapang [a]

Cara membunyikannya:

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas/lapang [ a ] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah AkhirAwan [awan] Kadar [kadar] Siapa [siapa]Anak [ana?] Beras [bəras] Nama [nama]

e) Vokal belakang sempit [ u ]

12

1. Keadaan bibir hampar.2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.5. Pita suara digetarkan.

Page 13: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 3.3 (e) Cara membunyikan vokal belakang sempit [u]

Cara membunyikannya:

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [ u ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirUbat [ubat] Bulat [bulat] Batu [batu]Ular [ular] Sudu [sudu] Palu [palu]

f) Vokal belakang separuh sempit [ o ]

13

1. Keadaan bibir bundar.2. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah

lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.

3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.5. Pita suara digetarkan.

Page 14: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 3.3 (f) Cara membunyikan vokal belakang separuh sempit [o]

Cara membunyikannya:

g)h)i)j)k)

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirOrang [oraŋ] Tolong [toloŋ] Pidato [pidato]Otak [ota?] Bohong [bohoŋ] Koko [koko]

g) Vokal belakang separuh luas/lapang [ ɔ ]

14

1. Keadaan bibir bundar.2. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kearah

lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.

3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.5. Pita suara digetarkan.

Page 15: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 3.3 (g) Cara membunyikan vokal belakang separuh luas/lapang [ɔ]

Cara membunyikannya:

l)m)n)o)p)

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas/lapang [ ɔ ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirOrang [ɔraŋ] Borong [bɔrɔŋ] Soto [sɔtɔ]Oleh [ɔleh] Bolot [bɔlɔt] Teko [tεkɔ]

h) Vokal tengah [ ə ]

15

1. Keadaan bibir bundar.2. Belakang lidah dinaikkan separuh rendah.3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.5. Pita suara digetarkan.

Page 16: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Cara membunyikannya:

q)r)s)t)u)

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ ə ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirEmak [əma?] Penat [pənat] [sosialismə]

Empat [əmpat] Tenat [tənat] [behaviurismə]

4.0 HURUF KONSONAN

16

1. Keadaan bibir antara hampar dengan bundar.2. Tengah lidah dinaikkan kearah lelangit keras tetapi

tidak sampai menyentuh lelangit keras.3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.5. Pita suara digetarkan.

Page 17: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Huruf kosonan turut dinamakan huruf mati mengikut bunyi tradisional. Bunyi kosonan terbahagi kepada dua, iaitu mungkin bersuara atau tidak bersuara.Bunyi konsonan juga turut mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan dan semasa menghasilkan bunyi kosonan ini, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada yang terdapat di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung.  Bunyi konsonan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman

. a.    Bunyi konsonan Melayu Asli

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli,iaitu:

[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara.

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara.

[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara.

[d] Konsonan letupan gusi bersuara.

[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara.

[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara.

[?] Hentian glotis.

Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara.

Konsonan letusan lelangit keras bersuara.

[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara.

[r] Konsonan getaran gusi bersuara.

[h] Konsonan geseran glotis bersuara.

[l] Konsonan sisian gusi bersuara.

[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara.

[n] Konsonan sengau gusi bersuara.

Konsonan  sengau lelangit lembut bersuara.

Konsonan sengau gusi – lelangit keras bersuara.

[w] Separuh vokal dua bibir bersuara.

[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara.

17

Page 18: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

b.    Bunyi  konsonan Melayu pinjaman.

Terdapat lapan bunyi konsonan Melayu pinjaman.

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara.

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara.

Konsonan geseran gigi tidak bersuara.

Konsonan geseran gigi bersuara.

[z] Konsonan geseran gusi bersuara.

Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara.

[x] Hentian geseran lelangit lembut tidak bersuara.

Konsonan geseran lelangit lembut bersuara.

Berikut adalah carta bunyi-bunyi konsonan Melayu asli.

Cara

Penghasilan

Bibir Gusi Gusi

Lelangit

Keras

Lelangit

Keras

Lelangit

Lembut

Pita

Suara

Letupan p   b t   d k   g ?

Letusan c   j

Geseran s h

Getaran r

Sisian l

Sengauan m n

Separuh

Vokal

w y

4.1Bunyi –bunyi konsonan

18

Page 19: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Bunyi – bunyi konsonan ialah bunyi – bunyi selain bunyi vokal, sama ada

bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru – paru

menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak

atau rongga hidung.

1. Keadaan glotis semasa menghasilkan bunyi adalah seperti rajah di bawah:

Keadaan lelangit lembut, yang boleh dinaikturunkan. Jika lelangit lembut dinaikkan,

bunyi – bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi –bunyi oral. Jika lelangit

lembut diturunkan, udara dari paru – paru dapat keluar melalui rongga hidung,

menghasilkan bunyi – bunyi sengau atau bunyi nasal.

Cara arus udara keluar dari paru – paru, yang akan menghasilkan pelbagai kategori

bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran,

konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran, dan separuh vokal.

Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, yang akan menghasilkan

pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi,

konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi – lelangit keras, konsonan

lelangit lembut, dan konsonan anak tekak.

4.2Cara menghasilkan bunyi – bunyi Konsonan Asli

19

Rajah 1

Page 20: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

4.2.1 Konsonan Letupan

- Letupan Dua Bibir [ p ] dan [ b ]

Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan merapatkan

bibir bawah ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang

rongga tekak. Arus udara keluar dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat

di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta

- merta

Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak

bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara,

iaitu [p] . Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah

konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

- Letupan Gusi [ t ] dan [ d ]

20

Rajah 2

Rajah 3

Page 21: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah

ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus

udara dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di

antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta

merta.

Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan, pita suara tidak

bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara, iaitu [

t ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan

gusi bersuara [ d ].

- Letupan Lelangit Lembut [ k ] dan [ g ]

Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan

menemukan belakang lidah dengan lelangit lembut, sambil menaikkan lelangit

lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak

bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Tetapi

jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan

lelangit lembut bersuara [ g ].

Hentian Glotis [ ? ]

Konsonan hentian glotis

dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat – rapatnya dan lelangit lembut

21

Rajah 4

Rajah 5

Page 22: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru –

paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya

dilepaskan serta – merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi

hentian glotis. Hentian glotis hadir di akhir – akhir perkataan yang dieja dengan huruf

k.

4.2.2 Konsonan Letusan

Konsonan letusan (atau afrikat) dihasilkan dengan membuat sekatan antara

alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan

22

Rajah 6

Page 23: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru–paru. Kemudiannya, sekatan ini

dilepaskan perlahan–lahan, menghasilkan bunyi letusan.

Dalam bahasa melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu

letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ]. Berikut ialah cara

menghasilkan konsonan – konsonan ini.

Konsonan letusan lelangit keras dihasilkan dengan cara depan lidah

ditemukan dengan daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke

dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga

mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan lelangit keras.

Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan – lahan.

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara

tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ].

Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan

letusan lelangit keras bersuara [ j ]

Letusan lelangit keras tidak bersuara letusan lelangit keras bersuara

4.2.3 Konsonan Geseran

- Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

23

Rajah 7 Rajah 8

Page 24: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah

ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding

rongga tekak. Arus udara dari paru–paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan

bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis direnggangkan

dan pita suara tidak bergetar. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuar

[s].

- Konsonan Geseran Glotis [ h ]

Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan

lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari

paru – paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut

seperti menghasilkan bunyi – bunyi vokal.

4.2.4 Konsonan Getaran

Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara

alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara

24

Rajah 9

Page 25: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran,

iaitu konsonan getaran gusi [ r ].

Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah ke arah

gusi dan menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding

belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

4.2.5 Konsonan Sisian

Konsonan sisian dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi

dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut, dan arus udara dari paru – paru

keluar melalui sisi lidah. Dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan

sisian, iaitu sisian gusi, [ l ]

Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah

gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus

udara dari paru – paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis

dirapatkanndan pita suara bergetar.

4.2.6 Konsonan Sengau

- Konsonan

Sengau Dua Bibir [ m ]

25

Rajah 11

Rajah 10

Page 26: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir

atas, lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui

rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

- Konsonan Sengau Gusi [ n ]

Konsonan sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan

gusi. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui

rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

- Konsonan Sengau Gusi - Lelangit Keras [ ת ]

26

Rajah 12

Rajah 13

Page 27: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengandepan lidah ditemukan ke

lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar

melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab

lambang [ ת ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu

konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.

- Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ŋ ].

Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat

ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar

melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam system

ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu

ng.

4.2.7 Separuh Vokal

- Separuh Vokal Dua Bibir [ w ]

27

Rajah 14

Rajah 15

Page 28: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Separuh vokal dua bibir dihasilkan dengan cara bibir dan belakang lidah

mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ u ], iaitu bibir dibundarkan dan

belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian, berlaku geluncuran ke arah

kedudukan vokal yang mengikutinya. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup

rongga hidung dan pita suara bergetar.

- Separuh Vokal Lelangit Keras [ j ]

Separuh vokal lelangit keras dihasilkan dengan cara bibir dan lidah

mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ i ], iaitu bibir dihamparkan dan

hujung lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian, berlaku geluncuran ke arah

kedudukan vokal yang mengikutinya. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup

rongga hidung dan pita suara

bergetar.

4.3 Cara menghasilkan bunyi – bunyian Konsonan Pinjaman.

- Konsonan Geseran Bibir – Gigi – [ f ] dan [ v ]

28

Rajah 16

Rajah 17

Page 29: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengancara bibir bawah dirapatkan ke

gigi atas supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding

belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan

dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas.

Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak

bergetar. Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara,

iaitu f. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka bunyi yang terhasil

ialah konsonan geseran bibir – gigi bersuara, v.

- Konsonan Geseran Gigi - [ th ] dan [ dh ]

29

Rajah 18

Rajah 19

Page 30: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara

gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang

rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan

di daerah gigi.

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara

tidak bergetar, konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara,

yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf, iaitu th. Jika

glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan

geseran gigi bersuara, yang dilambangkan dengan dh. Dalam ejaan Rumi baharu, th

dan dh telah diubah menjadi s dan d.

- Konsonan Geseran Bersuara [ z ]

Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah

ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding

rongga tekak. Arus udara dari pura – pura keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan

bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan

pita suara bergetar.

-Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ]

30

Rajah 20

Page 31: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan gusi–lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian

belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras.

Lelangit lembut dinaikkan rapat ek dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari

paru–paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan

antara depan lidah dengan sempadan gusi–lelangit keras. Glotis direnggangkan dan

pita suara tidak bergetar. Dalam ejaan Rumi, bunyi ini dilambangkan dengan deretan

dua huruf,sy.

- Konsonan Geseran Lelangit Lembut – [ kh ] dan [ gh ]

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat

ke arah lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di

daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

4.4 CONTOH PERKATAAN

4.4.1 KONSONAN MELAYU ASLI

[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. [ # Pandu # ] ( pandu )

31

Page 32: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

[ # lapan #] ( lapan)

[ # Tetap # ] ( tetap )

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara. [ # Balik # ] ( balik )

[ # Lebat # ] ( lebat )

[ # Kitab # ] ( kitab )

[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara. [ # tiga # ] ( tiga )

[ # itu # ] ( itu )

[ # pusat # ] ( pusat )

[d] Konsonan letupan gusi bersuara. [ # dasar # ] ( dasar )

[ # ada # ] ( ada )

[ # had # ] ( had )

[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak

bersuara.

[ # kambiŋ # ] ( kambing )

[ # paku # ] ( paku )

[ # kapak # ] ( kapak )

[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara. [ # garaŋ # ] ( garang )

[ # raga # ] ( raga )

[ # beg # ] ( beg )

[?] Hentian glotis.

[c] Konsonan letusan lelangit keras tidak

bersuara.

[ # cat # ] ( cat )

[ # kaca # ] ( kaca )

[ # koc # ] ( koc )

[j] Konsonan letusan lelangit keras bersuara. [ # jalan # ] ( jalan )

[ # baju # ] ( baju )

[ # garaj # ] ( garaj )

[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara. [ # sah # ] ( sah )

[ # kisah # ] ( kisah )

[ # lipas # ] ( lipas )

[r] Konsonan getaran gusi bersuara. [ # rantai # ] ( rantai )

[ # baru # ] ( baru )

[ # ular # ] ( ular )

[h] Konsonan geseran glotis bersuara. [ # hati # ] (hati)

[ # lihat # ] ( lihat )

[ # rumah # ] ( rumah )

32

Page 33: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

[l] Konsonan sisian gusi bersuara. [ # lantai # ] ( lantai )

[ # malam # ] ( malam )

[ # kәsal # ] ( kesal )

[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara. [ # makan # ] ( makan )

[ # lama # ] ( lama )

[ # alim # ] ( alim )

[n] Konsonan sengau gusi bersuara. [ # naŋka # ] ( nangka )

[ # bina # ] ( bina )

[ # lapan # ] ( lapan )

Konsonan  sengau lelangit lembut bersuara. [ # ŋaŋa # ] ( nganga )

[ # malaŋ # ] ( malang )

Konsonan sengau gusi – lelangit keras

bersuara.

[ # nawa # ] ( nyawa )

[ # namo? # ] ( nyamuk )

[ # bana? # ] ( banyak )

[ # tana # ] ( tanya )

[w] Separuh vokal dua bibir bersuara. [ # wayaŋ # ] ( wayang )

[ # kawan # ] ( kawan )

[ # pulaw # ] ( pulau )

[y] Separuh vokal lelangit keras bersuara. [ # yaŋ # ] ( yang )

[ # tayaŋ # ] ( tayang )

[ # pakay # ] ( pakai )

4.4.2 KONSONAN MELAYU PINJAMAN

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara. [ # fikir # ] ( fikir )

33

Page 34: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

[ # lafaz # ] ( lafaz )

[ # ma?af # ] ( maaf )

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara. [ # variasi # ] ( variasi )

[ # novel # ] ( novel )

[ž] Konsonan geseran gusi bersuara. [ # žohor # ] ( dhohor )

[ # hažir # ] ( hadhir )

[ # haiž # ] ( haidh )

[š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak

bersuara.

[ # šubuht # ] ( subuh )

[ # ašar # ] ( asar )

[ # xaš # ] ( khas )

[x] Hentian geseran lelangit lembut tidak

bersuara.

[ # abar # ] ( khabar )

[ # xianat # ] ( khianat )

[ # tarix # ] ( tarikh )

[ץ] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara. ( ghaib ) [ # aibץ # ]

[ # loץat # ] ( loghat )

[ # baliץ # ] ( baligh )

5.0 DIFTONG

34

Page 35: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

5.1 Definisi Diftong

Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani

yang bermakna suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut terhasillah

dipthong yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu

suku kata. Dalam bahasa Melayu, dipthong disebut sebagai diftong.

Menurut Arbak Othman, 1986 : 58 : diftong didefinisikan sebagai rentetan

dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkanya

tidak ada hentian sebentar atau ‘hiatus’ yang memisahkan kedua-dua vokal

binaannya. Oleh sebab sifatnya yang dicirikan oleh satu puncak kelantangan, maka

diftong adalah silabis. Diftong juga adalah gabungan dua bunyi vokal yang disebut

secara berterusan ( dalam satu hembusan nafas ) dan semasa menghasilkanya

terdapat cirri geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan

sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah

membunyikan vokal yang lain. ( Raminah Hj. Sabran, 1986 : 77 )

Abdullah Hassan, 1980 : 77 pula berpendapat diftong ialah dua vokal atau

lebih yang berlaku secara berentetan, tetapi setiap vokal mempunyai cirri suku kata,

maka keadaan itu dikatakan rentetan vokal. Vokal-vokal tersebut boleh dipisahkan

dengan separuh vokal dan dalam keadaan lain, vokal-vokal tersebut berlainan dalam

satu rentetan bunyi. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1987 : 6 pula

berpendapat huruf diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan

sebagai bunyi geluncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong

yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ai],[au] dan [oi].

5.2 Diftong Bahasa Melayu

35

Page 36: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga bunyi diftong yang standard iaitu [ ay ],

[ aw ] dan [ oy ]. Dalam otografi bahasa Melayu, diftong ini dilambangkan sabagai

[ ai ],[ au ] dan [ oi ], misalnya dalam perkataan pakai, lampau dan kaloi.

Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong hanya terdapat pada suku kata

kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain, kedudukan

diftong [ai] dan [au] boleh berlaku diawal,tengah, dan akhir perkataan, manakala

diftong [oi] hanya terdapat pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.

Penyebaran bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti dalam jadual

berikut :

Jenis Diftong

Kedudukan Diftong

Awal Tengah Akhir

/ai/

/aiskrim/ /ghairah/ /pandai/

/aising/ /khairat/ /keldai/

/au/

/aurat/ /daulat/ /kalau/

/auto/ /tauliah/ /pukau/

/oi/

- /boikot/ /amboi/

- - /kaloi/

Jadual 5.2 : Penyebaran Fonem Diftong Bahasa Melayu

Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih

panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang kedua.

36

Page 37: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 5.2 : Pergerakan Lidah Bagi Penghasilan Diftong

Rajah 5.2 menunjukan pergerakan lidah semasa menghasilkan bunyi diftong bahasa

Melayu. Anak panah dalam rajah tersebut menunjukkan arah geluncuran oleh

pergerakan lidah daripada satu kedudukan vokal kearah kedudukan vokal yang lain.

Akhir anak panah itu menunjukkan had pergerakan bunyi diftong yang berkenaan.

Pergerakan lidah itu bermula dengan keadaan lidah berada pada kedudukan

menyebut satu vokal yang kemudianya bergerak menuju kearah kedudukan

menyebut vokal yang lain yang tidak disempurnakan artikulasinya.

5.3 Cara Membunyikan Setiap Diftong

5.3.1Diftong [ ai ]

37

Page 38: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Cara membunyikanya :

Rajah 5.3.1 : Cara Membunyikan Diftong [ ai ]

Jadual 5.3.1 : Cara Membunyikan Diftong [ ai ]

5.3.2 Diftong [ au ]

a. Cara membunyikanya :

38

1) Keadaan bibir agak terhampar.

2) Hujiung lidah terkena gigi bawah

3) Depan lidah pada kedudukan seperti

membunyikan vokal rendah [a].

4) Lidah secara cepat digeluncurkan kearah

cara membunyikan vokal depan tinggi [i]

5) Anak tekak dan lelangit lembut dinakkan

bagi menutup rongga hidung supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung.

6) Udara dari paru-paru keluar ke rongga

mulut.

7) Pita suara digetarkan.

3

1

2

4

7

6

5

Page 39: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 5.3.2 : Cara Membunyikan Diftong [ au ]

Jadual 5.3.2 : Cara Membunyikan Diftong [ au ].

5.3.3 Diftong [ oi ]

39

3

1

2

4

7

6

5

1) Keadaan bibir daripada hampar ke

bundar.

2) Hujiung lidah terkena gigi bawah

3) Depan lidah pada kedudukan seperti

membunyikan vokal rendah [a].

4) Lidah digeluncurkan secara cepat kearah

cara membunyikan vokal belakang tinggi

[u] dengan lidah melengkung kearah

lelangit keras.

5) Anak tekak dan lelangit lembut dinakkan

bagi menutup rongga hidung supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung.

6) Udara dari paru-paru keluar ke rongga

Page 40: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

b. Cara membunyikanya :

Rajah 5.3.3 : Cara Membunyikan Diftong [ oi ]

Jadual 5.3.3 : Cara Membunyikan Diftong [ oi ]

5.4 Jenis- Jenis Diftong

40

3

1

2

6

5

4

1) Keadaan bibir daripada hampar ke

bundar.

2) Depan lidah pada kedudukan sebelum

membunyikan cokal separuh tinggi [o]

3) Lidah digeluncurkan secara cepat kearah

cara membunyikan vokal depan tinggi [i]

dengan lidah dinaikkan kearah lelangit

keras, rendah sedikit daripada cara

membunyikan vokal [i].

4) Anak tekak dan lelangit lembut dinakkan

bagi menutup rongga hidung supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung.

5) Udara dari paru-paru keluar ke rongga

Page 41: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

Diftong boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

5.4.1 Diftong naik

Diftong naik ialah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat

atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokal kedua lebih daripada

tekanan vokal pertama.

Diftong jenis ini banyak terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris,

misalnya perkataan pier [pia] dan fierce [fiəs].

Tanda [ ~ ] diletakkan pada huruf vokal yang pertama untuk

menunjukkan sebutan vokal keduanya lebih nyaring, lebih panjang dan

lebih tekananya.

5.4.2 Diftong turun

Bagi diftong turun, bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih

panjang dan lebih tekananya daripada vokal kedua. Tanda diakritik

[ ~ ] diletakkan dibawah vokal kedua. Contohnya :

[ ai ] Dalam perkataan ‘gulai’

[ au ] Dalam perkataan ‘pulau’

[oi ] Dalam perkataan ‘kaloi’

Jadual 5.4.2 : Perkataan Bagi Diftong Turun

41

Page 42: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

PENUTUP

Berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi

banyak melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ pertuturan

manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan

setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam

menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian, terdapat juga unsur yang bukan

dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat

penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan

sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan

merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.

Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi

konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak

bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara

(glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku

pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita

suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada

pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

Manakala, bunyi diftong pula menghasilkan bunyi geluncuran yang terhasil bermula

daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.

Oleh yang demikian, didapati bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang

terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-

paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-

duanya. Maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga

dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi

dalam pertuturan.

42

Page 43: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

REFLEKSI

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan

ini dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun terdapat

beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulilah, sepanjang

menjalankan tugasan Kerja Kursus Projek bagi Fonetik dan Fonologi Bahasa

Melayu ini, banyak input dan pengalaman baru yang kami perolehi. Malah, tugasan

ini juga banyak membantu saya dan rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah

Fazriyana bt Basri, Nor Azrina bt Mohd Zainol dan Nur Afifah bt Ahmad untuk

memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini terutamanya tentang

Cara-cara Penghasilan Bunyi Bahasa.

Dalam pada itu, bagi memudahkan tugasan ini dijalankan, kami sekumpulan

telah bersepakat membahagikan tugasan ini bagi memudahkan kerja dan

mempercepatkan proses perjalanan tugasan kami ini. Di samping itu, dengan

adanya pembahagian tugas, kerjasama kumpulan juga dapat dipupuk selain

daripada dapat mengukuhkan pengetahuan bagi setiap orang daripada ahli

kumpulan kami berkenaan tugasan ini. Malah, secara tidak langsung pengalaman

bekerja dalam kumpulan ini juga dapat dipupuk dan diaplikasikan kelak.

Secara keseluruhannya, berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan ini,

kami juga telah berjaya memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana terhasilnya

bunyi bahasa. Malah, kami juga dapat membuat kesimpulan bahawa bunyi bahasa

adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Apabila udara

yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga

tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya, maka, udara yang keluar itu akan

mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan

secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan.

Oleh yang demikian, dengan pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman

yang sedia ada serta maklumat-maklumat baru yang kami perolehi, Alhamdulilah

kami berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jika sebelum ini

kami tidak mengambil berat tentang cara penghasilan bunyi bahasa ini, namun

dengan adanya tugasan ini, secara tidak langsung banyak membantu kami dalam

mengukuhkan maklumat dan pengetahuan lama dengan yang baru terutamanya

43

Page 44: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

untuk membunyikan huruf vokal, konsonan dan diftong dalam penyebutan bahasa

baku.

Malah kami juga sedar bahawa ketiga-tiga elemen bunyi bahasa ini amat

penting untuk diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah

supaya sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pengenalan huruf dalam Bahasa

Melayu dapat berjalan secara berkesan. Malah dengan penggunaan bunyi bahasa

yang tepat, secara tidak langsung penggunaan bahasa baku juga dapat

ditingkatkan. Malah, kecelaruan dalam penggunaan bahasa juga dapat dikurangkan.

Berdasarkan tugasan ini juga, kami juga mula sedar bahawa bertapa

pentingnya untuk memahami Cara Penghasilan Bunyi Bahasa ini. Hal ini kerana,

apabila kita dapat menguasai ketiga-tiga bunyi bahasa iaitu bunyi vocal, konsonan

dan diftong ini secara tidak langsung dapat memudahkan kita dalam peghasilan

bunyi bahasa atau penyebutan yang berkesan. Malahan, secara tidak langsung

ianya dapat memudahkan kita dalam berkomunikasi.

Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan

terhadap diri kami. Tugasan ini juga, telah membuka pemikiran kami terhadap

bidang ilmu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini. Kami berharap ilmu ini dapat

kami aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan. Akhir kata

terima kasih kami ucapkan kepada Encik Hamdan bin Yaakub pensyarah kursus

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu kami diatas segala tunjuk ajar yang diberikan

serta tidak lupa kepada rakan-rakan kumpulan. InsyaAllah, kami akan gunakan ilmu

yang ada ini dengan sebaik-baiknya

44

Page 45: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

BIBLIOGRAFI

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.2006.Fonetik dan Fonologi. BS Print (M)

Sdn.

Bhd : Kuala Lumpur

Siti Hajar Abdul Aziz.2008.Siri pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Oxford Fajar

Sdn.Bhd

: Selangor Darul Ehsan

http://www.google.com.my/search?

q=rajah+diftong+ai&rlz=1C1SKPL_enMY426MY42&sugexp=chrome,mod

%3D0&um=1&ie=UTF8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tabwi&ei=Q4VUUI-

6E4n3rQf0rIDgCw&biw=1280&bih=694&sei=SoVUUKmfDseGrAeO5IFY – Diakses

pada 15 September 2012

http://books.google.com.my/books?

id=edWhSzcHmUQC&pg=PA14&lpg=PA14&dq=diftong+bahasa+melayu&source=bl

&ots=U14rhIYCjE&sig=KPUz73_ClBhIqbm_YBPKmsrl87Y&hl=en#v=onepage&q=dif

tong%20bahasa%20melayu&f=false – Diakses pada 15 September 2012

45

Page 46: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

LAMPIRAN

46

Page 47: fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

47