folio psk tingkatan 1

20
KUBANG KERANJI, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 2008 NAMA : MOHD ZUHAIRI B. NAZERI TINGKATAN : 1 MUSZAPHAR NAMA GURU PENASIHAT :ENCIK MOHD IZANI B. CHE ISMAIL BI L TAJUK M/S

Upload: farcry95

Post on 12-Jun-2015

16.123 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kpd semua yg mahu ambil folio ni.... sila komen byk2 ye.

TRANSCRIPT

Page 1: Folio PSK tingkatan 1

KUBANG KERANJI, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN 1 2008

NAMA : MOHD ZUHAIRI B. NAZERI TINGKATAN : 1 MUSZAPHAR NAMA GURU PENASIHAT :ENCIK MOHD IZANI B. CHE ISMAIL

Page 2: Folio PSK tingkatan 1

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN

2 OBJEKTIF PROJEK

3 STRATEGI PERLAKSANAAN

4 LAMPIRAN A : SAJAK DAN POSTER

5 LAMPIRAN B : GAMBAR SEMASA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT BERLANGSUNG

6 LOKASI PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

7 TANTETIF PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

8 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

9 ANGGARAN KOS TEMPOH PERLAKSANAAN PENGHARGAAN

10 TEMPOH PERLAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT

11 PENGHARGAAN

12 SUDUT REFLEKSI DAN KESIMPULAN

13 LAMPIRAN C : SURAT KEBENARAN UBUBAPA/PENJAGA

14 LAMPIRAN D : SURAT PENGENALAN DIRI MURID

15 KOMEN GURU

Page 3: Folio PSK tingkatan 1

Saya Mohamad Zuhairie B. Nazeri merupakan murid tingkatan 1 Muszaphar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar 2008. Saya dan rakan-rakan telah melibatkan diri dalam projek Khidmat Masyarakat yang diadakan di dewan Datuk Seri Najib. Sebab saya dan rakan-rakan melibatkan diri dalam projek ini kerana saya ingin tahu sebab-sebab berlakunya HIV dan juga tentang pil-pil, dadah-dadah dan ubat-ubatan yang digunakan oleh penagih. Maka kami pelajar-pelajar tingkatan satu melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dilakukan di dalam waktu sekolah.

Tajuk Projek Khidmat Masyarakat yang dijalankan ialah Learning to Say No “to Dadah”. Tajuk ini dipilih memandangkan dadah satu ancaman yang cukup besar kepada masyarakat kita khususnya golongan remaja. Oleh itu, projek ini menyedarkan kami supaya tidak mendekati perkara-perkara yang negatif. Tajuk ini dipilih kerana kami ingin mewujudkan imej yang sihat di SMKLG di samping menjaga serangan wabak berbahaya. Setelah berbincang dengan guru penasihat kami Encik Mohd Izani B. Che Ismail membuat keputusan mengumpul pelajar-pelajar tingkatan satu untuk menyebar luaskan maklumat, mendengar ceramah dan melibatkan diri dalam aktiviti melukis poster antidadah. Projek Khidmat Masyarakat yang disertai semua pelajar tingkatan satu berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang perlaksanaan projek ini mengambil tempoh masa selama 6 jam.

Page 4: Folio PSK tingkatan 1

Saya dan rakan-rakan mengikuti projek ini kerana :

1. Ingin menyebar luaskan ancaman dadah kepada masyarakat terutamanya golongan mudah.

2. Projek Khidmat Masyarakat ini juga membolehkan para pelajar tahu cara-cara untuk bertindak apabila masalah ini berlaku kepada kita.

3. Projek ini juga dapat mengelakkan pelajar sekolah daripada mengambil dadah.

4. Saya dan rakan-rakan juga dapat menyebar luaskan ancaman dadah serta bahayanya dadah kepada masyarakat

5. Saya dan rakan-rakan juga dapat mengetahui cara-cara mengatasi masalah ini sekiranya seseorang itu terjebak dengan dadah.

Page 5: Folio PSK tingkatan 1

Sebelum Projek Khidmat Masyarakat berlangsung pelajar-pelajar kelas 1 Muszaphar telah mengadakan pembincangan dengan guru penasihat kami. Kami telah berbincang tentang pertandingan melukis poster antara kelas. Hasil dalam perbincangan dengan guru penasihat kuputusannya seperti berikut:

1. Pertandingan poster antidadah akan diadakan didalam kelas pada 1.4.2008 sewaktu matapelajaran PSK.

2. Guru penasihat berharap kelas kami menjadi juara dalam pertandingan poster yang akan diadakan pada 6.5.2008 iaitu pada hari selasa.

3. Setelah berbincang dengan guru penasihat kami telah membuat keputusan agar semua peserta yang masuk pertandingan melukis poster menyediakan sendiri bahan-bahan yang ingin digunakan antaranya kertas, berus lukisan, pensil warna dan alat tulis.

4. Markah pertandingan melukis poster akan diambil dari segi kreatif pelajar, mesej yang diambil oleh pelajar serta kecantikan dan kebersihan lukisan yang dilukis oleh pelajar.

5. Pihak sekolah turut mendapatkan kerjasama daripada Agensi Antidadah Cawangan Kota Bharu untuk membantu pelajar bagi menjayakan projek ini.

6. Sekolah juga turut dapat kebenaran dari Tuan Pengetua, Pihak Sekolah, Guru-guru Sekolah dan Ibubapa.

7. Guru penasihat kami memberi arahan kepada kami agar kami mengambil gambar sebagai bahan sokongan untuk Folio Khidmat Masyarakat.

8. Ketua Kelas kami iaitu Nurul Sharmeen Adlina Binti Mohamad dan penolong ketua tingkatan kelas kami Che Nur Afiqah Bahirah binti Che Zamri telah ditugaskan mengambil makanan dan minuman untuk kelas 1 Muszaphar seramai 30 orang.

Page 6: Folio PSK tingkatan 1

Projek Khidmat Masyarakat ini berlangsung di Dewan Datuk Seri Najib SMKLG kerana lokasi ini dapat memenuhi murid-murid tingkatan satu, guru-guru SMKLG dan tetamu-tetamu yang diundang pada masa itu. Di dewan ini juga ada pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya ialah mempunyai elektrik yang cukup supaya projek ini berjalan dengan lancar, kerusi yang cukup untuk guru-guru dan tetamu-tetamu yang hadir untuk duduk. Pentas yang kecil agar para pelakon dapat berlakon dengan baik.

Page 7: Folio PSK tingkatan 1

Minggu Kedua (29.4.2008)

Kami diberi tajuk oleh guru penasihat kami untuk pertandingan ini seminggu lebih awal. Saya sendiri telah mengambil bahagian dalam pertandigan melukis poster dengan menggunakan tajuk yang telah ditetapkan. Lukisan yang telah siap akan dihantar kepada guru PSK dan akan disemak oleh guru pendidikan seni SMKLG.

Minggu Ketiga (6.5.2008)

Tepat pada pukul 8.00 pagi saya dan rakan-rakan dibawa ke Dewan Datuk Seri Najib untuk menyusun atur tempat dan membersihkan dewan yang terlalu kotor. Pada pukul 9.00 pagi pelajar-pelajar tingkatan satu masuk berduyung-duyung mengambil tempat duduk di dewan. Pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi pantonin antidadah telah dilakon oleh pegawai-pegawai Agensi Antidadah Cawangan Kota Bharu. Daripada persembahan itu saya telah dapat tahu bagaimana penagih-penagih dadah mendapatkan dadah, ditangkap oleh polis dan bagaimana hukuman dijalankan. Saya dan rakan-rakan telah mencatat pelbagai jenis dadah dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dadah. Poster antidadah telah diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu. Dari pukul 12.30 hingga 4.00 petang pameran besar-besaran telah diadakan. Sepanjang masa itu juga diadakan pertandingan melukis poster bagi pelajar-pelajar tingkatan

satu. Tepat pukul 5.00 petang Projek Khidmat Masyarakat telah tamat.

Page 8: Folio PSK tingkatan 1

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Saya sebenarnya tidak menghadapi sebarang masalah kerana :

Maklumat dengan jelas beberapa minggu sebelum projek Khidmat Masyarakat berlangsung.

Pengetua dan pihak sekolah banyak memberi kerjasama sebaik mungkin untuk projek khidmat masyarakat ini.

Selain itu, pihak sekolah juga telah menyediakan bahan yang baik seperti persediaan dewan, makanan dan minuman, alat tulis dan sebagainya.

Tetapi sedikit masalah sumber rujukan untuk saya membuat folio.

Masalah yang ditimbul oleh pelajar tingkatan 4 dan 5 sedikit menggangu semasa projek khidmat masyarakat berlangsung.

Malahan masalah pelajar-pelajar tingkatan satu yang sukar dikawal oleh guru.

Pelajar-pelajar tingkatan satu sesi pagi dan sesi petang telah berkumpul bersama-sama. Ini mengeratkan hubungan baik antara pelajar sesi pagi dan petang dan dapat juga mereka dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan mereka pada tahun lepas.

Page 9: Folio PSK tingkatan 1

Sepanjang projek tingkatan satu tidak sepatutnya kami mengeluarkan wang kerana sepatutnya disediakan oleh pihak sekolah. Walaubagaimana pun kami diberi kebebasan untuk memilih menggunakan wang sendiri atau sekolah untuk menyediakan folio PSK. Kesemua hadiah kepada pelajar tingkatan satu yang berjaya menjawab soalan berjumlah RM 250.00 adalah ditanggung oleh guru-guru PSK SMKLG. Untuk membuat folio Khidmat Masyarakat anggaran kewangan adalah diantara RM10.00 hingga RM20.00.

Page 10: Folio PSK tingkatan 1

Khidmat Masyarakat berlangsung dalam 6 jam. Dalam masa 6 jam pelajar-pelajar tingkatan satu telah mendengar ceramah dan juga menonton pentonin. Pelajar-pelajar tingkatan satu juga telah melihat pameran yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pertandingan melukis berlangsung selama 2 jam 10 minit. Masa diberi begitu lama supaya para pelajar dapat menghasilkan lukisan yang cantik agar menang. Bagi pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian melukis poster mereka dikehendaki memberi sokongan kepada pelajar yang menyertai pertandingan melukis poster. Perjumpaan guru telah diadakan untuk menentukan siapa yang akan menjadi juara. Perjumpaan guru diadakan di bilik Pendidikan Seni dan perjumpaan guru memakan masa selama 20 minit.

Page 11: Folio PSK tingkatan 1

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut kerana telah memberi sumbangan dan kerjasama terhadap saya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap Tuan Pengetua SMKLG iaitu Tuan Haji Mohamad Bin Yang yang telah banyak bekerjasama untuk menjayakan Projek Khidmat Masyarakat tingkatan satu. Kesemua kos Projek Khidmat Masyarakat telah ditanggung oleh Tuan Pengetua. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana bermurah hati membenarkan kami menggunakan dewan sekolah untuk Projek Khidmat Masyarakat.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat PSK kelas kami iaitu Encik Mohd Izani B. Che Ismail yang telah memberi bimbingan terhadap kami untuk membuat folio ini dan memberi tunjuk ajar agar kami dapat membuat folio ini dengan cantik dan agar kami mendapat markah yang cemerlang.

Saya juga ucapkan terima kasih terhadap ibubapa saya yang telah memberi sokongan dan bimbingan supaya saya menyiapkan folio ini. Mereka juga sanggup mengeluarkan wang untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah iaitu PK HEM, guru-guru kanan, pihak PIBG dan guru-

Page 12: Folio PSK tingkatan 1

guru SMKLG yang telah memberi sokongan padu terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu untuk menjayakan Projek Khidmat Masyarakat.

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak antidadah Kelantan Cawangan Kota Bharu dan sanggup berkorban waktu mengadakan ceramah dan persembahan untuk para pelajar tingkatan satu.

Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi memberikan bantuan serta menyediakan folio dan sanggup bertukar-tukar gambar.

Page 13: Folio PSK tingkatan 1

Aktiviti SMKLG telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Bagi saya, saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan sesi petang. Saya juga dapat mengenali diri kawan-kawan saya pada sesi petang.

Saya juga berpuas hati dan berasa bangga kerana dapat bersama-sama memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat tentang ancaman dadah. Pengajaran yang saya dapat ialah usaha saya dan rakan-rakan yang melukis poster dapat dimafaatkan oleh warga SMKLG.

Page 14: Folio PSK tingkatan 1

Nazeri B. MamatPT 161, Taman Desa Wangi,Pasir Tumboh,16450 Kota Bharu,Kelantan.

Tel :

Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar,Kubang Keranji, 16150 Kota Bharu,Kelantan.

Tuan,

Kebenaran Untuk Mengikuti Projek Khidmat Masyarakat

Merujuk kepada perkara diatas saya Nazeri B. Mamat K/P : RF/T 11157 penjaga kepada Mohamad Zuhairie B. Nazeri K/P : 950108-03-5395 dari kelas 1 Muszaphar.Saya membenarkan anak jagaan saya mengikuti Projek Khidmat Masyarakat yang diadakan pada 6.5.2008 (selasa) bertempat di Dewan Datuk Seri Najib.

2. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan jika terjadi sesuatu kepada anak saya. Saya akan menasihati anak saya agar menjaga diri dan berkelakuan baik semasa Projek Khidmat Masyarakat berlangsung.

3. Saya akan berjanji akan membantu pihak sekolah untuk menjayakan Projek Khidmat Masyarakat ini. Saya berjanji untuk mengeluarkan sebanyak wang yang diminta oleh pihak.

Page 15: Folio PSK tingkatan 1

4. Oleh sebab itu, saya doakan agar Projek Khidmat Masyarakat akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kerana membuat Projek Khidmat Masyarakat ini.

Sekian , terima kasih.

Yang benar ,

(NAZERI B. MAMAT)PT 161, Taman Desa Wangi,Pasir Tumboh,16450 Kota Bharu,Kelantan.

Page 16: Folio PSK tingkatan 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Long GafarKubang Keranji,16150 Kota Bharu,Kelantan. Tel : 09-7652837

Rujukan Kami : SMKLG/HM/06(1) Tarikh : 03.Mei.2008

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

Projek Khidmat Masyarakat Tingkatan Satu

Dengan ini dimaklumkan pembawa surat, Mohamad Zuhairie B. Nazeri ( No. K.P: 950108-03-5395) adalah seorang murid tingkatan 1 Muszaphar di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar. Pelajar ini sedang menjalankan Projek Khidmat Masyarakat untuk memenuhi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan satu.

2. Kerjasama Tuan/Puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian ,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya menurut perintah

(Tuan Haji Mohamad Bin Yang)Sekolah Menengah Kebangsaan Long GafarKubang Keranji,16150 Kota Bharu,Kelantan.