folio kgt tingkatan 3 2011
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Jalan Empat,
Pn Noorizan Mohamed kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Jahani bt. Kafi yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah
mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Baru Bangi yang
telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN
Saya, Ibrahim b. Abd Razak murid Tingkatan 3 Inovatif telah membuat kajian tentang
pencemaran alam sekitar di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor. Saya memilih kawasan
kajian ini kerana saya tinggal berdekatan dengan kawasan ini dan sekolah saya juga berada di
Bandar Baru Bangi. Selain itu, Bandar Baru Bangi merupakan sebuah Bandar yang sedang
meningkat maju dari segi pendidikan dan kegiatan ekonomi. Tempoh kajian ini dijalankan
adalah selama 2 minggu pada bulan Mei. Saya bersyukur kerana dapat membuat kajian ini
dengan masa yang tidak begitu lama.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:
1) Mengkaji dan menghuraikan konsep pencemaran alam sekitar di Bandar Baru Bangi,
Hulu Langat, Selangor.
2) Mengkaji dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Baru Bangi, Hulu
Langat, Selangor.
3) Mengkaji dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Bandar Baru Bangi, Hulu
Langat, Selangor.
4) Mengkaji dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Baru Bangi, Hulu
Langat, Selangor.
5) Mengkaji dan menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam
sekitar di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor.
6) Menghuraikan penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian.
7) Memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi PMR sebagai sebahagian daripada
komponen wajib.
KAWASAN KAJIAN
Bandar Baru Bangi adalah sebuah bandar terancang yang telah dimajukan oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan terletak di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran Kajang (MPKJ). Matlamat penubuhannya adalah untuk mewujudkan sebuah pusat
pertumbuhan di wilayah selatan Lembah Klang supaya dapat mengatasi masalah kesesakan di
bandar Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi dibuka pada 1974 dan telah dijangka siap pada tahun
lepas, iaitu 2010. Bandar ini terletak di negeri Selangor iaitu di Mukim Kajang dalam daerah
Hulu Langat. Pembinaannya melibatkan tanah seluas 2926 hektar. Jarak dari Bandar Baru Bangi
ke Kuala Lumpur adalah sejauh 30 km dan memakan masa perjalanan kira0kira 45 minit.
Salah satu keistimewaan Bandar Baru Bangi ialah kedudukannya yang diapit oleh
beberapa buah universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra
Malaysia (UPM). Beberapa buah institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan juga terletak
berhampiran antaranya ialah Institut Perguruan Islam, Maktab Yayasan Pelajaran, Institut
Percukaian Malaysia Bangi, Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Pusat
Penyelidikan Atom Malaysia (MINT), Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP),
Kuala Lumpur Industry University College (KLIUC), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
dan lain-lain.
Bandar Baru Bangi terletak di laluan lebuhraya Utara-Selatan dan di lokasi strategic
antara KL-Seremban yang telah menggalakkan perkembangannya.
Bentuk muka buminya beralun dan berbukit rendah dengan ketinggian lebih kurang 30m-
60m. Terdapat 4 batang sungai menyaliri kawasan ini iaitu Sungai Merah, Sungai Langat, Sungai
Ramal dan Sungai Semenyih. Sebelum dibuka tapak Bandar Baru Bangi merupakan kawasan
penanaman getah, kelapa sawit dan hutan simpan.
PETA KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :-
1) Pemerhatian
2) Temubual
3) Soal Selidik
4) Rujukan
Pemerhatian
Saya telah membuat lawatan di sekitar kawasan kajian bertujuan membuat pemerhatian tentang
bangunan-bangunan dan petempatan di Bandar Baru Bangi. Jalan raya di bandar ini juga turut
dikenal pasti. Segala maklumat direkod di dalam buku catatan. Perbincangan bersama rakan
diadakan untuk membantu saya menghuraikan data yang diperoleh.
Soal Selidik
Saya telah membuat soal selidik terhadap 20 orang responden yang terdiri daripada kalangan
penduduk Bandar Baru Bangi. Soal selidik tersebut adalah tentang punca-punca pencemaran dan
kesan buruk pencemaran tersebut. Langkah-langkah mengatasinya juga ada.
Rujukan
Maklumat turut diperoleh menerusi sumber rujukan buku teks, orang sumber dan internet yang
berkaitan dengan pencemaran di Bandar Baru Bangi. Saya telah membuat rujukan dan
memperoleh data pencemaran di beberapa perpustakaan awam.
DAPATAN KAJIAN
Konsep pencemaran alam sekitar
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya
dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu
ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian
alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,
tumbuhan dan haiwan.
Jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Baru Bangi
Jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya ialah pencemaran udara dan
pencemaran bunyi.
1) Pencemaran udara
Pencemaran udara berlaku apabila adanya perubahan iklim dan cuaca di sesuatu tempat.
Contohnya ialah jerebu. Jerebu berlaku kerana udara tidak bersih akibat pembakaran terbuka dan
sebab-sebab lain. Keadaan ini sering berlaku di kawasan Bandar Baru Bangi.
2)Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah satu keadaan berlakunya kebisingan yang berterusan dan melampau.
Bunyi bising yang berterusan boleh mengganggu ketenteraman awam dan masalah kesihatan.
Pencemaran ini biasanya berlaku pada siang hari kerana terdapat banyak jentera berat yang
melalui kawasan tersebut pada masa itu.
Daripada kajian ini, saya mendapati bahawa jenis pencemaran yang banyak terdapat di sini ialah
pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Lihat jadual 1 di bawah. Jadual menunjukkan adanya pencemaran udara dan bunyi di Bandar
Baru Bangi.
Bil Jenis Pencemaran Jumlah
1 Pencemaran Udara 7
2 Pencemaran Air 2
3 Pencemaran Bunyi 6
4 Pencemaran Tanih 2
5 Pencemaran Bau 3
Jumlah 20
Berdasarkan jadual seramai 20 orang menyatakan adanya pencemaran alam sekitar. Jenis
pencemaran yang ada di Bandar Baru Bangi ialah pencemaran udara dan bunyi.
Carta pie 1: Jenis-jenis pencemaran di Bandar Baru Bangi
7
26
2
3
JENIS-JENIS PENCEMARAN
Pencemaran UdaraPencemaran AirPencemaran BunyiPencemaran TanihPencemaran Bau
Punca pencemaran alam sekitar
Antara punca-punca berlakunya pencemaran udara dan bunyi di kawasan ini ialah banyak
kenderaan, pembakaran terbuka, pembinaan, penebangan hutan dan perniagaan. Lihat jadual 2.
Bil Punca Pencemaran Jumlah
1 Kenderaan Bermotor 5
2 Pembakaran Terbuka 3
3 Pembinaan 4
4 Penebangan Hutan 2
5 Perindustrian 6
Jumlah 20
Berdasarkan jadual seramai 6 orang(30%) kata punca utama pencemaran ialah perindustrian,
diikuti kenderaan bermotor sebanyak 5 orang(25%), pembinaan sebanyak 4 orang(20%),
pembakaran terbuka sebanyak 3 orang(15%) dan penebangan hutan sebanyak 2 orang(10%).
Lihat graf 1: Punca-punca pencemaran alam sekitar Bandar Baru Bangi.
Kenderaan Bermotor
Pembakaran Terbuka
Pembinaan Penebangan Hutan
Perindustrian0
1
2
3
4
5
6
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR BANDAR BARU BANGI
1) Banyak kenderaan bermotor
Setiap hari terdapat banyak kenderaan di jalan raya yang terdiri daripada pelbagai jenis
kenderaan seperti lori, kereta dan bas. Semua kenderaan ini mengeluarkan asap yang
mengandungi bahan pencemaran seperti karbon dioksida dan karbon monoksida. Semua ini
menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi bising yang dikeluarkan menyumbang kepada
pencemaran bunyi.
2) Pembakaran terbuka
Sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka amat
menyumbang kepada pencemaran udara. Pembakaran yang dilakukan pula bukanlah secara
kecil-kecilan, malah secara besar-besaran. Sesetengah bahan yang dibakar pula merupakan bahan
yang mudah meletup seperti bateri dan tin aerosol yang tidak digunakan. Keadaan ini juga
menyumbang kepada pencemaran bunyi.
3) Pembinaan
Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan hamper setiap hari menyebabkan pencemaran udara dan
bunyi yang serius. Debu dan asap yang dihasilkan mencemarkan alam sekitar dengan mudah
sekali. Bunyi bising yang dilepaskan pula menyebabkan pencemaran bunyi.
4) Penebangan hutan
Pembinaan petempatan menyebabkan banyak pokok ditebang, manakala kawasan bukit-bukit
diratakan dan gondola. Hal ini juga boleh menyebabkan debu berterbangan di udara dan
seterusnya menyumbang kepada pencemaran udara. Aktiviti menebang pokok dan menorah
bukit juga menyumbang kepada pencemaran bunyi.
5) Perindustrian
Kegiatan perindustrian di Bandar Baru Bangi menyebabkan pembakaran bahan api fosil dalam
kilang-kilang yang akan membebaskan karbon dioksida dan karbon monoksida yang
memberikan kesan kepada kualiti udara.
Kesan pencemaran udara dan pencemaran bunyi di Bandar Baru Bangi
Antara kesan pencemaran udara dan bunyi di Bandar Baru Bangi adalah jerebu, hujan asid,
penyakit, bau busuk, udara tercemar dan suhu meningkat. Lihat jadual 3.
Jadual 3 menunjukkan kesan pencemaran menurut penduduk di Bandar Baru Bangi.
Bil Kesan Pencemaran Jumlah
1 Jerebu 4
2 Hujan Asid 2
3 Penyakit 4
4 Bau Busuk 3
5 Udara Tercemar 3
6 Suhu Meningkat 4
Jumlah 20
Berdasarkan jadual ramai menyatakan wujudnya kesan pencemaran. Seramai 20 orang
menyatakan demikian.
Lihat graf 2. Tentang kesan pencemaran.
Graf 2 menunjukkan kesan pencemaran oleh penduduk.
Jerebu Hujan Asid Penyakit Bau Busuk Udara Tercemar Suhu Meningkat0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
KESAN PENCEMARAN DI BANDAR BARU BANGI
Terbukti kesan daripada pencemaran ialah:
1) Jerebu
Pembakaran terbuka dan penebangan hutan secara berlebihan melepaskan asap yang banyak
yang kemudiannya menyebabkan berlakunya jerebu. Perkara ini akan menyebabkan gangguan
penglihatan manusia. Jarak penglihatan menjadi dekat dan ini boleh membahayakan kendaraan
yang sedang bergerak di jalan raya.
2) Hujan asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung
dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun,
disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan
arang batu oleh dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan
nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan
titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfuric dan asid nitrik.
3) Penyakit
Jerebu boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia iaitu sesak nafas. Sampah sarap
yang tidak diurus dengan baik pula boleh menjadi tempat pembiakan bagi haiwan-haiwan
perosak yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
4) Bau busuk
Sampah sarap terbiar yang berpunca daripada kawasan perumahan, kilang dan tapak pembinaan
menyebabkan bau yang teramat busuk yang boleh menyebabkan pelbagai keburukan.
5) Udara tercemar
Udara tercemar kerana terlalu banyak bahan-bahan pencemar seperti debu dan asap yang tidak
diperlukan di udara wujud di udara.
6) Suhu meningkat
Pembakaran terbuka dan bahan api fosil oleh kenderaan dan kilang-kilang industry telah
mengeluarkan karbon dioksida dan gas-gas lain serta debu yng boleh memerangkap haba
matahari di permukaan bumi yang akhirnya menyebabkan suhu di muka bumi meningkat.
Keadaan ini juga dipanggil kesan rumah hijau. Hal ini menjadikan keadaan tidak selesa bagi
manusia.
Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di sekitar kawasan kajian
Peta minda menunjukkan cadangan mengurangkan pencemaran alam sekitar di bandar Baru
Bangi.
1) Kempen cintai alam sekitar
Penduduk perlu dididik dengan budaya menghayati dan mencintai alam sekitar seterusnya
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
2) Kuat kuasa undang-undang
Kerajaan perlu mengetatkan undang-undang untuk memelihara kebersihan alam sekitar.
Contohnya denda membuang sampah di tempat awam ditingkatkan dan mewujudkan denda
kepada sesiapa yang membawa kenderaan yang mengeluarkan asap hitam yang berlebihan.
3) Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum tidak mengeluarkan karbon monoksida, yang dahulu
dilepaskan oleh petrol berplumbum. Walaupun penggunaan petrol berplumbum lagi efisyen,
tetapi keburukan yang diberikan mengalahkan sebab tersebut.
4) Pendidikan alam sekitar
Di sekolah dan tapak-tapak perumahan perlu ada kursus pendidikan alam sekitar dari semasa ke
semasa untuk menyedarkan penduduk tentang kepentingan memelihara kebersihan alam sekitar.
5) Penggunaan alat Catalytic Converter
Alat ini harus digunakan oleh semua kenderaan kerana dapat mengurangkan pelepasan asap-asap
kenderaan melalui penggunaan teknologi moden.
UNSUR PATRIOTISME
Daripada huraian-huraian tersebut, nyatalah bahawa pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti-
aktiviti perindustrian yang pesat. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita hendaklah
sama-sama menjaga alam sekitar seperti:
a) Menyayangi alam sekitar iaitu dengan memberi latihan pengurusan alam sekitar yang
berkualiti kepada semua rakyat Malaysia agar alam sekitar dapat dipelihara.
b) Membanggai alam sekitar yang sentiasa hijau kerana kurangnya pencemaran.
c) Menjaga dan prihatin kepada alam sekitar dengan memelihara alam sekitar secara fizikal
untuk meningkatkan kebersihan tapak-tapak perumahan dan bandar seperti
mengurangkan bunyi bising dan mengurangkan pembakaran terbuka.
d) Membantu pihak kerajaan membanteras pihak yang tidak bertanggungjawab yang sering
mencemari alam sekitar untuk kebaikan mereka diri sendiri agar kebersihan alam sekitar
dapat dipelihara.
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati bahawa Bandar Baru Bangi sedang
mengalami pencemaran alam sekitar. Pencemaran yang sering berlaku ialah pencemaran udara
dan bunyi. Kedua-dua pencemaran tersebut berlaku akibat daripada bilangan kenderaan bermotor
yang berlebihan, pembakaran terbuka, kegiatan pembinaan dan perindustrian dan penebangan
hutan. Punca-punca tersebut telah memberi pelbagai kesan buruk seperti jerebu dan hujan asid.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengawal pencemaran alam sekitar ini sebelum menjadi
lebih teruk, antaranya ialah menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen mencintai
alam sekitar dan menggunakan alat Catalytic converter. Saya berharap bahawa penduduk
tempatan dapat menjadi lebih bertanggungjawab dan bekerjasama memelihara alam sekitar agar
generasi akan datang dapat menikmatinya. Jika rakyat sihat setiap hari, maka tidak mustahillah
Negara kita akan mencapai Wawasan 2020.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1) Orang sumber
Pn Jahani bt Kafi, seorang guru di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi
2) Buku teks
Buku teks Geografi Tingkatan 3 – Abd Rahim Md Nor
3) Internet
www.wikipedia.org
www.google.com
maps.google.com.my
www.scribd.com