folio tingkatan 2 dr mahathir

25
Sekolah Menengah Kebangsaan CONVENT BUTTERWOTH KERJA KURSUS SEJARAH NAMA: SARAH AMILIA ONG KELAS: 2 CERGAS SEKOLAH: S.M.K CONVENT BUTTERWOTH NAMA GURU GEOGRAFI: PN. Bibik Tajuk: tokoh sejarah tempatam Isi Kandungan Halaman

Upload: fealicia-dales

Post on 20-Jun-2015

6.764 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Sekolah Menengah Kebangsaan

CONVENT BUTTERWOTH

KERJA KURSUS SEJARAH

NAMA: SARAH AMILIA ONGKELAS: 2 CERGASSEKOLAH: S.M.K CONVENT BUTTERWOTHNAMA GURU GEOGRAFI: PN. BibikTajuk: tokoh sejarah tempatam

Isi Kandungan Halaman

1 Penghargaan

Page 2: folio tingkatan 2 Dr mahathir

.2.

Pendahuluan

3.

Objektif Kajian

4.

Kaedah Kajian

5.

1) Biodata 2) Sipnosis hidup3) Garis Masa4) Jasa dan sumbangan Tun Dr. Mahathir kepada Masyarakat

6.

Rumusan

Penghargaan

Saya bersyukur kepada tuhan kerana izin-Nya saya dapat menyiapkan dan menjalankan kajian ini. Saya ingin

Page 3: folio tingkatan 2 Dr mahathir

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu-bapa saya yang tidak jemu-jemu membantu dan memberi dorongan kepada saya selama ini.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Bibik. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta bimbingan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang juga banyak membantu saya membuat tijauan, membuat rujukan, dan sama-sama memberi saya cadangan untuk menyiapkan kerja kursus ini

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak memberi bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih

Pendahuluan

Saya, Sarah Amilia Ong dari tingkatan 2 cergas di SMK CONVENT BUTTERWOTH. Tujuan saya menjalan kajian ini adalah bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Sejarah untuk PMR yang mewajibkan setiap pelajar menjalankan kerja kursus Sejarah.

Page 4: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Tajuk kajian sejarah saya ialah mengkaji tokoh-tokoh sejarah di Negara Malaysia. Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tokoh . Hal ini keranaTun telah memberi banyak sumbangandan jasa kepada rakyat Malaysia.

Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah January hingga Julai sahaja. OIeh itu, Saya mesti menggunakan masa sebaik mungkin untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Sekian Terima Kasih,

Objektif Kajian

Objektif khusus Kajian Sejarah Tempatan adalah untuk:

Page 5: folio tingkatan 2 Dr mahathir

1.Mengetahui biodata tokoh

2.Mengenal pasti sumbangan kepadamasyarakat yang telah diberikan .

3. Mengenal pasti jasa beliau 

Kaedah KajianSaya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

Kaedah yang saya gunakan ialah:

a) Kaedah Rujukan

-Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan dengan menelaah buku-buku dan internet yang megandungi sebarang maklumat mengenai tokoh sejarah kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

b)Kaedah pemerhatian

-Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenal pasti beliau macam

Page 6: folio tingkatan 2 Dr mahathir

mana dan mengenal pasti latar belakang beliau.

C) Pautan Luar

-Pautan luar ini saya telah melihat blog dia dan menkaji dia dari luar pautan.

1) Biodata

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)

Biodata Tokoh Nama penuh : Mahathir MuhamadTarikh lahir : 20 Disember 1925Agama : IslamTempat lahir : 18, Lorong Kilang Ais , Seberang Perak Alor setar, KedahBangsa : Melayu

Page 7: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Nama Bapa : Mohamad bin IskandarNama Ibu : Wan Tempawan bin Wan HanafiPendidikan : 1) Sekolah Melayu Seberang Perak 2) Kolej Sultan Abdul Hamid (lulus sijil tinggi pelajaran) 3) Kolej Perubatan King Edward iv ( dianugerah ijazah Muda Perubatan dan pembedahan)

2) Latar Belakang

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki melayu di sebeerang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Page 8: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Page 9: folio tingkatan 2 Dr mahathir

2) Sinopsis Hidup 

Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir

Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki

Mahathir di zaman kanak-kanak

Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura . Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Pengalaman Tun Dr. Mahathir

Dr. Pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan. Beliau pernah berniaga buah-buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah. Beliau telah dilantih duduk dalam jawatankuasa Pekan Rabu. Beliau melihat sendiri betapa susahnya orang Melayu mendapatkan ruang niaga. Beliau kemudianya membuka klinik sendiri. Pengalaman

Page 10: folio tingkatan 2 Dr mahathir

berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

3) Kerjaya Politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Page 11: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding diKubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[1]

Page 12: folio tingkatan 2 Dr mahathir

4) Ekonomi dan Sumbangan Social

Wawasan 2020

Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru

Dasar Pandang Ketimur Dasar Penerapan nilai-nilai Islam Dasar Kependudukan 70 juta Wawasan 2020 Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.

Dasar pandang Ke Timur

Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang

Page 13: folio tingkatan 2 Dr mahathir

mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Dasar Penswastaan

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.

Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini.

Page 14: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir

Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam Mengubah masa kerja Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu Mengarahkan penggunaan kad tanda nama Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah,

Sarawak Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Memperkenalkan bandar pentadbiran moden

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah

Page 15: folio tingkatan 2 Dr mahathir

mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Pencapaian bertaraf dunia

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia

Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari,

Page 16: folio tingkatan 2 Dr mahathir

tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.

Page 17: folio tingkatan 2 Dr mahathir

5)Keistimewaan Tun Dr. Mahathir

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

Page 18: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Lampiran

Rumusan

Page 19: folio tingkatan 2 Dr mahathir

Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenal pasti bahawa di Negara Malaysia kita mempunyai tokoh yang dapat membangunkun Negara dan membuat pelbagai jasa kepada Negara kita. Seperti yang saya maksudkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menjadi Pedana Menteri Malaysia selama 22 tahun beliau telah menaikkan dan mengharumkan nama negera Kita. Sikap beliau yang telah ditunjukkan oleh beliau inilah yang sewajarnya diikuti oleh setiap pelajar yang dicontoi. Tanpa orang seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan agar Negara Malaysia dapat menjadi teladan kepada Negara lain.

Berkhimat untuk Negara,