folio geografi tingkatan 3 2011
TRANSCRIPT
BIL SENARAI KANDUNGAN M/S
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 OBJEKTIF KAJIAN
4 KAWASAN KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 DAPATAN KAJIAN
7 BAHAN GRAFIK
8 RUMUSAN
9 LAMPIRAN
10 RUJUKAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guruGeografi saya , Ng Ean Chin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan .Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah , Pn Hajah Azizah BT Rasol yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian iniselepas waktu persekolahan .Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya , Thilagam dan juga kepada ayah saya Ganasan yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kawan-kawan saya i a i tu Guganeswaran , Navinkumar ,Mohd Nor Aiman dan Kai lashwaan .
Saya Shobanraj A/L P.Ganasan, merupakan murid tingkatan 3A4 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Oleh itu,saya diminta oleh guru matapelajaran
Geografi iaitu.Ng Ean Chin untuk menjalankan kerja kursus Geografi yang bertajuk
Pencemaran Alam Sekitar di Taman Seroja untuk mencari maklumat yang diperlukan.
Saya telah memilih kawasan kajian ini kerana kawasan tersebut merupakan
tempat tinggal saya. Dengan ini saya tidak perlu bersusah payah untuk merugikan masa
untuk mengkaji kawasan kajian yang lain. Di samping itu, ini memudahkan saya menemu
bual jiran dan pihak lain di tempat tinggal saya.
Saya dan rakan – rakan saya telah mengambil tempoh masa selama 4 bulan
untuk membolehkan saya mengkaji kawasan kajian ini mendapatkan maklumat yang
tepat berkaitan dengan migrasi penduduk di Taman Seroja.
Kajian saya meliputi tentang pencemaran alam sekitar di kawasan taman
perumahan saya iaitu Taman Seroja. Oleh itu, kajian saya merangkumi pelbagai perkara
antaranya ialah konsep pencemaran alam sekitar .
Konsep pencemaran Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan
benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Di samping itu, kajian ini meliputi jenis-jenis pencemaran alam sekitar
yang berlaku di kawasan Taman Seroja. Memahami jenis-jenis pencemaran yang berlaku
di kawasan ini membolehkan saya mengetahui masalah pencemaran alam sekitar yang
berlaku di kawasan ini.
Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca-punca berlakunya
pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Saya dapat mengenal pasti punca-punca
berlakunya pencemaran alam sekitar berlainan, antaranya ialah pencemaran bunyi,
pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanih dan pencemaran haba.
Objektif kajian bagi kerja kursus ini juga bagi mengenalpasti kesan-kesan
yang berlaku disebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Saya dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat yang tinggal di
kawasan kajian akibat pencemaran alam sekitar.
Akhir sekali, setiap maklumat yang diperolehi membolehkan untuk membuat
cadangan untuk mengatasi kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Akhirnya, usaha
yang sangat dipertimbangkan dalam kajian ini ialah penerapan nilai bersyukur dan semangat
cinta akan negara.
Melalui kajian Geografi Tempatan saya dapat:-
1. Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar.
2. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Taman Seroja , Kulim ,
Kedah.
3. Menyatakan punca pencemaran alam sekitar di Taman Seroja , Kulim ,Kedah.
4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Seroja , Kulim ,
Kedah.
5. Mengemukakan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di
Taman Seroja , Kulim ,Kedah.
6. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Seroja
, Kulim, Kedah.
Kawasan kajian saya ialah Taman Seroja , Kulim, Kedah. Kawasan ini dibawah pentadbiran
Majlis Pembandaraan Kulim. Keluasan kawasan kajian meliputi lebih kurang 4 kilometer
persegi. Kedudukannya ialah kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Kulim. Perjalanan
dengan menaiki bas awam dari taman saya ke pusat bandar Kulim mengambil masa kira-kira
20 minit jika tiada kesesakan lalu lintas. Kos pengangkutan dengan menggunakan bas ialah
RM1.50
Jarak bandar Butterworth dari Taman Seroja adalah lebih kurang 30 kilometer, jarak
pekan taman saya dengan pekan Padang Serai ialah lebih kurang 20 kilometer, dan jarak
antara Taman Seroja dengan bandar Bukit Mertajam adalah 20 kilometer dan hanya
mengambil masa 10 minit.
Di Taman Desa Sentosa terdapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air,
bekalan elektrik, pondok telefon, dan taman permainan.
Kawasan di sekitar Taman Seroja mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit iaitu
dengan ketinggian kurang daripada 25 meter hingga 50 meter dari aras laut.
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:
(A) Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian terhadap jenis pencemaran alam sekitar,
punca pencemaran alam sekitar dan kesan pencemaran alam sekitar di sekitar Taman Seroja,
Kulim, Kedah.
(B) Rujukan : Saya membuat rujukan dari risalah yang diterbitkan oleh Majlis Pembandaran
Kulim untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Taman Seroja, Kulim, Kedah.
Saya juga telah merujuk beberapa buah buku untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan
kajian ini khasnya buku teks.
(C) Soal Selidik : Saya juga telah menyediakan borang soal selidik. Borang soal selidik
digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pencemaran alam sekitar di sekitar Taman
Seroja, Kulim, Kedah.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa
pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) -
pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan
sampah sarap .
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti hingar, bahan kimia ,haba,
cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan
sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dielakkan.Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
perlaksanaan aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat
pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan mengkibatkan
kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,
sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah
diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil
daripada aktiviti manusia kepada alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah
menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,
kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah
yang menimbulkan keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan
haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan dalam pelbagai bentuk pencemaran
alam.Antaranya :
Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran tanah
Pencemaran bunyi
Pencemaran bau
.
Salah satu jenis ,pencemaran bau juga berlaku di kawasan kajian saya. Pencemaran
bau ialah keadaan di mana penduduk tidak dapat hidup dengan selesa kerana terhidu sesuatu
yang kurang menyenangkan di kawasan tersebut. Pencemaran bau di kawasan kajian saya,
iaitu Taman Seroja berpunca daripada sampah-sarap yang bertaburan di tepi-tepi tong sampah
yang disediakan serta sampah-sarap yang dibuang di merata tempat.
Selain itu, pencemaran alam sekitar juga yang berlaku di kawasan Taman Seroja ialah
pencemaran udara. Pencemaran udara ini berlaku disebabkan oleh pelepasan asap yang
mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur
dioksida daripada pembakaran sampah secara terbuka yang dibakar berhampiran Taman
Seroja .
Akhirnya, pencemaran air lebih kerap berlaku di kawasan kajian. Sampah yang
bartaburan di Taman Seroja jatuh ke dalam longkang dan sungai. Hal ini mencemarkan
kualiti air dan sungai. Penduduk di kawasan kajian saya juga membuang sampah ke
dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini juga menyumbang pencemaran air.
Kenderaan-
Pencemaran alam sekitar di kawasan kajian juga berlaku kerana pertambahan
bilangan kenderaan di kawasan kulim dan juga pelepasan asap daripada kenderaan
berat seperti bas-bas kilang. Kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas yang
menggunakan minyak diesel telah menyebabkan udara tercemar dengan gas karbon
monoksida.
Pembakaran terbuka-
Pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah turut mengundang fenomena
pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran udara. Terdapat segelintir penduduk
yang bertindak membakar sampah dan sisa-sisa domestic seperti kayu-kayu terbuang,
rumput dan sebagainya. Kesannya udara dicemari dengan gas karbon dioksida.
Perniagaan-
Selain itu, pencemaran alam sekitar turut berlaku di kawasan Taman Seroja yang
berpunca daripada perniagaan pasar malam dan pasar minggu. Kawasan ini akan
dipenuhi sampah sarap dan juga sisa-sisa domestic setelah kedai ditutup. Keadaan ini
menimbulkan bau busuk dan pemandangan yang tidak condusif.
Petempatan-
Pembinaan petempatan baru di kawasan tersebut telah menjadi punca kepada
pencemaran yang berlaku.Petempatan yang dibina mengakibatkan pelbagai kesan
buruk.Sebagai contoh, penduduk di petempatan tersebut telah membuang sampah di merata
tempat.Keadaan ini menyebabkan pencemaran bau berlaku.
Hujan asid-
Aktiviti perkilangan di kawasan industri tayar telah menyebabkan pembebasan
gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, nitrous oksida dan sulfur dioksida.
Pembebasan gas ini boleh mencemari udara dalam 2 keadaan iaitu sebagai deposit
basah dan kering. Deposit basah terdiri daripada hujan asid. Hujan asid berlaku
apabila dua gas bertindak balas dengan wap air. Oksigen dan bahan kimia lain
membentuk asid lemah. Hujan asid boleh mejejaskan kesihatan manusia.
Penyakit-
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan
menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.
Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar,
sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini
akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mangalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan
fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini
mengakibatkan pelbagai penyakit.
Bau busuk-
Aktiviti perkilangan di kawasan kajian turut menyebabkan pencemaran bau. Bau
yang busuk ini disebabkan asap-asap yang dilepaskan kilang mengandungi gas-gas
yang beracun. Antara kilang-kilang yang menyebabkan bau yang busuk seperti kilang
tayar, kilang baja , dan kilang komponen elektrik. Asap-asap yang dilepaskan ini ketara
sekali pada waktu malam dan petang.
8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN
TAMAN DESA SENTOSA
Kuat kuasa undang-undang :- Pihak berwajib dan berautoriti seperti Jabatan Alam
Sekitar (JAS) hendaklah bertindak untuk mewartakan undang-undang larangan
pembuangan bahan sisa secara tidak teratur. Pembuangan bahan sisa di Taman Sri
Sentosa secara tidak teratur bukan sahaja boleh menjejaskan keindahan alam sekitar
malah boleh mendatangkan kesan negatif seperti pencemaran bau, manjejaskan kesihatan
dan banjir kilat yang serius. Pihak Majils Perbandaran Kulim Kedah hendaklah
mengenakan caj yang tinggi kepada syarikat-syarikat yang mahu melupuskan sampah
di tapak pembuangan sampah mereka. Langkah ini diyakini dapat mengurangkan
sampah sarap di Taman Seroja.
Rawatan air kumbahan :-
Negara Malaysia perlu menggalakan Rawatan air kumbahan. Majikan kilang
haruslah menjalankan program rawat semula air kumbahan bagi mendapatkan bekalan
air bersih untuk kegunaan domestik dan perindustrian. Pihak berkuasa tempatan seperti
MPKK haruslah berganding bahu dengan kerajaan bagi memastikan kilang-kilang
menjalankan rawatan tersebut dengan betul. Hal ini akan mengurangkan pencemaran air
di Taman Seroja.
Pendidikan alam sekitar :-
Penduduk di Taman Seroja perlulah dididik supaya menghargai anugerah Tuhan.
Usaha ini patut diterapkan sejak peringkat kanak-kanak lagi, iaitu semasa mereka berada
dalam alam persekolahan. Pendidikan tentang alam sekitar hendaklah diserapkan dalam
silibus subjek-subjek tertentu seperti dalam subjek Geografi, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik. Dengan ini penduduk dapat menghargai khazanah alam.
Kempen Kesedaran :-
Langkah yang terakhir ialah melancarkan kempen kebersihan dan cinta akan alam
sekitar. Kempen ini boleh diadakan di kawasan-kawasan taman yang bertujuan memberikan
kesedaran sivik kepada orang ramai agar memahami kepentingan menjaga kebersihan alam
sekitar. Kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluas kepada semua
lapisan masyarakat di seluruh dunia. Selain itu, kemudahan tempat membuang sampah yang
lebih mudah dan strategik hendaklah diperbanyak. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi,
dalam jangka masa yang panjang, kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam
sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.
BAHAN GRAFIK
=) CARTA PAI
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN SEROJA PERATUS %
BAU BUSUK 12%
UDARA TERCEMAR 33%
SUHU MENINGKAT 55%
JUMLAH 100%
BAU BUSUK12%
UDARA TERCEMAR
33%
SUHU MENINGKA
T55%
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN SEROJA
=) PETA MINDA
LANGKAH MENGURANGKAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BANDAR
TASIK PUTERI
MENGHIJAUKAN KAWASAN
PROGRAM KITAR
SEMULAKEMPEN
RAWATAN AIR
KUMBAHAN
RUMUSAN
Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran
telah mempengaruhi kegiatan penduduk di Taman Seroja. Kegiatan
penduduk-penduduk di Taman Seroja bukan hanya membawa kesan
positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan, dan
menyediakan banyak kemudahan tetapi juga membawa kesan negatif.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah
kebanyakkan penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-masalah
yang muncul daripada pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan
pengurusan kerajaan. Langkah-langkah penyelesaian masalah ialah
dengan mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor. Di sini,saya
berharap penduduk-penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan
pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air,
pencemaran udara, pencemaran bunyi boleh dikurangkan pada masa
yang akan datang. Jika penduduk-penduduk tempatan sihat setiap
hari, negara kita akanberjaya mencapai Wawasan 2020.
Masyarakat hendaklah sentiasa peka dan berusaha bagi mencegah pencemaran alam
sekitar ini daripada terus berlaku.Dunia yang indah ini akan terus tercemar sekiranya
perbuatan yang terkutuk ini tidak dihentikan. Kerjasama antara penduduk setempat bagai aur
dengan tebing akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.
Secara konklusinya,masyarakat harus memelihara alam sekitar ini kerana alam
merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Ingatlah kita hanya memimjam dari generasi
yang akan datang dan kita tiada hak untak merosakkannya.
BORANG SOAL SELIDIK
~PENCEMARAN ALAM SEKITAR~
TANDAKAN ( ) PADA KOTAK YANG SESUAI.
1. NAMA : ___________________________________
2.JANTINA : LELAKI PEREMPUAN
3.UMUR : _____
4.KAUM: MELAYU CINA INDIA
5.APAKAH JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN SEROJA?
UDARA AIR BUNYI BAU
6.APAKAH KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR YANG PALING SERIUS DI
TAMAN SEROJA?
HUJAN ASID
BAU BUSUK
UDARA TERCEMAR
SUHU MENINGKAT
7.APAKAH LANGKAH YANG BERKESAN UNTUK MENGURANGKAN
KESANPENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN SEROJA?
MENANAM POKOK
KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
MENGADAKAN KEMPEN
NAMA UMUR ALAMAT
- CHONG WEI LER - 42 TAHUN NO 90,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- MUNIANDY A/L
SUBRAMANIAM
- 60 TAHUN NO 89,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- KUMARAN A/L
DURAISINGAM
- 54 TAHUN NO 88,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- JASVEET KAUR - 30 TAHUN NO 87,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- SURESHRAJ - 45 TAHUN NO 86,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- TEOH SUYING - 38 TAHUN NO 105,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- ENG KAH HUI - 28 TAHUN NO 108,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- THENMOLI - 28 TAHUN NO 70,LRG SEROJA 1 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- REGINA SEE - 40 TAHUN NO 84,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- GAVINEESHA
LIEW
- 20 TAHUN NO 75,LRG SEROJA 1 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- SUHRIA KUMAR - 19 TAHUN NO 60,LRG SEROJA 1 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- SARRANY - 19 TAHUN NO 98,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- AZIMAH - 25 TAHUN NO 100,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- FLORENCE
AGATHA
CHRISTIE
- 22 TAHUN NO 95,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- ANGEL TEH - 26 TAHUN NO 82,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- CHUAH - 18 TAHUN NO 72,LRG SEROJA 1 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- SHERLY TEW - 27 TAHUN NO 94,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- JAYA KUMAR - 21 TAHUN NO 99,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
- NOR AZMI BIN - 45 TAHUN NO 97,LRG SEROJA 2 ,TMN SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
MASTUKI
- HARLINA BINTI
ZAKARIA
43 TAHUN NO 64,LRG SEROJA 1 ,TMN
SEROJA,09000,KULIM,KEDAH
RUJUKAN
INTERNET
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
BUKU TEKS
- GEOGRAFI TINGKATAN 3
-KHAW AH SENG, HABIBAH HJ. LATEH , TAN KOH LIRU.
-2004
-PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.
ORANG SUMBER
- NOR AZMI BIN MASTUKI
- 45 TAHUN
- HARLINA BINTI ZAKARIA
- 43 TAHUN