folio psk 2011

30
qwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjk lzxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopa MALAYSIA NEGARA BERDAULAT SITI NORLIZAH BINTI SIDEK FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEG ARAAN

Upload: liza-sidek

Post on 04-Jul-2015

566 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio psk 2011

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn

2011

SITI NORLIZAH BINTI SIDEK

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Page 2: folio psk 2011

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua iaitu Tuan Hj. Ali bin Hj. Deros atas segala sokongan pihak beliau dalam pada saya menyiapkan folio ini.

Kemudian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kami iaitu [cik/puan] Zuzaida atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, En. Sidek bin Hj. Said dan Pn. Sarimah binti Yahu atas sokongan mereka tidak kira dari segi mental, fizikal serta kewangan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada kawan-kawan saya yang lain yang telah membantu saya untuk menghasilkan folio ini.

1

Page 3: folio psk 2011

BIODATA

NAMA ; SITI NORLIZAH BINTI SIDEK KELAS ; 4 INTELEK NO.KAD PENGENALAN ; 950314-12-5578

2

Page 4: folio psk 2011

PENGENALAN

3

Page 5: folio psk 2011

ISU 1 :BAHASA JIWA BANGSA

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita dikagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan. Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:

Kalau cakap tidak cermat,Tentu kamu tidak selamat,Kalau cakap tidak cermat,Kalau kelakuan tidak hormat,Tentu hidup tidak selamat.

Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee iaitu:

Tiada kata secantik bahasa,Nak kucurahkan rasa,

4

Page 6: folio psk 2011

Tiada gambar seindah lukisan,Nak kutunjukkan perasaan.Tiada bahasa secantik puisi,Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. 

5

Page 7: folio psk 2011

Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan KitaMarilah Amalkan Ramai-ramaiBahasalah Menyatukan Kita SemuaYakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat SemuaBuktikan Taat Setia dengan Satu BahasaMaju Bangsa dan Maju NegaraMegahkan Bahasa KitaBahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

6

Page 8: folio psk 2011

ARKIB : 08/03/2006

Satu bahasa, satu bangsa

Oleh Nordi Achie

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas: Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) kerana ``Bahasa Jiwa Bangsa''.

Ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan.

Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.

Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita sebagai rakyat Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri - dogma pemikiran bahasa yang aneh sekali pada zaman pascakolonialisme.

Perlu ditegaskan bahawa, dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan - bukannya bahasa-bahasa asing.

Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika benar kita serius untuk menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa Malaysia, seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Justeru, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bangsa yang maju-moden perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Mendaulatkan bahasa kebangsaannya, menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-kesukuan) dan setia pada nusanya yang satu.

Secara jujur, perlu diakui bahawa kita belum mematuhi acuan tersebut. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya.

Persoalannya, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa, seperti yang terpancar menerusi slogan ``Bahasa Jiwa Bangsa''? Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan (bukannya bahasa asing atau bahasa ibunda)

7

Page 9: folio psk 2011

yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarak jati diri kebangsaan (lawannya identiti perkauman), di samping pendaulatan bahasa kebangsaan yang menjadi bukti ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada nusa tercinta.

Malah, bahasa kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu (dalam segenap bidang), bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban moden.

Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia bersemboyankan gagasan ``satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'', jelas tidak sewajarnya disangsikan oleh sesiapa pun.

Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan bahasa kebangsaan, ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri.

Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, selain pengasasan negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat, sewajarnyalah kita teladani. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing.

Justeru, akan tercapaikah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika rakyat tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka sendiri?

Sehubungan itu, kita perlu memperbetulkan beberapa kesilapan mengenai konsep bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.

Pertama, sejak bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, ia bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru, bahasa Melayu dengan sendirinya menjadi hak milik orang Cina dan India yang menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu juga. Lebih penting lagi, bahasa Melayu itulah yang menjadi bahasa kebangsaan orang Cina-India yang telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Kedua, apabila orang Cina-India telah diberikan hak kerakyatan dan menjadi warganegara yang sah, taraf bahasa Mandarin-Tamil dengan sendirinya menjadi bahasa asing kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi-kebangsaan China dan India. Ini juga bermakna bahasa Mandarin-Tamil bukanlah bahasa ibunda mereka lagi kerana mereka telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Alangkah anehnya, mereka diterima menjadi warganegara (seterusnya Malaysia), tetapi mereka masih mengatakan bahasa Mandarin-Tamil sebagai bahasa ibunda mereka. Ketersilapan ini perlu diperbetulkan hatta dalam perlembagaan negara sekalipun!

8

Page 10: folio psk 2011

Jika ditinjau semula akar sejarahnya, sejak 1957, (lihat pecahan fasal Perkara 153) kesilapan ini tidak pernah dipinda, walhal bercanggah dengan hakikat sejarah kenegaraan Malaysia. Kesilapan inilah yang menjadi antara pemunca utama yang mengakibatkan peranan bahasa kebangsaan terus ditenggelami oleh gerakan mendaulatkan bahasa-bahasa asing, khasnya sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Oleh itu, saranan dan gesaan mujahid-mujadid bahasa kebangsaan (seperti Gapena dan Awang Sariyan dalam Mingguan Malaysia, 5 Mac 2006) amatlah wajar dilaksanakan secara tuntas. Masanya telah hampir-hampir nazak, tetapi belum lagi terlambat. Keazaman politik amat diperlukan.

Jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, bahasa asinglah yang beruntung kerana ia akan terus kekal sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden; sebaliknya bahasa Malaysia akan terus mundur dan `mandul' di negaranya sendiri.

Perlu ditegaskan bahawa kita bukan antibahasa asing. Prinsip kita jelas dan tegas: Pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.

- Nordi Achie, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

9

Page 11: folio psk 2011

RUMUSAN ISU 1; BAHASA JIWA BANGSA

Kita haruslah mencontohi negara-negara luar seperti negara Korea, Jepun dan German dalam memperkasakan penggunaan bahasa mereka sebagai bahasa antarabangsa. Oleh itu, kita haruslah berbangga dengan bahasa Melayu yang melambangkan kesopanan dan budi bahasa masyarakat di negara kita.

10

Page 12: folio psk 2011

ISU 2 ;AGAMA

Status kebebasan agama di Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab.

Perkara 11 dalam Perlembagaan Negara memperuntukkan kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia. Antara penekanan yang terdapat dalam peruntukan ini ialah:

1. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara ini, rakyat tetap bebas menganut agama-agama lain.

2. Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti keagamaan.

3. Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan masing-masing.

4. Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am.

11

Page 13: folio psk 2011

FRIDAY, JANUARY 8, 2010

AGAMA DI MALAYSIA

1. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

2. Dalam Perkara 11 (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

3. Ini bermakna Islam adalah agama yang utama di Malaysia dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

4. Dalam konteks ini, saya bukanlah ingin bersifat perkauman dan prejudis terhadap agama lain tetapi saya berpendapat walaupun Islam adalah agama utama tetapi orang-orang Islam dan pemerintah di Malaysia tidak pernah menyekat atau menghalang amalan penganut-penganut agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian.

5. Amalan agama-agama lain ini mendapat layanan yang baik di Malaysia termasuk dalam konteks pembinaan rumah ibadat seperti kuil, tokong dan gereja telah mendapat peruntukan yang wajar. Terdapat banyak gereja, kuil dan tokong dibina serata tempat di hampir setiap petempatan, daerah dan negeri. Adakalanya bangunan-bangunan dan binaan di kawasan rumah ibadat itu dibina dalam saiz -saiz yang sangat besar dan sangat menonjol. Ini jarang dibantah oleh umat Islam selagi ianya tidak mendominasi masjid-masjid yang terletak berhampiran.

6. Dari aspek melakukan upacara dan aktiviti keagamaan agama lain juga, umat Islam di Malaysia sangat mempunyai tolenransi yang tinggi untuk penganut agama lain melaksanakan upacara agama serta budaya mereka misalnya seringkali agama-agama lain meraikan upacara berkaitan agama mereka di luar rumah ibadah seperti perarakan di atas jalan raya, di tempat awam dan terdapat juga sesetengah sambutan keagamaan mereka diberikan cuti am tahunan oleh pemerintah di negara ini sebagai menghormati orang bukan Islam.

7. Inilah 'kenikmatan' yang sangat bernilai yang telah diberikan oleh pemerintah kepada orang bukan Islam di Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.

8. Berbeza pula bentuk layanan dan penghormatan kepada agama Islam di kebanyakan negara bukan Islam. Kebebasan agama Islam disekat dan diganggu. Bangunan masjid tidak boleh dibina dengan saiz yang besar dan rekabentuk masjid juga dikawal supaya penonjolan Islam tidak terlalu ketara. Ada negara yang laungan azan tidak dibenarkan sehingga didengari oleh awam, cukup sekadar didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid. Bilangan masjid

12

Page 14: folio psk 2011

yang dibenarkan amat terhad dan kadang kala tidak mengcukupi. Ada juga negara bukan Islam yang menghalang wanita Islam memakai pakaian yang melambangkan Islam misalnya memakai tudung kepala. Umat Islam sentiasa diragui di sesetengah negara bukan Islam, mereka sering diperhatikan, menerima layanan pemeriksaan yang buruk di lapangan-lapangan terbang akibat sering dikaitkan dengan imej 'pengganas' kononnya. Dengan kata lain, agama Islam menerima layanan yang buruk dan tidak adil di kebanyakan negara-negara bukan Islam.

9. Tetapi di Malaysia, orang bukan Islam diberikan layanan yang baik. Inilah sifat sebenar orang Islam, kerana Islam tidak mengajar penganutnya bermusuhan atau menyekat kebebasan penganut agama lain. Saya fikir toleransi umat Islam di Malaysia sangat baik dan tinggi ke atas bukan Islam. Kadang kala kelebihan yang diberikan kepada penganut agama lain untuk meraikan upacara agama mereka dengan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa dengan baik sekali termasuk pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan untuk mereka melakukan upacara agama misalnya terdapat kerjasama pihak berkuasa seperti PDRM yang sanggup memberi kerjasama menutup jalan raya tertentu dan mengawal keselamatan orang-orang bukan Islam sewaktu mereka menyambut perayaan atau upacara agama. Ini tidak dibantah oleh orang Islam kerana mereka hormat kepada keperluan penganut agama lain.

10. Di Malaysia, walaupun Islam merupakan agama rasmi dan utama, namun, tidak pernah umat Islam memaksa bukan Islam agar memeluk Islam atau gerakan-gerakan dibuat untuk meng'Islam'kan orang bukan Islam. Tetapi sebaliknya wujud laporan yang mendakwa wujud gerakan-gerakan oleh agama lain misalnya Kristian yang cuba memurtadkan orang Islam. Inilah balasan yang diterima walaupun tolerasi umat Islam terhadap bukan Islam adalah tinggi.

11. Sebagai contoh, di tempat dan negara saya berada sekarang, iaitu Australia ,umat Islam di sini tidak mempunyai kebebasan beragama sepertimana kelebihan yang diberikan kepada orang bukan Islam di Malaysia. Bangunan masjid yang ada adalah sangat terhad, manakala saiz bangunan masjid pula bolehlah dikatakan sekadar bertaraf 'surau' yang ada di Malaysia, laungan azan hanya boleh setakat didengari oleh jemaah yang ada di dalam Masjid sahaja. Tiada kemudahan infrastruktur yang khusus untuk masjid, dan kadang kala risiko masjid boleh dibubarkan oleh pihak berkuasa di sini jika ada isu umat Islam yang datang bersembahyang Jumaat salah meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak dibenarkan. Hanya kerana masalah tempat letak kereta, maka orang Islam boleh kehilangan masjid atau hak untuk beribadah secara berjemaah. Di sini juga disebabkan isu berkenaan, umat Islam terpaksa bersolat Jumaat di gelanggang bola keranjang kerana mendapat bantahan pihak berkuasa tempatan (local authority). Manakala, gerakan-gerakan oleh pihak gereja untuk meng'Kristian'kan orang ramai dilakukan secara terbuka dan terang-terangan di tempat awam. Saya sendiri mempunyai pengalaman pernah beberapa kali didekati oleh petugas-petugas gereja untuk menerangkan tentang agama Kristian sewaktu berjalan ke universiti dan tidak cukup aktiviti penyebaran agama Kristian di tempat-tempat awam, mereka juga turut datang rumah ke rumah untuk menerangkan tentang Kristian dalam usaha mereka mempengaruhi orang ramai menganut agama itu.

13

Page 15: folio psk 2011

12. Saya fikir keharmonian beragama di Malaysia haruslah dipelihara sebaik-baiknya. Jika umat Islam boleh bertoleransi dan hormat kepada agama lain, maka seharusnya orang bukan Islam juga harus menghormati agama Islam. Elakkan tindakan-tindakan yang boleh mengganggu sensitiviti orang Islam. Justeru, saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan beberapa ahli politik yang bukan Islam yang pernah mempertikaikan tentang isu laungan azan dan bilangan masjid di Malaysia.

13. Ingatlah, isu tentang agama mempunyai sensiviti yang sangat tinggi. Oleh itu, seharusnya sebarang tindakan yang boleh menggugat anutan dan kepercayaan sesuatu agama harus dikendalikan secara bijak.

POSTED BY SYAHRIL SAID AT 6:26 PM 

LABELS: AGAMA

14

Page 16: folio psk 2011

RUMUSAN ISU 2; AGAMA

Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Namun begitu, rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk menganuti agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya. Walaupun rakyat di negara kita menganut agama yang berlainan, namun perpaduan tetap terjalin dengan erat.

15

Page 17: folio psk 2011

ISU 3 ; KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan

Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.

Cara Memohon Kewarganegaraan

Semua permohonan kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hanya mereka yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan (Bahagian III) yang dibenarkan memohon.

Borang permohonan boleh diperolehi dan diserahkan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagi permohonan di bawah Perkara 16 dan 19 pemohon disyaratkan menduduki ujian Bahasa yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Asas-Asas Pertimbangan Bagi Permohonan Kewarganegaraan :

Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah.

Menetap dalam tempoh yang lama.

Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.

Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara.

Menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Taat dan setia kepada Negara.

Sebab-Sebab Permohonan Warganegara Mengambil Masa

Setiap permohonan akan dikaji dengan teliti.

Setiap permohonan akan menjalani proses Tapisan Keselamatan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia).

Untuk memastikan setiap permohonan adalah tulen.

Taraf Kewarganegaraan adalah merupakan satu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang asing.

16

Page 18: folio psk 2011

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan).

Proses Memperoleh Semula Taraf Kewarganegaraan Bagi Mereka Yang Telah Dilucut Atau Menolak Kewarganegaraan Malaysia

Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan (Perkara 18(2) Perlembagaan Persekutuan) sebelum boleh didaftar kan semula sebagai warganegara.

Borang permohonan boleh didapati di Kementerian Dalam Negeri.

Pemohon mestilah terlebih dahulu memegang Permit Masuk dan taraf Pemastautin Tetap (PR) untuk layak memohon. Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia yang masih belum memegang taraf Pemastautin Tetap (PR) boleh mengemukakan permohonan taraf Pemastautin Tetap (PR) di Jabatan Imigresen Malaysia melalui permohonan Permit Masuk.

17

Page 19: folio psk 2011

RUMUSAN ISU 4; KEWARGANEGARAAN

Semua rakyat yang bermastautin tetap di Malaysia mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Mana-mana individu yang ingin memohon kewarganegaraan Malaysia bolehlah memohon di Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya memenuhi syarat-syarat serta kriteria yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, proses memohon kewarganegaraan ini mengambil masa yang lama kerana setiap permohonan yang dibuat akan diteliti untuk memastikan setiap permohonan adalah benar. Selain itu, individu yang pernah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia ataupun pernah menolak kewarganegaraan Malaysia sebelum ini juga boleh memohon semula kewarganegaraan jika mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

18

Page 20: folio psk 2011

ISU 4 ;HAK ASASI

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan

Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal pendidikan dan pengalaman hak asasi manusia, telah ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597.

19

Page 21: folio psk 2011

Hak asasi manusia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:

1. kebebasan daripada ketakutan

2. kebebasan daripada kemahuan

3. kebebasan bersuara

4. kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Hak yang termaktub dalam UDHR

Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;

Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.

Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;

Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan

Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;

Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;

20

Page 22: folio psk 2011

Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;

Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan

Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.

Latar belakang

Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.

Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya,dalam perlembagaan malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Percabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.

Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan dan pelakasaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian.

Hak kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa

Pada tahun 1948,resolusi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat[1] telah diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan tidak mengenakan kuatkuasa undang-undang, ia mendesak negara anggotanya supaya menegakkan sejumlah hak kemanusiaan, termasuklah hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Resolusi ini juga menekankan bahawa hak berkenaan merupakan teras untuk mewujudkan "kebebasan,keadilan dan keamanan di Dunia".

21

Page 23: folio psk 2011

Perisytiharan ini menyarankan supaya kelakuan kerajaan terhadap rakyat seharusnya disempadankan bersamping tanggugjawab kerajaan terhadap rakyat diperjelaskan.

Usaha untuk mewujudkan kuatkuasa undang-undang berkaitan dengan piagam ini,telah menimbulkan pendebatan antarabangsa mengenai apakah hak kemanusian yang harus diabsahkan. Tetapi pada akhirnya, 2 perjanjian antarabangsa telah diadakan. Yakni:

International Covenant on Civil and Political Rights (terbuka untuk ditandatagani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 23 Mac 23, 1976)

International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (terbuka untuk ditandatangani sejak 1966, dikuatkuasakan pada 3 Januari, 1976)

Bagi negara yang telah menandatangai perjanjian ini, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak kemanusian yang disenarikan dalam perjanjian yang berkenaan.

22

Page 24: folio psk 2011

RUMUSAN ISU 4; HAK ASASI

Terdapat sebuah badan yang telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam hal-hal pendidikan dan pengalaman hak asasi manusia iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Selain itu, terdapat sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Perlembagaan tersebut dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan

23

Page 25: folio psk 2011

ISU 5 ;HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Hak-hak istimewa orang Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Tanah untuk Orang Melayu

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

2. Jawatan dalam Kerajaan

24

Page 26: folio psk 2011

Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3. Peruntukan biasiswa

Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi

Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

25

Page 27: folio psk 2011

ARKIB : 07/08/2010

Kekalkan hak istimewa bumiputera

Oleh radhuan [email protected]

MARANG 6 Ogos - Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di Rusila di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengenainya.

Ahli Parlimen DAP itu dikatakan menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.

"Realiti yang ada dalam negara kita, majoriti rakyat terutama yang miskin adalah bumiputera, jadi sebab itu kita kena lihat majoriti rakyat yang alami masalah kemiskinan.

26

Page 28: folio psk 2011

"Dalam masa yang sama, kita wajib bela kaum lain yang miskin. Bukan bermakna kita jaga majoriti tapi kita abaikan kaum lain, kita tak boleh menzalimi kaum lain ketika kita membela kaum sendiri," katanya.

Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi.

"Kita kena bincang di peringkat pakatan pembangkang, pandangan itu mungkin lebih bersifat peribadi," ujarnya.

27

Page 29: folio psk 2011

RUMUSAN ISU 5;HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Semua kaum di Malaysia mendapat hak masing-masing termasuk kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak istimewa ini berkaitan dengan bantuan-bantuan khas yang diberikan kepada kaum-kaum tersebut.

28

Page 30: folio psk 2011

PENUTUPSesungguhnya, negara Malaysia merupakan negara yang berdaulat dan telah perkasa dari

segi perpaduan dan sedang meningkat dalam kemajuan serta teknologi. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga keamanan perpaduan antara kaum di negara kita serta memelihara kehormatan agama antara satu sama lain. Penggunaan bahasa Melayu juga dapat melambangkan kebanggaan kita terhadap Malaysia. Selain itu, kita juga haruslah mengambil kira tentang hak asasi serta hak istimewa orang Melayu serta kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini.

29

Page 31: folio psk 2011

BIBLIOGRAFI

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7137:bahasa-jiwa-bangsa&catid=36:mengenai-pendidikan

http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-lagu-bahasa-jiwa-bangsa.html http://syahrilsaid.blogspot.com/2010/01/agama-di-malaysia.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm http://www.moha.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=18&Itemid=84&lang=ms http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovConstitution/GovHumanRights/

Pages/Human_Rights.aspx

30