contoh folio kolokium tingkatan 6

25
CONTOH FOLIO KOLOKIUM TINGKATAN 6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING TAJUK: KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK KAMUNTING KUMPULAN: 4 NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMAD HAFIZ BIN ABU BAKAR (6 A1) MUHAMAD ARIF BIN SAID (6 A2) NOORAMIRAH BINTI ZULKEHLI (6 A1) NOR AZIZAH BINTI MOHD ISMAIL (6 A1) NOOR NABILAH BINTI WAZIR (6 A2) NAMA PENYELIA: EN. IBRAHIM BIN SHOIB PENGHARGAAN Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin- Nya kajian kami yang bertajuk Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada tahun 2012 telah berjaya disiapkan. Kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami iaitu Encik Ibrahim Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan

Upload: dhilip-aryan

Post on 10-Aug-2015

410 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

contoh kolokium pa

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

CONTOH FOLIO KOLOKIUM TINGKATAN 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING

TAJUK: KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK KAMUNTING

KUMPULAN: 4

NAMA AHLI KUMPULAN:    MUHAMAD HAFIZ BIN ABU BAKAR    (6 A1)                                                  MUHAMAD ARIF BIN SAID                    (6 A2)                                                  NOORAMIRAH BINTI ZULKEHLI          (6 A1)                                                  NOR AZIZAH BINTI MOHD ISMAIL      (6 A1)                                                  NOOR NABILAH BINTI WAZIR              (6 A2)

NAMA PENYELIA: EN. IBRAHIM BIN SHOIB

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian kami yang

bertajuk Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada

tahun 2012 telah berjaya disiapkan.

Kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami iaitu Encik Ibrahim

Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam menjayakan kajian

kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan dan idea untuk kajian ini.Seterusnya, terima

kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa

bantuan mereka, agak sukar untuk kami melakukan kajian ini.

      Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang sudi

membantu dalam menjayakan kajian ini. Antaranya ialah Noor Asmiza Binti Zulkehli dan

Jamilah Binti Hanifah kerana beliau banyak menyumbangkan idea kepada kami dalam kajian ini.

Jasa beliau amat kami hargai.

Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.Terima

kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa kajian ini dijalankan.

Page 2: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

BAB I

PENGENALAN

1.0    Latar belakang kajian

Kantin ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah. Setiap sekolah mempunyai kantin

mereka yang tersendiri. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan tempat

untuk kita menjamu selera. Seperti yang kita tahu, sesetengah kantin tidak akan memberi

kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian

terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan

kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMKK. Kami mendapati banyak

aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak kekangan yang

timbul di kantin tersebut.

   Kami mendapati bahawa bilangan pekerja kantin adalah sebanyak 13 orang. Bilangan pekerja

lelaki ialah 6 orang manakala bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 7 orang. Melalui

kaedah pemerhatian, kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun.

Justeru itu, semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan

sebelum memulakan perniagaan.

    Melalui kajian ini juga, kami mendapati bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong.

Berdasarkan kajian, antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi

lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun sup, roti, dan makanan ringan.Air minuman juga turut

disediakan.

2.0    Pernyataan masalah

2.1 Harga makanan mahal

Dalam sesebuah perniagaan,terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. Berdasarkan kajian

yang telah kami lakukan, masalah yang wujud ialah harga makanan yang dijual oleh pengusaha

kantin agak mahal.Harga makanan yang mahal merupakan masalah yang serius kepada

pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu menmbeli makanan yang tinggi

Page 3: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

harganya.Contohnya, pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang

disediakan.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi

kewangan.

2.2 Kuantiti makanan sedikit

Kekangan lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit. Kuantiti

makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual.Contohnya, harga sepinggan

nasi lemak yang dijual ialah RM1.50 tnetapi kuantiti makanan yang disajikan tidak memadai.

Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang dan akan membeli lebih banyak makanan.

Juseru itu, mereka akan menambahkan perbelanjaan.

2.3 Makanan tidak enak

Seterusnya, masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. Terdapat banyak

aduan daripada pelajar,guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan yang

disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Contohnya,sambal nasi lemak tidak dimasak dengan

sempurna seperti cabai tidak dikisar halus.

2.4 Makanan ringan yang membahayakan kesihatan

Selain itu, makanan ringan seperti nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya digoreng

dengan minyak yang berlebihan.Seperti yang kita ketahui, makanan yang mengandungi minyak

yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri.Buktinya, kolestrol individu boleh

meningkat secara mendadak.Contohnya, makanan yang digoreng dan mengandungi minyak yang

berlebihan di kantin sekolah SMKK boleh mengundang penyakit kepada pelajar, guru, dan

kakitangan sekolah yang membeli.

        2.5 Layanan kurang mesra

       Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin adalah tidak

memuaskan. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin, pekerja kantin langsung tidak

mesra dengan pelanggan.Mereka juga tidak memberikan senyuman dan ucapan terima kasih

kepada pelanggan yang membeli.

3.0    Tujuan kajian

Page 4: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

     3.1 Untuk mendapat maklum balas

 Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kantin

SMKK iaitu pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.Kajian ini juga dapat menyuarakan sedikit

sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar.Di samping itu, dapat mengetahui citarasa

pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan. Berdasarkan maklumat yang kami dapati

ada ketidapuasan pelajar mengenai menu yang disediakan  oleh pengusaha kantin. Oleh itu, kami

cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut.

      3.2 Untuk mengetahui layanan pekerja kantin

Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin

terhadap pelanggan.Layanan mesra daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan

kerana mempunyai sikap yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka

lebih merasa dihargai.Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan

pelanggannya.

       3.3 Mengkaji harga makanan

Harga makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan.Kami dapati ada segelintir pelajar

menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan pada tahun

sebelumnya. Contohnya,  harga sepinggan nasi goreng pada tahun 2012 ialah RM1.50 manakala

pada tahun 2011 harganya ialah RM1.20. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga

makanan.Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana ketidakseimbangan

harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.

4.0    Kepentingan kajian

Kajian ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMKK dalam memberi keselesaan

diri.Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka. Tanpa

persekitaran yang menarik, ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa untuk menjamu selera.

Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah di sudut kantin sekolah bagi

menceriakan suasana kantin.Contohnya, bahan-bahan ilmiah ditampal di atas meja makan kantin.

Berdasarkan kajian, memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting.

Hal ini kerana, layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan hubungan baik

Page 5: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

dengan pelanggan. Contohnya, semasa menjual makanan di kantin, pekerja yang bertugas

seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.

Pengusaha kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. Makanan sememangnya

penting untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup. Oleh itu, pengusaha kantin perlu

menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan. Makanan yang mengandungi minyak yang

berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya kepada individu.

Berdasarkan kajian, pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan

terutamanya pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga

yang mahal.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar dari aspek

kewangan.Contohnya, harga sebungkus kentang goreng ialah RM1.00 tetapi kuantitinya adalah

sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya membebankan pelanggan.

Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan.Citarasa pelanggan sememangnya

penting untuk pengusaha kantin. Hal ini kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengusaha

kantin tersebut. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa pelanggan agar perniagaan yang dijalankan

berkembang maju.Contohnya, mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan.

BAB II

KAJIAN LEPAS

Melalui pemerhatian , kami telah membandingkan pengusaha kantin dahulu dengan pengusaha

kantin sekarang daripada pelbagai aspek. Terdapat banyak perbezaan di antara dua pihak 

tersebut. Pelbagai aspek positif dan negatif dapat dilihat melalui kajian yang kami jalankan. 

1.0  ASPEK /PENILAIAN

      1.1  Persekitaran  Persekitaran yang baik dan menarik amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana

ia                     akan mempengaruhi keadaan di sekeliling kita. Sebagai contoh, pengusaha kantin

dahulu telah mengabaikan aspek ini sehingga menjejaskan imej kredibitili beliau dalam

menyediakan makanan terhadap pelanggan yang terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangan

sekolah serta orang luar yang datang membeli makanan. Disamping itu, susunan kerusi dan meja

Page 6: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

makan yang tidak teratur serta tidak sistematik telah menyebabkan persekitaran kelihatan tidak

kemas. Hal ini akan menjadikan pelajar tidak berasa selesa untuk menjamu selera. Permukaan

meja yang kotor dan  tidak dilapik menyebabkan persekitaran kelihatan kusam serta tidak

menarik perhatian pelanggan.

      1.2  Kebersihan

Kebersihan merupakan aspek yang paling utama dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Oleh itu, pengusaha kantin perlu mementingkan kebersihan kantin. Selain itu, persekitaran yang

kotor akan memberi kesan dan masalah seperti keracunan makanan. Oleh hal yang demikian,

aspek ini perlu dijaga dan dititikberatkan oleh pengusaha kantin agar dapat mengelakkan

kejadian yang tidak diingini berlaku. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu telah

mengabaikan aspek ini. Contohnya, para pekerja memakai pakaian yang kurang kemas. Justeru

itu, pelanggan mudah menghadapi penyakit berjangkit yang boleh dijangkiti seperti penyakit

kuku,mulut dan tangan.

      1.3  PekerjaBerdasarkan kajian, pekerja terdahulu majoritinya terdiri daripada golongan warga emas. Hal ini

menimbulkan masalah apabila pekerja menjadi lambat dalam melakukan kerja. . Disebabkan itu

juga, masa yang diambil oleh pekerja kantin yang terlalu lama dalam melayan karenah

pelanggannya sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati para pelanggan. Contohnya, terdapat

kes tolak menolak dalam membeli makanan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan sesama

mereka. Perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar. Oleh itu,  pertumpahan makanan yang

dibeli oleh pelanggan di kantin turut berlaku.

      1.4 Harga makanan

Makanan yang dijual seharusnya mampu dibeli oleh pelanggan tidak kira dari golongan yang

berada ataupun tidak. Harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan dengan kehendak

pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa.

Bagaimanapun, harga makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin terdahulu amat

berpatutan. Menurut kajian yang dijalankan, tiada kekangan yang wujud dari segi harga

makanan. Contohnya, harga sepinggan nasi lemak hanya RM1.20. Oleh itu, ramai pelanggan

yang berpuas hati.

Page 7: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

      1.5 Bahan mentah

Penggunaan bahan mentah yang bermutu dan segar akan menjamin kualiti makanan yang

disediakan. Asas ini penting dalam penyediaan makanan untuk para pelanggan. Namun, bahan

yang digunakan mungkin kurang elok dan lama tetapi masih digunakan dalam masakan

walaupun telah tamat tempoh. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu mengambil bahan

mentah yang bermutu dan segar. Walau bagaimanapun, pembekal bagi bahan mentah tersebut

ialah berbangsa Cina. Hal ini menimbulkan rasa was-was bagi pelanggan yang beragama Islam.

BAB III

METODOLOGI

1.0  SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang responden yang merangkumi pelajar tingkatan 4, 5 , dan

6, guru serta kakitangan sekolah. Kami hanya melakukan kajian di kantin Sekolah Menengah

Kebangsaan Kamunting. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah

lain. Fokus utama kajian kami adalah kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKK.

2.0  KEPENTINGAN KAJIAN  2.1 Memantau pengurusan kantin.

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar

para pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di

kantin sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar

para pelajar dan kesemua kakitangan pekerja dapat  memperoleh makanan yang

berkhasiat untuk tubuh badan mereka.

2.2 Harga yang berpatutan

Harga yang ditetapkan juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab

Page 8: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

memastikan pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang

strategi untuk meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pihak kantin juga harus

meletakkan harga mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, untuk pelajar perlu meletakkan harga

yang yang sesuai mengikut kemampuan mereka.

2.3  Kebersihan kantin terjamin

Kebersihan kantin dan pengendalian makanan secara keseluruhan terjamin. Pekerja

kantin memastikan makanan yang di jual tidak dihinggapi oleh lalat

     atau sebarang makanan yang di jual adalah bukan makanan yang lama. Selain itu, mereka

juga memastikan pinggan, mangkuk, cawan, garpu dan sudu dalam keadaan bersih tanpa

sebarang karat atau kekotoran pada alat makanan tersebut. Selain itu,memastikan bahawa

kerusi dan meja di kantin berada dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kekotoran

seperti tumphan air atau sambal makanan di atas meja dan kerusi kantin.

2.4 Mendisiplinkan pelajar

     Selain itu, pihak sekolah harus mendisiplinkan diri pelajar tentang tatacara

ketika berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin. Pihak pengurusan

kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar  mematuhi semua peraturan

yang telah digariskan. Sebagai contoh, pelajar harus beratur sebelum membeli makanan dan

minuman di kantin dan perlu meletakkan pinggan atau mangkuk serta cawan ke dalam besen

selepas makanan.

2.5 Imej sekolah terjamin

Pengusaha juga perlulah menjaga nama  baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang

terbaik untuk semua pihak. Selain itu, pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan

pihak pentadbir bagi memuaskan hati semua pihak. Sebagai contoh, mempelbagaikan menu

untuk semua pihak, menyediakan tong sampah yang lebih banyak supaya pelajar dapat

Page 9: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

menyelesakan diri mereka untuk membuang sampah dengan jarak yang dekat, malah keadan

kantin lebih bersih.

3.0  ALAT KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menjawab untuk mengetahui respond

daripada pelanggan. Respondennya terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5, dan 6, guru

serta kakitangan sekolah. Seramai 20 sampel telah diambil bagi mendapatkan data

yang diperlukan bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan . Jumlah sampel yang

dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden melalui pelajar, guru dan

kakitangan sekolah  menghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara

sampel yang digunakan adalah seramai  (40%) bagi pelajar manakala (30%) adalah guru dan

selebihnya untuk kakitangan sekolah iaitu(30%). Instrument kajian ini dibahagikan kepada

tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang

digunakan iaitu status, jantina dan pelajar di tingkatan (4,5,6), guru dan pekerja di

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

3.2 Bahagian pertama (harga yang berpatutan)

      Berdasarkan harga makanan, hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk dikekalkan.

Selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati terhadap harga yang

diberikan. Hal ini disebabkan oleh kuantiti bahan mentah yang dibeli oleh pihak

kantin daripada pembekal pada masa ini adalah mahal dan tidak berpatutan

berbanding tahun lepas.

Page 10: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

3.3 Bahagian kedua (keselesaan terhadap persekitaran kantin)

      Keselesaan terhadap persekitaran kantin pada masa ini lebih selesa berbanding

tahun lepas. Ini dapat ditunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 18

orang yang bersetuju manakala hanya 2 orang tidak bersetuju. Hal ini kerana,

pihak kantin pada masa ini menyediakan banyak tong sampah untuk pelajar

membuang sampah. Selain itu, menyediakan besen untuk meletakkan pinggan dan

mangkuk serta mengecat kawasan kantin.

  3.3 Bahagian ketiga (pengkajian semula terhadap harga makanan)

      Harga makanan yang terlalu mahal, seharusnya dikaji semula. Ia di persetujui oleh

semua pelanggan seramai 20 orang. Hal ini kerana, harga makanan yang di jualkan

itu tidak bersesuaian dengan katogeri golongan yang ada. Oleh itu, pihak kantin

harus memahami kemampuan sesetengah pelanggan dan tidak memikirkan

keuntungan semata-mata.

3.4 Bahagian keempat (citarasa terhadap menu makanan yang dijual)

      Menu yang disediakan oleh pihak kantin tidak memenuhi citarasa pelanggan. Ini

ditunjukkan oleh analisis yang dikaji iaitu seramai 5 orang berpuas hati terhadap

menu yang disediakan manakala selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas

hati. Hal ini disebabkan oleh masakan yang dijual tidak begitu enak.

      3.5 Bahagian kelima (menambahbaik dari segi harga dan masakan)

Pemilik kantin perlu manambahbaik semula dari segi harga dan makanan. Ini telah

terbukti mengikut kajian yang telah dilaksanakan iaitu seramai 19 orang bersetuju

Page 11: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

untuk mengkaji semula dalam menambahbaikkan harga dan masakan. Mengikut

majoriti yang setuju ini , disebabkan harga yang diletakkan terlalu mahal, malah

kuantiti yang di bekalkan itu terlalu sedikit berbanding pada tahun lepas harga

makanan yang di jual itu murah dan berpatutan dengan kuantiti yang dibekalkan

itu juga banyak dan memberi kepuasan kepada pembeli.

3.6 Bahagian keenam (kebersihan kantin)

Tahap kebersihan diri  pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin terjamin.

Buktinya adalah melalui analisis yang ada iaitu terdapat 13 orang setuju dengan tahap

kebersihan yang terjamin manakala selebihnya iaitu 7 orang tidak bersetuju. Hal ini di

sebabkan, pekerja menjaga kebersihan melalui pakain mereka semasa sesi penjualan.

Pekerja kantin juga memakai apron malah pinggan, mangkuk dan cawan juga bersih

berbanding dengan tahun lepas iaitu pekerja tidak memakai apron, malah pinggan

mangkuk dan cawan juga kotor.

    

     3.7 Bahagian ketujuh (pengalaman keracunan makanan)

Berdasarkan kajian, tiada kejadian keracunan makanan yang dilaporkan. Kesemua responden

tidak pernah mengalami keracunan makanan di kantin pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Hal ini di sebabkan, makanan yang dijual oleh pihak kantin adalah berkualiti tanpa penggunaan

makanan yang lama atau basi dan kesihatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah juga terjamin.

3.8 Bahagian kelapan (kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan)

       Keseluruhannya, pihak kantin memberi kepuasan yang sangat baik kepada pelanggan iaitu

pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Ini di tunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai

16 orang berpuas hati dengan perkhidmatan kantin manakala selebihnya tidak berpuas hati iaitu

seramai 4 orang. Majoriti yang berasa puah hati, disebabkan oleh layanan yang diberikan olek

Page 12: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

pihak kantin adalah mesra berbanding dengan tahun lepas. Oleh itu, pihak kantin harus

mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menjaga hubungan baik antara penjual dan

pembeli.

       3.9 Penggunaan kajian

Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji iaitu Muhamad Hafiz Bin Abu Bakar,

Muhamad Arif Bin Said, Nooramirah Binti Zulkehli, Nor azizah Binti Mohd Ismail

dan Noor Nabila Binti Wazir yang mengambil data dan analisis menggunakan

kaedah s ta t i s t ik   ia i tu bagi mengukur pera tus . Data d iproses dengan

menggunakan kaedah analisis asas matematik, graf bar, serta jadual bagi data keseluruhan

golongan yang mengatakan YA dan TIDAK serta data keseluruhan soalan yang dijawab oleh

responden YA dan TIDAK.

 

4.0 SUBJEK KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Kajian ini menjadi gambaran

daripada pelanggan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK) bagi

menunjukkan keadaan dan suasana persekitaran kantin pada waktu rehat. Berdasarkan perkara

itu, kajian untuk mengenalpasti masalah kantin ini telah dilakukan bagi menambahbaikkan

prestasi kantin sekolah ini.

      

       4.1 Kenaikan harga makanan

Isu kenaikan harga makanan kantin baru di sekolah menjadi perbualan hangat masyarakat

terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai untuk disekolahkan. Harga

makanan di kantin sekolah dinaikkan. Contohnya, sepinggan nasi goring iaitu RM1.50

berbanding dengan kantin  sebelumnya hanya RM1.20 iaitu meningkat sebanyak 30 sen. Selain

itu, kenaikan harga makanan ini juga menambahkan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan

rendah. Oleh yang demikian, kenaikan harga makanan di kantin sekolah amat tidak wajar dan

perlu dirombak semula agar tidak menyusahkan pelanggan.

Page 13: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

       

      4.2  Tahap kebersihan yang tinggi

Kebersihan di kawasan kantin sekolah pada tahun ini amat berpuas hati. Hal ini jelas kelihatan

apabila kawasan menjual air di kantin amat bersih. Selain itu, tahap kebersihan para pekerja

sangat tinggi. Hal ini terbukti dengan pakaian yang dipakai oleh para pekerja sangat baik.

Kebersihan kantin yang terjamin telah memuaskan hati semua responden.

    

       4.3   Aspek layanan

Aspek layanan yang diberikan kepada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ketika hendak

membeli makanan dan minuman di kantin adalah amat baik. Pekerja kantin  memberi layanan

yang terbaik kepada pelanggan terutamanya memberi senyuman yang sangat ikhlas kepada

pelajar. Walau bagaimanapun, hanya segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan

layanan yang diberikan.

5.0 PROSEDUR

       5.1 Perbincangan

Melalui kaedah ini, kami mambuat perbincangan di antara kumpulan kami iaitu seramai 5 orang.

Kami mendapati segelintir pelanggan tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan.

Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati semua pelanggan tetapi kuantiti makanan

yang disediakan menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin amat

baik dan seterusnya pelanggan berpuas hati terhadap persekitaran. Dengan kaedah ini, proses

perbincangan berjalan dengan lancar dan banyak membantu kami dalam mendapat maklum balas

daripada responden.

5.2 Pemerhatian

       Melalui proses pemerhatian pula, kami telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar

sebagai bukti bagi menunjukkan suasana dan persekitaran kantin. Disebabkan itu, kaedah ini

telah digunakan bagi mendapatkan reaksi daripada pelanggan kantin di sekolah ini. Selain itu,

kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak

kantin. Melalui pemerhatian juga, kami dapat melihat tahap kebersihan kantin tersebut.

Page 14: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

5.3  Borang soalselidik

        Kami telah mengedarkan borang soalselidik kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam,

serta guru dan kakitangan sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan kami

untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dengan kaedah ini juga

kami secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan kantin di sekolah ini dari semasa ke

semasa.

BAB 1V

 PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

1.0  Penganalisisan Data

   Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan data mengenai keselesaan kantin kepada guru, pelajar,

serta kakitangan sekolah ini. Kaedah yang digunakan dalam memperolehi keputusan data ini

adalah hasil daripada penggunaan borang soal selidik yang telah diberikan pada setiap responden

.

2.0  Latar Belakang

      Kaedah penyelidikan dengan penggunaan  soal selidik ini, kami telah melibatkan tiga golongan

yang terdiri daripada guru, pelajar serta kakitangan sekolah. Mengikut statistik yang telah

dilakukan , kami mendapati bahawa sebanyak 40% responden yang terdiri daripada pelajar,

manakala 30% daripada guru dan selebihnya iaitu sebanyak 30% daripada kakitangan sekolah.

3.0 Analisis Statistik

      Analisis statistik dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keselesaan responden terhadap

kantin dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, dari aspek menu pemakanan, harga, kebersihan dan

lain-lain. Analisis statistik yang ditunjukan adalah seperti yang berikut:-

DATA KESELURUHAN BERDASARKAN GOLONGAN

GOLONGAN YA TIDAK JUMLAH

GURU 29 19 48

Page 15: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

PELAJAR 36 28 64

PEKERJA 34 14 48

JUMLAH BESAR=160

DATA KESELURUHAN BERDASARKAN SOALAN

NOMBOR SOALAN YA TIDAK JUMLAH

SOALAN 1 5 15 20

SOALAN 2 18 2 20

SOALAN 3 20 0 20

SOALAN 4 5 15 20

SOALAN 5 19 1 20

SOALAN 6 13 7 20

SOALAN 7 20 0 20

SOALAN 8 16 4 20

JUMLAH BESAR = 160

KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN GOLONGAN

KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN SOALAN

BAB V

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

1.0  Kesimpulan

Page 16: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

Berdasarkan kajian yang kami jalankan iaitu tentang kepuasan pelanggan terhadap kantin

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, didapati bahawa semuanya berjalan dengan baik.

Malah,kesemua soalan yang dikemukakan itu lebih ramai responden memberikan jawapan yang

positif berbanding negatif. Berdasarkan analisis, kepuasan pelanggan terhadap menu dan harga

yang ditawarkan tidak memberi kepuasan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun,

perkhidmatan dan kebersihan kantin memberi kepuasan kepada pelanggan di sekolah ini. Oleh

itu, kita dapat merumuskan  bahawa kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah

Kebangsaan Kamunting adalah seimbang.

2.0  Implikasi

Daripada kajian yang kami jalankan, harga yang ditawarkan memberi kesan kepada pelanggan.

Hal ini kerana lebih ramai responden yang tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan.

Selain harga, menu makanan yang disediakan juga tidak menberi kepuasan kepada pelanggan.

Hal ini memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.

Seterusnya, ia akan menimbulkan ketidakpuasan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang

diberikan juga akan member kesan kepada pelanggan. Contohnya, layanan yang baik oleh

pekerja kantin akan memberi kepuasan dalam diri pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin akan

memberi kesan terhadap pelanggan di mana persekitaran kantin akan mempengaruhi kesihatan

pelanggan. Sebagai contoh, persekitaran kantin yang bersih tidak akan menjejaskan kesihatan

manusia.

3.0  Cadangan

Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk

menyelesaikan kekangan yang berlaku di kantin sekolah ini. Antara cadangan tersebut ialah:-

3.1  Menurunkan harga makanan

Pihak kantin seharusnya menurunkan harga makanan di kantin tersebut bagi memuaskan hati

pelanggan. Hal ini kerana tidak semua responden mampu membeli makanan yang mahal.

Contohnya, bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang hanya berpendapatan rendah. Oleh itu,

pengusaha kantin perlu mengkaji semula harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Hal ini

bertujuan untuk pelanggan dapat membeli makanan dengan harga yang berpatutan.

Page 17: Contoh Folio Kolokium Tingkatan 6

3.2  Mempelbagaikan menu

Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan menu kerana di sekolah ini mempunyai pelanggan yang

pelbagai jenis bangsa. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sudah semestinya mereka

mempunyai selera yang berlainan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyediakan pelbagai jenis

menu. Contohnya , nasi lemak untuk pelanggan kaum Melayu, capati untuk pelanggan kaum

India  dan nasi ayam untuk pelanggan kaum Cina.

3.3  Mengekalkan mutu perkhidmatan dan kebersihan kantin

Berdasarkan kajian, layanan yang diberikan oleh pekerja kantin memberi kepuasan kepada

pelanggan. Disebabkan itu, pihak kantin harus mengekalkan layanan yang diberikan kepada

pelanggan. Hal ini bertujuan, bagi mengelakkan lebih ramai pelanggan yang tidak berpuas hati

dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, pengusaha kantin perlu terus

mengekalkan tahap kebersihan kantin. Hal ini kerana kebersihan kantin akan menjamin kesihatan

pelannggan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menitikberatkan tahap kebersihan agar dapat

menjamin persekitaran yang bersih.