psk - folio cerita rakyat

Click here to load reader

Post on 02-Aug-2015

71.639 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Warisan Kepelbagaian Budaya MalaysiaTajuk : Cerita Rakyat Pelbagai Kaum

Nama Ahli Kumpulan :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Chan Hui Jing Mok Reei Shiuan Teng Shi Ling Wan Ratna Shahirah bt. Wan Hassan Nur Aina Iwani bt. Abdu Jaleel Mazuni Fadzliayu bt. Mohd. Fadzil Amira Syahirah bt. Mohd. Rozi Nur Nabila Hafizah bt. Abdul Hak @ Abdul Lahak

Kelas : 1RK6 Nama Guru : Pn. Rosleena bt. Mamat

Isi Kandungan Penghargaan Pengenalan Biodata Ahli Kumpulan Objektif Pendahuluan Jenis Cerita Rakyat Tujuan Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3 Cerita 4 Cerita 5 Penutup Rumusan m/s 2 m/s 3 m/s 4 m/s 5 m/s 6 m/s 7 m/s 8 m/s 9-m/s 11 m/s 12-m/s 14 m/s 15-m/s 17 m/s 18-m/s 20 m/s 21-m/s 23 m/s 24 m/s 25

PenghargaanTerima kasih kami ucapkan kepada guru Pendidikan Sivik kami, Pn. Rosleena yang tahu telah dalam banyak proses membantu dengan buku menunjuk ajar perkara yang kami tidak menghasilkan skrap ini.

Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah membantu kami dalam hal kewangan dalam menghasilkan buku skrap ini.

Tidak

dilupakan

juga

kesemua

ahli

kumpulan kami yang telah bertungkuslumus dan bekerjasama menghasilkan buku skrap ini.

Pengenalan

Isi Kandungan

Objektif

Biodata[1] Nama : Chan Hui Jing Tarikh Lahir : 20 Ogos 1999 Hobi : Melukis Cita-cita : Penulis novel Moto Hidup : Kebijakan dan kebajikan adalah perisai terbaik. [2] Nama : Mok Reei Shiuan Tarikh Lahir : 14 Oktober 1999 Hobi : Berenang Cita-cita : Tukang masak Moto Hidup : Be the best of all.

[3] Nama : Teng Shi Ling Tarikh Lahir : 26 April 1999 Hobi : Melayari Internet Cita-cita : Doktor Moto Hidup : Menjadi insan cemerlang. [4] Nama : Wan Ratna Shahirah bt. Wan Hassan Tarikh Lahir : 10 Ogos 1999 Hobi : Membaca buku Cita-cita : Doktor Moto Hidup : Best Absolutely Perfect. [5] Nama : Nur Aina Iwani bt. Abdu Jaleel Tarikh Lahir : 11 April 1999 Hobi : Mendengar muzik Cita-cita : Guru Moto Hidup : Practice makes perfect.

[6]

Nama : Mazuni Fadzliayu bt. Mohd Fadzil Tarikh Lahir : 6 Jun 1999 Hobi : Melayari Internet Cita-cita : Juruterbang Moto Hidup : Hadapi cabaran hidup dengan senyuman.

[7] Nama : Amirah Syahirah bt. Mohd Rozi Tarikh Lahir : 18 Oktober 1999 Hobi : Membaca buku Cita-cita : Ahli perniagaan Moto Hidup : Be the best, beat the rest. [8] Nama : Nur Nabila Hafizah bt. Abdul Hak @ Abdul Lahak Tarikh Lahir : 3 September 1999 Hobi : Mendengar muzik Cita-cita : Doktor haiwan Moto Hidup : Beat the rest and be the winner.

ObjektifMemupuk minat pelajarterhadap cerita rakyat. Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan.

Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat. Memperoleh pengajaran dan ikhtibar yang terkandung dalam cerita rakyat.

Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.

Pendahuluan

Definisi

Jenis Cerita Rakyat

Cerita Teladan

Cerita Binatang

Cerita Dongeng

TujuanTujuan cerita rakyat pelbagai kaum disampaikan termasuklah memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat dalam diri murid-murid.

Selain itu, cerita rakyat disampaikan sebagai teladan dan nasihat kepada generasi muda serta warisan budaya yang amat membanggakan.

Kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum juga dapat ditingkatkan melalui penyampaian cerita rakyat pelbagai kaum.

Cerita Rakyat 1

Cerita

Dahulu kala, ada sebuah danau yang sangat jernih di Yunnan. Beberapa orang petani memelihara sapi di dekat danau itu. Setiap pagi mereka mambawa sembilan puluh sembilan ekor sapi untuk minum di danau, namun pada siang hari, sapi-sapi itu berubah menjadi seratus ekor. Seorang gadis cantik selalu muncul pada saat yang sama. Tak seorang pun tahu dari mana asal gadis itu, namun mereka menyukainya. Ia tahu tentang banyak hal dan suka bercerita. Ceritanya sangat menarik. Ada seekor sapi ajaib di antara ternak kalian, katanya. Ia dapat berjalan di atas air. Sehelai bulunya dapat mengangkat beban yang sangat berat. Para petani menanyakan sapi yang mana yang ia maksudkan, namun ia hanya tersenyum. Hanya orang yang jujur yang dapat mengetahuinya, katanya. Pada suatu hari, sapi-sapi itu sedang mencari makanan. Gembala tua yang biasa menjaga mereka mengumpulkan mereka. Tak disedarinya tongkat tua yang dipakainya menyentuh seekor sapi. Beberapa helai bulu sapi itu terselip pada retakan pada hujung tongkat. Petang pun tiba, gembala itu mengikat dua keranjang kayu bakar pada kedua-dua hujung tongkat dan memikulnya. Hairan, katanya dalam hati, Kayu ini ringan sekali. Mungkin aku baru mengumpulkan sedikit kayu. Hari masih terang, lebih baik aku mengumpulkan kayu lagi. Ia pun mengumpulkan kayu lagi banyak-banyak. Diikatnya pada kedua-dua hujung tongkat. Namun ia tetap dapat mengangkatnya dengan mudah. Ia pun pulang. Demikianlah, setiap hari gembala tua mengumpulkan banyak kayu bakar dan membawanya ke pasar untuk dijual. Kerana kayu yang dijualnya jauh lebih banyak dari sebelumnya, ia pun mendapat lebih banyak wang dan dapat menabung. Pada suatu hari, ketika gembala itu membawa kayu itu ke pasar, seorang orang kaya melihatnya. Ia hairan kerana gembala yang sudah tua itu dapat membawa begitu banyak kayu. Setiap hari ia menunggu gembala itu lewat membawa kayu. Ia pun menemui gembala itu dan bertanya, Bagaimana kau dapat membawa kayu yang berat itu? Tongkat ini ajaib, jawab sang gembala. Kalau kau mahu menjual tongkat itu kepadaku, aku akan memberimu lima ratus keping emas.

Lima ratus keping emas adalah jumlah yang sangat besar. Wang itu dapat digunakannya hingga akhir hidupnya. Gembala pun menerimanya dan memberikan tongkatnya kepada orang kaya itu. Orang kaya itu sangat gembira kerana berhasil mendapatkan tongkat ajaib. Namun ia lihat tongkat tua itu sudah usang dan retak-retak pada hujung. Dibawanya tongkat itu ke tukang kayu untuk diperbaiki. Tukang kayu memotong hujung tongkat yang retak dan membuangnya. Bulu sapi ajaib pun ikut terbuang. Pada suatu hari orang kaya itu menunjukkan tongkat itu kepada isterinya. Ia mengikat banyak kayu di kedua-dua hujung tongkat dan menyuruh isterinya mengangkatnya. Wanita itu tentu saja tidak dapat mengangkatnya. Kau ini, mana mungkin ini tongkat ajaib? katanya, ini cuma tongkat biasa. Orang kaya itu mengomel, Dasar kamu tidak tahu apa-apa. Ia pun mengangkat tongkat dan kayu itu. Ia juga tidak dapat melakukannya kerana tongkat itu sekarang sudah kembali menjadi tongkat biasa.

Cerita 2

Cerita binatang [Kaum melayu]

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang menghadap. Semua jenis burung hadir.

Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin memberi hadiah istimewa. Kamu boleh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu, titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.

Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik di dunia, kata merak. Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu, titah Raja Sulaiman sambil tersenyum. Kamu pula hendak apa? Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap. Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang, kata kelicap. Kenapa minta paruh yang panjang? Tanya Raja Sulaiman. Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga, jawab kelicap.

Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, jawab Raja Sulaiman Itik, beta akan beri kamu kaki yang lebar, titah Raja Sulaiman. Patik ingin sarang yang cantik, tuanku, kata tempua. Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang, titah baginda. Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat, pinta pipit. Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan, titah Raja Sulaiman lagi. Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong. Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan, titah Raja Sulaiman. Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau. Apa? Boleh kamu ulang? soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau lagi. Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu. Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor. Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali katakatanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari. Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal, kata bangau sendirian. Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia berasa sedih.

Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.

Cerita 3

Cerita dongeng

Ada seorang saudagar yang kaya kerana peninggalan orang tuanya. Rumahnya banyak, kebunnya luas. Kerana kekayaannya itu, saudagar itu mempunyai banyak teman. Bahkan Raja pun mengenalnya dengan baik. Sering ia menginap di istana sebagai tamu Raja. Malang. Gempa bumi yang dahsyat yang disertai banjir besar memusnahkan harta benda saudagar itu. Ia pun jatuh miskin. Isterinya lalu menasihatinya agar mencari pekerjaan. Tetapi saudagar itu lebih suka meminta bantuan daripada teman-temannya. Kasihan. Teman-temannya cuma menyatakan duka cita atas kemalangannya, namun tidak seorang pun mahu membantunya