folio tokoh islam tingkatan 2

23
Folio Tokoh Islam Tingkatan 2 Nik Muhammad Asri Nik Daud 2 Unggul MRSM Tumpat

Upload: nick-seryyz

Post on 14-Aug-2015

1.584 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Tokoh2 islam form 2

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Folio Tokoh Islam Tingkatan 2Nik Muhammad Asri Nik Daud 2 UnggulMRSM Tumpat

Page 2: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Saidina Umar Bin

Al- Khattab R.A.

Pentadbir Yang Ulung

BiodataNama: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul UzzaKeturunan: Bani Adi, QuraisyTempat Lahir: MekahTarikh Lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W. bersamaan tahun 584 MasihiJawatan: Khalifah yang kedua daripada Khulafa Ar-RasyidinTarikh perlantikan: Selasa 22 JamadilAkhir tahun 13 Hijrah bersamaan dengan 23 Ogos 634 MasihiTempoh Pemerintahan: 10 Tahun

Page 3: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Tarikh Wafat: Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika 63 tahunGelaran: Al-Faruq (Pemisah antara hak dengan batil)

Page 4: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Bukti Keberanian Saidina Umar Al-

Khattab1. Mencabar pihak Quraisy supaya menghalangnya daripada

berhijrah ke Madinah2. Mengisytiharkan keislamannya dikhalayak ramai3. Menunaikan solat secara terang di Masjidil-Haram sebelum hijrah.4. Memberi cadangan supaya Islam disebar secara terus terang.

Perkara yang boleh dicontohi oleh

seorang pelajar daripada Saidina Umar Al-Khattab

i. Peribadi mulia Saidina Umarii. Keberanian dan ketegasan terhadap kepentingan Islamiii. Berwaspada terhadap musuhiv. Berterusan dengan pekerjaan yaang diredai Allah S.W.T.v. Bertanggungjawab mempertahankan maruah diri, agama,

bangsa dan negara.vi. Berperibadi mulia supaya dapat menjadi contoh teladan

kepada orang lain.

Page 5: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Sumbangan Saidina Umar Al-KhattabPentadbiran

i. Mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiranii. Mengemaskini majlis Syuraiii. Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiraniv. Mengasaskan undang-undang Hisbahv. Mengasaskan takwim Islam

Dakwahi. Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah baru seperti

Mesir, Farsi dan Romii. Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru tersebut bagi

melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwahiii. Menghantar para ulama ke serata tempat untuk menyebarkan

dakwah

Page 6: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Pembangunan Negarai. Mengadakan rumah persinggahan bagi orang musafirii. Mengemaskini institusi Baitul-Maliii. Penerokaan kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian

serta membina saliran airiv. Membina sekolah-sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-

anak orang yang baru memeluk Islam

Saidina Uthman Bin Affan R.A.Korporat Yang

DermawanBiodata

Nama: Uthman bin Affan bin Abu Al-As bin UmaiyahKeturunan: Bani UmaiyyahTarikh Lahir: 576 Masihi (6 Tahun selepas Tahun Gajah di Mekah)

Page 7: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Jawatan: Khalifah yang ketiga daripada Khulafa’ Ar-RasyidinTarikh Perlantikan: 644 Masihi bersamaan 23 HijrahTempoh Pemerintahan: 12 TahunTarikh Wafat: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dibunuh oleh pemberontak ketika berusia 80 tahunGelaran: Zu-nurain (yang mempunyai dua cahaya) kerana memperisterikan dua puteri Rasulullah S.A.W. Memeluk Islam: Melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

Sifat PeribadiSaidina Uthman

1. Taat kepada Allah dan Rasul – Sanggup berhijrah ke Habsyah kerana mematuhi perintah Rasulullah S.A.W. Sanggup meninggalkan keluarga, harta dan kampong halaman kerana menurut perintah Baginda.

2. Zuhud – Beliau seorang yang warak, kuat beribadat dan penyumbang dana yang terbesar untuk Islam.

3. Malu dan lemah lembut – Selalu mengucapkan kata-kata yang baik walaupun dengan musuh.

4. Bertanggungjawab – Bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya. Menegaskan kepada gabenor-gabenor supaya berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.

Page 8: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

5. Kreatif – Mengambil inisiatif membukukan al-Quran.6. Berani – Ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W. berunding

dengan ketua Kafir Quraisy mengenai tujuan kedatangan rombongan Islam untuk menunaikan umrah.

Bukti Saidina Uthman Seorang yang Dermawan

1. Membeli perigi milik orang Yahudi berharga 35,000 dirham dan disedekahkan untuk kegunaan orang ramai.

2. Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.3. Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.4. Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk

kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk.

Sumbangan dan Pengorbanan

i. Menjadi penulis wahyu pada zaman Rasulullah S.A.W.ii. Mengumpul dan membukukan al-Quran.

Ekonomii. Menyumbangkan harta yang banyak di jalan Allah S.W.T.ii. Berjaya membentuk masyarakat yang stabil ekonominya.

Page 9: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Sosiali. Memperkenalkan sistem protokol.ii. Berjaya menawan hati rakyat dengan sifat lemah lembut

Beliau.

Politiki. Menjadi utusan Rasulullah S.A.W. dalam Perjanjian Hudaibiah.ii. Menubuhkan angkatan tentera laut.

Faktor Berlakunya Konflik Pada Zaman Saidina Uthman R.A.

i. Puak-puak Yahudi dan Munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’ membuat tohmah terhadap beliau.

ii. Saidina Uthman dituduh tidak telus dan tidak melakukan keadilan dalam pemerintahannya.

Cara-cara Saidina Uthman Menghadapi Komplot dan Fitnah

Terhadapnya

Page 10: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

i. Menghantar pegawai-pegawai penyiasat ke Kutfah, Mesir, Basrah dan Syam.

ii. Membuka pintu perbincangan dengan rakyat.iii. Memanggil gabenor-gabenor untuk disoal siasat mengenai isu-

isu yang timbul.

Page 11: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Saidina Ali Bin Abi Talib

K.W.Pemuda Yang Berani

BiodataNama: Ali bin Abi Talib bin Abdul MutalibKeturunan: Bani HasyimTarikh Lahir: 601 Masihi (10 Tahun selepas kerasulan Nabi S.A.W.)Tempat Lahir: Di dalam Kaabah di MekahJawatan: Khalifah keempat daripada Khulafa’ Ar- Rasyidin pada tahun 35 Hijrah bersamaan 655 MasihiTempoh pemerintahan: 4 TahunTarikh Wafat: 17 Ramadhan 41 Hijrah / 661 Masihi. Beliau mati dibunuh oleh Ab. Rahman bin Maljam di Kufah semasa dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh.Gelaran: Abu Al-Hassan dan Abu Turab

Page 12: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Keistimewaan Saidina Ali

1. Keluarga Rasulullah

1. Mempunyai hubungan rapat dengan baginda : Sepupu & menantu Rasulullah

2. Sejak kecil beliau tinggal bersama Rasulullah & dididik oleh baginda, kerana itulah beliau banyak mewarisi keperibadian & akhlak Rasulullah.

3. Beliau amat cinta kepada Baginda , sentiasa di sisi baginda sewaktu susah & senang, masa perang & damai & semasa Rasulullah sakit hingga akhir hayat .

2. Kanak-kanak pertama memeluk Islam

1. Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun & merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam

2. Terkenal dengan panggilan " Karamallahu wajhah" yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil & tidak pernah dikotori oleh keburukan jahiliah.

3. Sangat mentaati baginda & tidak pernah membantah baginda.

4. Merupakan salah seorang dari sahabat yang dijamin syurga

3. Cendekiawan Ulung

1. Terkenal dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti sastera, ilmu Hisab & kehakiman sehingga beliau digelar Gedung Ilmu oleh Baginda

2. Rasulullah melantiknya sebagai jurutulis wahyu dan perjanjian Hudaibiah.

4. Pemuda yang berani

1. Beliau Sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah

2. Menyertai hampir kesemua peperangan kecuali perang Tabuk & berada di barisan hadapan bersama pedangnya ' zul faqar'

Page 13: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

3. Menyahut cabaran satu lawan satu dengan pahlawan Quraisy dalam perang Khandak

5. Pemerintah yang adil & kreatif

1) Dilantik oleh Rasulullah sebagai hakim di Yaman2) Kreativiti Ali dalam pentadbiran / pemerintahannya

antaranya : a) Menubuhkan pasukan polis yang diberi nama "

as-Syurtah ".b) Beliau melengkapkan angkatan berkuda Islamc) Menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki d) Menubuhkan badan perisik

Jasa dan Pengorbanan Saidina Ali

I. Penulis wahyu Rasulullah II. Jurutulis isi perjanjian HudaibiahIII. Mengetuai misi dakwah ke Iraq ( Hamadan)IV. Mengembangkan ilmu Islam V. Penasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah

sebelumnyaVI. Menjadi hakim di YamanVII. Menerima jawatan khalifah dalam suasana Negara huru-hara

demi keamanan negaraVIII. Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah &

bermusuhan

Page 14: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Saidina Hamzah Bin

Abdul Mutalib R.A.

Pahlawan TerbilangBiodata

Nama: Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi ManapKeturunan: Bani Hasyim Tarikh Lahir: tahun 570 Masihi iaitu tahun yang sama dengan kelahiran Nabi S.A.W.Beliau merupakan: - Bapa saudara Rasulullah S.A.W. - Teman sepermainan Nabi sejak kecil

- Saudara susunan NabiMemegang Jawatan: - Panglima Perang Rasulullah S.A.W.

Page 15: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

- Pembawa panji angkatan tentera IslamHobi: Memanah dan MemburuTarikh wafat: 3 Hijrah kerana gugur syahid di medan Uhud dan dikebumikan di Makam Syuhada’ berdekatan bukit UhudGelaran: ‘Asadullah’ (singa Allah) oleh Rasulullah dan Saiyidus-Syuhada

Sifat Peribadi Saidina Hamzah

Sangat Menjaga Tingkah laku1.Tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang

buruk seperti berjudi, berzina & berfoya-foyaGagah dan Berani.

1. Menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar & berjaya membunuh keduanya

Page 16: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

2. Banyak membunuh musuh dalam perang Uhud3. Pegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa

peperangan4. Melindungi Rasulullah SAW dari ancaman Kafir

Quraisy.Cekal Hati dan Pantas Bertindak.

1.Ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Mekah dan Syam.

2.Dipilih Rasulullah sebagai panglima perang dalam perang Badar

Bijak mengatur strategi perang1.Beliau melancarkan serangan dengan tersusun

ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Islam

Pengislaman Saidina Hamzah

1.Suatu hari Abu Jahal telah menghina & mencerca Rasulullah di Bukit Safa, pada ketika Saidina Hamzah sedang berburu.

2.Dalam perjalanannya pulang, beliau diberitahu tentang penghinaan itu oleh 2 orang wanita.

3.Hamzah sangat marah & mencari Abu Jahal yang sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjidil Haram. Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busar panahnya hingga berlumuran darah.

4.Kemudian beliau berkata :" Sesiapa yang berani menghalang & mencabar aku silakan! Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah & ajaran yang dibawanya adalah benar. Demi Allah aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani

Page 17: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

halanglah aku,". Inilah detik pengislaman Saidina Hamzah

5.Sikap Hamzah ini didorong oleh perasaan kasih & cinta kepada Rasulullah & Kebenaran yang dibawa oleh baginda. Pengislamannya ini menyebabkan umat Islam semakin kuat & dihormati & pemimpin Quraisy tidak berani lagi penindasan umat Islam sesuka hati mereka.

Sumbangan Saidina Hamzah

I. Melindungi Rasulullah SAW dari ancaman musuh.

II. Menyertai semua peperangan & memainkan peranan penting dalam peperangan.

III. Banyak berkorban untuk menegakkan agama Allah SWT.

IV. Mengambil berat tentang persaudaraan tanpa mengira kedudukan.

Page 18: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

V. Membantu perkembangan dakwah Islam hingga dihormati masyarakat luar.

Kesyahidan Saidina Hamzah

a) Ditikam dengan lembing oleh Wahsyi dalam peperangan Uhud.b) Hatinya dilapah oleh Hindun binti Utbah kerana balas dendam di

atas kematian bapanya.

Saidina Abu Hurairah R.A.

Perawi HadisBiodata

Nama: Abdul Rahman bin Sakhr Adduasi Al-Yamani. Nama sebelum Islam ialah Abdu Syam

Page 19: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Kelahiran: Dilahirkan di Dus, Yaman kira-kira 19 tahun sebelum HijrahTarikh Memeluk Islam: Tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berada di KhaibarJawatan: Salah seorang ahli Suffah di Madinah Al-MunawwarahTarikh Wafat: Pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun.Gelaran: Abu Hurairah (Bapa Kucing) oleh Rasulullah S.A.W. kerana beliau sukakan kucing.

Sifar PeribadiSaidina Abu

HurairahTaat kepada suruhan Allah dan

rasulI. Berasal dari keluarga miskin & tidak mempunyai

makanan, namun beliau tidak pernah meminta-minta. Beliau rela mengikat perut kerana kelaparan.

II. Setelah pembukaan empayar Islam, kehidupan Abu Hurairah semakin senang. Beliau memiliki harta, isteri & anak-anak. Walaupun begitu, kesungguhannya menuntut

Page 20: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

ilmu, sifat tawaduk & ketekunan beribadat beliau tidak berubah. Beliau sentiasa berpuasa & berqiamullail.

III. Beliau pernah ditugaskan oleh Rasulullah sebagai penjaga gedung harta zakat & beliau menjaganya dengan penuh amanah.

Cinta akan ilmu pengetahuan

I. Walaupun hidup miskin & terpaksa bekerja diladang kurma untuk menyara kehidupanya , namun keadaan tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu

II. beliau amat tekun mempelajari & menghafaz al-Quran & hadis.

III. Beliau sentiasa mendampingi Rasulullah untuk menimba ilmu daripada baginda.

Sangat kasih dan menghormati ibu bapa

• Ketika Abu Hurairah memeluk Islam, Ibunya masih kekal dengan agama asalnya & ibunya selalu memperkecilkan Rasulullah. Beliau sedih atas perbuatan ibunya & menangis. Beliau menemui Rasulullah meminta mendoa ibunya mendapat hidayah. Setelah Rasulullah berdoa . Abu Hurairah pulang bertemu ibunya dan amat gembira kerana ibunya telah memeluk Islam.

Mengasihi binatangI. Beliau suka bermain-main dengan seekor anak kucing

yang dimasukkan ke dalam lengan bajunya. Sehingga Rasulullah mengelarnya Abu Hurairah ( Bapa Kucing )

Page 21: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

II. Beliau memelihara kucing tersebut di atas sepohon pokok pada waktu malam & membawa keluar bersamanya pada waktu siang.

III. Minatnya ini timbul setelah mendengar hadis Rasulullah mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke Neraka kerana mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan.

Sumbangan Abu Hurairah R.A.I. Terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang

paling banyak meriwayatkan hadis iaitu sebanyak 5374 hadis.

II. Beliau telah mengajar hadis kepada 800 orang murid III. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah tercatat di

dalam kebanyakan kitab hadis seperti Sahih al-Bukhari , Sahih Muslim. Sunan At-Tarmizi, Sunan Ibn Majah & Sunan an-Nasai, yang dijadikan rujukan hingga kini.

Faktor kejayaan Abu Hurairah R.A.

IV. Beliau seorang ahli Suffah yang selalu berdampingan dengan Rasulullah & tidak sibuk dengan urusan pentadbiran Negara

V. Rajin menghadiri majlis ilmu bersama para sahabatVI. Ketekunannya menyebarkan hadis kepada orang ramaiVII. Keberkatan doa Rasulullah agar Abu Hurairah mudah

menghafazVIII. Beliau sempat hidup lebih lama selepas kewafatan

Rasulullah. iaitu selama 47 tahun.

Page 22: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Saidina Abdul Rahman Bin

Auf R.A.Ahli Perniagaan

Berwawasan

Page 23: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

BiodataNama: Abdul Rahman bin Auf bin Abdul Auf bin Al-HarithKeturunan: Bani ZuhrahKelahiran: Dilahirkan di Mekah pada tahun 580 MasihiMemeluk Islam: Melalui Saidina Abu Bakar dan merupakan kumpulan yang mula-mula memeluk agama Islam.Jawatan: Pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan Khalifah yang ketiga.Tarikh Wafat: Tahun 32 Hijrah bersamaan 654 Masihi ketika berusia 74 tahun.

Keistimewaan Abdul Rahman

Bin Auf1. Antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga2. Menjadi iman solat Subuh dalam peperangan Tabuk yang

dihadiri Rasulullah 3. Pernah menjadi calon pemilihan khalifah ketiga Ar-

Rasyidin4. Seorang jutawan yang gigih, dermawan & Zuhud5. Walaupun hidupnya mewah tetapi memilih untuk hidup

dengan sifat Zuhud. Beliau menggunakan hartanya untuk perbelanjaan ke jalan Allah demi meningkatkan martabat umat & agama Islam

Page 24: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

Sumbangan Abdul Rahman

Bin Auf1. Menyumbangkan barang keperluan yang dimuatkan di atas 700

ekor unta untuk penduduk Madinah2. Menjual tanah dengan harga 40 ribu dinar & dibahagi kepada

Bani Zuhrah, isteri-isteri nabi Muhammad & fakir miskin3. Dalam Perang Tabuk – menyumbangkan 200 tahil emas, 500 ekor

kuda perang & 1500 ekor unta tunggangan4. Mendermakan 400 dinar emas kepada setiap seorang bekas

tentera perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang 5. Menyertai jihad dalam beberapa peperangan menentang musuh

Islam seperti Perang Badar, Uhud, Khandak & Tabuk6. Rela mempertahan & menyebarkan Islam hingga akhir hayat

Faktor Kejayaan Abdul Rahman

Bin Auf1. Usaha yang gigih & tidak mengenal jemu2. Jujur & ikhlas dalam setiap kata-kata & tindakan3.Berniaga barangan dengan cara halal

Page 25: Folio Tokoh Islam Tingkatan 2

4. Mendermakan ke jalan Allah & tidak mengharap balasan

5. Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah6. Zuhud iaitu tidak mementingkan kebendaan

Kesan KeperibadianAbdul Rahman Bin

Auf1. Berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan

yang dilaksanakan2. Bersemangat tinggi & berwawasan3. Pemurah & Zuhud – hingga dapat membantu

memperbaiki taraf hidup ahli masyarakat4. Bekerjasama & saling bantu-membantu antara satu sama

lain5. Dapat melahirkan umat yang maju dalam pembangunan

Negara6. Berusaha ke arah kecemerlangan dunia & akhirat.