54256173 folio psk learning to say no

Upload: sobhana-subramaniam

Post on 09-Jul-2015

553 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Akhirnya saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru saya iaitu Cik Norahsikin dan dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Norahsikin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan berguna serta ibubapa yang turut menyumbangkan idea dan buah fikiran sehingga saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Mudah-mudahan dengan adanya tugasan seperti ini, dapat membantu saya meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian dan seterusnya mendorong saya dan para pelajar SMK Bukit Mewah untuk berjaya di masa akan datang demi kebaikan bersama. Sekian,terima kasih.

1 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam tugasan ini. Kaedah yang digunakan ialah: (a) Pemerhatian: kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti golongan yang terlibat dan perkara yang menyebabkan berlakunya buli , penyalahgunaan dadah , lumba haram dan sebagainya. Contohnya di sekolah. (b) Temu bual: kaedah ini digunakan dengan menemu bual pelajar untuk mengetahui punca atau faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk melakukan perkara sebegini. (c) Internet: kaedah ini digunakan untuk mengetahui definisi dan hukuman yang dikenakan terhadap mereka ynag melakukannya.

2 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

3 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Objektif projek ialah untuk mengatasi kesan perlakuan negatif di kalangan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah terhadap masyarakat dan negara.

Selain itu penghasilan projek ini bertujuan untuk mengenal pasti definisi buli , dadah , dan lumba haram, punca, golongan yang terlibat, kesan atau akibat melakukan perkara tersebut dan menyemai keyakinan diri remaja untuk tidak terlibat dalam kegiatan negatif serta mengaplikasikan kemahiran menolak pelawaan yang berunsurkan perkara-perkara negatif.

4 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

5 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Projek Learning To Say No adalah untuk memenuhi sukatan pelajaran Sivik tingkatan satu. Para pelajar tingkatan satu diwajibkan menjalankan projek ini untuk menghubungkaitkan tema-tema yang telah dipelajari.

Dalam projek ini, saya telah memilih tajuk Buli , Dadah dan sebagainya. Saya dikehendaki menghasilkan brosur berkaitannya .Projek ini meliputi perkara-perkara seperti definisi , punca-punca , langkah-langkah mengatasi, golongan yang terlibat serta bentuk hukuman ataupun tindakan yang harus diambil.

Selain itu, saya berasa bangga kerana melalui projek ini, saya dapat mengaplikasikan nilai sivik yang telah saya pelajari.

Sekian, terima kasih.6 Learning To Say No To BuliOleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

7 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Tajuk projek dan aktiviti yang saya pilih ialah Buli. Menurut Kamus Dewan, Edisi ketiga buli ditakrifkan sebagai: Perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan. Menurut The American Heritage Dictionary mengatakan bully (noun) : A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people. Buli juga bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

8 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Buli terbahagi kepada dua jenis iaitu: Buli Fizikal Ekstrim

Pukul-memukul dengan menggunakan tangan atau objek kepada mangsa. Ia dilakukan secara berseorangan dan paling kerap dilakukan beramai-ramai. (Rujuk kes: kematian Mohamad Zulkarnain b. Abd. Rahim tahun 1998, Tampoi, Johor Bahru) Laporan bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan bahagian dalaman abdomen akibat kesan tumbukan. Sepak-terajang dengan menggunakan kaki sebagai instrumen untuk mencederakan mangsa. Instrumen pukul-memukul dan sepak-terajang merupakan pasangan instrumen yang paling kerap digunakan oleh pemangsa. (Rujuk kes terbaru Mohamad Afiq Kuala Lipis Pahang) Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa pelajar senior menggunakan kasut kadet polis semasa menendang atau menyepak mangsa.

Buli mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.

Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah. 9 Learning To Say No To BuliOleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Faktor-faktornya ialah: Terlalu mengikut gelodak jiwa yang menyebabkan tekanan perasaan atau naluri ingin membalas dendam akibat perbuatan atau peristiwa yang pernah pemangsa alami sabelum ini. Tekanan atau desakan oleh rakan sebaya untuk bersama-sama membuli. Mendapat kepuasan atau keseronokan yang paling optima melihat kesengsaraan yang dialami oleh orang lain. Selain itu, ia juga adalah disebabkan oleh: Faktor keluarga:

Kurang kemesraan dan rasa kasih sayang daripada ibu bapa Kurang perhatian ibu bapa Sikap ibu bapa yang sering mendera

Faktor remaja:

Sikap panas baran Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah Menjadi mangsa penderaan fizikal - didera atau dibuli

Faktor sekolah:

Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuliOleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

10 Learning To Say No To Buli

Moral yang rendah di kalangan guru-guru

Golongan pembuli terdiri daripada: pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam. Bertubuh besar, tegap dan tinggi. Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.

Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Golongan dibuli pula terdiri daripada: pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga. Bertubuh kecil. Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran. Pelajar baru di sekolah.

11 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Kesan luaran:

Kesan terhadap pembuli

Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi seorang penjenayah. Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak atau menjadi seorang pendera terhadap isteri. Kesan terhadap pemangsa

Kesan luaran

Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman

Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke

12 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

sekolah dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Terdapat beberapa jenis dan bentuk hukuman yang sesuai dan boleh dikenakan terhadap pembuli. Iaitu: Memberikan khidmat kaunseling terhadap pembuli Memberi nasihat Mengenakan sebatan rotan Diberikan ceramah yang secukupnya

13 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

14 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Buli dan dadah dan lumba haram merupakan fenomena kurang sihat sihat yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Sebabsebab pelajar melakukan perkara tersebut adalah merupakan faktor daripada masalah keluarga, di sekolah dan juga rakan sebaya. Ia mendatangkan kesan atau impak yang besar terhadap keluarga, sekolah dan mungkin juga akan memberikan kesan terhadap masyarakat dan negara. Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia menghulur tangan memberi bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti segera diatasi dengan apa cara sekalipun supaya pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya matlamat pendidikan negara akan tercapai.

15 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

16 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

INTERNET

17 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

18 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Internet www.beritaharianonline.com- kes buli yang pernah terjadi

yang melibatkan kematian dan kecederaan yang serius www.buli.com- definisi buli buli- punca dan kesan-kesan buli buli (images)- gambar buli di lampiran

Surat Khabar Berita Harian Berita Mingguan Kosmo

Majalah majalah UJANG- gambar buli di lampiran

19 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

20 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan

Maklumat daripada ibu dan ayah Pembuli-hanya boleh dikenali sebagai Izzat Pemangsa-hanya boleh dikenali sebagai Kimi Maklumat daripada kawan-kawan

21 Learning To Say No To Buli

Oleh: Amilia Ashika Binti Mohd Azuan