folio agama

24
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIK, SIK,KEDAH DARUL AMAN. TUGASAN BADAR 2009: KUMPULAN 11 ILMU:PERBEZAAN ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI NAQIB:1)MUHAMMAD SUHAIL BIN ABD YAZIB 2)HAZIQ NAIM BIN SHAIRUL

Upload: suhail-kisame

Post on 04-Jul-2015

396 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIK, SIK,KEDAH DARUL AMAN.

TUGASAN BADAR 2009: KUMPULAN 11 ILMU:PERBEZAAN ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWINAQIB:1)MUHAMMAD SUHAIL BIN ABD YAZIB 2)HAZIQ NAIM BIN SHAIRUL BAZRI NAMA AHLI:1)ZAKWAN 2)ZAIDI 3)HAZRAT

4)AZRUL

Pendahulua n

Kami ahli dari kumpulan 11 telah diberi tugasan oleh naqib kumpulan kami, Muhammad Suhail Bin Abd Yazib dan Haziq Naim Shairul Bazri untuk menyiapkan folio tentang ilmu sempena bulan membaca yang diadakan di SMKAS.Tajuk yang diberi kepada kami ialah Perbezaan Ilmu Duniawi dan Ukhrawi.Dengan menyiapkan folio ini,kami sekurang-kurangnya dapat menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas,fly dan tidur.Alhamdullilah,segala usaha dan hasil pencarian maklumat akhirnya dapat juga kami menyiapkan folio ini.

Pengharga an

Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah membantu kami menyiapkan folio ini terutamanya Naqib Suhail dan Naqib Haziq Naim yakni selaku mentor bagi tajuk ini kerana mereka telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu bagi kami menyiapkan folio ini.Selain itu mereka telah memberi semangat untuk kami menyiapkan folio ini dengan akan membelanja kami sekiranya kami dapat memenangi pertandingan folio ini..Tidak lupa juga kepada ibubapa kami yang telah banyak juga memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya saya menyiapkan folio ini dari segi sumbangan kewangan dan sokongan. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu dan berkongsi idea dalam perbincangan tajuk yang diberikan.Tanpa mereka saya mungkin tidak dapat menyempurnakan tugasan yang diberi.

Definasi Ilmu

Definisi Ilmu 1.Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar. 2.Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai sciences. 3.Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza Dari segi istilah: 1.Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi. 2. Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio. 3. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan,struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang halehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yangdapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu olehpancaindera manusia yang kebenarannya diuji secaraempiris dan experimental

1.Rosenthal dalam bukunya knowledge Triumphant membahagikan 107 buah definisi ilmu dalam Islam kepada 12 kategori mengikut aspek atau sifat serta ciri-ciri ilmu yang hendak ditonjolkan di dalam definisi berkenaan. a) Ilmu ialah proses mengetahui dan bersamaan dengan orang yang mengetahui dan apa yang diketahui. Ilmu adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. b) Ilmu adalah kognisi (makrifat). Ada sebelas takrif dalam hal ini. Contoh : Ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar c)Ilmu adalah proses memperolehi atau mencari melalui persepsi mental. d) Ilmu adalah proses membuat penjelasan,penegasan atau penglibatan dan penentuan. e) Ilmu adalah rupa bentuk sesuatu makna,sesuatu konsepsi atau tasawwur dan pengesahan akan sesuatu kebenaran. f)Ilmu adalah kepercayaan. g) Ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat. h)Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati). i)Ilmu sebagai hubungan. j) Ilmu ditakrifkan dalam konteks hubungannya dengan amal perbuatan. k)Ilmu adalah lawan kejahilan. l) Ilmu sebagai hasil institusi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal.

Ilmu Duniawi

Ilmu Duniawi Ilmu duniawi adalah ilmu yang dipelajari untuk menyambung kesinambungan hidup manusia.Tanpa ilmu ini manusia tidak mungkin akan hidup dalam dunia ini. Sesetengah ilmu duniawi seperti English,Mathematics,Bahasa Melayu dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan akhirat.Ada juga ilmu duniawi yang berhubung kait dengan akhirat seperti Astronomi,Biologi dan lain-lain lagi. Ilmu duniawi terbahagi kepada dua: 1)Bermanfaat 2)Tidak bermanfaat 1)Bermanfaat Ilmu duniawi yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat memberi kebaikan kepada setiap manusia.Contohnya: a)Ilmu Mathematics atau ilmu hisab dapat digunapakai dalam perniagaan seterusnya dapat mengelakkan unsur penipuan dan peningkatan harga yang melampau. b)Ilmu Astronomi dapat memberitahu sesuatu tarikh,seperti ahli astronomi dapat menetapkan tarikh puasa bagi umat islam di pelusuk dunia.Ia sekaligus berhubung kait dengan akhirat. c)Ilmu Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang bumi.Misalnya,seorang arkitek hendak membuat pelan sesuatu bangunan,dia hendaklah pertama sesekali memeriksa permukaan tanah sama ada selamat atau tidak supaya dapat mengelakkan kecelakaan yang mungkin berlaku pada masa hadapan. 2)Tidak Bermanfaat Ilmu duniawi yang tidak bermanfaat ialah ilmu yang tidak memberi faedah kepada sesiapa pun bahkan menambahkan kealpaan diri. a)Ilmu hitam adalah ilmu yang dilarang sama sekali dalam Islam kerana ia boleh menyebabkan terpesongnya aqidah umat islam.Selain itu,ilmu hitam juga diguna pakai untuk tujuan-tujuan mazmumah seperti,menilik nasib,santau dan lain-lain lagi. b)Ilmu judi yakni ilmu untuk manusia memenangi sesuatu permainan pertaruhan harta dengan penipuan.Judi ialah perbuatan yang membuat seseorang lupa akan akhirat.

c)Ilmu mencuri ialah perbuatan mengambil harta orang lain menggunakan kepantasan, strategi dan kelicikan.Orang ini digelar pencuri.Mencuri termasuk dalam perbuatan dosadosa besar.

Ilmu Ukhrawi

Ilmu Ukhrawi Ilmu ukhrawi adalah ilmu yang dipelajari untuk menjamin keselesaan hidup di akhirat kelak.Tanpa ilmu ini manusia tidak akan mendapat jalan kebenaran atau hidayah dari Allah S.W.T. Ilmu ukhrawi juga ilmu yang ada kena mengena dengan akhirat.Contohnya fiqah,sirah,quran ,hadis dan sebagainya. Ilmu ukhrawi terbahagi kepada dua: 1)Ilmu fardhu ain 2)Ilmu fardhu kifayah 1)Ilmu Fardhu Ain Merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal: a)Aqidah tauhid b)Ibadat-ibadat fardu c)Ilmu untuk membaca Al-Quran d)Akhlak e)Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada individu tersebut waktu itu 2)Ilmu Fardhu Kifayah Iaitu ilmu yang mana sebahagian dari umat Islam wajib menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang. Ianya meliputi: a)Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara mendalam. b)Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail. c)Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti astronomi, matematik ,fizik, kedoktoran dan lain-lain

Perbezaan Ilmu Duniawi dan Ukhrawi

Perbezaan Terdapat banyak perbezaan aspek diantara ilmu duniawi dengan ukhrawi antaranya dari aspek : 1)Perbuatan 2)Pembacaan 3)Tontonan 1)Perbuatan

Sembahyang(ukhrawi) Berjudi(duniawi)Masa:Melatih seseorang patuh pada jadual yang ditetapkan sekaligus dapat mendisiplinkan diri menepati masa. Sosial:Seseorang dapat membina peribadi yang terpuji seperti rajin berusaha. Masa:Selalunya dimainkan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Membazirkan masa kerana malam lebih baik tidur atau mendekatkan diri kepada Allah. Sosial:Seseorang akan mudah terpengaruh dengan dosa-dosa besar lain seperti mencuri dan arak. Masyarakat: Dipandang hina kerana judi hanya menyebabkan muflis,dan tidak pernah ada seorang pun yang kaya dengan hasil judi. Dunia: Allah menutup pintu rezeki kepada penjudi.

Masyarakat:Dipandang tinggi masyarakat kerana taat kepada Allah.

Dunia: Allah mempermudahkan segala urusan dikala susah mahupun senang.

Akhirat: Dibantu oleh amalan solatnya melintasi titian sirat.

Akhirat: Diseksa dengan azab yang amat pedih.

2)Pembacaan

Alquran(ukhrawi)Masa: Bila-bila masa,ketika diundang gelisah atau mencari kebenaran.

Novel(duniawi)Masa: Membuang masa dengan membaca perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Sosial:Dapat membentuk peribadi yang insaf Sosial: Seseorang akan menjadi malas serta mendapat hidayah. berusaha dan hanya bergantung kepada takdir. Masyarakat: Mungkin dipilih untuk menyertai pertandingan hafazan atau mengetuai solat. Dunia: Mudah untuk menerima teguran kerana hatinya sudah menjadi lembut. Masyarakat: Masyarakat akan memandang rendah kepada orang yang selalu bersikap sedih dan terlalu romantik. Dunia: Menjadi seorang yang tidak yakin akan potensi diri.Mengharapkan belas ihsan orang lain. Akhirat: Alquran akan tuntut pembalasan kerana tidak membacanya.

Akhirat: Alquran akan memberi syafaat diakhirat.

3)Tontonan

Ceramah(ukhrawi)Masa: Dapat mengisi masa lapang dengan mendengar nasihat dan teguran yang dapat memantapkan sahsiah diri. Sosial: Seseorang dapat mengenali kelemahan dan potensi diri.

Kartun(duniawi)Masa: Dapat melalaikan kerana mungkin solat akan ditinggalkan kerana begitu asyik menonton televisyen. Sosial: Seseorang akan menjadi pemalas dan mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang kurang menyihatkan. Masyarakat: Masyarakat akan menjadi lembap dan sukar unruk menumpukan perhatian dalam setiap pekerjaan. Dunia: Hidup seumpama watak dalam cerita dongeng sama ada baik atau buruk di pengakhiran cerita atau lebih tepat sekali bergantung kepada takdir. Akhirat: Dicampakkan kedalam neraka kerana meninggalkan suruhanNya.

Masyarakat: Masyarakat akan menjadi maju dan hidup dalam bersatu padu.

Dunia: Hidup dalam ketenangan kerana berada di landasan kebenaran.Malaikat mendoakan orang yang menghadiri majlis ilmu. Akhirat: Mendapat pahala yang banyak diakhirat.Orang yang berilmu diangkat darjatnya.

Kesimpulan

Kesimpulan

Kedua-dua ilmu ini amat penting pada zaman sekarang dan umat islam/umat Rasulullah SAW tidak pernah suruh mencari ilmu ukhrawi saja tetapi apa jua ilmu asalkan ilmu itu baik seperti yang kita selalu dengar mengenai ilmu : ilmu itu cahaya,carilah ilmu sehingga ke negeri cina dan lain-lain lagi kita tidak pernah dengar carilah ilmu uhkrawi saja,ilmu ukhrawi ilmu yang terpenting di dunia.kerana itulah kita kena mencari keduadua ilmu itu.Dan carilah ilmu kedua-dua itu dengan seimbang agar kita tidak riak kerana ilmu kita..agar ilmu yang kita cari adalah betul..insya Allah.. Kedua-dua ilmu itu amat penting dan harus kena seimbang kerana tidak semua ilmu duniawi ada jawapan dari duniawi dan begitu jua ilmu ukhrawi..tidak semua ilmu ukhrawi ada jawapan pada ukhrawi..misalnya dunia/galaxy..kita semua tahu bahawa terciptanya dunia/galaxy dari teori Big Bang..manusia dapat tahu kerana Allah berkata:setiap benda/sesuatu ade permulaan dan akhirnya..jadi permulaan dunia/galaxy adalah dari Big Bang dan akhirnya adalah kiamat..tanpa ilmu duniawi,kite tidak akan tahu bagaimana terjadinya dunia/galaxy kerana di dalam alquran tidak ada menyebut Big Bang.dan tanpa ilmu ukhrawi,kita tidak akan tahu mengenai kiamat..sedangkan science tidak ada mengatakan tentang kiamat..kerana itulah kita harus mencari kedua-dua ilmu iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi.. Janganlah kata bahawa ilmu itu susah..dan janganlah kata bahawa kita ini bodoh..semua manusia mempunyai akal,kerana itu kita kenalah pandai menggunakannya..carilah ilmu kerana ilahi..mencari ilmu tanpa mengingati ilahi adalah seakan-akan orang itu lebih bijak dari ilahi..ingatlah,Allah lah yang maha bijaksana.. Ada satu cerita mengenai imam Hanafi RA dan muridnya bernama Yusuf.Pada suatu hari,muridnya berkata kepada imam Hanafi :wahai Hanafi,aku susah nak belajar.Aku lembap,aku bodoh..,maka imam Hanafi berkata : kau memang lembap,kau memang bodoh,kerana itu kau diwajibkan tetap dan bersabar.imam Hanafi berkata begitu bukan bermaksud bodoh/lembap..ia bermaksud,semua manusia sama,tidak ada yang lembap dan bodoh..jikalau hati kita tetap pada ilmu,selalu ingat Allah dan selalu bersabar,insya Allah,Allah akan membantu kita.. wallahualam..