folio agama;d

38
Saidina umar bin al-khotab Pentadbir yang ulung Nama: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza. Keturunan: Bani Adi,Quraish. Tarikh lahir: 584 Masihi iaitu 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad. Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah. Jawatan: Khalifah yang ke-dua daripada Khalifa’ Al- Roshidin Tarikh menjadi: Hari Selasa,22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah,bersamaan 23 Ogos 634 Masihi. TEMPOH MEMERINTAH: Sepuluh tahun enam bulan Tarikh wafat: Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun. Sebab kewafatan: Dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama Fairoz (Abu Lukluh)

Upload: bazilah-mohd-shariff

Post on 21-Jun-2015

2.241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio agama;D

Saidina umar bin al-khotab Pentadbir yang ulung

Nama: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza.

Keturunan: Bani Adi,Quraish.

Tarikh lahir: 584 Masihi iaitu 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad.

Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah.

Jawatan: Khalifah yang ke-dua daripada Khalifa’ Al-Roshidin

Tarikh menjadi: Hari Selasa,22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah,bersamaan 23 Ogos 634 Masihi.

TEMPOH MEMERINTAH: Sepuluh tahun enam bulan

Tarikh wafat: Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun.

Sebab kewafatan: Dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama Fairoz (Abu Lukluh)

Gelaran: Al-Farouk (Pemisah antara hak dengan batil)

Saidina osman bin affan Korporat yang dermawan

Nama: Osman bin Affan bin Abu Al-A’ss bin Umaiah

Page 2: folio agama;D

Keturunan: Bani Umaiah

Tarikh lahir: 576 Masihi iaitu enam tahun selepas “Tahun Gajah”

Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah

Jawatan: Khalifah yang ke-tiga daripada Khalifa’ Al-Roshidin

Tarikh menjadi: 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah

Tempoh memerintah: 12 tahun

Tarikh wafat: 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah

Sebab kewafatan: Dibunuh oleh pemberontak

Gelaran: Zunnurain (Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri rasullullah)

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB PEMUDA YANG BERANI

NAMA: Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

KETURUNAN: Bani Hashim

TARIKH LAHIR: 10 tahun sebelum nabi menjadi Rasul iaitu pada

Page 3: folio agama;D

tahun 601 Masihi

TEMPAT LAHIR: Didalam Ka’abah di Mekah Al-Mukarramah

JAWATAN: Khalifah yang ke-empat daripada Khalifa’ Al- Roshidin

TARIKH MENJADI: Tahun 35 Hijrah barsamaan 655 Masihi.

TEMPOH MEMERINTAH: 4 Tahun

TARIKH WAFAT: Pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah bersamaan 661 Masihi.

SEBAB KEWAFATAN: Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di bandar Kufat ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

GELARAN: Abu Al-Hassan dan Abu Turab

Saidina hamzah bin abdul mutalib Pahlawan terbilang

Nama: Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf

Keturunan: Bani Hashim

Tarikh lahir: Tahun 570 Masihi, iaitu tahun yang sama dengan kelahiran nabi Muhammad.

Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah

Page 4: folio agama;D

Hubungan: Bapa saudara nabi sebelah bapa,sepupu sebelah ibu,dan teman sepermainan nabi sejak kecil dan saudara sepersusuan nabi.

Jawatan: Panglima perang Rasullullah, pembawa panji angkatan tentera Islam

Hobi: Memburu dan memanah

Tarikh wafat: Tahun ketiga Hijrah

Sebab kewafatan: Gugur Syahid di medan peperangan Uhud

Kubur: Makam Shahida’ berdekatan Bukit Uhud

Gelaran: Assadullah (Singa Allah)

SAIDINA ABU HURAIRAH PERAWI HADIS

NAMA: Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dusi Al-Yamani

Nama sebelum islam: Abdul As-Syams

Tempat lahir: Dus,Yaman

Tarikh lahir: 19 tahun sebelum hijrah

Tarikh memeluk islam: tahun 7 hijrah ketika Rasullulah berada di KhoibarLatar belakang:menjadi anak yatim sejak kecil kemudian menjadi salah seorang ahli suffah di Madinah Al-Munawwarah

Page 5: folio agama;D

Tarikh wafat: pada 59 hijrah,ketika berumur 78 tahun

Gelaran: Abu Hurairah

Saidina abdul rahman bin auf Ahli perniagaan berwawasan

Nama: Abdul Rahman bin Auf bin Abdul Auf bin Al-Harith

Gelaran: Bani Zuhrah

Tarikh lahir: 580 masihi iaitu sepuluh tahun selepas tahun Gajah

Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah

Memeluk islam: memelalui Saidina Abu Bakar

Jawatan: menjadi pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan khalifah yang ketiga

Tarikh wafat: tahun 32 hijrah bersamaan tahun 654 masihi ketika berusia 74 tahun

Page 6: folio agama;D

Sifat peribadi

a) Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah.Beliau amat digeruni oleh orang-orang yang memeluk Islam.

b) Beliau telah mengisytiharkan keislamannya di hadapan masyarakat Quraisy tanpa berasa gentar walau sedikit

c) Semasa berhijrah ke Madinah,beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya.

d) Beliau juga bersikap tegase) Berfikiran terbuka dan berpandangan jauhf) Merupakan seorang pemerintah yang

bertanggungjawabg) Beliau sangat mengambil berat tentang

keselamatan,keamanan dan kemakmuran negara.Beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa ketika memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri rakyatnya.Pernah pada suatu hari beliau mengangkat sendiri gandum dan minyak untuk diberikan kepada golongan miskin.

h) Seorang yang adil.Sifat adil beliau dapat dilihat ketika menjatuhkan hukuman terhadap anak kepada

Page 7: folio agama;D

Pesuruhjaya Mesir yang menzalimi seorang pemuda berbangsa Qibti

Jasa & pengorbanan

Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh Saidina Umar kepada umat Islam terutamanya setelah beliau dilantik menjadi khalifah.

Pentadbirana)Mengemaskinikan Majlis Syura merupakan

satu badan yang amat penting dan menjadi asas dalam pentadbiran Islam.

b)Mengasaskan jabatan-jabatan kerajaanc)Memisahkan kuasa kehakiman

Dakwah a)Penyebaran dakwah di wilayah-wilayah baru seperti Mesir,Rom dan Parsi

b)Melantik gabenor di wilayah-wilayah baruc)Membina sekolah dan pusat pengajian

Pembangunan Negara

a)Mengemaskini institusi Baitumal sebagai intitusi kewangan Islam

b)Penerokaan kawasan baru

Page 8: folio agama;D

Sifat peribadi

Saidina Usman memilki sifat peribadi yang mulia.Antaranya ialah:

a)Taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul beliau sanggup berhijrah ke Habsyah demi menyahut seruan Allah S.W.T.

b)Takut kepada Allah S.W.T.beliau banyak melakukan ibadat sunat seperti berzikir,qiamullail,puasa sunat, dan membaca Al-Quran.

c)Malu dan lemah lembutbeliau selalu mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walupun berhadapan dengan musuh.

Page 9: folio agama;D

Sifat dermawan

Saidina Usman merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya.Perniagaannya semakin maju dan diberkati oleh Allah S.W.T. kerana sifat beliau yang banyak membelanjakan harta di jalan Allah S.W.T.Antara bukti sifat dermawannya ialah:

a)Membeli telaga ‘Raumah’ dengan harga 35 000 dinar yang kemudiannya disedekahkan untuk kegunaan orang ramai.

b)Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.c)Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.

Semangat jihad

a)Keimanan yang kukuh dan teguh kepada Allah S.W.T.b)Sayang dan cintakan Islam melebihi segala-galanya.c)Minat dan kesungguhan yang tinggi untuk berdakwah

dan ingin melihat Islam tersebar luas.d)Sayangkan negara Islam dan bersungguh-sungguh

dalam mempertahankannya daripada dicerobohi musuh.

Page 10: folio agama;D

e)Memiliki harta yang banyak untuk dibelanjakan dalam berjihad menentang musuh Islam.

f)Mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam diri.

Jasa & pengorbanan

Aspek Politik

a)Menubuhkan angkatan tentera laut bagi mengukuhkan lagi system pertahanan negara.

b)Menjadi utusan Rasulullah S.A.W untuk memasuki Mekah dalam Perjanjian Hudaibiyah

Aspek Ekonomi

a)Menyumbangkan harta yang banyak pada jalan Allah S.W.T

b)Berjaya membentuk masyarakat yang mantap ekonominya

Aspek Sosial

a)Memperkenalkan sistem protokol.b)Berjaya mempengaruhi rakyat dengan sifat lemah-lembut dan pemaaf beliau.

Page 11: folio agama;D

konflik pada zaman saidina usman

1)Konflik dan fitnah mula berlaku pada zaman Saidina Usman ekoran tohmahan yang dilakukan oleh golongan Yahudi dan Munafik.

2)Puak munafik diketuai oleh Abdullah bin Saba’.3)Saidina Usman dituduh tidak adil dan tidak telus

dalam urusan pemerintahannya.4)Saidina Usman berjaya mengatasi krisis ini

dengan menghantar pegawai penyiasat ke Kufah,Mesir,Basrah, dan Syam.

5)Beliau juga membuka pintu perbincangan dengan rakyat serta memanggil gabenor untuk di soal siasat.

6)Hasil siasatan mendapati bahawa krisis berlaku akibat musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan agama dan umat Islam.

Page 12: folio agama;D

Keunggulan saidina ali

1.Keluarga Rasulullah

Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan yang rapat dengan Rasulullah.

Merupakan sepupu dan menantu baginda.Sejak kecil beliau tinggal dengan Rasulullah S.A.W.

dan dididik oleh baginda.Banyak mewarisi keperibadian dan akhlak RasulullahSentiasa berada di sisi Rasulullah pada masa susah dan

senang,semasa perang dan semasa Rasulullah sakit dan hingga ke akhir hayat baginda.

2. Kanak-kanak pertama memeluk Islam

Saidina Ali memeluk Islam ketika berumur 10 tahunTerkenal dengan panggilan “Karramallahu Wajhah”

yang bermaksud ‘Allah memuliakan wajahnya’.Ini kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil dan tidak pernah dikotori oleh keburukan jahiliah.

Merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga.

3.Cendekiawan ulung

Page 13: folio agama;D

Terkenal dengan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera,ilmu hisab dan kehakiman sehingga beliau digelar gedung ilmu.

4. Pemuda yang berani

Beliau terkenal dengan sifat gagah dan berani dimedan perang.

Beliau menggunakan pedangnya yang bernama ‘Zulfaqar’ dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyirikin kecuali perangan Tabuk.

Semasa peperangan Khandak, Saidina Ali telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy yang bernama Amru bin Waid.

5. Pemerintah yang adil dan kreatif

Saidina Ali telah dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman.Beliau telah menjadi seorang hakim dan pentadbir yang adil.

Beliau telah melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam, menubuhkan pasukan polis yang diberi nama ‘As-Syurtah’,menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum pernah ditubuhkan oleh khalifah sebelum ini.

JASA & PENGORBANAN

Page 14: folio agama;D

Mengetuai misi dakwah di Hamadan,Iraq Jurutulis Perjanjian HudaibiyyahMengembangkan ilmu-ilmu IslamPenasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga

Khulafa Ar-RasyidinPenulis wahyuMenjadi hakim di Yaman Menerima jawatan khalifah dalam keadaan negara

huru-hara.Menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah-

belah

SIFAT PERBADI

Page 15: folio agama;D

Saidina Hamzah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah.Beliau ialah bapa saudara Nabi sebelah bapa, sepupu Nabi sebelah ibu, saudara susu Nabi dan teman sepermainan Nabi sejak kecil.

Saidina Hamzah memeluk Islam kerana tidak tahan melihat perlakuan Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah di Bukit Safa. Apabila pulang daripada berburu, Saidina Hamzah terus mencari Abu Jahal di Masjidil Haram dan terus memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya sehingga kepala Abu Jahal berlumuran darah.Lantas Saidina Hamzah pun memeluk Islam.

Pengislaman Saidina Hamzah telah menyuntik kekuatan kepada umat Islam kerana beliau terkenal dengan seorang yang gagah berani, setelah pengislamannya, pemimpin-pemimpin Quraisy tidak berani lagi melakukan penindasan sesuka hati mereka terhadap umat Islam.

Saidina Hamzah juga terkenal sebagai seorang yang cekal hati dan pantas bertindak.

Beliau merupakan seorang pahlawan yang berani dan gagah perkasa. Justeru, beliau telah digelar dengan ‘Asadullah’ yang bermaksud singa Allah

PERANAN SAIDINA HAMZAH

Page 16: folio agama;D

1) Beliau telah dilantik oleh Rasulullah S.A.W.sebagai ketua pasukan yang mengintip pergerakan musuh yang berniaga antara Mekah dengan Syam.Pasukan yang terdiri daripada 30 orang mujahid ini telah berjaya melumpuhkan musuh seramai 300 orang yang diketuai oleh Abu Jahal yang bertujuan untuk menghancurkan Islam.

2) Rasulullah telah memilih Saidina Hamzah untuk menjadi panglima perang dalam Perang Badar. Beliau telah berjaya menyusun strategi dengan baik dan tersusun.Akhirnya kemenangan milik umat Islam.

3) Dalam Perang Badar juga, Saidina Hamzah telah dicabar untuk berlawan dengan dua orang tentera musyrikin.Beliau menyahut cabaran itu dan berjaya membunuh kedua-dua pencabarnya itu.

4) Dalam Perang Uhud pula, Saidina Hamzah dapat menewaskan ramai tentera musyirikin seperti Utbah bin Abd dan Usman bin Abu Talhah.

Sumbangan saidina Hamzah

Melindungi Rasulullah daripada ancaman musuh.

Page 17: folio agama;D

Mengambil berat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama umat Islam.

Mengambil bahagian dalam setiap peperangan dan berusaha mengatur strategi untuk kemenangan umat Islam dalam pertempuran.

Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

Membantu perkembangan dakwah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah.

Syahidnya saidina Hamzah

1) Saidina Hamzah telah gugur syahid di medan Uhud pada tahun ketiga Hijrah.

Page 18: folio agama;D

2) Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi dengan lontaran lembing.Wahsyi ditugaskan oleh tuannya Jubair bin Mu’tim untuk membunuh Saidina Hamzah sebagai satu syarat pembebasannya daripada seorang hamba.

3) Ketika Perang Uhud meletus, Saidina hamzah telah berjaya membunuh 21 orang tentera musyirikin.Kemudian beliau terjatuh menyebabkan baju besi yang dipakainya pecah. Wahsyi yang sedang mengambil peluang ini dengan melontarkan lembing tepat ke perut Saidina Hamzah yang menyebabkan beliau gugur syahid.

4) Peristiwa kematian Saidina Hamzah telah menyayat hati Rasulullah. Saidina Hamzah telah dikurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada(penghulu orang yang mati syahid di syurga)

5) Allah S.WT. menjanjikan syurga kepada orang yang berjuang dan mempertahankan agama-Nya.

Sifat peribadi

Taat pada suruhan Allah S.W.T. dan Rasul.Seorang yang penyabar apabila menghadapi

kesusahan.Beliau sangat cintakan ilmu.Kehidupan yang susah

tidak menghalang beliau untuk tekun menuntut ilmu.

Page 19: folio agama;D

Beliau bersifat tawaduk, tekun beribadat kepada Allah S.W.T. seperti berpuasa sunat,berqiaumullail dan pelbagai amalan lagi

Beliau banyak menghafaz Al-Quran dan hadis daripada Rasulullah.Beliau sentiasa mendampingi Rasulullah walau kemana baginda pergi.

Walaupun Saidina Abu Hurairah merupakan seorang perantau dari Yaman dan seorang anak yatim,namun beliau berusaha untuk menampung keperluan hidupnya dengan bekerja di ladang kurma.

Abu Hurairah juga amat menyayangi ibunya dan berbuat baik kepada ibunya walaupun ketika itu ibunya masih lagi tidak memeluk Islam.Beliau amat sedih apabila ibunya memperkecilkan Rasulullah.Abu Hurairah memohon supaya Rasulullah berdoa untuk ibunya.Akhirnya ibu Saidina Abu Hurairah memeluk Islam.

Sumbangan saidina abu hurairah

Saidina Abu Hurairah terkenal sebagai seorang sahabat yang amat meminati ilmu dan banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.

Beliau telah meriwayatkan hadis sebanyak 5374 buah hadis. Hadis Abu Hurairah yang telah disepakati oleh

Page 20: folio agama;D

Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah sebanyak 325 buah hadis.

Seramai 800 orang murid telah datang mempelajari hadis daripada Saidina Abu Hurairah.

Kegigihan Saidina Abu Hurairah dalam menuntut ilmu membolehkan beliau memberikan sumbangan yang besar dalam mengembangkan ilmu dan dakwah Islam melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau.

Faktor kejayaan

Rajin menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah.

Ketekunan menyampaikan hadis yang dipelajari kepada para sahabat yang lain.

Keberkatan doa Rasulullah yang mendoakannya supaya mudah menghafaz hadis.

Sentiasa mendampingi Rasulullah ke mana sahaja baginda pergi.

Page 21: folio agama;D

Seorang yang amat tekun dan amat meminati ilmu pengetahuan.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN

Saidina Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat nabi yang dijamin syurga.

Beliau juga pernah menjadi imam solat Subuh dalam Perang Tabuk yang dihadiri oleh Rasulullah sebagai makmum.

Beliau juga pernah menjadi seorang calon dalam jawatan khalifah dan pengerusi pemilihan khalifah Islam.

Page 22: folio agama;D

Saidina Abdul Rahman terkenal sebagai seorang jutawan yang zuhud serta banyak menderma harta di jalan Allah.

Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun, beliau tidak bergantung kepada orang lain untuk berjaya, sebaliknya beliau berdikari dan berusaha gigih untuk menempa kejayaan.

Sumbangan saidina abdul rahman

Saidina Abdul Rahman bin Auf banyak membelanjakan harta pada jalan Allah S.W.T.Antara sumbangan beliau ialah:

a)Menyumbangkan barang keperluan yang dimuatkan atas 700 ekor unta untuk penduduk Madinah b)Menjual tanah beliau dengan harga 40 ribu dinar dan wang itu dibahagikan kepada Bani Zuhrah, para Ummahar Al-Mukminin(isteri-isteri Rasulullah) dan orang fakir miskin

Page 23: folio agama;D

c)Memberi sumbangan sebanyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta untuk kegunaan dalam Perang Tabuk.d)Menderma sebanyak 400 dinar emas kepada setiap seorang bekas tentera Badar yang masih hidup iaitu berjumlah lebih kurang 100 orang.

FAKTOR KEJAYAAN

Usaha yang gigh dan bersungguh-sungguh.Jujur dan ikhlas dalam segala pekerjaanBerniaga barangan yang halal dan suci menurut syarak.Banyak menderma harta pada jalan Allah S.W.T.Bersifat zuhud dan tidak mementingkan dunia.Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah

S.W.T.

Page 24: folio agama;D

Perhargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan Folio Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 ini yang bertajuk Tokoh-tokoh Islam. Saya amat berterima kasih diatas pertolongan yang diberikan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Puan Zainab kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan semua kelas.

  Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan bantuan kepada saya untuk menyiapkan kerja folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya dan bukan sekelas dengan saya kerana membantu saya dan berkongsi idea-idea yang penting dalam menyiapkan kerja folio ini.Terima kasih saya ucapkan.

Page 25: folio agama;D

KANDUNGAN

-Tajuk m/s-Pendahuluan m/s-Penghargaan m/s-Saidina Umar bin Al-Khattab m/s-Saidina Usman Bin Affan m/s -Saidina Ali bin Abu Talib m/s

Page 26: folio agama;D

-Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib m/s-Saidina Abu Hurairah m/s-Saidina Abdul Rahman Bin Auf m/s-Buku rujukan m/s Buku rujukan

1. Buku Teks Pendidikan Islam

-Nama pengarangMohd Suki bin Usman, Muhamad Nazmi bin Desadan,Rajal Aldyin bin Yahya-Tahun terbitan 2003-Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Total Pro Pendidikan Islam

Nama pengarang-pengarang buku teks Tahun Terbitan 2007

Page 27: folio agama;D

Terbitan Sasbadi

PENDAHULUAN

Folio ini berkisahkan tentang tokoh-tokoh Islam yang terdahulu.Kita yang berada di zaman ini seharusnya mencontohi sifat-sifat baik mereka untuk dijadikan panduan hidup. Saidina Umar bin Al-khattab pentadbir yang ulung, Saidina Usman bin Affan korporat yang dermawan, Saidina Ali bin Abu Talib pemuda yang berani, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib pahlawan yang terbilang ,Saidina Abu Hurairah perawi hadis dan Saidina Abdul Rahman bin Auf ahli perniagaan berwawasan adalah antara tokoh-tokoh Islam yang terdahulu.

Page 28: folio agama;D