folio kerjaya

33
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PONTIAN JOHOR KEDOKTORAN NAMA : NUR IZZAH SYAHIRA BINTI AZIZI NO MAKTAB : 10492 KELAS : 504 0

Upload: azizin9

Post on 04-Jul-2015

1.870 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Folio kerjaya kedoktoran

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PONTIAN JOHOR

KEDOKTORAN

NAMA : NUR IZZAH SYAHIRA BINTI AZIZI

NO MAKTAB : 10492

KELAS : 504

TAHUN : 2011

0

Page 2: Folio Kerjaya

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENGHARGAAN 2

PENGENALAN 3

KERJAYA/KURSUS YANG DIKAJI 10

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT 12

SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUS 17

SKOP BIDANG KERJAYA 18

KESIMPULAN 21

LAMPIRAN 22

1

Page 3: Folio Kerjaya

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan

Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa

menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja

ini.

Saya Nur Izzah Syahira Binti Azizi ingin menjulang sekalung penghargaan kepada Puan

Faridah dan Encik Fardi, Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA Pontian, Johor kerana telah

memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya Encik Azizi bin Zakaria yang

telah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya Puan

Sharifah Norashikin binti Syed Loed yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya

menyiapkan kerja ini dengan lebih awal.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya di kelas 504 yang telah

banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalam

merealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini.

Sekian, terima kasih.

“ Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. “

2

Page 4: Folio Kerjaya

Pengenalan

Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai

rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan

kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-

tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan

yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan

selepas bersara.

Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg

- Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.

- Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain.

- Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi fokus dalam teori ini.

- Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian

memberi kesan kepada proses pemilihan ini.

Unsur-unsur Teori Ginzberg

1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka

masa yang lebih daripada 10 tahun.

2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik.

3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat,

kebolehan, nilai dengan peluang yang ada.

4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat

Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan

kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat

individu.

3

Page 5: Folio Kerjaya

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah

2. Bidang penulisan dan komunikasi

3. Bidang saintifik/perubatan

4. Bidang perkeranian dan pentadbiran

5. Bidang seni reka dan kreatif

6. Bidang teknikal

7. Bidang keusahawanan

8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan

(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka

bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

Pentadbiran dan pengurus bank

Perancang dan pengurus kewangan

Pengurus dan agen insurans

Eksekutif jualan dan pemasaran

Pengurus pengiklanan

4

Page 6: Folio Kerjaya

Eksekutif akaun

Akauntan/juruaudit

Aktuari

Pegawai bank

Pemerosesan data

Penganalisis data

dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi

(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan

Editor

Jurubahasa

Penterjemah

Penerbit rancangan radio/televisyen

Pengacara radio/televisyen

Penulis skrip

Perunding komunikasi

dan lain-lain

5

Page 7: Folio Kerjaya

3. Perubatan/Sains

(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan

masyarakat)

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)

Doktor haiwan

Jururawat

Pembantu makmal/pembantu perubatan

Juru radiologi

Ahli farmasi

Juru terapi

Saintis

Ahli biologi/kimia

Pakar nuklear

Ahli geologi/geofizik

dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran

(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan

merekod maklumat)

Pengurus perjawatan

6

Page 8: Folio Kerjaya

Pegawai sumber manusia

Pegawai tadbir

Pembantu undang-undang

Kerani

Setiausaha

dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti

(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

Pelukis

Pelukis grafik/batik

Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya

Pereka bentuk dalaman

Jurugambar

Juru solek

dan lain-lain

6. Teknikal

(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin

dan perkara teknikal lain)

Arkitek

7

Page 9: Folio Kerjaya

Perancang Bandar dan Wilayah

Juruteknik

Juruukur

Mekanik

Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)

Pakar runding (

Dan lain-lain

7. Keusahawanan

(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit

Perusahaan Kilang

Pemborong

Kontraktor

Pengusaha hotel

Perusahaan bengkel

Perusahaan butik

dan lain-lain

8

Page 10: Folio Kerjaya

8. Perkhidmatan

(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

pensyarah/guru

Pustakawan

Pegawai Perhubungan Awam

Peguam/pendakwaraya/hakim

Polis/askar

Pemandu pelancong

Kaunselor

Pramugari/pramugara

Tukang masak profesional

dan lain-lain

9

Page 11: Folio Kerjaya

Kerjaya pilihan

DOKTOR PERUBATAN

Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan

mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk

mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak

digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.

Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat

pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama

seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem

badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan

manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat

penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem

rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina

Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).

Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai

sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam

konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik,

penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

10

Page 12: Folio Kerjaya

Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana

terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya

mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di

peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat

di universiti-universiti tempatan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Berminat dengan profesion ini

(ii) Sentiasa membantu pesakit

(iii) Menguasai bidang sains dan matematik

(iv) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris

(v) Tidak takut dengan darah

(vi) Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan

(vii) Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat

(viii) Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor

Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan

berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.

1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional

Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di

hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon

Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki

berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).

11

Page 13: Folio Kerjaya

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANG

MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN

Syarat Kemasukan

A. Syarat Am

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik

 

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat

SPM/ setaraf

 

3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat

sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

ATAU

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam

mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata

pelajaran lain

 

4. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

 

B.   Keperluan Khas Program

1. Matrikulasi Sains Hayat

a)    Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan

12

Page 14: Folio Kerjaya

b)    Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Biologi

       di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM

       dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM, dan

c)    Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Kimia

       di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM

       dan Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.

 

2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

a)   Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran

      Biologi pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran

      Kimia pada peringkat SPM/O level, dan

b)   Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran

      Kimia pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran

      Biologi pada peringkat SPM/O level, dan

c)   Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan

      mata pelajaran 2(a) atau 2(b).

 

C.   Kelayakan lain sebagai ganti STPM

 

      Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang diiktiraf

 

13

Page 15: Folio Kerjaya

D.   Lain-Lain Syarat Kemasukan

 

1. Fasih dalam Bahasa Malaysia

 

2. Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan

 

3. Taraf kesihatan yang memuaskan

 

4. Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Universiti

 

E.   Calon Bukan Warganegara Malaysia

      Sertakan surat akuan sekurang-kurangnya dua orang pengadil.

14

Page 16: Folio Kerjaya

SARJANA MUDA

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A Level dalam mata pelajaran berikut :

· Kimia

· Biologi

· Fizik atau Matematik

ATAU

2. Lulus penuh peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada 35

dalam bidang Sains dan Matematik

ATAU

3. Lulus South Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas

ATAU

4. Lulus Program Canadian International Matriculation / Canadian Pre University dengan CGPA

tidak kurang daripada 3.50

15

Page 17: Folio Kerjaya

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM

Syarat Am Universiti

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia

kertas Julai;

dan

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-

kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test

(MUET).

16

Page 18: Folio Kerjaya

Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan

= Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

= Universiti Malaya (UM),

= Universiti Sains Malaysia (USM),

= Universiti Putra Malaysia (UPM),

= Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

= Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

17

Page 19: Folio Kerjaya

Skop bidang kerjaya

Doktor Perubatan

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan

perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat

pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda

yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal

untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat

berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika

perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang

cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod

pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;

Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau

kecederaan yang tertentu;

Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan

kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;

18

Page 20: Folio Kerjaya

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan

profesional kesihatan yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Ciri-Ciri Peribadi

Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah

perubatan;

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu

kecemasan;

Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;

Berkemahiran berkomunikasi;

19

Page 21: Folio Kerjaya

Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan

Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30

ETP RM 165.00

EKA RM 170.00

Elaun Kritikal : RM 500.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi

mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam

bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan

lain-lain.

kesimpulan

20

Page 22: Folio Kerjaya

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya

menyiapkan folio kerjaya ini.

Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih

bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu,

tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya

idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya.

Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk

melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata

saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi

meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup

saya.

Lampiran

21

Page 23: Folio Kerjaya

22

Page 24: Folio Kerjaya

23

Page 25: Folio Kerjaya

24