folio seni

13
Page July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL] SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA SEJARAH DAN APRESIASI KRAF TRADISIONAL Nama: Ahmad Shuib An Nasaie b Mustapha Kamal Tingkatan : 2 marikh Tarikh: 16.07.2010 2010

Upload: sheikh-an-nasaie

Post on 01-Jul-2015

4.790 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA

SEJARAH DAN APRESIASI KRAF TRADISIONAL

Nama: Ahmad Shuib An Nasaie b Mustapha Kamal

Tingkatan : 2 marikh

Tarikh: 16.07.2010

2010

Page 2: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

Pengenalan 1.1 Seni Tekat

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor.

Page 3: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

Pengenalan 1.2 Ukiran Kayu

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Page 4: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

Pengenalan1.3 Songket

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Sejarah

Page 5: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

2.1 Seni Tekat

Sejarah seni tekat telah wujud dan berkembang sejak zaman kesultanan melayu. Seni ini telah dipakai oleh kerabat diraja sejak dahulu lagi dan digunakan di dalam istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan alatan istana. Beberapa rekabentuk tekat dicipta digunakan sebagai bahan atau alatan seharian. Juga pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang kepada masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai kraf tangan sambilan

Page 6: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

Sejarah 2.2 Ukiran Kayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.

Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Page 7: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

Sejarah 2.3 Songket

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Page 10: Folio Seni

Page

July 16, 2010 [ ]

Contoh3.3 Songket