folio parkinson

21
PENGHARGAAN Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan folio ini. Antara yang terlibat dalam menjayakan folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang bertajuk penyakit Parkinson ialah Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saya dan ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan semasa penghasilan folio ini. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Sains Tapah iaitu Encik Hadi Bin Mat Dain kerana telah memberi sepenuh kerjasama bagi membenarkan kami menyiapkan projek folio ini hingga terhasilnya folio ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam memberikan sokongan serta bantu malahan informasi dan maklumat tambahan bagi menyiapkan tugasan ini sehingga terlaksana.

Upload: nur-syakira

Post on 04-Jul-2015

96 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Parkinson

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam

penghasilan folio ini. Antara yang terlibat dalam menjayakan folio Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan yang bertajuk penyakit Parkinson ialah Guru Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan saya dan ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan semasa penghasilan

folio ini.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah

Menengah Sains Tapah iaitu Encik Hadi Bin Mat Dain kerana telah memberi sepenuh

kerjasama bagi membenarkan kami menyiapkan projek folio ini hingga terhasilnya folio

ini.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam

memberikan sokongan serta bantu malahan informasi dan maklumat tambahan bagi

menyiapkan tugasan ini sehingga terlaksana.

Page 2: Folio Parkinson

PENYAKIT PARKINSON

Page 3: Folio Parkinson

PENGENALAN

Penyakit Parkinson bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Parkinson adalah

keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan

pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Penyakit Parkinson boleh menyerang lelaki dan perempuan. Rata-rata usia mulai terkena

penyakit Parkinson adalah 61 tahun, tetapi boleh menyerang lebih awal pada usia 40

tahun atau bahkan sebelumnya. Jumlah orang di Amerika Serikat dengan penyakit

Parkinson diperkirakan antara 500.000 sampai satu juta, dengan sekitar 50.000 ke 60.000

terdiagnosa baru setiap tahun. Angka tersebut meningkat setiap tahun seiring dengan

populasi umur penduduk Amerika.

Sementara sebuah sumber menyatakan bahawa Penyakit Parkinson   menyerang sekitar 1

diantara 250 orang yang berusia diatas 40 tahun dan sekitar 1 dari 100 orang yang berusia

diatas 65 tahun.

Beberapa orang ternama yang mengidap Penyakit Parkinson diantaranya adalah Bajin

(sasterawan terkenal China), Chen Jingrun (ahli matematik terkenal China) dan

Muhammad Ali (mantan peninju terkenal A.S).

Page 4: Folio Parkinson

SEJARAH

Penyakit Parkinson merupakan salah satu daripada gangguan saraf yang paling kompleks

dan mengelirukan. Puncanya masih misteri, tetapi kajian masih diteruskan dengan

pelbagai penemuan baru dilaporkan. Penyakit Parkinson  pertama kali ditemui pada tahun

1817 oleh James Parkinson, seorang pakar perubatan British yang menerbitkan sebuah

rencana yang dipanggil The Shaking Palsy. Dalam rencana ini, beliau menyatakan

terdapat empat gejala utama penyakit ini yang kemudianya diberi nama Parkinson

bersempena dengan nama beliau. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mengenalpasti

kerosakan otak merupakan penyebab utama penyakit ini. Ia disebabkan oleh kehilangan

sel-sel otak yang berfungsi mengeluarkan sejenis bahan kimia yang

dipanggil dopamin yang membantu secara terus aktiviti otot.

Page 5: Folio Parkinson

PUNCA-PUNCA PENYAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson berlaku apabila setengah sel saraf ataupun neuron dalam satu

kawasan otak yang dipanggil substantia nigra mati ataupun cedera. Pada kebiasaannya,

neuron-neuron ini mengeluarkan sejenis bahan kimia otak yang dipanggil dopamin.

Dopamin adalah sejenis kimia penghantar (neurotransmitter) yang bertanggungjawab

menghantar isyarat antara substantia nigra dan korpus striatum bagi melembut dan

memudahkan aktiviti otot. Kehilangan dopamin menyebabkan sel-sel saraf striatum

hilang kawalan dan meninggalkan kesan di mana pesakit tidak dapat mengawal

pergerakan dalam situasi normal. Kajian menunjukkan, pesakit Parkinson kehilangan 80

peratus ataupun lebih sel-sel pengeluar dopamin di dalamsubstantia nigra. Sebab-sebab

sel ini mati ataupun merosot tidak diketahui puncanya.

 Sesetengah saintis berpendapat bahawa penyakit Parkinson disebabkan oleh racun

luaran ataupun dalaman yang merosakkan neuron dopaminergik. Satu faktor

persekitaran sama ada pendedahan kepada racun serangga ataupun racun dalam makanan

boleh menyebabkan penyakit Parkinson seperti 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-

tetrahydropyridine (MPTP). Ia diketahui dapat merangsang gejala-gejala Parkinson

pada manusia. Setakat ini, tiada kajian yang dapat membuktikan racun-racun berkenaan

boleh menyebabkan penyakit Parkinson.

Page 6: Folio Parkinson

Satu teori baru mendedahkan peranan faktor genetik dalam perkembangan penyakit

Parkinson. Di dapati 15 hingga 20 peratus pesakit Parkinson mempunyai saudara mara

yang mengalami gejala Parkinson seperti mengeletar (tremor). Kajian yang dijalankan ke

atas haiwan ujikaji menunjukkan bahawa MPTP dapat mengganggu

fungsi mitokondria di antara sel-sel saraf. Para penyelidik lebih berminat dengan

kemungkinan ini di mana kemerosotan di dalam mitokondriaDNA mungkin menjadi

penyebab Parkinson. Mitokondria adalah organel penting yang terdapat dalam semua sel

haiwan. Ia menukarkan tenaga dalam makanan kepada bahan bakar bagi sel. Teori lain

pula mengatakan bahawa penyakit Parkinson dapat berlaku pada bila-bila masa.

Tidak diketahui punca dan tahap umur berlakunya kemerosotan pengeluaran dopamin

oleh neuron-neuron. Keadaan ini mempercepatkan lagi berlakunya Parkinson bagi

sesetengah individu. Teori ini disokong oleh maklumat di mana kehilangan mekanisme

pertahanan antioksidatif berkait dengan peningkatan umur.

Kebanyakan para penyelidik mempercayai kombinasi empat mekanisme iaitu

kerosakan oksidatif, persekitaran beracun, faktor genetik yang mudah terkena penyakit

dan perkara-perkara yang bertentangan dapat mempercepatkan lagi kewujudan penyakit

ini.

Penyakit Parkinson melibatkan lelaki dan perempuan dalam nisbah yang sama, dari

tidak mengenal sempadan sosial, ekonomi ataupun geografi. Sesetengah kajian

mendapati orang-orang Afrika-Amerika dan Asia lebih rendah risiko menghidap

Parkinson. Parkinson adalah penyakit yang berlaku pada peringkat pertengahan umur,

biasanya melebihi 50 tahun dan secara keseluruhannya pada peringkat umur melebihi 60

tahun. Walaubagaimanapun, sesetengah pakar perubatan mengatakan, bahawa ramai kes

Parkinson berlaku lebih awal dan 5 hingga 10 peratus daripada pesakit adalah di bawah

umur 40 tahun.

Page 7: Folio Parkinson

GEJALA-GEJALA PENJAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson adalah satu kumpulan keadaan yang dipanggil gangguan sistem

motor. Empat gejala awal adalah seperti berikut:

1. Tremor iaitu menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.

2. Rigiditi iaitu kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.

3. Bradikinesia iaitu pergerakan yang perlahan.

4. Postural instabiliti iaitu kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.

Dengan adanya gejala-gejala tersebut, pesakit mungkin susah berjalan, bercakap

ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang

kronik di mana ia berlaku bagi jangka masa yang lama, dan progresif iaitu gejalanya

bertambah teruk sepanjang masa.

Gejala awal penyakit Parkinson berlaku secara perlahan-lahan dan tidak ketara. Pesakit

berkemungkinan merasa letih dan lesu. Sesetengahnya terasa sedikit getaran ataupun

sukar untuk mencapai objek. Mereka juga mendapati bahawa percakapan mereka menjadi

terlalu perlahan dan tulisan tangan mereka kelihatan keras seperti cakar ayam. Mereka

mungkin lupa perkataan tertentu ataupun tidak dapat menyebutnya, teragak-agak apabila

hendak bercakap, merasa tidak selesa ataupun tertekan tanpa alasan

. Pada peringkat awal, gejala-gejala seperti yang disebutkan tadi berlaku dengan

perlahan. Gejala-gejala klasik mungkin muncul selepas jangkamasa yang lama selepas

gejala kecil berlaku. Apabila pesakit berkenaan diletakkan dalam suatu posisi bagi jangka

masa panjang serta tidak menggerakkan tangan dan kaki secara normal, kelihatan pesakit

itu mengalami kekejangan, tidak seimbang serta perlahan pergerakannya. 

Page 8: Folio Parkinson

Apabila penyakit menjadi bertambah teruk, getaran serta keadaan menggigil semakin

memberi kesan kepada pesakit dalam aktiviti hariannya. Pesakit mungkin tidak dapat

memegang peralatan dengan baik ataupun susah membaca. Keadaan menggigil pada

pesakit Parkinson menjadi semakin teruk apabila berada dalam keadaan rehat. Sebagai

contoh, beberapa saat selepas tangan direhatkan di atas meja, keadaan menggigil menjadi

semakin ketara. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan menggigil adalah gejala biasa yang

menyebabkan mereka berjumpa doktor.

Walaupun bagi seseorang pakar kaji saraf yang berpengalaman, membuat diagnosis yang

tepat pada peringkat awal penyakit Parkinson adalah agak sukar. Tiada ujian darah

ataupun makmal yang dapat membantu mendiagnosis penyakit ini. Pakar perlu

memerhati pesakit itu bagi beberapa lama sehingga tanda kegigilan berlaku dengan jelas

dan berterusan. Ia disertai dengan satu ataupun lebih gejala klasik yang lain. Buat masa

ini, tiada rawatan khusus bagi penyakit Parkinson, tetapi terdapat pelbagai jenis ubat yang

dapat mengurangkan gejala penyakit ini.

Page 9: Folio Parkinson

RAWATAN PENYAKIT PARKINSON

Ada beberapa rawatan yang boleh diambil jika mengalami penyakit parkinson antaranya

ialah :

Ubat seperti madopar atau sinemet (perlu diambil sebaik penyakit dikesan)

Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan)

Pembedahan rangsangan otak dalaman

Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas

ubat tidak berkesan)

Kaunseling dan sokongan keluarga untuk mengelakkan tekanan

Pengambilan ubat seperti madopar dan sinemet bukan saja penting bagi mengawal

gejala menggeletar, bahkan mampu memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada

pesakit untuk menjalani rutin harian.

Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan lebih cepat menemui ajal kerana komplikasi

lain, termasuk mudah diserang penyakit lain seperti jangkitan paru-paru atau terjatuh

akibat tiada keseimbangan badan.

Kaedah rawatan terbahagi kepada dua, iaitu am dan khusus. Rawatan am termasuk

memberi sokongan moral, fisioterapi (senaman menguatkan otot dan pergerakan badan

yang licin) serta amalan pemakanan seimbang bagi mengekalkan kekuatan otot dan

anggota badan.

Manakala rawatan khusus membabitkan dua jenis pembedahan, iaitu rangsangan otak

dalaman dan pembedahan otak pallidotomy. Pembedahan rangsangan otak dalaman, iaitu

penanaman bateri khas di bawah kulit dada, bertujuan memberi rangsangan kepada otak

melalui elektrod halus yang disambungkan ke dua bahagian di otak, iaitu subthalamic

nucleus (STN) atau globus pallidus interna (GPI) yang terlalu aktif hingga mendatangkan

kesan menggeletar.

Page 10: Folio Parkinson

Aliran elektrik pada satu atau kedua-dua bahagian ini akan membantu

menyembuhkan pesakit daripada gejala secara serta-merta. Pembedahan otak pallidotomy

pula membabitkan sinaran thermal (haba) yang akan mengurangkan keaktifan globus

pallidus interna (GPI).

Bagaimanapun, hanya pesakit yang tenat (sekurang-kurangnya 10 tahun menghidapi

penyakit) dibenarkan menjalani pembedahan kerana mereka berdepan risiko lumpuh,

kejang otot, kebas, buta dan suara menjadi garau selepas pembedahan.

Secara amnya, pembedahan otak hanya perlu jika pesakit masih tidak mampu berjalan

sendiri, walaupun menerima dos ubat yang sangat tinggi, yang biasanya berlaku setelah

sekurang-kurangnya lima tahun, iaitu apabila penyakit sudah melarat. Pada peringkat ini,

risiko pembedahan boleh diterima kerana ubat yang diambil tidak berkesan lagi.

Individu yang suka minum kopi atau teh mempunyai risiko lebih rendah mendapat

Parkinson. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada bukti kukuh untuk mengesahkannya.

Page 11: Folio Parkinson

RUMUSAN

Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari

mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan suami atau isteri adalah orang

pertama menyedari gejala ini.

Punca Parkinson yang dikenali sebagai penyakit orang tua masih belum diketahui secara

tepat tetapi dipercayai ada kaitan rapat dengan keturunan, dan hampir 10 peratus pesakit

mewarisinya daripada keluarga mereka. Manakala 90 peratus lagi masih misteri,

walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun

serangga dan rumpai dalam makanan.

Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh

menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. Adalah penting

untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson

masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.

Page 12: Folio Parkinson

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio pendidikan jasmani ini, saya telah

menggunakan kaedah pemerhatian.Saya telah melihat dan mengkaji perkembangan

pesakit Parkinson dari segi aktiviti yang mereka lakukan dan tingkah laku mereka.

Selain itu, saya telah menggunakan kaedah lisan.Saya telah menemu bual beberapa orang

pesakit Parkinson.Dengan ini, saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit

Parkinson.

Terakhir, saya juga telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah melihat dan

mengambil maklumat daripada internet dan majalah-majalah kesihatan

Page 13: Folio Parkinson

RUJUKAN

http://www.majalahsains.com/2010/11/misteri-penyakit-parkinson/

http://artikel-info-kesehatan.blogspot.com/2009/06/penyakit-parkinson-

parkinsons-disease.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Parkinson

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/PenyakitParkinson.pdf

Page 14: Folio Parkinson

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif berikut :

1. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Penyakit Parkinson.

2. Untuk mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah Penyakit Parkinson.

Page 15: Folio Parkinson

SENARAI KANDUNGAN

Page 16: Folio Parkinson