folio pendidikan agama islam . xd

26
Folio Pendidikan Agama Islam Muhamad Harith Mohd Zaini 2 Efektif Tajuk: Ibadah Guru: Ustaz Hafizzudin .

Upload: muhamad-harith-zaini

Post on 22-Jul-2015

165 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Folio Pendidikan Agama IslamMuhamad Harith Mohd Zaini

2 EfektifTajuk: Ibadah Guru: Ustaz Hafizzudin .

Fardu Kifayah . . .1. Kifayah dari segi bahasa bermaksud mencukupi dan memadai. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar maruf nahi mungkar.

2. Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam. 3. Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

4. Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.

Fardu Ain . .1. Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara: 2. Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:

3.

Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.

4. Mengetahui perkara haram yang qati dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa.

Bersuci Asas Kebersihan . . Tayammum 1 . . Tayammum dari segi bahasa ialah ( sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984:560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267) Maksudnya: "Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. " Dengan pengertian ini juga, penyair berkata: Maksudnya: "Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah." Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)

Tayammum 2 . . Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat.

Manakala Imam pula Syafi'e mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561)

Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum . .

Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.

Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.

Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca al-Quran bagi orang berjunub.

Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammumi. Ketiadaan air v. Dikhuatiri kehilangan harta jika mencari air

ii. Keuzuran untuk menggunakan air iii. Dalam keadaan sakit atau luka iv. Memerlukan air

vi. Keadaan yang sangat sejuk vii. Tiada alat untuk mengambil air viii. Dikhuatiri kehabisan waktu Solat

Rukun-Rukun Tayammum . . 1. Niat i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya. ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu.iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123) iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187)

Rukun kedua . . 2. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu". Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188)

Rukun Ketiga . . 3. Tertib (berurutan): Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)

Wuduk . . Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Dalil Al-Quran tentang Wuduk

Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... - (Surah Al-Maaidah: 6)

Hukum berwuduk . .

Hukum berwuduk adalah:

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361) Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintupintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

WajibKetika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat. Sunat Ketika hendak mandi wajib Hendak membaca al Quran, hadis dan buku Ketika hendak tidur Ketika marah

Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk . . Menghadap ke arah Kiblat. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim". Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'. Berkumur atau bersugi. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali. Menyapu air ke kepala. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata. Menjelai jari-jari tangan dan kaki. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri. Mengulang 3 Kali setiap basuhan. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba. Berjimat ketika menggunakan air. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'. Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Kesempurnaan Wuduk . . Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali Tidak berkata-kata Menghadap kiblat Berniat Membaca basmalah Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan Berkumur Menggosok gigi (bersiwak) Membersihkan hidung Membasuh muka Membasuh tangan hingga ke siku Mengusap sebagian kepala Mengusap kedua telinga; luar dan dalam Membasuh kaki hingga ke buku lali Membaca doa sesudah berwuduk Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at. Tertib (berurutan)

Fardu Wuduk . .

Menurut Mazhab SyafieFardu/Rukun wuduk ada enam:Niat Membasuh muka

Menurut Mazhab HambaliFardu/Rukun wuduk ada tujuh:Niat Membasuh muka

Membasuh kedua tangan hingga ke sikuMenyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali Tertib

Membasuh dua tangan hingga ke sikuMenyapu semua kepala Membasuh dua kaki

TertibBerturut-turut

Batal Wuduk . . Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah: Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur). Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.

Menurut Mazhab Syafie

Menurut Mazhab Hambali Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah: Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur). Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk Makan daging unta Murtad Memandikan mayat Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.

Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.Murtad

Bersuci . . Pengertian bersuci Ertinya Pada Bahasa

Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.Ertinya Pada Syarak Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis. Air mutlak

Alat-alat yang sah untuk bersuci

Tanah yang suciBatu yang suci Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Hukum bersuci

Bahagian air . .Air mutlak

Air mutlak ( )adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya.Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang. Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak: air hujan air laut air sungai air telaga atau perigi air mata air air yang dicairkan dari salji air embun

Ukuran Dua Kolah . . Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa . Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen. Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah. Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

Air muqayyad Air muqayyad ( )pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua: Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar. Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak. Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( " ) almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.

Air musyammas Air musyammas ( )adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air mutanajjis . . Air mutanajjis ))adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah. Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut. Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Air musta'mal . . Air musta'mal))adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu. Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsepnajis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.

Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air yang berubah dan bercampur . . Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".

Berikut adalah cara air yang berubah:Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.

Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya. pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara. pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima. pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur. Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.

Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu: Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak. Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Air Qaid Lazim . . Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham. Contohnya: a. Air Kelapa b. Air Tebu c. Air Mawar d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.