evidens pbs bm - b3

Upload: miszjane

Post on 04-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    1/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    1 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 3 - B3 DL1 E1

    Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat

    ______________________________________________________________________

    Murid-murid bersoal jawab antara mereka berkaitan dengan gambar

    tersebut.

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    2/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    2 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 3 - B3 DL1 E2

    Memberikan maklumbalas tentang sesuatu perkara

    Guru dan murid bersoal jawab berkaitan gambar yang diapaparkan.

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    3/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    3 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 3B3 DB1 E2

    Menyusun is penting

    ____________________________________________________________

    Punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja

    Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan suatu yang luar biasa dalam masyarakat

    hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktoryang mendorong fenomena ini makin terus berleluasa.

    Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh

    ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja

    sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung

    tidak mahu mengambil tahutentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar

    masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-

    anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

    Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulanyang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang

    secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa

    kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.

    Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan

    yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga

    mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga

    merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang

    buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan

    dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.

    Dalam pada itu, tidak dinafikan juga bahawa kemiskinan keluarga turut

    menyumbang kepada kewujudan pelbagai kes remaja ketika ini. Kemiskinan

    memungkinkan seseorang remaja itu melakukan pelbagai bentuk jenayah seperti

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    4/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    4 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    mencuri dan menyamun. Tambahan pula, masyarakat di negara kita juga dikatakan

    kurang memberi perhatian terhadap masalah sosial remaja hari ini. Hubungan yang

    kurang erat antara remaja dengan ahli masyarakat memburukkan keadaan ini lagi

    Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-

    guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para

    pelajar di sekolah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan berkesan

    supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan

    agama haruslah diterapsejak awal pagi, iaitu sejak kecil. Tindakan ini dianggap perlukerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    5/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    5 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    ISI PENTING PUNCA

    PUNCA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

    ISI 1

    ISI 2

    ISI 3

    ISI 4

    ISI 5

    ISI 6

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    6/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    6 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 3

    B3 DB1 E1Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca

    ____________________________________________________________

    CIRI HAIWAN HUTAN

    Haiwan yang mendiami kawasan hutan mempunyai ciri khas bagi memudahkan haiwan

    ini bergerak di celah-celah pokok. Misalnya, burung-burung yang mendiami kawasan

    hutan biasanya mempunyai sayap yang pendek dan lebar. Bentuk sayap yang

    sedemikian membolehkannya berpusing di celah-celah pokok. Burung ini juga

    mempunyai ciri jari yang kuat bagi memudahkannya mencengkam dahan.

    Sesetengah haiwan di kawasan hutan mempunyai lipatan kulit yang boleh

    dikembangkan. Apabila dikembangkan, kulit ini akan berfungsi sebagai kepak yang

    membolehkan haiwan ini melayang dari dahan ke dahan. Contoh haiwan ini ialah cicak

    kubing. Ada pula haiwan yang menjadikan ekornya untuk berpaut pada dahan. Contoh

    haiwan jenis ini ialah monyet. Haiwan hutan memiliki ciri tersendiri bagi

    memudahkannya hidup di kawasan hutan.

    1. Berikan 3 ciri haiwan hutan yang terdapat di dalam petikan.

    2. Baca isi-isi penting.

    NAMA : ____________________________________________________

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    7/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    7 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 3 - B3 DT1 E1Menggunakan kata dan frasa dalam perenggan.

    ____________________________________________________________

    Lengkapkan perenggan berikut dengan kata dan frasa yang sesuai.

    Khairi dan Chee Seng ______1________ kerana dapat menyertai kelab

    komputer sekolah. Mereka baru saja menyertai kelas komputer. Makmal komputer itu

    terletak _____2_________ dengan pejabat sekolah. Saiz makmal itu ______3______.

    Ketika mereka masuk ke dalam makmal komputer, mereka mendapati bilik itu

    _____4_____ dan berbau _____5_______. Para pelajar belajar dengan

    ______6_______. Suasana di dalam makmal itu ______7_______ sekali. Masing-

    masing belajar dengan _____8_______. Khairi dan Chee Seng pelajar yang

    ______9________ membuat semua kerja yang diberikan. Oleh itu, guru komputer

    ________10___________ mengajar mereka. Kini, mereka boleh membantu guru

    komputer menunjuk ajar pelajar yang _______11_________. Pelajar yang diajar oleh

    mereka berasa _____12_______ hati kerana mereka diajarkan dengan berkesan.

    NAMA : ____________________________________________________

    dekat wangi rajin puas senyap besar gembira

    tekun gigih suka bersih lemah

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    8/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    8 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 3 - B3 DT1 E2

    Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan.

    Lengkapkan perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

    Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan suatu yang luar biasa dalam masyarakat

    hari ini. ____________, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai

    faktor yang mendorong fenomena ini makin terus berleluasa.

    Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh

    ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja

    sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung

    tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak,_______________________

    untuk mendengar masalah mereka._______________ pasti menimbulkan rasa bosan,

    sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

    _________________, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul

    dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa

    pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Merekaseharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.

    Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan

    yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga

    hal ini malah selain itu tambahan pula

    apatah lagi dalam pada itu di samping itu dalam hal ini

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b3

    9/9

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    9 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga

    merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang

    buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan

    dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.

    ________________________, tidak dinafikan juga bahawa kemiskinan keluarga

    turut menyumbang kepada kewujudan pelbagai kes remaja ketika ini. Kemiskinan

    memungkinkan seseorang remaja itu melakukan pelbagai bentuk jenayah seperti

    mencuri dan menyamun. ________________________, masyarakat di negara kita juga

    dikatakan kurang memberi perhatian terhadap masalah sosial remaja hari ini.

    Hubungan yang kurang erat antara remaja dengan ahli masyarakat memburukkankeadaan ini lagi

    ______________________,semua pihak harus memainkan peranan masing-

    masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk

    peribadi para pelajar di sekolah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan

    dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk

    melepak.______________________, pendidikan agama haruslah diterap sejak awal

    pagi, iaitu sejak kecil. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar

    penganutnya supaya berkelakuan baik.