evidens bm tingkatan 1

38
KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur BAND 1 PERNYATAAAN STANDARD Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis DESKRIPTOR B1 DL 1 Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah EVIDENS B1 DL1 E1 Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian. AKTIVITI PENTAKSIRAN 1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang. 2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan. 3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang pengisian masa lapang mereka. 4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa lapang. Contoh perbualan: Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang? Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak. Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak? Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran dengan rumah saya. Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda? Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah saya. Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda? Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.

Upload: megatkawi

Post on 11-Aug-2015

171 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur

BAND 1

PERNYATAAAN STANDARD

Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B1 DL 1Berinteraksi  dengan menggunakan perkataan yang mudah

EVIDENS B1 DL1 E1Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang.2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan.3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang pengisian masa lapang mereka.4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa lapang.

Contoh perbualan:Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang?Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak.Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak?Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran dengan rumah                 saya.Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda?Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah saya.Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda?Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.

KEMAHIRAN MEMBACABAND 1PERNYATAAN Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis.

Page 2: Evidens Bm Tingkatan 1

STANDARDDESKRIPTOR B1 DB1

Membaca ayat daripada sesuatu sumber.EVIDENS B1 DB1 E1

Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1.      Guru meminta murid membuka buku teks Antologi Cerpen Kasut

Kelopak Jantung.2.      Guru meminta murid membuka halaman 84, cerpen Kasut Kelopak

Jantung.3.      Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan tersebut secara

bergilir-gilir.4.      Guru membimbing murid yang kurang lancar bacaannya.5.      Ketika murid membaca, guru mengisi Borang Inventori Bacaan.

CONTOH BAHAN BACAAN

“Ahmad tak ada. Dia pergi ke kebun sayur mengambil upah memetik cili. Sebentar lagi dia balik,” kata orang tua itu. “Encik ni siapa?” tambahnya kemudian.            “Saya Cikgu Harun.” Riak wajah wanita itu terus berubah mendengar jawapan itu.            “Jemputlah naik,” pelawa wanita itu. Cikgu Harun dapat meneka bahawa wanita itu ibu Ahmad daripada raut wajahnya.            “Tak apalah! Saya nak jumpa Ahmad,” balas Cikgu Harun.            Tidak lama kemudian Cikgu Harun terpandang kelibat seorang budak lelaki berjalan di celah-celah semak di belakang rumah. Pergerakan budak itu tidak lancar. Cikgu Harun hanya menanti dengan sedikit debaran di dada.            “Ahmad!” sapa Cikgu Harun apabila budak itu hampir dengannya. Ahmad seperti terkejut dengan sapaan dan kehadiran Cikgu Harun. Dia terus sahaja membatukan diri. Cikgu Harun memerhatikan Ahmad dari atas ke bawah. Pandangannya terlekat peda kaki Ahmad. Kelopak jantung pisang yang sudah berjurai-jurai masih terlekat pada kaki budak lurus itu.

“Kenapa tak buka kelopak jantung ini?” tanya Cikgu Harun pantas. Perasaannya mula tersentuh. Dia tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak murid yang selalu menganggu perhatiannya itu.            “Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru, jawab Ahmad terkebil-kebil. Jemari halus kelihatan kemerah-merahan, barangkali bekas keperitan bekerja memetik cili api di kebun sayur berdekatan.            Air mata Cikgu Harun gugur tanpa disedari. Dia terus sahaja menghidupkan enjin motosikalnya. Dia melalui denai-denai sempit menuju ke arah pekan berdekatan. Di pekan itu, dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.            Kemudian, Cikgu Harun bergegas pulang. Dia terus  ke hujung kampung. Dia menyerahkan beg plastik berisi pakaian sekolah itu kepada Ahmad. Ahmad tetap dengan caranya berhadapan dengan guru darjahnya itu, diam dan terkebil-kebil.

Page 3: Evidens Bm Tingkatan 1

                 (Antologi Kasut Kelopak Jantung, halaman

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 1PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan,dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B1DT1Menulis ayat mudah.

EVIDENS B1DT1E1Menulis ayat mudah dengan bimbingan (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)

AKTIVITIPENTAKSIRAN

1.       Guru menunjukkan contoh-contoh ayat mudah bagi keempat-empat pola ayat (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)

2.       Guru meminta murid menulis ayat mudah dengan melengkapkan tugasan yang disediakan.

B1DT1E1 (Aras 1)

FN FN/FK/FA/FSNSayaHarimau ituPemuda ituAdik

Ke Kota Kinabalu.jurutera.membaca buku.garang.

Lengkapkan pola ayat di bawah berdasarkan padanan ayat di atas.

1.        FN + FN____________________________ .

2.       FN + FK____________________________.

3.       FN + FA____________________________ .

Page 4: Evidens Bm Tingkatan 1

4.        FN + FSN____________________________ .

B1DT1E1 ( Aras 2)

Lengkapkan ayat-aat berikut dengan menggunakan pola ayat dasar yang berikut.

                FN + FN1.        Puan Salmah _______________ .

FN + FK2.       Murid-murid itu ______________ .

FN + FA3.       ______________  besar.

FN + FSN4.       _______________ dari  Sabah.

B1DT1E1 (Aras 3)

Bina ayat mudah berdasrkan pola ayat di bawah.

              FN + FN1.        _______________________________________ .

FN + FK2.       _______________________________________ .

FN + FA3.       _______________________________________ .

FN + FSN4.       _______________________________________ .

WEDNESDAY, 25 APRIL 2012

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 2

Page 5: Evidens Bm Tingkatan 1

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B2 DL1Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks.

EVIDENS B2 DL1 E1Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1. Guru meminta seorang murid untuk membaca petikan Bersantai di Taman Rekreasi Menara Berkembar Petronas (Buku Teks Tingkatan 1 halaman 62).2. Beberapa orang murid diminta untuk memberikan maksud perkataan atau frasa yang telah digariskan.

Contoh  petikan :

Bersantai di Taman Rekreasi Menara Berkembar Petronas

     Encik Kamaruzaman memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Noradila dan abangnya Khairi keluar dari perut kereta. Ibu mereka masihmengemas sesuatu di dalam kereta.    “Wah, tingginya air pancut tu, ayah! Kata Noradila sambil menunjuk ke arah air pancut. Ayah mengangguk.     “Ibu, cepatlah sikit,” gesa Noradila, yang tidak sabar-sabar hendak ke taman.    Ibu keluar dari perut kereta dengan membimbit beg pakaian. Khairimembantu   ibu membawa beg.    “Bagaimanakah air pancut itu boleh memancut tinggi,ayah?” tanya Khairi sambil berjalan bersama-sama dengan keluarganya ke taman.    “Air itu dipancutkan ke atas dengan menggunakan motor yang digerakkan oleh kuasa elektrik, “ jelas ayah.    Khairi mengangguk. Mereka telah sampai di tempat mandi. Khairi dan Noradila ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.    “Sila tanggalkan kasut anda!” Kata suara pengawal keselamatanmengarahkan beberapa lelaki yang memakai kasut ke gigi air untuk mendapatkan anak masing-masing.

Memberikan maksud perkataan/frasa berdasarkan petikan: 1. perut kereta                     4. Bilik persalinan2. mengemas                       5. Pengawal keselamatan3. membantu                       6. gigi air

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND 2PERNYATAAN STANDARD Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-

Page 6: Evidens Bm Tingkatan 1

dituturkan, dibaca dan ditulisDESKRIPTOR B2 DL1

Mendengar dan memahami sesuatu perkaraEVIDENS B2 DL1 E2

Menceritakan perkara yang didengarAKTIVITI PENTAKSIRAN 1. Guru memilih tiga orang pelajar untuk

melakonkan perbualan tentang cita-cita masing-masing.

2. Guru meminta murid menceritakan perkara yang didengar oleh mereka.

3. Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi membantu pelajar untuk menjawab secara lisan.

     4.   Pelajar menyatakan cita-cita              masing-masing dan memberi sebab             mereka memilih cita-cita tersebut

 Contoh perbualan:

MOHAN  :Saya bercita-cita menjadi pegawai polis apabila                   dewasa kelak. Saya berpendapat kerjaya kepolisan                      sangat sesuai dengan jiwa saya. Polis bertugas                  menjaga ketenteraman masyarakat dengan                   menguatkuasakan undang-undang.

KEVIN     : Saya lebih berminat menjadi tentera. Kerjaya                  ketenteraan lebih mencabar. Tentera mempertahan                   negara daripada serangan musuh dari dalam dan luar .

KHAIRI   : Sebenarnya, kerjaya polis atau askar semuanya                 bagus. Yang penting, kita mestilah menjalankan                 tanggungjawab dengan penuh dedikasi.Contoh soalan lisan:

1. Apakah cita-cita Mohan dan Kevin?

2. Mengapakah mereka memilih cita-cita tersebut?

3. Nyatakan cita-cita anda dan berikan sebab anda memilih cita-cita tersebut.

Page 7: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MENULISBANDPERNYATAAN STANDARD Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-

dituturkan, dibaca dan ditulisDESKRIPTOR B2DT1

Menulis jawapan pemahamanEVIDENS B2DT1E1

Menjawab soalan pemahaman secara bertulis dengan menggunakan ayat yang gramatis

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Guru mengedarkan petikan dan meminta pelajar membaca petikan tersebut untuk mengenal pasti isi isi penting

2. Pelajar menulis isi isi penting yang dikenal pasti

Contoh Petikan:Tarian Kaum Melanau          Etnik Melanau kaya dengan pelbagai tarian. Antara tarian yang popular ialah tarian mengarang, mengalai dan igal. Setiap tarian itu mempunyai maksud yang tertentu. Tarian-tarian ini juga memperlihatkan keperibadian masyarakat Melanau.          Tarian mengarang amat popular dalam kalangan masyarakat Melanau. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan secara berpasangan. Tarian ini mengisahkan masyarakat Melanau sedang menuai padi dan melakukan kerja memproses padi. Para penari akan beraksi seperti orang menuai, menumbuk dan menampi. Selain itu, tarian mengarang menggambarkan masyarakat Melanau menyagat sagu dan dipersembahkan pada hari perayaan dan majlis perkahwinan.

Contoh Soalan Pemahaman:

1. Apakah tarian yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau?

2. Nyatakan tujuan tarian-tarian tersebut dipersembahkan?

3. Bagaimanakah tarian mengarang ini ditarikan?

4. Bilakah tarian ini sering dipersembahkan?

WEDNESDAY, 25 APRIL 2012

INSTRUMEN BAND 3

Page 8: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND 3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B3 DL1Bersoal jawab tentang sesuatu perkara

EVIDENS B3 DL1 E1Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.    Guru meminta murid-murid untuk meneliti gambar yang disediakan.2.    Murid-murid bersoal jawab antara mereka berkaitan dengan gambar

tersebut.

Contoh Gambar :

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B3 DB1Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

EVIDENS B3 DB1 E1Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.    Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut.

2.    Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.

3.    Murid-murid membaca isi-isi penting.

Contoh Petikan  ;Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di

Page 9: Evidens Bm Tingkatan 1

dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara  punca berlakunya kes pembuangan bayi.Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untukmenjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B3 DB1Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi  penting.

EVIDENS B3 DB1 E2Menyusun  isi penting.

Page 10: Evidens Bm Tingkatan 1

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.    Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan tersebut.

2.    Murid-murid  diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.

3.    Murid-murid menyusun  isi .

Contoh Petikan  :Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras.Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya.Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga boleh memporak-porandakan sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah keluarga itu ada pemabuk.Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan wang. Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup dengan sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol.  Seterusnya, masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat diatasi.

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Page 11: Evidens Bm Tingkatan 1

DESKRIPTOR B3 DT1Menulis  ayat dalam perenggan.

EVIDENS B3 DT1 E1Menggunakan kata dan frasa dalam  perenggan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.    Guru membaca petikan2.    Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan

menggunakan kata dan frasa yang sesuai.

Contoh  Perenggan : ISTANA MENANTI (BAB 1)

        Di rumah Tuk Ngah di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Tuk Ngah __________________ dengan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tentang istana lama yang bernama ___________________. Istana lama itu bukan sahaja menjadi bahan peninggalan sejarah yang cukup bernilai, malah istana ini banyak menyimpan cerita dari dahulu hingga sekarang. Menurut Tuk Ngah, Istana Menanti _____________  oleh tukang-tukang yang mahir ____________ Pagar Ruyung , Sumatera. Istana itu juga kononnya berpuaka dan dihuni oleh ______________ yang bernama bunian. Pada zaman dahulu, istana lama ini menjadi tempat ______________ para pejuang Melayu ketika menentang Jepun dan  _____________ . Oleh sebab itulah, Istana Menanti dibina di puncak gunung iaitu di puncak  __________________.

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 3

PERNYATAAN STANDARD

Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTORB3 DT1Menulis  ayat dalam perenggan.

EVIDENS B3 DT1 E1Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1.    Guru mengedarkan petikan2.    Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan

menggunakan penanda wacana yang sesuai

Contoh  Perenggan :        Bergotong- royong dapat memberi banyak kebaikan kepada masyarakat. ______________ dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. _________________ aktiviti ini juga merupakan aktiviti riadah beramai-ramai serta mampu melahirkan sikap hormat-

Page 12: Evidens Bm Tingkatan 1

menghormati golongan muda terhadap golongan tua._________________ bergotong-royong juga menjadikan persekitaran lebih bersih dan selamat dari serangan wabak penyakit. _____________________, masyarakat diseru agar bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti ini.

WEDNESDAY, 25 APRIL 2012

INSTRUMEN BAND 4

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURBAND 4PERNYATAAN STANDARD

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B4 DL1Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi

EVIDENS B4 DL1 E1Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan       Petikan kemalangan jalan raya

Langkah Pentaksiran       Guru mengemukakan satu isu untuk dibincang.       Guru minta pandangan murid tentang isu tersebut

(cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya)       Murid berbincang dalam kumpulan tentang isu cara

mengurangkan kadar kemalangan jalan raya       Pelapor setiap kumpulan akan membentangkan hasil

perbincangan.pelajar lain diminta memberi respons terhadap laporan rakan.

       Penilaian lisan kepada pelapor dari setiap kumpulan dan pelajar yang memberi respons.

ITEM CONTOH Faktor kemalangan jalan raya    Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap tahun. Kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja. Kebiasaannya kemalangan kerap berlaku

Page 13: Evidens Bm Tingkatan 1

pada musim-musim perayaan. Kemalangan jalan raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang acap kali membawa kematian dan kecacatan kepada sebilangan pengguna jalan raya di negara kita.

Tragedi ini berpunca daripada beberapa faktor. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya walaupun undang-undang ditetapkan. Sebagai contoh, penggguna jalan raya tidak mematuhi peraturan had laju. Selain itu, sesetengah pengguna jalan raya tidak mematuhi lampu isyarat kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.

Seterusnya, sikap pengguna yang tidak berhati-hati juga menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Pemandu seharusnya menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Malangnya, terdapat ramai pemandu yang tidak menumpukan perhatian samasa memandu. Contohnya, ada antara mereka yang menggunakan telefon bimbit atau berbual-bual semasa memandu dan kebanyakan mereka juga tidak mematuhi papan tanda. Mereka juga tidak berfikir bahawa pengubalan peraturan dan undang-undang jalan raya adalah untuk keselamatan mereka.

Selain itu, hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini mementingkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain semasa memandu. Mereka memandu dengan laju dan memotong sesuka hati tanpa memirkirkan akibatnya. Contohnya, semasa kesesakan jalan raya ada pengguna yang memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang. Kesannya, kesesakan jalan raya semakin bertambah dan perselisihan faham antara penggguna jalan raya akan berlaku.

Pengguna yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan juga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, kebanyakan remaja yang melakukan aktiviti berlumba haram. Golongan ini tidak menghargai nyawa sendiri dan boleh mengancam nyawa orang lain. Seterusnya, sikap pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa juga turut menyumbang berlakunya kemalangan jalan raya. Lumrahnya, pemandu kendaraan awam dan pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori akan bersikap sedemikian. Terdapat pemandu yang menukar laluan sesuka hati, memotong dan menghimpit kenderaan lain. sikap kasar dan tidak bertimbang rasa ini perlu dihindar untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Oleh itu, semua pengguna perlulah mengubah sikap mereka untuk menjamin keselama tan diri sendiri dan orang lain. Akhir sekali , pengguna diseru agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya bak kata pepatah "biar lambat asal selamat"           

Page 14: Evidens Bm Tingkatan 1

Kad Inventori Lisan/Perbincangan

Bil Soalan1 Adakah murid memahami tajuk yang dibincangkan2 Adakah murid dapat mengemukakan hujah/ pendapat

dengan logik3 Adakah murid dapat memberikan contoh yang sesuai

untuk menyokong hujah4 Adakah murid memberikan respon secara tertib dan

bersopan?(misalnya perkenalkan diri,memberi salam meminta izin dan bertutur dengan sopan)

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 4

PERNYATAAN STANDARD

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis .

DESKRIPTOR B4 DB1:Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan

EVIDENS B4 DB1 E1:Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan        Sajak daripada Antologi Kasut Kelopak Jantung

Langkah Pentaksiran        Murid dikehendaki merujuk muka surat 19 petikan sajak

(Kian Kita Lupa) Kasut Kelopak Jantung.        Murid diminta untuk mendeklamasikan sajak tersebut.        Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid

menulis jawapan secara spontan mengikut masa yang ditetapkan.

CONTOH ITEM1.    Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang anda

perolehi daripada sajak tersebut?2.    Pada pendapat anda, mengapakah kita sering lupa diri

apabila berjaya?

(Rujuk sajak Kian Kita Lupa dalam  buku Kasut Kelopak Jantung m.s. 19)

Page 15: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MEMBACABAND 4PERNYATAAN STANDARD

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B4 DB1Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan

EVIDENS B4 DB1 E1Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan        Petikan daripada buku teks Unit 7 : Wira Bangsa

Langkah Pentaksiran:        Murid merujuk muka surat 47 buku teks Unit 7 : Wira Bangsa        Murid membaca petikan yang dirujuk mengikut masa yang

ditetapkan.        Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid

menulis jawapan secara spontan mengikut masa yang ditetapkan.

CONTOH ITEM 1. Pada pendapat anda, mengapakah Mohamad Akib meninggal dunia?

2. Pada pendapat anda, apakah manfaat kita mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah?

(rujuk petikan buku teks m.s.47)

KEMAHIRAN MENULISBAND 4

PERNYATAAN STANDARD

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis .

DESKRIPTOR B4 DT1:Menulis  dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.

Page 16: Evidens Bm Tingkatan 1

EVIDENS B4 DT1 E1:Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Langkah Pentaksiran       Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan untuk menulis

kerangka  karangan berdasarkan tajuk yang diberikan       Murid  diminta menulis kerangka karangan masing-masing.

CONTOH ITEM

Contoh kerangka karangan:Karangan perlu mengandungi tiga perkara iaitu:

1)    PENDAHULUAN2)     ISI3)     KESIMPULAN

Tajuk: Huraikan kebaikan menyertai pasukan unit beruniform di peringkat sekolah.  Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pendahuluan:Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori – pasukan unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan.

Isi – isi penting:

a)    Meningkatan kecergasan dan kecerdasan.b)    Dapat mendisiplinkan diri- dapat dilihat melalui aktiviti berkawad- aktiviti

perkhemahan membentuk jati diri.c)    Mendapat kemahiran tertentu- boleh digunakan semasa kecemasan-

terutamanya kemahiran dalam PBSM- aktiviti perkhemahan, pelajar mendapat kemahiran ikhtiar hidup.

Kesimpulan:Murid harus menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Page 17: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 4

PERNYATAAN STANDARD

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis .

DESKRIPTOR B4 DT1:Menulis  dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.

EVIDENS B4 DT1 E2:Menulis  idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan: Contoh satu perenggan yang lengkap (idea utama dan idea               sokongan)Langkah Pentaksiran

       Guru mengemukakan contoh  perenggan karangan yang lengkap.       Guru meminta murid menulis satu perenggan isi penting yang

mengandungi idea utama dan idea sokongan.

CONTOH ITEM

Pembinaan idea utama dan idea sokongan:1)    Idea utama:

Menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat membina kecergasan dan kecerdasan.Menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat mendisiplinkan diri.

2)    Idea sokongan:Misalnya, melalui aktiviti berkawad dan perkhemahan, pelajar diajar mengikut arahan, bekerjasama, berdikari dan berkeyakinan diri. 3)   Kesimpulan kecil:    Disiplin ini akan membentuk jati diri pelajar.Perenggan yang lengkap:Menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat mendisiplinkan diri. Misalnya, melalui aktiviti berkawad dan perkhemahan, pelajar diajar mengikut arahan, bekerjasama, berdikari dan berkeyakinan diri.  Oleh itu, disiplin ini akan membentuk jati diri pelajar.

Page 18: Evidens Bm Tingkatan 1

WEDNESDAY, 25 APRIL 2012

INSTRUMEN BAND 5

KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTURBAND 5PERNYATAAN STANDARD

Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B5 DL1Menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara

EVIDENS B5 DL1 E1Mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan: (m/s teks 205)  Mengemukakan pandangan tentang cara terbaik untuk

memenuhkan masa cuti persekolahan.Langkah pentaksiran:

  Guru bertanyakan tentang rancangan murid-murid pada cuti sekolah.

  Guru meminta murid menyatakan pendapat masing-masing tentang aktiviti yang akan mereka lakukan.

  Murid secara bergilir-gilir mengemukan pandangan masing-masing tentang aktiviti mereka.

CONTOH ITEM Rujuk m/s 205 buku teks.CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN

BIL Soalan √/ X1 Adakah murid itu memahami tajuk

yang dibincangkan?2 Adakah murid itu mengemukan

pandangan secara logik?3 Adakah murid itu memberikan

contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan?

5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

Page 19: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MEMBACABAND 5PERNYATAAN DESKRIPTOR

Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B5 DB1Membaca dan mengolah maklumat.

EVIDENS B5 DB1 E1Membaca secara ekstensif untuk mendapatkan maklumat(konsep bacaan ekstensif: perlu ada lebih daripada satu bahan. Bahan pertama ialah petikan asal. Bahan kedua dan seterusnya dianggap bacaan luas iaitu untuk menambahkan isi bagi bahan bacaan yang pertama.)

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan:  Buku teks m/s 107.

Langkah pentaksiran:  Murid membaca petikan dan menyenaraikan isi penting dalam

bentuk kerangka isi.  Murid membuat bacaan ekstensif atau membuat rujukan daripada

buku teks m/s 107.  Murid menyenaraikan isi penting daripada bahan bacaan

ekstensif dan menambah maklumat baru daripada bacaan ke dalam kerangka isi.

CONTOH ITEM Buku teks m/s 107.CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN

BIL Soalan √/ X1 Adakah murid itu memahami isi

kandungan bahan yang dibacakan?2 Adakah murid itu dapat

menyenaraikan isi penting daripada bahan yang dibaca?

3 Adakah murid itu boleh mengemukakan isi – isi yang baru selain daripada teks?

4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan?

5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

Page 20: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MEMBACABAND 5PERNYATAAN STANDARD

Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B5 DB1Membaca dan mengolah maklumat

EVIDENS B5 DB1 E2Menghuraikan maklumat daripada bahan yang dibaca secara logik untuk membuat inferens.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan:  Buku teks m/s 107.

Langkah pentaksiran:  Murid membaca petikan daripada buku teks.  Murid membuat kesimpulan berdasarkan bahan yang dibaca.

CONTOH ITEM Rujuk m/s 107 buku teks.

Page 21: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MENULISBAND 5PERNYATAAN STANDARD

Memproses dan menyampaikan maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B5 DT1Mengolah maklumat secara bertulis

EVIDENS B5 DT1 E1Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis.l

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan: (m/s teks 114)  Menulis karangan berbentuk syarahan

Langkah pentaksiran:  Murid meneliti dan memahami isi yang dibicangkan.  Murid menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting

yang telah dibincangkan dalam tempoh masa yang ditentukan.CONTOH ITEM Anda telah dijemput untuk menyampaikan syarahan tentang

penjagaan alam sekitar. Tulis teks syarahan tentang penjagaan alam sekitar untuk mengekalkan keadaan semula jadinya.

WEDNESDAY, 25 APRIL 2012

INSTRUMEN BAND 6  

INSTRUMEN STANDARD PRESTASIBAHASA MALAYSIA TINGKATAN 1

BAND 6

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B6 DL1Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional

EVIDENS B6 DL1 E1Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

BAHAN

Page 22: Evidens Bm Tingkatan 1

AKTIVITI PENTAKSIRAN

       Bahan Rangsangan / Gambar

1.      Guru meminta murid melihat kepada contoh-contoh tempat menarik.2.      Guru meminta murid menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di

Sarawak / di bandar yang mereka diami.3.      Guru mengemukakan beberapa soalan  sebagai rangsangan bagi membantu

murid untuk menjawab secara lisan.4.      Guru meminta pelajar menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di

Sarawak / di bandar yang telah mereka lawati.5.      Murid diminta untuk menghuraikan dan membandingkan daya tarikan di

tempat menarik yang mereka lawati.

Contoh soalan rangsangan:1.      Ceritakan apa yang anda lihat di tempat menarik tersebut?2.      Adakah  daya tarikan tersebut terdapat di tempat lain?3.      Apakah  perbezaannya dengan tempat lain?4.      Mengapakah tempat tersebut menarik bagi anda?

CONTOH ITEM

CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN

 

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

BIL Soalan √  /  X

1 Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2 Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat  secara logik?

3 Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  lain-lain).

5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

Page 23: Evidens Bm Tingkatan 1

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B6 DL1Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional

EVIDENS B6 DL1 E2Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

BAHAN       Teks perbualan

1.      Guru meminta empat orang murid untuk melakonkan teks perbualan dihadapan kelas.

2.      Murid berbincang dalam kumpulan untuk mencadangkan cara-cara memperindah kawasan  sekolah.

3.      Wakil murid daripada setiap kumpulan untuk membentangkan  hasil perbincangan kumpulan mereka.

4.      Wakil murid daripada kumpulan lain diminta memberikan komen terhadap pendapat yang dikemukakan oleh rakan mereka.

CONTOH ITEM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 : MUKA SURAT 2

BIL Soalan √  /  X

1 Adakah murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?

2 Adakah murid itu mengemukakan hujah /pendapat  secara logik?

3 Adakah murid itu memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?

4 Adakah murid itu memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  lain-lain).

5 Adakah murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?

Page 24: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B6 DB1Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan

EVIDENS B6 DB1 E1Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan:•      Teks Dialog

Langkah Pentaksiran: Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 2.

 Murid menjawab soalan guru tentang teks dialog tersebut

 Berdasarkan teks dialog tersebut, murid membuat ramalan tentang kesan buruk jika kebersihan dan keceriaan sekolah tidak dijaga.

CONTOH ITEM Ref: Teks Dialog, ms 2, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Khairi:   Syukurlah kita berada dalam tingakatan yang sama.            Mudah-mudahan kita dapat saling membantu, bagai aur   dengan tebing.

Kevin:   Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudah-            mudahan kita dapat mengikuti pelajaran dengan lebih    baik.

Mohan:  Luas sungguh kawasan sekolah kita.. Tentu ada banyak      kemudahan.

Khairi:   Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal    komputer, makmal sains dan kedai koperasi.

Syafiq:   Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas   menghijau. Pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah pula menambahi keindahan persekitaran sekolah  kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah kita.

Kevin:   Taman sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba, taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan enam ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas.

Khairi:   Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam    itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin dan tilapia.

Mohan:  Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita bersama-sama.

Khairi:   Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu.

Page 25: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MEMBACA

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR B6 DB1Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan

EVIDENS B6 DB1 E2Menilai dan memberikan pendapat tentang bahan yang dibaca

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Bahan:•      Teks dialog

Langkah Pentaksiran: Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks  Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 9.

Murid diminta menjelaskan kebaikan berbelanja secara berhemat.

Murid diminta menjelaskan kesan berbelanja secara tidak berhemat.

CONTOH ITEM Rujukan: Teks Dialog, ms 9, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

SYAHIDA :     Helo, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Shin Yee?SHIN YEE :     Shin Yee di sini, Syahidakah itu?SYAHIDA :     Ya, saya. Bagaimana awak tahu saya yang bercakap?SHIN YEE :     Mustahil saya tidak mengenali  suara rakan karib saya. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?SYAHIDA :     Saya hendak mengajak awak ke sekolah awal sedikit kerana saya hendak meminta awak menemani saya ke                           kedai koperasi sekolah.SHIN YEE :     Oh, begitu! Baiklah, nanti saya akan meminta kebenaran daripada ibu saya untuk keluar lebih awal. Apakah yang                            hendak awak beli di kedai koperasi sekolah?SYAHIDA :     Saya hendak membeli buku rampaian, fail dan alat tulis.SHIN YEE ;     Mengapa tidak beli di kedai di belakang rumah kita sahaja?SYAHIDA :     Banyak faedah jika kita berbelanja di kedai koperasi sekolah. Harga barang di sana lebih murah. Tambahan                           pula,  kita ahli koperasi. Sebaik-baiknya kita memberikan                           sokongan kepada kedai koperasi sekolah kita.SHIN YEE :     Betul kata awak. Kita pun membayar yuran keahlilan koperasi sekolah. Baiklah, kita pergi bersama-sama. Saya                          

Page 26: Evidens Bm Tingkatan 1

juga mahu membeli lencana sekolah dan baju sukan.SYAHIDA :     Baiklah Shin Yee, saya akan ke rumah awak sebentar lagi. Terima kasih.SHIN YEE :     Terima kasih kembali.

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B6 DT 1:Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

EVIDENSB6 DT1 E1:Menghasilkan  puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

BahanPantun Empat Kerat Agama(Antologi Kasut Kelopak Jantung: hlm 6)

Langkah Pentaksiran       Guru menyuruh murid membaca teks pantun dan mencari ungkapan

yang menarik dalam pantun tersebut.       Guru meminta murid menulis ungkapan-ungkapan menarik yang

terdapat dalam pantun di papan tulis.       Guru meminta murid membina ungkapan menarik berdasarkan

contoh yang telah disenaraikan.       Guru menyuruh murid menghasilkan sekurang-kurangnya tiga

rangkap pantun empat kerat bertemakan alam semula jadi menggunakan ungkapan menarik yang telah dibina.

       Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun yang ditulis.

       Murid-murid lain diminta memberikan komen.

CONTOHITEM

Contoh Kad Inventori Pantun:

Page 27: Evidens Bm Tingkatan 1

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B6 DT 1:Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

EVIDENSB6 DT1 E2:Menghasilkan  prosa yang boleh dijadikan contoh.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan

CONTOHITEM

Contoh Penulisan Karangan

            Kita kerap membaca berita tentang keruntuhan akhlak remaja yang disiarkan dalam akhbar-akhbar utama. Berita ini amat membimbangkan kita kerana remaja merupakan aset negara pada masa depan. Keruntuhan akhlak remaja ini disebabkan oleh beberapa punca yang tertentu.            Remaja yang runtuh akhlak lazimnya kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja. Oleh itu, mereka tidak memberikan perhatian terhadap anak-anak. Akibatnya, anak-anak yang terbiar ini bercampur serta

BIL Soalan √  /  X

1 Rima pantun menepati abab.

2 4 – 5 patah kata sebaris.

3 8 – 12 suku kata sebaris.

4 Pembahagian pembayang dan maksud pantun jelas.

5 Sekurang-kurangnya 2 unsur gaya bahasa seperti asonansi, aliterasi, simile, anafora, dan sebagainya.

6 Ada ungkapan yang menarik.

7 Mengandungi nilai dan pengajaran.

Page 28: Evidens Bm Tingkatan 1

terpengaruh dengan budak-budak nakal dan akhirnya menjadi liar.            Punca lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh media massa. Kini, terdapat majalah dan laman web yang menyiarkan bahan-bahan lucah. Jika tidak dikawal, remaja akan terpengaruh dan cenderung meakukan perbuatan yang tidak bermoral.            Selain itu, jawatankuasa belia dan penduduk kurang menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk remaja, misalnya aktiviti silat, kompang dan sebagainya. Oleh sebab tiada aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa, mereka lebih cenderung terlibat dengan aktiviti negatif.            Terdapat juga remaja yang runtuh akhlaknya kerana desakan hidup. Wang mereka tidak mencukupi kerana keluarga mereka miskin. Walau bagaimanapun, mereka ingin memenuhi keperluan hidup seperti remaja lain, misalnya memakai kasut yang mahal dan memiliki telefon bimbit. Untuk memenuhi keperluan ini, mereka mudah terlibat dalam kegiatan mencuri dan merompak.            Semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung salah laku dalam kalangan remaja. Para remaja perlu dibimbing agar mereka melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana remaja menjadi tonggak kejayaan negara pada masa depan.           

KEMAHIRAN MENULIS

BAND 6

PERNYATAAN STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR B6 DT 2:Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.

EVIDENSB6 DT2 E1:Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.

AKTIVITIPENTAKSIRAN

Bahan       Hasil penulisan murid.

            Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata

Page 29: Evidens Bm Tingkatan 1

tentang susunan buku-buku yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan untuk kita.            Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan.            Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.            Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.            Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.

Langkah Pentaksiran

       Murid membaca karangan yang disediakan       Murid diminta mengenal pasti dan membetulkan kesalahan yang

terdapat dalam karangan tersebut.

CONTOH ITEM

Contoh senarai semak perkara yang disunting :

1.    Ejaan2.    Tanda baca3.    Penanda wacana4.    Kosa kata5.    Pengimbuhan6.    Ayat

Jawapan:Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata tentang susunan buku-buku (buku) yang cantik dan kemas. Terbayang juga rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua kemudahan di sediakan (disediakan) untuk kita.            Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu. Hasil

Page 30: Evidens Bm Tingkatan 1

pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan. Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan pengetahuan.            Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.            Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah, mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuh-rendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam hati.            Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia, bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.