esemen pendidikan jasmani pergerakan asas

16

Click here to load reader

Upload: syafiqah-mohamed-noor

Post on 02-Jul-2015

479 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana

dengan berkat dan keizinan dariNYa dapat saya menyiapkan tugasan kertas kerja

Pergerakan Asas ini dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah matapelajaran iaitu

Miss Teng Siew Lian kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang saya

menyiapkan tugasan ini. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi benar – benar

membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan yang banyak

membantu saya dengan berkongsi maklumat dan input mengenai pergerakan asas ini.

Selain itu, terima kasih juga ditujukan kepada Nurul Husna Ab. Rahman kerana

membantu saya dalam mengambil gambar – gambar pergerakan untuk dimuatkan ke

dalam kertas kerja ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa

saya iaitu Encik Mohamed Noor bin Endil dan Puan Rohaiyati bt Aminullah kerana

banyak memberikan dorongan dan motivasi untuk saya menyiapkan tugasan ini. Terima

kasih juga ditujukan kepada mereka kerana saban waktu tidak pernah jemu mendoakan

kejayaan saya.

Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga

kepada semua insan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam

menyempurnakan tugasan kertas kerja pergerakan asas ini. Sokongan dan dorongan

yang diberikan sangat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

~~ Anis Syafiqah binti Mohamed Noor ~~

Page 2: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

1.0 TAJUK

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN ALATAN.

2.0 PENGENALAN

Pergerakan asas merupakan salah satu kemahiran yang penting di dalam Pendidikan

Jasmani. Oleh hal yang demikian, pergerakan asas ini diajar kepada murid – murid

sejak di sekolah rendah lagi supaya murid – murid tersebut dapat belajar untuk

mengawal pergerakan – pergerakan badan mereka dengan baik semasa melakukan

pergerakan lokomotor, bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Ini disokong oleh

Susan Capel; 1986,yang mentakrifkan pergerakan asas sebagai aktiviti yang dihasilkan

oleh perlaku untuk menguji kebolehan perlaku mengawal pergerakan – pergerakan

badan. Selain itu, menurut Gallahue,D.L.,1996;Gabbard,C.,LeBlanc, B. & Lowy,

S.,1994; Burton, 1977 dalam Wee Eng Hoe (2005), iaitu pakar – pakar dalam

pendidikan jasmani telah membahagikan pergerakan asas ini kepada tiga pergerakan

iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.

GAMBAR 1: PERGERAKAN ASAS

PERGERAKAN ASAS

PERGERAKAN

LOKOMOTOR

PERGERAKAN

MANIPULATIF

PEGERAKAN BUKAN

LOKOMOTOR

Page 3: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

2.1 KONSEP PERGERAKAN

Konsep pergerakan terbahagi kepada :

Kesedaran tubuh badan

Kesedaran tubuh badan melibatkan apa yang mampu badan buat.

Kesedaran ruang

Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras, laluan dan ekstensi.

Lokasi terbahagi kepada ruang diri dan ruang am. Ruang diri merupakan

ruang setempat iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian

tubuh badan seseorang individu. Manakala, ruang am pula ialah

kawasan yang digunakan sepenuhnya oleh individu semasa melakukan

pergerakan.

Arah terbahagi kepada arah atas – bawah , kiri – kanan dan depan –

belakang.

Laluan pula meliputi laluan yang dilalui oleh seseorang individu seperti

lurus, melengkung dan zig zag.

Ekstensi pula meliputi pergerakan yang menggunakan ruang seperti

besar – kecil dan jauh – dekat.

Kualiti pergerakan

Kualiti pergerakan merupakan bagaimana seseorang individu itu bergerak.

Daya iaitu berat atau ringan.

Masa iaitu cepat ata lambat.

Aliran iaitu aliran bebas atau aliran terikat.

Perhubungan

Perhubungan melibatkan perhubungan dengan objek dan manusia.

Objek : keliling – sisi , atas – bawah , dekat – jauh.

Manusia : solo, berpasangan dan berkumpulan.

Page 4: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

2.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR

Menurut Wee Eng Hoe, (2005) pergerakan lokomotor merupakan pergerakan

dari satu tempat ke satu tempat yang lain di mana dasar menyokong pelaku pergerakan

berubah mengikut pergerakan.

Pergerakan lokomotor ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu lokomotor

Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata.

2.2.1 JENIS – JENIS PERGERAKAN LOKOMOTOR

GAMBAR 2 : JENIS – JENIS PERGERAKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN RITMA SEKATA

Berjalan

Berlari

Melompat

Melompat sebelah kaki

(hop)

Melonjak ( leap)

PERGERAKAN RITMA TIDAK

SEKATA

Mengelongsor

Gallop

Skip

Page 5: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

2.2.2 CONTOH – CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

Berjalan

Berjalan langkah panjang

Berjalan langkah pendek

Berjalan langkah besar

Berlari

Berlari tendang belakang

Berlari tending depan

Ketinting ( Hop )

Ketinting sebelah kaki

Ketinting tukar kaki ( dua kaki kanan, dua kaki kiri )

Skip

Skip berlari

Skip lompat

Mengguling

Guling sisi

Guling depan

Guling balak

Galop

Galop berlari

Galop lutut tinggi

Do – si – do

Berjalan ke depan empat langkah dan undur empat langkah

Memanjat

Memanjat tangga

Memanjat peti lombol

Merangkak

Merangkak lutut sentuh lantai

Merangkak lutut jauh dari lantai.

Page 6: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

2.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan yang statik atau dalam keadaan

tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor ini

memberi penekanan kepada keseimbangan iaitu keupayaan menggerakan bahagian

tubuh badan tanpa beralih tempat . Selain itu, menurut Wee Eng Hoe (2005), pergerakan

lokomotor ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku

pergerakan.

2.3.1 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR MENURUT BURTON

GAMBAR 3 : PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR MENURUT BURTON

MENURUT BURTON; 1977 KESEMUA PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

MERUPAKAN VARIASI 18 PERGERAKAN ASAS SEPERTI:

MENGHAYUN

MEMBENGKOK

MEMUSING

MENYOKONG

Page 7: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

2.3.2 CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Membongkok dan menegak

Membongkokkan badan dengan kaki kangkang dan kedua – dua tangan rapat ke

lantai di antara kedua – dua kaki.

Menegakkan badan dengan kaki kangkang dan kedua – dua tangan naik lurus ke

atas kepala.

Imbangan

Imbangan atas perut

Imbangan bangau

Imbangan skala sisi

Imbangan dekam

Dirian kepala

Dirian tangan

Mengilas

Mengilaskan badan ke kanan dan kiri sambil duduk melunjur, lutut bengkok atau

duduk bersimpuh dan siku kedua –dua tangan bengkok di paras dada.

Mengilaskan badan ke kanan dan kiri sambil melutut dan kedua – dua tangan

didepakan ke sisi.

Memusing

Memusing badan sambil duduk, lutut bengkok dan kedua – dua tapak tangan di

atas lantai atau lutut.

Memusingkan badan sambil berjengkit.

Melompat dan mendarat setempat sambil memusingkan badan 180 °.

Mengendur dan meregang

Mengendur dan meregangkan badan dalam posisi meniarap.

Mengendur dan meregangkan badan dalam posisi baring melentang.

Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi melutut.

Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi berdiri.

Alunan badan ( Body wave )

Alunan anggota tangan dan tubuh badan sisi sambil berdiri.

Page 8: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

2.4 KEMAHIRAN MANIPULATIF

Kemahiran manipulatif ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan

alatan seperti gelung rotan, belantan, tali , bola gimrama, selendang dan pundi kacang

dengan cara yang betul dan cekap untuk membuat gerakan. Kemahiran ini sangat penting

bagi kanak – kanak kerana ia merupakan asas bagi menyediakan kanak – kanak untuk

bersukan dan mempelajari pelbagai kemahiran bersukan. Kemahiran ini perlu dibina sejak

di peringkat umur pra sekolah bagi membiasakan murid dengan kemahiran yang

memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,mengawasi dan mengendalikan

objek. Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan – mata

dan kaki – mata.

CONTOH

KEMAHIRAN

MANIPULATIF

MEMUKUL

MENYAMBUT

MENGGELECEK

MEMBALING

GAMBAR 4 : CONTOH KEMAHIRAN MANIPULATIF

Page 9: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Page 10: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

3.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mempersembahkan hasil

kerja berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas. Selain itu, kertas kerja ini

disediakan adalah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan ilmu daripada

pensyarah mata pelajaran Pergerakan Asas iaitu Miss Teng Siew Lian berkaitan dengan

kemahiran pergerakan asas. Fokus utama aktiviti amali pergerakan asas ini adalah untuk

melihat kesesuaian pergerakan yang dilaksanakan kepada kanak – kanak. Aktiviti ini

dapat memberikan kefahaman yang meluas dan lebih mendalam kepada murid – murid

berkenaan dengan pertalian antara pergerakan asas dengan konsep – konsep pergerakan

asas iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan perhubungan.

Berdasarkan aktiviti pergerakan asas ini, murid dapat menyedari kepentingan

pergerakan asas dalam kehidupan iaitu ia dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat

mencergaskan minda. Selain itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan satu

rancangan pengajaran berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas iaitu dengan

melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan

dengan cara yang betul serta mementingkan aspek keselamatan.

4.0 OBJEKTIF

Objektif yang hendak dicapai terbahagi kepada tiga faktor utama iaitu psikomotor, kognitif

dan efektif. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dari aspek

jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

4.1 Psikomotor

Murid perlu melakukan 10 pergerakan lokomotor berdasarkan konsep pergerakan

asas iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan

perhubungan.

Murid perlu melakukan 10 pergerakan bukan lokomotor berdasarkan konsep

pergerakan asas.

Page 11: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

Murid perlu melakukan 5 jenis manipulasi alatan dengan menggunakan 3 alatan

tangan.

Murid perlu mereka rangkaian pergerakan yang menggabungkan pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor secara berselang – seli sambil memanipulasikan

alatan tangan.

Murid dapat meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai – bagai

bahagian tubuh badan.

Membentuk murid yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda

yang cerdas.

4.2 Kognitif

Murid dapat menjelaskan konsep – konsep pergerakan asas.

Murid dapat berfikir rangkaian pergerakan yang menarik dan pelbagai dengan daya

kreativiti tersendiri.

4.3 Afektif

Menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menyiapkan kertas kerja pada

waktu yang telah ditetapkan.

Menunjukkan sikap rajin dan berkomitmen tinggi dengan selalu berkolaborasi

dengan pensyarah pembimbing.

Menunjukkan sikap berkerjasama dan bertanggungjawab semasa menyediakan

alatan – alatan tangan dan berat sebelum ujian amali dijalankan.

Menunjukkan kesungguhan dengan melakukan ujian amali dengan rangkaian

pergerakan yang menarik dan lancar.

Page 12: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

5.0 Tarikh

Ujian amali bagi kemahiran pergerakan asas ini dijangkakan akan diadakan pada awal

bulan Oktober.

6.0 Jangka masa

Jangka masa yang diperuntukkan bagi setiap individu untuk menghabiskan demonstrasi

ini ialah lebih kurang 30 minit.

7.0 Tempat

Gimnasium, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

8.0 Kumpulan sasaran

Murid – murid Tahap 1, Sekolah Kebangsaan Jalan Peel.

Page 13: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

9.2 PELAN LANTAI

Ta

ng

ga

Tilam

Peti lombol

Tilam

Silinder

Peti lombol

Tilam

Ban

gk

u g

imn

as

tik

Tila

m

Silinder

Fitball

Bangku gimnastik

Gelung

Ko

n

Bes

ar

da

n K

ay

u P

an

jan

g

Page 14: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

13.0 RUMUSAN

Tugasan saya kali ini adalah menghasilkan kertas kerja pergerakan asas untuk

ujian amali pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan. Berdasarkan

kertas kerja untuk ujian amali ini, saya memperoleh banyak pengetahuan mengenai

kemahiran pergerakan asas.

Saya mengetahui bahawa kemahiran pergerakan asas ini merupakan salah satu

kemahiran yang sangat penting untuk dipelajari oleh murid – murid sejak di bangku

sekolah rendah.Kemahiran pergerakan asas ini bukanlah kemahiran yang bertumpukan

kepada berjalan dan berlari semata – mata. Ini kerana,guru perlu mengajar cara berlari

dan berjalan dengan berpandukan kepada empat konsep pergerakan asas iaitu

kesedaran tubuh badan,kesedaran ruang,kualiti pergerakan dan perhubungan.

Tambahan pula,melalui kertas kerja ini saya dapat melihat bahawa pengajaran

kemahiran pergerakan asas yang menyelitkan konsep – konsep pergerakan asas akan

menjadi lebih menarik. Daya kreativiti seseorang juga dapat dilihat melalui penciptaan

rangkaian pergerakan asas yang pelbagai dengan memasukkan unsur seperti

ruang,masa,beban,daya,aliran dan perhubungan.

Selain itu, dengan adanya kertas kerja ini saya mengetahui bahawa subjek

pergerakan asas ini merupakan subjek yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana,

saya dapat meneroka sendiri sesuatu pergerakan yang ingin dilaksanakan dengan

berpandukan konsep – konsep utama pergerakan asas. Berdasarkan penerokaan

tersebut saya juga dapat membina pengetahuan baru mengenai kemahiran pergerakan

asas. Saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk melaksanakan ujian amali

kerana saya sudah mengetahui cara pergerakan yang betul. Kemahiran pergerakan

asas ini juga dapat diaplikasikan kepada murid – murid di sekolah kelak.

Tambahan pula, tugasan kertas kerja ini sememangnya memberi banyak input

serta dapat membantu saya untuk mempersiapkan diri untuk melaksanakan ujian amali

dengan baik. Saya berharap agar persembahan ujian amali saya menepati kehendak

penilai dan mempunyai daya kreativiti tersendiri.

Page 15: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

14.0 RUJUKAN

Abdul Hafidz bin Omar et.al.(2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 3.Selangor:Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Aminuddin bin Yusof et.al.(2003). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Tingkatan 2.Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aris Fazil bin Haji Ujang et.al.(2003).Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Tingkatan 5.Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Borhannudin bin Abdullah et.al.(2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru Tahun 5.Selangor: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Fouzee Haji Abdul Azizi.(1996). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Tahun 2.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Helen Ten Hong Beng.(1993).Pengajaran Pendidikan Jasmani Awal Kanak – Kanak

Belajar Melalui Pergerakan.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Idris Mohamad et.al.(1999) .Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5.

Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Renee M.Mccall dan Diane H.Craft.(2000).Moving With a Purpose Developing

Programs for Preschoolers of All Abilities.United States of America:Human

kinetics.

Teng Boon Tong. (1992).Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Edisi

Kedua.Selangor:Longman.

Wee Eng Hoe.(2005).Siri Pendidikan Perguruan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan.Selangor: Karisma.

Page 16: Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas

Wee Eng Hoe dan Teng Boon Tong.(2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan Tahun 4.Perak:Media Network Sdn.Bhd.