pendidikan jasmani
Embed Size (px)
DESCRIPTION
TRANSCRIPT

TUAN MOHD HAFIZULLAH TUAN YUNUS SHAHRUL NAZMI MOHAMAD WAN MOHD ASYRAF WAN AZMI MOHD TARMIZI RAMBLI ROSLINDA GHAFAR SYAIRAH NAJIHAH WAN YUSOF


Sebelum mendirikan khemah,tapak yang sesuai perlu dicari terlebih dahulu.
Bagi mendapatkan tapak yang sedemikian, tinjauan perlu dilakukan terutama di kawasan yang tidak disediakan tapak perkhemahan.

Sebelum tibanya hari perkhemahan, tinjauan mengenai kedudukan dan lokasi tempat berkhemah harus dikaji terlebih dahulu bagi memastikan keadaan dan kemudahan yang terdapat berhampiran dengan tapak perkhemahan tersebut seperti hospital, balai polis dan sebagainya.

Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan.
Ada perlindungan dari bukit atau pokok supaya tidak terdedah kepada ancaman angin.
Dekat dengan punca air bagi memudahkan kerja-kerja memasak, mandi dan membasuh.

Dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek.
Khemah anda tidak boleh didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah (patah).
Jika berkhemah di tepi pantai, jarakkan khemah anda daripada takat air pasang. Sudah pasti anda tidak mahu terbangun dalam kegelapan dengan air laut memenuhi lantai khemah anda.

Mempunyai hubungan yang baik dengan trek atau jalan raya supaya mudah bergerak segera jika berlaku kecemasan.
Jangan berkhemah di atas tanah yang lembap.
Memilih tempat yang selesa dan teduh. Cuaca, arah matahari, dan tiupan angin
perlu diteliti. Mempunyai pemandangan yang menarik
supaya seronok dan lapang melihatnya.


Khemah satu tiang Khemah bentuk ‘A’ Khemah bentuk dinding Khemah Ridge

Ringan dan senang didirikan Sesuai untuk perkhemahan ringkas Boleh ditegakkan dengan
menggunakan satu tiang Dapat digunakan seorang atau dua
orang peserta sahaja


Dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang peserta
Boleh ditegakkan dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang bumbung
Boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah

Sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan
Mempunyai penahan angin tingginya lebih kurang 15-25 sentimeter atau hujung bahagian tepi
Mempunyai ukuran 7.75 meter panjang dan 3.9-4.2 meter lebar(termasuk penahan angin)
Sesuai bagi suatu kumpulan patrol yang mempunyai lebih kurang 6 hingga 8 orang ahli



Sangat sesuai digunakan bagi berkhemah di kawasan pergunungan, di tepi sungai, jambori
Sesuai untuk 3 hingga 10 orang Dikelaskan kepada tiga jenis:

1- khemah ridge helaian terbang Senang dibawa dan ringan Diperbuat daripada nilon atau terilin Tiang khemah diperbuat daripada
aluminium atau aloi(pancalogam) Memuatkan antara 4 hingga 7 orang
peserta


2- khemah ridge dua tiang Mempunyai dua lapis bahagian
bumbungnya Lebih mahal harganya daripada
khemah biasa Memuatkan antara 3 hingga 6 orang
peserta Tiang aluminium diperbuat daripada
aliminium


3- khemah ridge besar Diperbuat daripada kanvas Terdapat dalam pelbagai saiz dan
berat, misalnya 35kg atau40kg Menampung seramai 10 hingga 40
orang penghuni Digunakan dalam perkhemahan
tertentu Dan terlampau berat untuk dibawa



Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang.
Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.

Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip daripada tersekat dan menyebabkan susah untuk dibuka.
Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.

Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul2 kering

TERIMA KASIH