esei edu 3109 daus.docx

7
NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHMAN NO MATRIK : 123484 A) Bincangkan jenis-jenis dan simptom-simptom gangguan emosi dalam kalangan murid. Masalah gangguan emosi boleh dittakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka gangguan emosi adalah gangguan emosi akibat daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Gangguan emosi ini juga ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor- faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Contohnya takut pada tempat tinggi (acraphobia), takut pada tempat terbuka (agoraphia), takut pada cahaya dan kilat (astraphobia), takut pada air (hydraphobia),takut makan (sitophobia), takut kepada orang asing (xenophobia), takut kegelapan (nytophobia), gangguan panik (panic disorder) dan fobia social (social phobia). Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi juga merupakan satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami

Upload: daus

Post on 16-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHMANNO MATRIK : 123484

A) Bincangkan jenis-jenis dan simptom-simptom gangguan emosi dalam kalangan murid.

Masalah gangguan emosi boleh dittakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka gangguan emosi adalah gangguan emosi akibat daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Gangguan emosi ini juga ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Contohnya takut pada tempat tinggi (acraphobia), takut pada tempat terbuka (agoraphia), takut pada cahaya dan kilat (astraphobia), takut pada air (hydraphobia),takut makan (sitophobia), takut kepada orang asing (xenophobia), takut kegelapan (nytophobia), gangguan panik (panic disorder) dan fobia social (social phobia). Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi juga merupakan satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan tekanan kepada murid-murid.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati 10.5 peratus daripada pelajar-pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan. Gangguan atau tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera, Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

Takut merupakan suatu perasaan terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sedih ialah kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih. Geli selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Cemas pula asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik. Malu menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Rasa bersalah wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Kanak-kanak akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain. Rasa bangga pula tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati atau dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira. Secara umumnya gangguan emosi berkisar pada persoalan emosi takut dan kecemasan. Takut sebagai reaksi terhadap situasi yang berbahaya dan cemas sebagai terjemahan daripada rasa takut tersebut.

Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan Emosi Ringan merupakan gangguan peringkat ringan yang biasanya tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luarannya. Pada peringkat ini berkemungkinan setiap murid dapat mengawal diri masing-masing. Namun begitu jika diteliti lebih mendalam lagi, biasanya pertumbuhan emosinya tidak sesuai dengan tahap umur yang seharusnya dialami oleh seseorang murid. Sebagai contohnya ada seorang murid yang mahu berkongsi barang dengan rakan-rakannya. Namun kadang-kadang terdapat juga murid akan marah apabila barangnya dipinjam oleh rakan-rakannya yang lain. Gangguan Emosi Sederhana merupakan gangguan emosi yang agak lebih kelihatan dibandingkan dengan emosi yang ringan. Pada kebiasaanya perasaan marah, takut atau pun sedih yang seharusnya menjadi perkara normal jika terjadi kepada murid. Sebagai contohnya seorang guru menyuruh muridnya untuk pergi ke tandas berseorangan. Namun begitu murid berkenaan menolaknya dengan alasan takut pergi sendirian. Penolakan murid tadi sangat kuat sehingga dia menangis, atau marah kepada gurunya dan mungkin juga sehingga dia sendiri sanggup menahan untuk membuang air dan akhirnya terkencing di dalam kelas. Gangguan Emosi Berat biasanya kelihatan jelas sekali dari luar. Ini disebabkan tingkahlaku murid yang kelihatan janggal dan tidak seperti tingkahlaku biasanya. Ketika murid sedang marah, murid itu akan mengamuk, menjerit bahkan ada yang menyakiti dirinya sendiri. Sebagai contohnya murid tahun satu yang takut melihat anjing. Ketika dia melihat anjing, maka dia akan kelihatan pucat, menjerit dan menangis sekuat-kuatnya.

B) Bincangkan bagaimanakah gangguan emosi boleh memberi kesan kepada murid dan peranan anda sebagai seorang guru dalam menangani gangguan emosi yang dihadapi oleh murid.

Antara peranan seorang guru dalam menangani gangguan emosi yang dihadapi oleh murid ialah guru perlu memastikan suasana emosi dalam bilik darjah yang kondusif dan menimbulkan sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dengan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Setiap guru seharusnya berupaya mengaplikasikan gaya pembelajaran tersebut supaya ketika mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran murid berada dalam keadaan emosi yang stabil. Selain itu, cara guru memimpin murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting. Guru boleh mengamalkan Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid. Dengan ini, murid akan sentiasa memberikan galakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Guru juga perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif ketika menguruskan kelas dan melaksanakan proses pengajaran. Keadaan yang ceria dan kondusif mempeengaruhi mood dan minat serta kecergasan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini secara langsung akan memberikan kesan dari segi emosi dan perasaan seperti marah, keupayaan untuk bersaing, penggunaan sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan lain-lain. Kesemua aspek yang berkenaan akan dapat dikurangkan sekiranya murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana kondusif dan emosi terkawal. Guru perlu menggerakkan keinginan murid untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan suasana bilik darjah mengikut hasrat hati mereka dan bersesuaian dengan situasi dan emosi murid pada ketika itu. Mereka mengharapkan peranan mereka akan diterima serta dipuji dan diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain. Interaksi sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang berasa terpinggir ketika berada di dalam kelas. Melalui cara ini setiap murid pasti akan dapat mengawal emosi dan seterusnya dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang sedang diikutinya itu. Penerapan nilai-nilai murni dapat guru laksanakan ketika memberikan penekanan kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid. Guru perlu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses interaksi sosial yang melibatkan murid ketika melakukan aktiviti pembelajaran. Guru juga perlulah melayani kepelbagaian murid melalui layanan yang saksama terhadap semua murid tanpa mengira murid berkenaan lemah, miskin atau kurang upaya. Dengan cara ini emosi murid tidak akan terganggu dan apabila emosi terkawal maka kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid berpeluang berbual-bual tentang perasaan mereka dan ini akan lebih memudahkan lagi penerimaan terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan. Guru juga harus cuba untuk memperkembangkan pengalaman murid. Ini boleh dilaksanakn dengan cara menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri murid yang dihadapinya. Mereka boleh memberi penjelasan serta memperluaskan bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum. Penggunaan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid akan mendorong mereka untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan aktif murid secara langsung akan membantu mereka untuk mengekalkan emosi terhadap aktiviti dalam pembelajaran.Akhir sekali, maklumat yang diberikan seharusnya dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka bersedia menerima aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Situasi yang sebegini akan mewujudkan kerjasama antara guru dengan murid. Oleh itu, pembentukan emosi yang positif dalam kalangan murid memerlukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi daripada guru-guru. Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya dalam usaha untuk emosi yang mesra ketika bersama dengan murid dalam sesuatu proses pembelajaran.