esei 1 asas kepimpinan

Upload: has-faezah

Post on 14-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    1/7

    Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Kaitan Dengan Teori Kepemimpinan

    3.0 PENGENALAN

    Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang wujud dalam

    kalangan pemimpin. Para pemimpin ini haruslah bersedia untuk memberikan komitmen

    kepada tugas mereka. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan pemimpinan dalam

    mempengaruhi dan menyakini mereka yang berada di bawahnya untuk bertindak dalam

    memajukan organisasi berkenaan. Mengikut Jemaah Nazir (2003), kepimpinan guru besar

    menjadi salah satu eleman dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Antara garis

    panduan dalam standard ini adalah berkenaan aspek guru besar hendaklah menerajui dan

    menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah dengan

    cara menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi kementerian

    serta mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. Hal ini jelas

    menunjukkan bahwa persoalan berkaitan kepimpinan ini menjadi perkara yang utama dalam

    menentukan kajayaan dan kecemerlangan generasi pada masa hadapan. Dalam

    menetukan kejayaan sesebuah sekolah, guru besar haruslah bijak dalam bertindak dan

    mentadbir warga sekolah yang berada di bawahnya. Segala tindakan ini boleh dilaksanakan

    mengikut teori kepimpinan yang bersesuaian dengan keadaan dan situsi yang dialaminya.

    Perkara ini dapat saya lihat melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa menjalani

    Program Internship di salah sebuah sekolah di daerah Nilai negeri Sembilan. Saya dapatmembuat perkaitan antara tindakan yang dilakukan oleh guru besar di sekolah berkenaan

    dengan teori teori kepemimpinan yang saya pelajari. Maka secara tidak langsung, saya

    telah berjaya melihat bagaimana cara pengaplikasian teori berkenaan dalam situasi

    sebenar.

    3.1 Teori Kepimpinan Tret

    Berdasarkan kepada pemerhatian saya, Guru besar di sekolah berkenaan

    mengaplikasikan teori kepemimpinan tradisonal dengan gaya kepemimpinan semula

    jadi. Berdasarkan kepada teori ini, mereka berpendapat bahawa manusia sedia

    memiliki ciri ciri atau tret tret yang diwarisi dan hanya trey tret tertentu sahaja

    yang sesuai untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Oleh itu, teori ini cuba

    mengesan tret tret seorang pemimpin yang berkesan. Melalui kajian terhadap tret

    yang dimiliki oleh pemimpin yang telah berjaya maka mereka mengandaikan bahawa

    pemimpin lain yang mempunyai tret yang sama juga akan menjadi seorang

    pemimpin yang berjaya juga. Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap guru

    besar berkenaan saya dapat menyesuaikan dua tret utama yang dapat dilihat iaitu

    yang pertama adalah beliau merupakan seorang yang mudah menyesuaikan diri

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    2/7

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    3/7

    beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak mengawal dirinya dalam pelbagai

    situasi.

    Merujuk kepada tret yang kedua iaitu peka kepada persekitaran sosial.

    Perkara ini dapat dilihat ketika Program Mesyuarat PIBG yang dijalankan di sekolah.Ketika mesyuarat ini berlangsung, telah berlaku satu insiden dimana timbulnya

    aduan daripada seorang penjaga berkaitan dengan seorang guru. Maka guru yang

    terlibat juga memainkan peranan untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan

    yang dilemparkan. Akibat tindakan penjaga dan guru tadi maka telah timbul adegan

    bertikam lidah hingga hampir mengganggu kelancaran majlis berkenaan. Apa yang

    dilakukan oleh guru besar berkenaan adalah dengan merehatkan majlis seketika

    kemudian memanggil penjaga berkenaan bersama guru tadi secara peribadi ke

    dalam biliknya. Beliau tidak memanjangkan cerita pada hari berkenaan namun beliau

    terus menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk duduk berbincang berkenaan

    aduan yang diterima. Akhirnya kejadian ini dapat ditangani dengan baik dan majlis

    dapat diteruskan dengan lancar. Apa yang menariknya disini adalah, beliau sendiri

    memohon maaf kepada para ibu bapa yang lain kerana tindakan beliau

    menangguhkan majlis untuk seketika. Namun jika dilihat semula, tindakan beliau itu

    sangatlah wajar kerana beliau mengambil kira perasaan ibu bapa dan penjaga yang

    lain juga dalam masa yang sama beliau cuba mengelakkan dari maruah guru tadi

    tercemar kerana menjadi buah mulut para ibu bapa pula. Sikap beliau ini menjadikan

    situasi sekolah kembali aman dan tidak lagi wujud persengketaan antara guru dan

    ibu bapa murid.

    3.2 Teori Tingkah Laku

    Selain itu, saya dapat melihat gaya kepemimpinan teragih yang wujud dalam

    diri guru besar di sekolah berkenaan yang dikaitkan dengan teori tingkah laku. Teori

    ini mengandaikan kepemimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh

    dilatih atau dipelajari secara formal dan tidak formal. Menurut Moorhead dan Griffin

    (1998), bentuk tingkah laku kepemimpinan yang membawa kepada keberkesanan

    prestasi kumpulan adalah: pertamanya, pemimpin yang lebih berkesan

    berkecenderungan membina hubungan mesra dengan pekerjanya yang juga

    menyokong pucuk pimpinan. Keduanya, pemimpin yang lebih berkesan

    menggunakan kaedah penyeliaan dan proses membuat keputusan berbentuk

    kumpulan dan ketiganya adalah pemimpin yang lebih berkesan berkecenderungan

    menetapkan matlamat organisasi yang lebih tinggi. Ketiga tiga tingkah laku ini

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    4/7

    dapat dihuraikan melalui pemerhatian saya terhadap guru besar di sekolah

    berkenaan.

    Perkara berkaitan beliau cenderung untuk membina hubungan mesra

    bersama pekerjanya. Hal ini bukan sahaja dapat dilihat melalui hubungan mesraguru besar bersama guru guru lain namun juga dapat dilihat melalui hubungan

    beliau dengan para pekerja am di sekolah. Menjadi kebiasaan beliau untuk menjamu

    para guru di pentri bilik guru pada setiap hari Jumaat. Pada setiap hari Jumaat pasti

    beliau akan menyediakan juadah juadah untuk dimakan bersama guru guru dan

    para pekerja di sekolah. Sepanjang waktu pada hari Jumaat beliau akan menjemput

    pengawal keselamatan, tukang kebun mahupun tukang masak di kantin sekolah

    untuk merasai juadah yang dibawa. Kadang kala beliau sendiri akan membungkus

    juadah berkenaan untuk dihantara kepada pengawal sekolah dan mak cik kantin

    memandangkan mereka sibuk menguruskan tempat bekerja mereka. Sekiranya

    beliau tidak dapat menyediakan juadah seperti biasa beliau akan menyerahkan

    sejumlahkan wang kepada pengusaha kantin sekolah untuk digunakan bagi

    menyediakan juadah untuk guru guru dan para pekerja. Beliau juga telah

    menyumbangkan kismis untuk diserahkan kepada murid murid tahun enam untuk

    dimakan pada setiap pagi sebelum sesi P&P bermula. Walaupun apa yang dilakukan

    hanyalah satu perkara yang mudah iaitu menyediakan makanan namun ianya dapat

    mengeratkan hubungan beliau dengan seluruh warga sekolah.

    Keduanya adalah beliau cenderung untuk menggunakan kaedah penyeliaan

    dan proses membuat keputusan adalah secara berkumpulan. Perkara ini jelas

    kelihatan apabila beliau sendiri akan meronda kawasan sekolah pada setiap hari

    diwaktu kelapangan beliau. Telah menjadi kebiasaan beliau untuk memantau

    pergerakan murid murid pada waktu pagi dan pulang dari sekolah. Pada waktu

    pagi beliau akan berdiri sama dengan pengawal keselamatan di hadapan pintu pagar

    sekolah dan menyambut kedatangan murid

    murid ke sekolah. Seterusnya apabilalocenga berbunyi dan sesi P&P bermula beliau akan memantau sesi P&P dari setiap

    kelas. Sekiranya terdapat guru yang masuk ke kelas lewat beliau langsung tidak

    menunjukkan rasa tidak berpuas hati tetapi beliau sendiri akan masuk ke kelas

    berkenaan dan melaksanakan aktiviti bersama sama murid. Tindakan dan teguran

    halus beliau ini menimbulkan rasa segan dalam diri guru dan menyebabkan guru

    guru di sekolah berkenaan akan masuk ke kelas dengan menepati masa. Merujuk

    kepada agenda membuat keputusan pula, sebagai contoh ketika guru pelatih

    membentangkan kertas kerja untuk melaksanakan aktiviti di sekolah berkenaan,

    beliau tidak menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada guru penolong kanan

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    5/7

    malahan beliau sendiri mengadakan mesyuarat bersama sama guru pelatih dan

    beberapa orang guru lain dalam usaha memilih aktiviti yang bersesuaian dengan

    sekolah. Beliau juga mengambil kira tahap kemampuan dan kekangan yang dialami

    oleh kami sebagai guru pelatih. Maka dengan itu, segala persetujuan dapat dicapai

    dan pelaksanaan aktiviti dapat dijalankan dengan mudah.

    Ketiganya adalah berkenaan kecenderungan beliau untuk matlamat

    organisasi yang lebih tinggi. Penetapan matlamat ini adalah sangat jelas. Pada

    setiap kali beliau berucap di hadapan murid murid, beliau sentiasa menyatakan

    bahawa murid murid di sekolah berkenaan adalah murid murid yang cemerlang

    dan bijak. Beliau sentiasa menanamkan kata kata ini dalam diri murid murid agar

    mereka sentiasa berfikiran positif walaupun pada hakikatnya murid di sekolah

    berkenaan masih wujud lagi yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Beliau

    juga tidak pernah membezakan murid dari kelas cemerlang dengan murid dari kelas

    tercorot. Beliau sentiasa menetapkan bahawa dalam setiap ujian yang dilaksanakan

    pasti wujudnya peningkatan dan bukannya penurunan. Sekiranya berlaku

    penurunan, beliau akan cuba mengenalpasti murid murid yang lemah dan cuba

    mengendalikan kelas tambahan buat mereka. Apa yang menariknya adalah, beliau

    sendiri yang menjadi tenaga pengajar bagi kelas tambahan berkenaan. Beliau juga

    menyediakan lembaran latihan kepada murid murid yang lemah ini untuk disiapkan

    pada setiap hujung dan beliau akan mengutip semula lembaran berkenaan pada

    setiap hari Isnin. Usaha beliau ini menampakkan hasil apabila sekolah berkenaan

    berjaya memperolehi Anugerah Lonjakan Saujana hasil daripada keputusan UPSR

    yang lalu. Matlamat beliau ini bukan sahaja terhad kepada bidang kurikulum malahan

    juga dalam bidang kokurikulum. Beliau cuba menetapkan untuk menjadikan murid

    sekolah berkenaan sebagai atlet sukan pada peringkat kebangsaan. Walaupun

    usaha ini masih belum menampakkan hasil namun beliau masih lagi berbangga

    apabila terdapat murid dari sekolah berkenaan yang berjaya mewakili pasukan

    daerah dalam acara bola jarring, bola baling, sepak takraw dan lontar peluru. Bagi

    meningkatkan lagi semangat murid murid ini, beliau telah menaja satu set pakaian

    sukan bagi setiap murid berkenaan. Melihat kepada keazaman beliau inilah yang

    menyebabkan sekolah berkenaan sentiasa mendapat bantuan daripada pihak

    pihak yang berkenaan.

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    6/7

    3.3 Teori Transformasi

    Gaya kepemimpinan yang juga diamalkan oleh guru besar di sekolah

    berkenaan juga berunsurkan kepada gaya kepemimpinan birokratik dengan

    mengambil kita teori transformasi. Pemimpin yang mengamalkan teori ini berupayauntuk menggerakkan pengikut pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat

    tertentu berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi dan

    jangkaan kedua dua pihak iaitu pemimpin dan pengikut. Pemimpin yang

    mengamalkan teori ini merupakan seorang pemimpin yang sangat bijak dalam

    memujuk pengikutnya untuk mengikut rentaknya.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, guru besar di sekolah berkenaan sering

    memotivasikan murid murid dengan kata kata yang positif setiap kali beliau

    berucap. Perkara yang sama juga dilakukan terhadap guru guru di sekolah. Beliau

    sering memotivasikan guru guru dengan perkara yang positif. Sebagai contoh,

    Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) ada menganjurkan pertandingan guru inovasi bagi

    setiap guru di daerah berkenaan. Guru besar di sekolah berkenaan dengan

    bersemangat menyokong guru guru yang menyertai pertandingan berkenaan.

    Beliau juga tidak lokek dalam menyumbangkan idea kepada inovasi yang dihasilkan

    oleh guru guru ini. Walaupun pada awalnya penyertaan pertandingan berkenaan

    mendapat sambutan yang agak hambar namun setelah mendapat suntikansemangat dari guru besar penyertaan meningkat terhadap pertandingan tadi. Boleh

    dikatakan hampir kesemua ketua panitia di sekolah berkenaan cuba menghasilkan

    inovasi untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Beliau sendiri hampir

    hampir ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan namun oleh kerana masalah

    kesihatan beliau terpaksa menangguhkan niatnya itu. Semangat dan nilai motivasi

    yang cuba disuntik dalam diri guru secara tidak langsung telah berjaya membantu

    guru guru berkenaan dalam meningkatkan kualiti diri mereka.

    3.4 PENUTUP

    Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian yang telah saya laksanakan

    semasa menjalani latihan di sekolah berkenaan, guru besar di sekolah berkenaan

    merupakan seorang pemimpin yang berjaya. Beliau berjaya memikul

    tanggaungjawab yang diberikan dengan baik walaupun pada usia yang semakin

    meningkat. Tiada sebarang halangan yang boleh memyanggah segala usaha yang

    cuba beliau lakukan demi sekolah berkenaan. Walaupun kadang kala usaha

    berkenaan hanya dilihat sebagai satu usaha yang kecil namun hasil yang diperolehi

    adalah satu hasil yang sangat membanggakan. Sikap dan contoh tauladan seperti

  • 7/27/2019 ESEI 1 ASAS KEPIMPINAN

    7/7

    inilah yang harus diambil oleh para guru pelatih untuk memulakan kerjaya mereka

    sebagai seorang guru permulaan. Asam garam dalam dunia pendidikan haruslah

    dijadikan sebagai satu norma hidup sebelum berjaya mencapai satu kejayaan besar

    yang diimpikan.