asas' 50 dalam esei dan kritikan

164

Upload: asas50

Post on 25-Jun-2015

2.738 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Perkembangan bahasa dan persuratan dewasa ini menghadapi banyak cabaran kerana perubahan iklim sosio-politik kemanusiaan. Sebuah kawasan Melayu yang luas dan penuh dengan khazanah sumber alam dan intelektual semakin mengecut kerana kurang penyelidikan. Kedudukan bahasa Melayu sering tergugat di rantau ini dengan ledakan globalisasi. Namun demikian, globalisasi juga membawa banyak kebaikan sekiranya ia dimanfaatkan dengan sewajarnya.Segala cabaran dan cengkaman terhadap kedudukan dan upaya bahasa dan persuratan sebenarnya boleh ditangani dengan berkesan sekiranya diikhtiarkan dengan cara yang proaktif dan membina. Ini merupakan pendekatan yang diambil Asas ‟50 dalam alaf baru ini. Kini Asas ‟50 bergerak sebagai sebuah badan nasional yang mementingkan bukan hanya pembangunan bahasa dan persuratan Melayu tetapi juga gerakan nasional. Ini bermakna Asas ‟50 mengadakan satu anjakan paradigma bermula 2005 dengan menganggap pertubuhan ini sebagai sebuah pertubuhan nasional atau milik negara yakni ia bergerak senadi dengan keperluan negara tanpa kompromi terhadap keperluan bangsa. Dengan cara ini, Asas ‟50 disegani oleh setiap kelompok masyarakat nasional kerana ia tidak berbau perkauman tetapi kenegaraan.Pendekatan seumpama ini sering mendapat cengkaman daripada golongan-golongan yang menganggap diri mereka sebagai pencinta bangsa dan bahasa. Mereka melihat gerakan Asas ‟50 alaf ini dalam aliran nasional sebagai satu templakan terhadap usaha para pemuka Asas ‟50 pada zaman awal penubuhannya khususnya pada zaman Kongres Bahasa dan Persuratan pada tahun 50-an. Malangnya, mereka lupa bahawa zaman telah berubah dan keperluan juga berubah. Sekiranya Asas ‟50 terus mengikut strateginya yang lama sudah tentu ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan Melayu tempatan yang bermain dalam gelanggang Melayu sahaja. Dalam konteks Singapura pada hari ini, gelanggang ini sudah tiada nilainya malah semakin mengecut dan menipis maruahnya dek gelombang kosmopolitan yang semakin melanda hebat. Demikian nasibnya pertubuhan gasing Singapura yang terpaksa tutup kerana gagal merelevankan kewujudannya. Begitu juga dengan puluhan pragmatisme sehingga mereka gagal menerima hakikat perubahan atau evolusi. Mereka masih berpeluk tubuh di dalam alam Melayu purbakala sedangkan teknologi sudah jauh memamah khazanah bangsa. Atas dasar ini juga Asas ‟50 terus menggerakkan mekanisme portalnya dengan membina satu infrastruktur portal sumber Melayu yang tercanggih untuk memenuhi keperluan semua lapisan pengguna. Asas ‟50 akan membawa khazanah bangsa ke satu kedudukan yang mulia dan penuh wibawa. Itulah visi Asas ‟50 alaf baru yakni menjadi sebuah institusi wibawa dan penuh komitmen kepada bangsa dan negara.Satu perkara yang tidak pernah berubah ialah Asas ‟50 digerakkan oleh para sukarelawan yang setia berkhidmat dengan penuh komitmen.Sempena dengan sambutan 60 tahun Asas ‟50, buku ini yang bertajuk „Pragmatisme Menjana Persuratan Alaf Baru – Asas ‟50 Dalam Esei Dan Kritikan‟ merupakan satu usaha murni Asas ‟50 untuk merakamkan dan membuktikan bahawa Asas ‟50 adalah satu gerakan pragmatik sejak ia dimulakan pada tahun 1950 dan mula matang setelah enam dekad ber-gelumang dengan seismograf kehidupan.

TRANSCRIPT

Page 1: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

1

Page 2: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

2

Page 3: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

3

Asas ‟50 Press

Singapura

Page 4: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

4

Diterbitkan oleh

Asas „50 Press

Angkatan Sasterwan „50

ISBN No: 978-981-08-7256-4

© Angkatan Sasterawan ‟50 & penulis

Cetakan Pertama

2010

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian juga tidak dibenarkan ditiru,

disimpan dalam sistem pengeluaran semula ataupun dipancarkan walaupun

melalui sebarang cara, termasuk kaedah elektronik, mekanikal, fotokopi,

rakaman, perfileman atau lain-lain tanpa izin penerbitnya

Tataletak:

Muhammad Irwan Jamal

Rekabentuk kulit hadapan:

Siti Norasyikin Bte Mohamed Rashid

Muhamad Yusof bin Razak

Dicetak oleh:

Key-Orient Lamitec Pte Ltd

Page 5: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

5

PENGISIAN

Prakata

Pengenalan Sekilas Angkatan Sasterawan „50

ESEI

27 Asas „50 Merevolusi Gerakan Persuratan Melayu dalam Tatanan Baru

Dunia Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

47 Sastera[wan] Membina Asas: Keterlibatan Inteligensia Sastera dalam

Masyarakat

Azhar Ibrahim Alwee

66 Revolusi Aksi Asas „50

Yazid Hussein

92 Sastera dan Biblioterapi

Namira Mazlan

99 Pendekatan Pembelajaran Berteraskan Nilai Olimpisme

Muhammad Herwanto Johari

106 Rima Rap Mesej Berpengaruh

Noorhaqmal Mohamed Noor

KRITIKAN

115 Puisi Kritis: Sepintas Wacana Kesusasteraan Aku Bukan Penyair

Muhammad Irwan Jamal

126 Melihat Transisi Masyarakat Melayu dalam Puisi Luka dan Puisi Duka

Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff

Page 6: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

6

134 Mengungkap Pemaknaan dalam Perlambangan Ziarah Cinta

Nurhayati Abdul Ghafoor

142 Menjejak Kolonialisme & Jati Diri Melayu Singapura dalam Semangat Ombak Melanda Pantai

Nur Hafizah Mohd Rashib

149 Kritikan Sebagai Diagnosis dalam Diari Hitam

Norazian Mohamed Yahya

155 Ginokritik: Instrumen Memperlihatkan Pelenyapan Subjektiviti Wanita

dalam Suara Hati Nur Emelda Jumari

Page 7: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

7

PRAKATA

Perkembangan bahasa dan persuratan dewasa ini menghadapi banyak cabaran

kerana perubahan iklim sosio-politik kemanusiaan. Sebuah kawasan Melayu

yang luas dan penuh dengan khazanah sumber alam dan intelektual semakin

mengecut kerana kurang penyelidikan. Kedudukan bahasa Melayu sering

tergugat di rantau ini dengan ledakan globalisasi. Namun demikian,

globalisasi juga membawa banyak kebaikan sekiranya ia dimanfaatkan

dengan sewajarnya.

Segala cabaran dan cengkaman terhadap kedudukan dan upaya bahasa

dan persuratan sebenarnya boleh ditangani dengan berkesan sekiranya

diikhtiarkan dengan cara yang proaktif dan membina. Ini merupakan

pendekatan yang diambil Asas ‟50 dalam alaf baru ini. Kini Asas ‟50 bergerak

sebagai sebuah badan nasional yang mementingkan bukan hanya

pembangunan bahasa dan persuratan Melayu tetapi juga gerakan nasional. Ini

bermakna Asas ‟50 mengadakan satu anjakan paradigma bermula 2005

dengan menganggap pertubuhan ini sebagai sebuah pertubuhan nasional atau

milik negara yakni ia bergerak senadi dengan keperluan negara tanpa

kompromi terhadap keperluan bangsa. Dengan cara ini, Asas ‟50 disegani

oleh setiap kelompok masyarakat nasional kerana ia tidak berbau perkauman

tetapi kenegaraan.

Pendekatan seumpama ini sering mendapat cengkaman daripada

golongan-golongan yang menganggap diri mereka sebagai pencinta bangsa

dan bahasa. Mereka melihat gerakan Asas ‟50 alaf ini dalam aliran nasional

sebagai satu templakan terhadap usaha para pemuka Asas ‟50 pada zaman

awal penubuhannya khususnya pada zaman Kongres Bahasa dan Persuratan

pada tahun 50-an. Malangnya, mereka lupa bahawa zaman telah berubah dan

keperluan juga berubah. Sekiranya Asas ‟50 terus mengikut strateginya yang

lama sudah tentu ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan Melayu tempatan

yang bermain dalam gelanggang Melayu sahaja. Dalam konteks Singapura

pada hari ini, gelanggang ini sudah tiada nilainya malah semakin mengecut

dan menipis maruahnya dek gelombang kosmopolitan yang semakin melanda

hebat. Demikian nasibnya pertubuhan gasing Singapura yang terpaksa tutup

kerana gagal merelevankan kewujudannya. Begitu juga dengan puluhan

Page 8: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

8

pertubuhan Melayu Singapura yang lain yang semakin sepi kerana tidak

menganuti pragmatisme atau mungkin khuatir “apa orang kata”.

Alaf baru ini menyaksikan Asas ‟50 keluar daripada kepompong

perkampungan Melayu semata. Sejak tahun 2003, Asas ‟50 memulakan

proses pensegaran semula gerakannya dengan membuat rombakan besar

dalam kepimpinan dan prinsip pertubuhan tanpa kompromi terhadap

pegangan asalnya yakni „seni untuk masyarakat‟. Kini belia merupakan nadi

gerakan Asas ‟50 dengan tertubuhnya Sayap Belia Asas ‟50 pada 2003. Kini

Asas ‟50 bukan lagi dilihat sebagai gerakan elit semata tetapi ia adalah

gerakan belia yang penuh komitmen dan bersih daripada daki sejarah.

Asas ‟50 memulakan gerakan memberikan kepercayaan dan keyakinan

kepada para belia untuk menerajui pucuk pimpinan pertubuhan.

Pragmatisme membawa kepada Asas ‟50 merekacipta pendekatan

realistik dalam memastikan ia terus wujud dan mendapat dukungan serta

sokongan nasional. Asas ‟50 menerbitkan surat beritanya – Berita@Asas ‟50,

dalam bahasa Inggeris demi memasyarakatkan gerakan persuratan Melayu

Singapura dan serantau kepada masyarakat bukan Melayu agar mereka juga

dapat memahami cita rasa masyarakat Melayu serta meninjau sokongan yang

mungkin dapat diberikan dari segi dana mahupun kolaborasi. Berkat

pendekatan ini, Asas ‟50 dalam alaf baru ini semakin dikenali dan mendapat-

kan pengiktirafan nasional yang belum pernah diraih sebelum ini. Antaranya

termasuk penandatanganan memorundum persefahaman dengan National

Library Board, syarikat Darul Andalus, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

dan Taman Warisan Melayu dari segi kolaborasi. Asas ‟50 juga diambil

sebagai anak angkat oleh Yayasan Asia Pacific Breweries Arts Inspire

Programme, dan Asas ‟50 juga merupakan penerima bagi President Charity

Gold Cup Race. Kini Asas ‟50 merupakan badan utama dalam gerakan

persuratan Melayu di Singapura di bawah naungan National Arts Council.

Namun demikian, segala pencapaian ini dilakukan tanpa sebarang

kompromi terhadap penghasilan karya-karya penulis tempatan dalam bahasa

Melayu yang baik dan bermutu termasuk kegiatan-kegiatan sepanjang tahun

yang dijalankan di seluruh Singapura dan di sekolah-sekolah semuanya adalah

berteraskan bahasa Melayu. Inilah pragmatisme bukan nasionalisme

berteraskan emosi. Masih ramai lagi yang kurang mendalami ilmu

Page 9: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

9

pragmatisme sehingga mereka gagal menerima hakikat perubahan atau

evolusi. Mereka masih berpeluk tubuh di dalam alam Melayu purbakala

sedangkan teknologi sudah jauh memamah khazanah bangsa. Atas dasar ini

juga Asas ‟50 terus menggerakkan mekanisme portalnya dengan membina

satu infrastruktur portal sumber Melayu yang tercanggih untuk memenuhi

keperluan semua lapisan pengguna. Asas ‟50 akan membawa khazanah

bangsa ke satu kedudukan yang mulia dan penuh wibawa. Itulah visi Asas ‟50

alaf baru yakni menjadi sebuah institusi wibawa dan penuh komitmen kepada

bangsa dan negara.

Satu perkara yang tidak pernah berubah ialah Asas ‟50 digerakkan oleh

para sukarelawan yang setia berkhidmat dengan penuh komitmen.

Sempena dengan sambutan 60 tahun Asas ‟50, buku ini yang bertajuk

„Pragmatisme Menjana Persuratan Alaf Baru – Asas ‟50 Dalam Esei Dan

Kritikan‟ merupakan satu usaha murni Asas ‟50 untuk merakamkan dan

membuktikan bahawa Asas ‟50 adalah satu gerakan pragmatik sejak ia

dimulakan pada tahun 1950 dan mula matang setelah enam dekad ber-

gelumang dengan seismograf kehidupan.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

Presiden

Angkatan Sasterawan „50

Page 10: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

10

PENGENALAN

Pragmatisme adalah sebuah gerakan atau sistem dalam bidang falsafah yang

menitikberatkan ciri-ciri praktikal sebagai di antara kriterion utama ketika

menentukan apa yang dianggap bermakna, bernilai dan benar. Malah,

pragmatisme, dewasa ini, dilihat sebagai satu sifat yang penting dalam proses

membuat keputusan apabila berdepan dengan isu-isu kontemporari.

Berbekalkan pragmatisme, seseorang dapat menyesuaikan diri dengan lebih

mudah ketika berdepan dengan perubahan-perubahan genting dan kemudian

mengatur strategi demi mencapai objektif secara ekonomis lagi cekap.

Falsafah pragmatisme ini amat disinonimkan dengan Singapura. Malah,

kejayaan sistem pemerintahan dan keutuhan ekonomi negara sering kali

dikaitkan dengan sistem falsafah tersebut. Dalam menentukan kesesuaian

tindakan dan dasar yang digubal berteraskan falsafah pragmatisme ini, faktor

konteks, masa, keperluan dan lain-lain lagi turut memainkan peranan. Dalam

erti kata lain, pragmatisme sering mencabar kemutlakan lalu memberi ruang

dan peluang untuk sesuatu perkara itu ditangani dengan lebih fleksibel dan

rasional. Justeru, manusia yang pragmatik kerap memburu peluang dan bijak

mengorak langkah apabila bertentangan dengan krisis atau masalah. Dalam

bidang kesusasteraan, khususnya senario kesusasteraan Melayu Singapura,

pragmatisme boleh dianggap telah berjaya dalam menjana persuratan alaf

baru. Selaku nadi yang menggerak dan menghidupkan arena persuratan tanah

air, Angkatan Sasterawan 50 menjadi pewarta kepada keberkesanan

pragmatisme dalam konteks kesusasteraan Melayu Singapura.

Perubahan kepada pucuk kepimpinan, penggubalan dasar, objektif

perjuangan dan sistem pentadbiran Asas „50 sejak bermulanya alaf baru pada

2000 telah memperlihatkan kesan yang begitu ketara dan memberangsangkan

bagi masa hadapan senario kesusasteraan Melayu Singapura. Nafas dan upaya

baharu inilah yang diterangkan dalam esei “Asas „50 Merevolusi Gerakan

Persuratan Melayu dalam Tatanan Baru Dunia” oleh Mohamed Pitchay

Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. Esei ini memperincikan pembangunan dan

kemajuan Asas „50 dalam arena persuratan lokal via strategi yang sarat dengan

falsafah pragmatisme. Antaranya, Asas „50 menebarkan pendekatan yang memestikan hubungan kesetiakawanan dan kolaborasi yang erat. Melalui

pendekatan membina rangkaian dan jaringan kerja yang sihat dan positif

x

Page 11: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

11

bersama pertubuhan-pertubuhan bertaraf nasional, regional dan internasional,

Asas „50 berjaya untuk menyebarkan perjuangannya ke wilayah yang lebih

rencam dan meluas. Namun, inisiatif celik karya dan pembeliaan sasteralah

yang wajar diberikan pengiktirafan kerana ia menjadi pemangkin kepada

meledaknya kegiatan persuratan di Singapura. Golongan belia diajak terlibat

sama dalam melakarkan program dan inisiatif untuk merancakkan aktiviti

kesusasteraan di tanah air. Pemberdayaan ini, digembleng dengan keperluan

untuk merelevankan penghayatan dan penciptaan karya-karya sastera Melayu

telah merapatkan Asas „50 kepada perealisasian visinya iaitu untuk institusi

persuratan dinamik yang berusaha untuk mengakrabkan masyarakatnya

dengan kesusasteraan Melayu.

Homi K. Bhabha pernah menyuguhkan betapa perwatakan seseoranglah

yang memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan transformasi

gerak arus sejarah dan masa hadapan sesebuah masyarakat. Selain merombak

dan mengubah bahagian-bahagian teknis dan adminisitratif sesebuah

pergerakan, keterlibatan para sasterawan selaku inteligensia yang berfungsi

juga diperlukan untuk menajamkan perjuangan tersebut. Via esei

“Sastera[wan] Membina Asas: Keterlibatan Inteligensia Sastera dalam

Masyarakat” oleh Dr. Azhar Ibrahim Alwee, peranan inteligensia sastera

Melayu yang dianggap sebagai kelompok paling signifikan dalam budaya

intelektual Melayu masakini dijelas dan dijustifikasikan sebagai peringatan

kepada para aktivis sastera agar pertanggungjawaban dan kepercayaan yang

diberikan kepada mereka itu tidak disia-sia apatah lagi dikhianati. Sasterawan

yang memeluk pragmatisme secara membabi-buta juga dijentik untuk

memikir-ulang penganutan mereka kerana pensenyapan mereka dalam

mempersoalkan ketidakadilan melalui karya-karya mereka berpotensi untuk

memberi kesan yang drastik kepada masyarakat pembaca mereka. Sebaliknya,

pragmatisme kritis yang berpaksikan keadilan dan kebenaran itulah yang

sangat diinginkan dalam para sasterawan tanah air agar mereka dapat memberi

kesan yang signifikan bukan hanya dalam sfera wacana sastera malah juga

sfera realiti sosial yang didiami para pembaca tersebut.

Dengan pengesahan persekitaran yang membangun dari segi prasarana

dan pentadbiran serta pengesanan soft skills yang begitu penting dalam

pembentukan perwatakan manusia abad ke-21, perlu pula dikerahkan wahana

perjuangan seperti yang disentuh dalam esei “Revolusi Aksi Asas „50” oleh

xi

Page 12: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

12

Yazid Hussein. Dengan membezakan “revolusi minda” dan “revolusi aksi”,

penulis menekankan betapa “gerakan revolusi aksi yang menggerakkan sesuatu

atau seseorang itu sentiasa bertindak untuk membaiki keadaan dalam menuju

ke arah kecemerlangan”. Beliau tambah bahawa “gerakan revolusi minda dan

gerakan revolusi aksi adalah ibarat usaha yang memangkin dan memberi

motivasi untuk membina individu, masyarakat, bangsa dan nusa yang akan

mempunyai pemikiran yang positif, berorientasikan aksi, kesedaran kualiti dan

persembahan kelas dunia”. Nilai-nilai Islami menjadi tunggak kepada gerakan

revolusi minda dan aksi ini. Tambahan lagi, menurut penulis “sasterawan tidak

harus teragak-agak untuk membongkar kejahatan, ketidakadilan, rasuah,

kekufuran, kebatilan, kebodohan, penindasan dan sebagainya yang berlaku

dalam masyarakatnya kerana Islam menghendaki kebaikan dan keadilan

ditegakkan dalam masyarakat Islam, iaitu amal ma„ruf nahi munkar”.

Antara ciri utama falsafah pragmatisme adalah kebolehan untuk

menegosiasi sesebuah masalah atau krisis dengan cekal lagi berkesan. Dalam

esei “Sastera & Biblioterapi” oleh Namira Mazlan, wadah sastera ditugaskan

untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan diri para peserta program

Bibliotherapy; satu inovasi Asas „50 dalam menggabungkan penggunaan karya

sastera untuk menangani masalah para remaja berisiko tinggi. Maka,

pragmatisme yang kritis juga membolehkan medium sastera untuk digunakan

sebagai alat pemulih jiwa, bukan sekadar bahan transaksi dwihala antara teks

dan pembacanya.

Malah, sastera juga boleh mendukung kriterion pragmatisme yang

memestikan ketercapaian matlamat malah, bermatlamatkan pencapaian.

Muhammad Herwanto Johari menggariskan perihal tersebut dalam esei beliau

yang berjudul “Pendekatan Pembelajaran Berteraskan Nilai Olimpisme”.

Bukan hanya nilai-nilai Olimpisme yang dijadikan teras dalam pemajuan

pendidikan dan kesusasteraan di kalangan para pelajar, malah keprihatinan

penulis terhadap kepelbagaian dan elemen multidimensional setiap individu

turut menampilkan kepedulian penulis akan peri perlunya sesebuah pendekatan

pedagogi itu untuk bersifat pragmatik, malah holistik bagi pembangunan para

pelajar.

Dalam memenuhi tuntutan holistik inilah, bidang muzik dan seni suara

dapat memberikan dimensi yang berbeza dalam pendidikan estetika seseorang

xii

Page 13: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

13

anak muda. Noorhaqmal Mohamed Noor melalui eseinya “Rima Rap Mesej

Berpengaruh” menjelaskan manfaat genre rap jika ia disisip dengan mesej

yang positif lantas menjadi bahan artikulasi yang membina jiwa remaja ke arah

kehidupan yang lebih bermakna.

Pencedukan makna yang berbeza, alternatif malah subversif juga dapat

diraih dalam usaha membedah-siasat karya-karya kesusasteraan dengan

mengenakan lensa-lensa kritikan yang relevan, pragmatik tetapi tetap

mengekalkan elemen kritis yang wajar disebatikan dalam jiwa penulis esei

kritikan sastera. Via esei “Puisi Kritis: Sepintas Wacana Kesusasteraan

Aku Bukan Penyair”, Muhammad Irwan Jamal menegaskan keperluan untuk

melihat elemen penumbra dalam sesebuah karya sastera; elemen yang

mengayakan pengertian dan penghayatan teks tersebut. Lantas, penggalian

makna yang rencam ini boleh direalisasikan jika sesebuah karya tidak dinilai

dalam silo yang memenjara makna kata kepada hukum-hakam linguistik

struktural ala armchair grammarian tetapi sebagai konstruk kewacanaan dan

produk kebudayaan yang maju.

Malah, falsafah pragmatisme, walau acap kali diselarikan dengan

penakatan sesebuah kelompok masyarakat turut memestikan kemajuan dan

pencapaian konstruktif kelompok tersebut. Mohamed Haikel Fansuri

Mohamed Latiff menyentuh hal ini dalam eseinya yang bertajuk “Melihat

Transisi Masyarakat Melayu dalam Puisi Luka dan Puisi Duka”. Dengan

mengaplikasikan lensa sosiologi sastera, penulis menghuraikan elemen-elemen

anomie yang terkesan dalam narasi persona puisi-puisi yang dikaji, akibat

pertembungan idea dan ideologi setelah berlakunya transformasi struktur

ekonomi yang bergerak ke arah kapitalisme dan komersialisme. Persoalan

kekontangan makna menjadi leitmotif dalam deretan kritikan penulis,

sekaligus mengingatkan penganut falsafah pragmatisme akan padahnya jika

pragmatisme itu dibenarkan beroperasi tanpa melihat konteks, etika dan

keadilan.

Begitulah pula premis Nurhayati Abdul Ghafoor yang mempersoalkan

dikotomi makna/nyahmakna kekata, frasa dan ayat yang dipetik dalam teks

pilihannya. “Mengungkap Pemaknaan dalam Perlambangan Ziarah Cinta”

mengaplikasikan rangka kritikan semiotik dalam meleraikan bahawa sesuatu

yang lumrah tidak semestinya benar, malah sesuatu yang benar itu tidak

xiii

Page 14: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

14

semestinya lumrah dalam sesebuah masyarakat. Begitu juga dengan falsafah

pragmatisme; kadang kala, ia memerlukan juru bicara dalam masyarakatnya

yang dapat mempertengahkan isu-isu genting secara pragmatik bak peribahasa

tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Kesinambungan budaya mengenakan lensa kritikan yang pelbagai turut

terpancar dalam esei “Menjejak Kolonialisme & Jati Diri Melayu

Singapura dalam Semangat Ombak Melanda Pantai” oleh Nur Hafizah

Mohd Rashib. Lensa pasca kolonial menjadi instrumen pilihan tatkala

menjelaskan unsur-unsur hybridity, narration dan identity yang amat menjejas

sejarah kehidupan orang-orang Melayu Singapura. Pragmatisme penulis dalam

memilih bibit-bibit yang berguna dan membangun bagi santapan minda anak

bangsa menandakan kebolehan untuk membuat pilihan dan keputusan

berdasarkan bacaan yang rapi, optimistik tetapi kritis.

Namun demikian, optimisme itu dipantau dan disanggah oleh Norazian

Mohamed Yahya dalam eseinya ”Kritikan Sebagai Diagnosis dalam Diari

Hitam”. Pragmatisme bagi beliau adalah keperluan untuk memulih jiwa yang

terbantai agar ia juga dapat disuntik dengan nafas dan semangat baharu demi

kesejahteraan nusa, bangsa dan negara. Malah, penyembuhan para konsumer

sastera sebegini memperlihatkan keperluan kritikan sastera untuk bertindak

sebagai penjaga kemaslahatan insan dengan membaikpulihkan keyakinan dan

kepercayaan individu-individu tersebut.

Malah, keterpanggilan para pengkritik untuk memberikan suara [lantang]

kepada wanita dalam karya-karya sastera Melayu amat ditonjolkan oleh Nur

Emelda Jumari dalam eseinya ”Ginokritik: Instrumen Memperlihatkan

Pelenyapan Subjektiviti Wanita dalam Suara Hati”. Selain menghidupkan

suara mereka yang terbantai, esei ini memperlihatkan peri-perlunya untuk

menyalakan juga suara wanita yang seringkali tertindas dan tertimbus diinjak

sistem partriakal sexist/mysogynist. Sebaliknya, penulis mengajukan pemer-

kasaan imej wanita yang dijadikan subjek berbanding objek dalam karya

sastera melalui kaedah ginokritik; kritikan sastera oleh wanita, untuk wanita.

Tidak dapat tidak, kaedah ini berpotensi untuk menugaskan sekumpulan lagi

dalam masyarakat demi menepati tujuan yang lebih makro, sekaligus cocok

dengan falsafah pragmatisme.

xiv

Page 15: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

15

Pragmatisme dapat menjana persuratan alaf baru. Persoalannya kini;

pragmatisme yang bagaimana? Tentunya pragmatisme yang menolak

ketidakadilan, kepalsuan dan yang muflis kemoralan. Dengan itu, adalah

berguna jika kekata Dr.Kenneth Paul Tan dijadikan sandaran apabila beliau

menolak uncritical pragmatism lalu mengingatkan bakal pemimpin dan aktivis

tanah air dengan menyatakan:

“They must resist the temptation to appear superficially practical

and useful to the powerful doers-who-will-not-think, if this will

mean compromising their mission to educate people more

holistically so that they will have the philosophical capacity, the

moral courage, and the imaginative vision to understand what it

really means to be in the service of humanity”.

Tanpa bermuka-muka, berpura-pura dan beriya-iya; itulah pragmatisme kritis

yang diinginkan sesungguhnya penjanaan persuratan alaf baru Asas „50 ini

benar-benar bertunjangkan “sastera bina manusia”.

Muhammad Irwan Jamal Ketua Biro Penerbitan

Angkatan Sasterawan „50

xv

Page 16: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

16

Majlis Bahasa Melayu Singapura gembira sekali dengan usaha ASAS '50 mengajukan inisiatif membangun yang relevan dengan keperluan dan minat golongan belia generasi kini. Aktiviti Sayap Belia Asas '50 yang mendukung slogan ’Seni Bina Belia’ mengukuhkan usaha kita untuk

terus memberi peluang kepada generasi muda wadah dan wahana untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan bahasa dan

kesusasteraan Melayu dan sekaligus nasional.

Hawazi Daipi Setiausaha Parlimen Kanan,

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga Manusia dan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura

Page 17: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

17

SEKILAS ANGKATAN SASTERAWAN ‘50

Pengenalan

Angkatan Sasterawan „50 atau ringkasnya „Asas „50‟ ialah sebuah

pertubuhan sastera pertama di Malaya sebelum perang. Ditubuhkan pada 6

Ogos 1950, Asas „50 merupakan pertubuhan sastera pertama bersifat

kemasyarakatan dan menggunakan bahan sastera sebagai wadah mencapai

kemerdekaan untuk Malaya pada tahun 1957. Bertunjangkan prinsip „Seni

untuk Masyarakat‟, Asas „50 merupakan agen pencorak perkembangan

sastera Melayu moden dengan pengasasnya; Muhammad Ariff Ahmad

(MAS), Kamaluddin Muhammad (Kris Mas), Abdul Wahab Muhammad

(Awamil-Sirkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali

(Rosmera), Kumasi Haji Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain

(Hamzah), Masuri Salikun (Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli

Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud dan Muhammad Yusof

Yaacob (Jim). Sejak penubuhannya, Asas ‟50 tidak pernah leka daripada

matlamatnya. Ini terbukti dengan sekian banyak usaha persuratan yang

direncanakan dan direalisasikan seperti seminar, bengkel, forum, dialog,

kongres, kursus dan lain-lain. Tidak kurang juga penglibatannya dalam

peringkat nasional menggemblengkan segenap khazanah ilmu bahasa dan

sastera dengan melibatkan generasi muda dan pertubuhan-pertubuhan

nasional.

Visi dan Misi

Asas „50 berbekalkan visi; „Menjadi Sebuah Institusi Persuratan Dinamik‟

dengan misi; „Membudayakan Persuratan Melayu‟. Sebagai sebuah institusi

unggul persuratan Singapura, sewajarnya Asas ‟50 menjadi sebuah institusi

yang sentiasa berkembang dan dinamik dengan keperluan zaman dengan

melahirkan budaya persuratan Melayu di kalangan masyarakat Melayu

khususnya dan rakyat Singapura, umumnya. Usaha ke arah visi ini nampak

jelas melalui sumbangan rangkaian dan aktiviti Asas ‟50 dewasa ini.

xvii

Page 18: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

18

Seni Bina Manusia

Satu lagi sumbangan Asas ‟50 terhadap perkembangan sastera khususnya di

Singapura ialah usaha menyatukan kumpulan-kumpulan sastera lain, seperti

Grup Gelorasa dan Pass menjadi anggota Asas ‟50 pada tahun 1974. Dalam

memastikan hasrat menyatukan usaha sastera ini berjaya dilakukan, Asas ‟50

telah melahirkan satu slogan baru iaitu „Seni Bina Manusia‟. Slogan ini

dianggap sebagai sesuatu yang umum tidak dipunyai oleh mana-mana

pertubuhan sebelum ini. Maka slogan ini dapat diterima oleh semua anggota

baru daripada pertubuhan yang lain tadi sehingga hari ini. Slogan ini dipilih

kerana berbeza dengan zaman penjajahan, kini perjuangan penulis bukan

lagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah secara fizikal tetapi berjuang

membebaskan masyarakat daripada belenggu atau penjajahan intelektual dan

minda. Walapun telah merdeka, masyarakat didapati masih mengagungkan

barat dari banyak aspek hingga mengenepikan jati diri mereka. Namun

demikian, prinsip perjuangan Asas ‟50 masih bertunjangkan „seni untuk

masyarakat‟ walaupun slogannya telah berubah.

Bahasa

Dalam dunia bahasa, sumbangan Asas ‟50 tidak dapat dinafikan

kehebatannya. Pertama sekali dari segi karya yang menggunakan bahasa

Melayu yang dihasilkan para penulisnya. Ribuan karya yang dihasilkan itu

menggunakan gaya bahasa yang rencam serta istilah-istilah baru yang

dicipta untuk menjelaskan sesuatu fenomena yang baru dialami masyarakat

pada sesuatu masa. Mentelah lagi, ramai daripada anggotanya terdiri

daripada para guru dan wartawan. Maka perkembangan bahasa Melayu

pastinya semakin dinamik berbanding dengan zaman sebelumnya yang

masih dibelenggu feudalisme dan kekurangan istilah dalam bahasa Melayu.

Satu sumbangan bersejarah Asas ‟50 yang penting ialah perumian ejaan

bahasa Melayu. Sebelum ini tulisan jawi merupakan ejaan yang diterima

pakai. Namun demikian, setelah Kongres Bahasa ke 3 pada tahun 1956, atas

usaha Asas ‟50 yang mencadangkan agar ejaan rumi digunakan untuk

bahasa Melayu selain ejaan jawi, Nusantara menyaksikan satu reformasi

ejaan yang kekal hingga hari ini iaitu ejaan rumi mengambil alih ejaan jawi.

Perubahan ini sebenarnya menguntungkan masyarakat berbahasa Melayu

kerana memudahkan mereka dalam menjana ilmu dan penulisan memandang

xviii

Page 19: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

19

kan bahasa Inggeris juga ditulis dalam huruf rumi. Maka ia memudahkan

pembelajaran dan kajian dalam bahan-bahan dari barat untuk keperluan

tempatan. Walaupun rumi diperkenalkan selain jawi, namun, setelah

beberapa tahun pengaruh rumi telah terserlah sehingga jawi akhirnya tidak

digunakan secara meluas dalam penggunaan harian dan pendidikan kecuali

di negara Brunei.

Pencorak Trend

Kemampuan Asas „50 sejak zaman penubuhannya hingga kini tidak dapat

disangkal. Asas „50 wujud sebagai sebuah pertubuhan yang menggerakkan

beberapa inisiatif landmark bagi hampir setiap zaman. Ia merupakan

pertubuhan Sastera pertama Malaya yang berdaftar. Ia juga memulakan

sastera bersifat social protest atau social critic. Asas „50 merupakan badan

yang bertanggungjawab menyumbang kepada tercapainya kemerdekaan

Malaya pada tahun 50-an dan perubahan terhadap dasar ejaan bahasa

Melayu melalui 3 Kongres Bahasa yang diadakan. Pada tahun 70-an pula,

sumbangan Asas ialah terhadap penubuhan „Hadiah Sastera‟ yang kini

dikenali sebagai „Anugerah Persuratan‟. Buat pertama kalinya karya para

penulis dan sasterawan Singapura diiktiraf dan diberikan anugerah. Pada

tahun ini juga, Asas ‟50 memulakan tradisi „Pertemuan Sasterawan

Nusantara‟ yang menjadi ikutan negara-negara Nusantara secara bergilir-

gilir hingga hari ini.

Pada tahun 2000-an, Asas ‟50 mengorak langkah ke arah

mengukuhkan lagi penglibatkan dalam pertubuhan-pertubuhan nasional.

Asas ‟50 merupakan pertubuhan Melayu pertama menandatangani

memorandum kerjasama dengan National Library Board (NLB). Pada zaman

ini juga Asas ‟50 melahirkan sebuah buku bersejarah di Singapura iaitu

sebuah direktori penulis Singapura yang merakamkan maklumat terperinci

70 orang penulis mapan Singapura sejak 1965 hingga 2005. Buku ini

bernama LEKSIKON. Asas ‟50 juga merupakan pertubuhan pertama yang

menggunakan bangunan baru NLB di Victoria Street bagi sesi pelancaran

buku LEKSIKON yang juga merupakan aktiviti pertama bagi NLB. Asas

„50 merupakan sebuah pertubuhan yang dianggap sebagai perwakilan rasmi

dalam perkembangan sastera Nusantara. Asas ‟50 berdiri sama tegak dengan

pertubuhan-pertubuhan penulis seperti Gapena (Malaysia), Asterawani

xix

Page 20: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

20

(Brunei), Horizons (Indonesia) dan lain-lain. Malahan anggota Asas ‟50

sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti di Dewan Bahasa dan Pustaka,

MASTERA dan MABBIM. Asas ‟50 selanjutnya mengukir sejarah dengan

menandatangani MOU dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

pada tahun 2006 dalam rangka usaha sama menyebarluaskan kegiatan dan

rangkaian serantau.

Perfileman

Asas ‟50 sebenarnya memberikan sumbangan besar terhadap dunia

perfileman Melayu awal. Filem-filem P. Ramlee sebenarnya banyak

dipengaruhi perjuangan Asas „50 kerana objektif dalam filem-filem tersebut

selari dengan objektif Asas ‟50. Kebetulan P.Ramlee juga mempunyai

semacam pertalian dengan Asas „50 melalui teman-temannya. Malahan isteri

kepada Asraf sendiri, Fatimah Murad, adalah editor bagi majalah filem P.

Ramlee dikenali sebagai „majalah Bintang‟. Maka Asraf telah menggunakan

majalah ini untuk menyuntik ideologi Asas ‟50 sambil berkongsi

pemikirannya dengan P. Ramlee. Para pengamat sejarah filem, menganggap

filem „Bujang Lapok‟ selaras dengan perjuangan Asas ‟50 kerana ia

mengandungi sindiran-sindiran tajam terhadap masyarakat pada zaman itu.

Satu ciri yang ketara dalam filem ini ialah penggunaan nama sebenar para

pelakon utamanya seperti „Ramlee‟, „Sudin‟ dan „Aziz‟. Dengan cara ini, P.

Ramlee berharap dapat menonjolkan perasaan dan keadaan sebenar

masyarakat marhaen.

Akhbar

Hakikatnya, akhbar Singapura juga menganuti prinsip sastera mesra

masyarakat dengan menerbitkan karya-karya yang menyentuh fenomena dan

dilema masyarakat merentasi zaman. Karya-karya yang membuka masalah

masyarakat dari perspektif sosial, agama, politik dan ekonomi menjadi

mainan akhbar. Jika disingkap jumlah karya yang diterbitkan sejak 1965

hingga kini, dianggarkan sebanyak 3200 daripada 1600 orang penulis. Ini

merupakan jumlah terbesar sehingga Sastera Melayu Singapura

disinonimkan dengan „sastera akhbar‟. Secara tidak langsung, perjuangan

Asas ‟50 telah disebarluaskan oleh pihak akhbar yang juga menyokong

matlamat perjuangan Asas ‟50.

xx

Page 21: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

21

Penerbitan

Dari segi penerbitan, Asas „50 secara pertubuhan tidak melahirkan banyak

karya berbanding dengan usianya. Setakat ini terdapat lebih kurang 25 buah

buku yang diterbitkan dalam pelbagai genre. Daripada jumlah ini,

pertumbuhan mendadak dapat dilihat pada tahun 2000-an. Namun demikian,

dari segi anggota Asas „50 jumlah penerbitan jika dikumpulkan telah

mencapai ribuan. Antara penerbitan terulung Asas ‟50 ialah buku „Petikan

Rasa/Extracts of Feelings‟ karya Abdul Ghani Hamid daripada geran

Singapore Cultural Medallion. Buku dwibahasa ini pertama kali dihasilkan

oleh Asas ‟50 pada tahun 2005. Ia mengandungi kumpulan sajak-sajak

Abdul Ghani Hamid yang didampingkan dengan lukisan-lukisannya.Satu

lagi penebitan yang agak signifikan ialah penerbitan „Memoir Perjalanan

Mas‟ (2004) merupakan sejarah dan perjalan hidup Muhd Ariff Ahmad yang

juga salah seorang daripada pengasas Asas „50. Buku ini penting kerana

penglibatan Muhd Ariff Ahmad yang meluas dalam dunia persuratan, bahasa,

sastera dan budaya yang merentasi zaman. Ia secara tidak langsung menjadi

dokumen sejarah persuratan Melayu Singapura.

Penerbitan yang boleh dianggap terunggul Asas ‟50 ialah buku

direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 – LEKSIKON. Buku ini

sangat bersejarah kerana merakamkan maklumat lengkap mengenai para

penulis karya kreatif Melayu Singapura sejak tahun 1965. Belum ada buku

seumpama ini di Singapura. Ia secara tidak langsung membuktikan

komitmen Asas ‟50 dalam merakamkan dan mempromosikan segenap

penulis Melayu di Singapura. Buku ini merupakan penerbitan bersama

dengan NLB. Buat pertama kali juga Asas ‟50 menerbitkan sebuah antologi

sajak dan cerpen – „Menyongsong Pelangi‟ (2005) yang merangkumi karya-

karya penulis mapan dan muda bersempena dengan sambutan 55 tahun

Asas ‟50 pada tahun 2005 ini.

Seminar, Bengkel & Bicara Sastera

Asas ‟50 merupakan sebuah badan persuratan tanah air yang aktif dalam

menganjurkan seminar, bengkel, Bicara Sastera, ceramah dan anugerah di

Singapura yang bersifat tempatan dan serantau. Antaranya termasuk;

Kongres Bahasa, Pertemuan Sasterawan Nusantara, Dialog Selatan, Dialog

xxi

Page 22: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

22

Sastera, Dialog Penulis, Hadiah Sastera, Seminar Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa, dan Pertemuan Penulis Singapura, Pertemuan Puisi

Temasik, dan Perkampungan Sastera. Asas „50 kerap menganjurkan

bengkel-bengkel sesi-sesi Bicara Sastera dengan mengundang para

cendikiawan dan aktivis dalam dunia penulisan dan akademik untuk

membimbing bengkel dan memberikan ceramah bagi sesi Bicara Sastera.

Terkini Asas ‟50 bergabung dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

untuk menganjurkan bengkel Karya Kreatif – Genre Cerpen dan sajak.

Nara Sumber dan Rujukan

Asas ‟50 juga telah menjadi nara sumber kepada NLB dan badan yang

dirujuk bagi projek „Singapore Literary Pioneers Gallery‟, „NLB Online

Repository of Artistic works (NORA) database collection for Malay writers

and manuscript‟, potret „Tun Seri Lanang‟ iaitu tokoh-tokoh penerima

anugerah Tun Seri Lanang Singapura dan „Tekad Pena‟ iaitu profil para

penulis prolifik Singapura yang dipamerkan. Asas ‟50 juga menjadi orang

tengah bagi mendapatkan para penerima Anugerah Tun Seri Lanang untuk

menyumbang karya-karya mereka termasuk buku, bahan penulisan,

penerbitan, koleksi peribadi dan sebagainya kepada NLB untuk disimpan

sebagai koleksi khas di NLB.

Keanggotaan

Tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan terbesar Asas ‟50 ialah dari segi

pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu dan pengenalan ejaan Rumi dalam

bahasa Melayu. Kedua-dua sumbangan ini mencorak perkembangan dan

pembangunan bangsa, bahasa dan sastera Melayu Nusantara. Tidak kurang

juga ialah sumbangannya dalam dunia perfileman. Terkini, anggota Asas ‟50

banyak diundang sebagai penasihat dan anggota jawatankuasa badan-badan

nasional seperti National Arts Council, Nasional Book Development Council,

National Library Board, Majlis Pusat, Majlis Bahasa Melayu Singapura dan

lain-lain. Tidak kurang pula yang menjadi pensyarah, pelatih mahupun guru-

guru di sekolah dan institusi bagi aktiviti-aktiviti bahasa, sastera,

perkemahan, bengkel dan lain-lain. Ini juga termasuk media massa seperti

Berita Harian, radio dan televisyen mediacorp. Ramai juga anggotanya yang

kini bertindak selaku editor bagi penerbitan nasional dan penerbit bagi

xxii

Page 23: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

23

penulis tempatan. Kemampuan Asas ‟50 bertahan sampai hari ini atau lebih

tepat lagi 60 tahun, sebagai sebuah pertubuhan unggul sastera di Singapura

tidak dapat dinafikan. Sejak 1950-an, terdapat banyak pertubuhan sastera

yang ditubuhkan seperti Grup Gelorasa (1971), Pass (1972), Jejak Kembara

(1978), Kupuja (1984), Kamus (1989), Nadwah Sastera (1990) dan lain-lain.

Namun demikian, semuanya kini kurang prolifik dan ada pula yang tidak

lagi berfungsi.

Golongan Muda

Sejak penubuhannya, Asas ‟50 dianggotai para penulis muda dengan

semangat perjuangan demi kepentingan masyarakat. Usia seumpama ini

didapati sangat produktif dan prolifik bagi penulis yang sememangnya

sedang mencari jati diri. Bermula tahun 2002, sayap belia Asas ‟50

dimulakan dengan hasrat menyediakan generasi muda sebagai pelapis dan

penggerak selanjutnya Asas ‟50. Usaha ini sering diluahkan oleh Masuri SN

kerana beliau percaya bahawa tunggak pertubuhan perlulah dikukuhkan

dengan golongan muda bagi hari muka. Maka lebih banyak anggota muda

diserapkan khususnya daripada golongan guru pelatih di Institut Pendidikan

Nasional Kampus Townsville. Ada di antara mereka yang kini memegang

jawatan dalam jawatankuasa Asas „50. Dengan sokongan generasi muda ini,

Asas ‟50 dapat merencanakan dan menggerakkan lebih banyak aktiviti

peringkat nasional. Daripada golongan ini juga, lahir penulis yang berpotensi

yang meraih anugerah dan menghasilkan penerbitan. Karya-karya mereka

diterbitkan di akhbar dan majalah tempatan serta antologi. Sumbangan

utama golongan muda ini yang dikenali sebagai sayap belia Asas ‟50 ialah

dalam mengendalikan aktiviti utama Asas ‟50 seperti Pertemuan Sasterawan

Nusantara ke 12 dan lain-lain aktiviti sepanjang tahun 2000-an termasuk

penghasilan buku direktori penulis Melayu Singapura sejak 1965 –

LEKSIKON dan buku cenderamata 55 tahun Asas „50,

Rakan Asas „50

Asas ‟50 mendapat galakan proaktif khususnya dalam menjana aktiviti dan

pendokumentasian melalui hubungan baik dengan Lembaga Perpustakaan

Negara (NLB) yang dimeterai melalui memorandum kerjasama pada tahun

2003. Melalui usahasama dengan Asas „50, NLB juga bergerak ke arah

xxiii

Page 24: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

24

usaha pendokumentasian khazanah para penulis mapan dan prolifik

Singapura yang diiktiraf khususnya para penerima Anugerah Tun Seri

Lanang Singapura. Selain itu NLB juga menyokong aktiviti

mendokumentasikan kertas kerja bagi Pertemuan Sasterawan Nusantara ke

12 anjuran Asas „50 dan penerbitan Leksikon Penulis Melayu Singapura

Pasca 1965. Usaha sama seumpama ini masih diteruskan kerana ia saling

melengkapi dari segi keperluan dan kepentingan perkembangan ilmu dan

persuratan.

Anugerah & Pengiktirafan

Sepanjang pergerakan Asas ‟50, banyak anugerah dan pengiktirafan diraih

yang menjadikan ia sebagai sebuah institusi persuratan unggul Nusantara.

Antaranya ialah: President Charity Gold Cup Race 2005 dan 2007, Bab di

dalam „Singapore Encyclopedia‟, tersenarai dalam „Kamus Dewan‟,

Pertubuhan Pasca Perang yang paling lama bertahan di Nusantara,

Memulakan Hadiah Sastera Singapura (Kini Anugerah Persuratan),

Memulakan Pertemuan Sasterawan Nusantara, Memulakan rangkaian belia

dalam persuratan.

Kesimpulan

Sumbangan Asas ‟50 dalam perkembangan, pembangunan dan pertumbuhan

sastera Melayu Singapura dan Nusantara amat luas dan memberi kesan

mendalam. Merentasi sejarahnya yang tidak pernah leka daripada matlamat

penubuhannya, Asas ‟50 jelas telah merealisasikan prinsip „seni untuk

masyarakat‟ dengan begitu bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

Hakikatnya, banyak usaha telah dilakukan oleh Asas ‟50 untuk membela

bangsa, negara dan penulis itu sendiri. Daripada perjuangan mencapai

kemerdekaan, Asas ‟50 cekal menyatukan pertubuhan-pertubuhan sastera

yang bertaburan dengan pendirian masing-masing, bersendikan semangat

„seni bina manusia‟, sehingga meletakkan status penulis ke tahap tinggi

dengan tercetusnya „Hadiah Sastera‟. Sebagai melengkapi tanggung

jawabnya pada usia 55 tahun ini, Asas ‟50 memahatkan sekian penulis

mapan dan prolifik Asas ‟50 dalam sebuah direktori penulis Melayu

Singapura – LEKSIKON. “Daripada manusia kepada manusia dan kembali

kepada manusia” – Demikianlah pertubuhan mapan yang diberi nama

Angkatan Sasterawan „50.

xxiv

Page 25: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

25

Esei

Page 26: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

26

‘ASAS ’50 memang kerap menjadi contoh akan perkembangan pertubuhan pengarang disamping banyak membawa ingatan sejarah

bersama zaman lampau dari Malaysia dan Singapura.

Tan Sri Prof. Ismail Hussein Ketua Satu GAPENA

Page 27: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

27

ASAS ‘50 MEREVOLUSI GERAKAN PERSURATAN MELAYU DALAM TATANAN BARU DUNIA

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

Pengenalan

Dalam masa sedekad setelah bermulanya alaf baru pada tahun 2000, Asas „50

mencapai satu tahap kecemerlangan yang begitu ketara kesan daripada

perubahan dasar dan motif perjuangan. Alaf baru menyaksikan Asas „50

memberikan keutamaan kepada para belia dengan tertubuhnya Sayap Belia

Asas „50 pada 2003. Asas „50 juga memulakan secara agresif gerakan

penerbitan dengan purata 5 hingga 10 karya setahun termasuk karya para

remaja dan belia. Pada 2005 Asas „50 mengumumkan proses

menasionalisasikan gerakannya agar ia melibatkan usaha kolaborasi dengan

semua badan dan institusi bukan Melayu sekaligus meletakkan Asas „50

dalam jaringan perangkaianan nasional. Usaha ini membawa kepada

kolaborasi antara Asas „50 dan beberapa institusi nasional dan serantau. Pada

2008, Asas „50 merupakan pertubuhan Melayu pertama yang diletakkan di

bawah yayasan Asia Pacific Breweries (APB) di bawah inisiatif Arts Inspire

Programme sokongan dana bagi kegiatan yang berstruktur dan menjana

potensi pembangunan sumber manusia dan kemaslahatan insan. Alaf baru ini

boleh dianggap sebagai revitalisasi zaman kegemilangan Asas „50 melalui

infrastruktur dan prasarana yang lebih sistematis dan berteraskan ilmu.

Senario Sastera Singapura

Sastera di Singapura umumnya digerakkan oleh badan yang dikenalpasti oleh

pemerintah seperti National Arts Council Singapore di bawah Kementerian

Penerangan, Perhubungan dan Kesenian; National Library Board; dan

gerakan-gerakan bukan pemerintah secara wewenang (NGO) seperti Majlis

Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Angkatan Sasterawan „50 (Asas „50),

National Book Development Council Singapore (NBDCS), Association of

Singapore Tamil Writers, dan Singapore Literature Society. Kesemua badan

wewenang ini membangun dalam konteks bangsa dan bahasa masing-masing dengan sokongan dan galakan pemerintah. Hubungan seumpama ini

merangsang perkembangan sastera multi-etnik di Singapura selaras dengan

Page 28: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

28

perancangan Singapura sebagai sebuah bandar Renaissance (Renaissance City

Plan) pada tahun 1989 yang diluluskan pada tahun 1999. Rancangan ini

menyaksikan penubuhan 3 badan utama iaitu National Arts Council, National

Library Board dan National Heritage Board. Sehubungan ini, Media

Development Authority (MDA) juga memainkan peranan ke arah yang sama.

Kini Singapura terus bergerak ke arah menjadi bandar global bagi budaya dan

Kesenian1

yang menyaksikan beberapa anugerah besar disediakan bagi

penulis Singapura seperti Cultural Medallion, Young Artist Award dan

Singapore Literature Prize. Gerakan berpadu ke arah menggalakkan

persuratan Singapura telah menghasilkan 23 buah badan dan syarikat

persuratan berdaftar di Singapura sejak 2008. Jumlah kegiatan kesenian juga

melonjak kepada 29, 3832 pada 2008 dan pada tahun yang sama pemerintah

melaburkan sebanyak $339.6 juta dalam usaha merealisasikan impian bandar

Madani ini.

Dalam konteks perkembangan sastera Melayu Singapura, umumnya,

Singapura amat terkesan dengan perkembangan sastera di Nusantara

memandangkan terdapat hubungan erat antara pertubuhan setempat dengan

Nusantara melalui kegiatan serantau seperti MABBIM3, MASTERA

4, dan

PSN5

serta penglibatan penulis Nusantara di Singapura melalui kempen

seperti Read! Singapore, panel penilai bagi Singapore Literature Prize,

Golden Point Award, sayembara Novel Temasek, sayembara Noktah Putih,

dan penggunaan buku-buku penulis Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Pendedahan masyarakat Singapura kepada Nusantara dikukuhkan lagi melalui

program serapan di sekolah dan universiti serantau. Guru-guru bahasa Melayu

juga terus digalakkan meneruskan pelajaran mereka di universiti di rantau ini.

1 Renaissance City Plan III (2008) dan Renaissance City Plan III – Arts Development Plan

(2008). 2 Singapore Cultural Statistics 2004-2008. 3 Majlis Bahasa Brunei-Indonesia- Malaysia. Sejak penubuhannya pada 1972, Singapura

adalah negara pemerhati. 4 Majlis Sastera Asia Tenggara. Sejak penubuhannya pada 1995, Singapura adalah negara

pemerhati. Istilah „Mastera‟ dicipta oleh wakil Singapura ke mesyuarat penubuhan Mastera

iaitu sasterawan Muhd Ariff Ahmad. 5 Pertemuan Sasterawan Nusantara dimulakan di Singapura pada 1977 oleh Angkatan

Sasterawan „50.

Page 29: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

29

Kini banyak lulusan universiti khususnya dari Universiti Malaya telah

mengisi segenap institusi pendidikan Singapura. Ini bermakna pembudayaan

nilai dan ilmu kenusantaraan terus berkembang di dalam arena pendidikan

Singapura sebagai satu tanda pertalian keserantauan yang kukuh dan padu.

Tidak kurang pula para akademik dan sasterawan Singapura yang sering

mengikuti gerakan persuratan dalam bentuk seminar dan penerbitan jurnal di

rantau ini.

Alaf ini menyaksikan Singapura berusaha menghasilkan citra senario

sasteranya yang lebih mesra penulis muda. Beberapa anugerah tambahan

direka khususnya untuk penulis muda seperti anugerah MAS6 dan anugerah

Harapan7. Bermula 2007, Golden Pen Award (SPH-NAC)

8 menyesuaikan

penyertaannya kepada individu yang belum pernah menerbitkan buku kreatif

bagi cerpen, sajak atau novel dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada

para penulis baru dan berpotensi.

Umumnya, sastera di Singapura masih bergerak proaktif di media

massa; radio melalui siri drama radio dan rancangan kupasan buku, televisyen

melalui projek cerpen, dan akhbar melalui ruang sastera. Begitu juga dengan

pengenalan pengajaran subjek sastera di peringkat sekolah menengah bagi

sekolah-sekolah tertentu selain di peringkat maktab rendah. Bermulanya

pengajian Melayu di sebuah lagi universiti swasta di Singapura, UNISIM

membuka ruang kepada para penulis untuk meningkatkan ilmu pengajian

Melayu mereka. Antara penulis mapan yang mengikuti pengajian di sini

adalah Anuar othman, Sarifah Yatiman, dan aktivis mapan Zaidi Nandir.

Sayembara-sayembara baharu juga semakin bertambah melalui bengkel-

bengkel sastera di peringkat sekolah dan nasional. Keadaan ini dikukuhkan

6Anugerah Anugerah Mas diperkenalkan pada 2007 menerusi sumbangan Dr Muhammad

Ariff Ahmad, yang telah menghadiahkan $30,000 daripada jualan buku dan manuskripnya.

EMPAT tokoh muda dipilih berdasarkan kegigihan memartabatkan bahasa Melayu dalam

pengantar kekaryawanan mereka, khususnya di bidang sastera, perguruan, dakwah dan

bimbingan Islam. Anugerah diberikan kepada aktivis muda di bawah usia 40 tahun. 7 Diperkenalkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sempena majlis Anugerah

Persuratan 2009. Anugerah diberikan kepada penulis di bawah usia 40 tahun. 8 Bermula 1992 oleh gabungan Singapore Press Holdings dan National Arts Council

Singapore. Sayembara penulis cerpen dan sajak ini dibuka kepada keempat-empat bahasa

rasmi di Singapura.

Page 30: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

30

lagi dengan sokongan badan-badan utama nasional dan skim pemerintah

dalam menggalakkan perkembangan persuratan nasional dalam bentuk dana9,

prasarana dan infrastrukur.

Inisiatif Celik Karya

Sastera di Singapura umumnya bergerak di kalangan komuniti sastera sahaja

kerana ia tidak mempunyai satu institusi sepenuh masa yang mampu

mengembangbiakkan sastera kepada masyarakat umum secara konsisten dan

berterusan. Akibatnya, hanya kumpulan penulis sahaja yang biasanya

berkecimpung dalam arena sastera di Singapura. Terkadang, kita akan dapati

orang yang sama di dalam pelbagai gerakan dan kegiatan mahupun

penganugerahan. Menyedari hakikat ini, Asas „50 mulakan satu gerakan

secara agresif yang dikenali sebagai Gerakan „Celik Karya‟ di kalangan

masyarakat.

Gerakan ini merupakan satu jaringan kerja sama Asas „50 dengan

badan-badan utama nasional iaitu: National Arts Council Singapore (NAC),

National Library Board (NLB), National Institute of Education (NIE),

Andalus Corperation, Asia Pacific Breweries Foundation (APB), Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI), National Books Development Council

Singapore (NBDCS), National Heritage Board (NHB), Taman Warisan

Melayu (TWM) dan Jawatankuasa Penggalakan dan Penggunaan Bahasa

Melayu (MLLPC) Kementerian Pendidikan Singapura untuk mengembang-

biakkan sastera. Asas „50 mengambil inisiatif menyatukan gerakan dengan

badan-badan tersebut yang mempunyai motif yang sama dalam sastera.

Gerakan ini berteraskan dua prinsip teras iaitu: membeliakan sastera, dan

mengkomunitikan sastera.

9 Pemerintah Singapura melalui National Arts Council mengeluarkan banyak dana melalui

pelbagai skim untuk orang perseorangan mahupun pertubuhan bagi projek-projek

persuratan, kesenian dan kebudayaan yang ingin direalisasikan. Gerakan ini dikukuhkan

lagi dengan geran khas warisan yang dikeluarkan oleh Kementerian pembangunan

masyarakat (MCYS), belia dan sukan untuk kegiatan yang memelihara dan

memperdayakan warisan.

Page 31: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

31

Membeliakan Sastera

Membeliakan sastera ditinjau dari sudut kepimpinan dan pengiktirafan belia.

Asas „50 sejak 2003 telah memulakan Sayap Belia Asas „50 yang dibimbing

oleh para pemimpin veteran Asas „50 dan diletakkan di bawah urusan Ketua 1

secara langsung. Ini bermakna ia mempunyai saluran langsung kepada

jawatankuasa eksekutif sekaligus mempermudahkan dan mempercepatkan

urusan dan perlaksanaan kegiatan. Kini para anggota belia juga dilantik di

dalam jawatankuasa eksekutif Asas „50 dan bertindak selaku anggota jawatan-

kuasa yang juga memegang jawatan utama dalam Asas „50. Misalnya, saudara

Muhammad Irwan Jamal adalah ketua Biro Penerbitan Asas „50 (28 tahun),

saudara Hoirull Amri Tahiran (28 tahun) adalah Setiausaha 2 Asas „50 dan

saudara Muhammad Herwanto Johari (30 tahun) adalah ketua belia dan ketua

program Asas „50. Selain itu saudari Nur Namira Mazlan (25 tahun) adalah

ketua Web Asas „50 dan saudara Fariz Husna Sajani (24 tahun) merupakan

Mentor Belia.

Pendekatan seumpama ini amat merangsangkan usaha membeliakan

sastera kerana tenaga dan gagasan para anggota muda amat kontemporari dan

mudah menerima perubahan serta cepat menangkap idea-idea dan sarana-

sarana inovatif dan kreatif kerana ini adalah zaman mereka dan tentunya

mereka lebih memahami keperluan dan cita rasa zaman ini.

Dalam membeliakan sastera, Asas „50 telah mengenalpasti dua bidang.

Pertama ialah mengkontemporarikan sastera. Maka Asas „50 telah memper-

kenalkan Graftera atau Grafiti Sastera. Ia merupakan inovasi ciptaan

Angkatan Sasterawan 50 pada alaf ini dalam usaha merelevankan sastera.

Graftera merujuk kepada usaha visualisasi hasil karya dari pelbagai genre:

sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Visualisasi ini boleh mengambil media

illustrasi menggunakan lukisan, pancutan, lorekan cat atau mana-mana

pewarna di kanvas, kertas dan seumpamanya. Graftera juga boleh

menggunakan perisian komputer (teknologi sastera - Tektera).

Fototera (Fotografi-Sastera) pula merupakan satu lagi komponen

dalam Graftera. Satu perbezaan ialah ia memerlukan visual dahulu sebelum

dihasilkan teksnya. Ini bermakna setelah mendapatkan sebuah gambar foto

yang menarik sesuai dengan tema yang ingin dikemukakan, barulah

Page 32: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

32

diciptakan sajak, cerpen, novel, esei dan sebagainya yang menjelaskan atau

memberikan tema kepada visual tadi. Dalam lain erti kata, visual atau gambar

itu umpama jasad dan penulisan itulah rohnya.

Kedua ialah gerakan sastera ke sekolah-sekolah dengan pendekatan

yang segar dan sesuai dengan cita rasa golongan muda serta penerbitan karya

belia. Maka satu inisiatif „Penyair Marhaen‟ diperkenalkan. Ia merupakan

cara menghayati dan mempelajari menulis sajak melalui media-media

kontemporari seperti muzik, filem, lukisan dan permainan. Para pemudah

caranya pula terdiri daripada belia sendiri.

Usaha membeliakan sastera juga bermaksud memberikan pengiktirafan

kepada para belia dalam bentuk penerbitan. Buat julung-julung kalinya Asas

„50 mengadakan bengkel-bengkel secara agresif di peringkat sekolah rendah

hingga ke maktab dan politeknik. Karya-karya yang dihasilkan daripada

bengkel ini dinilai, diberi hadiah dan akhirnya diterbitkan dalam bentuk

antologi. Buku-buku kini digunakan dengan meluasnya di sekolah-sekolah.

Sastera kini mendapat nadi belia kerana belia diberikan kepercayaan,

kepimpinan, tanggungjawap dan pengiktirafan. Antara buku tersebut ialah

antologi cerpen „Purnama Senja‟, „Perjalananku‟, „Skrinik‟, dan „Diari Hitam‟.

Mengkomunitikan Sastera

Usaha mencorak gerakan sastera perlu berfokus. Maka satu prinsip yang

diambil Asas „50 ialah mengkomunitikan sastera. Ini bermakna gerakan

sastera perlu disesuaikan dengan keperluan satu-satu golongan ataupun

customization. Ini bermakna strategi yang diambil dalam mengembangkan

sastera tentunya berlainan bagi pelajar sekolah, belia berisiko tinggi, golongan

berpendidikan tinggi, para ibu bapa dan sebagainya.

Strategi seumpama ini telah melahirkan program „Penyair Marhaen‟

untuk sekolah menengah, program „Biblioterapi‟ untuk remaja berisiko tinggi,

„Forum Penulisan Asatizah‟ (FPA) bagi golongan ustaz dan ustazah, „Graftera‟

untuk golongan seniman, dan sebagainya. Begitu juga dengan program

kumpulan membaca atau reading groups. Cara ini memastikan bahawa setiap

orang mempunyai tempat dalam sastera dan mereka boleh mempraktikkan

sastera mengikut cita rasa masing-masing.

Page 33: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

33

Strategi Jaringan Sastera Singapura

Berteraskan prinsip yang dijelaskan, Asas „50 mengenalpasti strategi yang

wajar digerakkan agar sastera Singapura dapat terus makmur dan berkembang.

Maka Asas „50 menggunakan pendekatan jaringan atau network bersama

badan-badan yang disebutkan melalui cara berikut:

1. Memasyarakatkan Sastera

2. Mendokumentasikan Sastera

3. Menasionalisasikan Sastera

4. Mengintegrasikan Sastera

5. Meregionalisasikan Sastera

6. Mengantarabangsakan Sastera

Memasyarakatkan Sastera

Memasyarakatkan sastera merujuk kepada usaha menjana kegiatan menerusi

inisiatif-inisiatif peringkat nasional yang melibatkan badan-badan nasional

dan syarikat swasta. Usaha memasyarakatkan ini melibatkan masyarakat

umum, sekolah, dan mana-mana institusi swasta. Asas „50 telah merangka

prasarana melalui beberapa inisiatif yang diperkenalkan dan melibatkan

pelbagai institusi tempatan dan luar negara.

Asas „50 membentuk prasarana bagi kempen Read! Singapore

(Bacalah Singapura) yang diperkenalkan oleh NLB sejak 2005. Melalui

kempen ini, masyarakat umum digalakkan membaca buku-buku yang

diperkenalkan oleh jawatankuasa pemilihan buku bagi keempat-empat bahasa

rasmi Singapura. Biasanya, sebuah buku daripada penulis tempatan, dan

sebuah lagi dari penulis luar negara. Antara penulis luar negara yang pernah

diundang untuk bertemu masyarakat pembaca di Singapura termasuk

Khadijah Hashim, Anwar Ridhwan, Abdullah Hussein, Zaharah Nawawi, dan

Feisal Tehrani. Kumpulan membaca atau Reading Groups juga dibentuk di

kalangan asatizah, pendandan rambut, kumpulan motosikal, guru, guru pelatih

dan belia masjid.

Pada 2007, Asas „50, melalui APB Adopted Arts Groups, diangkat

sebagai anak angkat APB melalui pendanaan tetap bagi tempoh tiga tahun

Page 34: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

34

bermula 2008 untuk menjalankan gerakan mencapai masyarakat dalam

membangunkan prasarana sastera yang berpotensi untuk menjana pulangan

proaktif bagi Asas „50 dan masyarakat. Gerakan tiga tahun Asas „50 telah

dimulakan dengan satu inovasi dalam sastera iaitu program Biblioterapi.

Program ini diperkenalkan pada tahun 2008 bertujuan menggunakan bahan

sastera sebagai terapi bagi para belia berisiko tinggi. Progam setahun ini

melibatkan 100 para penghuni rumah tumpangan wanita dan kanak-kanak.

Mereka diajar menghayati sastera dan menulis cerpen. Pada akhirnya mereka

berjaya menghasilkan satu antologi berjudul “Diari Hitam” yang dilancarkan

pada awal tahun 2009.

Bagi program kedua pula, Asas „50 mencapai para pelajar peringkat

sekolah menengah dengan program Heartland Poet atau Penyair Marhean.

Program yang bermula pada 2009 ini melatih 500 pelajar sekolah untuk

mengapresiasi sajak dan menghasilkannya dalam pelbagai media iaitu graftera

(grafiti dalam sastera), muzik, dan persembahan. Pada tahun 2010, Asas „50

akan menyediakan sebuah portal sumber bagi persuratan Melayu Singapura

yang memuatkan segenap khazanah sastera, bahasa dan persuratan tanah air

yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat dan peringkat

antarabangsa.

Asas „50 diberikan dana melalui NAC Literary Arts Scheme untuk

mengerakkan mana-mana inisiatif peringkat nasional yang memajukan sastera

di kalangan masyarakat. Dana yang diberikan termasuk dana penerbitan,

kegiatan sastera seperti bengkel, pameran, dan mana-mana inisiatif kreatif

baharu. Dana ini juga terbuka kepada mana-mana individu mahupun

kumpulan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Melalui dana ini Asas „50

berjaya melaksanakan dua pameran yang buat julung-julung kalinya diadakan

di Singapura iaitu Pameran 2000 Tahun Bahasa Melayu dan Pameran

Revolusi Asas „50 serta penerbitan sebuah buku akademik oleh para pengkaji

muda berjudul „Bahasa Sumber Intelektual Peribumi‟. Pameran ini mendapat

sambutan baik daripada masyarakat umum dan para pelajar.

Pada tahun 2009, Asas „50 telah dipilih untuk memulakan program

penulis tamu antarabangsa (International Writer Residency Programme)

untuk para penulis yang menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. Program

yang pertama kali diadakan di Singapura bertujuan memupuk penulis

Page 35: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

35

profesional dan berwibawa khususnya di kalangan penulis mapan Singapura

yang dilatih oleh penulis mapan dari luar negara secara tetap selama 6 bulan.

Asas „50 bertanggungjawap mengkonsepsualisasikan, merancang, melaksana-

kan program dan pensijilan. Program ini berharap akan menambahkan lagi

jumlah novel yang berkualiti oleh penulis Singapura.

Pada 2010 Asas „50 akan memulakan program Penulis Sarjana

Singapura. Ia merupakan inisiatif Asas „50 untuk membentuk golongan

penulis yang berpotensi menjadi penulis profesional. Ia merupakan program

tahap pertengahan atau intermediate. Ia diselenggarakan oleh para penulis

mapan Singapura yang mempunyai pengiktirafan nasional dan serantau

seperti: SEA Write Award dan anugerah-anugerah tersohor Singapura seperti

Anugerah Tun Seri Lanang dan Singapore Literature Prize.

Selain itu NAC juga telah memulakan Mentor Access Programme

(MAP) yang berjalan selama 18 bulan bagi penulis muda dan berpotensi.

Program bimbingan penulis ini merupakan inisiatif NAC menyediakan ruang

bimbingan penulisan untuk semua bangsa. Asas „50 mengambil kesempatan

ini untuk menggalakkan lebih banyak belia didaftarkan dalam program ini.

Penulis mapan Asas „50 juga terlibat sebagai pembimbing bagi program ini.

Bermula 2009, NAC juga perkenalkan inisiatif Arts Creation Fund

yang menyediakan dana sehingga $50,000 bagi setiap penulis terpilih untuk

menghasilkan karya kreatif yang bermutu di luar negara. Dana ini

menggalakkan penulis memberikan tumpuan sepenuh masa dalam menghasil-

kan karya dengan mengambil cuti daripada pekerjaan sepenuh masa mereka.

Selain itu NAC juga menyediakan banyak ruang dana pertubuhan seperti

Major Grants iaitu dana utama bagi membantu pertubuhan dari segi

pembangunan infrastruktur dan prasarana pertubuhan.

Tahun ini Asas „50 memainkan peranan utama dalam Singapore

Writers Festival 2009 (SWF) anjuran NAC. Festival penulis tahun ini

menyaksikan penglibatan para penulis muda dan belia Asas „50 dalam

melancarkan buku, membuat persembahan, dan pameran. Satu Festiva Penulis

Singapura telah digerakkan oleh pada belia Asas „50 selain mengadakan

beberapa acara termasuk menyelenggarakan sesi bersama penulis undangan

seperti Sasterawan Negara Dato‟ Dr Anwar Ridhwan dan Dato‟ Baha Zain

Page 36: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

36

yang diadakan di Arts House. Asas „50 telah melancarkan 7 buah buku

sempena festival ini.

Inisiatif Jana Ilmu Andalus Corporation telah membuka ruang untuk

Asas „50 mengendalikan bersama Sayembara Novel Temasek (SNT) yang

dimulakan pada tahun 2007 atas usahasama Asas „50 dan sebuah institusi

pendidikan agama swasta – Andalus Corporation. Ia diadakan setiap dua

tahun sekali dan kini memasuki musim ke-2. SNT dibahagikan kepada

kategori novel terbuka dan cerita kanak-kanak. Asas „50 merupakan pentadbir

dan penggerak SNT sementara Darul Andalus berfungsi selaku pendana

hadiah dan pencetak manuskrip terpilih daripada SNT. Bagi musim lalu,

sebanyak 6 buah novel telah diterbitkan. Setiap manuskrip SNT dinilai oleh

panel juri dari Singapura dan Malaysia.

Inisiatif ini juga membuka ruang kepada kerjasama selanjutnya dalam

mengendalikan Sayembara Noktah Putih (SNP). Ia dimulakan pada tahun

2006 atas usaha Asas „50 untuk menambah khazanah berkualiti persuratan

tanah air dalam bentuk cerpen dan sajak bagi peringkat terbuka dan remaja. Ia

diadakan setiap dua tahun sekali dan akan memasuki musim ke-3 pada 2010.

Pada tahun 2008, Andalus Corporation telah menjadi penganjur bersama SNP

dan menjadi pendana hadiah dan pencetak manuskrip pemenang daripada

SNP. Setakat ini 2 buah antologi cerpen dan sajak telah diterbitkan. Setiap

manuskrip SNT dinilai oleh panel juri dari Singapura dan Malaysia.

Selain itu Asas „50 dan Andalus Corporation telah memulakan

program Forum Penulisan Asatizah sejak 2006. Program ini merupakan usaha

memasyarakatkan penulisan kreatif dan kritikal di kalangan asatizah agar

mereka didedahkan kepada dunia ilmu selain ukhrawi. Program ini akhirnya

berkembang kepada program peringkat Diploma Pendidikan Asatizah yang

meliputi komponen penulisan, tatabahasa, budaya dan sastera yang dimulakan

pada 2008.

Asas „50 telah diberikan kepercayaan melalui program penggalakan bahasa dan Sastera MLLPC untuk melaksanakan berbagai inisiatif

kontemporari termasuk bengkel penulisan cerpen dan sajak bagi para pelajar

sekolah peringkat menengah hingga pos menengah, penerbitan karya kreatif

para pelajar, sayembara penulisan kreatif peringkat sekolah menengah hingga

Page 37: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

37

pos menengah, peraduan Eja Tepat bagi peringkat sekolah rendah dan bengkel

khazanah Sastera peringkat maktab rendah. Kesemua program ini dijalankan

sejak 2006. Program ini menghasilkan banyak buku yang kini digunakan

dengan meluasnya di sekolah-sekolah khususnya dengan permulaan inisiatif

ERP (Extensive Reading Programme). Secara tidak langsung ia menyediakan

bahan-bahan bacaan bermutu yang sangat diperlukan di sekolah-sekolah.

Pada tahun 2003, Asas „50 menubuhkan sebuah jaringan dua hala

dengan NIE melalui inisiatif Special Training Programme (STP/NIE)

Professional Attachment Programme. Program ini dilakarkan bersama oleh

Asas „50 dan STP untuk memberikan pendedahan optimal kepada para guru

pelatih mempraktikkan ilmu pengajian Melayu yang dipelajari dan mengalami

sendiri proses-proses menggerakkan kegiatan peringkat nasional dan serantau

serta penerbitan. Program ini sangat memanfaatkan usaha memasyarakatkan

sastera kerana para guru-pelatih ini diserapkan ke dalam sayap belia Asas „50

dan terus menyumbang setelah mereka dihantar ke sekolah-sekolah dengan

mendedahkan para pelajar mereka pula kepada gerakan persuratan tanah air.

Ramai di kalangan guru ini kemudiannya menjadi penulis berwibawa dan

mula menggerakkan kegiatan-kegiatan sastera di kawasan mereka.

Pada 2009, Asas „50 dengan sokongan NHB melalui Taman Warisan

Melayu telah melaksanakan program Didik Warisan atau Edu-Heritage

sepanjang sebulan. Ia menyaksikan satu festival persuratan Melayu yang

melibatkan pameran yang buat pertama kali diadakan di Singapura dan Asia

Tenggara iaitu pameran 2000 Tahun Evolusi Bahasa Melayu dan pameran

Revolusi Asas „50. Selain itu terdapat juga kegiatan bagi peringkat sekolah

rendah (Eja Tepat), sekolah menengah (bengkel penulisan kreatif), pelancaran

5 buah buku kajian dan kreatif, forum bahasa, dan pertemuan belia. Sambutan

ini juga amat bersejarah kerana ia juga menyaksikan pelancaran dua buah

buku mengenai Masuri SN. Pertama sebuah buku kumpulan kajian mengenai

Masuri SN dan sebuah lagi karya kreatif (drama) Masuri SN yang baru

ditemui dan ditulis pada tahun 1980. Buku-buku ini diterbitkan bersama oleh

Asas „50 dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ini membuktikan

komitmen Asas „50 dalam menjana ilmu dan memelihara warisan.

Page 38: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

38

Mendokumentasikan Sastera

Usaha mendokumentasikan khazanah Melayu Singapura merupakan inisiatif

bersama Asas „50 dan National Library Board (NLB) sejak tahun 2003. Ia

merupakan usaha mengumpul seberapa banyak khazanah penulis Melayu

Singapura dalam bentuk buku atau manuskrip serta mana-mana artifak penulis

tersebut. Bahan-bahan ini akan dikumpulkan dalam sebuah koleksi khas di

NLB dan didigitalisasikan. Antara penulis mapan yang khazanahnya telah

dikumpulkan termasuk Muhammad Ariff Ahmad, Abdul Ghani Hamid,

Aliman Hassan, Mahmud Ahmad, Noor S.I dan Harun Aminurrashid. Bahan-

bahan tersebut boleh dikumpulkan melalui pembelian, pendermaan atau

pinjaman.

Inisiatif ini dilanjutkan di UPSI pada tahun 2009 apabila keluarga

Masuri memberikan bahan-bahan peninggalan Masuri SN dalam bentuk

manuskrip dan artifak kepada perwakilan muzium UPSI. Sehubungan ini

Asas „50 juga memberikan salinan buku-buku penerbitannya kepada UPSI

untuk diletakkan dalam satu ruangan koleksi khas buku-buku Asas „50 di

perpustakaan UPSI bermula tahun 2006.

Sehubungan ini Asas „50 menjanakan Program Penerbitan Singapura.

Ia juga inisiatif Asas „50 untuk menambah khazanah bermutu Singapura

dalam bentuk penerbitan dan dalam masa yang sama memberikan ruang dan

peluang penerbitan kepada para penulis Singapura. Inisiatif ini telah

membawa kepada penubuhan Asas „50 Press pada 2009 untuk menerbitkan

karya-karya bukan fiksyen sementara Penerbit Asas „50 akan terus

menerbitkan karya-karya kreatif. Pada tahun 2009, Asas „50 telah

menerbitkan hampir 15 naskah buku-buku kreatif dan akademik. Ini

merupakan satu pencapaian bagi sebuah badan NGO. Asas „50 juga

merupakan satu-satunya gerakan yang menerbitkan jurnal tahunan pengajian

Melayu paling konsisten dan berterusan di Singapura bermula tahun 2001. Ia

merupakan inisiatif bersama STP (NIE). Bahan-bahan merupakan sumbangan

para guru pelatih (belia) yang melalui program Asas „50.

Page 39: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

39

Menasionalisasikan Sastera

Usaha menasionalisasikan sastera merujuk kepada upaya memasyarakatkan

sastera di peringkat nasional dengan melibatkan agensi dan institusi nasional.

Singapura merupakan sebuah negara yang bahasa di peringkat nasionalnya

adalah bahasa Inggeris dan setiap agensi nasional adalah agensi yang

menggerakkan inisiatif untuk semua bangsa dan bahasa. Antaranya termasuk

NAC, NLB, NIE, NBDCS, dan APB.

Asas „50 mula bergerak ke arah menasionalisasikan gerakan sasteranya

pada 2003 dengan bermulanya MOU dengan NLB sempena Pertemuan

Sasterawan Nusantara (PSN) ke-12 di Singapura. Ini bermakna Asas „50 tidak

lagi mengehadkan gerakannya di kalangan pertubuhan atau institusi Melayu

sahaja sepertimana yang biasa dilakukan sebelumnya. Pada 2008, Asas

mulakan lelaman webnya, www.asas50.com dalam bahasa Melayu dan

Inggeris. Begitu juga surat berita yang dihasilkannya. Dasar dwi bahasa Asas

„50 ini membuahkan hasil kerana Asas „50 semakin dikenali dan dirujuk

sebagai gerakan yang lebih berwibawa dan telus. Gerakan Asas „50 bukan

hanya diketahui masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat bukan Melayu.

Dasar dwi bahasa Asas „50 sebenarnya berteraskan pendekatan; karya dalam

bahasa Melayu-laporan kegiatan dalam bahasa Inggeris. Ini bermakna bahawa

kegiatan Asas „50 dapat difahami oleh semua orang tanpa menggadaikan

prinsip sebenar kewujudan Asas „50 iaitu memartabatkan bahasa Melayu

melalui karya kreatif dan bukan kreatif.

Mengintegrasikan Sastera

Usaha memasyarakatkan sastera di Singapura memerlukan gerakan bersama

dengan kaum-kaum lain. Asas „50 merupakan satu-satunya gerakan sastera

Singapura yang terulung dan berwibawa. Namun demikian, ia tidak

seharusnya bergerak secara eksklusif. Kesedaran ini timbul kerana sastera

multi-etnik Singapura sebenarnya sangat kaya dengan elemen-elemen yang

sama dan saling melengkapi khususnya aspek sosio-budaya dan kepercayaan.

Banyak hal yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan melalui pertukaran

pengalaman.

Page 40: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

40

Usaha mengintegrasikan ini telah dimulakan oleh NLB melalui inisiatif

Read! Singapore yang menyaksikan penterjemahan cerpen-cerpen ke dalam 4

bahasa rasmi Singapura (Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris) ke dalam ke

empat-empat bahasa tersebut agar dapat dibaca dan dihayati oleh rakyat

Singapura dalam masa yang sama memahami citarasa semua kaum di

Singapura. Usaha ini bermula pada 2005 dan sehingga kini telah melahirkan 4

penerbitan. Pada tahun ini sebuah lagi penerbitan sedang diusahakan.

Baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan antara perwakilan Asas „50,

pertubahan Cina, dan Pertubuhan Tamil yang digerakkan oleh NBDCS.

Hasilnya beberapa inisiatif baru untuk mengintegrasikan sastera Singapura

telah dipersetujui melalui kegiatan kolaboratif berikut: mengadakan „Malam

Penulis‟ sebagai satu usaha menaiktarafkan kedudukan penulis nasional,

penerbitan bersama karya-karya penulis tempatan yang diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, meneruskan forum multi-etnik yang membincangkan

perkembangan sastera masing-masing bangsa (forum ini telah dimulakan pada

2008 atas inisiatif NAC), dan penerbitan surat berita untuk semua pertubuhan.

Meregionalisasikan Sastera

Regionalisasi merujuk kepada usaha memperluaskan lagi jaringan kerjasama

dengan negara-negara serumpun dalam bidang sastera dan persuratan. PSN

merupakan satu contoh terbaik yang menyatukan para penulis dan pertubuhan

penulis dari segenap rantau setiap dua tahun sekali untuk bersama dan

berkongsi maklumat dalam suasana pertemuan yang rasmi dan mesra. Inisiatif

ini dimulakan oleh Asas „50 sejak 1977 di Singapura dan kini telah

menjangkau 32 tahun.

Kini Asas „50 terus meneroka lain-lain usaha menyerantaukan

gerakan persuratan. Sejak 2006, Asas „50 memulakan usaha sama dengan

UPSI melalui satu memorandum persefahaman. Ini membawa kepada usaha

penerbitan karya-karya Singapura di peringkat serantau dengan bermulanya

penerbitan karya-karya Singapura oleh UPSI. Antara karya yang telah

diterbitkan termasuk: 2000 Tahun Bahasa Melayu dari Zaman Purba ke

Budaya Elektronik (Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz), Dari

Curfew ke Matahari Malam (Masuri SN), Sumbangsih Tizkari Buat Masuri

Page 41: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

41

SN (Mokthar Lubis dan Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz),

dan Adat dan Tradisi (Muhammad Ariff Ahmad).

Selain penerbitan, usaha sama Asas „50-UPSI juga ketara dalam

arena sayembara dari aspek penilaian dan piawaian. Satu perbincangan juga

sedang dijanakan untuk menjadikan UPSI sebagai agensi piawai bagi produk

Asas „50.

Pada 2009, NAC juga telah memulakan usaha penerbitan bersama

dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Hasil kerjasama ini telah

membuahkan sebuah buku antologi 100 puisi daripada penulis Singapura dan

Malaysia dari pelbagai bangsa yang dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris

dan Melayu. Ini merupakan usaha pertama dalam skala serantau yang agak

besar dan penuh komitmen. Hasilnya ialah sebuah buku setebal 470 halaman

berjudul Dari Jendela Zaman ini / From the Window of this Epoch. Lebih

banyak lagi inisiatif yang sedang dilakarkan dengan negara-negara lain dalam

usaha menyebarluaskan sastera Melayu Singapura di rantau ini. Sempena

dengan SWF 2009, NAC juga telah mengadakan sesi melancarkan SWF 2009

di Kuala Lumpur pada bulan Oktober di Mid Valley Mega Mall sebagai

gerakan memperkenalkan penulis Singapura dan kegiatan sastera Singapura

kepada khalayak Malaysia.

Mengantarabangsakan Sastera

Usaha mengantarabangsakan sastera merupakan satu lagi ruang yang sedang

giat dijana oleh NAC melalui usaha penterjemahan karya-karya etnik

Singapura. NAC telah meningkatkan jumlah dana bagi penterjemahan dan

peluang-peluang penerbitan. Selain itu, lebih banyak kegiatan antarabangsa

disertai NAC dengan para penulis tempatan yang mempunyai karya-karya

yang telah diterjemahkan seperti Frankfurt Book Fair, Hong Kong International Literary Festival, Edinburgh Book Festival dan Adelaide

Writers' Week. Asas „50 juga giat mengenalpasti karya-karya terbaik penulis

tempatan untuk diterjemahkan agar mendapat tebaran antarabangsa dalam

usaha meningkatkan lagi prestij penulis tempatan. Satu rancangan juga

dilakarkan untuk mengadakan gerakan sastera di peringkat antarabangsa

dengan lawatan sambil bersastera di Eropah pada 2010.

Page 42: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

42

Kesimpulan

Jika dikaji bagaimana Asas „50 mampu menjadi sebuah pertubuhan yang

berpengaruh pada tahun 50-an, kita akan dapati bahawa ia bermula daripada

sebuah jaringan yang meluas apabila pengasasnya Muhammad Ariff Ahmad

dan Masuri SN belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong

Malim pada tahun 40-an setelah perang dunia kedua. Kesan daripada

pendidikan di situ, mereka mempunyai ramai kawan daripada negeri-negeri

lain dan akhirnya apabila diadakan pertemuan, perangkaianan itu sudah sedia

ada dan amat mudah digerakkan. Maka lahirlah gerakan-gerakan gergasi yang

merubah sejarah tamadun bahasa dan persuratan Melayu Nusantara seperti

Kongres Bahasa dan Persuratan. Kesepakatan juga telah membawa kepada

gerakan penulisan pro-kemerdekaan bagi Malaya.

Mekanisme yang sama juga wajar digemblengkan dewasa ini. Asas „50

melakarkan kolaborasi meluas dengan pihak berkuasa yang mempunyai dana

dan dasar-dasar yang serasi dengan persuratan dan pembangunan negara.

Kolaborasi ini juga dijanakan kepada badan-badan NGO yang lain dan pihak

swasta. Usaha kerjasama sesama NGO dalam gerakan yang membina insan

dan negara lebih mendapat perhatian pemerintah. Dalam konteks ini Asas „50

ketepikan mana-mana perbezaan yang terdapat sesama NGO dan meninjau

kesamaan yang boleh digerakkan bersama.

Asas „50 juga merelevankan sastera dengan keperluan negara dengan

memahami keperluan pemerintah yakni isu-isu genting yang perlu ditangani

seperti masalah sosial, pendidikan, pembangunan insan dari segi kepimpinan

dan motivasi diri. Isu-isu ini dapat diberikan perhatian dan direncanakan

program yang sesuai melalui bahan-bahan sastera yang begitu melimpah ruah

jumlahnya. Satu usulan program juga diberikan kepada pemerintah atau

agensi seperti National Arts Council. Dalam konteks ini, Asas „50 meletakkan

keperluan masyarakat dan negara di hadapan berbanding dengan keperluan-

nya tetapi tanpa memudaratkan kewujudannya. Ia merupakan satu usaha yang

saling memanfaatkan.

Satu inisiatif Asas „50 yang sangat berjaya dan sesuai dengan waktunya

ialah menggerakkan belia. Asas „50 mengenalpasti para belia yang

berpotensi dan dedahkan mereka kepada mekanisme kepimpinan dan

Page 43: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

43

penghasilan karya secara kreatif dan inovatif. Para belia dipupuk dengan sifat

kesukarelawanan berobjektif. Ini bermakna mereka harus dapat memanfaat-

kan diri mereka dan masyarakat sekaligus dalam penglibatan mereka. Sayap

belia sebagai mekanisme pelapis dan pembawa kesegaran kepada perjuangan

persuratan.

Sesuai dengan ledakan dunia tanpa sempadan, Asas ‟50 menggerak

kolaborasi senusantara. Usaha kolaborasi seumpama ini sangat penting

dalam negara-negara sastera Melayu memastikan yang sasteranya tetap

relevan dan sesuai dengan cita rasa Nusantara atau peringkat serantau.

Kerjasama seumpama ini dapat:

1. membantu memastikan negara yang lebih mapan dapat membantu

negara yang agak baharu dalam gerakan sastera dari segi pengkaryaan,

kepimpinan, penerbitan dan seumpamanya.

2. memastikan pembangunan setara sastera senusantara dengan

penambahan penerbitan bermutu dan gerakan yang relevan.

3. menghasilkan penerbitan karya-karya yang transnational dengan

pasaran yang lebih luas dalam masa yang sama mengemaskini budaya

dan trend terkini serantau.

4. memberi kekuatan pengaruh di mata pemerintah kerana Asas „50 itu

tidak menyendiri tetapi mempunyai satu rangkaian kerjasama yang luas,

berwibawa dan tentunya mampu menghasilkan produk yang lebih

bermutu serta berdaya merealisasikan programnya dengan lebih efektif.

5. memberi pemerintah agensi rujukan melalui Asas „50 yang boleh

bergerak sebagai nara sumber kepada pemerintah dalam hal-hal

hubungan dua hala dengan negara lain dalam sektor pendidikan,

kesenian, kebudayaan dan sebagainya kerana Asas „50 adalah golongan

terbaik untuk mendapatkan nilai sebenar aspirasi masyarakat.

Dalam aspek ini, Asas „50 juga sedang meninjau dan mereka kolaborasi

dengan negara Asia seperti China dan peringkat antarabangsa seperti Kanada

dan Amerika Syarikat. Kolaborasi yang meluas ini amat penting dalam

memastikan kredibiliti dan mutu organisasi dan pengkaryaan serta menjana

peluang-peluang bagi para penulis Singapura menebarkan sayapnya ke

kawasan yang lebih luas.

Page 44: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

44

Kenichi Ohmae (1999: 180-198) menjelaskan bahawa dalam dunia

tanpa sempadan terdapat 3 ciri yang paling ketara iaitu resource illusion, end of national interest, a pluralism of values.

Resource illusion merujuk kepada hakikat bahawa tidak semua yang

dilihat itu adalah seperti apa yang digambarkan. Sesuatu yang kecil dari segi

sumber tidak bermakna ia tidak boleh menjadi besar atau sehebat gerakan

yang lebih besar. PSN adalah satu bukti yang nyata. Walaupun digerakkan

oleh badan NGO tanpa pekerja sepenuh masa dan dana tetap, ia masih mampu

wujud sehingga hari ini mencapai usia 32 tahun. Begitu juga kewujudan

berterusan badan-badan NGO sehingga hari ini merupakan satu bukti akan

kenyataan ini. Ini bermakna apa sahaja yang diinginkan boleh digerakkan dan

dijanakan melalui strategi yang pragmatik.

End of national interest bermaksud menjana kepentingan negara di

luar bukan dari dalam negara sendiri. Ini juga bermakna kepentingan sesebuah

negara itu dapat dikukuhkan lagi apabila produk atau ideanya dikembangkan

di luar. Gerakan seumpama ini dilakukan oleh Asas „50 dalam kolaborasinya

dengan UPSI iaitu UPSI diberikan hak penerbitan beberapa karya daripada

Singapura untuk pasaran Malaysia. Begitu juga dengan pendermaan khazanah

Masuri SN kepada UPSI oleh keluarga Allahyarham adalah satu tindakan

bervisi agar bapa kesusasteraan moden ini dapat dimanfaatkan oleh semua

khususnya mereka yang mempunyai perancangan jangka panjang yang

pragmatik.

A pluralism of values merupakan ledakan nilai yang pelbagai dari

segenap ruang dunia. Ia memberikan maklumat baharu kepada masyarakat

yang perlu membuat pilihan terbaik daripada nilai-nilai yang pelbagai itu.

Penglibatan Singapura dalam MABBIM dan Mastera sebagai pemerhati

secara langsung membentuk perkembangan bahasa dan sastera di Singapura

melalui penyesuaian nilai-nilai yang dihasilkan daripada sidang-sidang yang

diikuti. Perwakilan perlu membuat pemilihan nilai yang sesuai dan

menyesuaikan mana-mana yang bercanggah dengan dasar Singapura dalam

usaha memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Lebih banyak nilai, lebih banyak

pilihan dan tentunya lebih rencam produk yang dihasilkan.

Page 45: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

45

S. Rajaratnam (dalam C.J.W. L. Wee., 2003:137) pernah menjelaskan

bahawa communal cultures should be transformed through interactions with and assimilation from other cultures. Ini bermakna bahawa suatu gerakan

bersepadu wajar dijanakan daripada badan-badan yang berlainan budaya

dalam melahirkan satu gerakan yang pragmatik dan penuh variasi. Mahbuni

(2000:85) pula dalam meninjau penulisan Huntington menjelaskan bahawa

kini tamadun (timur) yang pernah menjadi objek kolonialisme barat bukan

lagi menjadi sasaran kolonialisme sebaliknya ia adalah penggerak dan

pencorak bersama sejarah. Beliau (2000:56) juga menambah bahawa pautan

yang dijanakan oleh teknologi baharu menjadikan alam semakin mengecil dan

tanpa sempadan. Dalam lain erti kata, sekiranya kita masih dibelenggu dengan

alam sendiri, kemungkinan besar cabaran baharu sedang mengumpul segenap

tenaga dan menanti masa untuk bertindak tanpa kita sedari. Persiapan awal

wajar direncanakan agar kita bersedia menghadapi anjakan selanjutnya dalam

arena kebudayaan dunia. Dalam konteks ini, Asas „50 sedang membentuk

prasarana dan infrastukturnya bagi gerakan 60 tahun ke hadapan.

______________________________________________________________

RUJUKAN

A. Aziz Deraman, (2007, 27-30 Julai). Pengantarabangsaan bahasa dan kesusasteraan Nusantara: Isu dan Masalah. Kertas kerja disampaikan di

Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007,

anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Gapena

Hashim Bin Hamid, (2007, 27-30 Julai). Golongan elit dan sajak Islam di negara Brunei Darussalam. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan

Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran

bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Gapena

Hussain Bachek dan Fatimah Sulaiman (2007). Serving the ethnic minority in a multicultural Singapore viz-a-viz the Malay community: the

challenge. Singapore: National Library Board

Kenichi Ohmae. (1999). The borderless world – power and strategy in the interlinked economy. New York: Harper Business

Page 46: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

46

Kishore Mahbubani. (2000). Can Asians Think? Singapore: Times Book

International

C.J.W. L. Wee. (ed) (2003). Local cultures and the “New Asia”. Singapore:

Institute of Southeast Asian Studies

Mohd Suhaimi Ismail Awae, (2007, 27-30 Julai). Sastera dan kebudayaan

dalam pemodenan bangsa. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan

Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran

bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Gapena

Mohamed Pitchay Gani BMAA (ed.) (2005). Dari gerhana ke puncak purnama – biografi Asas ‟50 55 tahun. Singapura: Angkatan

Sasterawan 50

Mohamed Pitchay Gani BMAA, (2007, 27-30 Julai). Mereka semula citra

mahawangsa dalam orde baru dunia. Kertas kerja disampaikan di

Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007,

anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka

dan Gapena

Muhammad Irwan Jamal (ed) (2009, September). Berita@Asas „50.

Singapura

Muhammad Takari b. Jilin Syahrial, (2007, 27-30 Julai). Citra bangsa dalam

sastera Nusantara. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan Sasterawan

Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran bersama

kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena

Nathan Gardels (ed.)(1997). The changing global order – world leaders

reflect.USA: Blackwell.

Renaissance city plan III. Ministry of Information, Commmunication, and the

Arts, Singapore. (2008)

Renaissance city plan III – Arts development plan. Ministry of Information,

Commmunication, and the Arts, Singapore. (2008)

Samuel P.Huntington. (1998). The Clash of civilizations and the remaking of

social order. United Kingdom:Touchstone

Singapore cultural statistics 2004-2008. Ministry of Information,

Commmunication, and the Arts, Singapore. (2009)

Page 47: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

47

SASTERA[WAN] MEMBINA ASAS: KETERLIBATAN INTELIGENSIA SASTERA DALAM MASYARAKAT

Azhar Ibrahim Alwee

The poet‟s individuality is not something absolute, standing apart, beyond all extraneous influence. The poet is first of all a

man and then a citizen of his land and a son of his times. The

spirit of the nation and the age cannot affect him less than it

does others. …. In other words the poet must express not the

particular or accidental, but the general and the necessary, that lend colour and meaning to his whole epoch.

V.G. Belinsky

Umumnya kita difahamkan bahwa sastera itu mencerminkan sesebuah

masyarakat baik dari sudut pandangan dunianya, sistem nilainya, estetikanya,

malahan juga inti kefahaman kemanusiannya. Tentu saja tidak ada satu

cerminan, melainkan pelbagai segi dan sudut cerminan tersebut. Sastera adalah

produk kebudayaan yang paling simbolis, dengan mengambil pelbagai peranan

sebagai wadah bagi pengajuan metafora, didaktisme, selain menyuntik rasa

kerohanian dan penyeri estetika. Sesungguhnya sastera dapat dan telah

membina asas kemanusiaan dalam sejarah peradaban dunia. Semua tamadun

besar dunia memiliki budaya sastera yang bukan saja menyumbang kepada

khazanah kemanusiaan sejagat tetapi juga sastera itu menjadi ukurtara sejauh-

mana kemanusiaan tamadun itu telah berkembang dan mendalam. Inilah segi

sastera yang membina asas kemanusiaan.10

Satu lagi segi ialah sastera dapat membina asas dalam pembentukan

keperibadiaan seseorang. Manusia sastera, yakni para sasterawan, adalah

10

Dalam sejarah Nusantara, agama Islam telah menyumbang kepada terbangunnya peradaban

Melayu yang dapat dilihat contohnya dalam ranah bahasa, sastera dan seluruh pandangan

dunia mereka. Sila baca Syed Muhammad Naguib al-Attas, Islam dalam sejarah dan

kebudayaan Melayu; suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah

Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan

Melayu. (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972).

Page 48: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

48

contohnya terbaik. Mereka adalah manusia beradab yang menjulang estetika

tinggi (dalam pengucapan, perlambangan dan ketukangan berkarya) sehingga

mereka tergerak menghasilkan karya sastera yang baik, bukan saja dari cetusan

ilham dan pengalaman, tetapi juga dari bacaan sasteranya. Penghargaannya

pada sastera lantas membuka tirai imaginasi dan kesedarannya. Kuasa

metafora dalam sastera sesungguhnya dapat membentuk imaginasi kritikal

seseorang itu. Perlambangan dan satira yang terkandung dalam sastera

membawa kita memikirkan keadaan sekeliling ; ia memancing kita menilai,

menanyakan, dan memikirkan persoalan-persoalan seperti kuasa, penindasan,

martabat dan hak manusia, keadilan dan lain-lain masalah dan potensi

manusia.

Segi yang ketiga ialah sastera itu membina asas kepedulian moral dan

rasa keberpihakan kepada kebenaran dan realitas yang mengundang kita

bersuara bedasarkan hati nurani yang terpanggil mengatakan yang bathil

berlawanan dengan yang benar, manakala yang zalim harus diganti dengan

yang adil, sedang yang tertindas harus dibela dengan belas empati. Inilah

keberpihakan manusia yang termuat dalam sastera sehingga mencetuskan

nurani kita paling terdalam. Karya tersohor dalam lembaran sejarah sastera

kita telah menyumbang ke arah ini. Inilah sastera membina asas nurani yang

manusiawi.

Inteligensia Sastera Melayu

Inteligensia sastera Melayu adalah kelompok paling signifikan dalam budaya

intelektual Melayu masakini. Inteligensia Melayu dalam dunia sastera dan

bahasa Melayu amat sekali instrumental dalam gerakan nasionalisme Melayu,

dan kemudian nanti dalam pembinaan kebudayaan kebangsaan dalam negara

yang baru merdeka. Ternyata para pendiri dan tokoh ASAS „50 telah

memainkan peranan ini, sesuai dengan keperluan zaman mereka. Dalam proses

pengisian kemerdekaan, inteligensia sastera Melayu sekali lagi memainkan

peranan sebagai pentakrif dan pencorak kebudayaan, selain menjadi suara

nurani bangsanya.11

Banyak telah disebut tentang tugas yang harus dan boleh

11 Memoranda Angkatan Sasterawan 50. (Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1961) ;

A.M. Thani (ed.) Esei sastera ASAS „50. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1981) ; Ahmad Sebi. Media, tinta dan kuasa. (Kuala Lumpur: Media Indah, 1991)

Page 49: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

49

dipikul oleh golongan sasterawan. Leo Lowenthal beranggapan bahwa “The

writer achieves greatness because of the depth of his insight into the human conditions.”

12 Ini bererti kemampuan dan kepedulian mereka untuk memapar-

kan subjek manusia dalam karya mereka, yang sekaligus menentukan sejauh

mana karya mereka bermutu dan signifikan, bukan saja dari sudut kesasteraan-

nya tetapi juga darihal kesan sosial. Bukankah sebagaimana menurut

Plekhanov bahwa fungsi sastera itu adalah untuk “membantu pembangunan

kesedaran manusia, memperbaiki sistem sosialnya.”13

Dalam sejarah kesusasteraan kita, terdirinya ASAS „50 boleh dikatakan

mengarah kepada tiga asas dasar yang disebut di atas, betapapun kurang dan

lebih di antaranya. Sejarah sastera moden kita adalah budaya sastera yang baru

betapapun kita mempunyai tradisi sastera yang utuh sebelumnya. Tetapi

sastera kita dalam era moden ini mempunyai ciri, fungsi, aliran dan visi yang

berbeda daripada sebelumnya. Antara yang ciri terpenting adalah kehadiran

sastera yang berterlibat, dan para sasterawan, tanpa selindung, telah yang

mengambil peranan ini sesuai berperanan sebagai inteligensia berfungsi dalam

masyarakatnya.14

Hari ini, sebagaimana semenjak ianya tertubuh, para sasterawan dalam

ASAS „50 masih mempertahan citra dan cita ini. Pendirian “Sastera untuk

Masyarakat” atau “Sastera Bina Manusia” yang menjadi pegangan ASAS „50

adalah iltizam kuat akan keterlibatan ahlinya kepada masyarakat dan

linkungan, dan tokoh-tokoh dalam ASAS „50 telah menunjukkan contoh yang

baik, dengan hubungan akar umbi yang kukuh, selain hubungan akrab mereka

dengan komuniti pendidik setempat. Dalam konteks Singapura kita beruntung

kerana jagoh sastera kita adalah juga para pendidik. Almarhum Masuri S.N.

adalah seorang pendidik, begitu juga Pendeta Muhammad Arif Muhammad,

Suratman Markasan dan Mohamed Latif Mohamed, yang kesemuanya kita

12 Leo Lowenthal, Literature and the Image of Man. (Boston: Beacon Press, 1957), h. xii 13 Plekhanov, Art and Social Life. (London: Lawrence & Wishart, 1953 ), h. 5 14 Perkara ini dihuraikan dengan jelas dalam Syed Hussein Alatas, Intellectuals in

Developing Societies. (London: Frank Cass, 1970)

Page 50: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

50

segani dengan sapaan panggilan “Cikgu,” sebagai tanda hormat kita kepada

mereka, selain mengikhtiraf peranan mereka sebagai pendidik bangsa. 15

Sastera yang Berperanan dalam Masyarakat

Alam sastera kita adalah sebahagian daripada khazanah kebudayaan dan

keintelektualan yang telah dan akan terus mencorakkan identiti kita sebagai

suatu kelompok bangsa dan negara. Dalam era moden ini, kita menyedari

hakikat bahwa sastera yang tercipta dalam linkungan kita, khasnya yang

menggunakan bahasa komunikasi kebudayaan kita adalah ranah yang tidak

boleh kita memperlekehkan, jauh lagi mengabaikannya. Betapapun sukar dan

mencabar, dari segi sambutan dan sumber, bidang sastera dan bahasa tetap

mendapat perhatian daripada golongan budayawan dan intelektual setempat

dari masa ke masa, termasuk masyarakat umum. Sastera mempunyai tugas

dalam mencerahkan pemikiran awam agar tidak mudah terjebak dengan

ideologi yang menyempit, termasuk sikap literalisme atau keharfiahan. Celik

sastera dan bercita sastera bisa mengurangi kecenderungan literalisme kerana

budaya sastera, dengan apresiasinya membina pemikiran dan estetika yang

menghargai metafora, dapat menjana keharusan pelbagai tafsir dan makna,

tanpa rasa keangkuhan memiliki kebenaran pada dirinya saja.

Tambah lagi, tiadalah dokumen kebudayaan yang dapat merakam

kemanusiaan kita dengan lebih baik melainkan sastera kita sendiri.

Sebagaimana yang pernah disebut seorang pengkritik sastera Amerika, James

T. Farrell: “One of the great values of literature is that it means of expanding consciousness. The world‟s meaning to us is locked up in our minds…Through

literature we expand our consciousness.”16

Ertinya, sasterawan bukan saja

sebagai perakam akan apa yang berlangsung dalam masyarakat tapi juga

menampilkan versi tanggapannya terhadap apa yang berlaku dan berlalu.

15 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.) Dari gerhana ke puncak

purnama : biografi Asas '50 : 55 tahun dalam persuratan. (Singapura : Angkatan

Sasterawan '50, 2005 ); Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.) Leksikon :

direktori penulis Melayu Singapura, pasca 1965. (Singapura: Angkatan Sasterawan '50 &

National Library Board, 2005) 16 James T Farrell, “Relevance in Literature,” Twentienth Century Literature, Vol. 22, 1,

1976.

Page 51: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

51

Mereka adalah penyimpan memori secara naratif khasnya bila karya mereka

itu tertulis dalam gaya realisme atau kesejarahan yang utuh.

Pemikiran seseorang sasterawan itu sesungguhnya dipengaruhi oleh

linkungan sosio-politik, ekonomi dan kebudayaan tertentu. Umumnya idea

dominan dalam sesebuah masyarakat itu mewarnai pemikiran dan paradigma

sang penulis, walaupun faktor bakatnya memainkan peranan yang penting jua.

Dalam perspektif sosiologi ilmu sesuatu pemikiran, idea atau nilai itu berakar

atau terjelma daripada kondisi sosial dan sejarah. Ini juga bermaksud kita

membangun dan memperoleh perspektif berdasarkan idea dan kelompok mana

yang kita berasosiasi atau berasal.

Sastera dan Pendidikan Kebudayaan

Dalam konteks hari ini pendidikan kebudayaan yang mengambil kira tentang

bacaan dan penelitian sastera harus kita huraikan dengan jelas dan tegas.

Pembelajaran sastera adalah ruang pendidikan yang boleh menumbuhkan sikap

kreatif dan kritis ini. Dari teks sastera kita dihadapkan dengan sejumlah

permasalahan manusia, dari soalan universal, ke peringkat partikular, sehingga

soalan batin dan psikologi manusia. Dari teks sastra, sebagai contoh kita dapat

kesan masalah rasisme;17

otoritarianisme dan salah guna kuasa;18

potensi

tradisi kita yang boleh memacu pencerahan;19

potensi sastera untuk mencipta

manusia dan kebudayaan baru;20

dan kerelevanan nilai yang terkandung dalam

sastera sebagai saluran kesedaran nilai dalam masyarakat moden,21

selain

sastera sebagai wadah digunakan mengupas kondisi dan masalah dalam

masyarakat.22

17 Allen H. Merriam, “Literature as Window: Developing Interracial Understanding

Through Fiction,” Journal of Black Studies, Vol.19, No.1, 1988. 18 Mochtar Lubis, “Sastra dan Pembebasan,” Horison, 9, XXVII 19 Rendra, Mempertimbangkan Tradisi. Kumpulan Karangan. ( Jakarta:Gramedia, 1984 ) 20 Sutan Takdir Alisjahbana, “Sastera yang Bertanggungjawab pada Permulaan Bangkitnya

Kebudayaan Umat Manusia yang Baru,” dlm. Pemikiran Sastera Nusantara. ( Kuala

Lumpur: DBP, 1988 ) 21 Subagio Sastrawardoyo, Sekilas Soal Sastra dan Budaya. ( Jakarta: Balai Pustaka, 1992 ) 22 Toni Sills-Briegel & Deanne Camp, “Using Literature to Explore Social Issues,” Clearing

House, Vol.74, 5, 2001

Page 52: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

52

W S Rendra, penyair Indonesia yang tersohor, pernah menganjurkan

digunakan “paradigma budaya” untuk meninjau masalah kehidupan dalam

linkungan kita. Dalam pendidikan, beliau mengenalpasti empat perkara pokok

yang harus diberikan perhatian. Pertama mengapresiasi fakta objektif. Kedua

pengkategorian fakta-fakta tadi sehingga dapat dibedakan dan dikenali dengan

lebih berkesan. Ketiga penanaman disiplin ilmiah, namun dapat mengelakkan

intelek konsumptif, yang berlawanan dengan jenis intelek kreatif maupun kritis.

Yang terkhir, tapi tidak kurang pentingnya ialah:

“kesempatan beropini dan berekspresi harus ditingkatkan seluas-

luasnya, agar murid bisa merasakan bahwa dirinya berdaulat

sebagai manusia. Inilah satu langkah yang penting untuk

memberdayakan diri sebagai individu. Pada hakekatnya daulat

rakyat itu berasal dari pengertian akan daulat manusia, dan

daulat manusia berasal dari pengertian akan daulat individu.”23

Lain perkataan kalau kita mahu sastera mimbina asas kemanunisaan

yang berperadaban, dengan penyuguhan keperibadian, dan nurani yang

berpihakan, kita terlebih dulu harus menangani kecenderungan yang terus

memukau dalam pembelajaran sastera dewasa ini. Yang dimaksudkan ini ialah

keterpesonaan pada estetikisme dan pembicaraan sastera yang formalistik.

Menghargai estetika ataupun puitika tentu saja tidak bersalahan asalkan ia

dilakukan dengan bijaksana dan berimbang.24

Tetapi membedakannya

daripada estetikisme adalah penting.25

Apabila berasyik mengatakan bahwa

23 Rendra, Rakyat belum merdeka : sebuah paradigma budaya. (Jakarta : Pustaka Firdaus,

2000), h. 37-9 24 Mungkin contoh yang baik boleh kita sebut di sini. Adonis. An Introduction to Arab

Poetics. (London: Saqi Books, 1990) 25 Masalah keterpesonaan pada estetikisme pernah disinggung oleh seorang pemikir Rusia,

Nikolai Berdyaev yang menyinggung soal godaan estetikisme: “The aesthetic lure makes a

man an observer not an actor….An exclusively aesthetic orientation to life enfeebles the

sense of reality, and leads to this, that whole regions of reality fail to be taken into

account. ….The aesthetic lure denotes exclusive interest in „how‟ and not in „what‟ , that is

to say, in actual fact it means indifference to reality….The aesthete is by no means sure of

his own reality, he is sure only of his passive aesthetic emotions. It could not even be said

that the aesthete lives by the acceptance of beauty and emotional excitement which beauty

arouses; he is frequently indifferent to true and most real beauty, and lives by sham forms of

beauty and aesthetic illusions. The lure and slavery of aestheticism inevitably brings in its

Page 53: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

53

sastera itu taman yang indah-indah dengan kata dan selokanya yang santun dan

merdu, maka itu adalah buaian yang merugikan. Yang dicarinya indah itu

adalah ungkapan bahasa, lebih melankolik, mendayu dan sayu, makanya lebih

indah dirasakannya.26

Makanya soal bentuk mendahalui soal isi. Pramoedya

Ananta Toer pernah menegur kecenderungan ini. Tegas beliau:

“Bagi saya keindahan itu terletak pada kemanusiaan, yaitu per-

juangan untuk kemanusiaan, pembebasan terhadap penindas-an.

Jadi keindahan itu terletak pada kemurnian ke-manusiaan, bukan

dalam mengutak-atik bahasa.”27

Di kalangan para sastrawan Melayu sendiri, kita sudah diperingatkan

bahwa usah terlena dengan kata-kata yang sering memikirkan sastera itu

sebagai taman bunga di mana dapat kita sunting kata dan irama yang indah-

indah. Sepertimana yang pernah juga ditegaskan oleh Usman Awang dan A

Samad Said, beberapa dekad yang lalu:

“Kesusasteraan bukanlah taman bunga tempat orang sesekali

datang berehat-rehat menghirup udara segar dalam masa

lapangnya. Kesusasteraan ialah rumah dan kehidupan manusia

yang berombak dan bergelombang, dengan denyut nafas dan

degup jantungnya ...Tidak saja manusia mempunyai tujuan

dalam hidupnya, kesusasteraan pun mempunyai tujuan. Jika

manusia hidup mempunyai tujuan yang diterimanya sebagai

train indifference to the truth, and this is its most horrifying result.”25 Nicholas Berdyaev,

Slavery and Freedom. (London: Geoffrey Bles, 1944),h 238-240 26 Keris Mas pernah menegur kecenderungan ini: “Sajak-sajak dan cerita-cerita pendek

masa itu memakai tema perjuagan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan, tetapi

bentuknya seratus peratus romantis idealisme. Bangsa, tanahair dan kemerdekaan

digambarkan sebagai gadis jelita yang terancam yang didoa-doakan keselamatan-

nya….Bahasa beralun-alun, berirama-irama, penuh dengan kias dan ibarat yang indah-indah

dan merayu-rayu. …Sindiran dalam cerita-cerita pendek tajam-tajam tetapi yang

dianjurkannya hanya harapan yang indah-indah …Di belakangnya berdiri latar fikiran yang

belum matang dan pengalaman yang belum masak…” Rujuk A Karim Haji Abdullah, (ed.)

Mutiara Fikiran Sasterawan Negara Keris Mas. (Petaling Jaya:Pustaka Budaya,1997), h.54 27 Pramoedya Ananta Toer, Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia. (Jakarta: Lentera

Dipantara, 2003)

Page 54: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

54

suatu tugas, maka kesusasteraan pun mempunyai tujuan dan

kewajiban yang disebut sebagai tema dan tugas sastera. Sastera

bukanlah hanya sastera semata, tetapi sastera ialah alat untuk

mencapai tujuan, iaitu mempertajam pandangan manusia

terhadap hidupnya, mempertinggi kesedarannya dan memper-

kaya jiwa yang keseluruhannya mempertinggi tingkat peradaban

manusia.”28

Makanya dalam penelitan sastera hal-hal inilah yang patut sama kita

cermati, jangan sampai hal-hal yang bersifat teknis dan estetis menjadi

kepedulian sastera yang terbesar sehingga mengkesampingkan persoalan dasar

dalam sastera. Juga dalam meneliti karya sastera bukan saja harus kita amati

apa yang terungkap tetapi juga apa yang tak terungkap dan tak terfikirkan

kerana apa yang tak terungkap itu memberi isyarat betapa sesuatu perkara atau

konsep itu tidak diberikan atau terlepas daripada perhatian si individu/

kelompok, termasuk pada diri si penulis. Di sinilah ranah kritik sastera harus

turut terbangun bersama berkembangnya minat berkarya.

Sesungguhnya tugas membicara sastera, mengaju teori/perspektif serta

mengkritiknya adalah tugas dan pertanggungjawaban intelektual yang wajib

terkedepan untuk menyatakan kebenaran, kesungguhan sehingga dapat: (a)

memecahkan ideologi yang mencengkam pemikiran masyarakat (b)

menyinggung segala otoriti yang berlagak seperti kependetaan yang serba

benar, (c) mendiagnosa kemelaratan dan keterabaian dalam masyarakat serta

(d) mendedah dan mencari sebab pelanggaran moral-etis dan bukan setakat

mengutuk dan berpanik akan gejala itu. Lain perkataan, perlu adanya

komitmen sosial serta terpanggilnya secara individu untuk mempertahan

keutuhan etika dalam linkungan masing-masing.

Aliran Sastera

Juga wajar ditanyakan: Apakah aliran sastera yang dominan hari ini?

Umumnya hari ini sastera ditanggapi sebagai karya kreatif untuk menyuntik

kepuasaan jiwa, mendapat lazat dari intrigue dalam cerita, terpegun dengan

28 Usman Awang & A. Samad Said, Tema dan tugas sastera Melayu moden. (Singapura:

Federal Berhad, 1963)

Page 55: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

55

lengok bahasa, terpukau dengan ayunan plot dan terlena dengan mimpi dan

imbasan yang kompleks penceritaan. Tentu saja, ini bukan satu saja aliran

sastera yang wujud. Sebaliknya terdapat pelbagai aliran sastera yang diyakini,

saling bersaing sesama mereka guna mendapatkan pemerhatian seharusnya,

dan tentu saja ada pasang surut pada nasib aliran-aliran tersebut. Aliran sastera

yang berbagai itu bertolak daripada (a) kepelbagaian pemaknaan yang

diberikan ke atas idea dan tugas sastera; (b) perkonsepsian manusia yang

dicitrakan dalam karya; (c) pendirian politik; (d) kejelasan moral-etika; (e)

keseriusan menyanggah penguasa authoritarian; (f) kedalaman spiritualisme,

selain (g) selera pada bentuk dan soal keindahan.

Dalam dunia sastera tentulah ada sasterawan yang disenangi oleh para

penguasa khasnya mereka yang berkarya tanpa berbantah-bantah, mencabar

atau menyindir sikap dan dasar golongan dominan yang berkuasa. Tentulah

juga ada sasterawan yang menggunakan wadah sastera untuk mengungkap

protes dan kritik terhadap penguasa. Wajarlah apabila Shaharuddin Maaruf

mengingatkan bahwa golongan sasterawan Melayu, sebagai kelompok cultural producer, bersaing dalam medan sastera untuk mengkedepankan idea mereka

masing-masing.29

Untuk meniliti aliran sastera apakah yang dipegang oleh para penulis,

ada baiknya kita mencermati tenor atau nada karya yang terdapat dalam

penulisan mereka. Dari tenor sesuatu karya itu boleh kita pastikan sama ada

sang penulis menjurus kepada sekadar perakaman pengalaman dan perasaan,

ataupun ia menekankan pemihakan terhadap kelompok atau isu tertentu. Karya

Shanon Ahmad dalam sastera Melayu sebagai contoh yang baik kerana

dimensi komentar sosialnya begitu ketara, selain keberpihakkannya yang

dibuat tanpa sorakan. Sedangkan karya A Samad Said tenornya rata-rata

menjurus kepada pengungkapan perasaan dan pengalaman manusia yang

bergulat mencari sesuatu dalam hidupnya. Soal kepincangan struktur dan

ideologi tidak tersentuh melainkan soal kedalaman perasaan manusia.30

29 Rujuk, Shaharuddin Maaruf. “Materialism as an Ideology in Malay Literature,” dlm. Ong

Jin Hui, Chan K.B. and Chew S.B. (eds.) Crossing Borders: Transmigration in Asia Pacific.

(New York: Prentice Hall, 1995 ) 30 Perkara ini kita kupaskan dalam Azhar Ibrahim, “Pemikiran Sasterawan sebagai Pantulan

Idea Dominan dalam Masyarakat: Menjenguk Aliran Sastera A.Samad Said.” Makalah

Page 56: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

56

Kepelbagaian inilah yang boleh kita sebagai aliran sastera, yang terus

mengundang persoalan aliran sastera yang manakah yang harus kita pupuk dan

ikhtiraf.31

Manusiawi Yang Bagaimana?

Tentu saja menyakini dan berpegang pada sesuatu aliran sastera itu menjadi

hak setiap penulis, maupun pengkaji. Hal yang mahu dipertegas dalam

makalah ini ialah aliran pemihakan untuk manusiawi yang menggunakan

wadah sastera untuk mengajukan penyanggahan terhadap ketidakmanusiaan

yang terjelma dalam struktur masyarakat. Sesungguhnya pengikhtirafan pada

kemanusiaan dalam sastera ini adalah suatu pendirian yang murni kerana akur

akan kegunaan sastera untuk penyempurnaan kemanusiaan.

Tetapi harus juga diawasi kemanusiaan jenis apa yang mahu kita sambut

atau galakkan. Kalau ianya sekadar dilafaz secara muluk-muluk, abstrak dan

tidak membumi, serta tidak menyebut kemanusiaan mana yang harus dibela

dan ketidakmanusiaan mana yang harus disanggah, ianya bisa menjadi

kemanusiaan yang mirip disifatkan oleh Parmoedya sebagai “humanisme

universal yang memang indah didengar kuping dan direnungkan dengan

sepenuh perasaan, tapi justru dia diajarkan untuk meneutralkan aspirasi politik.

Humanisme abstrak, diingatkan Pramoedya adalah humanisme mewah yang

hanya mampu mengatakan “kasihan mereka, tapi jangan ganggu kesenangan

dan kemakmuranku.” Tapi sayangnya dengan pelarian sesetaengah penulis

kepada perasaan dalaman, hal-hal konkrit yang dihadapi manusia terlepas

daripada pemerhatian mereka. Ternyata dalam sejarah sastera ASAS „50

kecenderungan ini telah ditepis betapapun karat-karat humanisme mewah ini

belum lagi semuanya dapat dihakis.

disampaikan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said. Anjuran Dewan

Bahasa & Pustaka, Malaysia in Kuala Lumpur pada 13-15 Mei 2008 31 Darihal aliran sastera dan kritik sosial, sila baca Suratman Markasan, From the beginning

to two streams of social critique = Dari jalan permulaan ke dua jalur kritik social.

(Singapura, 1991)

Page 57: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

57

Keberpihakan Untuk Kemanusian dan Keadilan

Makanya penting bagi kita memikirkan satu lagi kriteria dalam meneliti karya

sastera, iaitu sejauh mana pemihakan yang dikumandangkan oleh sang penulis.

Pemihakan memerlukan kita menyebut mana yang tertindas, siapa yang

menindas dan bukan setakat mengambarkan apakah penindasan itu. Maka

dengan penelitian sastera secara kritis, sebagai suatu medan yang memboleh-

kan bahas dan dialog, dapat kita mengesani kuasa otoriter dan ber-leluasanya

tindak tanduk yang kerdil untuk bersuara di hadapan sang penguasa, sehingga

krisis pada kehidupan moral dan intelektual semakin melarat.

Sayangnya, aliran sastera kita yang semakin beragam ini, ada

diantaranya pula yang kian terperusuk ke dalam. Mendalami perihal per-

masalahan masyarakat terus dianggap, di satu pihak tertentu, sebagai terlalu

ingin “mengajar” dan justeru itu dianggap tidak “cukup sastera” atau “bukan

sastera.” Kononnya sastera harus „neutral.‟ Pemahaman tentang sastera seperti

ini termakan dengan pegangan bahawa sastera harus „bebas dari ideologi/

politik,‟ makanya kenuetralan menjadi paradigmanya. Malah ada yang lebih

mundur lagi apabila mengatakan sastera hanya sebagai ranah untuk berhibur,

menghirup keindahan estetika, ianya bererti menjurus pada hal-hal teknis dan

struktur karya, mencari ethno-puitika yang nanti mau dijulang-julang sebagai

ciri budaya kita yang tersendiri. Akhirnya pemahaman seperti ini menjadikan

kita politically quietistic, dengan tempangan moral kerana yang diperdulikan

adalah teks sastera dan bukan konteks yang melatari pesan-pesan yang

mungkin mahu disampaikan oleh para penulis.

Jelasnya, pemihakan itu bukanlah satu tren dalam berkarya, bukan pula

hiasan atau teknik dalam berkarya. Munasabah sekiranya kita mengatakan

bahwa pemihakan memperlihatkan nilai etika keagamaan universal yang

dipegang dan dipertahan oleh sang penulis. Ianya menunjukkan tingkat

kepedulian moral-etika sang penulis, namun pemihakan yang dibuat itu tidak

berakhir atau menghalalkan rasa benci yang melulu, menerbitkan hasutan jahat

serta menggalakkan tindak balas yang kejam. Ertinya pemihakan ini tidak

menerbitkan keganasan yang baru. Sebaliknya terkandung dalam pemihakkan

ini rasa kepedulian untuk sama menyedarkan yang tertindas dan si penindas,

Page 58: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

58

sehingga dapat kita kesan moral restraint di pihak yang membicarakan hak

golongan yang tertindas.32

Persoalan pemihakan kepada massa Melayu yang tertindas, termiskin

dan terpinggir adalah segi etika yang sayugia diberi perhatian bersungguh

dalam sastera dan kajian sastera. Pemihakan kepada massa ini sebenarya

bukan suatu keganjilan dalam dunia sastera. Malahan sastera dunia yang

tersohor, berpegang pada obor solidaritas antara para sasterawan dengan rakyat

terbanyak, yang suara mereka itu paling terkecil dan terputus. Makanya di

sinilah pemihakan kepada golongan tersebut sayugia diberikan, sehingga Pablo

Neruda dalam kuliah Hadiah Nobel pada 1972 menyebut:

“I determined that my posture within the community and before

life should be that of in a humble way taking sides …In the midst

of the arena og America‟s struggles, I saw that my human task was none other than to join the extensive forces of the organized

masses of the opeople; to join with life and soul, with suffereing and hope, because it is only from this great popular stream that

the necessary changes can arise for writers and for nations. And

even if my attitude gave and still give rise to bitter, or friendly,

objections, the truth is that I can find no other way for a writer

in our farflung and cruel countries, if we want the darkness to

blossom, if we are concerned that the millions of people who have learned neither to read us nor to read at all, who still

cannot write or write to us, are to feel at home in the dignity without which it is impossible for them to be complete human

beings. For I believe that my duties as a poet involve friendship

not only with the rose and with symmetry, with exalted love and endless longing, but also with unrelenting human occupations

which I have incorporated into my poetry.”33

32 Sila baca untuk huraian lanjut, Paulo Freire, Pendidikan Kaum Tertindas. (Jakarta:

LP3ES, 1984) 33 Dipetik dlm E. San Juan, Jr.. Ruptures, Schisms, Interventions : cultural revolution in the

Third World. (Manila: De La Salle University Press, 1988)

Page 59: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

59

Sastera yang bermutu pengolahannya, dengan visi kemanusiaan yang

jelas akan dapat juga menyampaikan kita dalam upaya memahami golongan

massa yang terhempit itu, terkadang lebih baik daripada penelitian ilmiah

dengan metodologi analisis yang pelbagai. Meninjau kembali persoalan

kemiskinan dan terhempitnya massa Melayu yang terakam dalam karya-karya

Shahnon, Ahmad (Malaysia),34

Mangunwijawa (Indonesia) dan Mohamed

Latif Mohamed (Singapura) amat sesuai diberikan paparan serius, di saat

kembalinya minat dan kepedulian untuk meneliti persoalan kemiskinan yang

lewat-lewat ini mendapat perhatian dalam wacana sosio-ekonomi semasa.

Dengan mengisahkan keperitan kemiskinan dan keterpinggiran Melayu, baik

di desa dan kawasan setinggan sudah menjadikan gelangang sastera kita

sebagai ranah imaginasi moral yang bisa “memberikan dunia, hasil dari

kreativiti penulis, pemaknaan dan kerelevanan kepada pembacanya, dan

mengafirmasi bahwa hidup ini berharga untuk dilalui.”35

Pembelajaran kebudayaan kita yang berpangkal kepada celik dan insaf

akan keadaan semasa harus dapat memberikan generasi muda kita pendedahan

awal tentang kemiskinan massa dan permasalahan masyarakat menerusi

pembelajaran sastera. Pendedahan seperti inilah yang penting bukan saja

dalam menimbulkan empatis mereka terhadap golongan yang tersempit dan

terpinggir, tetapi suatu permulaan awal bagi mereka mengartikulasi dan

memahami masalah sosial, khasnya kemiskinan, yang berlangsungan dalam

masyarakat mereka. Malah dari lembaran sastera, tidak seperti penelitian

ilmiah yang saintifik, kita akan merasakan suatu pengalaman yang

menyampaikan kita, menerusi imaginasi, rasa kebersamaan dengan manusia

Melayu yang terhempit itu. Dengan naratif penceritaan yang tersendiri, serta

idea dan pemikiran ampuh dalam karya, makanya, tidak keterlaluan untuk

mengatakan bahwa karya-karya sasterawan kita boleh bergerak ke arah

menjana “critical consciousness” yang ditakrifkan oleh Edward Said sebagai:

34 Perkara telah kita kupas dalam Azhar Ibrahim “Shahnon Ahmad: Inteligensia Melayu dan

Pemihakan kepada Massa Melayu,” Makalah disampaikan dalam Seminar Shanon Ahmad.

Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia pada 13-14 Nov 2007. 35 Rujuk, Mochtar Lubis, “Literature and Liberation: An awareness of self and society,” dlm.

Edwin Thumboo, (ed.) Literature and liberation : five essays from Southeast Asia. (Manila:

Solidaridad Pub. House , 1988 )

Page 60: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

60

“to arrive at some acute sense of what political, social, and

human values are entailed in the reading, production, and transmission of every text. To stand between culture and system

is therefore to stand close to…a conrete reality about which political, moral, and social judgments have to be made and, if to

be made, then exposed and demystified.” 36

Makanya dalam pembelajaran sastera kita seharusnya dapat kita

timbulkan isu pemihakan sebagai salah satu kriteria untuk menilai karya yang

bermutu. Tetapi soal pemihakan ini tidak boleh disimpulkan saja sebagai

„berpihak kepada kebenaran.‟ Kebenaran untuk siapa harus diperjelas dan

dipersoalkan jua. Adakah pemihakan itu tulus dan substanstif atau cuma

wayang atau retorik yang bergentayangan ? Ini harus dihuraikan dengan lebih

lanjut. Sebenarnya, pemihakan yang substantif juga menjauhi sikap

paternalisme terhadap rakyat Melayu yang miskin dengan beranggapan kita (

yang lebih berpendidikan dan yang „maju‟) mengetahui apa yang baik untuk

golongan yang melarat ini.

Sesungguhnya sastera yang realis dan berkomited aliran ke-

masyarakatannya akan dapat menjana kesedaran untuk bebas daripada apa jua

cengkaman yang membelenggu kemanusiaan. Karya sastera yang baik

bukanlah ditulis dari kacamata menara gading yang tinggi, jauh lagi suka

menggendangkan slogan (dengan agenda politik) itu dan ini. Karya yang baik

adalah berpaksikan nilai kemanusiaan yang harus diakur oleh semua, sehingga

si penulis itu “dapat membangunkan kepekaan kepada masyarakatnya

sendiri….memiliki dan menyemai nurani sosial dan nurani kemanusiaannya

sendiri.”37

Di sinilah letaknya persoalan pemihakan yang harus ada pada

kedua-dua sasterawan dan khalayak yang bijak menilaikan sastera.

36 Edward Said, The World, the Text, and the Critic. ( Massachusetts: Harvard University

Press, 1983 ), h. 26 37 Sila rujuk Kassim Ahmad. “Penulis sebagai Conscience atau Batin Sesuatu Bangsa,” dlm.

Karim Haji Abdullah (ed.) Pemimpin dan Sasterawan. (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1993)

Page 61: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

61

Kesimpulan

Akhirul kalam, dalam keadaan hari ini di mana ketempangan moral harus

segera diubati dengan kesalehan sosial, tugas sasterawan sebagai inteligensia

masyarakatnya tidak boleh diperlekehkan, jauh lagi dipandang sepi ataupun

sekadar hiasan di taman-taman keindahan yang palsu. Sejarah ASAS „50

sebelumnya telah menyaksikan ketrampilan sasterawawan yang terkedepan

untuk menjadi obor kemanusiaan dan pencerahan untuk masyarakatnya. Cita

ini terwaris kepada generasi ASAS „50 kini dan selanjutnya, termasuk yang di

luar ASAS „50 sendiri.38

Kita sudahi makalah ini dengan pendirian Keris Mas sebagai contoh

inteligensia sastera Melayu, yang pernah menulis puisi bertajuk “Pelita yang

Tak Padam-padam” pada tahun 1949, yakni setahun sebelum ASAS „50

didirikan, di mana Keris Mas juga pernah sama-sama menganggotainya. Puisi

beliau ini menyimpulkan idealisme komitmen sosial bagi seseorang

sasterawan seperti beliau, termasuk pendiri-pendiri ASAS yang lain, untuk

meneroka dan bertahan, dengan tekad harapan akan masadepan yang lebih

baik, bersandarkan kebebasan nurani:

“Walau ribut taufan menderu

Halilintar membelah menggegar bumi

Walau gelap lembab membeku

Di muka jalan medan bakti

Namun pelita menyala juga

Di dalam dupa hati nubari

Bercahaya hidup bagai geliga

Tak padam sampai abadi

Kini engkau rebah ke bumi

Besok aku diikat paksa

Berganti-ganti kita pergi

38 Untuk perbincangan generasi pasca ASAS „50 sila rujuk, Djamal Tukimin. Sejarah tidak

pernah luka kita yang berduka: landskap sastera Melayu Singapura pasca Angkatan 50.

(Singapura: Pustaka Nasional, 2008)

Page 62: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

62

Sampai akhir keturunan bangsa

Namun pelita tetap menyala

Berapi-api merah menyala

Menjadi suluh hasrat bangsa

Tak padam, sepanjang masa

Walau jasad hidup merana

Walau bumi dihimpit ditindas ganas

Pelita cintakan hidupkan jua

Menyinar jiwa hasrat bebas.”39

Menarik sekali bahwa harapan Keris Mas ini yang dipahatkan dalam

kiasan puisi beliau sama dengan apa yang pernah Karl Mannheim bayangkan

tentang peranan intelektual dalam sesebuah masyarakat sebagai “watchmen in what otherwise would be a pitch-black night.”

40 Bagi beliau, peranan utama

yang dimainkan oleh golongan ini kerana mereka itu “memegang kunci utama

dalam perubahan sosial sebagai pakar dalam penciptaan dan penyebaran

idea,”41

dan merekalah yang berfungsi sebagai “sumur kepada kehidupan

kebudayaan”42

sedangkan “kemampuan mereka untuk memahami orang lain

adalah aset yang terbaik.” 43

Justeru itu, tatkala Keris Mas mengatakan “Hidup

bernyala di dalam jiwa sastera baru kita ” itulah gerak asas yang harus ada

dalam tekad harapan kita yang substantif, baik dalam hal fungsi sosial sastera

itu sendiri, maupun visi dan isi sastera itu. Ternyata para pendiri ASAS „50,

sebagai inteligensia dalam masyarakatnya, telah meneroka laluan ini, dan

pewarisnya hari ini, tiada dapat tiada, harus menyuguhkan paradigma ini tanpa

tangguhan dan kekerdilan.

39 Dipetik dalam “Kesusateraan dan Bahasa Melayu,” dlm A Bakar Hamid (ed.) Esei pilihan

Keris Mas : kesusasteraan, bahasa dan kemasyarakatan. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1981), h. 141-142 40 Karl Mannheim, Ideology and Utopia. (London: Routledge & Kegan Paul, 1976), h. 143 41 Karl Mannheim, Freedom, Power and Democratic Plannin., (London: R. & K. Paul,

1951), h. 64 42 W.A.C. Stewart, “Karl Mannheim and the Sociology of Education,” h. 107 43 Karl Mannheim, “The Sociology of Intellectuals,” Theory, Culture & Society, Vol. 10,

1993, h.77

Page 63: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

63

______________________________________________________________

RUJUKAN

Adonis. (1990). An Introduction to Arab Poetics. London: Saqi Books.

Ahmad Sebi. (1991). Media, Tinta dan Kuasa. Kuala Lumpur: Media Indah.

A Karim Haji Abdullah. (ed.). (1997). Mutiara Fikiran Sasterawan Negara Keris Mas. Petaling Jaya: Pustaka Budaya.

Alatas, Syed Hussein. (1970). Intellectuals in Developing Societies. London:

Frank Cass.

Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. (1972). Islam dalam sejarah dan

kebudayaan Melayu; suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam

sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

A.M. Thani (ed.). (1981). Esei sastera ASAS „50. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Azhar Ibrahim. (2007). Shahnon Ahmad: Inteligensia Melayu dan Pemihakan

kepada Massa Melayu, Makalah disampaikan dalam Seminar Shanon

Ahmad. Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia pada 13-14 Nov

2007.

Azhar Ibrahim. (2008). Pemikiran Sasterawan sebagai Pantulan Idea

Dominan dalam Masyarakat: Menjenguk Aliran Sastera A.Samad Said.

Makalah disampaikan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A.

Samad Said. Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia pada 13-15

Mei 2008

Berdyaev, N. (1944). Slavery and Freedom. London: Geoffrey Bles.

Djamal Tukimin.(2008). Sejarah tidak pernah luka, kita yang berduka: landskap sastera Melayu Singapura pasca Angkatan 50. Singapura:

Pustaka Nasional.

Farrell, J., T. “Relevance in Literature,” Twentienth Century Literature,

Vol. 22, 1, 1976.

Freire, P. (1984). Pendidikan Kaum Tertindas. Jakarta: LP3ES.

Juan, E. San Jr. (1988). Ruptures, Schisms, Interventions: Cultural Revolution

in the Third World. Manila: De La Salle University Press.

Page 64: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

64

Keris Mas (1981). “Kesusateraan dan Bahasa Melayu,” dalam A Bakar Hamid

(ed.). (1981). Esei pilihan Keris Mas: Kesusasteraan, Bahasa dan Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad. (1993). “Penulis sebagai Conscience atau Batin Sesuatu

Bangsa,” dalam. Karim Haji Abdullah (ed.). (1993). Pemimpin dan

Sasterawan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lowenthal, L. (1957). Literature and the Image of Man. Boston: Beacon

Press.

Mannheim, K. (1976). Ideology and Utopia. London: Routledge & Kegan Paul.

Mannheim, K. (1951). Freedom, Power and Democratic Planning. London:

Routledge & Kegan Paul.

Mannheim, K.(1993). “The Sociology of Intellectuals,” Theory, Culture & Society, Vol. 10, 1993.

Memoranda Angkatan Sasterawan 50. (1961). Kuala Lumpur: Oxford

University Press.

Merriam, A., H. (1988). “Literature as Window: Developing Interracial

Understanding Through Fiction”. Journal of Black Studies, Vol.19, No.1,

1988.

Mochtar Lubis. “Sastra dan Pembebasan,” Horison, 9, XXVII.

Mochtar Lubis. (1988). “Literature and Liberation: An awareness of self and

society,” dlm. Edwin Thumboo, (ed.). (1988). Literature and liberation:

five essays from Southeast Asia. Manila: Solidaridad Pub. House.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.). (2005). Dari gerhana ke puncak purnama: biografi Asas „50: 55 tahun dalam persuratan.

Singapura: Angkatan Sasterawan 50.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.). (2005). Leksikon:

direktori penulis Melayu Singapura, pasca 1965. Singapura: Angkatan

Sasterawan 50 & National Library Board.

Plekhanov. (1953). Art and Social Life. London: Lawrence & Wishart.

Pramoedya Ananta Toer. (2003). Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia. Jakarta: Lentera Dipantara.

Rendra. (1984). Mempertimbangkan Tradis: Kumpulan Karangan. Jakarta:

Gramedia.

Rendra. (2000). Rakyat belum merdeka: sebuah paradigma budaya. Jakarta:

Pustaka Firdaus.

Said, E. (1983). The World, the Text, and the Critic. Massachusetts: Harvard

University Press.

Page 65: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

65

Shaharuddin Maaruf. (1995). “Materialism as an Ideology in Malay Literature,”

dalam. Ong Jin Hui, Chan K.B. and Chew S.B. (eds.). (1995). Crossing Borders: Transmigration in Asia Pacific. New York: Prentice Hall.

Subagio Sastrawardoyo. (1992). Sekilas Soal Sastra dan Budaya. Jakarta:

Balai Pustaka.

Suratman Markasan. (1991). From the beginning to two streams of social

critique = Dari jalan permulaan ke dua jalur kritik sosial. Singapura:

Singapura.

Sutan Takdir Alisjahbana. (1988). “Sastera yang Bertanggungjawab pada

Permulaan Bangkitnya Kebudayaan Umat Manusia yang Baru,” dalam.

Pemikiran Sastera Nusantara. (1988). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Sills-Briegel, T. & Deanne C. “Using Literature to Explore Social Issues,”

Clearing House, Vol.74, 5, 2001.

Usman Awang & A. Samad Said (1966). Tema dan tugas sastera Melayu moden. Singapura: Federal Berhad.

Page 66: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

66

REVOLUSI AKSI ASAS ‘50

Yazid Hussein

Pengenalan

Terdapat perbezaan yang ketara antara gerakan „revolusi mental‟ dengan

gerakan „revolusi aksi‟. Gerakan revolusi minda adalah pencetus minda untuk

beraksi mencari kecemerlangan. Tatkala gerakan revolusi aksi yang meng-

gerakkan sesutu atau seseorang itu agar sentiasa bertindak untuk membaiki

keadaan dalam menuju ke arah kecemerlangan. Gerakan revolusi minda dan

gerakan revolusi aksi adalah ibarat usaha yang memangkin dan memberi

motivasi untuk membina individu, masyarakat, bangsa dan nusa yang akan

mempunyai pemikiran yang positif, berorientasikan aksi, kesedaran kualiti dan

persembahan kelas dunia.

Namun dalam merealisasikan gerakan revolusi minda dan gerakan

revolusi aksi, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah hidup ini penuh

dengan perjuangan, dan sejarah telah membuktikan bahawa sepanjang riwayat

hidup manusia, tidak pernah sunyi daripada menghadapi pelbagai masalah dan

rintangan. Ini kerana keperluan dan keinginan manusia tidak terbatas, daripada

keperluan asas hinggalah kepada keinginan untuk memenuhi keinginan

psikologi dan seksual seperti kasih sayang, dicintai, memenuhi nafsu, keadilan,

penghormatan, kekuasaan, kemewahan dan sebagainya. Sehubungan itu, timbul

pelbagai ragam tingkah laku manusia dalam menghadapi masalah hidup. Ada

yang menyedihkan, ada yang melucukan dan tidak kurang pula yang

menimbulkan rasa marah, simpati dan sebagainya. Kepelbagaian ragam inilah

yang menjadi bahan dan ilham nukilan para penulis untuk renungan, perutusan

dan pengajaran bersama agar dapat menghibur, memberi pengajaran dan

keinsafan, membangkitkan kesedaran, menajamkan daya pemikiran dan

sensitiviti setiap pembaca. Berpandukan perspektif inilah anggota-anggota

Angkatan Sasterawan „50 atau ringkasnya ASAS „5044

bertindak cergas dengan

menjanakan persuratan menjadi sebagai satu wahana media bervisi dan bermisi

dalam merealisasikan matlamat, hasrat, cita-cita, keinginan, khayalan, impian,

44 Angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan Angkatan Sasterawan „50 lebih mesra

dikenali dan sinonim dengan penggunaan akronim ASAS „50.

Page 67: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

67

gagasan, idea, angan-angan, azam, iltizam, harapan, hajat, wawasan adicita,

falsafah, ideologi, identiti, keperibadian, prinsip, sahsiah, kepercayaan, jati diri,

pegangan, entiti dan fahaman terhadap masyarakat, bangsa, nusa, bentala dan

kesejagatan. Seperti yang telah dikonsepsikan dalam perlembagaan penubuhan-

nya.

Pada dasarnya ASAS „50 terkenal dengan pembawaan panji serta

laungan semboyan “Seni untuk Masyarakat”45

, dan sebahagian besar ahlinya

membegakan semangat berapi keyakinan diri sebagai ahli pemikir, pejuang

nasionalis dan pemangkin serta pembimbing masyarakat Melayu dalam

mempengejawatahankan perjuangan yang dapat menuju ke arah perpaduan

kebangsaan dan kebangkitan masyarakat Melayu, kala mereka menghadapi

hari-hari yang bergolak dan tidak menentu akibat tekanan alam persekitarannya.

ASAS „50 adalah sebuah angkatan persatuan dan pergerakan

persuratan yang bercorak kebahasaan dan kesusasteraan Melayu yang pertama

lahir sesudah Perang Dunia Kedua46

. Percambahan yang memangkinkan

tertubuh teguhnya angkatan persuratan ini adalah berhubung rapat dengan

perubahan-perubahan iklim dan suasana serta adab politik dan masyarakat

Melayu sebelum ini. Penubuhan ASAS „50 bukan sahaja berwawasan sebagai

sebuah angkatan persatuan dan pergerakan persuratan dan penulis tetapi juga

sebagai jentera dan perantis penggerak dalam sejarah perkembangan sastera

Melayu moden dan sejarah kesusasteraan Melayu Singapura. Dengan itu setiap

anggota ASAS „50 bukan sahaja mendokong peranan yang penting dalam

sejarah perkembangan sastera Melayu moden dan sejarah perkembangan

45 Konsep dan semboyan “Seni untuk Masyarakat” berkaitan rapat dengan cita-cita

kemasyarakatan ASAS „50 tatkala ditubuhkan. Dalam hal ini seni, iaitu bahan sastera,

digunakan untuk berbakti kepada masyarakat. Semboyan ini telah digunakan sehingga 1974,

apabila semboyan baharu “Seni Bina Manusia” digunapakai. Berdasarkan maklumat,

penggunaan “Seni Bina Manusia” adalah usaha ASAS „50 menyatukan kumpulan-kumpulan

sastera lain seperti Grup Gelorasa, PASS dan sebagainya menjadi anggota ASAS ‟50.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2005. Dari Gerhana ke Puncak

Purnama: Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan (2005) Halaman: xxiv. 46 Lihat Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan

(2005) dan Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965 (2005) terbitan

Angkatan Sasterawan „50 dan disusun oleh Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul

Aziz.

Page 68: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

68

sastera Melayu Singapura malah berperanan dan bertindak sebagai pembaja

dan fasilator kesuburan, pertumbuhan, keintelektualan, kemekaran dan

ketajaman pemikiran masyarakat Melayu dengan cara terbaik mungkin.

Bagi merealisasikan cita-cita, keinginan, impian, gagasan, idea, azam,

iltizam, harapan, hajat dan wawasan ini, setiap anggota ASAS „50 akan

berperanan sebagai seorang pemikir, perenung, penilai, pemberita, pencipta,

pengajar, pengasuh, penyebar, pengkarya dan pengkritik terhadap masyarakat,

bangsa, nusa dan kesejagatan. Sehubungan itu setiap anggota dipertanggung-

jawab dan diamanah untuk “memberikan gambaran-gambaran yang heenyata tentang keadaan sekeliling mereka, dan tentang „sebab-sebab‟ yang menimbul-

kan keadaan-keadaan itu”. Perkara ini telah dijelaskan oleh Asraf dalam “Nilai

Sastera” (1981).

Medan dan Ruang Asas „50

ASAS „50 mempunyai peranan dan pengertian yang menarik, mendalam,

saujana, kinantan, bermakna, berkonotasi, bererti dan istimewa dalam sejarah

perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan sejarah perkembangan

kesusasteraan Melayu Singapura. ASAS „50 secara langsung dan tidak lang-

sung memberi makna, erti, definisi, maksud, takrif, takbir dan takwil pada entiti

dan identiti kesusasteraan Melayu moden dan kesusasteraan Melayu Singapura.

Dengan itu tidak keterlaluan apabila ASAS „50 disinonim dan ditaliketatkan

dengan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu Moden dan sejarah

perkembangan kesusasteraan Malayu Singapura. Pengiktirafan dan perakuan

ini juga jelas dipaparkan dalam buku Warisan ASAS „50 (1981)47

terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ceramah dan bengkel khas yang dianjurkan

sempena 30 tahun penubuhannya dengan tajuk “ASAS „50 dan Sastera Melayu

Moden”48

pada 22hb

hingga 23hb

Ogos 1980 di Kuala Lumpur anjuran Institut

Analisa Sosial (INSAN) dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

47 “ASAS „50 mempunyai peranan yang penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan

Melayu moden ... .”. Warisan ASAS „50, 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian belakang buku. 48 Ceramah dan bengkel ini telah dianjurkan oleh Institut Analisa Sosial (INSAN) dengan

bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22hb Ogos hingga 23hb Ogos 1980 di Kuala

Lumpur.

Page 69: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

69

Arakian sepanjang sejarah penubuhannya, ruang dan medan ASAS „50

bukan hanya setakat berfungsi dan bergerak sebagai sebuah angkatan

pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang bersuara rakyat, yang

ditubuhkan di Singapura pada pertengahan tahun 195049

oleh segelintir penulis

yang rata-rata berumur dalam lingkungan dua puluhan dengan atma dan

semangat muda. Malar-malar dengan atma dan semangat yang muda itu, maka

tercambah, membuak dan membaralah akan segala hasrat, cita-cita, keinginan,

khayalan, impian, gagasan, idea, angan-angan, idea, azam, iltizam, harapan,

hajat dan wawasan dalam jiwa yang membentuk adicita, falsafah, ideologi,

identiti, keperibadian, prinsip, sahsiah, kepercayaan, jati diri, pegangan dan

fahaman terhadap masyarakat, bangsa, nusa, bentala dan kesejagatan.

Sehubungan itu ASAS „50 secara sedar membentuk golongan penulis

dan pengarang yang idealistik, bertujuan dan berwawasan, namun pada masa

yang sama secara tidak langsung membentuk golongan „pelamun‟ dan

„pengkhayal‟. Sebenarnya penggunaan istilah „pelamun‟ dan „pengkhayal‟

tidak merujuk pada atau mempunyai konotasi buruk tetapi asosiasi atau idea

yang dimaksudkan adalah selain maknanya yang tersurat, iaitu golongan

„pemikir, perenung, penilai, pemberita, pencipta, pengajar, pengasuh, penyebar,

pengkarya dan pengkritik‟. Sehubungan itu istilah „pelamun‟ dan „pengkhayal‟

yang sebenar adalah yang disatukan dengan istilah „sasterawan‟.

Dalam hal ini juga, dasar, teras, pokok dan asas yang didukung oleh

anggota-anggota awal ASAS „50 dalam memartabatkan bahasa dan sastera

Melayu berpandukan konsep “Seni untuk Masyarakat”, bersumber ilham

daripada penghayatan terhadap masyarakat. Hakikatnya, seni dan masyarakat

ditanggapi sebagai mempunyai pertalian yang rapat dan tidak terpisah daripada

kehidupan masyarakat berdasarkan dimensi bahawa sastera boleh dimanfaatkan

oleh rakyat seluruhnya. Gagasan “Seni untuk Masyarakat” merujuk kepada

bahan kesusasteraan yang “harus menggambarkan hidup rakyat dan menyata-

49 Angkatan Sasterawan „50 atau ringkasnya ASAS „50 telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1960.

Perhimpunan ini telah diadakan di 24-H, Henderson Road, Singapura, iaitu di rumah

Muhammad Ariff Ahmad (MAS), dan dihadiri oleh 19 penulis yang rata-rata berumur dalam

lingkungan dua puluhan. Untuk mendapatkan senarai penuh sila lihat Mohamed Pitchay

Gani Mohamed Abdul Aziz (editor), 2005. Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi

ASAS ‟50, 55 Tahun dalam Persuratan. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Halaman 39-

40.

Page 70: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

70

kan hasrat dan keinginan rakyat dalam bentuk cerita” (1981), maka Asraf

dalam “Maksud” (Ibid.) menjelaskan bahawa ASAS „50 telah “menjadikan kesusasteraan sebagai alat penyedar dan perjuangan” masyarakat. Dengan itu

ASAS „50 telah bergiat cergas menghasilkan pelbagai bentuk genre sastera

Melayu seperti novel, cerpen, drama dan sajak sebagai wadah protes sosial dan

protes politik untuk tatapan masyarakat dan bangsanya. Sehubungan itu, Asraf

dalam “Nilai Sastera” (1950) dengan berani dan lantang menjelaskan bahawa

masyarakat pada waktu itu rata-rata menderita dan meminta suluh dan

pemimpin dan “kerana itu penulis harus memberi gambaran yang nyata

bagaimana mereka harus bertindak untuk membaiki nasibnya yang penuh dengan derita itu‟. Maka itu, pada awal penubuhannya kebanyakan

penghasilan hasil karya ASAS „50 bersifat ulasan penderitaan rakyat, kritikan

dan menyelar segolongan masyarakat, mendedahkan resah gelisah kehidupan,

menentang ketidakadilan dalam masyarakat, kebaikan mencapai kemerdekaan,

penderitaan dan kemiskinan di bawah penguasaan penjajah, penyekatan

kemajuan pemikiran, keruntuhan akhlak dan moral, penyalahgunaan kuasa,

perjuangan politik setempat dan sumber nasihat. Dengan berpegang kepada

kepercayaan dan keyakinan yang kawi terhadap “kesusasteraan adalah cermin

yang membayangkan masyarakat” (Wong Seng Tong, 1985: 35), maka

seberinda besar anggota ASAS „50 mengamalkan tajribah merealisasikan

konsep sastera “didaktik dan bertujuan”. Sehubungan itu, menurut Asraf (1950:

27-30);

... sudah tiba masanya sekarang bagi angkatan sasterawan lima

puluhan untuk menggambarkan dalam tiap karangan yang

ditulisnya akan segala yang nyata sebagaimana yang terdapat

dalam kalangan rakyat murba.

Dapat disimpulkan bahawa dunia dan sumber ilham ASAS „50 lebih

luas daripada generasi penulis sebelumnya kerana ramai ahlinya berasal dari

desa dan kota yang dikenali dan terkenal dengan „alam‟, „manusia‟,

„permasalahan‟ dan „persoalan‟nya. Maka, ASAS „50 dijadikan tempat untuk

meluahkan pelbagai pandangan dan kegelisahan muda seperti ingin mencari

jati diri (soul searching), mencari dan alami sendiri erti perjuangan yang

didengar melalui akhbar dan majalah, ataupun mencari rezeki di kota.

Kehidupan di kota telah mengukuhkan pengalaman dan ilham mereka terhadap

Page 71: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

71

perkeliling yang lebih kota sifatnya serta perubahan sikap hidup dan nilai-

nilainya.

Pengalaman dan ilham ini menjadi sumber dan hablur tema-tema

dalam karya-karya awal ASAS „50, yang dapat dikatakan mempunyai aliran

fikiran yang maju pada ketika itu (1950-an), yang rata-rata boleh diertikan

sebagai kemajuan untuk menuju kemerdekaan politik, ekonomi dan perihal

masyarakat, penghormatan dan kepercayaan terhadap kebudayaan sendiri yang

menghablurkan tamadun bangsa, identiti diri dan masyarakat, manifestasi

dilema keadilan ekonomi, perjuangan hak-hak asasi, lambang kebijaksanaan,

keterlibatan dalam puncak kerajaan dan pimpinan, unsur-unsur keluasan alam,

fikiran dan keghairahan hidup atau menyediakan contoh moral dan intelektual50

.

„Sasterawan‟ dalam Angkatan Sasterawan 50

Sebenarnya, istilah „pelamun‟ dan „pengkhayal‟ terhadap para anggota ASAS

„50 adalah perakuan dan pengiktirafan terhadap golongan „sasterawan‟ dalam

ASAS „50 yang idealistik dan beratma besar dalam merealisasikan hasrat, cita-

cita, keinginan, khayalan, impian, gagasan, idea, angan-angan, idea, azam,

iltizam, harapan, hajat dan wawasan untuk membina dan membangunkan

masyarakat, bangsa, nusa dan kesejagatan yang progresif, kental, bebas,

saksama, inovatif, kreatif, kritikal dan bijaksana serta kukuh nilai kemanusiaan

dan keinsanannya. Pada waktu yang sama mencintai keamanan, kesaksamaan

dan keadilan. Dalam hal ini juga, istilah „sasterawan‟ yang digunakan pada

nama Angkatan Sasterawan „50 adalah sebagai satu identiti diri dan entiti

pertubuhan.

Menurut Muhammad Haji Salleh dalam kertas kerjanya yang bertajuk

“Konsep Sasterawan ASAS „50” semasa ceramah dan bengkel ASAS „50 DAN

SASTERA MELAYU MODEN, istilah „sasterawan‟ pada Angkatan

Sasterawan „50 bukan hanya dikaitkan dengan “orang yang menghasilkan

50 Yazid Bin Hussein, 2006. Konsep Perjuangan Masuri S.N. dalam Karya-Karya Terpilih:

Penerapan Model “Qawl-Un Ma‟ruf”. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya. Tesis untuk Ijazah Sarjana.

Page 72: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

72

karya sastera (seperti prosa dan puisi), ahli sastera51

” tetapi merangkumi juga

“orang yang cerdik pandai, cendekiawan52

”. Dalam hal ini Muhammad Haji

Salleh menjelaskan bahawa;

Istilah ini saya kira dipilih dengan sedar dan mungkin dengan

sedar pula diharap membawakan makna suatu kategori penulis

yang mencipta pada peringkat mutu dan pemikiran yang agak

tinggi. Pada tafsiran saya „sasterawan‟ bukanlah penulis picisan,

karyawan hal-hal remeh dan tidak mempersoalkan tema-tema

penting di dalam kehidupan masyarakatnya.

(1981: 2)

Sehubungan itu pendekatan menggunakan istilah „sasterawan‟ adalah

satu ciri pembeda yang real dan jelas tetapi membebankan bagi menaikkan

identiti diri dan entiti ASAS „50 daripada penulis, pertubuhan dan pergerakan

lain. Dengan terteranya istilah ini, maka tanggungjawab dan amanah yang

dipikul oleh para anggota ASAS „50 lebih berat. Mereka bukan hanya

kelompok penulis, dan sebuah pertubuhan dan pergerakan sastera tetapi

kelompok penulis, dan sebuah pertubuhan dan pergerakan sastera yang akan

merobek dan merobohkan tembok kekufuran dan kebatilan masyarakat, bangsa,

nusa dan kesejagatan. Dengan itu anggota ASAS „50 secara logiknya mereka

bukan setakat penulis atau pengarang biasa tetapi merupakan golongan penulis

atau pengarang yang mengutamakan mutu dan pemikiran yang tinggi lagi maju

yang bertali dengan ruang lingkup masyarakat. Sehubungan itu, dasar asas

ASAS „50 adalah penglahiran karya dan penulisan para anggota ASAS „50

perlu mempersoalkan tema-tema penting dan real dalam kehidupan

masyarakatnya dan bukan membicara, mengutara, mengetengah, menonjol,

mengusul atau mengupas perkara-perkara yang remeh dan tema-tema yang

tidak penting yang tidak dapat membina dan membangunkan masyarakat,

bangsa, nusa dan kesejagatan.

Paraleli dengan semangat dan atma ini, maka pelbagai tema, persoalan

dan perkara seperti dilema kepimpinan, keadilan politik, kesaksamaan untuk

51 Kamus Dewan: Edisi Ketiga, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman

1396. 52 Ibid.

Page 73: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

73

merebut peluang, kesamarataan hidup, keseimbangan ekonomi hingga kepada

perjuangan hak-hak asasi dan asas masyarakat, dan seterusnya dari keinginan

membudayakan orang Melayu hinggalah ke persoalan mendefinisikan

tamadunnya. Pada masa yang sama ASAS „50 melihat peranan dan anggotanya

sebagai pejuang yang dinamik, berani dan progresif untuk kebebasan nusa,

pelindung kedaulatan bangsa dan nusa, penentang terhadap kezaliman

penjajahan dan penegak keadilan sosial, ekonomi dan politik. Ini semua secara

sedar telah dijadikan manifestasi dasar undang-undangnya. Yang nyata dan

jelas adalah seorang „sasterawan‟ mestilah bahaduri53

, siddiq54

, mustakim55

dan

curai56

dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Malar-malar dalam perihal istilah „sasterawan‟ ini, Muhammad Haji

Salleh ada memberi pandangan yang mengukuh dan mengetatkan dengan

menjelaskan bahawa; „Istilah „sasterawan‟ juga memberi semacam status dan

martabat profesyen serta keterlibatan yang agak rasmi di dalam kesenian

sastera dan kehidupan negara.‟(Ibid.)

Namun, anugerah “status” yang tidak diiktiraf dan “martabat profesyen”

yang tidak rasmi serta “keterlibatan yang agak rasmi” tanpa tauliah ini

membawa kepada tanggungjawab yang berat sehingga seolah-olah satu

„bebanan‟ yang terpaksa dipikul dalam kehidupan harian kerana menjadi

anggota ASAS „50 dan terlibat dalam dunia persuratan masyarakat, bangsa,

nusa dan kesejagatan. Para anggota ASAS „50 seperti „disyarat dan diikatkan‟

supaya kukuh dalam pendirian dan terlibat secara langsung dalam dasar

perjuangan yang ditetapkan. ASAS „50 memberi galakan kepada para

anggotanya supaya bersikap bahaduri, mustakim, siddiq dan curai lagi kukuh

dalam menurunkan pendapat, herdikan, bantahan, renungan, kritikan,

pandangan, sanggahan, komen, ulasan dan teguran. Mereka adalah pemikir

baharu lagi maju yang menyimpang daripada jawapan lama dan berani

memasuki “daerah-daerah persoalan baru, walaupun undang-undang penjajah menegahnya” (Ibid.: 8). Bagi meyakinkan kesungguhan dan

keseriusannya, ASAS „50 dalam perlembagaannya, Undang-Undang No. 2

53 Berani. 54 Jujur. 55 Amanah. 56 Jelas.

Page 74: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

74

bahagian 2 fasal (c) telah menjanjikan akan “menyewa loyar (jika perlu) untuk

membela sasterawan yang terdakwa kerana mengeluarkan fikiran bebas”

(Ibid.: 9). Sehubungan itu perlindungan dan ruang kebebasan yang disediakan

membantu para anggota menuju ke arah kebenaran dan menolak kebatilan

dengan menghasilkan karya yang saksama dan adil. Pada masa yang sama,

Muhammad Haji Salleh dengan berani dan sedar tatkala mengaitkan profil,

sifat dan ciri-ciri „sasterawan‟ yang ada dalam Angkatan Sasterawan „50

dengan golongan „pujangga‟, iaitu “pencipta sastera di zaman tradisional”

(Ibid.). Mengikut pandangan dan mata halus Muhammad Haji Salleh,

pengertian dan pemaknaan „sasterawan‟ itu adalah; „... membawa beberapa ciri-

ciri makna yang mungkin kita dapati dari perkataan tradisional untuk pencipta

sastera di zaman traditional, iaitu „pujangga‟, termasuklah kebijaksanaan,

keterlibatan dalam puncak kerajaan dan pimpinan atau menyediakan contoh

moral dan intelektual.‟(Ibid.)

Sifat dan ciri-ciri „pujangga‟ yang diketengahkan adalah warisan dan

nilai kehidupan yang menjadi sebati dalam jiwa, atma, naluri dan semangat

para anggota ASAS „50 dan pertubuhan sastera itu sendiri. Warisan, budi dan

nilai ini terus disemaimekarkan hingga terjelma kesuburan sehingga ke hari ini.

ASAS „50 adalah sebuah tamadun yang tersendiri. Dan dalam perihal sebuah

tamadun, maka akan berlaku proses pembangunan, pengekalan, kemusnahan,

kebangkitan dan kesinambungan. Confucius57

dalam Obaidellah Haji

Mohamad (penterjemah)58

pernah berkata bahawa elemen warisan, budi dan

nilai menjadi penentu terhadap kesinambungan sesuatu tamadun itu. Confucius

menjelaskan bahawa; „pemerintah sesebuah negara yang mempunyai 1000

kereta perang dan angkatan yang berkuda hendaklah dilaksanakan dengan

serius. Dalam menjalankan pemerintahan, pemerintah harus bersikap tegas,

memberi kepercayaan, tidak menipu, berjimat cermat dalam perbelanjaan, cinta

pada manusia, dan mengarah rakyat mengikut masa yang tertentu.‟ (1994: 2)

57 Confucius hidup antara 551 S.M. hingga 479 S.M., merupakan tokoh pertama di negara

China yang mengasaskan falsafah aliran Confuciusisme. Beliau juga ialah seorang pendidik

yang terkenal dan pemikir yang agung. Qu Chunli, 2005. Riwayat Hidup Konfusius. Kuala

Lumpur: Institut Kajian Dasar (IKD) & Konrad Adenauer Foundation (KAF). 58 Obaidellah Haji Mohamad (penterjemah), 1994. Lun Yu: Pembicaraan Confucius. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 2.

Page 75: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

75

Hakikatnya sesebuah tamadun itu akan melalui proses evolusinya yang

tersendiri, iaitu peringkat pembangunan, peringkat pengekalan, peringkat

kejatuhan dan peringkat kebangkitan. Dalam hal ini, semuanya bergantung

pada penyemaian dan pengekalan unsur warisan, budi dan nilai yang murni.

Arakian tatkala sesuatu tamadun itu berkembang dan subur adalah kerana

pengekalan warisan, budi dan nilai yang murni. Pada masa yang sama

digerakkan pengubahsuaian yang setimpal mengikut dasar pragmatik. Tatkala

kejatuhan dan kebinasaan sebuah tamadun adalah disebabkan pengabaian dan

penolakan warisan, budi dan nilai yang telah diwarisi dan dijadikan amalan.

Sehubungan itu dapat dilihat bahawa selain daripada pengekalan warisan, budi

dan nilai yang murni, ASAS „50 juga bersikap berdaya maju, realistik, wajar

dan berpijak di bumi nyata dengan mengamalkan dasar pragmatik sebagai

kunci nadi dan katalisator kesinambungannya sehingga berdaya tahan ke hari

ini. Namun begitu dasar pragmatik yang logikal dan rasional ini tidak sedikit

pun menggadai dan berkompromi serta menguris dan mencalarkan adicita,

falsafah, ideologi, identiti, keperibadian, prinsip, sahsiah, kepercayaan, jati diri,

pegangan, fahaman, gagasan dan tanggungjawab asal ASAS „50 dan peranan

tulen sastera seperti wadah menyampaikan ilmu, membentuk jiwa manusia

menjadi insan yang menghargai nilai kemanusiaan, melahirkan manusia yang

berperibadi dan memiliki sahsiah yang baik, sebagai bahan hiburan atau bentuk

escapism, memberikan pengetahuan, mendidik masyarakat secara langsung

atau tidak langsung, merealisasikan matlamat pendidikan sebagai disiplin

merentasi kurikulum, menghidupkan daya kreativiti, inovatif, kritikal dan

imaginasi, mengembang dan memperluaskan intelektual seseorang, meningkat-

kan daya pemikiran, menyampaikan cerita kepada khalayak, sebagai unsur

kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat, menulis dan membaca sebagai

hobi, menulis sebagai profesion, wadah penghayatan dan kesyukuran, wadah

penyebaran agama, moral, nilai-nilai murni, budaya dan adab, menaikkan

semangat nasionalisme, kenegaraan dan patriotik.

Dengan itu amalan dan dasar pragmatik yang dianyam dengan

peredaran masa secara bijak telah berjaya mengekal dan mengukuhkannya

sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang cergas dan terus

kekal relavan bergerak, berjasa dan berbudi selama 6 dekad lamanya59

. Tatkala

59 Angakatan Sasterawan „50 atau ringkasnya ASAS „50 menyambut ulang tahun

penubuhannya yang ke-60 pada tahun 2010.

Page 76: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

76

kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan yang ditubuhkan silih berganti

selepasnya tidak mampu bertahan lama dan terkubur. Ada juga kelab,

pertubuhan dan pergerakan persuratan yang terus tenggelam ditelan masa dan

tidak bergerak aktif lagi. Tatkala terdapat juga kelab, pertubuhan dan

pergerakan persuratan yang tenggelam-timbul sifatnya dengan menganjurkan

aktiviti-aktiviti persuratan mengikut musim tetapi tidak mampu memberi

sumbangan yang jelas dan besar kepada dunia persuratan dan masyarakat60

.

Ada juga kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan yang mengubah

pendirian dan dasar asalnya untuk menjadi kelab, pertubuhan dan pergerakan

kemasyarakatan dengan tumpuan kepada kerja-kerja sosial. Pandangan ini

selari dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yazid Hussein dalam Forum

“Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature61

” yang dipetik

daripada Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz selaku Presiden

ASAS „50.

Since the 1950s, a myriad of literary association such as Grup

Gelorasa (1971), PASS (1972), Jejak Kembara (1978) Kupuja (1984), KAMUS (1989), Nadwah Sastera (1990) and others have

tried to follow in ASAS „50 footsteps. Unfortunately, these

associations were not prolific and have since ceased to exist.

(6hb

Disember 2008)

Pandangan ini dikukuhkan dengan hasil kajian secara kuantitatif dan

terperinci terhadap bilangan kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan

Melayu yang ditubuhkan sepanjang 60 tahun dari tahun 1950 hingga 2010 di

Singapura, mendapati terdapat kurang daripada 25 buah semuanya. Bilangan

ini merangkumi kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang

tidak didaftar dan yang telah didaftar dengan Register of Society (Singapore).

Namun daripada bilangan ini, hanya ASAS „50 yang telah diiktiraf sumbangan-

nya sebagai sebuah angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan yang

60 Sila lihat Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965 terbitan Angkatan

Sasterawan „50. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2005. 61 Yazid Hussein merupakan salah seorang pembentang dalam forum “Four Languages, One

Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah dianjurkan oleh National Arts Council of

Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House. Beliau membentangkan

kertas kerja “ASAS „50 in the New Milleium” yang membicarakan mod dan pendekatan

ASAS „50 mendekati masyarakat dan dalam mengharungi cabaran alaf milieu.

Page 77: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

77

progresif, pragmatik, bergerak aktif dan berwibawa. Pandangan ini begitu jelas

dan nyata apabila ASAS „50 dijadikan pusat sumber oleh pihak National

Library Board of Singapore (NLB) untuk segala yang berkaitan dengan dunia

persuratan Melayu dan alam persuratan Melayu Singapura. Malah ASAS „50

merupakan angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang

dirujuk bagi projek Singapore Literary Pioneers Gallery, NLB Online

Repository of Artistic Works (NORA) Database Collection for Malay Writers

and Manuscript, potret “Tun Seri Lanang” dan “Tekad Pena”62

. Keteguhan dan

kewibawaan ASAS „50 sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan

Melayu telah memberi keyakinan kepada pihak National Arts Council of

Singapore (NAC) untuk bergerak senadinya sebagai pusat sumber dan

penggerak inisiatif nasional seperti Singapore Writers Festival63

dan ASAS „50

International Writers Residency Programme64

. Malah ASAS „50 telah diberi

pengiktirafan sebagai penerima President Charity Gold Cup Race pada 2005

62 Sila lihat buku sejarah ASAS „50 yang bertajuk Dari Gerhana ke Puncak Purnama:

Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan yang diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan

„50 (2005), buku-buku kreatif terbitan Angkatan Sasterawan „50 seperti Purnama Senja

(2006), Perjalananku (2007), Teman Siber (2008), Kasih Bunga Merah (2008), Kumpulan

Cerpen Satu Macam Penyakit (2009), Bisikan Nadim: Dari Skrip ke Pentas ke Naskhah

(2009), Antologi Puisi: Seloka Hari Berubah (2010), Kumpulan Drama D5D (2010) dan

Verses of Angels (2010). 63 ASAS „50 dan Sayap Belia ASAS „50 dengan kerjasama CELIK telah mengadakan

persembahan seni dan teater berteraskan sastera Melayu Singapura di Chambers@The Arts

House sempena Singapore Writers Festival pada 28hb October 2009. CELIK adalah sebuah

kumpulan kesenian belia (teater, sastera dan budaya) yang bernaung dengan MAEC Bukit

Batok East Community Club, ditubuhkan pada tahun 2008 dengan Muhammad Shukri

Suhaimi selaku ketua. 64 Program penulisan ASAS „50 International Residency Writing Programme adalah satu

program penulisan yang bertujuan untuk menyediakan seorang mentor (penulis luar negara)

bagi membimbing para penulis Singapura melahirkan lebih banyak karya asli Singapura

Pascaperpisahan yang bermutu dalam bahasa Melayu. Mentor yang dilantik khusus oleh

Jawatankuasa Pelaksana ASAS „50, berdasarkan pengalaman dan ketokohannya dalam

sesuatu bidang ilmu dan pengalaman kerjayanya yang cemerlang. Program ini disokong oleh

National Arts Council of Singapore dengan kerjasama Darul Andalus Pte. Ltd. Mentor akan

menyediakan ruang bagi para peserta mendalami pengetahuan, kefahaman, keperluan dan

kemahiran dalam bidang penulisan. Tahun ini bidang yang dikemukakan adalah genre novel.

Program ini adalah kursus intensif selama 6 bulan yang telah bermula dalam bulan Jun 2010

hingga November 2010, dengan kemuncaknya para peserta menghantar sebuah karya

berbentuk novel untuk dinilai dan diterbitkan.

Page 78: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

78

dan 2007, dan pertubuhan Persuratan Nasional yang pertama bagi Asia Pacific

Breweries Foundation Arts Inspire Programme 2008-2010. Sebagai bukti

kewibawaan dan penghormatan terhadap peranan dan perjuangan yang telah

dimainkannya, nama ASAS„50 telah dicatatkan dalam Singapore Encyclopedia (2009) dan Kamus Dewan: Edisi Keempat (2005)

65.

Hakikatnya, ASAS „5066

itu sendiri adalah sebuah pertubuhan dan

pergerakan persuratan yang idealistik dan beratma besar67

. Pandangan dan

pernyataan ini juga disokong oleh Kamus Dewan: Edisi Keempat (2005).

Dengan jelas kamus ini mengiktiraf dan memperakukan akan „idealistik dan

beratma besar‟ yang dipunyai oleh ASAS „50 tatkala ditubuhkan. Kamus

Dewan: Edisi Keempat dengan sedar dan terang menyatakan bahawa “Asas „50 merupakan sebuah gerakan sasterawan yang progresif” tatkala menerangkan

pengertian dan pemaknaan istilah „sasterawan‟ (Ibid.: 1396). Sehubungan itu,

pernyataan dan pengiktirafan ini tidak perlu diragui kerana Kamus Dewan: Edisi Keempat (Ibid.) diperakui sebagai dan adalah; „...sebuah kamus

ekabahasa Melayu yang lebih mantap, berwibawa dan agak lengkap sejajar

dengan perkembangan pesat bahasa Melayu masa kini. Dengan demikian,

Kamus Dewan Edisi Keempat ini diharapkan akan menjadi bahan rujukan

utama yang terkini dan berwibawa untuk semua lapisan masyarakat pengguna

bahasa Melayu.‟ (Ibid.: xiii)

65 op. cit. 66 Angkatan Sasterawan „50 telah didaftarkan dengan kerajaan Singapura untuk bergerak

sebagai sebuah badan yang sah pada 22hb Jun 1951. S. Husin Ali, 1981. “ASAS „50 dan

Cita-Cita Kemasyarakatannya” dalam Warisan ASAS „50: Kumpulan Kertas Kerja Ceramah

dan Bengkel “ASAS „50 dan Sastera Melayu Moden”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Halaman 21. 67 Antara gagasan dan idea ASAS „50 adalah “sastera harus dimanfaatkan untuk rakyat

seluruhnya” (1981: 5), “tugas penulis dan sempadan tema yang harus diikuti oleh mereka ...

yang mengandungi aliran fikiran maju” (Ibid.), “terikat di dalam penghormatan dan

kepercayaan terhadap kebudayaan sendiri” (Ibid.), “membawakan sikap analitis

memberinya sifat-sifat kebaruan, kemajuan dan modenisme” (Ibid.), “memperjuangkan

kemerdekaan” (Ibid.: 26), “menegakkan keadilan masyarakat” (Ibid.: 27), “mengembangkan

fikiran maju” (Ibid.: 28) dan sebagainya. Lihat Warisan ASAS „50: Kumpulan Kertas Kerja

Ceramah dan Bengkel “Asas „50 dan Sastera Melayu Moden” (1981), Memoranda

Angkatan Sasterawan: Edisi Kedua (1987) dan Memoranda ASAS „50 (2010) untuk

mendapatkan penjelasan yang terperinci dan tuntas bahawa “ASAS „50 itu sendiri adalah

sebuah pertubuhan penulisan yang idealistik dan beratma besar”.

Page 79: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

79

Dasar dalam perlembagaan awal ASAS „50, Perlembagaan ASAS „50,

adalah misi dan visi yang menggariskan beberapa sifat dan ciri teras

penulisannya (Muhammad Haji Salleh, 1981: 9) dengan harapan melahirkan

penulis-penulis ASAS „50 yang ideal dan berwibawa.

i. Penulis ASAS „50 itu moden dan baru, mempunyai status yang tinggi di

dalam masyarakatnya.

ii. Dunianya luas dan dalam, diambil dari kenyataan dan alam ilmu.

iii. Penulis terlibat dengan situasi bangsanya, dengan bahasa kesusasteraan,

kebudayaan, ekonomi dan seluruh kehidupannya.

iv. Penulis harus membawakan aliran fikiran maju.

v. Mempunyai kepercayaan akan nilai-nilai kemanusiaan, mempercayai

dan seterusnya memperjuangkannya.

vi. Harus melibatkan diri sepenuhnya dengan perjuangan mendapatkan

kemerdekaan dan peningkatan bangsa – iaitu keterlibatan politik.

vii. Penulis harus juga pemikir.

viii. Penulis harus bebas untuk menyatakan kebenaran.

Dengan melakarkan dasar yang idealistik dan beratma besar ini, anggota

ASAS „50 diharapkan dapat merealisasikan konsep dan semboyan yang

diperjuangkan, iaitu “Seni untuk Masyarakat”, yang jelas bertunjangkan

masyarakat. Konsep dan semboyan yang dijadikan hala tuju dan pedoman ini

adalah satu usulan, harapan dan gagasan yang idealistik lagi unggul. Dengan

secara tidak langsung, ASAS ‟50 diharapkan dapat merobek pemikiran

masyarakat dan bangsa melalui hasil pena yang diharapkan dapat menjerut

kesedaran. Tatkala konsep dan semboyan “Seni untuk Masyarakat” digantikan

dengan konsep dan semboyan “Seni Bina Manusia”68

pada tahun 1974, sikap

idealistik dan beratma besar yang ada tetap diwarisi dan dikukuhkan. Malah

sebahagian besar daripada warisan, budi dan nilai yang telah dibentuk di dalam

visi dan misi perlembagaan ASAS „50 telah diteruskan. “Seni Bina Manusia”

68 Konsep dan semboyan “Seni Bina Manusia” telah digunakan pada tahun 1974 dalam

usaha menyatukan kumpulan-kumpulan sastera lain seperti Grup Gelorasa, PASS dan

sebagainya. Berdasarkan catatan Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS „50, 55

Tahun dalam Persuratan yang diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan „50 (2005), “slogan ini

dianggap sebagai sesuatu yang umum tidak dipunyai oleh mana-mana pertubuhan sebelum

ini. Maka slogan ini dapat diterima oleh semua anggota baru daripada pertubuhan yang lain

tadi sehingga hari ini (halaman xxiv).

Page 80: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

80

telah dijadikan medan dan pemangkin perjuangan walaupun keterhadan mata

pena tetap dirasai. Dengan itu keterhadan mata pena tidak dijadikan ukuran

atau hambatan untuk berkarya dan berjuang. Pada dasarnya (2005: xxiv);

Slogan ini dipilih kerana berbeza dengan zaman penjajahan, kini

perjuangan penulis bukan lagi mencapai kemerdekaandaripada

penjajah secara fizikal tetapi berjuang membebaskan masyarakat

daripada belenggu atau penjajahan intelektual dan minda.

Walaupun telah merdeka, masyarakat didapati masih meng-

agungkan barat dari banyak aspek hingga mengenepikan jati diri

mereka. Namun demikian, prinsip perjuangan Asas „50 masih

bertunjangkan “seni untuk masyarakat” walaupun slogannya

telah berubah.

Ruang dan medan sastera Melayu Singapura tatkala berlaku perpisahan

antara Singapura dengan Malaysia menjadi vakum. Fenomena perpisahan telah

menyentuh semua lapisan masyarakat di Singapura, khususnya masyarakat

Melayu. Sehubungan itu ASAS „50 Pascaperpisahan69

bertindak sebagai

69 Sejarah perpisahan Singapura dengan Malaysia merupakan suatu peristiwa yang tidak

diduga oleh masyarakat Melayu di Singapura dan masyarakat Melayu di Malaysia. Secara

rasminya, pada 16 September 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menganggotai

Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Pusat pentadbiran dan

kerajaan masih tetap di Kuala Lumpur, dengan Sabah dan Sarawak diketuai oleh Ketua

Menteri, tetapi ketua menteri Singapura tetap menggunakan Perdana Menteri. Namun timbul

permasalahan dan pergolakan politik di antara Singapura dengan Malaysia. Permasalahan

dan pergolakan politik ini, akhirnya diiselasaikan dengan kabinet Malaysia sebulat suara

mengeluarkan Singapura daripada Malaysia, dan mulai Julai 1965 Singapura menjadi sebuah

negara yang mempunyai identiti dan entiti tersendiri. Perpisahan ini, menimbulkan kesan

dan impak kepada perkembangan sastera Melayu moden di Singapura kerana mulai detik

tersebut, Singapura terpaksa membina sejarah kesusasteraannya yang tersendiri. Penulis-

penulis seperti Harun Amirurrashid, Masuri S.N., Suratman Markasan, Noor S.I., A. Ghani

Hamid, Mahmud Ahmad, Muhammad Ariff Ahmad (Mas), Sidek Saniff, Suradi Parjo dan

yang lainnya, sebelumnya terlibat dalam perkembangan sastera Melayu moden di Malaysia

dengan sendirinya turut terkeluar daripada jalur perkembangan sastera Malaysia seterusnya.

Oleh itu, mereka mahu tidak mahu harus membina dan merangkakan sejarah kesusasteraan

negara yang baru.

Page 81: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

81

lambang penyatuan, perpaduan, kesatuan, kegigihan, keazaman dan identiti

masyarakat dan sastera Melayu Singapura. Dengan itu juga ASAS „50 Pasca-

perpisahan terus berperanan sebagai pencetus dan pemangkin perkembangan

pemikiran dan saluran pergerakan yang menjadi jambatan dan perantara antara

masyarakat Melayu bagi membangkitkan kesedaran terhadap permasalahan

yang dihadapi. Ini semua bukanlah satu igauan, ngut-ngit, rancauan, ngaco-

belo dan bayangan yang tidak mampu dicapai dan digenggam. Sumber ilham

terpenting ASAS „50 pascaperpisahan sejak zaman penubuhannya adalah

masyarakat (manusia) dan sumber ilham ini tidak pernah putus atau padam

tatkala berlaku perpisahan sehingga kini. Kala hadapan masyarakat tetap

merupakan sumber pentingnya. Sehubungan itu (2010);

Since its inception, ASAS „50, a non-profit Malay language

literary movement, has never deviated from its mission.

Evidence of this can be seen in its concerted effort to promote and propagate literature through seminars, workshops, forums,

dialogues, courses, literary competitions, book discussions etc. This is on top of the association‟s active participation at the

national level in amalgamating the richness of the Malay

language and literature, by involving the national based

organizations as well as youths.

Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa sejak penubuhannya, ASAS

„50 sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang „bukan

kerajaan‟ (NGO) dan „bukan mencari keuntungan‟ (non-profit organisation)

tidak pernah menyeleweng daripada matlamat dan misi awalnya. Malah dalam

mengharungi alaf milieu ini ASAS „50 terus kukuh menyumbang kepada

perkembangan persuratan Melayu Singapura dan masyarakat. Ini adalah

warisan yang dikekalkan hingga kini. Malah ASAS „50 kini menjadi “premier

literary association in Singapore” (2010).

Sehubungan itu konsep dan semboyan “Seni Membina Manusia” atau

“Literature Develops Humanity” yang “reflect it existence and desire towards the society” (Ibid.). ASAS „50 jelas memancarkan kewujudan dan harapannya

terhadap kesedaran masyarakat yang celik dan menghargai hasil persuratan.

Menurut Yazid Hussein dalam forum yang bertajuk “Four Languages, One

Page 82: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

82

Voice: Connecting Singapore Literature”70

yang dianjurkan oleh National Arts

Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House,

pergerakan ASAS „50 telah melakarkan perkembangan dan pengukuhannya

dengan visi dan misi untuk menjadikan Singapura sebagai hab untuk karya-

karya kreatif Melayu dari pelbagai bahan media yang berkesan, inovatif, kreatif,

dinamik dan pragmatik.

Hence, towards the new millennium ASAS „50 taking a daring

initiative approach in promoting, stimulating, popularising,

spreading and “communitising” a Malay literary work by a creative, innovative, pragmatic and dynamic mean such

dramatization of Singapore literary works, an anecdote for the mind, a tools for meditation and therapy, a mean of celebration,

a tool of promoting understanding and culture cohesiveness etc.

ASAS „50 simply bringing Singapore literary work to the masses (society).

Dalam hal ini, ASAS „50 menggerakkan inisiatif untuk membawa hasil-

hasil persuratan Melayu kepada masyarakat. Berdasar pandangan Yazid

Hussein lagi, dalam alaf milieu ini ASAS „50 telah mula mendampingi dan

bergerak kepada akarnya dengan lebih aktif, sistematik, dinamik dan mesra

melalui pelbagai aktiviti persuratan dan bukan persuratan, khususnya dalam

kalangan pelajar, pihak sekolah, remaja dan golongan muda. Sehubungan itu

untuk memastikan rancangan dan usaha untuk “inculcating literary awareness

among the society”71

berjaya, ASAS „50 melebarluaskan mod dan perantis

penyebaran dan pendekatan.

70 Forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah

dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di

Chamber@The Arts House. Forum ini melibatkan perbincangan perkembangan, peranan,

penglibatan dan kala hadapan sastera Singapura, yang merangkumi sastera Melayu, Sastera

Tamil, sastera Mandarin dan sastera Inggeris. 71 Ibid.

Page 83: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

83

Gambar Rajah 1: Kepelbagaian Mod dan Pendekatan Mesra Sastera

Mod dan pendekatan mesra sastera yang diambil oleh ASAS „50

Pascaperpisahan ini telah terbukti keberkesanannya72

. Malah bagi membentuk

generasi pemimpin yang bakal menerajui dan menentukan kesinambungan

ASAS „50 untuk dekad-dekad seterusnya, pertubuhan dan pergerakan

persuratan ini telah membentuk Sayap Belia ASAS „50.

72 Penglibatan bilangan para pelajar, guru, sekolah dan kementerian dalam aktiviti-aktiviti

kebahasaan dan kesusasteraan anjuran ASAS ‟50 bertambah dengan banyaknya. Antaranya

pementasan Bisikan Nadim yang telah dibawa ke sekolah-sekolah. Hampir 3000 murid

darjah 4 mengikut program kebahasaan dan kesusasteraan ini yang dijalankan dalam bulan

Julai 2008. Bengkel-bengkel penulisan kreatif (cerpen dan sajak) yang dianjurkan oleh pihak

ASAS „50 telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dari tahun 2006 hingga 2010,

perangkaan menunjukkan hampir 1500 pelajar telah mengikutinya. Hasil daripada bengkel-

bengkel ini, telah diterbitkan Purnama Senja (2006), Perjalananku (2007), Kasih Bunga

Merah (2008), Teman Siber (2008) dan Penyair Gen Z (2010).

Sayembara, penerbitan,

seminar,

forum

perbincangan,

program

pertukaran, penulisan

antarabangsa,

bengkel, surat berita,

makalah

dsbnya

Media elektronik:

internet

Aktiviti berdasarkan

pementasan

(pentas/

teater/

persembaha

n blackbox

dsbnya)

Projek

Kemasyarakat-

an; Biblioterapi

Teaterterapi

dan sebagainya

Graftera, grafiktera,

fototera

(penghasilan

karya

persuratan

berdasarkan lukisan,

grafik, foto

dan

sebagainya)

Mod/ Pendekatan

Page 84: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

84

Bermula tahun 2002, sayap belia Asas „50 dumulakan dengan

hasrat menyediakan generasi muda sebagai pelapis dan

penggerak selanjutnya Asas „50. Usaha ini sering diluahkan oelh

Masuri S.N. kerana beliau percaya bahawa tunggak pertubuhan

perlulah dikukuhkan dengan golongan muda bagi hari muka.

(2007: 136)

Sehubungan itu, ASAS „50 merupakan pertubuhan dan pergerakan

persuratan yang aktif membangunkan belianya melalui Sayap Belia Asas „50.

Mereka telah dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk melakar dan

menggerakkan aktiviti-aktiviti persuratan dan bukan persuratan. Antara

penglibatan dan pengurusan mereka adalah sayembara-sayembara kebahasaan

dan kesusasteraan73

. Selain itu, ASAS „50 juga telah menggunakan

kesusasteraan untuk menggerakkan tanggungjawab sosialnya. Sehubungan itu,

pada tahun 2008 ASAS „50 mengadakan Program Biblioterapi bagi remaja-

remaja yang berisiko. Program ini telah berjaya membantu para peserta untuk

menghasilkan karya berdasarkan luahan dan perasaan mereka. Karya-karya itu

telah dipadankan dalam Diari Hitam (2009). Dengan itu, selain peranannya

sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang menerbitkan hasil-

hasil persuratan, sama ada kreatif atau kritikan, ASAS „50 juga:

Thus, apart from publishing creative and critique works to

promote the realisation of ASAS „50 vision and mission, ASAS„50 is actively seeking a ... different means and tools. Such

as ...bibliotherapy, theatretherapy, and graftera74

.

Begitu juga aktiviti Teaterterapi yang dianjurkan pada tahun 2008 yang

melibatkan hampir 2500 murid. Dalam mengharungi cabaran alaf milieu juga,

ASAS „50 sedar bahawa gagasannya untuk “to implant an impact and love

apart from broaden every masses understanding and appreciation towards the

73 Sayembara-sayembara yang dianjurkan oleh ASAS „50 dan digerakkan oleh Sayap Belia

ASAS „50 adalah Eja Tepat, Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak, Warisan Bahasa

Khazanah Sastera, Graftera, Fototera, Olimpik Bahasa dan Sastera, Mencipta Kata dan

sebagainya. 74 Perbincangan dalam forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore

Literature” ini telah dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember

2008 di Chamber@The Arts House.

Page 85: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

85

literary work, be it short stories, poems, novel etc” adalah satu tugas yang

mencabar kerana dalam realiti “not every masses may understand or able to conceptualise a literary work through words” namun ini bukanlah hambatan

atau satu tugas tidak mustahil. Ini adalah kerana pendekatan dan mod yang

diusahakan oleh ASAS „50 adalah pragmatik. Hakikatnya, masyarakat mampu;

„...to visualise through expression, seeing or action. This understanding is

based on survey and feedback conducted by ASAS „50 executive committee during book launching ceremony etc.‟ (Ibid.)

Selain itu, ASAS „50 juga terus berusaha untuk melahirkan penulis-

penulis yang prolifik, kreatif, inovatif dan kritikal demi memastikan terdapat

kesinambungan dalam perkembangan sastera Melayu dan perkembangan

sastera Melayu Singapura dengan pelbagai pendekatan dan usaha.

ASAS „50 is also embark on long term goal of producing prolific, creative, innovative, critical and thinking Singapore Malay

language writers in all genre by providing adequate avenue, such as writing workshops, writing seminars, writers gathering,

writing competitions and many more. (Ibid.)

Dalam hal ini juga, program ASAS „50-International Residency Writing

Programme telah digerakkan oleh pihak ASAS „50 dengan sokongan National

Arts Council of Singapore dan kerjasama Darul Andalus Pte. Ltd. dengan Budi

Darma75

menjadi mentor pertamanya. ASAS „50-International Residency

Writing Programme adalah;

75 Budi Darma merupakan seorang penulis novel, cerpen, esei dan kritikan sastera yang

penting di Indonesia dan Nusantara. Novelnya yang bertajuk Olenka yang diterbitkan pada

1983 telah dianugerahi Novel Terbaik Indonesia oleh Majlis Kesenian Jakarta. Olenka juga

memenangi Hadiah ASEAN untuk Kesusasteraan pada 1984. Beliau merupakan penerima

Anugerah Seni daripada pemerintah Indonesian (1993), Satyalencana Kebudayaan daripada

Presiden RI dan Anugerah Ahmad Bakrie daripada Freedom Institute (2005). Banyak karya

Budi Darma yang telah dijadikan bahan kajian penting dalam kajian sastera, seminar, kuliah

dan tesis kerana kepentingan tulisannya dalam persuratan Indonesia dan Nusantara. Budi

Darma pernah bertugas di Petra Christian University, Universitas Indonesia, Universitas

Gajah Mada, National Institute of Education-Nanyang Technological University dan

Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pemeriksa luar bagi calon PhD. Kini Budi Darma

bertugas di Universitas Negeri Surabaya (UNESA) sebagai professor kesusasteraan. Karya-

karya beliau adalah Orang-Orang Blomingtoon (1980), Solilokui (1983), Olenka (1983),

Page 86: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

86

... proactive action that provide an opportunity for the talented

writer to work and learn with established writers (poets and prose writers) . Though many agree in part with the popular

insistence that writing cannot be taught, however we exist and proceed on the assumption that talent can be developed, and we

see our possibilities and limitations as a catalyst in that light. If

one can "learn" to play the piano or to paint, one can "learn" to write, though no processes of externally induced training can

ensure that one will do it well. ASAS „50 continue to look for the

most promising talent in the country, in our conviction that writing cannot be taught but that writers can be encouraged.

(Ibid.)

Pendekatan dan mod ASAS „50 dalam alaf milieu telah diselari dengan

wawasan masyarakat, bangsa dan nusa, iaitu untuk melahirkan masyarakat dan

bangsa yang berwawasan, berseni, berbudaya dan berhemah tinggi serta

berperikemanusiaan. Impian dan gagasan ini dapat direalisasikan oleh ASAS

„50 dengan melakarkan gerakan bersemangat seperti yang terisi dalam visi dan

misinya, iaitu;

1. to inculcate literary awareness among the masses,

2. to establish Singapore as a hub for Malay creative works (literary arts), 3. to promote, enrich, spread, popularise, stimulate and “communitise”

Malay literary works, 4. to publish members literary works (genre: poems, short-stories, novels,

scripts, novelettes, autobiography, critiques etc.),

5. to organise regular literary arts competitions (local and regional), 6. to organise residency programme for the established, budding and

upcoming writers (inbound and outbound), and, 7. to establish an exchange programme with established institutions in the

region (Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Brunei Darussalam, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APM), Jabatan Media of

Sejumlah Esai Sastra (1984), Rafilus (1988), Harmonium (1995), Ny Talis (1996) dan

Kritikus Adinan (2002).

Page 87: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

87

Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP of Malaysia),

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP of Brunei), Pusat Bahasa Indonesia, UNESA Indonesia, Universitas Negeri Jakarta, Walailak University

Thailand etc.)76

.

Misi dan visi ini diilhamkan dengan harapan sastera Melayu Singapura

terus berkembang mekar dan masyarakat akan lebih bersifat mesra sastera

dalam kehidupan.

Penutup

Hakikatnya, sastera itu adalah pemangkin, katalisator dan perantis yang boleh

merobek minda dan aksi yang kufur dan batil. Malah Islam sendiri tidak

menghalang atau mengharamkan bahan sastera dalam kehidupan manusia.

Dalam sejarah perkembangan Islam ke alam Melayu (Nusantara),

kesusasteraan memainkan peranan yang penting untuk menyiarkan fahaman

Islam dan menanam nilai keagamaannya. Ini adalah kerana pada asasnya,

setiap individu adalah peminat atau seniman. Sastera itu adalah seni, iaitu seni

76 Visi dan misi ASAS „50 mengharungi cabaran alaf milieu telah dibincangkan dalam

„retreat‟ ASAS „50 yang bertempat di Bukit Batok Civil Service Club pada tahu 2009.

Dalam perbincangan telah dibincang dan dilakarkan beberapa usulan dan tindakan,

antaranya adalah untuk menyemai kesedaran persuratan dalam kalangan masyarakat, untuk

menjadi Singapura sebagai hab kreatif persuratan dan penerbitan Melayu (kesenian dalam

persuratan), untuk menyebar, mengaya, mengembang, mempopular, memberangsang dan

memasyarakatkan hasil persuratan Melayu, untuk menerbitkan banyak karya persuratan

seperti novel, cerpen, skrip, drama, puisi, esei kritikan dan sebagainya, untuk menganjurkan

sayembara persuratan, untuk menganjurkan program penulisan untuk semua lapisan

masyarakat, untuk menjalin hubungan dan mengadakan program pertukaran dengan

institusi-institusi luar seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Brunei Darussalam, Akademi Pengajian Melayu

(Universiti Malaya), Jabatan Media (Universiti Malaya), Dewan Bahasa dan Pustaka

(Malaysia), Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Pusat Bahasa Indonesia, UNESA Indonesia,

Universitas Negeri Jakarta, Walailak University Thailand dan sebagainya. Pandangan jauh

ini telah diketengahkan oleh Yazid Hussein, seorang pembentang dalam forum “Four

Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah dianjurkan oleh National

Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House. Beliau

membentangkan kertas kerja “ASAS „50 in the New Milleium” yang membicarakan mod

dan pendekatan ASAS „50 mendekati masyarakat dan dalam mengharungi cabaran alaf

milieu.

Page 88: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

88

yang berkait rapat dengan diri manusia dan merupakan sebahagian daripada

fitrah dan nalurinya. Hal ini bertali rapat dengan sifat manusia di muka bumi

ini yang suka kepada kecantikan, kelunakan, kemerduan, kehalusan dan

kesopanan. Dalam hal ini Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah, maka

Islam punya pandangan positif terhadap kesenian, namun dengan batas-batas

tertentu. Hakikatnya, apabila perkembangan seni sewenang-wenangnya

dicampuradukkan sehingga dimasukkan dengan unsur-unsur erotik yang

bertujuan untuk berpeleseran dan mendorong manusia ke arah nafsu syahwat

semata-mata, maka sastera itu menjadi haram. Menurut hadith Nabi

Muhammad S.A.W. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmizi yang

berbunyi: „Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.‟

Hadith ini bermaksud apabila Allah S.W.T. mencipta manusia, maka Dia

mencipta manusia dengan naluri perasaan dan daya cipta. Dengan demikian,

apa yang diciptakan oleh Allah S.W.T tidak mematikan naluri yang wujud

dalam diri manusia itu. Oleh itu, seni (sastera) berkembang dalam masyarakat

tetapi perkembangannya adalah dalam batas-batas yang berpegang teguh pada

dasar etika Islam. Untuk masyarakat Islam, seni (sastera) yang sejati

mengandungi unsur moral yang menyuruh manusia menuju ke jalan yang

diredhai. Misalnya, agama Islam mahukan penganutnya berdakwah, pada

zaman Nabi Muhammad S.A.W., baginda berdakwah menggunakan puisi

sebagai wadah untuk menentang musuh-musuh Islam serta media untuk

dakwah agama yang dibawanya (tauhid). Petikan Al-Quran mengenai penyair

(sasterawan) dalam surah 26, ayat 224-227, yang bermaksud;

Penyair-penyair itu diikuti oleh golongan yang sesat. Tidakkah

kamu lihat bahawa penyair itu pergi tidak tentu arah pada tiap-

tiap lembah sedangkan mereka (penyair-penyair) itu suka

mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya.

Kecuali mereka (penyair-penyair) yang beriman dan berbuat

kebajikan serta banyak mengingati Allah sehingga mereka

beroleh kemenangan sesudah mereka teraniaya. Nanti mereka

akan mengetahui bahawa ke mana mereka akan pergi.

Islam menggalakkan golongan sasterawan mempunyai objektf dalam

perjuangan kerana firman Allah dalam al-Qu„ran mengecam penyair-penyair

jahiliah yang tidak mempunyai tujuan dalam hidup mereka. Oleh sebab yang

Page 89: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

89

sedemikian, salah satu pendekatan kesusasteraan dalam konteks Islam ialah

seni untuk berbakti kepada masyarakat seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W.

yang membawa maksud: „Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan

masyarakat Islam, maka dia bukan daripada golongan mereka.‟

Kaum sasterawan Islam dikehendaki mempunyai keimanan dan

pengabdian diri kepada masyarakat dengan beramal salih melalui media

penulisan dan pergerakannya. Tugas sasterawan dalam Islam adalah untuk

menegakkan keadilan dan membangunkan masyarakatnya, seperti yang

disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa maksud; „Sesiapa

yang melihat kejahatan hendaklah diperbaiki dengan tangannya, jika tidak

berdaya hendaklah dilakukan dengan lidah-nya (ucapan/penulisan) jika tidak

berdaya juga, maka hendaklah dilakukan dengan hatinya dan ini adalah

selemah-lemahnya iman.‟

Oleh yang demikian, sasterawan tidak harus teragak-agak untuk

membongkar kejahatan, ketidakadilan, rasuah, kekufuran, kebatilan, ke-

bodohan, penindasan dan sebagainya yang berlaku dalam masyarakatnya

kerana Islam menghendaki kebaikan dan keadilan ditegakkan dalam

masyarakat Islam, iaitu amal ma„ruf nahi munkar. Banyak catatan hadith yang

menunjukkan pengharapan Nabi Muhammad S.A.W. kepada puisi seperti

sabda baginda yang bermaksud: „Sesungguhnya dari puisi itu terdapat kata-kata

hikmat.‟ Dalam sabda baginda lagi yang bermaksud: „Puisi adalah merupakan

kata-kata. Daripada kata-kata itu ada mengandungi kebaikan dan keburukan.‟

Puisi juga telah digunakan oleh Nabi Muhammad saw untuk

menjalankan dakwah Islamiah. Peranan, amanah dan tanggungjawab ini telah

digerakkan oleh ASAS „50 sejak zaman penubuhannya sehinggalah memasuki

alaf milieu ini. Sumbangan ASAS „50 kepada perkembangan sastera Melayu

dan sastera Melayu Singapura, masyarakat, bangsa dan nusa sangat besar

ertinya. ASAS „50 sudah bergerak daripada gerakan revolusi minda kepada

gerakan revolusi akdi. Sumbangan ASAS „50 telah melahirkan semangat

intelektualisme dan rasionalisme dalam pemikiran masyarakat, bangsa dan

nusanya. Dan tradisi ini terus diwarisi dan dikekalkan hingga ke hari ini. ASAS

„50 dalam mengharungi cabaran alaf milieu memikul tanggungjawab ke arah

pembangunan jiwa masyarakat, bangsa dan nusanya dengan memperjuang dan

meningkatkan kesedaran dan keinsafan masyarakat tanpa melupakan tanggung-

Page 90: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

90

jawab sosialnya. ASAS „50 adalah dokumentasi dan rekod hidup sejarah

kesusasteraan Melayu Moden dan sejarah kesusasteraan Melayu Singapura.

Maka pertubuhan dan pergerakan persuratan ini akan terus menggerak dan

memangkinkan kesuburan dan perkembangan sastera Melayu Singapura bukan

hanya di persada buana Nusantara tetapi di jagatraya pada kala depan seperti

yang telah dimainkannya pada kala lalu dan terus bergiat cergas pada kala kini.

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Abdul Ghani Hamid, 2008. Aku Bukan Penyair. Singapura: Angkatan

Sasterawan „50.

Abdullah Hassan (penyusun), 2010. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

I–VI (1952-2002). Malaysia: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Nadwah Sastera, 1991. Dinamika Budaya. Singapura: Majlis Pusat.

Abdul Samat Ali & Mohamed Latiff Mohamed (penyusun), 2007. Purnama

Senja: Karya Sayembara Cerpen Pelajar 2007. Singapura: Angkatan

Sasterawan „50.

Hashim Awang, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Esei Kritikan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, 2009. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Memoranda Angkatan Sasterawan „50: Edisi Kedua, 1987. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamed Latiff Mohamed & Abdul Samat Ali (penyusun), 2009.

Perjalananku: Edisi Ketiga. Singapura: Angkatan Sasterawan „50.

Mohamed Latiff Mohamed & Abdul Samat Ali (penyusun), 2009. Diari

Hitam. Singapura: Angkatan Sasterawan ‟50. Mohamed Latiff Mohamed, 2007. Bila Rama-Rama Patah Sayapnya: Puisi

Pilihan 2002-2006. Singapura: Angkatan Sasterawan „50.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (editor), 2005. Leksikon

Penulis Melayu Singapura Pasca 1965. Singapura: National Library

Board Singapore dan Angkatan Sasterawan „50.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (editor), 2005. Dari

Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi Asas ‟50, 55 Tahun dalam

Persuratan. Singapura: Angkatan Sasterawan „50.

Page 91: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

91

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz & Muhammad Herwanto

Johari (penyusun), 2010. Verses of Angels. Singapura: Angkatan

Sasterawan „50 & Trainee Teachers‟ Club NIE.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, Nurul Fasha Bte Samsudin

& Nur Hafizah Bte Mohd Rashib (editor & penyusun), 2010. Penyair

Gen Z. Singapura: Angkatan Sasterawan „50.

Obaidellah Haji Mohamad (penterjemah), 1994. Lun Yu: Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oliver Rice & Abdullah Majid (penyusun), 1987. Sajak-Sajak Melayu Baru

1941-1961. Kuala Lumpue: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden:

Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Qu Chunli, 2005. Riwayat Hidup Konfusius. Kuala Lumpur: Institut Kajian

Dasar (IKD) & Konrad Adenauer Foundation (KAF).

Sahlan Mohd. Saman, 2005. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Warisan ASAS „50: Kumpulan Kertas Kerja Ceramah dan Bengkel “Asas ‟50

dan Sastera Melayu Moden”, 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Yazid Hussein, 2009. Kumpulan Cerpen Satu Macam Penyakit. Singapura:

Angkatan sasterawan „50.

Yazid Hussein, 2009. Bisikan Nadim: Dari Skrip ke Pentas ke Naskhah.

Singapura: Angkatan Sasterawan „50.

Yazid Hussein, 2009. Aku Ingin Menulis: Panduan Mudah Menulis Cerpen.

Singapura: Angkatan Sasterawan „50.

Yazid Hussein, 2010. Kumpulan Drama D5D. Singapura: Angkatan

Sasterawan „50.

Yazid Hussein, 2006. Konsep Perjuangan Masuri S.N. dalam Karya-Karya Terpilih: Penerapan Model “Qawl-Un Ma‟ruf”. Kuala Lumpur:

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Tesis Ijazah

Sarjana.

Yazid Hussein, Norlila Abdul Ghani & Muhammad Hafiz Yusof, 2010.

Antologi Puisi: Seloka Hari Berubah. Singapura: Asas ‟50.

Page 92: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

92

SASTERA & BIBLIOTERAPI

Nur Namira Mazlan

Pengenalan

Siti, seorang pelajar berusia 15 tahun, baru sahaja mendapat tahu ibu bapanya

akan berpisah. Atas sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk melarikan

diri. Beliau kemudian bertemu rakan-rakan baru yang mula memperkenal-

kannya kepada dunia rokok, arak dan dadah. Siti bercinta dengan seorang

lelaki yang 5 tahun lebih tua daripadanya. 3 bulan kemudian, beliau mendapat

tahu beliau mengandung. Siti berada di persimpangan. Apa yang harus

dilakukannya? Cerita Siti hanya membentuk sebahagian daripada masalah

sosial yang kian berleluasa di Singapura.

Jabatan Statistik Singapura menunjukkan kadar penceraian, yang

merupakan antara punca utama remaja-remaja seperti Siti terperangkap dalam

situasi seumpama itu, kian meningkat di kalangan masyarakat Singapura,

daripada 4,705 kes pada tahun 2006 kepada 5,155 kes pada tahun 2008.77

Masyarakat Melayu di Singapura merupakan golongan minoriti yang

membentuk 13.9% daripada jumlah penduduk. Profil sosio-ekonomi

masyarakat Melayu pada tahun 2000 pula menunjukkan purata pendapatan

yang dibawa keluarga Melayu ialah $2708, jumlah yang agak rendah

berbanding dengan purata nasional iaitu $3607. Walaupun jumlah masyarakat

Melayu di Singapura kecil, peratusan yang membentuk golongan belianya

adalah lebih iaitu 37.7% (antara 0-19 tahun) jika berbanding dengan golongan

belia etnik lain khususnya Cina, 25.6% dan India, 30.7%.

Tumpuan pada belia juga semakin ketara dengan kemunculan tren-tren

sosial yang membimbangkan seperti kehamilan remaja, remaja yang sukar

dikawal, perkahwinan muda dan penceraian di kalangan pasangan muda.78

Lantas, apakah peranan sastera dalam membantu remaja yang berisiko tinggi

ini menangani masalah atau situasi yang mereka hadapi? Esei ini akan

membicarakan kaedah biblioterapi sebagai terapi untuk merawat penyakit atau

77 Sila rujuk http://www.singstat.gov.sg/stats/themes/people/marriages.pdf 78 Sila rujuk http://www.mendaki.org.sg/content_files/fgd_families_130603.pdf

Page 93: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

93

masalah peribadi, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan biblioterapi bagi

tujuan membantu golongan remaja yang berisiko tinggi, keberkesanan

penggunaan cerpen dalam biblioterapi dan meneropongi kesan kaedah ini

terhadap peserta program biblioterapi yang dikendalikan Asas „50 sebagai

inisiatifnya untuk terus memasyarakatkan sastera.

Biblioterapi

Biblioterapi berasal daripada dua perkataan Yunani biblion – (buku) dan

oepatteid (penyembuhan). Jika dahulu, biblioterapi hanya digunakan untuk

pesakit yang dirawat di hospital mental tetapi kini penggunaannya telah

diperluaskan dan golongan dewasa juga pendidik telah menggunakan kaedah

ini dengan merujuk pada penggunaan sastera dalam membantu seseorang

menangani masalah emosi, penyakit mental atau perubahan dalam kehidupan

mereka.79

Istilah „biblioterapi‟ telah turut ditakrifkan Russell dan Shrodes

sebagai proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengan sastera –

interakasi yang boleh digunakan sebagai penilaian personaliti, penyesuaian diri

dan pertumbuhan.80

Ia merupakan alternatif baru dalam dunia perubatan yang

memberikan bacaan yang tepat pada individu yang terlibat. Biblioterapi

diimplimentasikan apabila timbulnya sesuatu masalah, pembaca dapat

melibatkan diri dalam situasi dan watak dalam cerita dan masalah itu dapat

dibincangkan melalui interaksi antara individu/kumpulan dengan pemudah

cara.81

Biblioterapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam membantu

individu menghadapi masalahnya. Ini ternyata berkesan untuk golongan

kanak-kanak/belia yang tidak dipenuhi keinginan psikologinya. Dengan

memperkenalkan sebuah teks atau bacaan yang dapat mereka kaitkan diri

dengan watak dalam cerita, golongan ini tidak akan merasakan dirinya

keseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Teks atau bacaan yang

sesuai dapat menyediakan model tentang bagaimana sesuatu situasi itu dapat

79 Mardziah Hayati Abdullah (2002) "What is Bibliotherapy?" ERIC Clearinghouse on

Reading, English, and Communication Digest #177 80 Lawrence I Silverberg, DO. Bibliotherapy: The therapeutic use of didactic and literary

texts in treatment, diagnosis, prevention and training. 81 Cornett et. al, 1980; Rubin, 1978

Page 94: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

94

ditangani dan juga dapat memberikan penyelesaian terbaik yang dapat

diimplimentasikan golongan ini. Selain daripada memenuhi kehendak masalah

yang dialami individu tersebut, biblioterapi juga meningkatkan kemahiran

membaca dan golongan ini dapat mengapresiasi sastera dan lebih bermotivasi

untuk membaca.82

Individu dapat memanfaatkan kaedah biblioterapi ini jika

melalui tiga tahap ini; pertama, tahap identifikasi di mana individu dapat

mengenal pasti watak serta jalan cerita di dalam teks/bacaan yang disediakan,

kedua, tahap katarsis di mana individu itu terlibat secara peribadi dalam cerita

yang dibaca dan dapat meluahkan perasaan mereka dalam situasi yang selamat

seperti melalui perbincangan kumpulan dan ketiga, tahap integrasi/wawasan di

mana setelah melalui tahap katarsis, individu itu lebih menyedari bagaimana

masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sama ada memilih jalan yang dipilih

watak atau kemungkinan yang telah disenaraikan setelah membaca teks

tersebut.83

Walaupun kaedah ini dapat membantu individu dalam proses

menangani masalah yang dihadapi, terdapat kajian yang menunjukkan kaedah

ini mungkin tidak berkesan sekiranya golongan sasaran itu tidak mempunyai

minat membaca atau mempunyai masalah membaca. Masalah juga akan timbul

sekiranya individu itu bersikap defensif dan enggan membincangkan masalah

mereka kerana tidak serasi dengan situasi tersebut.84

Analisis Sastera, Analisis Diri

Menurut Shahnon Ahmad85

, sebuah karya sastera – novel atau cerpen atau

sajak – sebagai penganalisisan aspek-aspek kehidupan masyarakat yang

dihasilkan oleh seorang anggota masyarakat – pengarang untuk masyarakat,

tidak ubah seperti bahan penganalisisan diri kita sendiri, diri masyarakat

sendiri, kita dan masyarakat sebagai pembaca. Setiap pengarang yang

mencoretkan kisah yang diilhami daripada situasi di sekeliling meliputi soal

politik, sosial mahupun ekonomi sebenarnya telah menyediakan satu media

yang amat berkesan lagi halus untuk menyampaikan kisah-kisah manusia,

82 Cornett et. al, 1980; Philpot, 1997; Abdullah, 2002) 83 http://maxweber.hunter.cuny.edu/pub/eres/EDSPC715_MCINTYRE/Biblio.html 84 Joshua & DiMenna, 2000; Abdullah, 2002 85 Shahnon Ahmad, 1993, Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, KL: DBP.

Page 95: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

95

perbenturan-perbenturan manusia juga nilai-nilai manusia sebagai usaha untuk

membangun peribadi manusia.86

Pengalaman yang dibawa ke dalam cerita,

lakaran atau baris puisi berteraskan kehidupan manusia semuanya wujud dan

sah dalam sastera87

dan oleh kerana itu penggunaannya dalam biblioterapi

amatlah sesuai. Cerpen, cerita pendek yang tergolong dalam genre sastera,

turut berfungsi dalam menggerakkan manusia berfikir dan seterusnya

bertindak ke arah kesempurnaan, kemajuan dan kebaikan – inilah aksi sosial

dan etika yang berbentuk akliah dan rohaniah. Di samping itu, perasaan kita

dikesani untuk kebaikan, dan melalui perasaan yang baik ini kita dibawa ke

hadapan, dimatangkan dan dididik88

selaras dengan matlamat biblioterapi

untuk membawa individu daripada tahap mengenalpasti kepada tahap katarsis

sekaligus membentuk wawasan ke arah pembaikan diri daripada proses

merenung ke dalam fikiran dan perasaan yang dimunculkan oleh genre sastera

yang dipilih sebagai teks/bacaan. Penggunaan cerpen di mana jumlah

wataknya kecil dan aturan plotnya ringkas serta mudah difahami turut

dianggap lebih berkesan dalam biblioterapi dan terutamanya jika penceritaan

dibuat daripada sudut pandangan orang pertama atau orang ketiga bagi

mempermudah pengenalpastian watak pencerita.89

Baru-baru ini, program biblioterapi ini telah dilancarkan Angkatan

Sasterawan 50 (Asas „50) pada 26 Mei 2008 di Pusat Remaja dan Wanita

Pertapis90

. Seramai 60 peserta telah mengikuti program ini yang bertujuan

menyediakan alternatif baru dalam menangani remaja berisiko tinggi serta

menyemai minat membaca dan menulis ini telah dijalankan selama 12 sesi dari

bulan Mei hingga ke bulan September dan sepanjang program dijalankan, para

peserta telah didedahkan kepada teknik-teknik penulisan cerpen. Program

biblioterapi ini merupakan satu inisiatif dan pendekatan baru yang dilancarkan

selaras dengan prinsip seni untuk masyarakat yang didukung Asas „50 selama

86 Shahnon Ahmad, 1991 87 Muhammad Haji Salleh, 2000 88 Muhammad Haji Salleh, 2000 89 Jacqueline Stanley, (1999). Reading to heal : how to use bibliotherapy to improve your

life. Boston, Mass. : Element. 90 Pusat Remaja & Wanita Pertapis menempatkan remaja wanita yang berusia 12 hingga 21

tahun yang merupakan mangsa penderaan emosi, fizikal atau seksual, juga yang di luar

kawalan ibu bapa, remaja wanita yang hamil dan yang telah terlibat dalam jenayah juvenil.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri http://www.pertapis.org.sg/centre_women_girls.html

Page 96: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

96

hampir enam dekad. Pada akhir program ini, karya-karya terbaik peserta

program telah dibukukan yang dalam antologi cerpen bertajuk Diari Hitam.

Program ini telah dilaksanakan berdasarkan kajian yang dibuat

berkenaan masalah serta tren sosial yang dihadapi penghuni pusat tersebut.

Berdasarkan profil data juga latar belakang penghuni, para pengkaji telah

mengenalpasti tema-tema yang bersesuaian dengan isu-isu yang sedang

mereka lalui. Kesemua cerpen yang dipilih merupakan hasil penulis yang telah

diterbitkan di akhbar, “Berita Minggu”. Cerpen-cerpen ini kemudian

dikumpulkan berserta aktiviti perbincangan kumpulan yang kemudian

dimanfaatkan para pemudah cara bagi memudahkan pelaksanaan tahap-tahap

yang perlu dilalui peserta bagi memastikan keberkesanan program biblioterapi

ini.

Merujuk pada program ini, para pengkaji telah mengenalpasti tiga tema

iaitu Kekecewaan, Pergolakan Jiwa serta Muhasabah dan 9 cerpen telah dipilih

iaitu Berputar di Kegelapan Malam dan Mengapa Kau Lahirkan Aku oleh Mohamad Arizal Ahmad, Anak Remaja oleh Kamariah Amat, Dengarkan

Jeritanku dan Hidayah oleh Sopianti Abdullah, Air Mata Masyitah dan Suatu

Pengakuan oleh Peter Augustine Goh, Kolam Rindu oleh Ismail Wardi dan Jin

dalam Masjid, Takwa dalam diri oleh Dehliez. Pada tahap pertama penghuni

dibawa mendasari tema kekecewaan melalui tiga buah cerpen yang digunakan

dalam program ini. Anak Remaja karya Kamariah Amat memaparkan watak

seorang ibu kepada 3 anak remaja yang perlu keluar bekerja dan tidak dapat

meluangkan masa dengan anak-anaknya dan apabila anak-anaknya difitnah

jiran-jirannya, dia mula bersikap tidak percaya sehingga mereka mengambil

keputusan untuk melarikan diri kerana terasa terlalu dikongkong ibu mereka.

“Mendidik anak remaja hari ini tidak sama dengan zaman kita

dididik zaman dahulu. Remaja hari ini lebih berani. Didikan

secara kongkongan tidak dapat dipraktikkan lagi, umpamakan

mereka sebagai teman kita. Bila mereka sudah dapat

menganggap kita sebagai teman, barulah mereka selesa untuk

menyatakan sebarang masalah mereka.”- Kamariah Amat dalam

cerpen Anak Remaja.

Page 97: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

97

Berdasarkan isi cerpen ini, peserta program kemudian dipandu

pemudah cara melalui soalan-soalan seperti, „Adakah ibu selalu tidak

memahami anda?‟ serta „Adakah anda rasa diri terlalu dikongkong dan apakah

yang dilakukan untuk keluar daripada kongkongan ini.‟ Hasil daripada

perbincangan ini, percubaan untuk mengetengahkan situasi yang sama dapat

dilihat oleh usaha peserta program yang telah menulis cerpen „Hanya Tinggal

Nota.‟ Cerpen ini jelas membawa tema kesepian seorang anak yang diabaikan

ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kebendaan dan cerpen ini turut

menekankan peranan dan tanggungjawab ibu yang mula dipersoalkan.

“Ibu? Apakah ertinya ibu? Di mata orang, seorang ibu sering

menasihati, menyayangi, menegur kesilapan dan sentiasa di sisi

apabila kita memerlukan sesuatu. Mereka mungkin sibuk dengan

pekerjaan mereka tetapi mereka ada waktu untuk anak-anak

mereka. Mereka mungkin sibuk dengan pekerjaan mereka tetapi

mereka tetap ada waktu untuk anak-anak.. Tetapi nasibku begitu

malang sekali kerana aku tidak mempunyai semua itu.” – Hanya

Tinggal Nota, Mawar (Diari Hitam, 2008)

Menariknya tentang sketsa ini ialah ia memberitahu kita adanya ibu

yang bersikap seburuk itu. Di sini juga, kita dapat melihat bagaimana cerpen

yang diperkenalkan untuk tujuan program ini telah membawa peserta program

melalui proses identifikasi di mana pembaca melihat watak, latar dan situasi

sebagai sesuatu yang dapat mereka kaitkan pada diri mereka. Peserta

kemudian melalui tahap katarsis di mana peserta mula kenapasti bahawa ada

individu yang mempunyai masalah atau persoalan seperti yang mereka hadapi.

Dan akhirnya peserta melalui tahap “insight” atau retrospeksi diri dan

menyedari bahawa sesuatu dapat dilakukan dan ada jalan keluar bagi masalah-

masalah yang dihadapi. Ini juga dapat dikesan daripada penulisan sketsa

peserta yang berakhir dengan penyesalan.

“Ibuku tetap tidak aku temui. Perjalanan hidupku mula berubah

selepas aku ditangkap polis. Mungkin sudah tiba masanya untuk

aku berubah dan pulang ke pangkal jalan yang benar.” – Hanya

Tinggal Nota, Mawar (Diari Hitam, 2008)

Page 98: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

98

Ternyata teks dan sastera dapat memainkan peranan sebagai pemangkin

kesedaran bagi diri pembaca dan dalam masa yang sama penggunaannya dapat

menimbulkan minat para belia kita untuk terus membaca. Jika seseorang itu

dapat mencari jalan untuk menprojeksikan masalah mereka dalam bentuk

prototaip fiksi, dia mungkin dapat meraih kepuasan menjalani proses mencari

makna dan objektiviti dalam pengalaman atau melalui masalah yang

dihadapinya.

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Jacqueline Stanley, (1999). Reading to heal: How to use bibliotherapy to

improve your life. Boston, Mass. : Element.

John J.DeBoer. Literature and Human Behavior. The English Journal, Vol. 39,

No. 2. (Feb., 1950), pp. 76-82.

Lawrence I. Silverberg, DO. Bibliotherapy: The therapeutic use of didactic

and literary texts in treatment, diagnosis, prevention, and training.

Journal of Special Communication, Vol 103. No 3. (March 2003) pp.

131-135

Muhammad Haji Salleh (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (2008). Diari Hitam.

Singapura : Asas ‟50.

Shahnon Ahmad (1993). Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan.. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 99: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

99

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN NILAI OLIMPISME

Muhammad Herwanto Johari

Penilaian dan semakan kurikulum di peringkat sekolah Singapura yang sering

diadakan demi memelihara sistem serta memastikan peningkatan taraf

pendidikan yang tinggi merupakan satu bukti yang tidak dapat dipertikaikan

tentang kepentingan untuk sentiasa membuahkan unsur kerelevanan dalam

pendidikan. Pelbagai perbincangan di kalangan institusi pendidikan bersama

pihak kementerian telah diadakan dalam usaha untuk mencorak kaedah

pendidikan yang lebih berkesan dan bersepadu dengan laras negara yang

menitikberatkan pendidikan sepanjang hayat.

Antara pendekatan yang diusahakan termasuklah inisiatif yang

berpaksikan corak „Teach Less Learn More‟91

yang bertujuan untuk

memantapkan persediaan pelajar menghadapi kehidupan dengan sikap dan

pemikiran yang lebih lasak, inovatif dan menyeluruh. Penggunaan kaedah

yang lebih menekankan unsur teknologi dalam pembelajaran dilaungkan

sebagai satu cara untuk mempelbagaikan penerimaan sukatan pelajaran dan

memperkasakan pemahaman serta minat untuk meneroka bidang ilmu dan

pengetahuan dengan lebih mendalam lagi.

Menurut Kementerian Pendidikan, kaedah ini diubahsuai untuk

sistem pendidikan di Singapura agar tenaga pengajar dan pelajar dapat sama-

sama meraih keseronokan di sekolah di samping merubah tumpuan daripada

„kuantiti‟ (jumlah) kepada „kualiti‟ (mutu). Harapan kementerian bahawa

dengan tertubuhnya anjakan paradigma ini, pembentukan akhlak dan

keperibadian pelajar turut akan diberi peluang untuk berkembang dengan

lebih elok di samping mengeratkan mutu interaksi di antara guru dan pelajar.

Namun demikian, peningkatan gejala sosial di kalangan belia sejagat

dan setempat menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem

pendidikan yang seringkali menjadi tumpuan sebagai antara faktor utama

91 Teach Less, Learn More. (2009). Retrieved 21 June 2010, 2010, from

http://www3.moe.edu.sg/bluesky/tllm.htm

Page 100: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

100

dalam kegagalan sistematik yang kini disaksikan di kalangan masyarakat.

Antara perkara yang perlu diteliti adalah kegagalan atau pun ketidaktepatan

paradigma pendidikan yang selama ini membentuk dikotomi pendidikan yang

mewujudkan garis pemisah di antara pengalaman dan pembelajaran.

Perubahan kaedah peperiksaan yang kian menuju ke arah sistem

rujuk buku yang lebih menitikberatkan pemikiran kritikal daripada

penghafalan semata merupakan satu contoh bagaimana doktrin pendidikan

yang tradisional kian dianggap usang dan antik dalam konteks kehidupan

dewasa ini. Produk atau hasil daripada pendekatan lama ini merupakan antara

faktor yang menyumbang kepada keretakan korelasi realiti dan akademik

yang sering menjadi hambatan kepada graduan-graduan universiti setempat

yang kebanyakannya tidak berupaya menandingi produk pendidikan negara-

negara lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Seandainya pendekatan baru yang digerakkan oleh kementerian di

Singapura benar-benar bertujuan untuk kembali kepada asas-asas pendidikan

(“back to basics”), penumpuan kepada perkembangan dan pemupukan

kecerdasan fizikal harus dijadikan sandaran kepada peningkatan mental demi

memastikan keselarasan dalam cakupan penyerapan pembelajaran dan

pemahaman serta penghayatan mata pelajaran yang disediakan. Per-

kembangan kecerdasan fizikal yang terjejas tentu sekali akan menimbulkan

kepincangan di dalam proses pendidikan. Pepatah sering mengingatkan

tentang kebergantungan kecerdasan minda dan tubuh. Namun demikian,

pendekatan yang diperlukan bukanlah setakat mengharapkan kepada ke-

tegangan otot semata tetapi mengetengahkannya sebagai cara untuk membina

ketekalan minda, kecekalan hati dan kecemerlangan insani.

Berlatarbelakangkan perkembangan sedemikian dalam dunia

pendidikan, Angkatan Sasterawan ‟50 sempena dengan arus Olimpik Belia

2010 (YOG) telah merekaciptakan pendekatan pembelajaran berteraskan

prinsip kecergasan fizikal dalam memupuk kecerdasan mental melalui

olimpik. Pendekatan inovatif ini merupakan antara gerakan kontemporari

Asas ‟50 dalam menjana lebih banyak kegiatan menanam keseronokan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera di sekolah-sekolah Singapura.

Page 101: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

101

Pendekatan pembelajaran yang berteraskan nilai olimpisme sering

disalahtafsirkan sebagai kaedah yang menjurus semata-mata kepada kekuatan

fizikal untuk mengatasi cabaran atau halangan. Semangat Olimpik yang

dikibarkan melalui moto, „citius, altius, fortius‟ sebenarnya adalah penyala

semangat untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih „deras, tinggi dan

gagah‟ dalam segala bidang dan tidak hanya tertakluk kepada sukan.

Peningkatan yang pada zahirnya menjurus kepada nilai fizikal ini merupakan

satu kaedah yang turut sarat dengan perjuangan dan pengasahan unsur

intelektual juga.

Menurut penulis lelaman timesonline.com92

edisi asal sukan Olimpik

merangkumi komponen intelektual dan retorik yang selaras dengan pengertian

peradaban Roman yang ideal, yakni „mens sana in corpore sano‟ yang

membawa maksud, „minda yang cerdas wujud di dalam tubuh yang sihat‟.

Tujuan utama dan asal Sukan Olimpik untuk mencari pahlawan teragung

menjalani perubahan pada dasarnya kerana terbitnya kesedaran bahawa tubuh

yang berotot kuat tanpa sandaran ketajaman intelek merupakan pemimpin

yang tidak berguna.

Pandangan ini didukung juga oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein

Alatas93

yang menyokong usaha untuk menjana generasi pemimpin dalam

bidang perkembangan dan pemupukan intelektual. Konsep kepimpinan moral

ini yang turut diketengahkan oleh pendidik Thomas Sergiovanni berkisar

kepada dimensi kepimpinan yang sarat dengan unsur tujuan, nilai dan

kepercayaan yang utuh. Pandangan Profesor Alatas yang dibincangkan pada

suatu ketika ini tidak sahaja tertakluk kepada sesebuah tahap kepimpinan

yang dianggap „elit‟ tetapi harus diluaskan kepada segenap lapisan

masyarakat.

Berdasarkan kriteria-kriteria yang dijadikan landasan sebagai laras

sistem pendidikan di Singapura, mungkin pendekatan pembelajaran yang

92 Walker, F. (2008). Poetry at the 2012 Olympic Games? There's no rhyme or reason why

not. Retrieved 21 June, 2010, from

http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/columnists/guest_contributors/arti 93 Alatas, S. H. (1973). Siapa yang salah. Sekitar revolusi mental dan peribadi Melayu.

Singapura: Pustaka Nasional.

Page 102: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

102

berteraskan nilai olimpisme di bawah dukungan unsur sukan dapat menepati

ciri-ciri yang diperlukan dalam pembentukan generasi yang bakal mengambil

alih persada negara. Kaedah yang diusulkan oleh Barat yang menetapkan

keistimewaan dalam seseorang pelajar hanya pada kemampuan akalnya perlu

melalui semakan yang dapat memberi keseimbangan kepada perkembangan

dan pemupukan rohaniah agar membesar menjadi anak-anak negara yang

terasah akalnya dan terdidik keperibadiannya dalam sepenuh erti

kemanusiaaan.

Penulis mapan Amerika, Ernest Hemingway pernah menyatakan

bahawa „sukan mengajar kita untuk meraih kemenangan secara jujur and

menerima kekalahan secara bermaruah.‟94

Idea ini sudah lama diterima oleh

para pendidik dan pengasuh kerana kewujudan situasi-situasi yang dinamik

yang berupaya membawa pelajaran berkenaan tatalaku, pendidikan moral dan

keperibadian diri.

Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran berteraskan nilai

olimpisme telah dijadikan acuan untuk menjayakan bengkel sastera, bahasa

dan budaya Bintang Olimpik Impian di Sekolah Rendah Tanjong Katong pada

2008 anjuran Angkatan Sasterawan „50. Landasan yang digunakan untuk

pengajaran sastera, bahasa dan budaya Melayu ini bukan sahaja menerapkan

nilai Olimpisme dari segi pembentukan moral tetapi juga menyumbang ke

arah kesantunan bahasa dan daya kepimpinan pelajar. Unsur kesukanan juga

mendukung tema bengkel ini dengan penerapan permainan tradisional dan

kaedah sayembara ala „Amazing Race‟ yang memastikan bahawa peserta-

peserta dapat menggunakan seluruh fakulti fizikal dan pancaindera dalam

pembelajaran mereka dalam bentuk permainan.

Menerusi cakupan permainan dan konsep kesukanan dalam bengkel ini,

para pelajar dapat memperoleh pemahaman yang lebih rencam dan

penghayatan yang lebih mendalam mengenai hasil sastera, bahasa dan budaya

mereka tanpa kaedah pembelajaran yang bercorak tradisional di mana tenaga

pengajar menyiapkan segala bahan yang diperlukan untuk santapan pelajar.

Melalui kaedah permainan yang diserapkan juga, unsur pembelajaran

94 Browne, P. (2001). The guide to United States popular culture (Illustrated ed.): Popular

Press.

Page 103: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

103

koperatif, yakni pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai

kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat

yang sama, tahap pembelajaran berpotensi mencapai tahap yang maksimum

yang memanfaatkan setiap pelajar atau peserta95

.

Unsur-unsur asas pembelajaran ini yang banyak memandu ke arah

unsur interaksi turut memberi ganjaran kepada peserta tatkala mereka diberi

peluang untuk menunjukkan tahap kefahaman masing-masing di samping

membentuk kemahiran sosial mereka. Perkongsian idea atau pendapat yang

turut digalakkan dalam suasana yang tidak terancam membentuk minat yang

lebih mendalam berkenaan subjek yang diterokai bersama.

Dari sudut pandangan Eduart Spranger96

, manusia merupakan makhluk

„multidimensional‟ yang dapat ditelaah sebagai makhluk jasmani dan rohani.

Proses kemanusiaan yang dialami oleh setiap manusia akan lebih berkesan

seandainya nilai-nilai rohani seperti kebudayaannya dapat dikembangkan

secara menyeluruh. Howard Gardner97

menyifatkan manusia sebagai

mempunyai 7 jenis kecerdasan. Ketujuh-tujuh macam kecerdasan ini

melinkungi setiap cakupan aktiviti bengkel yang berteraskan nilai Olimpisme.

1. Kecerdasan matematik/logik: kemampuan penalaran ilmiah, penalaran

induktif/deduktif, berhitung/angka dan pola-pola abstrak yang terdapat

dalam komponen penulisan dan kuiz bertema.

2. Kecerdasan verbal/bahasa: kemampuan yang berhubungan dengan

kata/bahasa tertulis mahu pun lisan yang terdapat dalam komponen

penyampaian dan penulisan cereka

3. Kecerdasan interpersonal: kemampuan berkenaan interaksi dan

perhubungan sosial dalam setiap komponen bengkel yang mengikut

kumpulan.

95 Armstrong, S., & Palmer, J. (1998). Student Teams Achievement Divisions (STAD) in a

twelfth grade classroom: Effect on student achievement and attitude. Journal of Social

Studies Research. 96 Spranger, E. (1928). Types of Men (P. J. W. Pigors, Trans.). New York: G.E. Stechert

Company. 97 Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences. New York: Basic Books.

Page 104: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

104

4. Kecerdasan fizikal: kemampuan mengatur gerakan badan dalam

komponen „Amazing Race‟ dan permainan tradisional seperti capteh

dan batu serembat.

5. Kecerdasan muzikal/rima: kemampuan mengenal rima atau rentak

dalam komponen yang mengandungi lagu tradisional.

6. Kecerdasan visual/ruang: kemampuan yang mengendalikan penglihatan

dan kemampuan membayangkan objek dalam komponen mereka cerita.

7. Kecerdasan intrapersonal: kemampuan yang berhubungan dengan

kesedaran, muhasabah dalam komponen menilai kemampuan diri.

Justeru, pendekatan berteraskan nilai Olimpisme ini berpotensi tinggi untuk

mengembangkan manusia berdasarkan kaedah secara seimbang.

Pengembangan yang tidak seimbang dan hanya menitikberatkan satu daya

akan berkemungkinan menghasilkan ketidakutuhan perkembangan generasi

pelapis yang bakal mengambil tempat di persada dunia. Manusia yang terlalu

diberikan penumpuan terhadap aspek intelektual sahaja juga akan kekurangan

dari segi daya cipta, unsur humanisme yang menjejas statusnya di dalam

linkungan sosio-antropologi sebagai manusia yang kurang bezanya dengan

makhluk lain yang tidak berbudaya.

Pendekatan menggunakan sukan dalam pengajaran berjaya menarik

lebih banyak belia kerana ia juga digerakkan oleh para belia sesuai dengan

cita rasa aspek kesukanannya. Secara tidak langsung ia merupakan satu daya

tarikan Asas ‟50 melalui Sayap Belianya dalam menggembleng lebih banyak

tenaga muda ke dalam alunan gerakan persuratan tanah air.

______________________________________________________________

RUJUKAN

Alatas, S. H. (1973). Siapa yang salah. Sekitar revolusi mental dan peribadi

Melayu. Singapura: Pustaka Nasional.

Armstrong, S., & Palmer, J. (1998). Student Teams Achievement Divisions (STAD) in a twelfth grade classroom: Effect on student achievement

and attitude. Journal of Social Studies Research.

Page 105: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

105

Browne, P. (2001). The guide to United States popular culture (Illustrated

ed.): Popular Press.

Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences. New York: Basic Books.

Spranger, E. (1928). Types of Men (P. J. W. Pigors, Trans.). New York: G.E.

Stechert Company.

Teach Less, Learn More. (2009). Retrieved 21 June 2010, 2010, from

http://www3.moe.edu.sg/bluesky/tllm.htm

Walker, F. (2008). Poetry at the 2012 Olympic Games? There's no rhyme or

reason why not. Retrieved 21 June, 2010, from

http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/columnists/guest_contributors/arti

Page 106: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

106

RIMA RAP MESEJ BERPENGARUH

Noorhaqmal Mohamed Noor

Perkembangan muzik kontemporari Melayu adalah perkara yang lebih luas

daripada yang sering dibincangkan di dalam akhbar dan majalah hiburan. Acap

kali, media yang menyebarluaskan berita-berita tentang industri muzik lebih

condong terhadap hiburan dan penyanyi atau pemuzik yang dibincangkan.

Perbincangan tentang trend muzik secara komprehensif amat kurang sekali di

akhbar dan majalah kerana kecenderungan majalah dan akhbar terhadap

hiburan akan menarik lebih ramai pembacanya.

Selain majalah dan akhbar, bahan-bahan yang membincangkan

perkembangan muzik Melayu kontemporari amat kurang sekali. Sama ada

melalui edaran bercetak atau di Internet, ketandusan bahan-bahan ini akan

memungkinkan muzik Melayu sebagai seni yang bertujuan untuk hiburan

semata. Komponen-komponen di dalam lagu dan perspektif seni muzik

melalui aspek-aspek yang berbeza harus diketengahkan demi memahami nilai

seni yang sedang berkembang pesat kini. Dalam hal ini, penggunaan lagu

sebagai penyampai mesej masih kekal walaupun dengan kewujudan muzik

yang berlainan dan menarik.

Perkembangan Rap Melayu dan Muziknya

“Rapping (also known as emceeing, MCing, spitting, or just

rhyming) is the rhythmic spoken delivery of rhymes, wordplay,

and poetry, one of the elements of the hip hop music genre. Rapping can be delivered over a beat or without accompaniment.

Stylistically, rap occupies a gray area among speech, prose, poetry, and song.”

(Dipetik daripada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, Rapping, 2009)

Muzik rap atau hip hop bermula dengan kewujudan rap sendiri pada

tahun 70-an di kawasan Bronx di New York. Ianya bermula dengan temasya-temasya yang mengetengahkan personaliti-personaliti terkenal di kalangan

masyarakat kulit hitam Amerika, untuk berucap. Ucapan-ucapan ini bertujuan

Page 107: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

107

memberi semangat kepada kelompok masyarakat yang tertindas dari segi

sosial, budaya dan ekonominya pada waktu itu. Konsep berucap itu seumpama

mendeklamasi sajak yang penuh dengan rima dan irama tanpa iringan muzik.

Rentak yang wujud akibat pemilihan diksi yang teliti itu kemudian berubah

konsepnya apabila disatukan dengan irama muzik yang mempunyai rentak

Rythm „n‟ Blues (RnB). Rentak RnB melalui proses eksperimentasi tersendiri

sehingga terhasilnya lagu-lagu rap.

Muzik rap wujud seawal tahun 80-an tetapi tidak mendapat sambutan di

dalam industri muzik sertantau kerana pengaruh muzik rock lebih menarik

minat generasi muda pada waktu itu. Kewujudan kumpulan-kumpulan seperti

Search, Wings, Bumiputra Rockers, May dan Lefthanded mendapat sambutan

hangat daripada pendengar pada tahun-tahun 80-an. Muzik rap yang lebih

dikenali bermula pada tahun 1992 dengan kewujudan kumpulan gergasi rap

pada waktu itu, iaitu 4U2C dan KRU. Kemudian pada tahun 1994, kewujudan

kumpula Nico pula menghangatkan lagi pasaran pemuzik rap dengan

pengaruh tarian breakdance yang merupakan salah satu komponen hip hop. Kesemua kumpulan ini berasal daripada Malaysia dan kelahiran rekod album

pertama mereka disambut baik oleh pendengar pada waktu itu.

Muzik rap di Malaysia, seperti juga di Singapura lebih berkembang

pesat di arena muzik underground, iaitu persada muzik tidak komersial.

Namun sebelum kemasukan alaf milieu ini, kumpulan Too Phat yang

dianggotai Malique dan Joe Flizzow membawa muzik rap ke peringkat

seterusnya. Bermula pada tahun 1999, kumpulan ini merakam sejarah dengan

mengetengahkan salah seorang penyanyi rap dari Amerika, iaitu Warren G

yang terkenal di dalam industri muzik Amerika Syarikat.

Selepas tahun 2000 juga, pertalian pemuzik rap Singapura dan Malaysia

semakin erat apabila kumpulan Ahli Fiqir berhijrah ke Malaysia untuk

mengembangkan sayap dengan merakamkan lagu Alhamdulillah bersama Too

Phat dan penyanyi etnik ala Timur Tengah, bersama Too Phat dan penyanyi

etnik ala Timur Tengah, Yassin.

Page 108: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

108

Kepuisian Seni Kata Lagu Rap

Seperti hasil karya kreatif sastera genre puisi, seni kata lagu rap juga bukan

hanya mementingkan nilai estitika dari bentuk gaya bahasanya tetapi juga

melalui mesej yang disampaikan. Penggunaan bahasa yang unik inilah yang

terpahat dalam minda pendengar dan diperkuatkan lagi dengan kehadiran

melodi yang menarik. Irama dan seni kata yang disatukan ini lebih menarik

akibat pencantuman yang kreatif dan terperinci susunan lagunya.

Kepuisian seni kata ini timbul dengan pemilihan diksi yang teramat teliti

susunannya mengikut irama. Panduan tema dan persoalan-persoalan yang

dibincangkan di dalam keseluruhan seni kata itu menjurus langsung kepada

mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar. Berbanding dengan seni kata

genre muzik yang lain, seni kata lagu rap lebih berkesan kerana bentuk genre

ini memuatkan puisi atau prosa yang lebih bilangan perkataan, lantas lebih

berkeupayaan untuk diselitkan dengan pelbagai persoalan.

“Jadikanlah „ku tentera Fisabilillah

yang tertera di kalimah harap memanduilah

Entah apabila persimpangan tiba,

hidup penuh rintangan harus kuhadapinya

Harapku tidak terlupa diri bila gembira,

dan cuma mula mencari Kau disaat hiba

„Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan

tapi bisa membezakan

cahaya dan kegelapan

Tabah bila dihalangan

duri onak dan cobaan

Teguh bila dicobakan

keruh kuasa dan perempuan”

(Dipetik daripada lagu Alhamdulillah, Too Phat, 2004)

Gaya bahasa di dalam seni kata lagu rap adalah salah satu aspek yang

mencorak kepuitisan seni kata itu sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat (2007), istilah „rima‟ merujuk pada „bunyi yang sama pada huruf

akhir atau kata akhir dalam sesuatu rangkap (seperti gurindam)‟. Unsur rima di

Page 109: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

109

dalam muzik rap pula melebihi bunyi yang sama sahaja malah memerlukan

seseorang penyanyi itu untuk memberi rentak kepada seni katanya. Unsur

rentak ini bukanlah hanya hadir di dalam lagu yang tersedia ada tetapi dari segi

patah lagu berdasarkan seni kata yang mungkin berbentuk puisi atau prosa.

Dengan memberi pecahan-pecahan yang sesuai pada seni kata tersebut,

nyanyian rap dapat disatukan dengan rentak lagu yang tersedia tadi.

Rima Irama Rap Menarik

“Dikerah dijajah

Terus nista dipenjara

Jadi hamba jadi kuli

Jadi batu diam diri

Kita tunggu kita lihat

Kita nanti kita perhati

Jgn merungut biar berjanggut

Diam akur

Kita mesti patuh

Acuh tak acuh endah tak endah

Buat lawak bodoh terlampau

Biar kita melopong

Biar kita menganga

Biar mereka buat apa mereka suka

Biar saja

Jangan melawan

Jangan membantah

Janganlah degil kena ikut perintah

Kena banyak diam

Biar apa orang kata

Kita tawa dalam duka

Kecut takut

Kalut kolot

Terkunci mulut

Bergaduh bertutur

Kalah sabung menang sorak

Tiba masa kita gerak”

(Dipetik daripada lagu Angguk angguk Geleng geleng, Ahli Fiqir, 2005)

Page 110: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

110

Aspek rima yang menarik di dalam seni kata lagu rap tidak hanya wujud

dengan adanya muzik iringan. Seperti dalam lagu petikan tersebut, hanya

dengan membaca seni kata itu sendiri, rima yang tersedia memberi rentak jika

dinyayikan tanpa muzik (acapella). Menyanyi lagu rap secara acapella inilah

yang dirujuk sebagai „rhythmic spoken delivery of rhymes, wordplay, and

poetry‟. Pengucapan kata-kata berima itu secara semula jadi menjadi rentak

puisi lantas dianggap sebagai salah satu nilai estetika yang terkandung dalam

seni kata lagu rap.

Keadaan seni kata yang semulajadi menarik ini lebih mendapat

perhatian para pendengar walaupun terkadang nyanyian itu terlalu pantas

untuk „ditangkap‟ atau difahami secara mendengar sekali imbas. Dengan daya

tarikan ini, timbul pula keadaan bawah sedar yang membuat pendengar

menghafal seni kata tersebut. Apabila proses penghafalan itu bermula, maka

mesej yang ingin disampaikan pada mulanya lebih senang disampaikan dan

diterima oleh pendengar atau pembaca seni kata lagu tersebut.

Walaupun begitu, kesan ini lebih mendalam sekiranya muzik yang

mengiringi kata-kata tersebut juga sama menarik. Ini adalah kerana

penerimaan minda manusia secara semula jadinya lebih khusus terhadap bunyi

atau irama dan juga bahasa (Patel, 2008). Seperti Patel, Nettle pula

menganggap bahawa bahasa dan muzik mendefinisikan manusia (Nettle, 2000).

Ini adalah kerana dua unsur ini merentasi sosio-budaya, agama, latar belakang

dan sebagainya. Dia menganggap bahawa „Language and music define us as

human. These traits appear in every human society, no matter what other aspects of culture are absent‟.

Kesimpulan

Hakikatnya, muzik adalah identiti kemanusiaan yang merentasi batas-batas

yang membezakan. Penguasaan bahasa yang ditutur pula lahir daripada

fonologi yang berkuatkuasa dengan kewujudan bunyi, iaitu elemen utama

bahasa tuturan dan muzik. Elemen utama yang dikongsi kedua-dua perkara

inilah yang menjadikan muzik dan bahasa sebagai seni yang amat berpengaruh

terhadap manusia. Dalam hal ini, pengaruh yang wujud daripada muzik dapat

menyampaikan mesej tertentu dengan berkesan apabila kerjasama kata-kata

dalam bentuk gaya bahasa yang sesuai diselaraskan.

Page 111: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

111

Hingga kini, masih banyak lagi yang boleh dikaji dan dipelajari tentang

muzik, bahasa dan minda manusia. Keserasian dan keselarasan tiga elemen

penting dalam hidup manusia ini adalah satu bidang yang menarik dan

merangkumi aspek agama, sains dan teknologi. Sememangnya, banyak ilmu

tentang ketiga-tiga elemen ini yang perlu difahami terlebih lagi tentang muzik

dan bahasa Melayu yang sudah lama bersemadi dengan jiwa dan budaya

masyarakat Melayu.

Asas ‟50 pada alaf baru ini mula meninjau kepentingan muzik dalam

meransang pembelajaran dan penghayatan bahasa dan sastera. Maka satu

usaha sedang dijanakan untuk merakamkan puisi-puisi tempatan dalam bentuk

lagu-lagu puisi agar ia menjadi dokumen khazanah bangsa yang bukan hanya

dibaca tapi dipelajari secara kreatif dan inovatif sebagai sebuah pakej.

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Amon Saba Saakana. (1995). Culture, Concept, Aesthetics: The Phenomenon

of the African Musical Universe in Western Musical Culture. Missouri:

African American Review.

Aniruddh D. Patel. (2008). Music, Language, and the Brain.. Oxford: Oxford

University Press.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Alexander, J., C. & Smith, P. (eds.). (2005). The Cambridge Companion to

Durkheim. Cambridge: Cambridge University Press.

Lirik lagu Angguk-angguk, Geleng-geleng oleh Ahli Fiqir diakses dari lelaman

http://www.gugalyrics.com/AHLI-FIQIR-ANGGUK-ANGGUK-

GELENG-GELENG-LYRICS/448100/

Lirik lagu Alhamdulilah oleh Yassin diakses dari lelaman

http://artists.letssingit.com/too-phat-lyrics-alhamdulillah-malay-version-

h4ph56w

Page 112: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

112

Sebagai penaung saya melihat bagaimana Asas ’50 membuat satu lagi

gerakan radikal dengan anjakan paradigma yang begitu ketara pada alaf

baru dengan gerakan proaktif dalam landasan nasional dengan

menggembling sebegitu banyak tenaga muda dan belia - pengaruh masa

muka - untuk sama-sama mendukung misi ‘seni untuk masyarakat’ demi

kepentingan bangsa dan Negara… Hari ini saya melihat sebuah

pertubuhan Melayu yang berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah

gerakan penting dan menjadi ikon persuratan nasional dan serantau.

Sidek Saniff Mantan Menteri Negara Kanan (Sekitaran)

& Penaung Angkatan Sasterawan ‘50

Page 113: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

113

Kritikan

Page 114: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

114

‘Bangsa Melayu Singapura juga mempunyai ciri khas tersendiri, antara lain aspirasi untuk memajukan bangsa Melayu sebagai salah satu entiti penting dalam kehidupan berbangsa. Karena itu lahirlah ASAS ’50,

sebagai sebuah gerakan pembaruan dalam sastra yang sekaligus mencerminkan pembaruan kehidupan bangsa Melayu. Kehidupan bangsa

Melayu Singapura, dengan demikian, tidak mungkin dilepaskan dari perkembangan sastra modern yang diawali oleh ASAS ’50.’

Profesor Emeritus Dr Budi Darma,

Universitas Negeri Surabaya (UNESA)

Page 115: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

115

PUISI KRITIS:SEPINTAS WACANA KESUSASTERAAN AKU BUKAN PENYAIR

Muhammad Irwan Jamal

No grammatical analysis of a poem can give us more

than the grammar of the poem.

Roman Osipovisch Jakobson

Pengenalan

Terdapat elemen penumbra dalam kesusasteraan yang menjadikannya di

antara wadah yang kompleks dan penuh pewarnaan bagi mengkaji perasaan,

pemikiran, nilai dan perlakuan manusia dalam masyarakatnya. Sebagai

sebahagian daripada wacana sosial yang umum ataupun bersifat alternatif,

sastera membenarkan semacam peneropongan ke dalam kehidupan sesebuah

masyarakat dengan menyelami bibit-bibit kegemilangan atau kebobrokan

serta pencapaian mahupun cabaran yang dihadapinya. Ini dimungkinkan

dengan memberi para pembacanya kuasa untuk mengakses dan

menginterpretasi idea dan ideologi yang melatari suasana kewacanaan karya

itu via jukstaposisi kata, pengaliran naratif mahupun tanda-tanda simbolik

yang wujud di dalamnya. Justeru, karya kesusasteraan sebegini tidak

menganjurkan kemuktamadan dan kemutlakan. Sebaliknya, ia ingin

mencetus dan memangkinkan keinginan para pembaca untuk

mempermasalahkan isu-isu yang terkesan dalam karya sastera tersebut.

Permasalahan tersebut diberi lensa pengupasan yang lebih rencam dan

pelbagai melalui puisi. Menurut Roger Fowler, puisi merupakan genre

kesusasteraan yang mempunyai daya subjektif dan keanjalan yang tinggi

kerana ia mengajukan “linguistic practices which resist to stabilize codes and

habitual perceptions but instead [foster] activities in language which

promote exploration, consciousness, change and creativity, rather than

Page 116: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

116

stagnation and repression”.98

Maka, Fowler mengetengahkan betapa

pengetahuan seharian para pembaca terhadap bahasa dan wacana

seharian/umum penting dalam mengesan sifat antitesis sistem bahasa yang

wujud dalam sesebuah puisi. Dengan itu, beliau menegaskan bahawa

sesebuah pengupasan puisi yang dibaca dalam rangka wacana alternatif itu,

tidak wajar dijadikan sebagai sebuah latihan yang mengetengahkan segala

yang indah muluk sahaja; yakni sekadar mengukuhkan modus operandi kebiasaan bahasa yang berpotensi untuk melalaikan malah melalikan para

pembacanya ke arah, dengan meminjam kekata Edward Said, “the

anesthetization of the critical sense”.99

Sebaliknya, sekuntum puisi wajar

dikupas dengan bernatijahkan kesedaran kritis bagi para pembacanya. Malah,

Said juga memestikan penelaahan sastera untuk memiripi realiti, yang tidak

terpisah dengan pemihakan para pembaca terhadap isu-isu politik, moral dan

sosial. Tambahnya lagi, pemihakan yang dibuat itu perlulah mendedahkan

wacana berprejudis yang berleluasa supaya ia dapat dipermasalahkan dan

usaha untuk menjernihkannya dapat dijalankan dengan segera.100

Justeru, esei ini akan meneroka kemungkinan pembacaan puisi dalam

menjana kesedaran kritis bagi para pembacanya. Usaha sebegini

memerlukan penggemblengan mekanisme pantauan isu-isu sosio-politik,

sejarah, kewacanaan dan teori kritikan sastera yang utuh dalam menilai dan

mempermasalahkan hal-hal yang ingin dibicarakan dalam sesebuah karya

sastera. Pembacaan puisi sebegini diharap dapat digandingkan dengan

pencerakinan struktural-formalistik yang biasa dilakukan oleh para pelajar

kesusasteraan Melayu. Bahagian selanjutnya dalam esei ini akan membedah

siasat idea-idea yang terkandung dalam kumpulan puisi Abdul Ghani Hamid,

Aku Bukan Penyair.

Kumpulan puisi Abdul Ghani Hamid yang berjudul Aku Bukan

Penyair merupakan usaha jitu penyair-pelukis ini sepanjang lima tahun yang

lalu (2003 – 2007). Sajak-sajak yang diggubalnya ini tidaklah hanya

98 Roger Fowler, Linguistic Criticism, (1996, Oxford, Oxford Uni. Press) hal. 55. 99 Dipetik daripada Azhar Ibrahim Alwee, Literary Studies & Social Sciences dari

lelaman http://thereadinggroup.sg/articles.htm 100 Edward W. Said. The World, the Text and the Critic. (1983, Massachusetts, Harvard

University Press) hal 26.

Page 117: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

117

tertakluk pada konteks ke-Singapura-an dan ke-Melayu-an, malah ia juga

merangkumi hal-hal yang bersifat silang budaya dan kontekstual tanpa

mengorbankan kepedulian akan keadaan masyarakat dan ekologinya.

Analisis Wacana & Kesedaran Kritis

Kecenderungan dan kekerapan seruan untuk mendampingi dan mengakui

perubahan dewasa ini, semakin ketara dialu-alukan kepada massa. Malah,

perkara inilah yang telah membentuk dan mengisi pelbagai ruang dan sfera

wacana sosial dewasa ini. Perubahan, seringkali demi pemanfaatan ekonomi,

dilihat sebagai peluang, malah satu keperluan, yang dapat menganjakkan

paradigma sesebuah masyarakat ke taraf yang lebih tinggi. Justeru,

masyarakat yang bergerak serentak dengan tuntutan perubahan biasanya

dianggap sebagai masyarakat yang positif, proaktif dan progresif.

Sebaliknya, masyarakat yang enggan bergerak-sama biasanya dikaitkan

dengan gejala keterbelakangan, kemunduran dan keterasingan.

Namun demikian, kesesuaian, kerelevanan dan kepentingan

perubahan yang ingin dianuti itu perlu dikenali dan dinilai terlebih dahulu.

Menurut Erich Fromm, seorang ahli falsafah psikologi, penilaian sebegini

memerlukan suatu kesedaran; kesedaran yang berpaksi pada pantauan

kondisi masyarakat secara kolektif mahupun terhadap amalan-amalan

manusia secara individu. Jika ini berjaya dikecapi, tambahnya lagi, barulah

manusia dapat berjuang untuk kebebasan dan juga hak sebagai manusia

sepenuhnya, bukan sekadar sebuah automaton.101

Usaha untuk

membangunkan daya kesedaran ini adalah cabaran yang dapat diungkapkan

dalam rangka analisis wacana kritis.

Secara keseluruhan, analisis wacana kritis melihat hubungan, pola dan

negosiasi kuasa dalam sesebuah teks. Kuasa dikonsepsikan sebagai

“asymmetries between participants in discourse events, and in terms of

unequal capacity to control how texts are produced, distributed and

consumed” (Fairclough, 1995, hal.2).102

Dengan mengetengahkan strategi

analisis ini sebagai “a resource for people who are struggling against

101 Erich Fromm, Man for Himself, (2003, London: Routledge). hal. 118. 102 Norman Fairclough, Critical Discourse Analysis, (1995, London: Longman hal. 2.

Page 118: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

118

domination and oppression in its linguistic forms”,103

Norman Fairclough

mengajukan satu taktik intepretasi yang memperkasakan pembaca untuk

mencungkil tanda-tanda, ujaran mahupun tindakan dalam sesebuah karya,

khususnya, dalam konteks esei ini, wacana bahasa kesusasteraan yang

membawa pengertian yang mendalam bagi diri mereka. Kuasa dan pilihan

diserahkan kepada pembaca untuk menerima (atau menolak), memuji (atau

mengeji) mahupun mengkritik kenyataan tersebut. Penting lagi, dalam

memperkatakan sesebuah kenyataan dalam wacana bahasa kesusasteraan itu,

para pembaca dapat melihat [semula] “verbal acrobatics of the most striking

kind” tanpa ditawan dan dilesukan pemikiran mereka.104

Dengan itu, para

pembaca tidak dianggap sebagai peserta pasif dalam wacana tersebut dan

terjebak dalam “budaya menelan”. Tanpa memperlekehkan potensi manusia

untuk menilai, merenung dan membuat keputusan, persoalannya kini

diarahkan terhadap mutu karya sastera yang bakal dikonsumsikan oleh

khalayaknya itu. Bolehhkah ia menjadi wacana kesedaran yang berwibawa

bagi masyarakat?

Kuasa [Untuk/Atas]

Menurut Erich Fromm, ironisnya perkataan kuasa adalah kerana ia dapat

mewakili dua konsep yang berkontradiksi. Kuasa untuk (power of)

menandakan potensi manusia dalam masyarakatnya untuk mencapai

pemerkasaan diri. Ini dipancarkan oleh persona dalam puisi Revolusi Atas Revolusi, yang terus berjuang walaupun suaranya sahaja yang kedengaran:

Bantah dan bangkang

Sebelum kecewa

Atau menerima kecaman,

Suara lantang

Hanya suara sendiri sahaja

...

103 ibid, hal. 2 104 Roger Fowler, Linguistic Criticism, (1996, Oxford, Oxford University Press) hal. 21.

Page 119: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

119

Kumpulan sendiri

Revolusi sendiri memburu

Kemahuan hati.105

Manakala, konsep kuasa atas (power over) pula mewakili golongan

manusia dalam masyarakat yang mendominasi, lantas menindas golongan

yang lain. Erich Fromm menjelaskan lagi bahawa,”The ability of man to

make productive use of his powers is his potency; the inability is his

impotence… Where potency is lacking, man‟s relatedness to the world is

perverted into a desire to dominate, to exert power over others as though

they were things.”106

Perbincangan mengenai aspek kuasa ini biasanya akan

memperkatakan isu-isu yang mengkritik mutu kepimpinan yang diceritakan

dalam sesebuah karya. Selain itu, terbentang juga episod-episod rasuah,

hipokrasi dan penyalahgunaan kuasa. Puisi berjudul Kuasa seolah-olah

memiripi perkara yang dilaungkan Fromm itu. Simbol raksasa dominan

memberi imejan yang jitu terhadap kekuasaannya atas manusia biasa seperti

yang dilukiskan persona:

Gagah terjulang

Bagai raksasa

Dan mengangkang selebar jaga,

Nadanya halilintar

Bicara gunung berapi

Menggegar, menggempar107

.

Selain itu, persona puisi Kuasa juga dapat dikesan usahanya dalam

menegur seorang pemimpin yang impotent, sepertimana yang dicirikan oleh

Erich Fromm. Pemimpin yang lebih bual-bicara daripada turun ke

gelanggang untuk melaksanakan kata-katanya. Maka dalam usaha untuk

menjungkir balikkan status quo, tindakan yang drastik perlu diambil. Selaras

dengan ini, maka wajarlah kekata “revolusi” dan “virus” itu digunakan

105 Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 17. 106 Erich Fromm. Man for Himself. (2003, London: Routledge) hal 64. 107 Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 18.

Page 120: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

120

dalam puisi-puisi tersebut sebagai unsur-unsur yang berpotensi untuk

menggoncangkan kestabilan golongan-golongan yang berkuasa.

Mencabar Stereotaip

Kumpulan puisi Abdul Ghani Hamid ini juga memecahkan stereotaip puisi

Melayu yang kononnya bersifat „kebunga-bungaan‟ mahupun „kejiwa-

jiwaan‟ ala istilah Inggerisnya, bermotif “romantisizing the dead”.

Sebaliknya, beliau mengerahkan teknik dan penggunaan simbol untuk

menegur kuat akan kekalutan dan kekaburan kehidupan sesetengah manusia

di dunia ini. Baris-baris puisi Konsepnya Saja menjelaskan teknik

kepengarangannya ini:

Termusnahlah kehalusan budi

tiada bicara mengenai kemanusiaan

konsepnya merajai segalanya

mengekalkan keturunan firaun global.108

Via rangka analisis wacana kritis, rentetan kata-kata dan frasa-frasa

unik yang dijukstaposisikan sebegini menjadi kekuatan Abdul Ghani Hamid

ketika mengajukan idea-idea persona puisi kepada khalayak pembacanya. Di

sinilah kearifan beliau dalam menggunakan unsur retorika dalam puisi itu

amatlah berkesan. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tunjang didaktis

Abdul Ghani Hamid turut memberikan peluang kepada soalan-soalan

dialektik yang mencabar para pembacanya untuk merenungkan isu-isu yang

beliau kemukakan dan kemudian mencari kesimpulannya sendiri. Umpama-

nya, perhatikan puisi Satu Pembaharuan Yang Tegas dan Terus Membiak

Berzaman Nanti:

Aku

bicara

peduli apa?

Catatan: Sekuntum puisikah ini?109

108 ibid, hal. 33. 109 ibid, hal. 23.

Page 121: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

121

Persoalan sebeginilah yang berpotensi untuk membangunkan budaya

berwacana dan berbahas di kalangan masyarakat sekiranya isu ini

dikemukakan oleh inteligensia yang mempunyai selera sastera yang ampuh.

Tambahan lagi, Abdul Ghani Hamid turut mengapungkan pelbagai retorika

yang dapat dikupas dan dianalisis bersama dalam sajak-sajak Fitnah Sebagai

Warisan? dan Tokoh-Tokoh? Dalam Fitnah Sebagai Warisan? Abdul Ghani

Hamid mengemukakan fenomena penerimaan tanpa sedar atau hegemoni

budaya yang kian diterima-pakai oleh masyarakat walaupun ianya karut dan

tandus etika semata. Lantas terserlah dikotomi wacana yang sering

melagakan elemen-elemen disparate110

adab vs adat dalam kebudayaan

Melayu:

Inilah tradisi sudah tersulam pada budaya

menjadi warisan walau berunsur fitnah.111

Manakala, dalam sajak Tokoh-Tokoh? beliau membidas keras dan

tegas akan tokoh-tokoh yang wujud hanya pada nama dan helaian kertas.

Namun, apabila masa-masa runsing dan runcing mula muncul dalam

sesebuah tamadun itu, kelesuan „tokoh-tokoh‟ini terbukti nyata kerana:

Tokoh-tokoh membisu

budaya kini hilang nilai.112

Malah, Frantz Fanon melonggokkan „tokoh-tokoh‟ sebegini sebagai

intelektual terjajah.113

Beliau menambah betapa golongan „tokoh-tokoh‟ ini

lebih cenderung untuk berkelompok untuk berkomplot dengan tuan yang

berkuasa demi menepati kepentingan diri mereka sendiri. Malangnya,

kesenyapan dan persekongkolan golongan „tokoh-tokoh‟ hanya berjaya

110 Mohd Taib Osman, Malay Folk Beliefs: An Integration of Disparate Elements, (1989,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka), hal. 152. 111 Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 26. 112 Ibid, hal. 49. 113 Frantz Fanon dalam magnum opusnya The Wretched of the Earth, (2004, New York:

Grove Press) hal. 11, memberi label colonized intellectual kepada tokoh-tokoh yang

membatu dan membutakan diri semasa krisis, malah mempertahankan golongan berkuasa

yang dapat mengukuhkan kedudukan dan kepentingannya dalam masyarakat tersebut.

Page 122: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

122

dalam mengorbankan golongan massa yang sediakalanya melihat ke arah

„tokoh-tokohnya‟ selaku pembimbing dan modal insan.

Ketuhanan & Kemanusiaan

Jelas sekali bahawa walau apapun isu dan isi yang ingin dihujahkan oleh

Abdul Ghani Hamid, dimensi keagamaan dan kemanusiaan sentiasa

diselitkan, baik secara sedar mahupun tidak. Malah, bukankah pemeliharaan

kemanusiaan itu berada di bawah payungan keagamaan itu sendiri? Abdul

Ghani Ghani Hamid sering mengutarakan kemanusiaan yang semakin

menipis ketika seseorang itu sibuk dan asyik dengan „tugas‟ yang telah

dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka.

Melalui sajak Aku Bukan Penyair, ramai mungkin berspekulasi akan

kewibawaan dan keberanian sang penyair ini. Namun demikian, selari

dengan prinsip perjuangan sastera Asas „50, setiap karya yang dilancarkan

buat massa haruslah berlandaskan ilmu. Malah beliau menolak „penyair-

penyair‟ yang:

berani dengan kekata agresif walau lucah

berani menentang pendapat orang lain

walau kebenarannya jelas benar,

kemudian disulam dengan egoisme tinggi

individualisme dan keangkuhan yang liar

dan tegakkan metafora yang kontoversial selalu114

Begitu juga dengan puisi Aku Bukan Pengkritik. Abdul Ghani Hamid

berempatis dengan penulis-penulis yang karyanya telah diperkotak-katikkan

dan dicemuh-caci, walaupun dalam lingkungan akademia. Beliau mengadu:

Aku tak sanggup mencemarkan maruah

walau secebis ke atas insan yang ihsan115

114 Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 76. 115 Ibid, hal. 77.

Page 123: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

123

Sedangkan dalam disiplin yang beliau kuasai, Abdul Ghani Hamid

enggan membenarkan dimensi kemanusiaan dalam setiap karya dan

penghasilnya itu dipersenda apatah lagi disenyapkan. Ini tertulis dalam sajak

Aku Takut Jadi Seniman. Malah, beliau menghulurkan kesyukurannya

kepada Tuhan kerana dalam beliau berseni dan berkarya:

Aku berkarya seni atas izin-Nya

Aku bukan penganut ateisme.

Seniman murni dan lebih mengerti

bersujud ke hadrat Illahi.116

Begitu juga dalam sajak Memungut Keharuman. Sajak ini jelas

mengingatkan para pembaca bahawa dalam rentak hidup yang deras yang

kadangkala diimbuhkan dengan tindakan tergesa-gesa, perlulah umat insan

itu memikir-ulangkan nasihat-nasihat yang telah diberikan agar kehidupan

mereka lebih teratur dan bererti. Personanya mengingatkan:

Apabila memahami ketiadaan nilai ini

dan pesanan budayawan lampau

dan teguran pak guru yang sepi,

eloklah kembali memungut nilai yang harum.117

Kesimpulan

Dalam esei ini, karya sastera, khususnya puisi, telah dicabar untuk menjadi

wahana dan wacana kesedaran bagi masyarakat pembacanya. Perbincangan

dan penelaahan tentang isu-isu kuasa, stereotaip dan keagamaan berpotensi

untuk mengajak sidang pembaca untuk merenung seketika akan keadaan

mereka dalam masyarakat dan dunia yang mereka inapi. Malah, menurut

Ngugi Wa Thiong‟o, “literature results from the conscious acts of men and

women in society. Being a product of their intellectual and imaginative

activity, it is thoroughly social... It is of course more than just a mechanical

reflection of social reality. As one of man‟s artistic activities, literature is in

116 Ibid, hal. 78. 117 Ibid, hal. 60.

Page 124: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

124

itself part of human self-realization as a result of his wrestling with nature

and with one another.”118

Justeru, mekanisme pantauan wacana sosial yang umum ataupun

alternatif telah sebati dan serasi dengan tujuan kesusasteraan. Para penulis

wajar dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan isu-isu yang dapat

membangunkan daya intelek para pembacanya via karya-karya mereka.

Sebaliknya, sidang pembaca wajar mengesan dan mempermasalahkan isu-

isu yang dikemukakan itu. Hubungan simbiotik sebegini yang boleh

merealisasikan objektif sastera sebagai wahana dan wacana kesedaran.

Hanya dengan kesedaran inilah, sebuah budaya yang progresif dapat dicorak

dan dilancarkan. Malah, Abdul Ghani Hamid mengungkapkan perihal ini

dengan begitu padat dan jitu, ”orang yang menafikan adanya kebudayaan,

sebenarnya dia tidak mempunyai cara hidup. Yang selalu tersilap ialah orang

sering menganggap kebudayaan yang sebagai adat istiadat dan sebagainya.

Saya masih menganggap bahawa kebudayaan itu merupakan sebahagian

daripada akhlak manusia”.119

_____________________________________________________________

RUJUKAN

Abdul Ghani Hamid. (2008). Aku Bukan Penyair. Singapura: Asas „50.

Azhar Ibrahim Alwee. (2007). Literary Studies & Social Sciences. Artikel

diakses dari lelaman http://thereadinggroup.sg/articles.htm

Fairclough, N. (1995). Critical Discourse Analysis. London: Longman.

Fanon, F. (2004). The Wretched of the Earth. New York: Grove Press.

Fowler, R. (1996). Linguistic Criticism. Oxford: Oxford University Press.

Fromm, E. (2003). Man for Himself. London: Routledge.

Jakobson, R., O. (1980). The Framework of Language. Ann Arbor: Michigan

Studies in the Humanities.

118 Ngugi Wa Thiong‟o. Writers in Politics: A Re-engagement with Issues of Literature

and Society. (Oxford, James Currey, 1997) hal 4. 119 Jurnal Sekata: Jurnal Pembinaan Bahasa dan Persuratan Majlis Bahasa Melayu

Singapura, (Mac 2005, Singapura: MBMS), hal. 1.

Page 125: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

125

Mohd. Taib Osman. (1989). Malay Folk Beliefs: An Integration of Disparate

Elements. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Said, E., W. (1983). The World, the Text and the Critic. Massachusetts:

Harvard University Press.

Sekata: Jurnal Pembinaan Bahasa dan Persuratan Majlis Bahasa Melayu

Singapura. (Mac 2005). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Wa Thiong‟o, Ngugi. (1997). Writers in Politics: A Re-engagement with Issues of Literature and Society. Oxford: James Currey.

Page 126: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

126

MELIHAT TRANSISI MASYARAKAT MELAYU DALAM PUISI LUKA & PUISI DUKA

Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff

“Singapuraku

aku mengerti sekali

di sini tempatku

tapi aku tidak tahu bila

aku akan menemui segala kehilanganku?‟

(Suratman 2004: 16)

Masyarakat Melayu Singapura seringkali dipaparkan di akhbar dan media

massa sebagai sebuah masyrakat yang memerlukan pertolongan ataupun

sebuah masyarakat yang perlukan pemodenan untuk terus relevan dalam

konteks dunia yang moden. Apakah sebenarnya impak peruntukkan idea

seperti ini ke atas masyarakat Melayu? Mengapakah masyarakat melayu

disasarkan sebagai golongan yang memerlukan perbincangan atau retorik

sekian rupa?

Persoalan-persoalan ini ingin saya kupas dalam esei ini. Dengan

menggunakan kumpulan puisi Suratman Markasan sebagai rujukan sejarah,

saya ingin mengetengahkan persoalan pokok iaitu, apakah implikasi perubahan

zaman ke atas masyarakat Melayu? Dengan kumpulan Puisi Luka dan Duka

saya juga ingin menonjolkan rujukan sejarah bukan dari konteks pakar sejarah

tetapi dari konteks sastera yang memberi lebih bebas untuk kita menganalisis

perasaan dan pertukaran idea dari dekad ke dekad melului kaca mata seorang

yang peka akan perubahan sekelilingnya.

Melalui analisis teks ini saya ingin mengaitkan pertukaran idea ini

bersama konsep “anomie” yang dibentangkan oleh Emile Durkheim. Tetapi,

bukan menjadi niat kertas ini untuk menyelesaikan masalah masyarakat

dengan mudahnya melalui sebuah teori. Langkah amat memudaratkan disebabkan kerumitan yang wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu

khususnya dan masyarakat majmuk secara amnya.

Page 127: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

127

Anomie

Pada tahun 1897 Emile Durkheim seorang pakar sosiologi Perancis telah

menerbitkan sebuah buku bertajuk “Suicide”. Buku ini dihasilkan setelah

beliau mengkaji sebab-sebab yang menyebabkan masyarakat Perancis pada

waktu itu membunuh diri. Beliau telah membahagikan sebab-sebab itu kepada

4 kategori. Satu dari pada kategori tersebut dinamakan kategori anomie; iaitu

perasaan yang muncul akibat kekurangan pegangan kepada rukun-rukun yang

membolehkan seseorang individu untuk menilai antara perkara baik dan buruk

atau “normlessness”. Pernilaian ini diterapkan di atas rukun-rukun yang

dipegangi oleh masyarakat pada waktu itu. Dalam erti kata lain konsep ini

boleh diringkaskan sebagai kekurangan kebolehan untuk mengukur baju di

badan sendiri.

Durkheim percaya bahawa sifat anomie ini dilahirkan akibat

transformasi yang berlaku kepada pertalian antara anggota masyarakat yang

diakibatkan oleh struktur ekonomi yang bergerak dari ekonomi sara diri

kepada ekonomi yang leboh bersifat kapitalis. Pertukaran dari mekanikal

kepada organik ini menyebabkan anggota masyarakat menghadapi konflik di

antara rukun-rukun yang mengukuhkan kekuatan masyarakat dengan rukun-

rukun yang mengukuhkah kedudukan individu. Pengukuhan kedudukan ini

dibolehkan melalui nilai-nilai yang mementingkan diri sendiri, dari segi wang

dan harta umpamanya, membolehkan seseorang itu untuk mengumpul lebih

wang dari jiran sebelahnya. Walau ini mungkin seseuatu yang telah

ditanamkan sebagai lumrah manusia, tetapi lambat-laun masalah akan timbul

di mana masyarakat tersebut akan kurang pentingnya kepada individu yang

menguasai sumber-sumber kekayaan dan individu-individu yang tidak

menguasainya.

Lantas dilemma sosial atau “Social dilemma” atau “Dilemma of public

commons” akan kelihatan. Perubahan kedudukan ini menyebabkan konflik

dalaman dalam setiap individu dan kacau-bilau ini menyebabkan sifat anomie

dalam individu.

Page 128: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

128

Anomie & Masyarakat Melayu

Suratman Markasan memulakan kumpulan puisi ini dengan sekuntum sajak

bertajuk „Jalan Permulaan‟. Sajak ini mengimbas kembali kenangan-kenangan

Singapura yang telah lalu. Penulis menekankan kehilangan yang dirasainya

akibat perubahan zaman. Kehilangan ini berkaitan dengan polisi pemerintah

untuk membangunkan tanah di Singapura untuk projek-projek perumahan dan

industri perkilangan. Lantas ini bukan sahaja menyebabkan pemandangan

alam bertukar tetapi ia mempengaruhi aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan di

situ,

“Laut tempatku menangkap ikan

Bukit tempatku mencari rambutan

Sudah menghutan dilanda batu-bata”

(Suratman 2004: 16)

Penulis meneruskan dengan pengaruh penukaran pemandangan ini ke

atas struktur masyarakat

“Pak Lasim tak bias lagi menjadi penghulu

Pulaunya sudah dicabut dari peta kepalanya

Anak buah sudah terdampar

Di batu-bata dan pasir-masir hangat”

(Suratman, 2004: 16)

Melalui sajak ini, dapat dirasakan transformasi yang sedang berlaku ke

atas protagonis. Aktiviti-aktiviti yang dipraktikkan dahulu, sama ada untuk

rekreasi atau sara diri sudah tidak lagi boleh dilakukan. Ini juga langsung

mempengaruhi struktur kehidupan masyarakat tersebut di mana penghulu tidak

dapat lagi menjalankan tugasnya. Tekanan dari luar ini memaksa penulis dan

masyarakatnya untuk mengikuti landasan pemodenan yang sedang berlaku. Ini

bukan sesuatu yang dilakukan secara semula jadi mengikut evolusi sosial

tetapi transformasi ini telah diajukan dari luar. Justeru, untuk anggota

masyarakat ini terus hidup dan wujud ia terpaksa mengambil langkah yang

sewajarnya untuk hidup.

Page 129: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

129

Di sini masyarakat tersebut dilanda dua konflik. Pertama, konflik di

mana mereka harus melakukan sesuatu untuk terus hidup kerana aktiviti-

aktiviti kehidupan lama sudah tidak boleh dilakukan lagi. Kedua, konflik masa;

di mana perubahan ini berlaku dengan masa yang suntuk untuk sebuah

masyarakat atau juga boleh kita luaskan, untuk sebuah tamadun untuk

melakukan penukaran radikal ke atas struktur dan nilai sosialnya. Kedua-dua

konflik ini memaksa anggota masyarakat untuk mengambil pendirian antara

dua perbezaan yang besar. Ada yang akan memilih antara satu, tetapi

kebanyakan, mereka yang mempunyai memori dan nostalgia akan kehidupan

yang lama tidak akan dapat meninggalkan cara yang dahulu dan pada masa

yang sama, individu yang menerima pemodenan secara keseluruhan tidak akan

dapat menghapuskan konflik identiti yang dialaminya dalam usaha untuk

melepaskan diri daripada stuktur dan cara pemikiran masyarakat dahulu.

Masalah masa menjadi suatu masalah yang mendalam untuk sesebuah

masyarakat kerana masyarakat yang diklasifikasikan sebagai ketinggalan dari

segi masa atau dilanda konflik masa diperlakukan sebagai sebuah masyarakat

yang bermasalah. Klasifikasi ini terlahir akibat perbandingan diantara

masyarakat. Perbandingan ini sering dilakukan mengikut sebuah ukuran yang

dianggap sama buat semua. Seperti yang dialami masyarakat peribumi asia

tenggara dibawa pemerintahan kolonial pada abad ke-18. Namun tidak semua

orang dalam masyarakat bermula pada garis permulaan yang sama, mereka

tidak juga bermula dengan faktor-faktor yang sama. Daya pembangunan idea

dari segi struktur sosial, ekonomi dan sains juga tidak mengikut sebuah ukuran

yang sama dan seimbang. Masalah ini dirumitkan lagi apabila pihak-pihak

yang berkuasa menobatkan sifat-sifat untuk menjelaskan jurang ini. Sifat-sifat

ini mungkin difahami sebagai keengganan masyarakat itu untuk terus

mempertingkatkan diri dan ahli-ahli masyarakat tersebut digelar sebagai malas.

Pandangan ini diutarakan oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya “Myth of

the Lazy Native” yang mengupas gelaran pihak kolonial ke atas peribumi Asia

Tenggara.

Konflik-konflik ini juga telah dibincangkan Suratman dalam sajak

„Dalam Perjalanan Masa‟ di mana protagonis merasakan perubahan yang

berlaku di Singapura pada waktu itu dan perasaannya tentang perubahan

sekelilingnya. Protagonis tidak dapat merasakan transformasi yang perlu untuk

mendakap dengan rapi idea-idea yang sedang diutarakan. Lantas protagonis

Page 130: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

130

„keliru‟ dan tidak dapat bersuara dengan tegas untuk mengambil kedudukan.

Di dalam sajak ini juga dapat kita lihat bahawa anomie mencengkam

pemikiran protagonis akibat kehilangan sauh dalam bentuk pemimpin dan juga

agama yang dapat memberikan landasan prinsip dan nilai supaya dapat

protagonis mengemudi rintangan dan cabaran dengan berkesan.

Anomie Semasa

Jika isu anomie dan sifat „malas‟ yang telah dibincangkan tadi digunakan

untuk masyarakat melayu Singapura masa kini kita dapat melihat kesannya.

Anomie sangat ketara sekali apabila kita selidik perbincangan dan perdebatan

yang sering diutarakan masyarakat tentang kehilangan adat dan budaya dan

juga keperluan untuk memodenkan masyarakat supaya anggota masyarakat

Melayu terus meningkatkan diri untuk terus relevan dalam ekonomi hari ini.

Kesan perubahan ini diutarakan Suratman dalam puisinya:

„Di balik Bayang Tun seri Lanang‟,

“tahun itu tahun 1981 tentu banyak berita terbetik

Negara Seri Laning kian pudar di mata Mat layu

Pelajar tinggal sedikit guru menjadi buntu

Di sana sini orang bercakap inggeris tentu

Biar dianggap berpelajaran tinggi”

(Suratman, 2004: 43)

Suratman menggunakan isu bahasa sebagai satu lambang masyarakat

Melayu yang sudah pun berubah prinsip dan aliran tentang kepentingan bahasa

sendiri akibat imejan yang diterapkan pada penggunaan bahasa Inggeris.

Lantas sebagai simbol pemodenan dan peningkatan bahasa Melayu digantikan

dengan Inggeris dan sekolah Melayu, sebagai institusi yang mempunyai

kebolehan dan sumber untuk memancarkan kembali nilai-nilai dan struktur

idea dan pemikiran orang Melayu hilang kedudukannya sehinggakan terpaksa

ditutup. Dengan kehilangan sekolah Melayu ini bukan sahaja sebuah sekolah

yang hilang tetapi sebuah institusi Melayu juga telah pupus. Malangnya

sehingga hari ini institusi ini masih kehilangan dari orang Melayu dan institusi

yang wujud, yang berfungsi dari segi mata pelajaran atau program tidak akan

dapat menggantikannya.

Page 131: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

131

Kehilangan institusi ini membuktikan aliran yang diambil oleh

masyarakat Melayu untuk mengatasi kedua-dua konflik yang diutarakan tadi.

Dengan mengambil kedudukan begini diharap identiti Melayu yang baharu

dapat diterap supaya dapat masyarakat ini terus wujud dan berfungsi.

Kedudukan ini sering diutarakan melalui media massa dan juga diskusi yang

diadakan diantara pemerintah dan masyarakat dan juga badan-badan Melayu

sendiri.

Asas „50 & Melayu Kini

Analisis ini tidak berniat untik membawa sebuah huraian yang memerlukan

sebuah transformasi radikal untuk masyarakat Melayu supaya dapat lepas dari

konflik-konflik ini. Kedudukan orang Melayu dan identiti Melayu akan terus

diperundingkan dan dalam proses perundingan inilah masyarakat Melayu akan

terus berubah mengikut zaman. Proses ini penting kerana, tanpanya,

masyarakat Melayu mungkin tidak akan dapat kekal sebagai sebuah unit.

Tetapi arah yang diambil oleh perundingan ini bebas untuk disumbang oleh

tiap golongan masyarakat tersebut. Tentu sekali kita tidak akan dapat

menjawab soalan apa itu Melayu, tetapi idea-idea kita tentang kemelayuan itu

harus diberikan ruang untuk berkembang dan berbilang supaya semangat

persatuan itu boleh dikekalkan. Inilah inti masyarakat Melayu.

Asas „50 sebagai sebuah anggota masyarakat ini harus terus membawa-

kan idea-idea yang bernas supaya dapat dipertikaikan masyarakat, dengan apa

cara sekalipun. Masyarakat Melayu memerlukan suara yang berbeza, supaya

dapat dikumpulkan semua interpretasi kemelayuan, dari segi sastera, sejarah

atau bahasa, semoga generasi akan datang akan tetap sedar akan nilai

kemelayuan yang masih dipraktikan mereka.

Dengan kegiatan-kegiatan Asas „50 yang rencam, pertubuhan ini telah

dapat mendekati golongan dan lapisan masyarakat melayu yang berbeza.

Namun dengan kejayaan ini, perlu Asas „50 menaikkan lagi taraf kejayaannya

dengan menjadikan kesatuan idea-idea Melayu sebagai sasarannya. Kesatuan

idea ini boleh kita teliti dari segi ideologi badan-badan Melayu dan aktiviti

yang dilaksanakannya, mungkin Asas „50 dapat mengukuhkan lagi

rangkaiannya untuk dinobat sebagai sebuah badan rujukan dan sebuah institusi

moden masyarakat melayu yang melambangkan nilai-nilai yang masih

Page 132: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

132

dipentingkan oleh orang Melayu dan juga mengibarkan nilai-nilai dan idea-

idea yang mungkin telah pun ditelan zaman.

Suratman Markasan sebagai seorang penulis dan aktivis telahpun

melukiskan gambaran dahulu dan sekarang, kedukaan dan kelukaannya

memikirkan tentang perubahan di dalam masyarakatnya. Kedudukan ini

penting untuk kita ingati dan menghayati, supaya tidak kita lupa asal usul, kita

tidak lupa apa yang sudah tiada dan kita sedar akan arah yang sedang ditujui.

“Hamba-hamba Melayu duduk di kayangan

Yang tua memetik tasbih yang muda memetik guitar;

Sejarah Melayu lesap di angkasawan,

Budak-budak Melayu tersadai tak dilamar”

(Suratman, 2004: 44)

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Alatas, Syed Hussin. (1977). „ British Image if the Malays in the late 19th

century and 20th

century‟; „The image of indolence and the corresponding

reality‟; „Colonial Capitalism and its attitude towards labour in the 19th

and

20th

Century‟; „The Malay concept of industry and indolence‟; „“Mental

revolution” and the indolence of the Malays‟; „The distortion of Malay

Character‟; in The Myth of the Lazy Native. London: Frank Cass pp.43-51;

pp.70-82; pp.83-97;pp130-146;pp.147-165;pp.166-183

Durkheim, Emile, “Suicide”, in Readings from Emile Durkheim, 2004.

Kenneth Thompson (ed.) London; New York: Routledge pp 81-105

Durkheim, Emile, “Division of labour in society”, in Readings from Emile Durkheim, 2004. Kenneth Thompson (ed.) London; New York:

Routledge

Durkheim, Emile, “Elementary forms of religious life”, in Readings from Emile Durkheim, 2004. Kenneth Thompson (ed.) London; New York:

Routledge

Foucault, Michel (1995) “The means of correct training,” in Discipline and punish: the birth of the prison, New York: Vintage Books, pp. 170-194

Page 133: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

133

Giddens, Anthony (1999). Capitalism and Modern Social Theory. Cambridge:

Cambridge University Press, pp 65-94

Lukes, Steven (1986) 'Introduction', in Lukes, Steven (ed.) Power, Oxford:

Basil Blackwell, pp. 1-18

Suratman Markasan (2004). Puisi Luka dan Puisi Duka. Pustaka National

Singapura.

Page 134: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

134

MENGUNGKAP PEMAKNAAN DALAM PERLAMBANGAN ZIARAH CINTA

Nurhayati Abdul Ghafoor

“Understanding symbolism in literature relates to

thinking in a certain way; looking for meanings in

everyday objects.”

Lindy Miller

Kedinamikan sesebuah teks sastera itu, antara lainnya, melibatkan kemampuan

pengarang memanipulasikan penggunaan doktrin perlambangan dalam teks

seperti yang dipelopori oleh Charles S. Pierce120

untuk menjana kepelbagaian

makna dalam mengungkapkan mekanisme budaya dan masyarakatnya.

Konsepsi pemikiran yang didukung oleh sesebuah masyarakat membantu

dalam menghuraikan “a series of overlapping codes and discourses”121

dalam

teks dan kemudiannya cuba diasosiasikan hubungan tanda dan makna dalam

kajian teks sastera dengan memanifestasikannya dalam sesebuah budaya

masyarakat tertentu.

Bersesuaian dengan penyaluran pemikiran aliran Mikhail Bakhtin, Pavel

Medvedev dan Valentin Volosinoz122

dalam era 1920an, konsep heteroglossia

yang memperlihatkan penghuraian makna dalam pelbagai penjuru ini dapat

120 Bronwen, M., & Ringham, F. (2006). Key Terms in Semiotics. London: Continuum yang

dimuatkan dalam Mana Sikana (2007). Teori Sastera Kontemporari Edisi II. Kuala Lumpur:

Penerbit Pustaka Karya. 121 Mana Sikana (2007). Teori Sastera Kontemporari Edisi II. Kuala Lumpur: Penerbit

Pustaka Karya. Turut memuatkan teori-teori yang penting dalam analisis dan kajian sastera

kontemporari. 122 Dalam buku Carter, David. (2006). Literary Theory. Great Britain: Cox & Wyman ini

banyak diberikan prinsip-prinsip yang didukung oleh pengkritik sastera yang mapan. Buku

ini menyelongkar teori-teori penting dalam kritikan kesusasteraan yang antaranya

menekankan teori-teori sastera aliran pascamodenisme

Page 135: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

135

menghuraikan ideologi kepengarangan yang berpusat daripada sistem bahasa

dan perlambangan123

yang digunakan oleh seseorang pengarang itu.

Dengan memanifestasikan pemikiran Sigmund Freud124

yang bertunjang

kepada peranan id, ego, superego dan libido dalam diri seseorang pengarang

sealiran dengan doktrin perlambangan ini, khalayak pembaca dapat disalurkan

ke aras pemikiran pengarang yang berada dalam lingkungan sublimasi dan

ekspresi bawah sedar. Ini dapat membongkar inferensi dan signifikasi sistem

perlambangan yang digunakan oleh pengarang dalam karya. Kajian teks Ziarah

Cinta 125

(2002) hasil Mohamed Latiff Mohamed dengan berpandukan teori

123 Bennett, A., & Royle, N. (1999). Introduction to Literature, Criticism and Theory.

Britain: Prentice Hall. Penting untuk mendapatkan rujukan yang bernas mengenai peranan

sistem bahasa yang melampaui penggunaan secara verbal, malahan, Jacques Derrida dalam

bab 1 yang dimuatkan dalam buku ini menekankan perhubungan antara bahasa dan pemaknaan: “… there is no access to ‘the world’ except, in the broadest sense, through language. „Language‟ here need not be simply verbal, but may include everything that

works as a system of signs.” 124 Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939) adalah “seorang psikiater Austria

dan pendiri aliran psikoanalisis dalam psikologi. Konsep dari teori Freud yang paling

terkenal adalah tentang adanya alam bawah sadar yang mengendalikan sebagian besar

perilaku. Selain itu, dia juga memberikan pernyataan pada awalnya bahwa prilaku

manusia didasari pada hasrat seksualitas pada awalnya (eros) yang pada awalnya

dirasakan oleh manusia semenjak kecil dari ibunya” (http://id.wikipedia.org/wiki/

Sigmund_Freud) Beliau mengarang banyak buku yang berkaitan dengan keupayaan

pemikiran bawah sedar manusia seperti, On Creativity and the Unconscious: The

Psychology of Art, Literature, Love, and Religion , Publisher: Harper Perennial Modern

Thought, 2009. 125 Mohamed Latiff Mohamed (2002). Ziarah Cinta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Karya mengisahkan perihal seorang lelaki yang kematian isteri yang amat

dicintainya yang kemudiannya mengalami pergolakan emosi dan psikologi yang diselang-

selikan dengan bebanan keprihatinan beliau terhadap isu-isu masyarakat seperti ketaksuban

masyarakat mengikut telunjuk kuasa tanpa usaha untuk mengamalkan daya pemikiran kritis

dalam menyelongkar kesahihan cara pihak berkuasa menangani isu-isu tertentu yang

disogokkan kepada masyarakat secara preskriptif. Isu-isu sosial dewasa ini seperti polemik

pemindahan organ manusia dan kesan akibat penceraian adalah antara isu-isu berat yang

diketengahkan. Situasi sublimasi dan bawah sedar pengarang turut membongkar

kecenderungan pengarang memikirkan nasib masyarakat yang mudah menyenangi

keberadaan diri seadanya. Tukilan berikut dapat memberikan gambaran yang nyata terhadap

perjuangan bangsa yang dilaung-laungkan oleh pengarang: “Jangan ingat-ingat sangat

Page 136: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

136

semiotik ini dapat sedikit sebanyak mempermudahkan proses pemahaman

secara menyeluruh dalam usaha untuk mengapresiasikan teks ini dengan

berkesan.

Teks Ziarah Cinta (2002) ini sarat mengandungi doktrin perlambangan

yang mengajak khalayak pembaca menjelajahi timbunan kenangan yang

dilalui oleh watak utamanya akibat daripada kesan psikologi yang terjadi

disebabkan oleh kematian isterinya secara mendadak. Karya ini banyak

mencerminkan kedinamikan pengarang menulis-ulang beberapa bentuk

perlambangan yang, jika diteliti, merepresentasikan intuisi pengarang yang

cenderung mengapungkan pemikiran dan ideologi bawah sedarnya bagi

merombak minda dan arus pemikiran khalayak pembaca untuk dianjakkan ke

tingkatan yang lebih tinggi. Isu-isu kemasyarakatan yang menjadi esen

penulisan ini dibiarkan berligar menerusi doktrin perlambangan dalam teks

yang mampu menyelitkan aspek-aspek sosial seperti politik, moral dan sosial

yang mendasari penulisan karya tersebut.

Mohamed Latiff Mohamed telah membentangkan hal-hal yang

bersangkutan dengan masyarakat yang dicerminkan lewat daripada karyanya

sebagai golongan yang mudah dimanipulasikan oleh pihak berkuasa. Mereka

dikatakan menerima penyebaran ideologi secara preskriptif tanpa memeriksa-

uji kebutuhan dan kerelevanannya dalam konteks masyarakat dengan

menggayakan daya pemikiran kritis126

. Pengarang justeru menciptakan slogan

pemberontakan bagi menghalalkan perjuangannya menentang isu-isu sosial

dewasa ini. Perhatikan tukilan di bawah ini yang menggambarkan ideologi

pemikiran yang cuba disampaikan lewat karya ini.

“Dia merasakan bahawa kehancuran dan kemunduran dan

penjajahan manusia adalah disebabkan oleh sikap bacul untuk

melakukan pemberontakan.” (hal. 53)

tentang bangsa. Mereka semua sudah menerima cara hidup begini. Mereka kata abang tidak

pragmatik. Abang hidup dalam bayangan silam 126 Azhar Ibrahim Alwee (2009) menulis kertas kerja yang berjudul: Tradisi Kritis dalam

Pemikiran Keagamaan dan Keintelektualan Muslim yang dimuatkan dalam Tafkir, Jurnal

Pemikiran Kritis Keagamaan dan Transformasi Sosial. Singapura: LeftWrite Centre.

Page 137: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

137

Isu-isu mengenai pemindahan organ, kepimpinan yang memberatkan

“wang, bintang dan gelaran” (2002: 53) dan fatwa yang mengharuskan

euthanasia, “fatwa sudah dikeluarkan bahawa orang Islam boleh mencabut

mesin penyambung nyawa ini kalau sudah tidak ada harapan lagi untuk

sembuh” (2002: 91) diselongkar dengan mendalam untuk menggarap

inteprestasi pemaknaan berdasarkan lambang-lambang seperti wang, bintang,

gelaran dan mesin penyambung nyawa. Ini juga dapat diperlihatkan menerusi

contoh “zombi” yang tertera di bawah ini:

“Kadang-kadang dia terfikir pula bahawa hidup rakyat di

daerahnya tidak ubah seperti zombi-zombi yang dihidupkan

semula, tidak punya kebebasan, tidak punya keinginan, tidak

punya tujuan, tidak punya apa-apa tetapi hanya digerakkan oleh

sesiapa sahaja yang punya kuasa.” (hal. 93)

“Dia merasakan manusia adalah para zombi yang tidak punya

kemampuan menentukan destinasi hidupnya.” (hal. 53)

Jika diselongkar pemaknaan yang cuba ditonjolkan lewat daripada

tukilan di atas, citra ataupun imej yang diterapkan dengan menggunakan

simbol “zombi” ini bertujuan memberikan gambaran masyarakat yang hanya

menerima sesuatu ketentuan tanpa berusaha memperbaiki kondisi sosial

masyarakatnya pada adanya.

Pengarang turut meraikan pemberontakan terhadap kerakusan merampas

hak dan kebebasan individu pihak pemerintah dengan mengepalai tunjuk

perasaan yang dianggap sebagai satu lambang mendemonstrasikan

ketidaksetujuan bagi pengambilan organ-organ penting daripada tubuh orang

yang baru mati.

“Dia cuba bayangkan betapa sakitnya tubuh isterinya dibedah

begitu rupa. Tanpa izin isterinya, seluruh tubuh isterinya

dirobek-robek. Disiat-siat begitu.” (hal. 20)

Page 138: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

138

Seperkara lagi, berdasarkan pengelitian Ferdinand d‟Saussure yang

terdapat dalam buku yang dihasilkan oleh Holderoft, D (1991)127

, fikiran

manusia seringkali bergerak dalam bentuk binary opposition128

yang dapat

mencernakan tingkatan kompleksiti yang tinggi dengan penggunaan simbol

ataupun lambang dalam wacana bahasa untuk membentuk makna yang bererti.

Dalam menganalisis wacana bahasa kesusasteraan Mohamed Latiff

Mohamed ini, terdapat pengungkapan kontradiksi perlakuan alamiah dengan

absurdisme yang digunakan untuk memantapkan ideologi yang cuba

diketengahkan. Perhatikan tukilan di bawah:

“memakai baju di bahagian bawah tubuh dan seluar di bahagian atas tubuh.” (hal. 83)

Kesedaran yang cuba dibangkitkan melalui perlakuan watak utama ini

dapat dikaitkan dengan penyongsangan daripada ketetapan kontruk sosial dan

kerasionalan pemikiran khalayak pembaca dengan menterbalikkan norma-

norma yang dipraktikkan oleh masyarakat. Ini ditegaskan lagi dalam tukilan

berikut:

“membuang air kecil melalui telinga; dan membuang air besar

melalui dada.” (hal. 84)

Lambang-lambang lainnya yang berligar di sekitar teks seperti adalah

sehelai selendang yang diberi unsur pengulangan dalam teks. Di muka surat 14,

“sehelai selendang kepunyaan isterinya kelihatan di atas jalan raya”, sementara

itu di muka surat 15 turut diulangkan kenyataan berikut, “dia terlihat selendang

isterinya ronyok di jalan raya”. Di muka surat 19, lambang selendang itu

digunakan lagi untuk membuat referensi kepada hubungan makna seperti

berikut, “… kain tudung isterinya yang terperonyok di tepi jalan itu bermain-

main di ruang matanya.” Lambang ini membawa interpretasi yang khusus

127 Konsep “binary opposition” ini banyak diketengahkan apabila membincangkan teori

semiotik atau perlambangan. Penjelasan mengenai konsep ini didapati daripada buku

Holdercroft, D., (1991). Saussure: Signs, Systems and Arbitrariness. Cambridge:

Cambridge University Press 128 Holdercroft, D., (1991). Saussure: Signs, Systems and Arbitrariness. Cambridge:

Cambridge University Press

Page 139: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

139

untuk difahami oleh khalayak pembaca kerana mempunyai kaitan dengan

pengetahuan luar konteks teks.

Selendang digunakan untuk menggambarkan keadaan sesuatu yang

tidak berdaya, di dalam konteks ini, antara lain, merujuk kepada ketidakpunya-

kuasaan isterinya dalam melawan terjadinya pengakhiran kewujudan yang

dilambangkan dengan kematian. Selain daripada itu, bunga-bunga yang gugur

bertaburan di pusara isterinya juga dijadikan lambang untuk menunjukkan

sikap putus asa terhadap sesuatu ketentuan iaitu kematian daripada pihak

suami yang tidak menerima ketentuan takdir.

Secara keseluruhannya, karya Ziarah Cinta ini jelas menampakkan

kecenderungan dan kegigihan pengarang memartabatkan khazanah seni sastera

dalam masyarakat menerusi sistem perlambangan untuk membawa khalayak

pembaca menembusi batasan ruang pemikiran yang dikonstruksikan. Namun

begitu, karya-karya yang ditulis oleh pengarang mapan ini seperti Batas Langit

(1996) dan Danau Sukma Sajak-Sajak Pilihan 1983-1987, antara lainnya,

seringkali menonjolkan rasa kurang senang para pengkritik sastera terhadap

cara Muhamed Latiff Mohamed menyorotkan latar dan suasana yang

seringkali dibelenggui oleh rasa putus asa dalam mengharungi kehidupan.

Jika diteliti kritikan penulis-penulis tempatan seperti Peter Augustine

Goh dan Isa Kamari129

yang terdapat dalam Citra Minda, antologi esei penulis

tempatan, Mohamed Latiff Mohamed seringkali didakwa “menimbulkan

kebimbangan dan kerunsingan” dan karya-karya beliau hanya terapung dalam

permukaan “arus pergelutan jiwa Latiff yang agak suram dan memilukan”

semata-mata.

Citra penulisan Mohamed Latiff Mohamed banyak digerakkan menerusi

keintiman pengalamannya dengan keadaan alam yang dapat dimanfaatkan

129 Esei kritikan bagi karya Mohamed Latiff Mohamed dimuatkan dalam Citra Minda:

Antologi Esei, Siri Karya Persuratan Singapura Jilid 2 yang diterbitkan oleh Majlis Bahasa

Melayu Singapura pada tahun 2003 di mana siding editor bagi buku ini termasuk Hadijah

Rahmat, Dewani Abbas dan Azhar Ibrahim Alwee. Kedua-dua penulis tempatan ini banyak

mempersoalkan kepengarangan Mohamed Latiff Mohamed yang dianggap longgar dalam

aspek-aspek penulisan seperti penggunaan bahasa yang kurang sesuai dalam Batas Langit

dan mempamerkan gelora jiwa yang berentetan dalam Danau Sukma.

Page 140: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

140

dalam penulisan yang penuh kesenian. Beliau dapat menghidupkan situasi

yang memungkinkan khalayak pembaca menghubung-kaitkan sistem

perlambangan dalam teks sastera dengan konsepsi dan konvensi masyarakat

tertentu yang berada di dimensi realiti luar teks. Peter Augustine Goh dalam

kumpulan esei yang sama, telah mempersoalkan keupayaan penulis dalam

menggayakan pengolahan cerita dalam bermutu. Menurut beliau, antara “yang

paling ketara kekurangnya ialah beliau tidak menghindarkan perulangan yang

membazir dan mendatar sifatnya” yang menyebabkan cara penulisan yang

dikuasai oleh daya psikologi yang tinggi ini dangkal dan hanya dapat

mengapungkan gejolok jiwa pengarang yang pada hakikatnya, “tidak mem-

bawa apa-apa gagasan atau idea padat yang hendak dipaparkan.”

Namun begitu, walaupun karya Ziarah Cinta masih mengekalkan citra

kepengarangan yang serupa seperti karya-karya sebelumnya, penggunaan

doktrin perlambangan yang rapat dengan kekuasaaan alam dapat

meningkatkan mutu penulisan ini dalam sfera yang memungkinkan peng-

hayatannya melampaui permukaan karya yang seringkali didominasikan oleh

gejolok perasaan menguasai diri pengarang dalam proses penciptaannya.

Tidak dapat tidak, karya ini mampu dipertahankan dengan adanya

inisiatif pengarang untuk memartabatkan bangsa dengan membawa

peningkatan kesedaran agar setiap lambang dalam kehidupan diolah signifikasi

dan inferensinya supaya dapat disungguhkan satu perjuangan terhadap bangsa

dan bahasa. Tidak berlaku adil seseorang pengkritik itu tanpa melihat karya ini

melepasi tanggapan negatif terhadapnya, Gabriel Garcia Marquez130

mengiktirafkan karya yang membawa masyarakat yang terumbang-ambing

keadaannya untuk menyedari “inti perjuangan manusia itu digerakkan

nuraninya yang enggan terus dibiuskan kesekitarannya.” Inilah yang dapat

disimpulkan mengenai kepengarangan Mohamed Latiff Mohamed.

130 Gabriel Garcia Marquez merupakan seorang penulis Latin Amerika yang menulis novel-

novel seperti One Hundred Years of Solitude, Chronicles of a Death Foretold, Love in the

Time of Cholera dan lain-lain yang ditukil oleh Rasiah Halil dalam eseinya yang berjudul,

“Nurani Insan dan Sang Seniman” yang dimuatkan dalam antologi esei, Citra Minda

(Anugerah Persuratan Singapura 1993-2001, Jilid 2)

Page 141: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

141

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Azhar Ibrahim Alwee (2009). Tradisi Kritis dalam Pemikiran Keagamaan dan

Keintelektualan Muslim. Tafkir, Jurnal Pemikiran Kritis Keagamaan dan

Transformasi Sosial. Singapura: LeftWrite Centre.

Bennett, A., & Royle, N. (1999). Introduction to Literature, Criticism and

Theory. Britain: Prentice Hall.

Carter, David. (2006). Literary Theory. Great Britain: Cox & Wyman

Holdercroft, D., (1991). Saussure: Signs, Systems and Arbitrariness. Cambridge: Cambridge University Press

Mana Sikana (2007). Teori Sastera Kontemporari Edisi II. Kuala Lumpur:

Penerbit Pustaka Karya.

Mohamed Latiff Mohamed (2002). Ziarah Cinta. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 142: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

142

MENJEJAK KOLONIALISME & JATI DIRI MELAYU SINGAPURA DALAM SEMANGAT OMBAK MELANDA PANTAI

Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

Pengenalan

Sejarah sesebuah negara amat berkait rapat dengan jati diri bangsa-bangsa

rakyatnya. Misalnya, masyarakat Melayu telah lahir dan terus hidup bersama

pulau Singapura sehingga menjadi sebuah bandar raya global yang disegani

dunia. Sepanjang sama-sama membentuk perkembangan Singapura untuk

menjadi sebuah negara berprestij, masyarakat Melayu Singapura telah belajar

hidup dalam sebuah negara yang majoritinya adalah kaum Cina yang sudah

diketahui memiliki naluri penakatan yang luar biasa. Pencapuran dengan

kaum-kaum lain telah menyedarkan minda Melayu untuk bangkit dan

membina harga diri. Lantaran itu, taraf hidup purata masyarakat Melayu di

Singapura paling tinggi dalam rumpun Melayu termasuk

Malaysia.131

Hakikatnya, jati diri masyarakat Melayu sedikit sebanyak ter-

pengaruh dengan perkembangan sejarah Singapura. Teori pascakolonialisme

dapat menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana keadaan pada satu-satu

zaman boleh mempengaruhi jati diri dan cara berfikir sesuatu bangsa itu.

Teori Pascakolonialime

Teori pascakolonialisme atau teori sastera pascakolonial merupakan teori

yang diaplikasikan kepada karya sastera di negara-negara pasca merdeka yang

pernah melalui era kolonial. Persoalan yang dipaparkan bermula daripada saat

pertembungan mereka, bangsa yang dijajah dengan penjajah hingga

membawa kepada kekacauan budaya di dalam kehidupan bangsa tersebut.

Dalam erti kata lain, teori ini bertujuan untuk melihat kesan eurosentrik

terhadap kehidupan yang merangkumi pegangan, ideologi, pemikiran dan

budaya rakyat negara-negara yang kini sudah merdeka daripada penjajahan

penjajah.132

Karya-karya daripada kesusasteraan pascakolonial dapat dikenal

131 Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2002). Melayu Singapura dalam

Kritikan. Asas „50: Singapura. 132 Mana Sikana, 2005, Teori Sastera Kotemporari, Selangor: Pustaka Nasional

Page 143: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

143

pasti menggunakan empat model yang dikemukakan oleh Aschroff, Griffiths

dan Tiffin (1982:2) iaitu model yang berasaskan kepada kesusasteraan

kebangsaan dan kesusasteraan serantau, model yang diasaskan kepada bangsa,

model yang berunsurkan hybridity dan syncreticity serta model yang

berasaskan kepada ketegangan di antara kolonial dengan yang dijajah. Cerpen

Semangat Ombak Melanda Pantai oleh Masuri S.N., merupakan antara karya-

karya yang berjaya menerapkan model-model teori pascakolonialisme dengan

begitu berkesan.

Semangat Ombak Melanda Pantai

Cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai karya Masuri S.N mengisahkan

tentang seorang pemuda bernama Rustam yang hidupnya melarat kerana

mementingkan keseronokan dan hiburan ketika hidup di kota besar. Antara

punca yang menyebabkan Rustam terpaksa melalui kehidupan dengan penuh

penderitaan ialah pengaruh rakan-rakannya yang terbawa-bawa dengan

budaya songsang pihak Barat dan bekalan ilmu yang tipis. Sebelum itu,

Rustam bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kerajaan. Nafsu muda dan

pengaruh rakan-rakan setugas mendorong Rustam untuk melakukan perkara-

perkara yang tidak menguntungkan seperti mengunjungi kelab-kelab kabaret

dan menonton wayang gambar. Dia sehingga lupa akan keluarganya di

kampung yang sering menghantar surat memesan kepadanya supaya jangan

terlalu boros. Namun demikian, Rustam hanya sedar bahawasanya

tindakannya mengikutkan nafsu mudanya hanya membawa kepada padah

apabila dia disahkan oleh doktor menghidapi penyakit AIDS. Tempat dia

bekerja telah memberhentikannya kerja semenjak medapati dia menghidapi

penyakit kotor itu. Kini, Rustam insaf dan mahu membuka lembaran baru

dalam kehidupannya.

Model Pertama

Model pertama teori pascakolonialisme yang berasaskan kepada

kesusasteraan kebangsaan dan kesusasteraan serantau memberikan perhatian

kepada sifat-sifat tertentu yang menonjol di dalam sesuatu budaya nasional

ataupun serantau. Kesusasteraan kebangsaan memaparkan tentang kesedaran

Page 144: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

144

realiti yang dihadapi oleh masyarakat yang dijajah. Realiti mereka adalah

realiti untuk membebaskan diri dari cengkaman penjajah secara langsung atau

tidak langsung.133

Rakyat yang dijajah mahukan kebebasan hidup kerana mereka sudah

tidak tahan dengan eurocentrism pihak British. Konsep eurocentrism

membawa makna kebudayaan Eropah harus dipandang tinggi manakala

budaya–budaya lain dianggap negatif dan berlawanan dengan milik mereka

(Mana Sikana, 2005:453). Dunia Barat sering menghina dan memperlekehkan

dunia Timur. Persepsi negatif dan tidak objektif terhadap Timur ini diteruskan

memalui rantaian hagemonial dan penguasaan imej hanya Barat membawa

nilai ketamadunan dan kemajuan dalam segala aspek kehidupan.

Dalam cerpen Semangat Ombak Melawan Pantai, model pertama ini

digambarkan menerusi watak utamanya, Rustam yang tidak mahu hidupnya

dikongkong oleh sesiapa. Dia mahu hidup bebas daripada seksaan penjajah

dan berjoli sesuka hatinya tanpa perlu memikirkan tentang curfew atau berapa

banyak daripada gaji bulanan mereka akan diambil oleh British. Nukilan di

bawah menjelaskan:

“Di pejabat inilah Rustam bekerja menjadi seorang kerani.

Waktu itu gajinya besar, pakaian selalu keras, kocek selalu berisi.

Kerjanya – ah tidak susuh. Sehari-hari hanya mengadap meja

tulis. Sekejab merokok, sekejab minum kopi. Akhirnya dah pun

petang. Itulah kerjanya setiap hari. Cukup bulan terima gaji – joli

sana sini sebagai penutupnya.” (Masuri S.N., 2002:9)

Model Kedua

Model kedua pula berasaskan kepada bangsa iaitu karya-karya yang terdiri

daripada pelbagai kesusasteraan kebangsaan daripada bangsa tertentu yang

memperlihatkan ciri yang sama. Unsur bangsa juga menjadi ciri penting

dalam pengklasifikasian karya-karya sastera di dalam kesusasteraan pasca-

kolonial.

133 ibid, m.s 462

Page 145: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

145

Semasa zaman kolonial British di Singapura, masyarakat Melayu

dilayan dengan baik berbanding dengan bangsa Cina dan India. Antara

sebabnya ialah kerana masyarakat Melayu merupakan penduduk pribumi di

Singapura. Kuasa Barat memerlukan hubungan baik dengan penduduk-

penduduk pribumi supaya mereka dapat mencapai „3G‟ mereka iaitu agama,

menyebarkan ajaran Gospel, ekonomi, Gold, dan kemegahan, Glory, serta

memusnahkan kuasa Islam.134

Tindakan pihak British memusnahkan kuasa

Islam merupakan antara matlamat yang berjaya dikecapi di Singapura. Ramai

masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam mula menunjukkan

penyelewengan dalam beragama dan perkara ini masih terus belaku pada

dewasa ini.

Dalam cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai, Rustam dan rakan-

rakannya didapati sering dikaitkan dengan kelakuan-kelakuan yang

bertentangan atau salah di sisi Islam. Misalnya, mereka memeluk pinggang

gadis-gadis kabaret yang bukan muhrim mereka, meminum minuman keras

dan mengamalkan sikap boros dalam kehidupan. Islam mengharamkan

pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim serta

meminum arak kerana takut akan terbawa kepada perkara-perkara yang tidak

diingini seperti maksiat dan kemalangan. Islam juga tidak menggalakkan

umatnya berbelanja berlebih-lebihan. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya

agar bersederhana dalam menjalani kehidupan. Rustam dan kawan-kawannya

telah terbawa-bawa dengan amalan dan budaya Barat sehingga mereka lupa

untuk membezakan akan halal haram ajaran Islam. Nukilan-nukilan berikut

menjelaskan:

“Sambil dia memandang berpasang-pasang muda remaja

berpeluk-peluk, diayun oleh suara muzik yang merdu. Kawan-

kawannya mengejek-ejek dia kerana tidak mahu. Untuk menutup

malunya, dia berdalih mengatakan badannya letih.” (Masuri S.N.,

2005:11)

“Pukul satu malam dengan terhuyung-hayang kerana mabuk

minum minuman keras, Rustam dihantar pulang ke rumahnya

134 ibid m.s 448

Page 146: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

146

oleh teman-temannya yang sehaluan dan setujuaan.” (Masuri

S.N., 2005: 11-12)

“Berbulan-bulan dia menjalani suaratan hidup yang senang dan

mewah itu. Habis bulan habis gaji, tetapi dia tetap gembira dan

jalan terus. (Masuri S.N., 2005:12)

Model Ketiga

Seterusnya, model ketiga yang berunsurkan hybridity dan syncreticity

berpegang kepada pandangan bahawa negara-negara yang pernah dijajah

tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur yang hadir sama dengan

penjajahan itu. Dalam erti kata lain, model ketiga teori pascakolonialime ini

merupakan kacukan dan bancuhan daripada pelbagai unsur-unsur tempatan

dengan unsur-unsur luar, yang datang besama-sama dengan proses penjajahan

sehingga menghasilkan satu produk baru yang mempunyai sifat tersendiri135

.

Pihak British terkenal dengan sikap mereka yang rajin bekerja, tegas

dan tidak mudah berputus asa. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi

memastikan hasrat atau matlamat mereka tercapai. Misalnya, semasa

penjajahan British di Singapura, pihak British telah memaksa penulis-penulis

tempatan untuk menulis dalam bahasa Inggeris dan isi kandungannya mestilah

bersifat pro-kolonial. Ini bertujuan untuk menekankan kepada rakyat negara

yang dijajah bahawasanya tidak ada kuasa yang sempurna kecuali kuasa Barat.

Singapura pula sebagai sebuah pulau nelayan yang tidak mempunyai sebarang

bahan-bahan alam semula jadi harus bergantung kepada tenaga manusianya.

Namun demikian, rakyat Singapura mudah terpengaruh dengan gejala

sekeliling dan minat kepada hiburan yang melalaikan. Oleh yang demikian,

kerajaan Singapura telah menggabungkan cara penjajah mentadbirkan negara

yang mereka jajah dengan sikap penduduk tempatan untuk menghasilkan satu

sistem baharu iaitu meritokrasi. Meritokrasi ialah sistem sosial yang

menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan

kerana keturunan atau kekayaan.

135 ibid m.s 462

Page 147: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

147

Dalam cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai, watak Rustam tidak

memandang serius terhadap pekerjaannya apabila dia sudah asyik dengan

keseronokan dan hiburan di kelab-kelab kabaret. Akibatnya, prestasi

pekerjaannya menurun dan pihak syarikat terpaksa memberhentikannya

kerana sistem meritokrasi yang diamalkan mengajak kepada keadilan yakni

yang baik dinaikan pangkat manakala yang tidak baik akan diturunkan

pangkatnya atau dibuang kerja terus. Nukilan di bawah membuktikan:

“Dia menerima sepucuk surat daripada pejabatnya, surat yang

meremukkan hati dan mematahkan semangatnya. Dia diberi

notis berhenti kerja dengan alasan dalam pekerjaannya dia

didapati selalu cuai dan juga kerana dia menghidap penyakit

kotor.” (Masuri S.N., 2002:15)

Model Keempat

Akhir sekali, model keempat yang berasaskan kepada ketegangan di antara

kolonial dengan yang dijajah. Model ini lebih memberi penekanan kepada

ketegangan yang berlaku antara penjajah dan yang dijajah di dalam

lingkungan politik, ekonomi dan sosial.136

Kuasa barat amat mementingkan soal ekonomi dan ini terbukti apabila

Barat berjaya mewujudkan rangkaian kuasa yang kuat di seluruh dunia.

Mereka mengaut hasil peribumi secara langsung semasa menjajah.137

Ini

menimbulkan kemarahan rakyat negara yang dijajah kerana tindakan tersebut

adalah tidak adil seperti pepatah Melayu iaitu lembu punya susu sapi punya

nama. Itulah sebabnya ramai rakyat negara yang dijajah mahukan kebebasan

daripada penjajahan.

Dalam cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai, watak Rustam

mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota bagi mencari mata pencarian

yang lebih lumayan supaya dapat mengubah nasib keluarganya yang susah.

Dia mahu keluarganya hidup senang atas hasil titik peluhnya sendiri dan

bukannya mengharap belas ihsan orang lain. Baginya itu jalan paling adil

136 ibid m.s 467 137 ibid m.s 449

Page 148: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

148

tetapi malangnya, dia mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakannya yang

gemarkan hiburan.

Kesimpulan

Jati diri masyarakat Melayu Singapura sedikit sebanyak telah terpengaruh

dengan kesan penjajahan. Ini jelas dapat dilihat dengan mengaplikasikan teori

pascakolonialisme kepada cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai oleh

Masuri S.N. Lantaran itu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz di dalam bukunya, Melayu Singapura dalam Kritikan (2007:79) menyatakan bahawasanya taraf hidup

purata masyarakat Melayu di Singapura paling tinggi dalam rumpun Melayu

termasuk Malaysia. Ini berlaku kerana masyarakat Melayu Singapura

mempunyai jati diri dan pemikiran yang berbeza dengan rumpun Melayu

yang lain.

______________________________________________________________

RUJUKAN

Mana Sikana, 2005, Teori Sastera Kontemporari, Selangor: Pustaka Nasional

Aschroft, Bill, Gareth Griffiths dan Helen Triffin, 1989, The Empire Writes back: Theory and Practical in Post-Colonial Literature, London:

Rouledge.

Masuri S.N., 2002, Di Luar Dugaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 149: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

149

KRITIKAN SEBAGAI DIAGNOSIS DALAM DIARI HITAM

Norazian Mohamed Yahya

Katarsis atau catharsis, merupakan konsep falsafah yang dipelopori oleh

pemikir Yunani klasik, Aristotle. Konsep falsafah ini kemudian diadaptasikan

kepada bidang sastera melalui drama tragedi Aristotle yang diperkatakan

dalam buku The Poetics. Berdasarkan ini, katarsis akhirnya didefinisikan

sebagai “...effects [of] a purgation of such emotion... [resulting in] a

therapeutic effect”138

. Justeru, definisi katarsis ini tatkala digunakan dalam

bidang kesusasteraan, lebih menitikberatkan kesan purgation (pembersihan

dan pembebasan) dan therapeutic (pemulihan). Kesinambungannya, katarsis di

sini dijadikan sebagai di antara fungsi yang bertugas dan produk akhir yang

membangun dalam pembacaan dan penulisan sastera, khususnya dalam esei ini,

bagi golongan remaja.

Esei ini akan meneroka beberapa konsep katarsis ini dalam buku Diari Hitam

139, dengan menggunakan dasar-dasar teori psikoanalisis. Konsep

katarsis dalam buku Diari Hitam ini membentuk ruang lingkup yang boleh

dinilai daripada aspek-aspek: 1) sastera sebagai alat pembersihan jiwa, 2) alat

pembebasan jiwa dan 3) alat sebagai pemulihan jiwa. Ini akan dijalankan

dengan melihat aspek-aspek isu, mesej dan pengajaran yang ketara dalam

cerpen-cerpen remaja. Perbincangan yang mendalam juga akan mengaitkan

isu-isu dengan konsep-konsep psikologi. Zaman keremajaan yang

diperingkatkan dalam lingkungan 12 hingga 20 tahun merupakan tahap

perkembangan di mana perubahan fizikal, intelek dan emosi berlaku dalam diri

remaja itu. Dalam peringkat ini juga pelbagai cabaran, tekanan dan konflik

akan dialami oleh remaja. Malah, menurut Robin Anderson, pada tahap

ekstrim, tekanan yang hebat ini boleh menyemai kemungkinan untuk

138 Rujuk Cuddon, J., A. (peny). (1998). Dictionary of Literary Terms & Literay Theory.

Cambridge: Penguin Books. ms. 115, yang membezakan kegunaan perkataan catharsis

dalam domain-domain yang berlainan. 139 Diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan 50 pada tahun 2009 dan diselenggarakan oleh

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz dalam projek kemasyarakatan yang

disokong oleh Asia Pacific Breweries. Petikan sketsa-sketsa yang dipilih telah ditukil dari

buku ini.

Page 150: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

150

membunuh diri di dalam psyche remaja-remaja tatkala mereka gagal untuk

menangani masalah mereka dengan berkesan.140

Oleh itu, zaman remaja merupakan zaman yang mencabar bukan hanya

daripada aspek biologi remaja, tetapi yang lebih genting lagi, aspek emosi,

psikologi dan spiritual mereka. Inilah yang biasanya berkemuncak dengan

kemelut jiwa yang menapak dan akhirnya meletup di dalam seorang remaja.

Sekiranya kemelut jiwa ini tidak ditangani dengan cekap dan berkesan,

masyarakat akan berdepan dengan pelbagai masalah pada masa hadapan.

Lantas, sastera remaja perlu memberikan arah dan bimbingan kepada remaja

untuk mencari, meneroka dan mengalami kehidupan agar dapat mencapai

katarsis ataupun penjernihan jiwa. Psikologi remaja yang penuh pancarobanya

memerlukan katarsis dari aspek pembersihan jiwa iaitu satu usaha untuk

membetulkan detik-detik hitam dalam kehidupan mereka. Fasa kedua

menuntut pembebasan jiwa remaja - bukan bebas moral, namun bebas

daripada belenggu sesetengah anggota masyarakat yang sering menghakimi

mereka. Akhirnya, psikologi remaja yang dahulu dicengkam pelbagai masalah

dapat dipulihkan melalui bacaan dan penulisan dan penghasilan karya sastera

itu sendiri.

Para remaja mudah mengidentifikasikan diri mereka dengan masalah-

masalah yang digambarkan oleh watak-watak remaja dalam sesebuah cerita.

Umpamanya, melalui sketsa Atuk dalam Diari Hitam, watak Yasmin diberi

pewarnaan yang negatif pada mulanya sebagai seorang yang degil. Sejak kecil

lagi, Yasmin telah terjerumus dalam kancah jenayah seperti mencuri dan

menghisap rokok. Namun demikian, berputiknya perubahan dan keinsafan

dalam diri Yasmin adalah apabila datuknya meninggal dunia:

Mulalah aku menyesal apabila Atukku sudah tiada lagi... Aku

berjanji kepada diriku untuk berubah... Aku berjanji akan

menepati janji-janjiku kepada arwah Atuk. (hal.37)

140 Rujuk esei Robin Anderson berjudul “A Psychoanalytical Approach to Suicide in

Adolescents” dalam Briggs, S et al. (2008). Relating to Self Harm and Suicide. New York:

Routledge yang menggariskan fasa-fasa dan tanda-tanda bernatijahkan remaja yang cuba

membunuh diri.

Page 151: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

151

Terdapat inisiatif yang kental dalam diri Yasmin untuk berubah dan

menjadi seorang insan yang lebih mulia. Dalam rangka psikoanalisis, peristiwa

ini serupa dengan istilah a return to self atau “pengembalian kepada diri

sendiri”, iaitu “impetus untuk dirinya memiliki harga diri yang utuh, baik

kerana untuk dirinya mahupun atas pengorbanan seorang saudara yang

akrab”141

.

Dengan menggunakan sastera sebagai wadah pembersihan jiwa, remaja

dapat diberikan kepercayaan untuk melupakan sejarah silam yang gelap dan

malap. Sebaliknya, dengan adanya karya sastera remaja yang bermutu seperti

sketsa Atuk, remaja diperkasakan untuk mengembalikan dirinya kepada dirinya

untuk bergerak ke hadapan dan melangkah ke masa muka dengan keyakinan

yang lebih kukuh. Justeru, ia tidak menjadi satu kenyataan yang janggal untuk

menyatakan bahawa sastera remaja yang bermutu, sebenarnya, jika ditelaah

oleh para pembaca remaja, dapat mematangkan dan mendewasakan golongan

remaja.

Merujuk kepada sketsa Beban Fitnah pula, watak utamanya Julie,

menjadi sasaran cemuhan dan fitnah atas perkara-perkara yang tidak dia

lakukan. Malah beban yang memenjara Julie tidak membenarkan watak itu

untuk mempunyai pilihan. Sebagaimana yang difikirkan Julie:

Setelah aku disoal, aku fikir bahawa semuanya telah berakhir

dan aku tidak akan dituduh lagi. Tetapi aku silap. Tidakku

sangka bahawa satu demi satu fitnah menimpa diriku ini.

Macam-macam fitnah menimpaku – aku keluar bersama

lelakilah, merokoklah. Dan macam-macam lagi. Aku cuba

bersabar dan memekakkan telingaku tetapi tidak berhasil. Aku

akhirnya terjerumus dengan fitnah-fitnah itu. (hal.50)

Keadaan yang dialami Julie ini selaras dengan fenomena psikologi yang

diistilahkan sebagai Prisoner‟s Dilemma atau “dilema banduan”. Istilah ini

terbit dalam kaedah interogasi yang memaksa banduan atau dalam konteks ini

remaja, untuk mengakui kesilapan walaupun mereka tidak bersalah. Akhirnya

141 Rujuk Sidi Gazalba. (1974). Sistematika Filsafat. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad

yang menyuntikkan ilmu falsafah ke dalam rangka psikologi.

Page 152: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

152

dengan mengakui kesilapan itu, banduan atau remaja juga tetap menerima

hukuman tetapi yang lebih ringan atau a reduced sentence.142

Sabit kesalahan

walaupun tidak bersalah; adakah itu penghakiman masyarakat atas para remaja

kita?

Kebebasan emosi ini akan mendatangkan kesan positif untuk

membangunkan pembacanya daripada cengkaman frustrasi dan kemurungan.

Ini merupakan pembebasan jiwa daripada penjara moralistik yang dipasungkan

oleh orang-orang lain ke atas diri mereka. Mentaliti masyarakat, khususnya

golongan dewasa, dalam melekatkan semacam templat perlakuan setiap remaja

telahpun menstereotaipkan golongan remaja untuk behave a certain way.

Namun demikian, dengan sastera yang dijadikan wadah membebaskan jiwa

daripada penjara ini, para remaja dapat menemu diri, menemu identiti yang

selama ini dicari di tempat dan individu yang salah. Dalam bidang psikologi,

identiti yang diidamkan remaja ini perlu kukuh atau “an all or nothing, either

they possess an identity to begin with, or nothing at all”143

.

Pemulihan jiwa juga merupakan fungsi penting yang boleh dikecapi

oleh pembaca remaja selepas melalui penulisan dan pembacaan sastera. Dalam

hubungan trifekta dan dalam pendekatan triangular yang diterapkan dalam

esei ini, pemulihan jiwa remaja yang dikecapi melalui wadah sastera

merupakan kemuncak kepada kejayaan remaja untuk menjadikan sastera

sebagai wadah yang berfungsi. Fungsi sastera di sini bererti sastera dapat

digunakan untuk “menyembuh jiwa manusia yang sakit agar manusia kembali

utuh”.144

Dalam rangka psikologi, penyakit-penyakit ini dapat dilihat sebagai

sebab yang akhir untuk menolak pesakitnya (remaja) ke arah mengakhirkan

nyawanya sendiri.

Hal ini terpancar dalam sketsa Bukan Maksudku di mana watak remaja

bernama Nani mengalami psychosis atau psikosis iaitu penyakit mental yang

mengakibatkannya untuk melakukan keganasan (violence) ke atas dirinya

142 Rujuk Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge. 143 Rujuk Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge 144 Rujuk Putu Wijaya. (1997). Sang Teroris Mental. Jakarta: Yayasan Obor. ms. 209. Putu

Wijaya merupakan penulis Indonesia yang mempunyai kredo “teror mental” sebagai

semboyan perjuangan penulisan sasteranya.

Page 153: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

153

sendiri. Ini dapat dilihat di mana Nani pernah cuba untuk membunuh diri

dengan mengugut untuk terjun dan memutilasi dirinya:

Aman terperanjat melihat darah memenuhi lantai dan Nani yang

terduduk di tepi almari memegang pisau sambil menangis.

(hal.44)

Watak Nani merupakan kes remaja yang menampilkan somatisation145

iaitu manifestasi keganasan secara fizikal yang berpunca daripada tekanan

mental. Melalui cerpen ini, Nani menjadi watak yang memanifestasikan ciri-

ciri mencederakan diri demi meluahkan dan melegakan tekanan yang ada

dalam dirinya. Maka, tanda-tanda kecederaan yang ada pada tubuh Nani

bukanlah sekadar kecederaan fizikal tetapi juga satu kesan kecederaan

mentalnya juga. Oleh itu, dengan membaca kisah sebegini, seorang remaja

tampak kerelevanannya dengan dunia keremajaan mereka yang penuh

cabarannya. Bukan hanya itu, jika seorang remaja itu bermasalah,

menghasilkan cerpen yang mengandungi isu serupa juga menjadi satu wadah

positif bagi pemulihan jiwa mereka.

Tukilan deretan bukti yang mendedahkan masalah-masalah remaja

Melayu Singapura melalui antologi Diari Hitam ini mungkin kelihatan

bertentangan dengan premis esei ini, yakni, untuk memperlihatkan kelebihan

karya sastera dalam memulih dan memperkasakan para pembacanya. Namun

demikian, secara tidak langsung, kecenderungan penulis untuk

mengungkapkan masalah-masalah tersebut dalam rangka psikonalisis remaja

menunjukkan bahawa sastera, digandingkan dengan aliran ilmu yang

bersesuaian, berpotensi untuk menghasilkan produk analisis yang berguna.

Betapa bermasalah remaja itu baik dari segi psikologi, emosi mahupun moral,

sastera berupaya untuk memberikan mereka pilihan untuk mengatasi

„penyakit-penyakit‟ tersebut.

Justeru, bahan bacaan sastera remaja dapat dijadikan alat untuk

membantu remaja mengenalpasti masalah mereka, bertindak secara rasional

dan akhirnya membentuk konsep identiti diri (kendiri) yang positif. Tambahan

lagi, para remaja juga dapat mengalami dan mengungkapkan pelbagai isu

145Rujuk Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge.

Page 154: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

154

dalam masyarakat seperti: kepimpinan, persahabatan, penderaan, kecurangan,

jenayah, salah guna kuasa, agama, bangsa, bahasa, dan sebagainya. Sekurang-

kurangnya, usaha untuk menugas-kan sastera untuk mendukung fungsi

tersebut sudahpun terungkap dalam antologi Diari Hitam. Kini, anggota

masyarakat, khususnya para guru bahasa dan kesusasteraan Melayu, mungkin

dapat memanfaatkan usaha tersebut agar kebajikan dan pembangunan belia

Melayu Singapura pada masa yang mendatang lebih terpandu.

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Briggs, S et al. (2008). Relating to Self Harm and Suicide. New York:

Routledge

Cuddon, J., A. (peny). (1998). Dictionary of Literary Terms & Literay Theory.

Cambridge: Penguin Books.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (peny). (2009). Diari

Hitam. Asas „50: Singapura.

Putu Wijaya. (1997). Sang Teroris Mental. Jakarta: Yayasan Obor

Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge

Sidi Gazalba. (1974). Sistematika Filsafat. Kuala Lumpur: Utusan Melayu

Berhad

Page 155: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

155

GINOKRITIK: INSTRUMEN MEMPERLIHATKAN PELENYAPAN SUBJEKTIVITI WANITA DALAM SUARA HATI

Nur Emelda Jumari

Bentuk kritikan ginokritik berfokus secara spesifik terhadap spektrum

penulisan wanita dan berobjektif untuk memperlihatkan perbezaannya dengan

penulisan lelaki dan justifikasi yang mewakilinya.146

Istilah ginokritik yang

dianjurkan Elaine Showalter melaungkan identifikasi suara wanita yang

autentik dalam penulisan wanita dan ini akan jelas diperlihatkan melalui

estetika, gaya dan genre yang dipilih, lantas mencerminkan kepedulian dan

psikologi wanita. Kritikan sedemikian berpasakkan dasar bahawa pengalaman

wanita berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman lelaki dan sekaligus,

dalam proses mengetengahkan isu-isu berkaitan konstituen sosial, teknik

penyampaiannya turut akan mengikut gelombang zaman. Ginokritik

merupakan dokumentasi dan pengaplikasian teori yang akan memperlihatkan

emansipasi wanita yang berdasarkan pengalaman, perspekif dan konstruksi

realiti menerusi lensa kritikan yang tersendiri.147

Persoalan sama ada perjuangan emansipasi wanita harus tertakluk pada

ruang privat semata-mata telah dijawab oleh cerpen “Suara Hati” oleh Noor

Hasnah Adam yang lantang melontarkan isu-isu wanita di ruang publik. 148

Ruang kesenyapan simbolik berjaya dipecahkan dan suara protagonis-

protagonis daripada sejarah Melayu klasik diberikan arena untuk bersuara

demi mempertahankan keputusan dan menjelaskan dilema yang dihadapi.

Konteks sejarah menyediakan mekanisme pembuktian dan ruang perdebatan

yang bertujuan mempertahankan dan meruntuhkan sikap pasif wanita apabila

146 Rujuk kepada Elaine Showalter, „The Feminist Criticism in the Wilderness‟ dalam

Elaine Showalter (ed.), The New Feminist Criticism: Essays on Women, Literature and

Theory (London: Virago, 1986). 147 Chris Weedon menyatakan dalam Feminist Practice and Post-Structuralist Theory

(Oxford: Blackwell, 1987), “…if women‟s experience is different from the experience of

men, it is important to understand why. Theory must be able to address women‟s experience

by showing where it comes from and how it relates to material social practices and the

power relation that structures them.” 148 Mana Sikana dan Anuar Othman (peny.), Menyeberang Selat. (Singapura: Dragon

Education Enterprise, 2003) Semua referensi mukasurat adalah dari buku ini.

Page 156: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

156

dilanda ketidakadilan. Pendekatan Citra Diri (self-image) dan Yang Lain (The

Other) membangunkan pertemuan dua dunia yang berbeza dan memancarkan

konflik dominasi lelaki dan subordinasi wanita dalam cerpen.

Aku hanya seorang wanita, seorang isteri dan hamba. (hal. 370)

Jukstaposisi leksem “wanita”, “isteri” dan “hamba” dalam sepotong ayat

merupakan perlambangan wanita sebagai maujud yang diobjektifikasikan dan

perkahwinan memangsakan dan mengorbankan. Hasil doktrinasi ideologi

sedemikian yang berkurun lamanya adalah pelenyapan unsur subjektiviti kaum

wanita. Insititusi perkahwinan dapat diperlihatkan sebagai salah satu batu asas

sistem ekonomi yang didasari oleh pemilikan dan penaklukan peribadi. Realiti

sosial perkahwinan sedemikian memperlihatkan wanita diperhambakan dan

jelas terpancar oposisi binari yang berlaku di mana entiti lelaki akan

menegaskan struktur dominasi selaku suami dan pemilik hamba. Konsep Yang

Lain (The Other) sekali lagi mencerminkan kepasrahan persona Tun Kudu di

mana martabat dirinya begitu direndahkan sehingga mampu mencerminkan

dikotomi Levi-Strauss yang menganggap bahawa kaum lelaki (sebagai

perlambangan adat, budaya dan kuasa) dan wanita (sebagai perlambangan

alam) jauh berbeza.149

Seperti yang kukatakan tadi, aku hanyalah seorang wanita.

Suaraku tidak layak dilantangkan. Keris dan mentimun di tangan

Tuanku. Apa dayaku? Menyerah! (hal. 371)

Kompleks persona Tun Kudu yang sering meluahkan kebuntuan dan

ketidakupayaannya untuk mempertahankan haknya sekadar mencerminkan

kepercayaannya terhadap weltanschauung inferior yang turut dikongsi

bersama persona-persona cerpen yang lain. Sejarah menunjukkan bahawa Tun

Ali bersetuju untuk meneruskan perananannya untuk menghindari perpecahan

dengan bersyarat. Beliau dibenarkan untuk mengahwini Tun Kudu, yang

merupakan salah seorang isteri Sultan Muzaffar Syah dan demi kestabilan

politik, Sultan rela menceraikannya. Tun Kudu juga diperkatakan telah

bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Ali dan pengorbanannya itu berhasil

kerana ia berjaya memakmurkan Melaka. Pengeksploitasian dirasakan

149 Levi-Strauss, Claude. The Raw and The Cooked. (New York: Harper & Row, 1969).

Page 157: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

157

menerusi pelbagai domain yang melibatkan ruang intelektual, emosional,

fizikal, seksual dan perlakuan.150

Kuasa untuk melawan konvensi sosial bukan

terletak di tangan wanita memandangkan struktur sosial, ekonomi, budaya dan

politik menindas kemampuan dan keinginan persona-persona wanita tersebut

untuk mengekspresikan fikiran, apatah lagi untuk bertindak.

Mengapa mesti menipu diri? Mengapa mesti memendamkan

perasaan benci, menatang suami yang layak bergelar datuk?

(hal. 370)

Secara prima facie, hierarki usia dalam isu perkahwinan antara lelaki

yang berusia dan wanita yang jauh lebih muda lazim berlaku dalam

masyarakat Melayu yang terdahulu dan jarak usia yang luas merupakan

penegasan dominasi suami ke atas isterinya. Idealisme Melayu berkaitan

perwatakan seorang isteri mithali adalah seorang wanita yang submisif, patuh

mengikuti arahan dan kehendak suami. Mekanisme untuk memastikan bahawa

isteri akan tetap mematuhi suami, walaupun suami tidak menjalankan

tanggungjawab atau menyeksa, adalah kuasa talak yang terletak di tangan

suami. Berdasarkan natijah ini, segala kekasaran suami akan dimaafkan dan

kesanggupan persona Tun Teja merupakan bentuk penindasan kaum patriakal

dan pelenyapan suara kaum wanita per se. Penceraian adalah mudah bagi

kaum lelaki yang hanya diperlukan untuk melafazkan jatuhnya talak tanpa

menyatakan sebab dan dalam konteks masyarakat Melayu terdahulu, seorang

isteri yang diceraikan akan menjadi bebanan ekonomi apabila terpaksa pulang

ke rumah orang tuanya.151

150 Dalam bukunya, Sexual Politics (London: Virago, 1977), Kate Millett menulis, “When

in any group of persons the ego is subjected to such invidious versions of itself through

social beliefs, ideology and tradition, the effect is bound to be pernicious. This couple with

the persistent though subtle denigration women encounter daily through personal contacts.

It is cause for no surprise that women develop group characteristics common to those who

suffer minority status and a marginal existence.”(ms.55). 151 Rujuk kepada Women of Southeast Asia (Michigan: Northern Illionois University Press,

1982). Van Esterik, berdasarkan kajian antropologi ke atas masyarakat desa Melayu,

menulis, “Thus, upon divorce, many women lose access to the land and are obliged to work

as hired hands until they remarry, or to rely upon their parents for support.”

Page 158: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

158

Teknik dialog retorikal yang dipraktik penulis menunjukkan kerumitan

dan kepasrahan pandangan konformis persona-persona Tun Kudu, Tun Teja,

Tun Fatimah dan Puteri Gunung Ledang. Paradoksnya mula terpacul tatkala

dialog antara watak menghadapankan seorang pembaca feminis kepada dua

kemungkinan; yang pertama, mungkinkah kata-kata persona Tun Kudu, Tun

Teja, Tun Fatimah dan Puteri Gunung Ledang ditopeng dan diputarbalikkan

oleh realiti ataupun yang kedua, ia merupakan representasi realiti yang

sebenar-benarnya? Krisis representasi sedemikian agak bermasalah kerana

jikalau berdasarkan fahaman Cavallaro (2001), kata-kata, pemikiran dan

gambaran mampu memberi kesan realiti yang sudah ada sebelumnya (pre-existing reality) yang menyesatkan.

152 Dengan itu, secara adilnya, representasi

wanita sedemikian harus difahami menerusi pemahaman bahawa emansipasi

wanita tidak dapat direpresentasikan melalui formulasi simplistik.

“Kecantikan wanita telah menjadi bahaya pada dirinya.

Menyulitkan hidup yang demikian mudah. Menyebabkan wanita

hilang perasaannya.” Tun Teja pula menyampuk. Masih

tersenyum, menyerlahkan giginya yang putih gading.” Puteri

menyangkal marah. (hal. 372)

Anatomi mampu menjadi suatu bebanan dan sumpahan ke atas seorang

wanita dan ketetapan biologikal melenyapkan kuasa seorang wanita untuk

menegakkan haknya kerana ketentuan patriakal menekankan bahawa tubuhnya

bukan miliknya. Kata-kata tajam Irigaray bahawa tubuh wanita itu merupakan

nasibnya dapat disemboyankan sebagai rintihan persona Tun Teja, yang masih

meratapi pengorbanan cintanya.153

Cintanya terhadap Hang Tuah

mendorongnya untuk meninggalkan keluarga dan secara ironisnya, cinta

tersebut pula dikorbankan apabila beliau dipaksa berkahwin dengan Sultan.

Kecantikan yang dimiliki oleh persona Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah dan

Puteri Gunung Ledang memaparkan objektifikasi kaum wanita yang

terperangkap oleh anatomi mereka sendiri lantas melenyapkan kesubjektifan.

152 Cavallaro, D. Teori Kritis dan Teori Budaya. Terjemahan Laily Rahmawati. (Yogyakarta:

Sufibooks, 2004). 153 Irigaray, dalam bukunya, This Sex Which is Not One (Cornell University Press: Ithaca,

1985), menulis dan memperbincangkan konsep “anatomy is destiny”.

Page 159: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

159

Pemangsaan dan eksploitasi kecantikan kian menjadi stereotaip persona-

persona sejarah Melayu klasik di mana dominasi patriakal dan feudal memiliki

kewenangan untuk memaksa dan menindas.

“Kau sanggup menundukkan lelaki demi matlamat dan

kemahuanmu tercapai. Dan anak gadis sekarang lebih mengikut

jejak langkahmu. Sanggup menjadi pisau cukur, mengikis harta

lelaki.” (hal. 375)

Konsep “sexually guilty female” oleh Rush dapat dikaitkan dengan

penolakan Sang Puteri ke atas nilai moral wanita dewasa ini yang

menggunakan kebijaksanaan dan kelicikan demi mendapatkan kemewahan.

Menerusi konsep tersebut, terdapat prototaip wanita yang seharusnya berasa

bersalah apabila berjaya mempergunakan atau memperalatkan kaum Adam.154

Terdapat ironi yang jelas; walaupun pernah dimangsakan, disenyapkan dan

dilenyapkan, wanita akan tetap memiliki kecenderungan untuk dibebani

perasaan bersalah jikalau berkuasa untuk menumpaskan kaum lelaki.

Konstruksi nilai patriakal menekankan bahawa mitos pemerkasaan kaum

wanita melalui penaklukan kekayaan milik kaum lelaki, harus dianggap

sesuatu yang tidak bermoral, berimplikasi buruk dan wajar dihukum.

“Aku inginkan kalian sedar dari kekeliruan. Dan setiap langkah

kalian berikutnya tidak sesumbang langkah semalam. Menyerah

bukan jawapannya. Aku inginkan agar kalian dapat menyemai

sifat pantang menyerah dalam jiwa anak gadis warisan kita.

Selama ini mereka terlalu mengagungkan kalian dengan

kecantikan dan sifat menyerah kalian yang keterlaluan. Dan

sedikit sebanyak, mereka mengikut langkah sumbang itu!” Sang

Puteri akhirnya meleraikan kekusutan dalam dadanya..

(hal. 377-378)

Tuntasnya, parameter moral patriakal bersifat deskriptif dan preskriptif,

di mana masyarakat menentukan nilai moral yang dikehendaki. Ia jelas

diperlihatkan menerusi perasaan terasing yang dirasakan oleh persona-persona

cerpen apabila diwujudkan kembali dalam persekitaran kontemporari. Lensa

154 Rush, Florence. The Best Kept Secret (N.J.: Prentice Hall, 1980)

Page 160: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

160

Lacan menggambarkan ia sebagai langkah regresif dari “Law of the Father”155

yang diletakkan ke atas wanita, membuktikan bahawa hegemoni dan ideologi

lampau masih jelas berleluasa sehingga ke saat ini. Hasil daripada pemikiran

semula mengenai tokoh-tokoh wanita ikonik dalam sejarah, cerpen ini

merupakan usaha baik untuk memperluaskan penekanan terhadap paradigma

pembebasan dan pemerkasaan kaum wanita menerusi sintesis sejarah dan

sastera.

_______________________________________________________________

RUJUKAN

Cavallaro, D. (2004). Teori Kritis dan Teori Budaya. (terj. Laily Rahmawati).

Yogyakarta: Sufibooks.

Elaine Showalter (ed.). (1986). The New Feminist Criticism: Essays on Women,

Literature and Theory. London: Virago.

Esterik, V. (1982). Women of Southeast Asia. Michigan: Northern Illionois

University Press.

Irigaray, L. (1985). This Sex Which is Not One. Ithaca: Cornell University

Press.

Levi-Strauss, C. (1969). The Raw and The Cooked. New York: Harper & Row.

Mana Sikana dan Anuar Othman (peny.) (2003). Menyeberang Selat.

Singapura: Dragon Education Enterprise.

Millett, K. (1977). Sexual Politics. London: Virago.

Rush, F. (1980). The Best Kept Secret.New.Jersey: Prentice Hall.

Weedon, C. (1987). Feminist Practice and Post-Structuralist Theory. Oxford:

Blackwell

155 Lacan menyatakan bahawa phallus merupakan penanda utama yang bukan sahaja akan

mempengaruhi aspek bahasa tetapi kesemua institusi dan aspek kehidupan dan ia dapat

dikaitkan kembali kepada krisis Oedipal.

Page 161: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

161

BIODATA PENYUMBANG

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ialah tokoh muda dan

nara sumber pengajian bahasa Melayu kontemporari di Singapura. Beliau

merupakan pengkaji pertama yang membuat penelitian rapi terhadap 2000

tahun evolusi bahasa Melayu dan bahasa Melayu di alam siber berdasarkan

pendekatan linguistik neo-Darwinisme. Beliau juga merupakan anggota

seumur hidup Golden Key National Honor Society (Amerika Syarikat) dan

penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik The International American-

Canadian Conference for Academic Discipline, Toronto, 2009. Kini, beliau

bertugas selaku pensyarah di Institut Pendidikan Nasional/Universiti

Tekonologi Nanyang (NIE/NTU) di Singapura. Beliau merupakan calon

Doktor Falsafah (Ph.D) di Fakulti Bahasa, Universiti Malaya.

Dr. Azhar Ibrahim Alwee adalah Felo Pelawat di Jabatan Pengajian Melayu,

Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafah

dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu,

khasnya dalam bidang sastera Melayu klasik, pemikiran Islam Nusantara, dan

wacana sastera and inteligensia Melayu masa kini. Sebelum berkhidmat di

NUS, beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Nasional/

Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU). Tumpuan kajian beliau adalah

sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan

pemikiran Islam, serta minat dalam hal-hal literasi kritis dan pembangunan

intelektual Melayu. Sekarang beliau melanjutkan kajian pasca-doktoralnya di

Fakulti Teologi, Universiti Kopenhagen, Denmark.

Yazid Hussein merupakan tutor dalam bidang sastera di UNISIM. Guru

bahasa dan sastera Melayu. Beliau juga penerima Pingat Emas Universiti

Malaya (2001), Anugerah Guru Teladan (2002), (2004) dan (2006), Tesis

Sarjana Cemerlang Universiti Malaya (2006) dan Anugerah Mas (2007).

Beliau merupakan calon Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Pengajian Melayu di

Universiti Malaya. Beliau pernah menyertai program penulisan MAP (2009)

dan ASAS „50-IRP (2010) di bawah asuhan Mohamed Latiff Mohamed dan

Budi Darma. Yazid Hussein adalah seorang pengkaji, peneliti dan pengkritik dalam pengajian Melayu dengan bidang pengajian sastera tradisional, teori

sastera dan sastera Melayu Singapura Pascaperpisahan.

Page 162: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

162

Nur Namira Mazlan merupakan seorang guru bahasa Melayu di Sekolah

Rendah Bukit Timah. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian)

dalam Pendidikan (Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) di

Institut Pendidikan Nasional/Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU).

Beliau bergiat aktif dalam senario persuratan Singapura selaku Ketua

Teknologi Maklumat Asas „50 dan merupakan di antara para perintis yang

membangunkan lelaman web Asas „50 di alamat http://asas50.com. Pada tahun

2005, beliau terlibat dalam penerbitan dua buku mercu tanda Asas 50 iaitu

Leksikon: Direktori Penulis Singapura Pasca 1965 dan Dari Gerhana ke

Puncak Purnama: Biografi Asas 50.

Muhammad Herwanto Johari merupakan pemenang anugerah buku

Perdana Menteri Singapura dan berpengalaman luas dalam bidang aktivisme

belia, seni bina dan kepimpinan. Beliau menerima pendidikan di Institusi

Raffles (RI) dan kemudian Maktab Rendah Raffles (RJC) di mana beliau

diberi kepercayaan untuk memimpin Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu

RI dan RJC sebagai Presiden dan Naib Presiden. Penulis kini sedang

melanjutkan pengajiannya di Institut Pendidikan Nasional, Universiti

Teknologi Nanyang selain menggalas jawatan sebagai Ketua Sayap Belia dan

Ketua Program Asas „50. Beliau juga memimpin badan pelajar NIE-NTU

sebagai Presiden Trainee Teachers‟ Club dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif

Nanyang Technological University Students‟ Union. Penglibatan beliau dalam

aktivisme belia diiktiraf pada 2010 apabila dipilih sebagai Tokoh Belia

Aktivis oleh Persatuan Budaya Melayu Program Latihan Khas NIE-NTU dan

diikuti dengan undangan untuk berkhidmat sebagai Konsultan Aktivis Sosial

bagi Team Spectacular, sebuah pertubuhan aktivis belia Singapura.

Noorhaqmal Mohamed Noor merupakan juara pertandingan Anugerah 2004

anjuran Suria Mediacorp. Selain itu, beliau turut bergiat aktif dalam bidang

seni suara sebagai penggubah lagu, penulis seni kata dan penyanyi. Pada

tahun 2004, beliau pernah mewakili Singapura di Brunei Darussalam bagi

rancangan Sukma Irama, anjuran bersama Radio Televisyen Brunei (RTB)

dan Suria Mediacorp. Beliau telah mendapat didikan awal dalam bidang seni

suara melalui kumpulan dikir barat Kelana Purba yang dianggotainya sejak

1998. Kini, Noorhaqmal sedang melanjutkan pelajarannya di Institut

Pendidikan Nasional/Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU).

Page 163: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

163

Muhammad Irwan Jamal merupakan penerima anugerah Tokoh Muda

Aktivis 2007 yang diberikan oleh Persatuan Budaya Melayu (Perbuyu)

Program Latihan Khas-Institut Pendidikan Nasional (STP-NIE). Beliau giat

aktif dalam dunia persuratan tanah air selaku Ketua Biro Penerbitan Asas „50

dan editor surat berita, Berita@Asas50. Pada tahun 2008, beliau muncul

sebagai Valedictorian Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan menerima

Pingat Emas 75th

Anniversary Rotary International dan hadiah buku Kesatuan

Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Irwan pernah mengajar di Sekolah

Rendah White Sands dan Sekolah Rendah Bedok West. Kini, beliau seorang

guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Ngee Ann.

Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff dilahirkan di Singapura pada

3hb Februari 1987. Beliau menuntut di Anglo-Chinese School Independent, di

mana beliau telah memenangi Anugerah Penghargaan dalam bidang Sajak

Remaja di Majlis Anugerah Persuratan 2003 anjuran Majlis Bahasa Melayu

Singapura (MBMS). Beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah

Tampines (TPJC) dan telah mengikuti Program Elektif Bahasa Melayu

(MLEP). Pengalaman di program tersebut telah banyak mendorong beliau

untuk mempelajari dan mendekati dunia sastera dan sejarah Melayu dengan

lebih mendalam. Kini, Mohamed Haikel sedang melanjutkan pelajaran di

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam jurusan sosiologi.

Nurhayati Abdul Ghafoor merupakan seorang penggiat dan pengikut seni

teater ekspresif dan artistik. Sebagai seorang guru muda, beliau juga

cenderung menulis esei-esei ringkas dan cerpen-cerpen remaja untuk ke-

gunaan para pelajarnya. Kepeduliannya terhadap politik sosial jelas ter-pancar

dalam penulisan kritikannya yang sering mempersoalkan isu-isu gender dan

kemasyarakatan. Beliau peka terhadap peranan seni sastera dalam mem-

bangunkan remaja yang berkeperibadian tinggi dalam masyarakat. Lulusan

Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan (Pengkhususan Bahasa

dan Kesusasteraan Melayu) dari Institut Pendidikan Nasional/Universiti

Teknologi Nanyang (NIE/NTU) ini pernah mengajar di Sekolah Rendah

Fengshan dan Sekolah Rendah Haig Girls. Kini, beliau seorang guru bahasa

Melayu di Sekolah Menengah Bedok North.

Page 164: Asas' 50 Dalam Esei Dan Kritikan

164

Nur Hafizah Mohd Rashib menerima pendidikan di Sekolah Rendah

Dazhong (1998-2003), Sekolah Menengah Unity (2004-2007), Program

Latihan Khas Bahasa Ibunda Institut Pendidikan Nasional STP/NIE (2008-

2010), Institut Pendidikan NIE/NTU (2010-kini). Karya-karya kreatifnya

telah diterbitkan di Jurnal Aktivis STP/NIE (2008), antologi Sayembara

Noktah Putih 2009, Resan (2009) dan di Verses of Angels (2010). Hafizah

mula mendalami penulisan kritikal semasa menuntut di STP/NIE pada tahun

2008. Dia juga telah menyumbang artikel-artikel seperti Agama Mangkin

Vaksin Progresitiviti Bangsa, Sajak Saksi Tenggelamnya Melayu Kota Singa,

dan lain-lain lagi untuk Jurnal Aktivis STP/NIE 2010.

Norazian Mohamed Yahya mula meminati bidang bahasa dan kesusasteraan

Melayu dengan lebih intim dan mendalam sejak beliau menyertai Program

Elektif Bahasa Melayu (MLEP) di Maktab Rendah Tampines (TPJC). Beliau

aktif dalam arena persuratan tanah air selaku pereka hias dan penyumbang

tetap surat berita, Berita@Asas50. Beliau turut menulis puisi, cerpen dan esei

yang seringkali berlandaskan teori dan motif psikoanalisis. Beliau merupakan

lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan (Pengkhususan

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) dari Institut Pendidikan Nasional/

Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU). Azian pernah mengajar di Sekolah

Rendah CHIJ Katong dan Sekolah Rendah Haig Girls. Kini, beliau merupakan

seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah CHIJ Katong Convent.

Nur Emelda Jumari merupakan seorang pembahas yang pernah mewakili

Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC) dalam pertandingan Bahas 4PM,

anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM). Beliau dipilih

untuk mewakili Singapura dalam perbahasan Titian Minda, sebuah usahasama

antara Singapura dan Brunei Darussalam. Di peringkat universiti, beliau telah

mewakili Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana

Menteri (PABM) yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia dan menerajui pasukan NTU dalam pertandingan Debat Temasik,

anjuran bersama Perbayu NTU dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura

(KGMS). Lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan

(Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) dari NIE/NTU ini kini

merupakan guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Ping Yi.